Vous êtes sur la page 1sur 13

E.

PITAM

Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang


menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan
mangsa tidak sedarkan diri buat sementara.

Punca-punca menyebabkan pitam


i) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan.
ii) Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah kepada kepanasan.
iii) Kesakitan kuat akibat kecederaan.
iv) Kelaparan atau terlalu dahaga.
v) Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit

Tanda-tanda dan gejala pitam


i) Mangsa mengadu pening
ii) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah
iii) Muka dan tangan jadi pucat
iv) Berpeluh dengan banyak
v) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah
vi) Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguap
vii) Hilang kesedaran.

Rawatan am pitam
i. Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.

ii.

Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan tundukkan
kepala mangsa ke bawah

iii. Longgarkan pakaian mangsa dan tenangkan mangsa.


iv. Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranyan
mangsa telah pengsan.
v.

Apabila mangsa telah pulih, berikan minuman.

vi.

Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.

vii. Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

F. PATAH

Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di alami oleh
mangsa kemalangan. Kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang,
sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.

Punca-punca patah
Patah boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung iaitu patah
tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan, tendangan
atau kemalangan. Manakala, patah secara tidak langsung ialah patah terletak jauh
dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot atau
pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.

Jenis-jenis patah
i.

Patah tebu/tertutup (simple fracture)


Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.

ii.

Patah riok (Compound fracture)

Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar
di bahagian luar kulit.
Patah melarat (Complicated fracture)

iii.

Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.


iv.

Patah Remok (Comminuted fracture)


Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.

v.

Patah Terenyok (Impacted fracture)


Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang
yang patah itu.

vi.

Patah Rebung (Green Stick fracture)


Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang
kanak-kanak dan bayi.

vii.

Pecah Remok (Depressed fracture)


Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya,
tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak

Tanda-tanda dan gejala patah


i.

Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.

ii.

Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.

iii.

Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera.

iv.

Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi


lebih pendek.

v.

Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.

vi.

Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

Rawatan Am Patah
i.

Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di


tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.

ii.

Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.

iii.

Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR

sekiranya nadi dan pernafasan terhenti. Apabila mangsa pulih, rawatan


pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah
langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.
iv.

Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut
keadaan dan tempat yang patah.

v.

Dapatkan bantuan perubatan segera.

G. KERACUNAN

Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu atau gas yang
bila mana ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh badan melebihi dari sukatan
yang sepatutnya, maka ianya akan menjejaskan kesihatan badan. Keracunan adalah
keadaan gangguan tubuh atau penyakit yang dihasilkan akibat pengambilan racun.

Cara- cara racun masuk ke tubuh


i.

Sistem pemakanan
Secara memakan atau meminum bahan-bahan yang berbentuk pepejal atau
cecair. Contohnya terminum racun, ubat-ubatan, makanan tercemar dan
sebagainya.

ii.

Sistem pernafasan
Melaui sedutan gas atau bahan debu yang terampai di udara. Contohnya gas
karbon dioksida, Karbon monoksida, kotoran, debu-debu racun serangga dan
lain-lain.

iii.

Melalui suntikan urat darah atau otot


Biasanya ia berbentuk cecair. Contohnya menyuntik ubat melalui otot atau urat

darah, menyuntik dadah, sengatan binatang bisa dan patukan atau gigitan ular
berbisa.

iv.

Serapan kulit
Sesetengah bahan cecair seperti racun rumpai atau serangga yang terkena kulit
akan menyerap ke dalam sistem badan. Contohnya racun malation dan paraquat.

Tanda-tanda dan Gejala am


i) Pening kepala dan tidak sedap badan.
ii) Loya dan muntah-muntah.
iii) Sakit perut sekiranya racun dimakan atau diminum.
iv) Mengalami sesak nafas.
v) Mangsa di dalam keadaan gelisah.
vi) Muka dan badan menjadi pucat dan sejuk.
vii) Nadi berdenyut pantas dan dalam keadaan lemah.
viii) Mengalami cirit-birit sekiranya racun masuk melalui saluran pemakanan.
viiii) Berpeluh dengan banyak.
vv) Terdapat kesan terbakar atau melecur di mulut dan bibir sekiranya termakan
atau terminum racun. Mulut mangsa juga berbau bahan beracun yang
dimakan.
vvi) Terdapat tanda suntikan atau bekas gigitan sekiranya bahan yang diambil
secara suntikan atau kerana gigitan.
vvii) Berlaku renjatan.

Rawatan Am Keracunan
i. Tenangkan mangsa.
ii.

Longgarkan pakaian mangsa.

iii.

Sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan, periksa gerak nadi dan


penafasan. Beri bantuan CPR jika perlu.

iv.

Cari punca-punca keracunan melalui tanda-tanda di badan atau


bekas-bekas yang terdapat di sekeliling mangsa.

v.

Letakan mangsa di dalam baringan separuh meniarap sekiranya mangsa


dalam keadaan pengsan.

vi.

Dapatkan rawatan perubatan.

Tanda-tanda dan Gejala Keracunan Melalui Sistem Pemakanan.

i) Sakit perut.
ii) Loya dan muntah-muntah.
iii) Gelisah dan pucat.
iv) Berlaku cirit-birit.
v) Mangsa mengadu dahaga.
vi) Terdapat tanda melecur atau terbakar di bibir dan mulut mangsa bagi
racun jenis yang membakar.
vii) Terdapat bau racun apabila mangsa bernafas atau bercakap.
viii) Berlaku renjatan.

Rawatan
i.

Tenangkan mangsa.

ii.

Longgarkan pakaian yang ketat

iii.

Cuba keluarkan bahan yang beracun dengan memberi air yang dicampur
garam sebanyak mungkin, atau mengeletek bahagian leher atau
kerongkong mangsa. Ini boleh di lakukan bagi racun yang bukan jenis
membakar.

iv.

Sekiranya bahan membakar jangan cuba muntahkan mangsa dengan


cara di atas kerana ini membahayakan mangsa. Jika mangsa sedar cuba

nuteralkan dengan bahan-bahan air yang dicampur limau bagi racun


alkali dan air tepung jika sekiranya bahan asid.
Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan separuh

v.

meniarap.
Betulkan saluran pernafasan. Periksa gerak nadi dan pernafasan.

vi.

Lakukan CPR jika penafasan terhenti.


vii.

Dapatkan rawatan perubatan berserta dengan bahan yang boleh menjadi


bukti

jenis

keracunannya.

Contohnya

bekas

ubat,

muntah

atau

bekas-bekas kosong pengisi bahan beracun tersebut.

Tanda-tanda dan Gejala Keracunan Melalui Sistem Saluran


Penafasan

i.

Mangsa mengadu pening.

ii.

Lemah dan tidak bertenaga.

iii.

Loya dan muntah-muntah.

iv.

Mangsa mengadu sukar atau sesak nafas.

v.

Muka mangsa dalam keadaan pucat dan mangsa dalam keadaan


gelisah.

vi.

Pergerakan nadi pantas dan lemah.

vii.

Berlakunya renjatan.

Rawatan Keracunan Melalui Sistem pernafasan.


i. Bawa mangsa ke tempat yang berudara.
ii. Tenagkan mangsa dan longgarkan pakaian yang ketat.
iii. Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan separuh

meniarap. Periksa gerak nadi dan pernafasan. Beri bantuan CPR segera
sekiranya pernafasan atau gerak nadi mangsa terhenti.
iv.

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Tanda-tanda dan Gejala Keracunan Melalui Serapan kulit

i. Pening dan badan menjadi lemah.


ii.

Loya dan muntah.

iii. Terdapat tanda kegatalan atau bintik-bintik merah di tempat yang terkena
racun.
iv. Badan menjadi sejuk.
v. Sesak nafas dan nadi berdenyut cepat.
vi.

Berlaku renjatan.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa
b) Cuci tempat terkena racun dengan air yang banyak.
c) Letakkan mangsa dalam keadaan yang selesa.
d) Dapatkan bantuan perubatan.

Tanda- tanda dan Gejala Keracunan Melalui Suntikan atau Gigitan

i.

Mangsa mengadu pening dan lemah.

ii.

Loya dan muntah-muntah.

iii.

Gelisah dan badan menjadi sejuk.

iv.

Mangsa mengalami kesukaran bernafas.

v.

Gerak nadi menjadi cepat dan lemah.

vi.

Mangsa berkedaan pucat dan keletihan.

vii.

Terdapat tanda-tanda suntikan atau gigitan di badan.

viii.

Terdapat tanda bengkak pada tempat sengatan atau gigitan.

ix.

Terjadi renjatan.

Rawatan
i.

Tenangkan mangsa dan letakkan mangsa dalam keadaan selesa.

ii.

Dapatkan butir-butir keracunan dari mangsa.

iii.

Berikan rawatan CPR jika mangsa dalam keadaan terhenti pernafasan


atau pergerakan nadinya.

x.

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera

H.TERSELIUH

xi.

Ini terjadi apabila ligament dan tisu di bahagian sendi telah koyak atau

tertarik. Sebahagian terseliuh sukar untuk dibezakan daripada patah. Jika


awda was-was, rawatlah kecederaan tersebut sebagai patah anggota

Tanda-tanda:
- Sakit di bahagian sendi yang cedera
- Kesakitan bertambah apabila sendi digerakkan
- Bengkak dan lebam terjadi

Cara Merawat:
R Rest (Rehatkan)
I Ice (Gunakan ais)
C Compress (Longgarkan otot-otot yang kencang)
E Elevate (Lipat)
1. Hadkan pergerakan anggota
2. Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa
3. Letakkan ketulan ais yang dibungkus di bahagian yang cedera
4. Tekan bahagian yang cedera dengan satu lapisan tebal kapas dan
balutkannya
5. Tinggikan bahagian yang cedera
6. Dapatkan bantuan perubatan

I.PEMULIHAN PERNAFASAN

Terdapat beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang boleh dipratikkan semasa


mangsa mengalami terhenti pernafasan. Kaedah-kaedah ini ialah:i.

Pemulihan mulut ke mulut

ii.

Pemulihan mulut ke hidung

iii.

Pemulihan mulut ke lubang pernafasan di tengkok

iv.

Kaedah Holger Neilson

v.

Kaedah Selvesters

vi.

Kaedah Schafers

i)

Pemulihan mulut ke mulut

rapatkan mulut pemulih ke mulut si mangsa.

tutup hidung mangsa secara picitan hidung

lakukan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat sambil mata memerhatikan
bahagian dada mangsa

hembusan yang betul akan memperlihatkan pergerakan dada naik dan tiada
kebocoran dari celah bibir mangsa

lepaskan picitan hidung mangsa agar udara dapat keluar melalui hidung

lakukan sekali hembusan setiap 5 saat bagi mangsa orang dewasa. Manakala,
1 hembusan setiap 3 saat bagi kanak-kanak dan bayi.

permulihan perlu dijalankan berterusan sehingga mangsa dapat bernafas


sendiri atau apabila tiba bantuan perubatan.

ii)

Pemulihan mulut ke hidung

Kaedah ini boleh dilakukan sekiranya timbul masalah pada bahagian mulut
mangsa di mana kaedah pemulihan secara mulut ke mulut tidak dapat dilakukan.
Cara pratiknya

Rapatkan mulut pemulih ke bahagian hidung si mangsa.

Tutup bahagian mulut mangsa supaya udara yang dihembus tidak keluar melalui
mulut.

Pemulih menghembus udara dari mulut ke hidung mangsa. Semasa hembusan,


perhatikan naik dan turun bahagian dada bagi menetukan udara masuk atau
tidak ke paru-paru.

Buka mulut mangsa dan biarkan udara keluar.

Masa yang diambil bagi setiap hembusan adalah seperti kaedah mulut ke mulut.

iii) Pemulihan pernafasan melalui lubang pernafasan di leher.


Kaedah ini dilakukan bagi mangsa yang menjalani pembedahan tebukan saluran
pernafasan kerana mengalami masalah tidak dapat bernafas melalui hidung.
Cara pratiknya.

Rapatkan mulut pemulih ke lubang tiub getah mangsa di bahagian leher mangsa.

Beri hembusan sambil mata memerhati bahagian dada mangsa bagi jarak
menetukan dada mengembang atau tidak.

Jarak setiap hembusan adalah sama seperti kaedah yang diterangkan dahulu.

iv) Kaedah Holger Neilson.


Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang mengalami terhenti pernafasan.
Kaedah ini tidak sesuai dilakukan bagi mangsa-mangsa yang mengandung atau
gemuk dan berperut buncit.
Cara pratiknya.

Mangsa dibaringkan dalam baringan meniarap dengan lengan dan tangan


mangsa mengampu bahagian kepala dan mukanya.

Palingkan muka mangsa ke kiri/kanan dan donggakkan kepala mangsa ke


hadapan supaya saluran pernafasan mangsa terbuka.

Pemulih duduk separuh melutut di bahagian kepala mangsa.

Kedua-dua tangan pemulih diletakkan di bahagian kiri dan kanan tulang


scapula.

Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan selama kira-kira 2 saat


di bahagian tulang scapula mangsa.

Angkat bahagian kedua-dua siku mangsa ke atas supaya rongga dada


mangsa mengembang. Lakukan selama kira-kira 2 saat.

Letakkan kembali tangan pemulih ke bahagian tulang scapula mangsa.

Kaedah ini di lakukan berulang kali sehingga mangsa bernafas kembali atau
sehingga tiba bantuan perubatan.

v) Kaedah Selvesters
Cara pratiknya.

Letakkan mangsa dalam baringan melentang.

Pemulih melutut di bahagian kepala mangsa dengan bahagian lutut pemulih


mengepit bahagian kepala mangsa.

Dongakkan kepala mangsa.


Pegang kedua belah pergelangan tangan mangsa dan letakkan di bahagian
dada mangsa.

Kenakan tekanan di bahagian dada menggunakan berat badan pemulih. Jangan


gunakan kaedah kekuatan tenaga menekan dada mangsa kerana ini boleh
mencederakan dada mangsa.

Tekanan dilakukan selama kira-kira 2 saat.

Angkat dan depangkan kedua-dua belah tangan mangsa supaya memberi ruang
dada dan mengembang kira-kira 2 saat.

Kembalikan tangan ke bahagian dada dan lakukan kaedah ini berulangkali


sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.

vi) Kaedah Schafers


Cara pratiknya

Letakkan mangsa dalam baringan meniarap dengan bahagian tangan mangsa


mengampu bahagian kepalanya.

Pemulih duduk melutut selari dengan bahagian pinggang / punggung mangsa


dengan muka mengarah ke arah kepala mangsa.

Letakkan kedua belah tangan di bahagian pinggang mangsa. Kenakan tekanan


dengan menggunakan berat badan ke atas mangsa sekama kira-kira 2 saat.

Balikkan badan pemulih ke tempat melutut bagi melemahkan tekanan.

Kaedah ini dilakukan berulang-ulang kali sehingga mangsa pulih atau sehingga
tibanya bantuan perubatan.

Kaedah ini tidak sesuai dilakukan kepada mangsa yang gemuk atau mangsa
yang mengandung.

Vous aimerez peut-être aussi