Vous êtes sur la page 1sur 6

PEMARKAHAN

KRP 3013
KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK

Tugasan Analisis
DUA

KUMPULAN
EL : ST01

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

NORAIDA BINTI WAHAB

D20112053516

012-8167717

NAMA TUTOR E-LEARNING : NIK MOHD ZAKI BIN NIK TARIKH


SERAH: 12 MEI 201

1.

2.
KLSR

a.

Bahasa Malaysia

b.

Tahun 2

a.

Skop/ liputan
:

Kurikulum ini iaitu KLSR lebih berfokus kepada hafalan dan

bersifat lebih umum secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman
behaviourisme . Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang
diberi perhatian yang sewajarnya. Bahkan KLSR ini lebih membebankan murid
dengan bidang yang terlalu banyak dan kaedah yang digunakan lebih berpusatkkan
guru.

KBSR

Fokus kurikulum dalam KBSR ialah membaca, menulis dan

mengira (3M). Bidang utama yang diberi penekanan dengan jelas iaitu komunikasi,
perkembangan diri individu, manusia dan alam sekelilingnya. Kurikulum Bahasa
Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan
kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca,
dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam
Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Kurikulum Bahasa
Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan
kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca,
dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam
Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.

KSSR

Pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah berfokus

pada kemahiran literasi dan aplikasi bahasa. Pada Tahap 1, murid-murid perlu
menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Ini bermakna
konsep asas berbahasa diberi penekanan yang khusus. Penekanan juga diberikan

kepada pembelajaran yang menyeronokkan yang berkonsepkan aktiviti didik hibur.


Pada Tahap 2 pula, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran
bahasa. Melalui penguasaan kemahiran bahasa ini, murid dapat berkomunikasi dalam
pelbagai situasi dengan lebih berkesan, manakala melalui kemahiran membaca, murid
dapat meningkatkan kosa kata di samping memupuk minat membaca. Penguasaan
tatabahasa yang baik dapat membantu murid menghasilkan penulisan yang kreatif dan
berkualiti. Aktiviti didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran yang
mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan teknik seperti nyanyian dan permainan
serta penggunaan pelbagai bahan yang menarik dapat membantu murid menguasai
dan menghayati pembelajaran.

b.

KLSR

Kesepaduan/integrasi

Bagi KLSR ini Silibus yang statik dan perlu diselesaikan untuk

peperiksaan penggal 1, 2 dan 3. Selain itu, tiada perkaitan yang jelas antara satu mata
pelajaran dengan mata pelajaran yang lain antara suatu peringkat pembelajaran
dengan peringkat pembelajaran yang berikutnya tiada kesinambungan. Pelaksanaan
pengajaran dalam KLSR adalah terpengaruh dan berkaitan dengan persekitaran dan
kehidupan.

KBSR

Mengabungjalin kemahiran dan penyerapan isi dengan

matapelajaran yang lain. Contohnya, mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 yang
bertajuk Keluarga Bahagia berhubungkait dengan matapelajaran Pendidikan Muzik
dan disisipkan dengan Pendidikan Agama Islam.

KSSR

Mengabungjalin kemahiran berfikir dengan elemen Kreativiti

dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & ICT secara eksplisit.
Contohnya, matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 2 yang bertajuk Hari Keluarga

menghubungkaitkan pengalaman yang pernah berlaku dirumah pelajar dengan tajuk


yang diajar oleh guru.

c.

KLSR

Imbangan

Kurang keseimbangan dalam setiap aspek yang terdapat dalam

matapelajaran Bahasa Malaysia. Kurang menekankan nilai dan sikap serta kemahiran
melalui pembelajaran.

KBSR :

Dalam matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 2 yang bertajuk

Keluarga Bahagia dapat diterapkan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah


sayang menyayangi dan bekerjasama.

KSSR :

Dalam matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 2 yang bertajuk Hari

Keluarga dapat diselitkan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah mengenal pasti
dan BCB pula ialah mendengar dengan berkesan.

Pandangan/Ulasan :
Tidak dapat dinafikan penambahbaikan amat diperlukan dari masa kesemasa untuk
mencapai wawasan 2020 dan seiring dengan Negara maju. Setiap kurikulum yang
dibuat oleh kementerian adalah bersesuaian dengan keperluan pelajar semasa. KLSR
lepas merdeka (1982) adalah satu kurkulum yang hasil dari Laporan Kabinet, tajuk
pembelajaran sentiasa berulang-ulang, tidak ada kaitan diantara satu sama lain yakni
kehidupan harian dan hanya menggunakan buku teks.. KBSR (1982-2010) pula,
bahan kurikulum adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran tetapi masih banyak kelemahan manakala KSSR (2011 hingga kini)

menggunakan Dokumen Stardard Kurikulum. Pengaruh ICT menyebabkan wujudnya


KSSR.
Pada masa kini, Perubahan sistem pendidikan di negara kita bermula pada
tahun lepas sedikit sebanyak memberikan beberapa imlikasi terhadap pendidikan
negara dari segi perkembangan murid-murid di sekolah, cara pengajaran dan
pembelajaran, bahan dan sokongan kurikulum, prasarana sekolah, dan penerapan
nilai-nilai yang murni ke dalam diri setiap rakyat.
Murid-murid mempunyai tahap perkembangan mereka masing-masing
mengikut peringkat umur. Murid-murid yang mempunyai daya fikir yang tinggi amat
menepati matlamat KSSR dan mereka perlu dilatih oleh guru-guru khas. Dari segi
perkembangan kognitif, perubahan dari semasa ke semasa akan di nilai dan dibuat
penambahbaikkan. Hal ini akan menyebabkan pembangunan yang pesat dalam bidang
pendidikan di negara kita. Mereka tidak lagi didedahkan dengan pelajaran lama iaitu
mereka sekaran didedahkan dengan dunia kesenian dan teknologi maklumat. Tahap
kognitif mereaka akan lebih cepat berkembang beserta dengan dorongan guru-guru.
Selain itu, cara pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan berubah. Hal
ini adalah kerana kerajaan menetapkan syarat supaya setiap guru meyediakan modul
pengajaran yang sesuai di sekolah. Guru-guru perlu membuat pentaksiran setiap masa
bagi mengelakkan murid-murid daripada keciciran dalam pelajaran. Guru-guru perlu
bijak dalam mengajar murid-murid di sekolah. Sebagai contoh, mempelbagaikan gaya
pengajaran. Guru-guru tidak lagi menggunakan 100% sukatan buku teks, malah
mereka mengeluarkan dan mengaplikasikan idea-idea mereka dalam bentuk
pengajaran di dalam kelas. Murid-murid juga digalakkan memberi idea dan pendapat
semasa pembelajaran di dalam kelas.
Seterusnya, perubahan dari segi bahan kurikulum dan bahan sokongan
kurikulum. Dalam perubahan ini, dokumen standard bagi semua mata pelajaran
disediakan mengikut wajaran masa yang telah ditetapkan oleh kementerian. Hal ini
bermakna, guru-guru perlu menyediakan rancangan pengajaran harian mengikut
ketetapan peruntukan masa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Akhir sekali, penerapan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap individu di


negara kita. Nilai-nilai kemasyarakatan seperti kecintaan terhadap alam sekeliling
dapat diterap melalui pengajaran subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Selain itu, nilai-nilai kepercayaan dan kesetiaan beragama dapat dipupuk melalui
Pendidikan Agama Islam iaitu pendidikan yang penuh dengan nilai-nilai holistik. Hal
ini akan melahirkan rakyat yang berjiwa murni dan sosial di negara kita akan terjaga
daripada ancaman gejala sosial.

Vous aimerez peut-être aussi