Vous êtes sur la page 1sur 5

ASAS KAWAD KAKI

Kemahiran kawad kaki adalah salah satu kemahiran bagi mendapatkan lencana dalam
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).
Setiap ahli PBSMM perlu mengetahui sekurang-kurangnya asas dalam kemahiran
kawad kaki. Hal ini kerana kebanyakan aktiviti kokurikulum sekolah seperti kali sukan
sekolah diadakan semua pasukan pakaian seragam dikehendaki melibatkan diri dalam
perbarisan lintas hormat.
Begitu juga semasa menyertai perkhemahan, setiap peserta perkhemahan dikehendaki
berkawad.
Kawad kaki juga dijadikan asas dalam membentuk disiplin setiap ahli pasukan pakaian
seragam.
Semasa dalam perbarisan, ahli PBSMM yang mengambil bahagian perlu melakukan
pergerakan yang diarahkan secara serentak.
Peserta kawad perlu sentiasa mendengar arahan dan perintah daripada pemimpin atau
sesiapa yang bertindak sebagai juru kawad. Segala perintah dan arahan perlu dilakukan
dan dipatuhi dengan bersungguh-sungguh.
Oleh yang demikian, sifat-sifat yang perlu ada pada juru kawad supaya arahan-arahan
yang disampaikan semasa kawad diikuti adalah:
1. Tegas dalam memberikan arahan dan perintah.
2. Mempunyai suara yang lantang, jelas dan terang supaya arahannya dapat
didengar oleh setiap ahli.
3. Berdisiplin dan bertanggungjawab.
4. Ada pengalaman dalam melakukan kawad dan perbarisan.
Asas kawad kaki dan perbarisan adalah perlu memahami arahan pergerakkannya
seperti sedia, senang diri, rehatkan diri, pusing kanak, pusing kiri, pusing belakang,
luruskan barisan, bergerak ke hadapan dan bersurai.

Hukuman Kawad

Contoh:
Ketua Skuad :
Melapor diri kepada ketua pengadil.
Skuad hendaklah dalam keadaan sedia.
Berikan Hormat, - Selamat pagi tuan, Pasukan ................................
dari.................................... berbaris seramai ..............................
orang siap untuk membuat ujian, tuan!
Bahasa Hukuman
1. Senang diri
2. Skuad sedia
3. Ke kanan lurus - Pandang depan
4. Nombor
5. Bergerak ke kanan dalam satu barisan, ke kanan pusing
6. Skuad!, akan menghadap ke hadapan, ke kiri pusing
7. Bergerak ke kiri dalam satu barisan, ke kiri pusing
8. Skuad!, akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing
9. Skuad!, akan menghadap ke belakang, ke belakang pusing!
10. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing!
11. Bergerak ke kanan / ke kiri dalam satu barisan, ke kanan / ke kiri, pusing!
12. Dari kanan (kalau hukuman asal kekiri pusing), Dari kiri (kalau hukuman asal ke
kanan pusing), cepat jalan!
13. Skuad Henti
14. Bergerak ke kanan / ke kiri dalam satu barisan, ke belakang pusing
15. Dari kanan / kiri cepat jalan
16. Skuad henti!
17. Dari kanan / kiri, cepat jalan
18. Skuad Henti! (henti di tengah-tengah ketua skuad)
19. Skuad!, akan menghadap ke hadapan, ke kanan / ke kiri pusing.
20. Skuad akan menghadap ke belakang, ke belakang pusing!
21. Dari tengah, cepat jalan
22. Skuad!, akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing!
23. Hormat!, Hormat! Ke hadapan, Hormat!
24. Hentak kaki!
25. Skuad Henti!
26. Skuad!, akan menghadap ke hadapan, ke belakang! Pusing
27. Dari tengah!, cepat jalan!
28. Skuad, Henti! (di tengah-tengah ketua skuad)
29. Bergerak ke kanan dalam satu barisan, ke belakang pusing

Pergerakan dalam Kawad Kaki dan Perbarisan

Masuk baris

Ketua memberi arahan Masuk baris! Ahli-ahli PBSMM membuat barisan seperti yang
diarahkan sama ada satu barisan, dan ataupun tiga barisan.

Bersedia

Berdiri dengan kedua tumit rapat, hujung kaki terbuka, rapat kedua-dua paha, rapat
kedua tangan ke sisi seluar, buka dada, dagu diangkat ke atas, tentukan tengkuk kena
pada leher baju, muka terus pandang ke hadapan 100 meter. Bahasa hukuman, Baris!
Baris! Sedia!

Senang diri

Ahli-ahli mengangkat kaki kiri ke paras lutut dan menghentakkan ke bawah sambil
membuka kaki kira-kira 30 cm atau 1 kaki. Serentak dengan itu kedua-dua tangan
disilangkan ke belakang ke paras pinggang dengan tangan kanan di atas kiri dan berdiri
dengan diam. Bahasa Hukuman, Senang diri!

Rehatkan diri

Ahli-ahli mengangkat kaki kiri ke paras lutut dan menghentakkannya ke bawah sambil
membuka kaki kiri seperti dalam keadaan senang diri. Bezanya apabila dalam keadaan
rehatkan diri ini kedua-dua tangan di belakang dinaikkan ke atas paras pinggang. Dalam
keadaan ini ahli dapat bergerak tetapi tidak dapat menggerakkan kaki dan bercakap.
Bahasa Hukuman, Rehatkan diri!

Buka dan tutup barisan

Dilakukan oleh barisan hadapan dan belakang sahaja.


i.

Buka barisan:
- Satu langkah ke hadapan bagi barisan hadapan dan satu langkah ke
belakang bagi barisan belakang. Tumit diangkat dari bumi ke hadapan
dengan kaki kiri. Manakala ke belakang dengan kaki kanan. Paha sama rata
-

ii.

dan kedudukan sedia.


Bahasa hukuman buka barisan, Barisan hadapan satu langkah ke hadapan

dan barisan belakang satu langkah ke belakang, buka barisan, gerak!


Tutup barisan:

Satu langkah ke belakang bagi barisan hadapan dan satu langkah bagi
barisan belakang. Tumit diangkat dari bumi ke hadapan dengan kaki kiri, ke

belakang dengan kaki kanan. Paha sama rata, kedudukan sedia.


Bahasa hukuman tutup barisan, Barisan hadapan satu langkah ke belakang
dan barisan belakang satu langkah ke hadapan, tutup barisan, gerak!

Pusing ke kiri

Ahli-ahli berpusing 90 darjah ke kiri dalam kedudukan sedia. Semasa berpusing, tangan
dirapatkan ke sisi paha, kaki turut berpusing, kemudian kaki kanan diangkat dan terus
menghentakkan ke tanah dengan merapatkan ke tumit kiri supaya kekal di dalam
kedudukan sedia. Bahasa hukuman, Baris menghadap ke kiri! Kiri pusing!

Pusing ke kanan

Ahli-ahli berpusing 90 darjah ke kanan dalam kedudukan sedia. Semasa berpusing,


tangan dirapatkan ke sisi paha, kaki turut berpusing, kemudian kaki kiri diangkat dan
terus menghentakkan ke tanah dengan merapatkan ke tumit kanan supaya kekal di
dalam kedudukan sedia. Bahasa hukuman, Baris menghadap ke kanan! Kanan pusing!

Pusing ke belakang

Ahli-ahli berpusing 180 darjah ke belakang dalam kedudukan sedia. Semasa berpusing,
tangan dirapatkan ke sisi paha, kaki turut berpusing, pusingan itu ikut sebelah kanan
badan. Kemudian kaki kiri diangkat dan terus menghentakkan ke tanah dengan
merapatkan ke tumit kanan supaya kekal di dalam kedudukan sedia. Bahasa hukuman,
Baris menghadap ke belakang! Ke belakang pusing!

Luruskan barisan

Gerakan ke kanan lurus bertujuan menyusun semula barisan supaya kelihatan kemas
dan lurus. Pergerakan ialah keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan
hentak ke bumi serta kaki kanan angkat ke hadapan. Tentukan paha sama rata, dengan
serta-merta hentakkan ke bumi sebelah kiri sehingga seperti kedudukan sedia. Pusing
kepala ke kanan dengan masa yang sama angkat tangan kanan sama paras bahu orang
yang di sebelah. Ahli yang kanan sekali tidak bergerak. Bahasa hukuman, Ke kanan
lurus!

Pandang depan

Apabila semua ahli PBSMM berbaris dengan lurus iaitu dalam keadaan tangan kanan ke
paras bahu rakan sebelah sambil memusingkan muka ke kanan, pemimpin memberi
arahan, Pandang depan! Semua ahli perlu memandang hadapan, menjatuhkan tangan
dan berdiri dengan keadaan sedia dan diam. Bahasa hukuman, Baris! Pandang depan!

Keluar baris

Ahli-ahli dalam keadaan sedia perlu berpusing ke kanan dan mengangkat kaki kiri ke
paras lutut lalu hentakkannya rapat ke kanan. Selepas itu terus melangkah tiga langkah
ke hadapan dan keluar dari barisan. Bahasa hukuman, Keluar baris!

Berjalan ke hadapan

Ahli-ahli dalam keadaan sedia dan bergerak ke hadapan. Dimulakan langkah dengan
kaki melangkah ke hadapan dan tangan kanan paras bahu. Bahasa hukuman, Baris!
Dari kiri cepat jalan!

Bersurai

Berpusing ke kanan, beri hormat dan jatuh tangan. Terus bergerak dengan kaki kiri.
Bahasa hukuman, Baris bersurai, bersurai!

Vous aimerez peut-être aussi