Vous êtes sur la page 1sur 4

Bacalah Sayang 2.

Ini keluarga Huda. Bapa Huda bernama Husin. Ibu Huda bernama
Hasnah. Hasnah ada seorang abang dan dua orang kakak. Abang Huda
bernama Halim. Kakak Huda bernama Hanim dan Husna.
1.

Ini keluarga siapa?


_________________________________________________

2.

Siapakah nama bapa Huda?


_________________________________________________

3.

Siapakah nama ibu Huda?


_________________________________________________

4.

Berapa orangkah abang dan kakak Huda?


_________________________________________________

5.

Siapakah nama abang Huda?


_________________________________________________

6.

Siapakah nama kakak Huda?


_________________________________________________

Bacalah Sayang 1.

Ini buku.
Ini buku cerita.
Ini buku cerita adik.
Adik suka baca buku cerita.

Ini kucing.
Ini kucing saya.
Nama kucing saya Comel.
Comel suka makan ikan.
Saya sayang akan Comel.

Ini epal.
Epal warna merah
Rasa epal manis.
Saya suka makan epal.

Cerita Katak dan Lembu


Pada suatu hari, anak katak bermain-main bersama abangnya di
tepi sebuah kolam. Semasa mereka berdua sedang seronok bermain,
datanglah seekor lembu dan terpijak abangnya. Anak katak berasa
sangat sedih dan takut. Ia pun terus melompat-lompat lari ke
rumahnya.
Setibanya di rumah, anak katak pun memberitahu ibunya
tentang perkara yang berlaku. Sambil menangis ia berkata,Ibu,
abang telah mati. Ia telah dipijak oleh seekor haiwan yang sangat
besar dan gemuk.
Ibunya sangat terkejut dan berkata, Haiwan yang sangat
besar? Adakah sebesar ibu?
Tidak,ibu. Ia sangat besar dan menakutkan, jelas anak katak.
Ibunya pun berkata sambil mengembangkan perutnya, Adakah haiwan
itu sebesar ini?
Anak katak menggelengkan kepalanya. Ia lebih besar ibu. Perutnya
lebih besar,kata anak kata.
Ibunya tidak berpuas hati dan mengembangkan lagi perutnya.
Tetapi anak katak masih mengatakan haiwan tersebut lebih besar
dari yang dijangkakan oleh ibunya.
Ibu katak berasa tercabar dengan cerita anaknya itu. Ibu katak
mengembangkan perutnya sekuat hati dan BOOOOOMMMM!. Perut
ibu katak telah pecah dan ibu katak pun mati. Anak katak berasa
sangat sedih kerana kehilangan abang dan ibunya. Tinggallah anak
katak seorang diri.

Vous aimerez peut-être aussi