Vous êtes sur la page 1sur 8

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan
satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau
ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak
burung.
Subjek

= Lelaki gemuk itu

Predikat = sedang menembak burung.

Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua
atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh

perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali,


tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh :
A) Razak mengambil sebuah buku cerita. (Ayat
Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )

AYAT MAJMUK: Razak mengambil sebuah buku


cerita lalu membaca buku itu.
KATA HUBUNG

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk


menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai
kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

2.

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:

(a)

kata hubung gabungan,

(b)

kata hubung pancangan,

(c)

kata hubung berpasangan.

2. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung


berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah
seperti yang berikut:

Kata Hubung Gabungan / Pancangan

Contoh

Ayat Contoh

agar

Saya berharap agar kamu dapat


menghubungi dia segera.

apabila

Mukanya pucat apabila disoal.

atau

Awak boleh menaiki bas atau teksi


untuk ke sana.

bahawa

Kami yakin bahawa yang dikatakannya


itu benar.

dan

Leela dan Siu Lan berjiran.

hingga

Ayah dan kawannya berbual hingga


larut malam.

Jika

Saya berpayung jika hujan.

Jikalau

Jikalau saya kaya, saya akan membina


rumah kebajikan.

kecuali

Semua murid Nadir kecuali Gopal.

kerana

Aini menangis kerana terlalu sedih.

lalu

Burung itu terbang lalu hinggap di


dahan pohon.

manakala

Baju Karim bersih manakala baju


adiknya kotor.

sambil

Zalifah bernyanyi sambil menari.

serta

Zahid serta abangnya menonton


wayang.

semenjak

Saya berkawan dengannya semenjak


kecil.

sementara

Berusahalah sekuat mungkin sementara


badan masih sihat.

sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu


berdikari.
supaya

Belajarlah bersungguh-sungguh supaya


pandai.

walaupun

Walaupun letih, diselesaikannya juga


kerja itu.

tetapi

Badannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan

Contoh

Ayat Contoh

Baik - mahupun

Baik lelaki mahupun perempuan samasama bergotong royong membersihkan


balai raya itu.

Baik- baik

Baik Daud baik adiknya sama-sama


pintar.

bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka


ponteng sekolah.

entah

entah

Jangan lekas percaya akan janjinya, entah


betul entah tidak.

Jangan pun

Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun


dia tak ada.

Kian kian

Kian lama kian banyak orang yang ke


sana.

Sama ada ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa


ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki
pula

olehnya inikan pula Bukit Larut.

semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin


pemurah.
sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia
kuat berlari.
walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin
berusaha.

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar

Dan

hingga

lalu

ketika

Dengan

yang

tetapi

jika

Kerana

serta

kalau

kemudian

demikian

walhal

walau

agar

atau

demi

supaya

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.


semasa

sementara

seharusnya

andaikata

semoga

seketika

sebaliknya

sedangkan

setelah

sesungguhnya walaupun

itupun

sewaktu

seandainya

meskipun

sekalipun

mudah-

moga-moga

jikalau

bagaimanapun

mudahan
padahal
contoh ayat
1. menggabungkan dua ayat
Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.
2. Menggabungkan dua rangkai kata
Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau
kapal laut.
3. Menggabungkan ayat-ayat
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak
tetapi
rakyatnya masih miskin dan menderita.