Vous êtes sur la page 1sur 9

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini.

Jelaskan
peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada telah
membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilang kaum
iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang
terbentuk pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat
membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman
damai kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri
mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan
perkembangan dunia sehingga mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri
mereka. Amat jelas dapat dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang
sejarah pembentukan negara hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti Dato
Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang
bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang terdapat di negara kita. Oleh itu,
pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotik
dalam jiwa masyarakat. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan
semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama
dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa
seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah.
Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di
situ, terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat
menimbulkan dan melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asalusul pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa
anak-anak. Tempat-tempat bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota
Belanda di Perak dan sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti
lawatan ke tempat yang bersejarah merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana
anak-anak bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat
mengekalkan hubungan silaturahim yang erat antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke
tempat yang bersejarah boleh dijadikan amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu
bapa sebagai cara menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Jelaslah,
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama
dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah
atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara
kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat
mengetahui lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel
dapat membantu menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-buku
tersebut mempunyai isi kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas

menunjukkan bahawa usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anakanak adalah amat penting. Oleh itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi
nilai ilmunya dan bukannya buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Dengan membaca
buku-buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa
anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti,
mereka akan sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana kalau asal benih
yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke
bumi menjadi penawar. Tegasnya, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang
berkaitan dengan sejarah atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan
semangat cinta akan negara kepada anak-anak.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi role model atau suri teladan kepada
anak-anak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan
dan pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai
contohnya, ibu bapa boleh mengibarkan bendera di rumah atau melakukan aktiviti yang
boleh menunjukkan sokongan terhadap negara. Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa
protes terhadap negara kerana perbuatan sedemikian hanya akan menjadi seperti ketam
mengajar anak berjalan betul, tetapi diri sendiri tidak betul.. Oleh itu, ibu bapa harus
sentiasa menunjukkan contoh yang tebaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya
kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai program larian 1
Malaysia, ceramah tentang Sejarah Negara, atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa
haruslah melakukan usaha dengan sepenuh hati agar anak-anak yang dibesarkan dapat
menjadi insan yang cinta akan negara dan bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu bapa
perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang
berwawasan.
Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwaperistiwa atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi melahirkan
generasi muda yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Sebagai contohnya, sebelum anak-anak masuk tidur, ibu bapa
boleh membacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak seperti
kisah perjuangan Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan
lain-lain ketika menentang Inggeris. Ibu bapa bolehl juga menceritakan sendiri
pengalaman nenek moyang terdahulu,betapa mereka menderita dizalimi dan didera
semasa zaman penjajahan di negara kita. Anak-anak yang bijak sudah pastinya dapat
membandingkan kehidupan mereka sekarang berbanding dahulu. Hal ini boleh
menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa juga boleh melayari
internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk bercerita kepada
anak-anak. Dengan mempunyai maklumat yang tepat, anak-anak akan mendapat

informasi yang betul dan setelah itu, anak-anak akan sentiasa teringat-ingat tentang kisah
sejarah. Mereka akan belajar sesuatu melalui sejarah lalu timbullah semangat patriotik
dalam jiwa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa mencari peluang atau kesempatan
untuk menceritakan pengalaman diri atau berbincang dengan anak-anak mengenai topiktopik berunsurkan negara bagi menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Amalan-amalan ini haruslah dilaksanakan dengan berterusan kerana alah bisa tegal dek
biasa. Anak-anak akan cuba mengingati setiap cerita yang pernah didengarnya terutama
tentang sejarah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab
dengan baik bagi membentuk jiwa anak-anak yang bersemangat patriotik.
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-sambutan
negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September dan
sebagainya. kita Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik
dapat disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya, apabila anak-anak dapat bersamasama mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak serta mendengar ceritacerita tentang kesengsaraan para pejuang tanah air untuk memerdekakan negara. Anakanak dapat melihat sendiri kemeriahan sambutan kemerdekaan sekali gus memahami
objektif sebab-sebab sambutan sebegini diadakan. Kisah disebalik kemewahan dan
kedamaian negara akan dapat dirungkai dan seharusnya dapat menghadirkan keinsafan
dalam diri mereka bahawa banyak harta benda dan nyawa yang harus dikorbankan demi
melihat Malaysia gagah seperti sekarang. Dengan menyertai aktiviti sambutan ini juga,
kita akan mendapat peluang untuk melihat persembahan daripada kaum lain dan
berkenal-kenalan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan antara kaum
akan tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni yang bersemangat patriotik.
Jelaslah bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari
Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat patriotik dapat
dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis
Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan bahawa tiada anugerah yang dapat diberikan oleh
seorang ayah kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia. Hal ini
amat jelas membuktikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada
pembinaan personaliti anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan
tanggungjawab dan peranan bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta
akan negara dan berwawasan.

PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DALAM


KALANGAN ANAK-ANAK

Pada era pascaperindustrian dan globalisasi yang serba mencabar akal dan minda,
Malaysia telah menjadi sebuah negara yang sedang membangun di mata dunia selepas
kemerdekaan yang disambut pada tanggal 31 Ogos 1957. Kini, Malaysia duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara gergasi di pentas antarabangsa. Bertitik tolak
daripada itu, semangat cinta akan negara perlu ada dalam diri setiap masyarakat bagi
menghargai jasa tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang bertungkus lumus dalam
mempertahankan negara yang berdaulat ini. Oleh itu, keluarga perlu memainkan peranan
yang sangat signifikan dalam memupuk semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak
mereka.

Pada realiti, memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu perlu mengambil inisiatif utama
dengan membawa anak-anak mereka ke tempat bersejarah seperti muzium. Di Malaysia,
terdapat sebuah muzium iaitu Muzium Negara yang mempunyai pelbagai khazanah orang
pada zaman dahulu, pakaian istana, keris-keris yang digunakan oleh tokoh terdahulu
untuk menentang penjajah luar. Anak-anak bukan sahaja dapat mengenali tokoh-tokoh
terdahulu malah menerapkan semangat keberanian perwira-perwira negara yang
mengamalkan peribahasa biar putih tulang, jangan putih mata dalam mempertahankan
negara suatu ketika dulu. Salah satu tempat bersejarah yang tersohor ialah Melaka yang
lebih dikenali sebagai Negeri Bersejarah. Di Melaka, ibu bapa boleh menunjukkan
tempat atau bangunan yang dibina oleh negara luar yang pernah menjajah negara kita
seperti bangunan Stadhyus. Oleh itu, bolehlah kita akui bahawa semangat cinta akan
negara dapat disemai melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang banyak terdapat
di Malaysia.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, langkah yang seterusnya ialah
ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Berdasarkan peribahasa, Bapa
Borek, Anak Rintik, ibu bapa perlu menjadi ikon kepada anak-anak dalam menerapkan
semangat cinta akan negara. Dalam konteks ini, ibu bapa tidak sewajarnya menunjukkan
etika yang bertentangan dengan semangat patriotisme itu sendiri. Kita boleh ambil
contoh perlakuan yang pernah menjadi isu suatu ketika dahulu iaitu seorang warga
Malaysia yang mempersendakan lagu Negaraku malah ada yang berani memijak bendera

Jalur Gemilang. Ibu bapa perlu menunjukkan semangat cinta akan negara melalui
kibaran Jalur Gemilang dengan bangga untuk diteladani oleh anak-anak. Secara tidak
langsung, perbuatan ini akan menjadi ikutan kerana mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi. Dengan cara ini juga, anak-anak akan sedar betapa pentingnya semangat
patriotisme ini. Tambahan pula, ibu bapa boleh bercerita tentang perjuangan tokoh-tokoh
tanah air yang berjuang hingga titisan darah yang terakhir demi mempertahankan negara
yang tercinta daripada ancaman penjajah. Tegasnya, peribahasa melentur buluh biarlah
dari rebungnya perlu dijadikan azimat oleh ibu bapa untuk melentur anak-anak mereka
menjadi seorang yang mempunyai semangat patriotisme sejak kecil lagi.

Selain itu, pada masa ini ramai ibu bapa yang membimbing anak-anak mereka dalam
menguasai subjek Sejarah. Bagi segelintir pelajar, subjek Sejarah amat sukar dikuasai
kerana banyak fakta yang perlu dihafal dan diingati. Tambahan pula, mereka tidak
pernah merasai keperitan tokoh-tokoh terdahulu yang bermati-matian memperjuangkan
tanah air yang bertuah ini. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh memberi tekanan kepada anakanak dengan memaksa dan memarahi mereka jika gagal dalam subjek sejarah. Hal ini
kerana, anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya dengan
menerapkan semangat cinta akan negara. Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa perlu
menyokong anak-anak mereka agar mereka tidak berasa tertekan malah semangat
bersemangat dalam mempelajari subjek Sejarah. Selain itu, ibu bapa boleh menghantar
anak-anak mereka menghadiri kelas tuisyen untuk menguasai subjek Sejarah demi
meningkatkan prestasi anak dalam subjek tersebut. Rentetan itu, penguasaan dalam
subjek ini akan membibitkan rasa cinta terhadap subjek Sejarah seterusnya melahirkan
kecintaan terhadap negara.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkataan di atas, ibu bapa perlu memainkan
peranan dalam memupuk masyarakat yang mempunyai semangat cinta akan tanah air.
Pepohon pokok tidak akan berliuk lentuk jikalau tiada angin yang meniupnya oleh itu,
ibu bapa bertanggungjawab memupuk semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak.
Sebenarnya, anak-anak merupakan tonggak utama dalam menjayakan visi kudsi
Wawasan 2020 pada masa hadapan. Kita mengakui hakikat bahawa uslub ini perlu
dilakukan dan boleh dimulakan dengan langkah-langkah yang telah disarankan di atas.
Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat memupuk malah menguatkan semangat cinta
akan tanah air dalam diri mereka. Nescaya, semangat patriotisme yang telah sebati dalam
diri anak-anak akan dapat melahirkan generasi muda yang mantap jati diri.

Semangat Patriotik

Modul kenegeraan diajarkan juga,


Agar terpupuk semangat patriotik dan cintakan Negara,
Mengenal negara dan mempertahankannya,
Biarpun pertaruhkan nyawa demi negara tercinta.

Itulah syair yang dapat kita kaitkan untuk melahirkan semangat patriotik dalam
kalangan remaja.Mutakhir ini,semangat patriotik semakin luntur dalam diri remaja dek
perubahan-perubahan yang semakin mencabar.Hal ini dapat kita lihat di dada-dada
akhbar dan media social mengenai remaja yang memandang rendah terhadap keamanan
dan kemerdekaan yang dicapai.Tamsilnya,di laman muka buku,terdapat gambar remaja
yang memijak dan membakar bendera Jalur gemilang.Wadah tersebut merupakan bukti
bahawa remaja masih tidak mampu menghayati semangat patriotism itu sendiri kerana
mereka merasakan mereka hidup di dalam negara yang bebas daripada penjajah.Justeru
itu,semua pihak haruslah memainkan peranan penting untuk menyemai semangat
patriotik dalam kalangnan remaja kerana bak kata pepatah,usaha tanda kejayaan.
Dalam konteks ini, ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan remaja.Oleh
itu, ibu bapa perlulah memupuk semangat patriotik dalam diri cahaya mata mereka sejak
kecil lagi.Peribahasa ada mengatakan,melentur buluh biarlah dari rebungnya.Jika
semangat patriotik dipupuk sejak kecil lagi dalam diri anak-anak,semangat itu pasti akan
kekal hingga ke hujung nyawa mereka.Antara usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa
ialah membawa anak-anak mereka ke tempat-tempat yang bersejarah.Sebagai
contoh,Kota AFamosa,Banda Hilir,Melaka.Implikasinya,anak-anak akan menghargai
jasa para pejuang Negara dan mencintai Negara Malaysia.Jelaslah bahawa ibu bapa
adalah tunjang untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja agar dapat
membentuk remaja yang berjiwa merdeka.
Selain itu,keharmonian dan keamanan negara juga tidak akan berkekalan jika
masyarakat tidak membudayakan semangat patriotisme dalam diri remaja mahupun
mereka sendiri.Dasawarsa ini,masyarakat lebih terikut-ikut dengan budaya ala Barat
sehingga rapuhnya peradaban bangsa sekali gus membentuk generasi yang tiada jati
diri,tidak tahu akar bangsa,dan tidak tahu membina acuan untuk mengekalkan
kemerdekaan negara. Pepatah Melayu ada mengatakan,pemuda harapan bangsa,pemudi
tiang negara.Lantaran itu,langkah yang drastik dan efektif harus dilakukan untuk
memperkasakan semangat patriotik dalam diri remaja.Misalnya,di kawasan

perumahan,ketua taman mengadakan ceramah dan ucapan-ucapan mengenai nilai


patriotisme yang melintas zaman.Contoh tersebut haruslah yang dilalui dan dekat dengan
generasi muda.Antaranya ialah berbangga sebagai rakyat Malaysia,semangat
kekitaan,berdisiplin,berusaha dan produktif.Nilai jati diri yang kukuh dan kental juga
adalah nadi semangat patriotik.Natijahnya,perpaduan yang terbina pasti akan tersimpul
erat dan masyarakat hidup dengan sejahtera.
Di samping itu,sekolah juga mempunyai tanggungjawab penting untuk
merealisasikan semangat patriotik dalam kalangan remaja.Sekolah memainkan peranan
penting supaya remaja mengingati budi tokoh-tokoh negara yang sanggup berkorban
masa,nyawa dan tenaga untuk keharmonian negara.Remaja juga akan mempunyai
semangat yang berkobar-kobar dan berusaha mempertahankan Negara daripada dijajah
oleh negara lain.Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ialah
mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan patriotisme seperti mengadakan sambutan
kemerdekaan,mengadakan kuiz kemerdekaan,memaparkan kisah tokoh-tokoh negara
kepada pelajar.Ini secara tidak langsung akan menanamkan bibit-bibit cinta akan negara
dalam diri remaja dan menjadi generasi yang sanggup berjuang untuk pertahankan negara
bak kata pepatah,bahu memikul,hati menyokong.Dengan itu,setitik semangat patriotik
yang ada dalam diri remaja pasti akan menjadi sekepal dan mewujudkan pelajar yang
berjiwa bangsa.
Seterusnya,pihak kerajaan adalah antara pihak yang mempunyai tugas untuk
menyemai semangat patriotik dalam kalangan remaja atau bak kata pepatah Korea
mutiara negara.Hal ini demikian kerana,setiap negara mempunyai pucuk pimpinan yang
berhak mentadbir rakyatnya.Antaranya ialah pihak kerajaan.Pihak kerajaan hendaklah
mewajibkan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) khususnya kepada para pelajar
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) agar dapat menerapkan semangat jati diri yang jitu
dalam diri remaja.Pihak kerajaan boleh mengadakan aktiviti misalnya mengadakan
pertandingan kawad kaki sempena hari kemerdekaan dan peragaan baju kebangsaan.
Impaknya,negara dapat melahirkan remaja yang memiliki semangat patriotik yang mapan
sekali gus menjadi bakal pemimpin yang akan mencorak negara bak kata
peribahasa,kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.Jelaslah bahawa
kerajaan memainkan peranan penting untuk menyemai semangat patriotik dalam
kalangan remaja.
Sebagai penghias bicara akhir, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur
dengan tebing untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan mutiara negara agar
dapat melahirkan remaja yang berjiwa patriotik.Menurut kata-kata tokoh sastera dan
sejarah negara iaitu Usman Awang, kalau hidup ingin merdeka,tiada tercapai hanya
berkata,kemuka maju sekata,maju kita,melemparkan jauh jiwa hamba.Intihanya,tiada
penyakiy yang tiada penawar,maka langkah-langkah yang konkrit dan sistematik harus
dipergiatkan agar masalah ini boleh tangani.

Karangan SPM 2012...Peranan ibu bapa dalam pemupukan semangat cinta akan negara
dalam jiwa anak?

Salah satu tanggungjawab ibu bapa kepada tanah air ialah membentuk dan mengasuh
anak-anak menjadi warganegara yang berjiwa patriotik dan cinta akan negara.
Huraikan peranan ibu bapa bagi memupuk semangat patriotik dalam jiwa anak-anak itu.

Rakyat yang patriotik diibaratkan seorang individu yang sanggup mengorbankan dirinya
untuk kepentingan negara tanpa banyak alasan. Antara tindakan yang dilihat sebagai cinta
akan negara meliputi amalan bekerja dengan rajin, tidak menimbulkan masalah seperti
terlibat dalam jenayah, dan membantu rakyat lain yang miskin. Pihak media massa
terutama akhbar telah menggunakan konsep patriotik ini dalam banyak karya penulisan
mereka sebagai cubaan untuk menanam semangat ini dalam jiwa rakyat. Sebenarnya, ibu
bapa mempunyai peranan besar untuk memastikan semangat ini dimiliki oleh anak-anak
generasi muda Malaysia.
Tindakan yang paling mudah ialah ibu bapa sering membawa anak melancong ke tempat
bersejarah di negara ini terutama ketika musim cuti sekolah. Anak akan lebih mengerti
perjuangan tokoh negara seperti Dato Bahaman dan Mat Kilau apabila mereka dapat
melihat sendiri kawasan pertempuran yang berlaku antara pejuang negara dengan
penjajah British itu. Mereka boleh membaca penulisan yang biasanya menerangkan serba
ringkas perjuangan pejuang ini di kawasan bersejarah itu lalu menimbulkan rasa bangga
dan berterima kasih atas perjuangan tokoh tersebut. Jadi, anak akan lebih tinggi semangat
cinta akan negaranya apabila sering melawat tempat bersejarah di negara ini.
Selain itu, ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan semangat nasionalisme yang tinggi
kepada anak sendiri kerana kita tidak mahu digelar umpama ketam mengajar anaknya
berjalan lurus pula. Pemaparan teladan ini dilakukan menerusi percakapan, tindakan,
penghayatan dan sebagainya yang menjurus ke arah pengorbanan negara terhadap
kehidupan mereka selama ini. Anak telah diyakini akan meniru kelakukan orang tua
mereka bak kata pepatah bapa borek anak rintik terutama apabila sering didedahkan
dengan kelakuan patriotik sebegini. Jadi, teladan ibubapalah yang membawa penyemaian
benih nasionalisme dalam jiwa remaja kita tersebut.

Negara kita menyambut kemerdekaan setiap tanggal 31 Ogos dan seharusnya ibu bapa
membawa anak untuk sama-sama melihat sambutan hari kebangsaan ini. Biasanya,
kawasan sambutan ini akan dipenuhi dengan pelbagai acara yang cuba meniupkan
semangat cinta akan negara ini dalam hati mereka yang hadir itu. Suasana yang penuh
dengan semangat nasionalisme ini pasti menimbulkan rasa bangga dalam hati anak yang
menontonnya itu. Oleh itu, amalan membawa anak ke tempat sambutan hari kebangsaan
boleh memupuk rasa cinta akan negara.
Malah, ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk menghuraikan
semangat patriotik kepada anak mereka. Penggunaan teknologi seperti internet dan
telefon pintar membolehkan ibu bapa menyalurkan lebih banyak informasi tentang
sejarah negara dengan satu sentuhan sahaja. Ibu bapa boleh melayari internet untuk
mendapatkan maklumat tentang sejarah negara yang kadangkala begitu mengelirukan itu
juga. Sesungguhnya, penggunaan teknologi sebegini mampu memudahkan tugas ibu bapa
untuk memastikan anak mereka memiliki rasa cinta akan negara.
Malahan, semangat cinta dan sanggup berkorban demi negara ini boleh disemai dalam
jiwa anak menerusi amalan penceritaan ibu bapa. Kisah dahulu ketika negara belum
mengalami kemodenan harus diterangkan kepada pelajar agar mereka memahami erti
pengorbanan pejuang dan pemimpin negara yang telah membawa perubahan besar itu.
Anak yang selalu mendengar itu akan mula perlahan-lahan menghargai jasa pejuang
negara terdahulu lalu memasang impian untuk turut membuat jasa kepada bangsa dan
nusa pula. Lantaran itu, ibu bapa yang bijak akan sering bercerita mengenai perubahan
pembangunan negara supaya anak memahami kehidupan yang dialami sekarang berpunca
daripada pengorbanan orang terdahulu.
Konklusinya, usaha memupuk semangat cinta akan negara ini memang menjadi tugas ibu
bapa. Golongan ini perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi yang wujud untuk
memudahkan anak memahami makna pengorbanan rakyat yang sebenarnya. Jika ibu
bapa masih mengamalkan sikap lepas tangan dalam menangani isu semangat cinta akan
negara ini sudah pasti generasi muda kita akan hilang rasa hormat terhadap negara. Kita
harus sedar semua yang berlaku pada masa hadapan berpunca daripada pengorbanan
orang terdahulu.

Vous aimerez peut-être aussi