Vous êtes sur la page 1sur 12

2.1.

1 Untuk mendidik
Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang makan garam terlebih
dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika
mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau
kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantunsebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Contohnya seperti pantun
Melayu lama ini;
Air melurut di tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat dahulu untuk tujuan mendidik. Pantun agama yang dicipta
selalunya memberikan peringatan dan pedoman kepada semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah.
Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;
Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan;
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.
2.1.2 Untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu
Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan
sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan
disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu
yang mendalam. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat daripada pantun Melayu lama di bawah ini;
Ribu-ribu pokok mengkudu,
Cincin permata jatuh ke ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
Air mata jangan dibuang.
Pantun di atas menggambarkan nasihat orang yang melafazkan pantun kepada pasangannya yang kerinduan tidak kira sama ada
pasangan kekasih atau suami isteri atau anak kepada ibu bapanya.
2.1.3 Untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih
Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang budi dan jasa. Oleh itu, banyak dapat kita lihat pantun
Melayu yang dicipta untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa atau berbudi.
Antara pantun yang popular sehingga sekarang ini adalah seperti pantun di bawah:

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Kedua-dua rangkap pantun di atas memperlihatkan masyarakat Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih
daripada segalanya.
2.1.4 Untuk adat istiadat
Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam kehidupan sehari-hari. Oleh itu, pantun juga memainkan
peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat istiadat. Dalam majlis merisik, bertunang sehinggalah majlis
perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk
menyampaikan maksud di hati. Pantun-pantun sebegini dikenali sebagai pantun adat. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat dalam
pantun Melayu lama di bawah ini yang kerapkali dilafazkan dalam majlis merisik sehingga sekarang ini;
Tok Sami ke Teluk Lipat,
Kain sekodi dibawa sama;
Datang kami membawa hajat,
Kalau sudi minta terima.
2.1.5 Untuk sindiran dan tempelak
Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang
berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat menyembunyikan
perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini
bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara mereka.
Perhatikan pantunsindiran Melayu lama di bawah ini yang masih kita gunakan sehingga sekarang;

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
2.1.6 Untuk menguji minda
Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran. Pantun-pantun sebegini amat digemari ramai terutama golongan
kanak-kanak. Pantun yang menguji minda ini dinamakan pantun teka-teki. Antara contoh pantun Melayu lama yang masih diingati
ialah;
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji;
Kalau tuan bijak pandai,
Apakah binatang keris di kaki?
2.1.7 Untuk hiburan
Pantun juga dicipta oleh masyarakat Melayu untuk tujuan hiburan. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu akan berhibur dengan
melafazkan pantun-pantun bersifat jenaka atau mengusik. Contohnya seperti pantun Melayu lama di bawah yang sememangnya
kita ingat sejak kecil lagi.
Tuan Puteri memasang panjut,
Dayang tolong menghalau lalat;
Kucing tidur bangkit terkejut,
Melihat tikus pandai bersilat.
Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti lagu Dondang Sayang yang popular dalam kalangan Baba Nyonya.
Artikel di atas dipetik daripada Bab 2: Fungsi Pantun dalam buku ANEKA CONTOH PANTUN PILIHAN MENGIKUT ATUR CARA
MAJLIS.Maklumat tentang bukuini boleh didapati di www.books.perintis. com.my. Penerbit AL Falah N.A.Salleh
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?aid=38788
Puisi traditional Melayu termasuklah pantun merupakan satu bukti kehidupan masyarakatnya yang unit. Pantun yang terhasil
daripada kata-kata yang puitis dalam setiap baitnya terutama unsur tersirat yang kadangkala begitu menarik untuk dikaji. Pada
masa yang sama pantun juga membuktikan falsafah bangsa yang mendalam cirinya. Sesuai dengan peribahasa 'tak lapuk dek
hujan tak leaking dek panas', pantun memiliki banyak keistimewaan dan peranan yang tersendiri dalam kebudayaan masyarakat di
negara ini.
Peranan pantun yang ketara ialah sastera ini menjadi media komunikasi dan hiburan semula jadi buat masyarakat kita. Pantun
digunakan sebagai lagu dan dinyanyikan untuk tujuan berhibur atau mengusik antara jantina dalam masyarakat kita. Tindakan ini
menjadikan kehidupan masyarakat lebih ceria, seronok dan menarik untuk dilalui. Sesungguhnya, pantun menjadikan kehidupan
masyarakat menjadi lebih bermakna.
Selain itu, pantun juga memberikan nasihat dan tunjuk ajar terutama kepada generasi muda kita. Golongan tua yang kaya dengan
pelbagai nasihat dan pengalaman hidup serta amat peka dengan perubahan sesuatu perkara selalu menggunakan pantun sebagai
kaedah memberi peringatan pula. Contohnya, Pantun Kiasan dalam Antologi Anak Laut yang jelas menolak sebarang usaha suka
membazir dalam kehidupan manusia itu. Jelaslah, pantun boleh secara diam-diam memberi nasihat kepada masyarakat untuk
menjadi lebih baik pada masa hadapan.
Malahan, pantun juga dilihat sebagai satu cara untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih kepada seseorang
itu. Masyarakat kita memang terkenal dengan sikap masyarakat yang mengenang budi orang lain. Pantun yang menggunakan bait
Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati membuktikan betapa tingginya konsep mengenang budi dalam masyarakat
kita itu.Maka, pantun menjadi satu cara yang paling mudah untuk menyuarakan rasa terima kasih atas bantuan yang diterima
daripada seseorang manusia itu.
Pantun juga dilihat sebagai satu teknik menyindir atau menempelak seseorang itu dengan lebih sopan. Masyarakat kita yang
tidak suka menimbulkan masalah pergaduhan tetapi masih mahu memberi peringatan kepada orang lain telah menggunakan
pantun sebagai jalan penyelesaiannya. Penggunaan pantun membolehkan hanya orang yang melakukan sesuatu tindakan yang
salah itu memahaminya lalu berusaha untuk mengubah kesilapannya pada masa hadapan. Oleh itu, pantunlah yang membantu

masyarakat kita mengkritik ahli yang lain tetapi masih mengekalkan suasana keharmonian dalam sesebuah masyarakat itu.
Akhir sekali, pantun juga berperanan untuk mempamerkan adat istiadat masyarakat kita. Sudah acap kali pantun digunakan
sebagai pembuka kata sebagai tanda memento kebenaran atau menyampaikan hasrat terutama ketika majlis perkhawinan dan
sebagainya. Penggunaan kaedah berpantun ini menjadikan suasana majlis lebih ceria dan menarik kepada masyarakat.
Sesungguhnya, penggunaan pantun sebagai alat adat istiadat telah meninggikan lagi kedudukan pantun dalam masyarakat kita itu.
Kesimpulannya, pantun mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam masyarakat kita. Situasi ini menjadikan kedudukan pantun
itu sesuatu yang bernilai dan harus dikekalkan dalam kebudayaan kita. Namun, pantun semakin lama semakin terhakis akibat
perubahan zaman yang berlaku dengan pantas itu. Bak kata pepatah, 'biar mati anak, jangan mati adat' yang membuktikan bahawa
pantun itu sesuatu yang berharga dalam kebudayaan kita.
Posted by Noor Azman Mahat at 12:13 AM
http://noorazmanmahat.blogspot.com/2011/04/karangan-spm-2011peranan-dan.html
Antara peranan pantun dalam kalangan masyarakat terdahulu adalah:
i.
Untuk mendidik
Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang makan garam terlebih
dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika
mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau
kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantunsebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Contohnya seperti pantun
Melayu lama ini;
Air melurut di tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
ii.
Untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu
Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan
sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan
disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu
yang mendalam. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat daripada pantun Melayu lama di bawah ini;
Ribu-ribu pokok mengkudu,
Cincin permata jatuh ke ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
Air mata jangan dibuang.
iii.
Untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih
Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang budi dan jasa. Oleh itu, banyak dapat kita lihat pantun
Melayu yang dicipta untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa atau berbudi.
Antara pantun yang popular sehingga sekarang ini adalah seperti pantun di bawah:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
iv.
Untuk sindiran dan tempelak
Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa
yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat menyembunyikan
perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini
bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara mereka.
Perhatikan pantunsindiran Melayu lama di bawah ini yang masih kita gunakan sehingga sekarang;
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;

Sudah dapat gading bertuah,


Tanduk tidak berguna lagi.
v.
Untuk menguji minda
Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran. Pantun-pantun sebegini amat digemari ramai terutama golongan
kanak-kanak. Pantun yang menguji minda ini dinamakan pantun teka-teki. Antara contoh pantun Melayu lama yang masih diingati
ialah;
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji;
Kalau tuan bijak pandai,
Apakah binatang keris di kaki?
vi.
Untuk hiburan
Pantun juga dicipta oleh masyarakat Melayu untuk tujuan hiburan. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu akan berhibur dengan
melafazkan pantun-pantun bersifat jenaka atau mengusik. Contohnya seperti pantun Melayu lama di bawah yang sememangnya
kita ingat sejak kecil lagi.
Tuan Puteri memasang panjut,
Dayang tolong menghalau lalat;
Kucing tidur bangkit terkejut,
Melihat tikus pandai bersilat.

Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti lagu Dondang Sayang yang popular dalam kalangan Baba Nyonya.
http://hashimahayob.blogspot.com/2012/10/peranan-pantun-sebagai-alat-komunikasi.html
1.0

PENGENALAN

Sejarah telah membuktikan betapa sesungguhnya corak hidup masyarakat dan bangsa Melayu pada zaman dahulu dicerminkan
melalui puisi lama seperti pantun dan peribahasa. Zaba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965: 219),
mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh itu, umum telah
menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu. Ianya bukanlah adaptasi daripada puisi-puisi Jawa, India atau Cina. Ini
bermakna, pantun merupakan puisi asli yang dimiliki oleh masyarakat Melayu serta paling awal muncul berbanding puisi yang lain
(Harun Mat Piah, 1989: 122).
Masyarakat Melayu lama akrab dengan alam semulajadi seperti alam tumbuhan, haiwan dan cakerawala. Ini adalah
disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka sama ada di laut, di
hutan, di bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah (1989: 115) menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang dan
simbol-simbol daripada alam perlu diketahui untuk memahami maksud pantun. Lantaran itulah pantun dikaitkan dengan alam
semulajadi sebagai perbandingan dan perlambangan yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan nasihat.
Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu (Jamilah Hj. Ahmad, 1993: 114).
Terdapat pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema tertentu berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian,
nasihat, agama, adat, telatah dan corak hidup masyarakat. Tema yang ingin diketengahkan, disisipkan dengan latar alam. Oleh
sebab alam itu indah, maka unsur-unsur alam diaplikasikan di dalam setiap rangkap pantun yang disampaikan atau dicipta. Segala
pengalaman hidup, pandangan hidup dan falsafah yang ingin dikemukakan di dalam pantun menggunakan latar alam sebagai
pembayang. Unsur-unsur sedemikian secara tidak langsung memperlihatkan keakraban masyarakat Melayu lama dengan alam
semulajadi.
2.0

DEFINISI PANTUN

Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika berdasarkan daripada penggunaannya yang paling meluas. Puisi ini juga
yang paling mendapat perhatian para pengkaji untuk diteliti, tidak kira pengkaji tempatan ataupun pengkaji luar. Pantun juga
merupakan puisi melayu yang tidak diragui sifat keasliannya.
Dalam bahasa Jawa, pantun dikenali sebagai parikan dan
dalam bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan),
bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastera lisan dan
sekarang telah dapat dijumpai pantun yang bertulis hasil nukilan atau karya seseorang.
Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan luaran atau struktur visualnya.
Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua

aspek. Pertama, yang berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan
pandangan dunia masyarakat Melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan
pembayang maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.
Berdasarkan pada aspek isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampirseluruh kehidupan masyarakat
melayu. Daripada penelitian terhadap isi juga telah membawakepada pengelompokan pantun yang lebih sistemetik. (Harun Mat
Piah, 1989:63), seperti pantun kanak- kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka- teki,
pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun agama dan kepercayaan, pantun adat, pantun
peribahasa, pantun naratif atau cerita dan sebagainya.
3.0

FUNGSI PANTUN DALAM MASYARAKAT MELAYU

3.1

Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih

Seseorang yang berbudi ialah seorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yangmenerima budi baktinya. Begitu juga
budi yang baik begitu tinggi nilai estetikanya ibarat emas dan oleh sebab tidak ternilai inilah budi itu dikenang sehingga dibawa
mati. Namun begitu, oleh sebab terlalu menerima budi, seseorang itu seharusnya tidak termakan budi sehingga ia berjiwa hamba,
terikat kepada orang yang telah banyak menabur budi, terlalu mudah tidak tahu berkata tidak dan tidak tahu batas dan sempadan.
Berikut merupakan dua contoh pantun budi yang menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih :
1) Pisang emas di bawa belajar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Berdasarkan pada pantun di atas, dapat dilihat secara luas tentang nilai budi yang berlaku terhadap masyarakat kita pada
zaman dahulu kala. Hutang emas walaupun banyak dan melimpah ruah dapat juga dijelaskan walaupun secara beransur-ansur
sehinggalah jumlah hutang itu mengecil dan selesai dibayar. Keadaan ini berbeza dengan budi, hutang budi seseorang manusia
tidak dapat dinilai dengan emas atau intan berlian hatta permata sekalipun. Kesudahannya, hutang budi tidak dapat dibayar
sehingga kita meninggal dunia sekali pun.
Budi pula tidak terhad kepada pemberian sesuatu benda sahaja bahkan tenaga dan bahasa yang lemah lembut itu juga
dianggap sebagai budi yang tidak ada nilai komersilnya.
Budi yang dizahirkan ini akan dikenang oleh orang yang menerimanya. Misalnya sekiranya kita menyelamatkan nyawa seseorang
daripada menimpa kecelakaan atau kemalangan terutama yang melibatkan nyawa, maka budi kita akan diingati selamanya selagi
hayat dikandung badan. Nilai keluhuran budi itu lebih memberi kesan kepada penerimanya sekiranya kita mengambil contoh
pemberian sedekah, bantuan berbentuk wang tunai atau kerja buat, cederahati kenang-kenangan kepada orang-orang miskin atau
mereka yang memerlukan dalam meringankan beban kerja atau kos sara hidup yang perlu ditanggung dalam meniti kehidupan di
dunia ini disebabkan faktor kesempitan hidup, masalah kesihatan dan tidak berpendidikan.
2) Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat betapa perlunya seseorang itu berbudi kepada masyarakat. Hal ini demikian
kerana masyarakat pada zaman dahulu kala amat mementingkan nilai budi dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat zaman
dahulu kala amat menganggungkan budi kerana sekiranya seseorang pemuda ingin berkahwin dengan seorang pemudi, perkara
pertama yang akan dilihat oleh ibu bapa pemudi itu ialah bakal menantunya berbudi atau tidak, begitu juga sebaliknya ibu bapa
pemuda yang memasuk meminang untuk anak mereka akan menilai dahulu sama ada bakal menantunya berbudi atau tidak.
Sekiranya didapati tidak berbudi secara langsung ikatan yang terjalin akan terbatal.
Kesimpulanya, pantun budi sudah digunakan oleh masyarakat dahulu sejak turun-temurundalam kehidupan seharian
mereka. Masyarakat Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya. Selain itu juga,
kebanyakan perbuatan seharian dibuat dengan pantun dengan tujuan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih,
memberi nasihat dalam adat berkahwin dan lain-lain lagi. Hal ini demikian kerana pantun menjadi wadah dan wahana yang
digunakan untuk menyampaikan dan menjelaskan sesuatu yang penting kepada masyarakat dan mudah difahami oleh masyarakat
tradisional Melayu.
3.2

Tujuan adat istiadat

Pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi masih diteruskan sehingga ke dewasa ini.Antaranya ialah adat perkahwinan, adat
pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsipantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat

tentang kehidupan ke alam berumah tangga. Selain itu, pantun juga digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan
nasihat. Berikut disertakan dua contoh pantun adat dan huraiannya :
3) Ikan berenang di dalam lubuk,
Ikan belida dadanya panjang;
Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sireh pulang ke gagang.
Berdasarkan pantun di atas, ianya jelas menggambarkan tentang adat perkahwinan yang diamalkan oleh
masyarakat Melayu sejak dahulu lagi dan diamalkan sehingga ke hari ini. Pantun ini dipertahankan dan menjadi kebanggaan orang
Melayu. Pantun ini menceritakan tentang sudah menjadi lumrah atau menjadi kebiasaannya pinang akan pulang ke gagang begitu
juga dengan manusia akan memilih pasangan hidupnya apabila sudah sampai serunya. Setiap lelaki akan mencari seorang
perempuan untuk menjadi pasangan hidupnya. Pada kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar rombongan untuk merisik
perempuan yang ingin dikahwininya itu. Di dalam pantun adat ini, seorang lelaki akan bertindak sebagai ketua yakni selalunya bapa
kepada anak lelaki dan rombongannya ke rumah pihak perempuan dan merisik tentang latar belakang gadis tersebut dan
menyatakan tujuan mereka berkenaan hasrat pemuda yang ingin mengahwini gadis itu.
4) Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.
Pantun di atas pula menghuraikan tentang adat meminang. Dalam pantun tersebut menerangkan bahawa jika seseorang itu
terpikat atau jatuh hati kepada seseorang, beliau haruslah mengikut adat, iaitu meminang supaya kita dikenali oleh masyarakat
seoarang yang beradat. Dalam konteks ini, adat meminang sangat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu untuk membolehkan
pasangan mengenali latar belakang diri masing-masing. Dalam masyarakat Melayu, adat meminang sangat penting kerana pada
masa itulah ibu bapa kedua-dua belah pihak dapat berbincang mengenai tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan, belanja
perkahwinan dan sebagainya. Adat meminang juga sangat penting untuk memberitahu bahawa gadis tersebut sudah
berpunya.Sebelum adat meminang dilangsungkan, pihak lelaki haruslah merisik terlebih dahulu perempuantersebut untuk
memastikan perempuan tersebut bukan milik orang lain.
Kesimpulannya, pantun adat adalah bertujuan untuk memartabatkan adat sesebuahmasyarakat terutamanya masyarakat
Melayu. Ini kerana, masyarakat Melayu sangat berpegang pada adat. Dalam konteks ini juga, terdapat banyak pepatah serta
ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu, tetapi kebanyakan adat adalah merujuk kepada peraturan
kehidupan masyarakat tersebut. Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa pantun bukan sahaja berfungsimenyampaikan mesej
semata-mata, tetapi ia menerangkan tentang kehidupan sesebuahmasyarakat itu bagaimana ia berlaku dan berkesudahan.
3.3

Meluahkan rasa kasih sayang dan kerinduan.

Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa mengira
batasan umur, sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantunpantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih,
sayang, cinta dan rindu yang mendalam.
Berdasarkan pantun kasih sayang, nasihat yang cuba disampaikan oleh pengkarya ialah mengenai kasih sayang. Kasih
sayang merupakan satu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada seseorang. Erti kata kasih sayang boleh dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu cinta antara manusia dengan manusia, manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam. Perasaan sayang
selalunya akan disampaikan melalui pantun oleh masyarakat tradisional dalam menyampaikan hasrat mereka. Hal ini
telah memperlihatkanbahawa masyarakat tradisional sangat mementingkan kesopanan dan kesantunan terutamanya dalam
berkasih sayang. Perasaan kasih sayang merupakan hukum alam yang tidak dapat dihalang oleh manusia daripada terus belaku
kerana ianya sudah ditakdirkan oleh Ilahi. Berikut merupakan dua contoh pantun kasih sayang dan penerangannya :
5) Bunga melur di atas titi,
Mari dibungkus di dalam kertas;
Dalam telur lagi dinanti,
Inikan pula sudah menetas.
Pada rangkap pertama pantun kasih sayang di atas memaparkan mengenai ajaran tentangkesetiaan iaitu kepatuhan dan ketaatan
seseorang dalam melakukan sesebuah perhubungan seperti dalam persahabatan, percintaan, dan sebagainya. Kesetiaan
dalam perhubungan perlulah berpegang teguh kepada janji bagi memastikan perhubungan dapat berjalan dengan penuh
keikhlasan, kesetiaan dan kejujuran. Rangkap pertama cuba menceritakan mengenai kesetiaan seorang jejaka menunggu
kekasihnya tanpa mengira waktu. Dalam perhubungan, kesetiaan perlu wujud bagi memupuk nilai kasih sayang antara insan.

Secara tidak langsung dapat mendisiplinkan diri serta mematangkan seseorang dalam melakukan perhubungan. Seandainya ajaran
ini tidak diamalkan nescaya sesebuah hubungan itu tidak akan dapat bertahan lama malah masyarakat juga akan turut berpecah
belah kerana konsep kesetiaan dan ketaatan tidak dilaksanakan dalam perhubungan.
6) Lama sudah tidak ke ladang,
Padi sudah dililit kangkung;
Selama tuan tidak kupandang,
Putus hati pengarang jantung.
Rangkap kedua pula mengutarakan ajaran mengenai keprihatinan iaitu masyarakat mestilahmempunyai sifat timbang rasa
dalam perhubungan. Sifat ini hanya boleh dimiliki oleh mereka yang meletakkan dirinya di tempat orang yang hendak diambil
perhatian. Ajaran ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang bercinta. Di samping itu, dapat menguntungkan seseorang dan
mengukuhkan lagi perhubungan agar aman dan harmoni. Sikap keprihatinan ini ama jelas pada rangkap terakhir ketika si
gadis tidak memandang lelaki lain selain daripada kekasihnya. Keprihatinan ini wajar diikuti oleh masyarakat agar dapat
mewujudkan satu perhubungan yang kukuh seterusnya dapat memupuk sikap keprihatinan terhadap keluaraga, kekasih mahupun
masyarakat. Sekiranya sikap keprihatinan tidak diamalkan dalam perhubungan maka ianya tidak akan bertahan dengan lama
kerana wujud sikap pentingkan diri sendiri. Oleh sebab itu, sikap ini sangat penting dalam perhubungan dan seharusnya
dilaksanakan oleh masyarakat setempat dinihari.
Kesimpulannya, pantun kasih sayang menggambarkan identiti kehidupan masyarakat Melayu.Pantun ini juga amat memainkan
peranan dalam mempengaruhi gaya hidup masyarakat baik dari peringkat kanak-kanak mahupun dewasa. Pengaruh
pantun merangkumi aspek daya fikir, beradat, berbahasa dan juga menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu. Oleh itu,
masyarakat kini perlu sedar itu mereka mesti mempertahankan pantun kasih sayang agar boleh bertahan hingga ke generasi akan
datang dan tidak ditelan perubahan zaman.
3.4

Untuk sindiran dan tempelak

Mengapakah orang Melayu tidak suka berterus terang? Menurut Fatimah Busu, (1922:22) kesopanan yang terbit daripada rasa
malu dan segan dalam kalangan masyarakat Melayu telah menimbulkan satu cara hidup yang tidak suka berterus terang. Selalu
ada pengertian-pengertian yang lain di sebalik rangkai kata-rangkai kata yang dituturkan. Dalam membuat teguran ini, maka lahirlah
pelbagai bentuk bahasa kiasan bagi menggambarkan sikap rendah diri dan sifat kesopanan. Sindir- menyindir juga memainkan
peranan ketika menyampaikan sesuatu fikiran agar mesej yang cuba disampaikan itu berkesan dan indah. Berikut merupakan dua
contoh pantun kias ibarat dan penerangannya :
7) Pondok robek makan api,
Anak Cina main teropong;
Katak bertingkir besar hati,
Dapat dunia bawah tempurung.
Dalam pantun tersebut, karikatur katak memberi satu kiasan terhadap sifat manusia yang tiada pegangan atau pendirian.
Manusia sebegini tidak akan berusaha untuk memajukan diri sendiri tetapi hanya menerima takdir yang telah ditetapkan kepadanya
dengan rasa gembira. Sudah pasti kehidupan bawah tempurungnya itu tidak akan membawanya ke mana-mana kerana sifat ingin
mengetahui dan ingin maju tidak ada padanya. Dalam kiasan ini, ada pelajaran iaitu pendengar mengambil sesuatu episod yang
diceritakan sebagai situasi yang dapat dipelajari dan cuba mengandaikan atau mengaplikasikan dirinya dengan situasi tersebut.
Ibarat dan kias menjadi jambatan untuk makna atau maksud sosial dan moral sastera.
8) Ayam dikepuk dipanggil pulang,
Kain tercarik tersangkut duri;
Usah ditepuk air di dulang,
Kelak terpercik muka sendiri.
Pantun tersebut membawa peringatan yang amat berguna kepada kita supaya tidak memburuk-burukkan saudara atau
orang yang rapat dengan kita. Umpama menepuk air di dalam dulang, perbuatan mengumpat, mengata saudara mara atau sahabat
handai akan mengundang keburukan kepada diri sendiri kelak. Segala kekurangan yang dimiliki oleh saudara mara atau sahabat
handai hendaklah disembunyikan tanpa pengetahuan orang luar.
Sebagai kesimpulan, penggunaan kias ibarat ini sudah pasti menjadi perhiasan bagi mencantikkan bahasa kerana bahasa
kiasan banyak menggambarkan keindahan alam dan pemilihan lambang atau simbol itu pula begitu cantik. Apa yang lebih penting
ialah penggunaan kias ibarat berperanan menjadi pelindung sesuatu perkara yang tidak ingin dinyatakan secara terang-terangan.
Dengan adanya bahasa kiasan, perasaan malu atau takut kerana tidak manis didengar orang dapatlah disembunyikan.
3.5

Menyampaikan mesej berunsur keagamaan

Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah, hukum, dan keimanan kepada Allah. Pantun agama menerangkan
tentang ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan lain-lain lagi. Pantun ini juga menyeru umat Islam supaya taat dan
sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah danmeninggal segala larangan-Nya. Selain itu, pantun ini memberitahu umat
Islam tentang setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk. Berikut merupakan dua contoh
pantun agama dan penerangannya :
9) Redup bulan nampak nak hujan.
Pasang pelita sampai berjelaga;
Hidup mati di tangan tuhan,
Tiada siapa dapat menduga.
Rangkap pantun di atas menjelaskan maksud redup bulan nampak nak hujan ialah sesuatu perkara yang hendak berlaku
mesti ada petandanya. Contohnya, bulan yang redup menandakan hujan akan turun. Baris kedua pula, pasang pelita sampai
berjelaga bermakna hidup manusia ada peraturannya hidup dan mati manusia tidak dapat diduga kerana segalanya hanya Allah
yang menentukan. Setiap manusia tidak tahu ajalnya bila akan tiba dan Allah sahaja yang mengetahuinya serta Allah yang telah
menentukan takdir untuk setiap manusia sejak azali lagi. Selain itu, Allah mengkehendaki apa yang Dia kehendaki iaitu akan terjadi
sesuatu itu atas kemahuannya.Contohnya, bayi yang baru lahir dalam tempoh sehari boleh mati dengan kehendak-Nya tidak lebih
atau kurang walaupun sesaat.
10) Sayang-sayang buah kepayang,
Buah kepayang hendak dimakan;
Manusia hanya mampu merancang,
Kuasa Allah yang menentukan.
Rangkap kedua pantun agama menceritakan mengenai sayang-sayang buah kepayang iaitu maksudnya walaupun manusia cuba
merancang atau menentukan sesuatu seperti manusia suka akan buah kepayang tetapi kuasa Allah yang menentukan segalanya.
Selain itu, buah kepayang hendak dimakan seperti manusia yang mahu makan buah kepayang tetapi hanya Allah yang berhak atas
manusia yang diciptanya. Manusia boleh merancang berbagai perkara dan berharap akan terlaksana seperti mana yang dirancang
walaupun mengetahui yang menentukan takdir hanyalah Allah S.W.T. kuasa Allah tiada siapa hanyalah hambanya.
Kesimpulannya, pantun agama merupakan sebuah pantun yang berunsurkan nilai keagamaan. Dalam pantun agama terselit
unsur-unsur nasihat serta pengajaran yang berguna bagi dijadikan panduan kepada seluruh genap masyarakat. Pantun agama
dapat membentuk serta membina nilai-nilai murni dalam diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna-makna tersirat dan
dapat dijadikan pedoman. Tidak dapat dinafikan pantun agama memang terdapat pengajaran yang berguna kerana melalui
pantun tersebut sekali gus dapat mendidik dan mengajar kita berkaitan ilmu agama sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi.
4.0

KESIMPULAN

Sejak daripada zaman purba lagi pantun telah wujud dalam kehidupan masyarakat Melayu. Pantun ialah puisi tradisional Melayu
turun-temurun yang tertua di dalam budaya Melayu. Pantun berbeza berbanding dengan syair. gurindam, seloka, rubai, ghazal dan
sebagainya kerana mempunyai kedudukan tersendiri sebagai alat untuk menyatakan hajat, pembayang niat, bunga istiadat,
pembuka kata, penamat bicara, pengucapan rindu dagang yang merantau. Karya klasik Melayu ini mempunyai nilai estetikanya
yang tersendiri. Di sebalik nilai tersebut terdapat pula maksud yang tersirat atau abstrak dan memerlukan kajian yang mendalam
untuk memahami maksud di sebaliknya. Sebagai generasi baru, kita hendaklah sentiasa melakukan kajian tersebut agar nilai-nilai
yang terdapat dalam karya klasik Melayu tidak pupus di telan zaman.
Pengaruh pantun dalam masyarakat melayu sangat luas kerana telah dijadikan sebagai alat berkomunikasi untuk
menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan, pemujaan dan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
seseorang dalam sesuatu keadaan, upacara atau majlis rasmi atau hal-hal yang tidak rasmi. Selain itu, pantun juga dianggap
sebagai alat hiburan, alat pendidikan dan alat menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan serta sebagai alat untuk
mendapatkan gambaran masyarakat. Pantun juga menjadi medium untuk menyampaikan mesej-mesej atau pesanan berbentuk
keagamaan. Di samping itu juga, pantun berpontensi menjadi sindiran atau tempelak yang ditujukan kepada seseorang dengan niat
untuk mendidik dan membetulkan jati diri atau sahsiah individu atau mereka yang berkenaan supaya mereka mampu memperbaiki
diri dan berubah ke arah yang lebih baik.
Justeru, marilah kita bersama-sama mengembang dan menyuburkan pusaka lama ini agar kesusasteraan Melayu bangsa
kita akan bertambah maju dan kekal umpama tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Pantun merupakan puisi yang begitu
diminati oleh orang-orang Melayu hinggalah ke dewasa ini. Dengan mempelajari pantun Melayu, kita dapat mengenali masyarakat
Melayu yang melahirkan pantun. Kita dapat mengenali masyarakat Melayu melalui pantun dan kita akan mengenali pantun melalui
kenalnya kita dengan masyarakat Melayu kerana kedua-dua ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat dan akrab. Inilah
peninggalan pusaka nenek moyang mewariskan kepada kita dari pujangga tak bernama, khazanah yang memperkayakan
perbendaharaan sastera kita.

RUJUKAN
Ab. Rahman Ab. Rashid, Rosli Saludin, Zakaria Perngis. (2005). Mutiara Sastera
Melayu Tradisional. Selangor : Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.
Annas Haji Ahmad. (1998). Sastera Melayu Lama dan Baru. Selangor : Masa
Enterprise.
Awang Sariyan. (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Selangor : Synergymate Sdn. Bhd.
Hashim Hj. Musa. (2001). Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu Universiti
Malaya.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan
Fungsi . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul
Rahman Kaeh dan Jamilah Hj. Ahmad.
(2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tenas Effendy. (2007). Khazanah Pantun Melayu Riau. Kuala Lumpur : Dawama
http://retibasa.blogspot.com/2010/09/fungsi-pantun-dalam-masyarakat-melayu.html
Pantun melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat ,agama ,nasihat, jenaka, budi,dan teka teki .Setiap
pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri.Dalam masyarakat melayu ,pantun merupakan satu corak
komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu ,dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam
maksud termasuk kiasan atau sindiran .Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau
yang kena nasihat itu tidak terasa .Seseorang yang akan menyampai atau melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun
.Keadaan pantun dilafazkan menjadi pertimbangan dalam menyampai isi pantun .Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh orang yang
melafazkan pantun ,dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengarterutama pantun yang berkaitan dengan sindiran
dan nasihat .Begitu juga, jika melafazkan pantub berkaitan dengan budi dan jenaka .Cara penyampaian pantun harus dijaga agar
maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar .Bagaimanapun ,pantun yang dicipta oleh masyarakat
melayu dahulu mempunyai fungsi
http://amalina-yuyaa.blogspot.com/2012/06/fungsi-pantun.html

Definisi Pantun
Pantun merupakan puisi Melayu yang popular jika berdasarkan daripada penggunaannya yang paling meluas. Bukan itu sahaja,
puisi ini juga yang paling mendapat perhatian para pengkaji untuk diteliti, tidak kira pengkaji tempatan ataupun pengkaji luar. Pantun
juga merupakan puisi Melayu yang tidak diragukan sifat keasliannya. Dalam bahasa Jawa, pantun dikenali sebagai parikan dan
dalam bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan.
Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalama dan luaran atau struktur visialnya.
Aspek dalama pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilhat berdasarkan dua aspek.
Pertama, yang berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan
dunia masyarakat Melayu dan yang kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pembanyang
maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.
Berdasarkan pada aspek isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampir seluruh kehidupan masyarakat
Melayu. Daripada penelitian terhadap isi juga telah membawa kepada pengelompokan pantun yang lebih sistematik (Harun Mat
Piah, 1989:63) seperti pantun kanak-kanak, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun agama dan
kepercayaanm pantun adat, pantun peribahasa, pantun naratif atau cerita dan sebagainya.
Ciri-ciri Pantun
1.

Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea.

2.

Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan misalnya dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan
seterusnya. Namun, pantun yang popular dan terus berkembang adalah pantun empat kerat dan dua kerat.

3.

Jumlah perkataan setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan.

4.

Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku kata.

5.

Skima rima di tengah dan/atau di hujung baris adalah bersejajar berselangan, iaitu ab;ab. Ada juga skima rima yang sama, iaitu
aa;aa.

6.

Struktur pantun terdiri daripada dua unit, iaitu pembayang (yang menjadi kiasan) dan maksud (yang menjadi inti persoalan) yang
hendak disampaikan. Pembayang adalah adalah gambaran alam dan maksud adalah gambaran sifat dan sikap manusia.

7.

Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang lengkap.

8.

Pemilihan perkataan merujuk kepada lambang yang sesuai dengan norma, nilai dan tanggapan masyarakat setempat.

9.

Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit pembayang dan unit maksud.

Fungsi Pantun dalam Masyarakat Melayu


Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat, agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap
pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, pantun merupakan satu corak
komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu, dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam
maksud kiasan atau sindiran. Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena
nasihat itu tidak marah, sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai.
Seseorang yang akan menyampaikan dan melafazkan pantun diingatkan supaya memerhatikan isi pantun. Keadaan pantun
yang dilafaz menjadi pertimbangan dalam penyampaian isi pantun. Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh seseorang yang
melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan sindiran dan
nasihat. Begitu juga jika melafazkan pantun yang berkaitan dengan budi dan jenaka. Cara melafazkan pantun harus dijaga agar
maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar. Sesungguhnya, pantun Melayu yang dicipta oleh
masyarakat Melayu dahulu mempunyai pelbagai fungsi. Antara nilai yang terdapat dalam Pantun Melayu: Bingkisan Permata
selenggaraan
oleh
Harun
Mat Piah,
ialah:
i.

Mendidik
Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua, kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang makan garam terlebih
dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika
mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberi peringatan kepada golongan muda atau
kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Contohnya:
Air melurut di tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat dahulu untuk tujuan mendidik. Pantun agama yang
dicipta selalunya memberi peringatan dan pedoman kepada semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah.
Contohnya seperti pantun Melayu lama ini:
Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan;
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.

ii.

Meluahkan Rasa Kasih Sayang


Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan
sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan
disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu
yang mendalam. Misalnya:
Ribu-ribu pokok mengkudu,
Cincin permata jatuh ke ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
Air mata jangan dibuang.
Pantun di atas menggambarkan nasihat orang yang melafazkan pantun kepada pasangannya yang kerinduan tidak kira
sama ada pasangan kekasih atau suami isteri atau anak kepada ibu bapanya.

iii.

Menyampaikan Rasa Penghargaan


Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang budi dan jasa. Oleh itu, kita dapat lihat banyak pantun
Melayu yang dicipta untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa atau berbudi.
Antara pantun yang popular sehingga sekarang ialah:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Rangkap pantun di atas memperlihat masyarakat Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada
segalanya.

iv.

Adat Istiadat
Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam kehidupan sehari-hari. Oleh itu, pantun juga memainkan
peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat istiadat. Dalam majlis merisik, bertunang sehinggalah majlis
perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk
menyampaikan maksud di hati. Pantun-pantun sebegini dikenali sebagai pantun adat. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat dalam
pantun Melayu lama di bawah ini yang kerap kali dilafazkan dalam majlis merisik sehingga kini:
Tok Sami ke Teluk Lipat,
Kain sekodi dibawa sama;
Datang kami membawa hajat,
Kalau sudi minta terima.

v.

Sindiran

Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang
berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat menyembunyikan
perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini
bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara mereka. Contohnya:
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
vi.

Menguji Minda
Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran. Pantun-pantun sebegini amat digemari ramai terutama golongan
kanak-kanak. Pantun yang menguji minda ini dinamakan pantun teka-teki. Antara contoh pantun Melayu lama yang masih diingati
ialah:
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji;
Kalau tuan bijak pandai,
Apakah binatang keris di kaki?

vii.

Hiburan
Pantun juga dicipta oleh masyarakat Melayu untuk tujuan hiburan. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu akan berhibur dengan
melafazkan pantun-pantun bersifat jenaka atau mengusik. Misalnya:
Tuan Puteri memasang panjut,
Dayang tolong menghalau lalat;
Kucing tidur bangkit terkejut,
Melihat tikus pandai bersilat.
Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti lagu Dondang Sayang yang popular dalam kalangan Baba
Nyonya
http://karyaagung234.blogspot.com/2013/05/pantun-melayu-bingkisan-permata.html
Pantun memainkan peranan dan kedudukan yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional. Peranan dan
kedudukan pantun antara lain ialah sebagai alat hiburan. Dinyanyikan atau dilagukan untuk tujuan bersenda gurau, bermain-main,
usik-mengusik dan menghibur hati. Contohnya pantun jenaka, pantun dua kerat dan pantun teka-teki.
Ambil segulung rotan sega,
Sudah diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.
Pantun juga berperanan sebagai gambaran masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Di dalam pantun terselit mesej
untuk perkara tersebut. Memberi nasihat dan pandangan kepada tiga perkara yang disebutkan tadi. Walaupun ringkas tapi kental
serta padat untuk memberi teguran dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. sesiapa yang berkaitan sudah pasti akan terkena
dengan sindiran dan kiasan yang begitu tepat sekali, tapi secara bersopan.
Anak dara pergi ke judah,
Sampai di judah berperi-peri;
Menjual suara bukannya mudah,
Hendak mencari nafkah sendiri.
Seterusnya dalam ucapan yang disampaikan oleh seorang pemimpin, unsur-unsur pantun digunakan sebagai pembukaan dan
penutup ucapan. Dalam bahagian pembukaan dilukiskan sebagai kata-kata aluan kepada pendengar atau ucapan terima kasih
kepada penganjur. Manakala dalam bahagian penutupnya selalu di sampaikan pantun seperti;
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur pamjamg,
Boleh kita berjumpa lagi.
Pantun juga boleh digunakan sebagai alat komunikasi bertaraf tinggi seperti dalam upacara adat dan adat-adat seperti adat
meminang dan sebagainya. Pantun yang dikeluarkan menunjukkan komunikasi orang Melayu begitu bersopan sekali. Orang
melayu tidak akan berkomunikasi secara terangan kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan orang yang dilawan
berkomunikasi.
Berkokok ayam dari hulu,
Ditangkap budak sedang berlari;
Angin memukul gelombang memalu,
Sebab berhajat kita ke mari.
Seterusnya pantun berperanan sebagai alat didaktik iaitu memberi panduan, nasihat, tunjuk ajar dan sindiran atau kritikan.
Misalnya melalui pantun nasihat, pantun budi dan pantun kanak-kanak. Setiap yang disampaikan senang diterima kerana
penyampaiannya secara puitis dan indah sekali.
Pantun juga berperanan sebagai penyampai maksu atau curahan rasa hati, terutama di kalangan orang-orang muda yang
sedangkan berkasih-kasihan. Contohnya melalui pantun kasih. Setiap kata yang bakal disampaikan akan disusun dengan penuh
indah dan menarik hati orang yang akan dilawan berbicara. Pantun dalam jenis ini sungguh mengasyikkan.

Tegasnya di sini pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun orang Melayu
mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai-bagai
perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik.
Dalam pantun juga kita akan dapat melihat akan keindahan atau estetik masyarakat Melayu itu sendiri kerana sikap orang
Melayu yang tidak suka bercakap secara berterus terang. Misalnya melalui pantun kias ibarat. Melalui pantun seperti ini orang
Melayu sendiri telah dilatih supaya berfikir secara tinggi. Orang yang tidak boleh berfikir secara mendalam sudah pasti tidak akan
dapat mengesan maksud yang disampaikan. http://cgpauzi.blogspot.com/2012/06/kepentingan-karya-pantun-dalam-konteks.html

Vous aimerez peut-être aussi