Vous êtes sur la page 1sur 28

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

1.0

PENGENALAN

Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang
menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini

adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh

sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana
pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui
asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusur galur asal usul bangsa Melayu.
Bahasa Melayu (Jawi: ) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah
keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan
persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam
pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan
bahasa

Melayu

dapatlah

dikatakan

berasal

dari

Sumatera

Selatan di

sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat
bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia,Brunei dan Singapura.
Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu
secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut,
bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand, Filipina,
Kemboja,m Vietnam, Sri lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan
berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat
dalam

turutan jumlah penutur

terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepasbahasa

Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu .Selain itu, dilaporkan sebanyak
70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China,
terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United
Kingdom, Amerika

Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New

Zealand dan

beberapa

tempat yang lain.


Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui
oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei.Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa
Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada
awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak
akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa
kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa
BMM3123

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Namun begitu, menurut
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan
ialah bahasa Melayu". Tiada pertukaran nama bahasa Melayu ke bahasa Malaysia terjadi.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan
ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek
dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan
dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek
"o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran
pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan
dialek Hokkien.Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau
Pinang dan Melaka.Walau bagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien
atau Inggeris.Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh
diubah dengan menambah imbuhan tertentu.Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri
daripada kata kerja.

2.0

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai bahasa pertuturan yang tersendiri. Begitu juga bagi
bangsa Melayu. Bahasa yang menjadi perantara untuk dituturkan di kalangan bangsa Melayu
ialah bahasa Melayu.Bahasa Melayu tergolong dalam subkeluarga bahasa Melayu-Polinesia dan
terletak di bawah rumpun Austronesia. Penyebaran bahasa ini di Kepulauan Melayu dan Lautan
Pasifik menyebabkan Bahasa Melayu telah berkembang dan membentuk bahasa daerah
masing-masing.Bahasa Melayu berada di bawah cabang keluarga Nusantara yang mempunyai
kira-kira 200-300 pecahan bahasa di bawahnya. Para ahli bahasa telah membahagikan
peringkat perkembangan bahasa Melayu sejak zaman awal penemuannya hingga kini kepada
empat iaitu zaman bahasa Melayu purba, zaman bahasa Melayu kuno, zaman bahasa Melayu
klasik dan zaman bahasa Melayu moden. Namun begitu, bagi tujuan kajian ini pengkaji
membataskan perbincangan terhadap bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden sahaja.
2.1

Zaman Bahasa Melayu Klasik

Zaman bahasa Melayu klasik bermula dari awal abad ke-14 Masihi hingga ke akhir abad ke-18
Masihi.Bahasa Melayu Klasik berada pada tahap ketiga dalam periodisasi bahasa Melayu,
selepas bahasa Melayu purba dan bahasa Melayu kuno. (Awang Sariyan,1998 ) . Terdapat
BMM3123

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa tentang bahasa Melayu
klasik. Antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), yang menyatakan bahawa bahasa abad
ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik.
Bahasa Melayu klasik juga dikaitkan dengan kedatangan dan pengaruh agama Islam
yang semakin mantap di Asia Tenggara ketika itu. Sejak itu bahasa Melayu pada zaman ini
turut mengalami pelbagai perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat, dan bentuk tulisan.
Selain itu, bukti-bukti sahih yang menunjukkan kewujudan bahasa Melayu klasik ini ialah
penemuan beberapa batu bersurat atau prasasti yang di beberapa daerah di Asia Tenggara dan
Tanah Melayu menguatkan lagi fakta ini. Antaranya ialah batu bersurat di Pagar Ruyung,
Minangkabau (1356 Masihi), batu bersurat di Minye Tujuh, Aceh (1380 Masihi) dan batu bersurat
di Kuala Berang, Terengganu ( 1303-1387 Masihi) yang ditulis dalam tulisan Jawi. (Siti Hajar
Abdul Aziz,2011) Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam semakin kuat sehingga bahasa
Melayu turut mengalami perubahan.
Bahasa Melayu klasik melalui zaman kegemilangan setelah pemerintah kerajaan Melayu
memeluk agama Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada para pedagang Islam ketika
itu. Tiga tampuk pemerintahan kerajaan Melayu terpenting pada zaman itu terdiri daripada
kerajaan Melaka, kerajaan Aceh dan kerajaan Johor-Riau. Selain itu, pada zaman ini juga telah
lahir beberapa tokoh penulis yang tersohorseperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani,
Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Beberapa naskah karya sastera terkenal
turut dihasilkan pada zaman ini. Antaranya ialah Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah,
Hikayat Hang Tuah Bustannus Salatin, Sejarah Melayu dan sebagainya. (Abdul Rashid Melebek
dan Amat Juhari Moain,2006) Zaman bahasa Melayu klasik agak panjang. Seiring dengan
peredaran zaman, bahasa Melayu ini turut mengalami perubahan. Perubahan-perubahan yang
berlaku bersama dengan kepesatan teknologi penerbitan telah memodenkan bahasa Melayu ini.
2.2

Zaman bahasa Melayu Moden

Zaman bahasa Melayu moden bermula sekitar abad ke 19. Bahasa Melayu moden berasal dari
bahasa Melayu klasik. Perintis bahasa pada zaman ini ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
atau

dikenali

sebagai

Abdullah

Munsyi. Beliau

telah

mengarang Hikayat

Abdullah (1840) dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan(1837) merupakan permulaan


kepada penggunaan bahasa moden yang menjadi lambang kepada perubahan bahasa dan
kesusasteraan Melayu moden. Karya Abdullah Munsyi ini berkonsepkan penulisan yang lebih
moden malahan karya beliau juga bebas daripada unsur-unsur luar biasa dan khayalan seperti
BMM3123

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


mitos yang terdapat dalam kebanyakan karya sastera Melayu klasik. Konsep ini kemudiannya
diteruskan pula oleh seorang lagi pengkarya iaitu Raja Ali Haji bin Raja Ahmad yang
menghasilkan Tuhfat al-Nafis, Silsilah Melayu dan Bugis dan Sekelian Raja-rajanya. Pada abad
ini dikatakan turut berlakunya kebanjiran pendatang luar terutama dari Barat ke Asia
Tenggara. Kedatangan penjajah khususnya pihak Inggeris dikatakan telah melahirkan ramai
sarjana Melayu yang terlatih dalam bidang ini.
Bahasa Melayu semakin berkembang luas seiring dengan kedatangan pihak barat
apabila bahasa ini turut menerima pengaruh barat sama ada dari sudut gaya penulisan
mahupun terjemahannya. Ledakan teknologi yang berlaku terutama dalam bidang percetakan
menyebabkan penerbitan bahan-bahan penulisan berbahasa Melayu tersebar luas dengan lebih
pantas. Penerbitan akhbar-akhbar bahasa Melayu seperti Jawi Peranakan, Bintang Timor,
Chahaya Pulau Pinang dan beberapa lagi menjadi bukti kukuh perkembangan ini. Selain itu,
penubuhan beberapa pertubuhan bahasa Melayu Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan
Bahasa

Melayu

diadakan

untuk

meningkatkan

taraf

serta

peranan

bahasa

Melayu. Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan turut mula diperkenalkan di
sekolah-sekolah negeri-negeri Selat pada tahun 1821. Penubuhan Maktab Perguruan Melayu
atau Malay Training College yang pertama mula dibuka di Singapura pada tahun 1878 untuk
melatih guru-guru untuk mengajar bahasa Melayu.
Bahasa Melayu diperkasakan lagi selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun
1957. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan bahasa ini dalam bidang pentadbiran,
pemerintahan negara, pendidikan, kehakiman dan sebagainya. Dan kini, selama 50 tahun
perancangan bahasa Melayu berlangsung, bahasa Melayu telah membuktikan kemampuannya
sebagai bahasa moden yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di persada dunia
dengan bahasa-bahasa moden yang lain. Penulisan bahasa Melayu moden lebih tepat
menyampaikan fakta serta kurang menggunakan ungkapan yang beralas berbanding penulisan
dalam bahasa Melayu klasik.

3.0

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA

Seperti yang telah kita sama-sama ketahui dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan,
Bahasa Melayu telah dimartabatkan sebagai Bahasa Kebangsaan dan juga sebagai asas
pembinaan negara.Kita selaku warganegara harus berasa bangga kerana memiliki bahasa kita
sendiri sebagai identiti jati diti yang unggul sejajar dengan tuntutan wawasan 2020.
BMM3123

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


Bahasa Melayu adalah lambang bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa
pemersatu negara Malaysia.Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Melalui perkara ini, Bahasa Melayu
telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia.Hal ini sangat diperlukan kerana
setiap negara mempunyai bahasanya sendiri.
Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang negara
Malaysia di persada dunia. Sekali gus, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan jati diri
bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang
digariskan dalam Wawasan 2020. Bahasa Melayu selaku bahasa negara adalah wahana utama
dan medium satu-satunya yang perlu digunakan oleh warga Malaysia untuk menerus dan
mengekalkan peradaban nasional dalam pelbagai bidang, menyampai dan menyebarkan
peradaban nasional kepada generasi mendatang seperti yang diamalkan oleh mereka semenjak
turun-temurun.
Bahasa Sebagai Wadah Perpaduan Rakyat Negara Malaysia, Bahasa Melayu juga
berperanan sebagai bahasa perpaduan.Perpaduan adalah tunggak penting dalam masyarakat
yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar kacir dan musnahlah sebuah
negara berdaulat. Di Malaysia, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India.
Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi
lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu
telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk.
Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen
perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957.Bahasa
Sebagai Pengantar Ilmu Pengetahuan Dan Budaya Ilmu Bahasa Melayu memainkan peranan
sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Laporan Razak pada tahun 1957 dan Laporan
Rahman Talib tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa
Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini
bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat
berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa
yang maju dan berdaulat. Berdasarkan peruntukan tersebut, bahasa Melayu memiliki hak dan
martabatnya dalam perlembagaan sementara bahasa-bahasa bagi kaum lain juga dipelihara dan
tidak dinafikan haknya. Bahasa Melayu kemudiannya memikul tugas sebagai bahasa rasmi

BMM3123

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan sebagai bahasa pengantar di
sekolah dan institusi pengajian tinggi serta menjadi bahasa ilmiah (Nik Safiah Karim 1986: 1).

4.0

ISU-ISU BERKAITAN BAHASA MELAYU

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukan bangsa kini makin tercabar di negara
kita dek akibat sikap segelintir pihak yang memandang remeh terhadap kedudukan Bahasa
Melayu sebagai bahasa penghantar sekali gus mengetepikan peranan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.Malah kedudukan Bahasa Melayu pada tahun 2003 mengalami perubahan
ketara apabila Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengajaran dalam mata pelajaran
Sains dan Matematik.Perubahan ini seolah-olah menafikan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu.Pelaksanaan ini tanpa disedari dengan sendirinya mengubah Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang selama ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama.
Selain itu,penggunaan bahasa rojak yang telah menjadi-jadi turut menjadi menjejaskan
kedudukan Bahasa Melayu.Walaupun, pelbagai usaha telah dilakukan tetapi

Rojak terus

menular dalam generasi muda. Belumpun masalah ini dapat ditangani dengan sepenuhnya
timbul pula masalah baharu yang pastinya menggugat kedudukan bahasa Melayu iaitu akibat
ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam era globalisasi dan liberalisasi tanpa
sempadan iaitu bahasa Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS.
Di samping itu, krisis identiti Bahasa Melayu sendiri telah menyebabkan imej Bahasa
Melayu selaku bahasa Kebangsaan turut tercalar.Bahasa Melayu seperti mana yang kita samasama ketahui telah melalui beberapa proses penjenamaan semula.Daripada Bahasa Melayu ke
Bahasa Malaysia kemudian kembali ke Bahasa Melayu dan sekarang balik kepada Bahasa
Malaysia.Perkara ini telah mengakibatkan kekliruan dalam kalangan pelajar dan masyarakat
umum.
Seterusnya, penggunaan Bahasa Melayu dalam kegiatan teknologi maklumat masih
belum mencapai tahap yang memuaskan.Ini adalah kerana masyarakat lebih selesa dan berasa
lebih maju jika menggunakan medium Bahasa Inggeris. Ini disebabkan ada yang beranggapan
penggunaan Bahasa Melayu dalam kegiatan teknologi maklumat tidak bertaraf antarabangsa
malahan ada yang beranggapan ianya ketinggalan.Penggunaan Bahasa Inggeris dianggap
mempunyai nilai ekonomi dan social yang lebih tinggi berbanding Bahasa Melayu.
Di antara lain,persaingan dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar di
institute pengajian swasta turut menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa
BMM3123

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


kebangsaan.Hashim Musa (1996) menyatakan penubuhan kolej swasta dan separuh swasta
serta pengajian tinggi awam menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar merupakan
cabaran yang serius.
Tuntasnya, terlalu banyak cabaran dan isu yang menggugat kedudukan Bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan.Namun begitu, ianya akan dapat di atasi sekiranya semua lapisan
masyarakat bekerjasama bagi menangani permasalahan ini.

5.0

LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Peningkatan martabat bahasa Melayu sebagai teras pembinaan bangsa Malaysia memerlukan
perencanaan semula dalam beberapa aspek dan pada waktu yang sama memerlukan
peneguhandasar-dasar yang berkaitan dengannya, sebagai langkah membina ketahanan jati
diri, maruah bangsa dan negara.Dalam bidang bahasa, antara langkah yang perlu diambil
termasuklah:
i.

Penegasan dasar bahasa dan penguatkuasaan dasar bahasa secara bersepadu contohnya, pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
hendaklah ditegaskan semula supaya semua urusan rasmi dan majlis rasmi di
peringkat negara mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, selaras dengan
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Semua
peruntukan tentang bahasa kebangsaan yang terdapat dalam undang-undang negara
hendaklah bukan sahaja dihormati malah dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur oleh
semua lapisan, daripada pemimpin negara hingga penjawat awam dan masyarakat
umum. Usahlah ada sebarang tindakan yang melemahkan undang-undang tersebut,
sama ada melalui pengenalan dasar baru, pernyataan atau tindakan yang
bercanggah dengan undang-undang itu.

ii.

Pindaan dan perluasan peruntukan akta yang berkaitan - pindaan Akta Bahasa
Kebangsaan yang memberikan cakupan lebih luas penggunaan bahasa Melayu,
pindaan akta-akta yang sudah tidak kemas kini atau tidak jelas tentang penggunaan
bahasa Melayu seperti Akta Jalan, Parit dan Bangunan, Akta Pertubuhan, Akta
Pendaftaran Perniagaan, Akta Syarikat, Akta Cap Dagang, Akta Industri Pelancongan
dan beberapa yang lain perlu disegerakan. Selain itu, akta yang sedia ada seperti
Akta Komunikasi dan Penyiaran dan Undang-Undang Kecil Pengiklanan mestilah
dikuatkuasakan pelaksanaannya secara tegas.

BMM3123

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


iii.

Pengayaan khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu - usaha ini perlu
ditingkatkan supaya nilai bahasa Melayu menjadi lebih tinggi sebagai bahasa budaya
tinggi, melalui penerbitan bahan ilmiah dan rujukan umum dalam pelbagai bidang
untuk pelbagai peringkat dan dalam pelbagai media (bercetak dan elektronik).
Agenda pengayaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu mesti dimasukkan dalam
agenda pembangunan negara melalui Belanjawan Negara.

iv.

Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan - usaha ini perlu


dimantapkan semula, dari peringkat prasekolah hingga peringkat pengajian tinggi.
Kerajaan

perlu

memberikan

penegasan

yang

lebih

berat

kepada

usaha

pembudayaan bahasa Melayu sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Malaysia


dalam dua aspek yang penting. Yang pertama ialah pelaksanaan penggunaan
bahasa

Melayu

pengembangan

sebagai
ilmu,

bahasa

selaras

utama

dengan

dalam

proses

perancangan

pemerolehan

yang

dilakukan

dan
oleh

Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak


Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta
Pendidikan 1996.
Sebarang usaha berundur daripada keputusan yang penting dan bijaksana serta
telah membuktikan kejayaan dalam proses pembinaan negara hendaklah dielakkan.
Kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan universiti-universiti lain dalam
pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk pelbagai bidang ilmu tidak
harus direncatkan.Aspek yang kedua ialah pembudayaan bahasa yang baik, teratur,
santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan pengajaran dan pemelajaran,
sukatan pelajaran, buku teks dan bacaan tambahan serta melalui pelbagai kegiatan
kokurikulum. Dengan demikian diharapkan landaan pelbagai ragam bahasa tidak
rasmi, sama ada bahasa sembang Internet, bahasa SMS atau yang lain tidak akan
sampai menggugat bahasa yang mewakili budaya teras.
v.

Komponen bahasa dan persuratan dalam pelbagai program negara - semua program
negara yang bersifat pembinaan sahsiah di pelbagai peringkat mesti memasukkan
program bahasa dan persuratan, misalnya dalam Program Khidmat Negara, kursus
Biro Tatanegara, KP3P dan sebagainya. Kursus atau apa-apa juga program motivasi
untuk kalangan ahli politik dan profesional perlu memasukkan modul bahasa dan
persuratan di dalamnya.

BMM3123

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


vi.

Modul bahasa dan persuratan dalam program latihan jabatan - setiap jabatan dan
agensi kerajaan perlu memasukkan modul bahasa, penulisan dan persuratan dalam
program ``kursus dalam perkhidmatan'' masing-masing.

vii.

Pemantauan berterusan terhadap bidang penyiaran dan media massa - usaha ini
perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa media massa melaksanakan
tanggungjawab sebagai ejen pemantapan bahasa yang baik dan santun dalam
penyiaran dan penerbitan program atau bahan. Tindakan perlu dilaksanakan dalam
bentuk tindakan pentadbiran dan juga tindakan undang-undang.

viii.

Program pemasyarakatan bahasa kebangsaan bertaraf kebangsaan - kerajaan,


melalui semua kementerian, jabatan dan agensi serta perbadanan dan pihak swasta
hendaklah secara aktif dan terancang menyertai program pemasyarakatan bahasa
kebangsaan di seluruh negara yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka, khususnya Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang
dilaksanakan setiap tahun selama sebulan. Selain itu, setiap jabatan kerajaan dan
swasta hendaklah diminta merancang dan menganjurkan kegiatan yang dapat
menyemarakkan pembudayaan bahasa Melayu dari waktu ke waktu dalam
perancangan tahunan supaya bahasa dan persuratan Melayu tidak terpinggir dalam
sektor di luar lingkungan orang atau institusi khusus dalam bidang bahasa dan
sastera.

Pembangunan negara yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai apabila semua bidang
yang penting diberi perhatian yang sama beratnya, termasuk bidang bahasa dan budaya. Dalam
konteks pembentukan jati diri dan citra negara ini pula, dasar-dasar yang bersifat endoglosia,
iaitu berasaskan keperibumian yang disokong oleh hakikat sejarah kebudayaan dan tamadun di
negara dan dirantau ini perlu dipertahankan dan ditingkatkan.
Tidak seharusnya berlaku keadaan negara menuju kejayaan ekonomi dan industri
sementara mengalami kehancuran dari segi unsur dalaman bangsa, terutama bahasa dan
budaya.Oleh itu, kerjasama antara semua kementerian, jabatan, agensi, pertubuhan, sektor
swasta dan orang perseorangan perlu digemblengkan secara bersepadu oleh pemerintah dalam
bentuk rangkaian yang berkesan untuk memastikan pencapaian yang seimbang.

BMM3123

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


6.0

RUMUSAN

Kekuatan sesuatu bangsa dan sesebuah tamadun bergantung kepada bahasa.Bahasa


Melayu merupakan salah satu sumber kekuatan kesatuan bangsa Malaysia.Perkembangannya
bukan lagi setakat sebagai alat komunikasi semata-mata tetapi berkembang seiring dengan
meluasnya penggunaan bahasa ini dalam pelbagai arena ilmu, baik yang berasaskan sains dan
teknologi mahupun yang berteraskan manusia dan kemanusiaan.
Kesimpulannya, bahasa Melayu akan sentiasa relevan dengan peredaran zaman dan
seiring dengan perkembangan kemajuan teknologi dalam tamadun dan peradaban manusia,
setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Semua ini bergantung kepada kemahuan dan
usaha penutur bahasa Melayu, para penggiat bahasa, pemimpin, rakyat biasa, syarikat-syarikat
swasta dan kerajaan, ahli-ahli korporat, guru-guru dan sebagainya dalam memartabat dan
menentukan halatuju bahasa Melayu. Krisis dan isu yang berkaitan dengan bahasa ini seperti
penyisihan, peminggiran, pengabaian dan segala yang negatif dan menyumbang ke arah
kemundurannya tidak akan selesai sekiranya faktor-faktor yang mengekangnya tidak diatasi
dengan bersungguh-sungguh dan penuh iltizam.
Sikap megah bahasa setiap warganegara ini terhadap bahasa Melayu perlu dipupuk dan
diberi keutamaan khususnya dalam amalan.Perbincangan dalam kertas kerja ini menumpukan
kepada jati diri penutur bahasa Melayu dan rakyat di negara ini dalam menunaikan
tanggungjawab untuk memperkasakan penggunaan bahasa ini dalam setiap urusan dan
kegiatan harian masing-masing.Sikap tidak yakin terhadap keupayaan bahasa ini sebagai
bahasa ilmu merupakan salah satu cabaran atau tembok halangan utama yang perlu diatasi.
Pada tahun 1980-an dahulu, dianggarkan hanya 50% rakyat Malaysia dapat bertutur dan
memahami bahasa Melayu (Awang Sariyan, 1996), tetapi kini melalui Dasar Pelajaran
Kebangsaan pasti jumlahnya sudah meningkat. Penguasaan bahasa Melayu bererti juga
penguasaan ilmu-ilmu lain kerana pelajaran bahasa menurut kurikulum dan pendekatan
bersepadu

bukan

hanya

menitikberatkan

penguasaan

kemahiran

berbahasa,

bahkan

memasukkan unsur-unsur ilmu daripada semua cabang ilmu. Bahasa Melayu sedang menuju ke
tahap pembinaan kebudayaan tinggi yang akan mencipta peradaban bangsa. Cita-cita itu perlu
dibina serentak dalam kestabilan politik yang ada, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial

BMM3123

10

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


7.0

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM TULISAN JAWI

Tulisan Jawi bersumberkan tulisan Arab tetapi ditambah lima abjad baru untuk melambangkan
lima bunyi bahasa Melayu yang tidak ada dalam bahasa Arab. Dengan demikian, tulisan Jawi
mengandungi 29 abjad Arab dan lima abjad ciptaan Melayu sehingga menjadi 34 abjad
semuanya. Pada tahun 1986 telah ditambah satu lagi abjad untuk melambangkan bunyi v yang
berasal dari Eropah. Penyesuaian dan pembaikan masih lagi difikirkan bagi sistem ejaan Jawi
yang disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
7.1

Kedatangan Islam Ke Kepulauan Melayu dan Tulisan Jawi

Tulisan Jawi telah sampai ke alam Melayu bersama- sama dengan kedatangan agama Islam,
yang dibawa oleh para pedagang Islam pada ketika itu.. Kedatangan Islam ke Kepulauan
Melayu

memainkan

peranan

penting

dalam

penyebaran

agama

Islam

dan

tulisan

Jawi. Mengikut beberapa pendapat kebanyakan pengkaji, skrip Arab mula diadaptasikan
sebagai skrip untuk mengeja bahasa Melayu dibuat sesudah abad ke 13 Masihi.Pelbagai teori
dan pandangan dikemukakan bagi menguatkan hujah tentang kedatangan Islam. Para pengkaji
barat dan Timur termasuk pengkaji tempatan sendiri seperti Syed Naquib al-Attas, Omar Awang,
Fatimi S.Q., Wan Hussin Azmi dan sebagainya menegaskan bahawa kedatangan Islam bukan
sahaja membawa agama dan kepercayaan tetapi aspek budaya Melayu yang lain.
7.2

Tulisan Jawi di Batu Bersurat

Tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Kewujudan tulisan
Jawi di Malaysia dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H
bersamaan 1303M (Rujuk lampiran 1).Tulisan Rumi pula ditemui pada akhir kurun ke-19.Batu
bersurat ini ditemukan di Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu.Bahan bukti ini merupakan
bahan bertulisan Jawi yang tertua.Tulisan pada batu bersurat tersebut memperlihatkan
penggunaan huruf-huruf yang dikatakan tulisan Jawi.
Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung
pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam
tentang maksiat dan segala kemungkaran. Batu bersurat ini turut mencatatkan undang-undang
hutang-piutang dan hukuman kesalahan berzina yang boleh dikenakan kepada rakyat jelata dan
raja berasakan hukum Islam.Kosa kata yang digunakan ialah kata asli bahasa Melayu dengan
kata pinjaman bahasa Sanskrit, jawa dan Arab.Manakala sisten ejaan Jawi yang digunakan
terdiri daripada campuran sistem ejaan Arab dengan sistem ejaan pengaruh Melayu.
BMM3123

11

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


7.3

Perkembangan Tulisan Jawi Pada Zaman Kesultanan Melayu Pasai

Perkembangan tulisan Jawi bermula sejak Kerajaan Islam Pasai lagi.Tulisan ini disebarkan ke
kerajaan Melaka, Johor dan Acheh pada abad ke-17.Samudera Pasai turut menjadi pusat
perkembangan ilmu dan Islam.Ajaran Islam menerusi kitab bertulis Arab kemudian mencetuskan
penghasilan tulisan jawi yang akhirnya menjadi warisan budaya Melayu.Terhasilnya tulisan jawi
juga mencetuskan perkembangan sastera klasik Melayu antaranya penghasilan kitab Hikayat
Raja-raja Pasai yang ditulis sekitar 1360.Selaras dengan itu juga, ilmu tasawuf turut
berkembang apabila ada antara kitab tasawuf diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bertulisan
jawi.Antaranya adalah Durru al-Manzum, karya Maulana Abu Ishak.
Hikayat Raja Raja Pasai meriwayatkan bahawa Syarih dari Makkah telah menghantar
satu jemaah untuk menyebarkan agama Islam di Sumatera Utara (abad-7) dan di kawasan
Perlak dan Samudera. Raja Pasai Pertama iaitu Merah Silu telah memeluk agama Islam dan
menukarkan nama kepada Sultan Malik Al-Salih. Pada nisan Sultan Malik Al-Salih tercatat
petikan ayat Al-Quran surah Al-Hasyar: 22-24. Juga mengandungi satu puisi sufi arab dan juga
huraian tentang pemilik makam iaitu Sultan Malik Al-Salih yang meninggal pada Ramadhan
tahun 696 H.

7.4

Perkembangan Tulisan Jawi Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka Dan Johor

Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu
mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali
sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini.Orang Melayu memandang tinggi tulisan
Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Qur'an. Penggunaan
tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai
serantau di samping penyebaran agama Islam. Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negerinegerikesultanan Melaka, Johor,Brunei, Sulu, Patani, dan Acheh seawal abad ke-15, untuk
tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama
saudagar di pelabuhan Melaka.
Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan
terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam
Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan
masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping
menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu
BMM3123

12

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa. Sebagai contoh, suratsurat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Di zaman Kesultanan Melayu
Melaka dan Johor, tulisan Jawi juga digunakan pada mata wang terutamanya wang emas dan
perak. Pada mata wang ini, diukir nama raja Melayu yang memerintah dengan menggunakan
tulisan Jawi seperti nama Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah dan lain-lain.

7.5

Tulisan Jawi Sebelum dan Selepas Merdeka

Awal abad ke-20, tulisan jawi menjadi medium penting dalam perkembangan persuratkhabaran
Melayu di Tanah Melayu. Kira-kira 10 buah akhbar Melayu bertulisan jawi muncul selepas Jawi
Peranakan.Majalah bertulisan Jawi - Bustan Arifin dan Al-Imam. Kitab dan buku merupakan
bentuk penulisan yang paling banyak terdapat sama ada dalam berbentuk manuskrip (tulisan
tangan) atau cap batu. Kitab muktabar seperti Sayr as-Salikin, Hidayatus Salikin, SabilalMuhtadin, Tajul Muluk dan banyak lagi berjaya mendaulatkan tulisan Jawi. (Rujuk Lampiran)
Daripada jumlah tersebut, hanya akhbar jawi Utusan Melayu yang diterbitkan di Singapura
masih kekal dan bertahan sehingga ke hari ini walaupun tidak lagi diterbitkan secara
harian.Pendeta Zaba berusaha mengumpul perkataan Melayu dalam tulisan Jawi sejak
tahun 1918 sehingga terhasilnya buku Rahsia Tulisan Jawi pada tahun 1931 dan diikuti
kejayaan menghasilkan buku Daftar Ejaan Jawi-Rumi.Konvensyen Tulisan Jawi pada tahun
1980-an

telah

memperkenalkan

Sistem

Ejaan

Jawi

Yang

Disempurnakan(1986).

Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut:


mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekaligus
menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan
(sebelum tahun 1986).
Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang
terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi
Za'ba.

Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi)

BMM3123

13

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


8.0

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN TULISAN RUMI

Ejaan bahasa Melayu mempunyai tradisi tersendiri yang lebih lama daripada tulisan Rumi atau
Jawi.Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Asia Tenggara, bahasa Melayu telahpun
mempunyai tradisi tulisan iaitu tulisan Kawi, Batak, Lampung dan Rencong telah digunakan oleh
masyarakat Melayu di Kepulauan Nusantara.Sistem tulisan ini agak maju dan menggunakan
lambang suku kata dan lambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi. Walau
bagaimanapun, ejaan Jawi dan Rumi lebih dikaji secara terperinci kerana tulisan-tulisan inilah
yang lebih banyak melibatkan masyarakat pada hari ini. Contohnya para pedagang dan
pendakwah dari Semenanjung Arab telah memperkenalkan sistem ejaan Jawi di Kepulauan
Melayu.

8.1

Perkembangan Tulisan Rumi Sebelum Penjajahan


Bahasa Melayu terus berkembang sebagai lingua franca yang masyhur dan dianggap

sebagai bahasa Islam yang kedua. (Syed Naquib Al-Atas: 1972). Potensi yang ada pada bahasa
Melayu kemudiannya telah dihidu oleh para sarjana Barat, lalu mereka berusaha menyusun
perkataan-perkataan Melayu dalam bentuk lebih praktikal. Antara yang paling terkenal ialah
Antonio Pigafetta, seorang pelayar Itali yang berjaya belayar bersama Ferdinand Magellan
mengelilingi dunia. Mereka telah menyusun 426 daftar kata Itali-Melayu.
Seterusnya para pengembara mahupun orientalis Eropah cuba mentransliterasikan ejaan
Jawi ke ejaan Rumi menggunakan huruf-huruf Latin, tanpa mengetahui ejaan Jawi sebenar yang
telah menimbulkan kerumitan dalam sejarah sistem ejaan bahasa Melayu. Hal sedemikian terus
berlarutan kerana pengkajian bunyi sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem ejaan
ataupun tulisan.
8.2

Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Pada tahun 1902, Negeri-negeri Melayu Bersekutu mengambil iniasitif menubuhkan sebuah
jawatankuasa ejaan yang diketusi oleh R.J Wilkinson, nazir sekolah-sekolah pada masa itu.
Ejaan Wilkinson ini telah digunakan di semua sekolah Tanah Melayu serta turut diaplikasikan
dalam kamus bahasa Melayu iaitu Kamus Jawi-Melayu-Inggeris (1903).Sistem ejaan yang
dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling dan
diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan.
Pakatan Belajar- Mengajar Bahasa (PBMPB) yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor
telah

memainkan

BMM3123

peranan

untuk

menggalakkan

penggunaan

bahasa

Melayu

dalam
14

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


masyarakatdan di sekolah. Ia diteruskan dengan penubuhan Maktab Perguruan Perempuan
Melaka (1900).Usaha tersebut diperkembangkan lagi dengan penubuhan Maktab Perguruan
Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim pada tahun 1922.Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan
Rumi yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh
bahasa dan pendidikdi SITC. Di antaranya ialah : (i) Kitab Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt
dan Ibrahim Dato Muda Linggi (1921), (ii) Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O.T. Dussek
dan Mohd. Hashim (1923), dan (iii) Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato Muda
Linggi (1924).
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) berperanan penting dalam perkembangan sistem
ejaan bahasa Melayu. Sistem Ejaan Sekolah atau Sistem Ejaan Zaba oleh Zaba telah
diperkenalkan oleh Maktab ini. Di antara buku-buku yang ditulis oleh Zaba ialah (i) Ilmu Bahasa
Melayu Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejaan
Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua- petua Ejaan Rumi. Sistem Ejaan Sekolah

ini kemudiannya dijelaskan dan digunakan oleh Za'ba dalam buku "Pedoman Bahasa
Melayu, Penggal i, ii dan iii ".
Walaubagaimanapun,

Sistem

Ejaan

Sekolah

ini

mengandungi

beberapa

kelemahan.Oleh itu, terhasillah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pertama di Singapura
(1952), kedua di Seremban (1954) dan ketiga di Johor Bharu (1956). Selepas Kongres ketiga,
pengkaji

bahasa

bersetuju

untuk

memperbaiki

menyatukannya dengan bahasa Indonesia.

ejaan

Za'ba

dengan

maksud

untuk

Dalam Kongres Bahasa Melayu ke-3 ini juga

masalah ejaan Rumi di beri perhatian berat. Ejaan baru tersebut dikenali sebagai ' Ejaan
Kongres '. Menerusi kongres ketiga itu juga, telah dirumuskan bagi penubuhan Dewan Bahasa
dan Pustaka pada tahun yang sama.Perakuan-perakuan kongres itu telah mendapat perhatian
dan sokongan dari kerajaan sehingga sebuah Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk pada tahun
1957.
8.3

Perkembangan Tulisan Rumi Selepas Merdeka

Pada 17 April 1959 satu perjanjian persahabatan telah dimenterai antara Tanah Melayu dan
negara Republik Indonesia. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan, Jawatankuasa Ejaan Rumi
Persekutuan Tanah Melayu di bawah pimpinan Tuan Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia
Pelaksanaan Bahasa Indonesia di bawah pimpinan Dr. Slametmuljana, yang diadakan di
Jakartapada tahun tersebut dan terhasilnyaEjaan Malindo. Namun begitu usaha tersebut
terbantut akibat tercetusnya konfrantasi dan disambung semula pada 1966.
BMM3123

15

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


Delegasi kebudayaan dari Indonesia di bawah pimpinan Kolonel Wahju Sukatjo
mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka pada bulan September 1966, dan mengesyorkan
kepada kerajaan masing-masing supaya Ejaan Malindo (1959) itu dilaksanakan. Begitu juga
dengan istilah, bahawa istilah-istilah bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Walau
bagaimanapun, sistem ejaan tersebut perlu diperbaiki lagi sebelum dilaksanakan di kedua-dua
negara itu. Rundingan terus berjalan dan pada 23 Mei 1972, Menteri Pelajaran Malaysia, Dato
Hussain Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Bapak Mahsuri telah
menandatangani satu kenyataan bersama untuk melaksanakan ejaan baru.
1972,

Pada 16 Ogos

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diisytiharkan secara rasmi serentak di

Malaysia dan Indonesia.


Sistem

ejaan

ini

masih

mengandungi

beberapa

masalah kecil

lalu

dibentuk

Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan bertemu dengan Panitia Pengembangan Bahasa
Indonesia. Terbentuklah pula Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia pada 29 Disember 1972. Segala
masalah mengenai ejaan baru itu dibincangkan dalam persidangan-persidangan majlis tersebut.
Setelah lima kali bersidang, maka pada 5 Disember 1974, terbitlah pedoman umum ejaan yang
lebih lengkap iaitu Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia".

Kesimpulannya selagi bahasa Melayu terus berkembang, selagi itulah segala aspek
perancangan bahasa dan sistem yang terkandung di dalamnya turut berkembang dan relevan
penggunaannya di kalangan masyarakat. Manakala tulisan Jawi pula merupakan warisan
bangsa Melayu, sewajarnya ia dimartabatkan dan diangkat ke tempat yang sepatutnya. Harus
disedari bahawa jawi adalah tulisan yang istimewa kerana di seluruh dunia, tulisan ini hanya
terdapat dalam masyarakat Melayu sahaja.Ketinggian teknologi dan kekuatan ekonomi yang
dimiliki orang Melayu tidak akan membawa erti jika satu-satunya warisan bangsa mereka tidak
dapat dipertahankan.

BMM3123

16

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


9.0

ASAL-USUL BAHASA DAN BANGSA MELAYU

Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu

Asal Usul
Bangsa Melayu

Asal Usul
Bahasa Melayu

Bahasa Melayu
Klasik

Bahasa Melayu Kuno

Rajah 1: Peta Konsep Asal Usul Bangsa dan Bahasa Melayu


Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali
sebagai Melayu Proto. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 sebelum
Masihi) Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di
Sumatera. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro .Berpindah ke Asia Tenggara pada
Zaman

Logam

kira-kira

1500

Sebelum

Massihi. Keturunannya

orang

Melayu

di

Malaysia dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang
astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangannya lebih banyak daripada Melayu
Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Kumpulan pertama dan kedua
mereka ini, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang
berpunca daripada bahasa Austrinesia ini.Asal-usul perkataan Melayu masih belum dapat
disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang mengaitkan
asal-usul bahasa Melayu seperti mana berikut:
a. Catatan

orang

China yang

mempersembahkan

BMM3123

hasil

menyatakan bahawa

bumi

kepada

raja

sebuah

China

sekitar

kerajaan
644-645

Mo-lo-yeu
Masihi.

17

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


Dikatakan

orang

Mo-lo-yeu

mengirimkan

Utusan

ke

negara

China

untuk

mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.


b. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera ,
daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
c. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang
menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675
masihi.
d. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal
ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu berasal
daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan
dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara.Golongan pertama
disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi.Tidak dijelaskan mengapa
mereka berpindah.Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerjakerja mencari makan.
Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500
sebelum Masihi.Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya.Melayu
Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai
di selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke
kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di
kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi lau

Bahasa-Bahasa Austris

Bahasa-Bahasa
Austro Asia

Bahasa-Bahasa
Tibet-cina

Bahasa-Bahasa
Austronesia

Rajah 2.Keluarga Bahasa-bahasa Aurtris

BMM3123

18

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

BAHASA-BAHASA
NUSANTARA

BAHASA BAHASA
AUSTRONESIA

BAHASA-BAHASA
POLINESIA

BAHASA-BAHASA
MELANESIA

BAHASA-BAHASA
MIKRONESIA

Rajah 3. Cabang Rumpun Bahasa Austronesia


Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang iaitu:
i.

Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau bahasa Nusantara.Contoh: Bahasa Melayu,


Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain.

ii.

Bahasa-bahasa Polinesia. Contoh: Bahasa Hawaii, Tonga, Maori dan Haiti

iii.

Bahasa-bahasa Melanesia. Contoh: bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian dan


Kepulauan Caledoni.

iv.

Bahasa-bahasa Mikronesia. Contoh:Bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna,


Marshall,Carolina.
Berdasarkan rajah di atas,nyatalah bahawa Bahasa Melayu yang dituturkan pada setiap

hari merupakan bahasa yang tergolong dalam cabang bahasa Nusantara yang mempunyai
bahasa yang paling banyak iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Bahasa tersebut dapat
dibahagikan pula kepada 16 golongan tertentu.

BMM3123

19

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

AUSTRIS

AUSTRO ASIA

MELANESIA

TIBET-CHINA

AUSTRONESIA

MIKRONESIA

POLINESIA

MELAYU

SUMATERA

NIAS

FILIPINA

MINANGKABAU

JAWA

LAMPUNG

KALIMANTAN

BATAK

BALI-SALAK

NUSANTARA

ACHEH

Rajah 4: Cabang Rumpun Bahasa Nusantara


Berdasar Rajah 4, kita dapati bahawa keluarga Bahasa Melayu juga mempunyai
pecahannya tersendiri. Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai induknya yang bermula
daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu Tengah sebelum ke Bahasa Melayu

BMM3123

20

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Proto yang juga merupakan kumpulan
Bahasa Austronesia.
Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), Bahasa Melayu terpecah kepada 16
subkeluarga atau bahasa, iaitu Bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak,
Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-Butung, Bima-Sumba,
Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya. Dalam subkeluarga Sumatera
termasuk Bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan orang Laut.

MALAY-POLYNESIAN

FILIPINA

TAGALOG

BAHASA
INDONESIA

SUNDA SULAWESI

BAHASA
JAWA

BAHASA MELAYU
SERUMPUN

MALAYSIA
MELAYU CHAM

BRUNEI
SINGAPURA

BAHASA
MELAYU
MODEN

Rajah 5: Susur Galur Bahasa Melayu

Berdasarkan huraian dan rajah di atas, jelaslah bahawa Bahasa Melayu merupakan
salah satu daripada kira-kira 200 bahasa dalam cabang Nusantara keluarga bahasa
Austronesia.Bilangan penutur asalnya agak sederhana iaitu mereka yang tinggal di sekitar
Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan di Sumatera.Walau bagaimanapun sejarah
telah membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca, iaitu bahasa
perantaraan daerah Kepulauan Melayu sejak zaman berzaman lagi.
BMM3123

21

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


10.0

REFLEKSI
Refleksi 1

Syukur alhamdulillah, ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya
menyiapkan tugasan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan.
(BMM 3123) dalam masa yang ditetapkan.Tajuk tugasan yang diberikan:
1. -Menghasilkan kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia.
-Menghuraikan isu-isu berkaitan Bahasa Melayu.
-Menjelaskan langkah-langkah memartabatkan Bahasa Melayu.
2. Penghasilan Tulisan Ilmiah
*Justifikasikan sejarah perkembangan sistem tulisan jawi dan rumi.
3. Penulisan Gambarajah Grafik.
*Kebolehan menganalisis sejarah perkembangan Bahasa Melayu.
Dalam menyiapkan tugasan yang diberi, saya telah membuat rujukan daripada bukubuku serta mendapatkan maklumat berkaitan

tajuk tugasan dengan melayari internet.

Penerangan yang jelas tentang kerja kursus projek telahpun diberikan oleh Puan Norehan bt
Mohamed pada interaksi ketiga iaitu Sabtu 16 Ogos 2014.Kesungguhan beliau memberi
penjelasan dan kata-kata motivasi telah menyuntik semangat saya untuk menghasilkan tugasan
dengan penuh rasa tanggungjawab.Bukan mudah menjadi guru,juga bukan senang menjadi
pelajar serta guru.Lumrah kehidupan mana ada kejayaan tanpa usaha, walau pelbagai rintangan
serta halangan yang perlu dilalui namun ianya bukanlah penghalang serta tidak pernah saya
jadikan ia sebagai alasan ketika menyiapkan tugasan yang diberi bagi meneruskan cita-cita
serta harapan untuk berjaya.
Tajuk tugasan yang diberi diteliti dan untuk memastikan semua aspek yang diperlukan
menepati kehendak soalan.Melalui tugasan kerja kursus (BMM3123) ini banyak kebaikan dan
manafaat yang saya perolehi ketika menyiapkannya. Antaranya saya selaku rakyat yang
berstatus bangsa Melayu dan pasti bahasa pertuturan yang digunakan dalam seharian ialah
Bahasa Melayu sewajarlah mengetahui asal usul bangsa dan Bahasa Melayu.Adalah sesuatu
yang merugikan jika kita sendiri tidak mengenal asal usul bangsa dan bahasa kita.
BMM3123

22

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

Selain dari itu, saya selaku guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
seharusnya

mengambil tahu sejarah perkembangan Bahasa Melayu agar rasa kecintaan

terhadap bahasa Melayu terus utuh di sanubari. Pastinya sesuatu yang merugikan jika kita
sebagai guru Bahasa Melayu sendiri tidak tahu tentang sejarah perkembangan bahasa yang
diajar dan dituturkan sejak kecil.Dalam mencari maklumat bagi melangsaikan tugasan yang
diberi secara tidak langsung memberi banyak saya pendedahan tentang sejarah perkembangan
bahasa Melayu itu sendiri. Mendalami dan menghayati sejarah bahasa Melayu turut menambah
kefahaman saya tentang peranan Bahasa Melayu pada zaman ini.
Jika diamati secara mendalam Bahasa Melayu yang pada ketika ini sering terpinggir
berbanding dengan bahasa-bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris, adalah suatu ketika
dahulu merupakan bahasa yang digunakan oleh banyak negara.

Malah ketika zaman

kegemilangan Melayu Melaka, Bahasa Melayu pernah dibuktikan menjadi lingua franca, iaitu
bahasa perantaraan daerah Kepulauan Melayu sejak berzaman lagi.
Alangkah bangganya kita selaku orang Melayu, jika mengetahui sejarah bertapa
pentingnya dan luas pengaruh

Bahasa Melayu pada suatu ketika dahulu.Jika perkara ini

berulang kembali pastinya seluruh rakyat malah dunia tidak lagi memandang rendah terhadap
status atau kedudukan Bahasa Melayu seperti yang berlaku pada hari ini.Apa yang saya dapat
lihat pada masa ini kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukan tamadun bangsa
kini makin tercabar di negara kita adalah berpunca daripada sikap sesetengah pihak yang
memandang remeh terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.
Di samping itu, melalui tugasan ini juga menyedarkan saya bahawa golongan pendidik
seperti saya bukan hanya menyampaikan ilmu berdasarkan sukatan serta isi kandungan yang
ditetapkan. Malah saya selaku pendidik yang mengajar di sekolah jenis kebangsaan yang 90%
terdiri daripada bangsa Cina perlu memberi pendedahan tentang sejarah perkembangan Bahasa
Melayu agar dapat membuka minda mereka dalam memahami kepentingan Bahasa Melayu.
Sikap pelajar yang selalu menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa kedua adalah sesuatu
yang menyedihkan kerana sebagai rakyat Malaysia,kepentingan Bahasa Melayu haruslah diberi
keutamaan.

BMM3123

23

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

Golongan pendidik seperti saya amat perlu memberi penerangan agar murid-murid dapat
didedahkan tentang kepentingan belajar dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik.Saya
percaya melalui pendedahan awal dapat menangani permasalahan yang berlaku pada masa
kini. Sebagai guru yang prihatin dan bertanggungjawab, kita hendaklah bersama-sama
memartabatkan Bahasa Melayu..
Tuntasnya, setiap insan yang dilahirkan di negara ini bertanggungjawab menjaga status
atau kedudukan Bahasa Melayu yang menjadi lambang bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa pemersatu rakyat di negara kita Malaysia.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing
iaitu Pn. Norehan bt Muhammad, yang tidak pernah lokek ilmu dalam memberi penerangan bagi
kami melunaskan tugasan yang diberi.Penerangan yang diberi amat jelas lagi jitu, memudahkan
kami memahami kehendak tugasan tanpa ada keraguan yang menghantui.Tidak lupa buat rakan
tugasan saya iaitu Puan Salina binti Saad yang banyak membimbing , membantu dan memberi
pandangan dalam menyiapkan tugasan yang diberi.Jasamu dikenang.

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh:
Rosmah binti Hj. Japlawi
No. Matrik:

28989

No K/P:

700622 08 5326

PPGBM03 Ambilan Feb 2012

BMM3123

24

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


Refleksi 2
Dengan izin yang Maha Kuasa akhirnya dapat sekali lagi saya berkongsi pengetahuan dan
pengalaman di dalam menghasilkan kerja kursus mata pelajaran BMM 3123 iaitu Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan. Semoga apa yang saya
kongsikan ini akan dapat memberi sedikit pengetahuan dan pengalaman yang boleh
meningkatkan lagi daya kreativiti semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Setelah mendapat tugasan dan penerangan secara ringkas berkaitan tugasan BMM 3123
ini dari pensyarah pembimbing iaitu Pn. Norehan Bt Muhammad , saya bersama rakan kumpulan
iaitu Pn. Rosmah Bt Japlawi mula meneliti dan memahami setiap sub tugasan tersebut,
merangka draf pertama serta berbincang bersama melalui telefon. Di samping itu, saya juga
mencari pelbagai bahan dan maklumat yang diperlukan dari pelbagai sumber seperti buku,
bahan dari internet serta melalui perkongsian blog dan laman web. Melalui pencarian bahan, ia
dapat merangsang saya untuk membaca sekaligus mempertingkatkan ingatan saya mengenai
pembelajaran yang lepas.
Antara kekangan-kekangan yang dihadapi semasa menyiapkan kerja kursus ini ialah
saya pada awalnya menghadapi kesukaran kerana kurangnya pengetahuan mengenai asal-usul
bangsa Melayu dan sejarah perkembangan sistem tulisan jawi dan rumi. Selain itu perbincangan
yang terhad bersama rakan kumpulan hanya melalui telefon dan emel merupakan satu cabaran.
Kekangan masa juga menjadi satu masalah kerana kesibukan dan keletihan saban hari tatkala
mengunjungi sekolah serta tanggungjawab di rumah menyukarkan pembahagian masa.
Namun, sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, ada kelemahan dan kelebihannya.
Saya sendiri telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan baru yang sangat penting sebagai
seorang pendidik. Tugasan ini telah menambahkan lagi
tentang asal-usul bangsa Melayu,

maklumat dan pengetahuan saya

perkembangan bahasa Melayu, sistem tulisan jawi dan

sistem tulisan rumi. Melalui tugasan ini juga, telah menyedarkan saya penekanan dalam
penggunaan Bahasa Melayu amat penting, bukan sahaja untuk tujuan pencarian ilmu
pengetahuan, tetapi juga bagi memenuhi fungsi sosial dalam aktiviti kehidupan harian.
Sesungguhnya kita semua sebagai rakyat Malaysia yang hidup di dalam sebuah negara
yang mempunyai pellbagai kaum seharusnya memainkan peranan masing-masing bagi
memartabatkan dan meningkatkan Bahasa Melayu. Kita tidak mahu Bahasa Melayu ditindas
oleh bahasa-bahasa yang lain kerana bahasa melambangkan sesebuah bangsa. Seperti kata
Hang Tuah, Takkan Melayu hilang di dunia dan itulah sebenarnya kita semua inginkan.
Sebagai seorang pendidik, kesedaran berbahasa perlulah ditanam dalam diri murid-murid. Guru

BMM3123

25

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


perlulah menerangkan kepentingan bahasa Melayu dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah
dijadikan lingua franca pada zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka.
Begitu juga dengan tulisan Jawi.Beradasarkan tugasan ini, saya mendapati tulisan Jawi
juga sangat penting dan perlu diperkasakan semula. Pembelajaran Jawi di peringkat sekolah
rendah wajar dilanjutkan ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya pengajian tinggi
supaya tulisan Jawi dapat diangkat tarafnya sebagai aksara Melayu yang tinggi nilainya.
Walaupun saya guru bahasa Melayu,namun saya berpendapat tulisan Jawi juga harus diberi
penekanan dalam pengajaran supaya tidak luput dek zaman. Bagi menyemai rasa cinta anakanak didik kepada tulisan Jawi, ia juga perlu dilakukan secara bersepadu dan kolektif sifatnya.
Tugasan pada kali ini telah memberikan saya pengalaman baru dan ilmu yang begitu
berguna bukan sahaja pada masa sekarang bahkan kelak. Saya akan cuba memajukan diri
untuk memahami dan menguasai bidang ini dengan lebih mendalam memandangkan masih
banyak yang saya masih kurang jelas dalam aspek bahasa Melayu ini. Tugasan ini secara
jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan
pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini.
Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu
menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan
Saya amat menghargai pertolongan dan nasihat yang diberikan oleh pensyarah
pembimbing dan rakan-rakan atas kesudian mereka berkongsi idea menghasilkan tugasan ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan kumpulan, Pn. Rosmah Bt Japlawi yang tidak
lokek berkongsi ilmu dan memberi pandangan dan semangat bagi menyelesaikan tugasan ini.
Akhir kalam, sesungguhnya yang baik itu hanya dari Allah dan segala kelemahan itu
adalah dari saya sendiri.

Disediakan oleh:
Salina Bt Md Saad
No. Matrik:

28888

No K/P:

700527-02-5536

PPGBM03 Ambilan Feb 2012

BMM3123

26

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN


BIBLIOGRAFI
Sumber Buku
Amat Juhari Moain.(1996). Perancangan Bahasa:Sejarah Aksara Jawi. Kuala Lumpur.
Awang Sariyan.(1994). Isu-Isu Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Darwis Harahap.(1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.
Hashim Musa.(2006). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi.Edisi Kedua.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Khairuddin Mohammad,Ghazali Ismail & Mastura Mohamed Berawi.(2014). Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan& Terjemahan.Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Puteri Roslina Abdul Wahid.(2011). HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.
Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
.
Sumber Internet
http://literasibahasamelayu.blogspot.com/2012/08/sejarah-perkembangan-bahasamelayu.html
http://studentsrepo.um.edu.my/895/5/BAB_2.pdf
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=959&PHPSESSID=dc
93828601a2dcdbf0d58a5c867f0db9
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi
http://www.scribd.com/doc/22101843/Sejarah-dan-Sistem-Ejaan-Bahasa-Melayu
http://asnahariffin.blogspot.com/2012/03/definisi-bahasa-melayu.html
http://abkar178.blogspot.com/2014/05/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.html
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=769

BMM3123

27

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

BMM3123

28

Vous aimerez peut-être aussi