Vous êtes sur la page 1sur 1

Di antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah :-

1. Melazimkan diri dengan bacaan ayatul Kursi selepas solat dan sebelum tidur atau
ketika diganggu oleh makhluk halus.
2. Sentiasa membaca doa menghalau syaitan dalam ayat 97-98 surah al-Mukminun
3. Selalu membaca surah al-Baqarah, jika boleh dihabiskan setiap hari atau secara
berperingkat.
4. Sering membaca taawwuz (Auzubillahi minas Syaitonir Rajim) ketika hendak
melakukan sesuatu kerja.
5.Amalkan setiap pagi dan petang membaca al-Muawwizat (surah al-Ikhlas, alFalaq dan an-Nas) dengan duduk mengadap kiblat sambil menadah tangan seperti
orang berdoa selepas dibaca hendaklah dihembus pada tangan dan sapukanlah
pada seluruh anggota badan yang terjangkau oleh tangan. Mohonlah perlindungan
daripda gangguan jin dan syaitan.
6. Lazimkan diri dengan melaksanakan ibadah qiyammulail kerana syaitan akan
kepanasan apabila mendekati manusia yang sentiasa melakukan amalan
qiyammulail.
7. Bakar tulisan, buku, tangkal azimat yang diterima.
8. Jangan berjumpa pengamal saka bagi tujuan pengubatan atau apa hajat
sekalipun.
9. Sentiasa berpuasa sunat pada hari yang disunatkan berpuasa seperti pada hari
isnin dan khamis kerana dengan berpuasa boleh menyempitkan saluran darah yang
secara automatik boleh menyekat pergerakan jin dan syaitan dalam badan
manusia.
10. Mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang berasaskan
syariat dan bukannya pengamal perubatan yang menggunkan khadam jin atau
berdampingan dengan jin dan syaitan.

11. Boleh juga memasangkan vcd bacaan ruqyah di rumah anda sebagai tambahan
usaha di atas.

Vous aimerez peut-être aussi