Vous êtes sur la page 1sur 17

TERAPI SENI DAPAT MENGAWAL TINGKAH LAKU DISRUPTIVE MURID

1.0 PENGENALAN

Kajian kes ini dijalankan di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan di kawasan bandar
Kuching. Saya merupakan seorang guru pelatih yang mengambil kursus Bimbingan dan
Kaunseling di Institut Pendidikan Kampus Batu Lintang. Subjek bagi kajian kes ini ialah
seorang murid pemulihan Tahun 2 yang digelar sebagai Olaf (bukan nama sebenar). Saya
memilih Olaf sebagai subjek kajian saya kerana tingkah lakunya yang terlampau aktif
(overactive) dan suka mengganggu (disruptive) yang menyebabkan hubungan sosial antara
dia dan rakan sekelas terganggu.

Menurut Kerr & Nelson, tingkah laku yang menganggu (Disruptive Behavior) merupakan
tingkah laku untuk mendapat perhatian orang lain, misalnya out-of-seat, merayau-rayau,
mengejek, tidak mengikut arahan guru dan ibu bapa. Sikap Olaf yang suka mengganggu
dan bercakap dengan suara yang lantang di dalam kelas bertujuan untuk mencuri tumpuan
orang lain. Subjek mengalami masalah kesukaran mencipta dan mengekalkan hubungan
dengan rakan sebaya yang baik kurang memandangkan dia sering mengejek dan
mengacau rakan sekelas. Subjek juga tidak berupaya mengawal emosi, menjadi cepat
marah dan mudah memberontak di dalam kelas. Contohnya jika dia dipaksa untuk membuat
kerja yang dia tidak mahu, dia akan merengus marah dan melempar kertas ke atas lantai. Di
samping itu, keputusan akademik Olaf dalam kelas juga kurang memuaskan.

Bagi mengawal masalah tingkah laku subjek, saya memilih untuk menggunakan pendekatan
terapi seni. Pendekatan Art Therapy atau Terapi Seni merupakan kaedah yang diterima
pakai dengan meluas di Barat dalam profesion bantuan kaunseling, psikoterapi, kerja sosial,
kejururawatan dan perubatan psikiatri untuk membantu mereka meluahkan pergolakan
dalam diri yang membebankan. Menurut American Art Therapy Association, terapi seni
adalah berdasarkan kepercayaan proses kreatif dengan menggunakan seni di mana proses
ini boleh bertindak sebagai proses penyembuhan kesengsaraan dan juga meningkatkan
kualiti hidup. Eve C. Jarboe juga menyatakan terapi seni secara amnya adalah untuk
seseorang individu yang mempunyai isu pembelajaran, tingkahlaku, gangguan emosi atau
kecacatan fizikal untuk menyampaikan perasaan dirinya secara tidak langsung.
1

1.1 TUJUAN KAJIAN

Kajian kes ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah pendekatan terapi seni dapat
membantu Olaf selaku klien serta mengenal pasti dan mengesan masalah sebenar yang
dihadapi oleh klien yang menyebabkan dia menunjukkan tingkah laku suka menganggu
rakan.

1.2 PERSOALAN KAJIAN

Soalan kajian ini berfokus kepada:

Bagaimana terapi seni membantu dalam meneroka sebab-sebab Olaf sebagai klien
menunjukkan tingkah laku disruptive di dalam kelas

2.0 LATAR BELAKANG & MASALAH MURID

Subjek yang digelar sebagai Olaf (bukan nama sebenar) merupakan seorang murid Tahun 2
di salah sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan di kawasan bandar Kuching. Disebabkan
oleh prestasi akademiknya yang tidak memuaskan, Olaf dimasukkan ke dalam kelas
pemulihan bagi subjek Matematik dan Bahasa Malaysia. Subjek merupakan anak sulung
daripada dua orang adik-beradik. Ibu bapanya telah bercerai ketika subjek masih berumur 2
tahun. Olaf tinggal bersama ibunya, adiknya, ibu saudara, bapa saudara, nenek dan dua
orang sepupu. Sejak dari kecil, Olaf tidak mendapat kasih sayang dan perhatian kedua
orang tua yang secukupnya. Olaf mempunyai personaliti yang kurang disenangi oleh rakan
sekelasnya. Dia selalu menunjukkan tingkah laku yang suka menganggu (disruptive
behaviour) semasa berada di dalam kelas.

Menurut Lee Keok Cheng (2012), tingkah laku dipelajari daripada faktor-faktor situasi dan
bukan dari dalam diri organisma. Tingkah laku dibentuk disebabkan oleh alam sekitar
(rangsangan). Subjek cenderung untuk menunjukkan tingkah laku yang negatif disebabkan
oleh situasi keluarganya yang berpecah-belah dan bermasalah. Kurangnya perhatian serta
didikan daripada ibu bapanya menyebabkan dia mula menunjukkan sikap yang tidak
diingini. Olaf hidup dalam keadaan yang tidak terurus dan seakan-akan terabai. Sikap
subjek yang suka menganggu rakan di dalam kelas telah menyebabkan subjek tidak disukai
oleh murid sekelas.
2

Mereka cuba menghindarkan diri daripada bergaul dengan Olaf. Hal ini menyebabkan
hubungan interpersonal antara Olaf dan rakan sekelasnya terganggu. Selain itu, Olaf tidak
berupaya untuk membentuk satu jaringan sosial yang baik dengan rakan sekelasnya kerana
sikap dirinya yang selalu mengejek dan memukul rakannya. Olaf seakan-akan tidak mampu
untuk mengawal emosi negatif seperti marah, sedih, kecewa dan geram. Sikap disruptive
yang dipamerkan oleh subjek ini mungkin bertujuan sebagai satu cara untuk dia meluahkan
emosinya secara tidak langsung. Mungkin juga Olaf berkelakuan sebegini semata-mata
untuk cuba menarik perhatian daripada guru disebabkan oleh dia kurang mendapat
perhatian di rumah.

3.0 PENDEKATAN TERAPI SENI

Ketidakupayaan meluahkan permasalahan dalam diri klien yang datang daripada pelbagai
latar belakang disebabkan oleh permasalahan-permasalahan yang dialami terlalu berat,
rumit dan kompleks untuk dilafazkan secara lisan apatah lagi untuk dikongsi dengan orang
lain. Salah satu kaedah yang boleh digunakan adalah melalui pendekatan Art Therapy atau
Terapi Seni. Pendekatan Terapi Seni ini merupakan kaedah yang diterima pakai dengan
meluas di Barat dalam profesion bantuan kaunseling, psikoterapi, kerja sosial,
kejururawatan dan perubatan psikiatri untuk membantu mereka meluahkan pergolakan
dalam diri yang membebankan. Terapi Seni ialah suatu bentuk terapi ekspresif yang
menggunakan proses kreatif seni untuk mengembangkan kesejahteraan fizikal, mental dan
emosi seseorang.

Proses kreatif yang yang melibatkan pernyataan kendiri secara artistik boleh membantu
subjek menguruskan tingkah laku dan perasaan, mengurangkan stres, membaikkan esteem
kendiri dan kesedaran. Terapi Seni dikenali juga sebagai Terapi Seni Kreatif yang
menggalakkan seseorang menghurai dan memahami emosi mereka sendiri melalui ekspresi
seni dan melalui proses kognitif. Sebagaimana terapi-terapi lain, seni sebagai terapi
digunakan secara rawatan untuk sesuatu masalah. Terapi ini boleh digunakan sebagai alat
untuk subjek meneroka sifat dirinya dalam interaksi sosial. Interaksi sosial merupakan satu
hubungan sosial yang dinamik yang telah melibatkan hubungan di antara individu dengan
individu yang lain atau individu dengan kelompok ataupun kelompok dengan kelompok.
Menurut Sperry (1972), interaksi sosial merujuk kepada keupayaan seseorang individu itu
membentuk hubungan yang baik dengan pihak lain.
3

Terapi Seni dapat ditakrifkan sebagai satu profesion perkhidmatan kemanusian yang
menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk
menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan,
personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan. Seni visual pula sebagai instrumen yang
membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindak bukan
sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan
seharian. Terapi Seni juga merupakan satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Proses
teraputik ini perlahan-lahan membantu subjek mengawal kecelaruan dalam minda. Modaliti
seni ialah proses penciptaan yang membuat satu imej (sama ada dalam gambar atau katakata) yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu atau orang.

Pernyataan kendiri meningkatkan harga diri dan membolehkan individu dengan pelbagai
jenis kehilangan ingatan melahirkan perasaan mereka (Patricia 2007). Kajian mendapati
bahawa modaliti seni dapat membantu klien dalam pelbagai perkara. Penyelidikan di United
Kingdom (Berkarat, Shepperd dan Waller, 2006) telah membuktikan yang 40 sesi terapi seni
mungkin cukup untuk menghasilkan perubahan positif penting dari segi suasana dan kognisi
untuk individu. Penciptaan imej-imej mungkin menjadi satu cara berbicara yang berharga
dan memuaskan dengan orang lain (Patricia, 2007). Dalam satu kajian terapi seni di sekolah
Amerika Syarikat, didapati selepas sesi terapi seni dilakukan sekumpulan pelajar dapat
bertoleransi dengan kekecewaan yang dialami setelah merasakan kesukaran selama enam
minggu. Dalam kajian yang sama, terdapat juga peningkatan dari segi tingkah laku sosial
iaitu peningkatan 75 peratus (%) projek seni sepanjang lapan minggu (American Art Therapy
Association, 2003).

Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah murid kini menjadi keperluan yang
tidak dapat dielakkan lagi. Murid sebagai subjek yag datang dari latar belakang
yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga, bangsa, persekitaran, tempat, budaya
dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut
daripada menjadi bertambah serius. Ini adalah untuk memastikan kepesatan pembangunan
negara kita, bukan saja ditajai oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya
cipta dan berbudaya tetapi yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap di
samping kestabilan emosi.

4.0 PELAKSANAAN TERAPI SENI

Kajian ini merupakan satu kajian kes yang melibatkan seorang subjek yang merupakan
seorang murid Tahun 2. Subjek ini dipilih disebabkan oleh sikap atau tingkah laku suka
mengganggu rakan sekelas (disruptive behaviour) yang dipamerkannya di dalam kelas.
Selain itu, subjek juga tidak berupaya mengawal emosi, menjadi cepat marah dan mudah
memberontak di dalam kelas. Sikap Olaf yang sedemikian menyebabkan dia menghadapi
masalah sosial dengan rakan sebaya. Kajian ini mengguna terapi seni sebagai alternative
untuk saya menjalankan sesi kaunseling. Saya juga menggunakan teknik kaunseling seperti
penerokaan, konfrontasi, dorongan minimum dan persoalan dalam proses menjalankan sesi
kaunseling.

Terapi seni diterapkan dalam beberapa sesi kaunseling untuk membantu saya mendapat
maklumat yang diperlukan untuk memahami masalah yang Olaf hadapi. Semasa
melaksanakan terapi seni, saya menyediakan peralatan seperti kertas A4, pensel warna,
pensel dan pemadam untuk Olaf selaku klien. Arahan yang diberikan kepadanya untuk
melakukan terapi seni adalah melakar isu yang ingin dikongsikan dalam sesi berkenaan.
Saya telah menjalankan beberapa kali sesi kaunseling dengan menerapkan terapi seni bagi
mengesan masalah yang dihadapi oleh subjek seterusnya membantu subjek mengawal
tingkah laku disruptive tersebut. Tempoh masa pelaksanaan bagi setiap sesi adalah
selama 30 minit dan Olaf diberikan masa antara 15 hingga 20 minit untuk melukis. Selepas
melukis, Olaf diminta untuk menerangkan lukisannya.

4.1 DATA PRIMER

Data primer ialah data yang dikumpul sendiri oleh penyelidik, khasnya untuk kegunaan
penyelidikan yang sedang dijalankannya (Izham, 2000). Dalam kajian ini, data kajian
dikumpul melalui temu bual bersemuka dengan Olaf iaitu melalui sesi kaunseling yang
dijalankan serta temu bual dengan guru yang merujuk Olaf untuk kaunseling. Selain itu,
pengkaji juga menggunakan teknik pemerhatian dalam mengumpul data. Izham (2000)
menyatakan bahawa teknik pemerhatian merupakan proses mengumpul maklumat dengan
cara merekodkan corak tingkahlaku manusia, objek, dan kejadian tanpa menyoal atau

berkomunikasi dengan mereka. Dalam kajian ini, pengkaji telah merekod tingkah laku bukan
lisan klien semasa sesi kaunseling dijalankan. Dalam sesi temu bual ini, pengkaji telah
menggunakan temu bual berstruktur dan tidak berstruktur. Antara contoh soalan untuk
temubual berstruktur adalah, , Boleh ceritakan lukisan anda, Kenapa anda lukis gambar
ini, Apakah tajuk lukisan anda?

Dalam kajian kualitatif, rapport antara pengkaji dan responden adalah perlu untuk
mengurangkan kebimbangan dan pembinaan kepercayaan (Glessne, 1990; dalam Normala
dan rakan-rakan, 2000). Rapport memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat yang
secukupnya di mana responden memberikan pelbagai maklumat personel atau beraksi
dalam keadaan biasa dan rasa selamat tanpa dipengaruhi oleh kehadiran pengkaji
(Glesne, 1979).

4.2 DATA SEKUNDER

Data sekunder ialah data yang telah dikumpul dan direkodkan oleh pihak lain sebelum
wujudnya keperluan semasa penyelidik (Izham, 2000). Pengkaji telah mendapatkan
maklumat daripada jurnal dan buku ilmiah.

4.3 TEKNIK MENGUMPUL DAN MENGANALISIS DATA

Dalam kajian ini, teknik yang terkandung dalam buku The Secret World of Drawings yang
ditulis oleh Gregg M. Furth, iaitu mengguna pendekatan Jung untuk mentafsir lukisan yang
telah dilukis oleh klien. Mengikut Furth, mentafsir sesuatu lukisan memerlukan beberapa
perkara yang perlu diambil perhatian seperti:
Sesuatu yang ganjil dalam lukisan
Memerhatikan objek yang menjadi penghalang dalam lukisan
Benda yang telah tertinggal atau hilang dalam lukisan
Kedudukan dan saiz sesuatu objek
Objek yang dilukis secara berulangan
Rekabentuk yang tidak terurus
6

Perubahan warna (shading)


Perkataan yang telah ditulis di dalam lukisan
Latar lukisan
Lain-lain perkara seperti encapsulating, iaitu melukis sesuatu di luar musim dan
membuat

perbandingan dengan persekitaran

Pendekatan analisis kandungan dicadangkan oleh Miles dan Huberman (1995, dalam
Normala, 2000) digunakan untuk menganalisis data temu bual. Analisis kandungan
digunakan untuk mengenal pasti tema, konsep dan makna (Burn, 1995 dalam Normala,
2000). Dalam hal ini sistem pengekodan diperlukan dalam sesuatu penyelidikan. Dalam
kajian ini, sistem pengekodan dibangunkan setelah data diperolehi. Data-data yang
diperolehi disusun mengikut kategori atau pola supaya dapat menggambarkan kandungan
kajian. Data ini diperhalusi supaya dapat menjawab persoalan kajian. Triangulasisi data
merupakan salah satu kaedah yang dapat meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu
penyelidikan kualitatif (Merriem, 1998, dalam Normala 2000).

5.0 DAPATAN DAN HASIL ANALISIS TERAPI

5.1 SESI PERTAMA

Dalam sesi yang pertama, proses membina hubungan dilakukan oleh pengkaji. Hal ini
kerana Olaf adalah kes rujuk dan memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri
dalam sesi kaunseling. Dalam sesi ini, saya telah membina hubungan baik dengan Olaf dan
meminta beliau berkongsi latar belakang dan hobinya. Perbualan ringan tentang nama, hobi,
cita-cita, adik beradik, tempat tinggal dan perhubungan dengan rakan-rakan dan guru yang
rapat dengan Olaf dilakukan. Olaf berkongsi bahawa dia suka bermain dengan adiknya dan
sepupunya di rumah. Beliau juga rapat dengan adik dan dua orang sepupunya kerana
mereka tinggal bersama-sama. Sesi yang pertama ini dihabiskan untuk tujuan membina
hubungan sahaja. Dari segi lisan, pada awalnya Olaf menunjukkan sikap menolak dan
kurang bercakap. Tetapi setelah pengkaji cuba untuk mendekati klien dengan mewujudkan
hubungan mesra dengannya, Olaf mula menunjukkan sikap menerima dan bercakap
dengan menjawab setiap soalan yang diajukan kepadanya.

Dalam hal ini, peneguhan postif digunakan oleh pengkaji supaya Olaf dapat bercakap
dengan lebih lanjut lagi dan dapat membina hubungan yang baik dengan pengkaji.
Dari segi bukan lisan pula, kontak mata Olaf tidak memandang ke arah pengkaji, sebaliknya
mengalihkan pandangannya di sekitar bilik. Dari segi bahasa badan, Olaf asyik bergerakgerak dan cuba untuk menjarakkan diri dengan pengkaji. Dalam sesi ini, Olaf diberikan
kebebasan untuk melukis apa-apa sahaja mengikut kehendaknya sendiri. Walau
bagaimanapun, pengkaji tidak berfokuskan kepada hasil lukisan Olaf tetapi lebih kepada
untuk mewujudkan hubungan baik dengan klien. Sepanjang sesi dijalankan, perbincangan
tertumpu kepada perbualan ringan sahaja. Namun, ia memberikan pengaruh yang positif
terhadap lisan Olaf. Hal ini disebabkan lukisan yang dilukis hanyalah sebagai saluran untuk
membina rapport. Normala (2000) dalam kajian yang berkaitan dengan persepsi murid
tentang kaunseling mendapati bahawa pembinaan rapport adalah penting dan menyatakan
ciri-ciri penolakan untuk menyatakan masalah kerana berasa bimbang pada peringkat awal
sesi kaunseling.

5.2 SESI KEDUA

Dalam sesi yang kedua, penerokaan dilakukan dengan mengguna lukisan yang dihasilkan.
Dalam sesi yang kedua ini, pengkaji meminta klien untuk melukis gambar ahli keluarga yang
paling dia sayangi. Olaf telah menghasilkan satu lukisan seperti yang ditunjukkan dalam
Gambar 1. Seterusnya pengkaji telah meminta klien untuk membuat penjelasan bagi
menerangkan lukisan yang telah dihasilkannya dalam sesi kedua ini.

Gambar 1: Ahli keluarga yang disayangi

Olaf melakarkan gambar pasangan seorang lelaki dan seorang perempuan. Dia
menerangkan bahawa lukisan tersebut adalah gambar bapa saudara dan ibu saudaranya.
Dia menyatakan bahawa dia sangat menyayangi ibu dan bapa saudaranya dan
menganggap mereka sebagai ibu bapanya sendiri. Apabila pengkaji bertanyakan sebab
mengapa dia tidak melukis gambar ibunya, dia memberitahu bahawa dia tidak menyayangi
ibunya kerana ibunya juga tidak sayang padanya dan selalu mengabaikan dia. Ibunya selalu
tidak berada di rumah dan tidak mengambil berat akan dirinya. Dia menceritakan bagaimana
ibu dan bapa saudaranya melayan dan menjaga dia dengan baik. Olaf tidak mendapat kasih
sayang dan perhatian daripada kedua orang tuanya seperti kanak-kanak yang seusia
dengannya.

Dalam sesi kedua ini, Olaf juga ada memberitahu kepada pengkaji bahawa dia merasakan
bahawa tidak ramai orang yang menyayangi dirinya. Cuma ibu dan bapa saudaranya sahaja
yang sayang akan dirinya. Justeru, dia mengharapkan guru-guru di sekolah akan
menyayanginya dan memberikan perhatian kepada dirinya. Menurut Kerr & Nelson, tingkah
laku yang menganggu (Disruptive Behavior) merupakan tingkah laku untuk mendapat
perhatian orang lain, misalnya out-of-seat, merayau-rayau, mengejek, tidak mengikut
arahan guru dan ibu bapa. Olaf berkelakuan seperti ini mungkin bertujuan untuk mencuri
tumpuan guru. Dia beranggapan bahawa guru akan memberikan lebih perhatian kepadanya
sekiranya dia menunjukkan kelakuan negatif seperti suka menganggu, cepat marah dan
memberontak.

5.3 SESI KETIGA

Pada permulaan sesi, Olaf diminta untuk mengimbas balik apa yang telah dibincangkan
dalam sesi sebelum itu. Dalam sesi ini, Olaf telah menghasilkan satu lukisan seperti yang
ditunjukkan dalam Gambar 2. Seterusnya pengkaji telah meminta klien untuk membuat
penjelasan bagi menerangkan lukisan yang telah dihasilkannya dalam sesi ketiga ini.

Gambar 2: Olaf bersama adik dan


sepupunya

9
Gambar
3: Olaf sedang melukis pada sesi
ketiga

Olaf melukis gambar dia bersama adik dan dua orang sepupunya yang sedang bermain di
rumah mereka. Olaf menceritakan bahawa dia suka bermain dengan adik dan sepupunya.
Mereka selalu bermain bersama-sama semasa berada di rumah. Dia juga ada menyatakan
bahawa dia lebih suka berada di rumah berbanding di sekolah kerana dia gembira dapat
bermain bersama adik dan sepupunya. Sedangkan apabila berada di sekolah, Olaf tidak
mempunyai ramai kawan kerana sikapnya yang suka mengganggu rakan sekelas. Oleh
sebab itu, dia berasa bosan apabila berada di sekolah kerana dia tiada kawan untuk
bermain. Keadaan seperti dalam lakaran ini menunjukkan bahawa Olaf sebenarnya mampu
untuk bersosial untuk baik. Dia dapat membina interaksi sosial dan menjalinkan hubungan
yang mesra dan rapat dengan adik dan sepupunya.

Tingkah laku disruptive yang dipamerkan oleh Olaf di sekolah menyebabkan hubungan
interpersonal dia dengan rakan sekelasnya terganggu. Dia tidak dapat mewujudkan satu
jaringan sosial yang baik dengan rakan-rakannya. Olaf menyatakan bahawa dia sebenarnya
ingin mempunyai ramai kawan untuk bermain di sekolah, tetapi rakan sekelasnya tidak
mahu berkawan dengannya. Berdasarkan pendapat pengkaji, sikap Olaf yang suka
mengganggu rakan adalah bertujuan untuk mendapat perhatian daripada rakannya. Dia
mungkin sebenarnya mahu menjalinkan hubungan interpersonal dengan rakan sekelas
dengan berkelakuan suka mengacau mereka. Dia berasa terhibur apabila dapat mengacau
rakannya dan seterusnya mendapat tumpuan daripada rakan sekelas.

Kadang-kadang apabila dia merasakan tersisih dan berasa keseorangan, dia mula
menunjukkan sikap marah dan memberontak sebagai satu cara untuk dia meluahkan
kekecewaan yang dialaminya. Dalam sesi ini juga, Olaf berkongsi sebab-sebabnya dia
berasa marah iaitu dia ingin bermain bersama dengan kawan-kawannya tetapi mereka
enggan bermain dengan dia. Olaf sebenarnya mampu untuk menjalinkan hubungan sosial
yang baik dengan rakan sekelas cuma tingkah lakunya perlu diubah.

5.4 SESI KEEMPAT

Pada permulaan sesi, Olaf diminta untuk mengimbas kembali apakah yang dibincangkan
dalam sesi sebelum itu. Dalam sesi ini, pengkaji telah meletakkan Olaf bersama rakanrakannya yang lain dan pengkaji melarang Olaf mengganggu rakannya. Sekiranya Olaf
10

dilihat mengacau atau mengejek rakannya, pengkaji akan menegur dan menasihati klien
supaya tidak terus mengganggu rakan sekelas. Jika Olaf berkelakuan dengan baik, pengkaji
akan memberikan ganjaran sebagai peneguhan positif. Menurut Lee Keok Cheong (2012),
peneguhan positif adalah lebih baik daripada peneguhan negatif. Olaf diberi kebebasan
untuk melukis apa-apa gambar sahaja. Olaf telah menghasilkan satu lukisan seperti yang
ditunjukkan dalam Gambar 4.

Rajah 4: Rumah Saya

Rajah 5: Olaf bersama rakan sekelas

Pada sesi kali ini, pengkaji tidak mahu berfokuskan kepada hasil lukisan Olaf. Sebaliknya
sesi ini dijalankan bertujuan untuk membantu Olaf mengubah tingkah laku disruptive dan
bagi membolehkan Olaf bersosial dengan baik dengan rakan sekelas. Olaf menyatakan
bahawa dia ingin berkawan dengan murid lain di dalam kelas tetapi mereka tidak mahu
berkawan dengannya. Pada awalnya, Olaf masih mengganggu rakan tetapi setelah ditegah
berulang kali Olaf secara perlahan-lahan mula berinteraksi dengan baik dengan rakan
sekelas. Olaf mula menyedari bahawa cara interaksi sosial dia dengan kawan adalah salah
di mana dia selalu mengacau, mengejek dan memarahi mereka. Kemudian, Olaf berkongsi
bahawa cara interaksi sosial dia dengan rakan sekelas pada sesi kali ini adalah berlainan
dengan sebelum ini.

Pada akhir sesi, Olaf menyatakan bahawa dia berasa seronok kerana dapat bercakap dan
bermain bersama dengan rakan sekelasnya pada sesi kali ini. Pada akhirnya, Olaf berkongsi
bahawa dia ingin mengubah sikap sendiri yang suka menganggu rakan dan memarahi
rakan. Klien juga berpendapat bahawa dia akan mendapat banyak kawan baik jika dia
mengubah sikapnya sendiri. Menurut Teori Berpusatkan Klien yang dipelopori oleh Carl
Rogers, manusia mempunyai keupayaan untuk membina, bekerjasama, boleh dipercayai,
realistik dan sanggup bersosial. Hanya dengan penerimaan dan penghormatan barulah
individu akan bersedia berkongsi masalahnya.
11

6.0 RUMUSAN

Secara keseluruhan, pelaksanaan pendekatan Art Therapy dalam sesi kaunseling ini telah
berjaya mengenal pasti beberapa perkara yang dihadapi oleh Olaf sebagai klien. Dalam kes
ini, Olaf dapat mengenal pasti apa yang menyebabkan dirinya tiada kawan iaitu ia
disebabkan oleh sikapnya yang suka mengganggu (disruptive behaviour) dan emosi
marahnya. Dengan penggunaan terapi seni, Olaf dapat meluahkan emosinya yang mana
Olaf sebenarnya berasa marah dan kecewa terhadap masalah yang dihadapinya.
Kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada kedua orang tua menyebabkan Olaf ingin
mencuri tumpuan guru dan rakan-rakan di sekolah dengan menunjukkan tingkah laku
negatif seperti suka mengganggu, mengejek, marah dan memberontak. Selain itu, Olaf suka
memarahi rakannya kerana dia berasa kecewa dan sedih apabila rakan sekelasnya tidak
mahu berkawan dengannya.

Terapi seni adalah suatu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif
dalam menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah
semua peringkat umur. Terapi seni mengintegrasi bidang perkembangan manusia, seni
visual, dan proses kreatif dengan model-model kaunseling dan psikoterapi. Terapi seni
dapat membantu klien dalam mengenal pasti masalah sendiri seterusnya mencari alternatif
yang sesuai untuk membantu dirinya mengubah tingkah laku yang tidak diingini. Menurut
kajian kes yang lampau, matlamat terapi seni dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan
kanak-kanak menceritakan pengalaman mereka, menyuarakan perasaan atau emosi mereka
yang terpendam serta membolehkan kanak-kanak belajar menguasai pengalaman yang telah
atau sedang mereka lalui. Melalui ekspresi seni murid dapat memahami cara untuk

mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa yang dialami oleh mereka.

Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya, Art, Artist and Art Education
menyatakan bahawa aktiviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu
cabang komunikasi. Pendekatan terapi seni yang diguna pakai oleh pengkaji bagi kajian kes
ini membolehkan pengkaji mengetahui serta memahami sebab-sebab yang menyebabkan
klien menunjukkan tingkah laku yang negatif seterusnya memikirkan satu alternatif yang
mampu untuk membantu klien mengatasi masalah yang dihadapinya. Melalui terapi seni
juga, pengkaji dapat menjalinkan hubungan baik dengan klien di mana perkara ini penting
kerana hanya dengan penerimaan dan kepercayaan barulah klien mahu berkongsi
masalahnya.
12

7.0 RUJUKAN

Terapi Seni Pulihkan Tekanan. (2014, Januari 16). Diakses pada Februari 25, 2014,
daripada Utusan Online Web site: http://www.utusan.com.my
Aminah Hj. Hashim & Arthur P.Llyod. (1995). Bimbingan dan Kaunseling dalam Pendidikan.
Shah Alam: Federal Publications Sdn. Bhd.
Emmy Lou Glassman & Sangeeta Prasad. (2013). Art Therapy in Schools : Its Variety and
Benefits . In S. P. Lowie, Using Art Therapy with Diverse Populations: Crossing
Cultures and Abilities (pp. 11-32). Washington, USA: Jessica Kingsley Publishers.
Hargreaves, D. J. (1989). Children and The Arts. Bristol, USA: Open University Press.
Lee Keok Cheong & Ee Ah Meng. (2012). Siri Pendidikan Guru: Bimbingan dan Kaunseling
Kanak-Kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ling, T. J. (2009). Sikap Marah Menjejas Hubungan Interpersonal. Buku Koleksi Kertas
Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL , 54-62.
Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab
dan Universiti. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mee, S. T. (2009). Mengatasi Masalah Imsomnia dengan Art Theraphy. Buku Koleksi Kertas
Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL , 63-71.
Nurfarina, A. (2013). Kreatif Dalam Konteks Pendidikan Seni bagi Anak Autis. Jurnal Seni
Rupa & Desain, 32-48.
Shafie, R. B. (2008). Pemahaman Guru Seni Sekolah Rendah Terhadap Terapi Seni Dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Fakulti Seni dan
Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 1-12.
Wahab, M. A. (2009). Modaliti Seni: Satu Intervensi Kepada Penolakan Klien Dalam Proses
Kaunseling. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL , 36-46.
Mohamed Sherif Mustaffa, Roslee Ahmad & Jamaludin Ramli. (2007). Kaunseling &
psikoterapi. Johor: UTM Skudai

Jarboe, E.C. (2002). Art Therapy: A Proposal For Inclusion in School Settings. New Horizons
for Learning.
13

REFLEKSI INDIVIDU
NAMA: NUR FARAHIYAH BINTI MAT GHANI
NO. IC: 911103 03 - 5896

Pada semester ketujuh ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan bagi mata
pelajaran Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (EDU3107). Tugasan ini memerlukan
saya untuk mengenal pasti seorang murid sekolah rendah yang menghadapi masalah emosi
atau sosial. Seterusnya saya sebagai pengkaji perlu melaksanakan satu terapi kanak-kanak
untuk membantu murid tersebut yang bertindak sebagai klien. Tugasan ini telah
dilaksanakan semasa menjalani praktikum fasa 3 di salah sebuah sekolah kebangsaan di
daerah Kuching. Semasa proses melaksanakan tugasan ini, saya telah mempertimbangkan
cara perlaksanaan tugasan dengan membuat jadual pelaksanaan tugas agar kerja saya
menjadi lebih mudah dan terancang.

Selepas melakukan tugasan ini, saya mendapat satu pengalaman yang sangat berguna
untuk diri saya terutamanya pada pembinaan sikap positif dalam keperluan untuk menjadi
guru yang berperanan sebagai pembimbing dan kaunselor kepada murid-murid. Saya dapat
meningkatkan pengetahuan dalam topik kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan
kaunseling terutamanya terhadap kanak-kanak. Tugasan ini memberi peluang kepada saya
untuk mempraktikkan kemahiran guru pembimbing di sekolah rendah di samping dapat
melatih diri saya dengan cara dan etika yang betul dalam melaksanakan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling. Saya didedahkan dengan pelbagai kaedah dan pendekatan
yang dapat diambil dalam menjalankan sesi kaunseling di sekolah. Sebagai contoh, guru
boleh menggunakan pelbagai terapi dalam proses kaunseling kanak-kanak seperti terapi
seni, terapi main, terapi bercerita dan terapi muzik. Selain itu, saya mula menanam rasa
empati terhadap kanak-kanak yang mempunyai masalah dan memerlukan bimbingan
daripada guru di sekolah.

Pelaksanaan tugasan ini dapat mengubah persepsi dan tanggapan saya mengenai
perkhidmatan bimbingan dan kauseling. Sebelum ini saya memandang remeh akan tugas
guru biasa sebagai pembimbing di sekolah dan mengganggap bahawa tugas-tugas
berkaitan bimbingan dan kaunseling diletakkan sepenuhnya pada bahu guru kaunseling di
sekolah. Sekarang saya mula menyedari bahawa betapa perlu dan pentingnya
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bukan hanya kepada Unit Bimbingan
14

dan Kaunseling malahan kepada guru-guru yang biasa juga. Saya sebagai bakal guru
pemulihan nanti bakal berdepan dengan berbagai-bagai jenis kerenah dan masalah yang
dihadapai oleh murid pemulihan. Justeru, peranan saya sebagai pembimbing kepada muridmurid pemulihan adalah amat besar.

Murid pemulihan biasanya menghadapi masalah pembelajaran yang ketara dan sukar untuk
memahami apa yang dipelajari. Bimbingan adalah amat penting bagi guru pemulihan untuk
membantu murid-murid pemulihan yang kurang bernasib baik mengembangkan
kebolehannya ke tahap yang maksimum supaya memperoleh pencapaian yang lebih baik.
Salah satu objektif perkhidmatan bimbingan yang disenaraikan dalam buku panduan
Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah, Kementerian Pelajaran
Malaysia (1993) adalah menyediakan perkhidmatan pemulihan seperti membantu muridmurid mengatasi masalah akademik, sosioemosi dan kerjaya. Saya sebagai pembimbing
kepada murid pemulihan seharusnya berupaya untuk membantu mereka memahami
kebolehan, bakat, minat serta kelemahan-kelemahan diri.

Saya cuba untuk menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan kerja kursus ini
dengan berkolaborasi dengan pensyarah, guru dan turut berkesempatan berbincang dengan
rakan-rakan lain. Seterusnya, saya dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan
pensyarah, guru kaunseling, guru-guru, rakan-rakan dan murid-murid di sekolah tempat
kajian dilaksanakan. Saya berasa gembira kerana berpeluang mengambil sendiri
pengalaman melaksanakan dan mengendalikan sesi kaunseling bersama murid pemulihan.
Pengalaman semasa melaksanakannya banyak membantu saya untuk menjadi guru yang
lebih baik dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Dalam melaksanakan
kajian kes ini, saya berdepan dengan seorang klien yang suka menunjukkan tingkah laku
negatif iaitu suka mengganggu rakan, pemarah dan suka memberontak.

Menurut Mary Regina (1995), sesuatu tingkah laku mempunyai sebab-sebab tertentu dan
sebarang penyelewengan biasanya didorong oleh faktor-faktor dari keadaan sekolah, rumah
atau masyarakat. Saya cuba untuk mendalami masalah sebenar yang dialami oleh klien
yang mendorong dia berkelakuan sedemikian dengan menggunakan pendekatan terapi
seni. Menurut Friedman dan Sanders (1997), kebanyakkan orang dari pelbagai peringkat
umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan
seni. Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini, untuk mencerminkan
15

diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan. Saya berasa
cukup terkesan dengan kehidupan yang terpaksa dilalui oleh sebilangan murid pemulihan.
Ada yang hidup dalam serba kekurangan dan ada pula yang hidup dalam keluarga yang
berpecah belah. Faktor persekitaran seperti ini memberikan impak yang amat besar dan
cukup mendalam terhadap pendidikan dan kehidupan mereka.

Namun demikian, terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat saya kenal pasti semasa
melaksanakan tugasan ini. Antaranya, saya sukar mendapatkan bahan rujukan yang relevan
dan terkini terutamanya dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini seperti yang diminta
oleh pensyarah. Hal ini menyebabkan banyak masa yang digunakan untuk mencari sumber
rujukan bagi kajian kes ini. Saya banyak merujuk kepada buku-buku ilmiah dan kajian-kajian
terdahulu. Selain itu, saya juga menghadapi masalah untuk menguruskan masa dengan
cemerlang. Saya akui wujudnya masalah ini disebabkan kekangan masa semasa menjalani
praktikum. Saya berharap kelemahan diri saya ini dapat diperbaiki ke arah yang lebih baik
dari masa ke masa.

Hasil keseluruhan daripada tugasan ini, saya dapat menguasai beberapa sikap sebagai
seorang guru yang prihatin dan bersifat lebih penyayang. Guru sebagai pembimbing kepada
murid-murid di sekolah perlu berusaha untuk memahami dan mendalami masalah serta
emosi murid-murid. Guru tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahkan murid di atas
segala perlakuan atau tingkah laku negatif yang dipamerkannya kerana mungkin sahaja
murid tersebut sebenarnya menanggung satu beban yang amat berat. Saya mendapat
banyak ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada kerjaya saya nanti sebagai seorang guru
pemulihan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Saya berharap segala input yang saya
perolehi ini dapat memberikan impak yang positif kepada diri saya untuk bergelar pendidik
kepada bangsa, agama dan Negara.

16

LAMPIRAN

17

Vous aimerez peut-être aussi