Vous êtes sur la page 1sur 12

PRINSIP PRINSIP ASAS ISLAM

CTU 101
ANALISA SURAH YASSIN AYAT 51 53

NAMA PELAJAR

MATRIKS

: Zuhair Yazdani bin Mohamed Ghozali

: 2014409714

NAMA PENSYARAH : USTAZAH SHAHIDATUL ASHIKIN BINTI SHAHIRAN

Senarai Kandungan
Surat
Pendahuluan

Muka

Pendahuluan
A. Sejarah Surah Yasin
Dalam Surah Yasin, ayat 51 - 53, Allah s.w.t menyatakan kepada manusia tentang
kedatangan Hari Kiamat. Ia datang dengan mengejut dengan satu pekikan sahaja
iaitu tiupan sangkala pertama manusia habis mati. Kemudian Allah menyatakan
mengenai kebangkitan manusia dari kubur iaitu dengan satu tiupan, iaitu tiupan
sangkakala kedua semua manusia bangkit dari kubur dan mereka akan menghadap

Allah untuk dihisab dengan adil segala yang mereka telah lakuan di dunia. Ahli
syurga masuk syurga dan ahli neraka masuk neraka.

B. Penurunan Surah Yasin


Surah Yasin merupakan surah yang ke-36 daripada 114 surah yang terdapat di
dalam al-Quran. Ia diturunkan selepas penurunan surah al-Jin. Surah ini
mengandungi 83 ayat yang semuanya diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w.
berada di Makkah, kecuali ayat ke-12, yang diturunkan kepada Baginda selepas
berhijrah ke Madinah. Oleh itu, Surah Yasin ini tergolong dalam surah Makkiyah.

C. Keistimewaan
Sebahagian ulama berpendapat bahawa sentiasa membaca surah Yasin pada
semua waktu boleh memudahkan sebarang urusan tetapi mereka berpendapat
sunat dibaca pada hari Khamis kerana keluasan rezeki, hari Selasa menolak
daripada kezaliman dan selamat daripada musuh seterusnya hari Ahad untuk
mencapai kedudukan yang terpuji.
Walaupun begitu, ramai ulama telah mengamalkan bacaan Yasin dan didapati cukup
ampuh berkenaan dengan permintaan dan hajat yang diajukan kepada Allah s.w.t.

D. Kelebihan
Selain itu, surah Yasin turut sering dikaitkan dengan pelbagai kelebihan lainnya.
Antaranya ialah mencari barang yang hilang, untuk membuat air Yasin, bacaan
ketika masuk rumah baru, untuk memudahkan jodoh, untuk mengirimkan pahala

kepada orang mati, untuk sambutan majlis-majlis tertentu seperti nisfu Syaaban dan
seumpamanya yang selainnya.

http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2009/12/tafsir-surah-Yaasin.pdf

Terjemahan Surah Yasin Ayat 51 - 53


Ayat 51 :

Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah
mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari
kubur masing-masing (untuk) menghadapi Tuhannya.

Ayat 52 :

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai
celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,,
(Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang
Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,

Ayat 53 :

Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta
mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk
menerima balasan).

Analisa Surah Yasin Ayat 51 - 53


Surah Yasin, Ayat 51:
Ini adalah bahagian ketiga dalam surah Yaasin ini. Iaitu menceritakan tentang Hari
Kiamat..

Dan apabila ditiupkan sangkakala; ini adalah sangkakala yang kedua. Israfil akan
dihidupkan semula untuk meniupkan sangkakala sekali lagi. Sangkakala ditiupkan
kali pertama untuk mematikan semua makhluk. Tiupan Sangkakala kedua ditiup
untuk menghidupkan balik makhluk.

Maka tiap-tiap mereka keluar dari kubur masing-masing; Iaitu kubur di Alam
Barzakh.
Kata

(mereka) dalam ayat ini merujuk kepada mereka yang engkar kepada

Perintah-Nya.
Maksud

adalah kubur tapi bukan kubur yang biasa. Ia adalah kubur yang

terlalu lama, sampai orang tidak tahu tentang kubur itu. Orang-orang yang sombong
sangka bahawa mereka adalah orang yang penting dan ada kedudukan. Tapi Allah

nak beritahu bahawa tidak ada sesiapa yang ingat akan mereka. Selalunya, kubur
orang-orang yang penting akan dijaga rapi, tetapi ia tidak berlaku kepada kubur
mereka. Mereka ingat mereka penting, hakikatnya mereka adalah orang yang hina.
Perkataan digunakan untuk menghina mereka.
Dikatakan semuanya akan bangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Semua
malaikat, jin dan manusia akan bangkit tiba-tiba. Semua makhluk-Nya akan
dibangkitkan dengan serentak yang dicipta dari permulaan alam hingga ke waktu
sebelum

terjadinya kiamat. Semuanya akan bangun dalam suasana hening.

Mahsyar adalah satu tempat matahari adalah sejengkal tingginya dari kepala kita.

Mereka akan bergerak dengan cepat kepada Pencipta mereka.


Perkataan

bermaksud bergerak dengan cepat. Ianya merujuk kepada

keadaan seseorang yang bergerak turun dari atas bukit. Orang sebegini akan
bergerak dengan cepat dan mereka tidak ada pilihan lain selain bergerak ke
hadapan. Mereka tentunya sudah tahu apa yang mereka akan terima iaitu azab
yang telah dijanjikan-Nya kepada mereka.
Orang yang beriman, akan keluar dari anggota wuduknya cahaya yang menyuluh.
Yang buat syirik akan merayu meminta-minta cahaya daripada mereka.
Mereka yang muqarrabin (dekat dengan Allah) akan dibawa ke Mahsyar dengan
sepantas kilat. Mereka ke Padang Mahsyar dengan segala kesenangan. Akhir
sekali, akan ada yang pergi dengan berjalan kaki. Ada pula yang merangkak. Ada
bergerak dengan lutut. Ada yang berjalan dengan muka mereka.
Semua sekali apabila sampai, mereka akan berhimpun di hadapan Tuhan. Dalam
keadaan tunduk, takut nak angkat muka. Ini ada diceritakan dalam Surah Sajadah:
Sekiranya kamu dapat melihat mereka tunduk kepala sambil berkata: kami dah
tengok neraka. Kami dah dengar mendidihnya neraka. Kembalilah kami ke dunia

sebab kami nak buat amalan soleh kepadaMu. Kami nak buat amalan lebih baik dari
Nabi kamu sendiri beramal. Hari ni kami baru percaya.

Surah Yasin, Ayat 52:

Mereka berkata; Yang berkata adalah orang-orang kafir atau orang munafik yang
langgar perintah Allah s.w.t.

Alangkah celakanya kami; Mereka sangat menyesal pada ketika itu.

Siapakah yang mengejutkan kami dari tempat tidur kami ini?


Kata diambil dari kata

yang bermaksud tidur-tidur ayam. Tidur yang tidak

nyenyak. Jika orang gerakkan kita dari tidur begini, kita akan berang.
Mereka dulu rasa macam tidur. Mereka lupa bahawa mereka dulu berada di alam
barzakh. Jangan kita ingat mereka tidur sahaja ketika berada dalam kubur itu,
kerana azab kubur itu benar. Tapi kerana apa yang akan mereka alami ketika di
alam barzakh, membuatkan mereka rasa azab yang mereka terima dalam kubur itu
rasa seperti sedang tidur kalau dibandingkan dengan azab neraka yang akan
mereka hadapi.

Pertanyaan mereka itu tadi disahut oleh malaikat atau orang beriman:

Inilah dia hari yang dijanjikan oleh Tuhan Rahman; Inilah hari perbicaraan di
Mahsyar
Sekali lagi perkataan digunakan untuk merujuk kepada Allah. Banyak kali sifat

Allah disebut dalam surah Yasin. Ini adalah untuk mengingatkan kita tentang

segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.




Maka benarlah kata Nabi, Rasul; dan para pendakwah sebelum ini yang
mengatakan bahawa Hari Kebangkitan ini pasti akan berlaku.

Surah Yasin, Ayat 53:

Sesungguhnya tempikan sangkakala itu tidak lain hanya sekali pekikan sahaja;
Sekali lagi perkataan
digunakan dalam ayat ini. Ayat ini menunjukkan begitu

mudahnya Allah hendak mengambil nyawa kita. Tak payah nak susah-susah buat
proses yang berbagai-bagai. Dengan sekali tempik sahaja.

Maka

tiba-tiba

mereka

kesemua

sekali

kehadapan

Kami

akan

dihadapkan.
Semua sekali makhluk akan dibawa mengadap Allah. Waktu itu kita semua akan
dibicarakan. Apa sahaja perbuatan kita di dunia ini nanti akan dikira. Seperti juga
pengiraan akauntan yang menjaga keluar masuk wang syarikat, kita semua akan
dikeluarkan dengan segala perbuatan kita selama di dunia. Malah, pengiraan di
mahkamah Allah lebih ketat lagi. Kalau kita dapat mendalami pemahaman bahawa
apa sahaja perbuatan kita di dunia akan diambil kira, maka kita akan lebih berhatihati dalam segala amalan kita. Ingatlah tentang kisah Saidina Umar r.a. dengan
anak penjual susu. Begitulah seorang yang beriman, walaupun manusia tidak
nampak, mereka sedar bahawa Allah sentiasa memerhatikan segala perbuatan kita.

Tidaklah dapat dibayangkan kejadian di Mahsyar itu kelak. Ianya sudah tentu satu
keadaan yang mengerikan jikalau kita adalah orang yang banyak dosa. Maka
moleklah kalau kita berdoa kepada Allah setiap hari: Ya Allah, engkau akan
memanggil kami untuk menghadap kamu di Mahsyar nanti. Semoga kami dijauhkan
dari kemurkaanMu pada hari itu.

Sumber Rujukan
Ahmad, Z. H. (2004). Tafsir surah Yasin dari perspektif sains dan sejarah. Kajang:
Aras Mega (M).
Keistimewaan Yasin. (n.d.). Retrieved July 04, 2014, from

http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121012/ba_04/Keistimewa
an-Yasin
MASJID AL-ISTIQAMAH SG MERAB: SURAH YASIN - KANDUNGAN DAN
INTIPATI. (n.d.). Retrieved July 08, 2014, from
http://alistiqamahsgmerab.blogspot.com/2011/10/surah-yasin-kandungan-danintipati.html
Menyelongkar misteri surah Yasin. (n.d.). Retrieved July 04, 2014, from
http://www.sinarharian.com.my/rencana/menyelongkar-misteri-surah-yasin1.14492
Tafsir Yaasin Ayat 22-58. (n.d.). Retrieved July 08, 2014, from
http://tafsirsunnah.wordpress.com/2012/01/08/tafsir-yaasin-ayat-22-58/

Vous aimerez peut-être aussi