Vous êtes sur la page 1sur 4

SEKOLAH KEBANGSAAN ( P) BUKIT KUDA

JALAN LANDASAN
41300 KLANG, SELANGOR

TAJUK : BAHASA MALAYSIA

KAEDAH : KENAL ABJAD CEPAT EJA ( K A C E )

MENINGKATKAN KEBOLEHAN MURID UNTUK


MENGENAL ABJAD DAN MENGEJA MENGIKUT
SUKUKATA BAGI PERKATAAN KV + KV

NAMA PENYELIDIK : PN. SITI NORHAFIDZAH BT AHMAT

Isu yang dikaji : Bahasa Malaysia


a)

Murid yang tidak boleh mengenal huruf abjad a b c

b)

Murid yang tidak boleh mengeja suku kata KV + KVK

Refleksi :
a)

Murid-murid tidak boleh dan keliru mengenal huruf abjad a b c dengan


betul

b)

Murid-murid boleh mengenal huruf abjad a b c tetapi tidak boleh mengeja


mengikut sukukata.

c)

Murid tidak boleh mengeja tanpa bantuan gambarajah

Kumpulan sasaran :
Saya mengajar murid Prasekolah di mana murid-muridnya terdiri daripada muridmurid yang berumur enam dan lima tahun seramai 21 orang murid. Murid-murid ini
kebanyakannya telah mengenal huruf abjad a b c tetapi masih terdapat tujuh orang
murid lima tahun yang masih lemah. Walaupun murid-murid enam tahun telah
mengenali abjad dengan baik tetapi apabila diminta untuk mengeja mengikut sukukata
contohnya kv + kvk seperti da + tuk, mereka jadi keliru dan teragak-agak untuk mengeja.
Saya telah membuat ujian mengeja dengan memanggil murid seorang demi seorang dan
saya dapati terdapat empat orang murid mengeja dengan bantuan guru. Antara kesalahan
yang sering dilakukan oleh murid saya ialah tidak membunyikan sukukata yang pertama
tetapi hanya membunyikan sukukata yang kedua. Menyedari situasi sebegini, saya
bertekad untuk membantu murid-murid ini mengeja dengan betul dan seterusnya boleh
membaca ayat mudah.
Objektif Am
Murid mengeja perkataan mudah mengikut sukukata KV + KVK
Objektif Umum
1)

Mengeja sukukata KVK

2)

Mencantum sukukata menjadi perkataan bermakna

3)

Membaca perkataan tanpa perlu mengeja

Fokus Kajian
Fokus kajian saya ialah berkaitan ejaan sukukata KV + KVK. Ini kerana murid
lemah semasa mengeja sukukata ini. Seterusnya murid akan membaca terus perkataan
tanpa perlu mengeja.
Antara langkah-langkah yang akan dilakukan ialah :
1)
2)
3)
4)
5)

Menggunakan carta dan kad huruf


Menggunakan kad sukukata
Menggunakan kad imbasan bergambar dan perkataan
Mengadakan kuiz mengeja dengan betul
Membaca perkataan tanpa perlu mengeja

Tindakan Yang Dicadangkan :


1)

Tindakan Awal :
a)
b)
c)
d)
e)

2)

Menjalankan ujian mengenal dan menyebut huruf abjad a b c


Mengeja sukukata mengikut vocal a i u e o
Mengeja perkataan mengikut sukukata contoh : d a + tuk
Mengeja perkataan mengikut gambar (menggunakan kad imbasan)
Membaca pantas

Cara Pelaksanaan (kaedah Kenal Abjad Cepat Eja K A C E )


a)
b)
c)

Murid mengenal huruf dengan menyebut huruf-huruf abjad menggunakan


carta dan kad huruf seorang demi seorang
Murid mengeja sukukata pada kad sukukata kemudian murid
mencantumkan kad sukukata membentuk satu perkataan yang bermakna.
Contoh : d a + tuk
Guru menggunakan kad imbasan bergambar dan mempunyai perkataan.
Murid mengeja perkataan tersebut mengikut sukukata.

.
3)

Guru menguji murid mengeja perkataan mudah dan memberikan ganjaran seperti
pelekat bintang untuk melihat prestasi masing-masing. Di sini juga akan wujud
sifat berdaya saing dikalangan murid itu sendiri. Bagi murid yang tidak dapat
mengeja dengan betul guru akan membimbing dan menyuruh murid tersebut
mengeja semula.

4)

Pada akhir pelajaran, murid-murid akan diuji dengan memanggil murid seorang
demi seorang ke hadapan kelas dan diminta untuk mengeja beberapa perkataan
yang diberikan oleh guru. Markah akan diambil untuk melihat prestasi semua
murid. ( Aktiviti boleh diubahsuai mengikut keperluan)

Bahan yang dicadang :


a)
b)
c)
d)

Carta dan kad huruf


Kad sukukata
Kad imbasan bergambar
Rekod mengajar

Jadual pelaksanaan :
Bil
1
2
3
4

5
6
7
8

Aktiviti
Kenalpasti masalah
Menulis proposal
Merancang tindakan (individu)
Melaksanakan tindakan (aktiviti)

Ujian Pencapaian Murid


Refleksi Kajian
Menulis Laporan Kajian
Pembentangan Hasil Kajian

Bahan rujukan :
1)

Buku rekod mengajar

2)

Prestasi ujian murid

3)

Buku-buku berkaitan matapelajaran

Tarikh pelaksanaan
01/03/2010
15/03/2010
22/03/2010
1) 01/04/2010
2) 12/04/2010
3) 20/04/2010
4) 30/04/2010
18/5/2010
01/06/2010
02/06/2010
23/06/2010