Vous êtes sur la page 1sur 2

Aku Sebuah Komputer

Aku sebuah komputer. Nama aku Dell. Aku berwarna hitam. Aku berlahir di sebuah kilang di
Malaysia. Komponen Aku mempunyai papan kekunci, tetikus, monitor dan CPU.
Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang guru dalam pameran komputer. Tuan aku meletakkan
aku di bilik bacaan. Tuan aku selalu menggunakan aku untuk menyelesaikan tugasan
sekolahnya. Beliau juga menggunakan aku untuk bermain lagu MP3.
Aku amat berguna kepada tuan aku. Ini disebabkan aku dapat menyimpan banyak maklumat
dan data. Tuan aku juga menggunakan aku untuk melayari internet kerana tuan aku seorang
guru data di sekolah. Kadangkala, anak-anak tuan aku menggunakan aku untuk bermain
permainan komputer.
Aku berbesar hati kerana aku dapat membantu tuan aku menjalankan tugasnya di sekolah.
Aku berharap bahawa aku dapat berkhidmat kepada tuan aku selama-lamanya.

Aku sebuah komputer. Aku bernama Acer. Aku diperbuat daripada


kaca,plastik,komponen-komponen elektronik, besi dan sebagainya. Aku berwarna
putih dan bentuk aku ialah segi empat. Aku juga mempunyai beberapa anak
seperti tetikus,papan kekunci, CPU dan lain-lain. Aku dilahirkan di Tokyo,
Jepun.
Setelah siap diperbuat,aku dihantar ke sebuah kedai komputer yang terletak
di Kuala Lumpur, Malaysia.Aku dipamerkan di atas meja. Aku juga mempunyai
beberapa kawan seperti Samsung, HP, Apple, Dell, dan sebagainya.Harga aku
adalah RM 2500.00.
Pada suatu hari, seorang gadis yang cantik telah datang ke kedai tersebut.
Setelah dia melihat-lihat komputer-komputer di sini, dia memilih aku. Selepas dia
membayar hargaku, dia pun membawa aku pulang ke rumahnya. Namanya Soo
Ai Ling. Dia bekerja sebagai seorang akauntan.
Aku selalu membantu tuan aku menyelesaikan tugas pejabatnya. Pada
hujung minggu, tuan aku melayari internet, menghantar e-mel, mendengar lagu
dan menonton video dengan menggunakan aku. Aku selalu dipuji oleh kawan-

kawan tuan aku kerana aku cantik dan berkualiti. Aku diletak di dalam bilik. Aku
juga selalu dilap oleh tuan aku pada hujung minggu. Oleh itu aku kelihatan bersih
selalu.
Pada suatu hari, ketika tuan aku sedang melayari internet, badanku
dimasuki virus. Kemudian, aku rosak. Aku dihantar ke kedai untuk dibaiki.
Akhirnya, aku pulih semula.
Aku berasa sangat gembira kerana dapat berkhidmat untuk tuan aku selamalamanya.
Beginilah riwayat hidupku sebagai sebuah komputer.

Vous aimerez peut-être aussi