Vous êtes sur la page 1sur 11

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

Pendidikan diberikan kepada ahli masyarakat bagi menjamin kesejahteraan kehidupan


manusia dan sekolah merupakan institusi formal terpenting yang banyak mempengaruhi
perkembangan dan pertumbuhan manusia. Bermula di tahap kanak-kanak pertengahan,
individu diberikan didikan formal di sekolah dengan pelbagai nama. Tujuan utama kanakkanak ditempatkan di institusi formal ini ialah untuk memastikan perhubungan mental, fizikal
dan spiritual kanak-kanak berkembang selaras dengan nilai dan norma masyarakat yang
dianggotainya.

Persekitaran sekolah memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti


kanak-kanak.Proses pembelajaran formal yang berterusan bermula tahap pertengahan kanakkanak hinggalah ke tahap akhir remaja akan mempengaruhi nilai, pengukuhan kendiri, tahap
pencapaian, bentuk aspirasi dan lain-lain bentuk kemahiran sosial dan psikologi yang
diperlukan dalam kehidupan individu. Persekitaran sekolah juga boleh menimbulkan pelbagai
bentuk personaliti tidak sihat dalam kalangan kanak-kanak dan kumpulan remaja apabila
kewujudannya disalahgunakan.

OBJEKTIF

1.

Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam
menjalani kehidupan seharian.

2.

Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,


keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan.

3.

Memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan


untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.

4.

Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah.

5.

Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan
ceria.

KONSEP & RASIONAL

Program ini dilaksanakan selaras dengan konsep, hidup sihat di sekolah. la bertujuan
untuk mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria. Alam sekitar
1

sedemikian sudah tentu mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses pembelajaran.
Konsep ini berteraskan kepada lima komponen asas, bagi memastikan wujudnya suasana
persekolahan yang sihat dan selamat iaitu Polisi Kesihatan Sekolah,Persekitaran Sekolah yang
Sihat dan Selamat, Penglibatan Keluarga dan Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri dan
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

PIAWAIAN YANG DIKEHENDAKI

Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja perlu
bersih malah mesti berfungsi dan selamat. Persekolahan yang sihat dan selamat adalah salah
satu nilai-nilai kesihatan yang perlu diserapkan ialah kebersihan dan keselamatan makanan.
Peranan yang dimainkan oleh pihak pengendali makanan dan sekolah perlu ditingkatkan.Ciriciri kebersihan dan keselamatan makanan hendaklah diserapkan di sekolah-sekolah, terutama
di kantin dan dapur asrama sekolah. Kegagalan mengamalkan kebersihan dan keselamatan
makanan, menyebabkan pencemaran oleh kuman, bahan kimia dan bendasing dalam
makanan.

Perkara-perkara asas yang diutamakan untuk memastikan makanan bersih dan selamat ialah:
(a)

Kebersihan bahan mentah.

(b)

Pengendalian makanan yang bersih.

(c)

Kebersihan diri pengendali makanan.

(d)

Keperluan kemudahan asas yang mencukupi

(e)

Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.

(f)

Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna.

(g)

Penyediaan makanan yang betul.

Ciri-ciri Kebersihan Bahan Mentah

Bahan mentah mesti daripada sumber yang diketahui, bersih, segar dan tidak rosak,
dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak dan perlu dibuat di tempat yang bersih.Bagi
makanan di dalam tin, tin tidak kemek dan tidak berkarat. Bilik penyimpanan bahan mentah
mesti bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan. Bahan mentah yang mudah
rosak perlu disimpan dalam peti sejuk.

Pengambilan makanan dengan tangan perlu dielakkan bagi menjamin mutu kebersihan
makanan. Gunakan penyepit atau sudu/garpu untuk mengambil makanan. Lindungi makanan
dari lalat, tikus, habuk dan bahan beracun. Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan
mangkuk. Semasa menghidang, jangan menyentuh makanan atau permukaan dalam pinggan
mangkuk. Pastikan tidak menggunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk
menghidang makanan.

Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah rosak di
dalam peti sejuk. Pastikan makanan mentah di simpan di tempat yang sama untuk
menghindarkan pencemaran silang.Pinggan mangkuk dan peralatan lain mestilah dibersihkan
setiap kali selepas digunakan. Bahan bukan makanan hendaklah disimpan berasingan dari
makanan.

Ciri-ciri Kebersihan Diri yang Baik

Membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan sebelum
menyedia atau menghidang makanan. Kuku pendek dan bersih. Mandi dengan sabun
sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan pastikan diri pengendali bersih dan kemas. berpakaian
bersih, memakai apron dan tudung kepala yang bersih dengan betul. Jangan meludah,
bercakap, bersin atau batuk ke arah makanan, jangan menghisap rokok semasa menyediakan
makanan dan jangan mengorek hidung atau telinga ketika menyediakan makanan.

Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur. Tong sampah bertudung,
bersih dan sampah dibuang setiap hari atau mengikut jadual. Sistem pembuangan air limbah
yang berkesan dan sesuai serta tidak bertakung untuk mengelakkan bau busuk dan pembiakan
lalat. Tandas yang sempurna, mencukupi dan bersih perlu disediakan di premis makanan serta
kemudahan membasuh tangan yang mencukupi serta lengkap dengan sabun, berus dan tuala
bersih atau alat pengering tangan bagi pelanggan dan pekerja.

Ciri-ciri Reka Bentuk Premis Makanan yang Sesuai

Mempunyai ruang yang cukup dan berasingan bagi penyediaan, mempamer dan
menyimpan makanan serta ruang untuk pelanggan yang selesa. Almari/rak menyimpan
makanan ditutup rapi supaya lalat dan lipas tidak dapat masuk. Lantai mestilah mudah dicuci,
3

tidak mudah rosak dan tidak menakung air. Siling dan dinding mestilah bersih, mudah dicuci
dan bercat terang.Tempat membasuh peralatan sesuai dan mencukupi.

Tempat penyediaan makanan mestilah dari jenis yang mudah dicuci dan kalis air.Peti
sejuk perlu disediakan untuk menyimpan makanan yang mudah rosak dan berfungsi.
Pencahayaan dan pengudaraan dalam premis makanan hendaklah mencukupi. Peralatan yang
digunakan hendaklah yang bersesuaian dengan fungsinya dan sentiasa dibersihkan dan
kerosakan segera diperbaiki. Pihak pengurusan sentiasa mengawasi amalan kebersihan
pekerja-pekerjanya. Kerjasama yang rapat di antara pekerja dan pengurus penting untuk
memastikan amalan dan keperluan kebersihan dijamin.

Tanggungjawab Seorang Pengusaha Premis Makanan

Pastikan semua aspek kebersihan dipatuhi dan pekerja membuat pemeriksaan


kesihatan dan suntikan pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas. Pekerja yang sakit perlu
mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja sehingga disahkan sihat. Melatih pekerja
tentang kesihatan dan kebersihan diri dari semasa ke semasa.

Tanggungjawab Pekerja di Premis Makanan

Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.Lapor kepada majikan apabila sakit dan
dapatkan rawatan segera. Elakkan dari perbuatan kotor (korek hidung/sentuh makanan rosak
dengan tangan kotor). Belajar dan amalkan tabiat yang baik bagi tingkatkan kebersihan diri,
amalan pengendalian makanan yang baik dan kebersihan kawasan tempat kerja.

Pemeriksaan Kantin dan Dapur Asrama

Pemeriksaan sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan pemeriksaan fizikal (ukuran suhu


memasak/suhu penyimpanan/suhu penyajian) diutamakan.

PENGURUSAN & PELAKSANAAN

1.

Kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan
serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah adalah
sangat penting.

2.

Penglibatan masyarakat dalam pelbagai bentuk sama ada dengan memberi sumbangan
kewangan, tenaga kepakaran atau pun bahan-bahan yang boleh digunakan oleh pihak
sekolah dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi role-model yang
baik kepada anak-anak dan murid sekolah.

3.

Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang
datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka dalam aktiviti
kemasyarakatan di sekitar sekolah.

4.

Amalan Kesihatan :
(a)

Menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Sekolah yang dianggotai oleh guru


dan ahli PIBG di setiap sekolah.

(b)

Menubuhkan Kelab Kesihatan dalam kalangan pelajar di setiap sekolah.

(c)

Mengadakan Biro Kesihatan dalam PIBG setiap sekolah.

(d)

Mengamalkan Cara Hidup Sihat

POLISI KESIHATAN SEKOLAH

1.

Satu penyataan jelas yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi
mempromosikan kesihatan.

2.

Sebagai piagam pelanggan bagi memberi panduan kepada warga sekolah dan
masyarakat luar.

3.

Polisi yang dipilih hendaklah dipamerkan agar semua warga sekolah serta pelawat
tahu tentangnya.

4.

Pihak sekolah hendaklah menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan polisi


yang dipilih.

5.

Setiap polisi yang dilaksanakan seharusnya diikuti dengan indikator pengukuran


keberkesanannya.

6.

Sekolah boleh memilih satu atau lebih polisi untuk dilaksanakan menurut kemampuan
mereka.

7.

Polisi-polisi ini juga boleh bertukar-ganti mengikut tahap pencapaiannya.

PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT

1.

Keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih,
ceria, selamat dan sihat.

2.

Pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas/fizikal di sekolah seperti


bekalan air, elektrik, pili bomba, dewan, bilik darjah, tandas, asrama, parit, padang,
kantin dan lain-lain sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, berfungsi bagi kegunaan
murid-murid sekolah.

3.

Selain dari itu persekitaran sekolah juga seharusnya bebas dari risiko jangkitan
penyakit berjangkit seperti denggi dan lain-lain.

PERSEKITARAN SOSIAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT

1.

Persekitaran sekolah yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina
sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi cabaran.

2.

Pihak sekolah seharusnya berusaha untuk menyediakan persekitaran yang lebih


kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan di
kalangan warga sekolah serta persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan
murid yang seimbang dari segi JERI.

3.

Contohnya dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling, mengadakan program


membina ketahanan mental, keyakinan diri, aktiviti mengurangkan tekanan seperti
PRS, rekreasi, punching bag, sudut pidato, papan conteng, mengadakan kursus-kursus
singkat seperti kursus kepimpinan, kem ibadat dan lain-lain.

PENGLIBATAN KOMUNITI

1.

Satu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi kerajaan dan NGO serta
masyarakat lain bagi tingkatkan tahap kesihatan warga sekolah seperti memberi
sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau bahan yang boleh digunakan oleh pihak
sekolah.

2.

Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi role-model yang
baik kepada anak-anak dan murid sekolah.

3.

Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang
datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka dalam aktiviti
kemasyarakatan di sekitar sekolah.

KEMAHIRAN KESIHATAN DIRI

1.

Satu usaha bagi membentuk sikap yang positif di kalangan warga sekolah ke arah
pengamalan cara hidup yang sihat di kalangan warga sekolah.

2.

Dijalankan dalam bentuk pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal.

3.

Penekanan kepada kepentingan pelajaran kesihatan dan jasmani serta memupuk


kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan warga sekolah.

4.

Murid diajar mengenai kebersihan diri dan dipupuk supaya bertanggungjawab ke atas
kebersihan diri sendiri.

5.

Sekolah seharusnya memastikan supaya aktiviti penjagaan kebersihan mulut diajar dan
diamalkan.

6.

Penekanan juga diberikan kepada aspek senaman dan kecerdasan, makan secara sihat,
pertolongan cemas, perkembangan mental, sosial serta anatomi dan fisiologi tubuh
badan.

PERANAN PENGETUA/GURU BESAR DAN PENTADBIR SEKOLAH

1.

Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan amalan kebersihan di


sekolah.

2.

Menubuhkan Jawatankuasa kebersihan dengan dianggotai oleh guru-guru, agensiagensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan-badan
bukan kerajaan.
7

3.

Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan warga sekolah
bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang
selamat.

4.

Pengalaman murid-murid

dan

guru-guru supaya

dapat

digabungkan untuk

menjalankan aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan.


5.

Kemahiran kesihatan,kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab terhadap


masyarakat.

6.

Kesedaran murid-murid, pelajar pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai


azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri.

7.

Sumber-sumber yang sedia ada mengikut kemampuan sekolah.

8.

Penglibatan badan bukan kerajaan.

PERANAN GURU

1.

Memahami komponen-komponen.

2.

Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti HPS yang dirancang


oleh Jawatankuasa.

3.

Memberi cadangan aktiviti-aktiviti kebersihan yang boleh dilaksanakan kepada


jawatankuasa.

4.

Menjadi contoh kepada murid-murid dan pelajar dalam mengamalkan Gaya Hidup
Sihat.

5.

Menggalakkan murid-murid dan pelajar menyertai aktiviti atau program dengan aktif.

6.

Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai program amalan kebersihan.

PERANAN MURID/PELAJAR

1.

Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti/program BPS yang dirancang.

2.

Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri.

3.

Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktiviti
kesihatan dan program kebersihan yang dijalankan di sekolah.

PERANAN IBU BAPA

1.

Libatkan diri secara aktif dan sokong aktiviti/program HPS.

2.

Beri bantuan kepakaran, kewangan, barangan dan sokongan moral.

3.

Beri galakan kepada anak-anak untuk sertai aktiviti HPS.

PERKHIDMATAN DI SEKOLAH

1. Program-program tersebut adalah seperti berikut:


Pendidikan Kesihatan
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Program Kesihatan Pergigian Sekolah
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Program Susu Sekolah
Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah
(Program 3K)
Pendidikan Pencegahan AIDS Di Sekolah
Program Anti Denggi Di Sekolah
Program Sekolah Bebas Daripada Asap Rokok
Program PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja), dan sebagainya.
Program-program Adhoc berdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti program
Anti Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.

PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH

PK tidak lagi wujud sebagai satu mata pelajaran tersendiri. Ia telah bersepadu dengan
disiplin PJ dan dinamakan sebagai mata pelajaran PJK. Walau bagaimanapun, nilai-nilai
kesihatan dan beberapa aspek kesihatan masih terdapat di dalam pelbagai mata pelajaran lain
seperti Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan sebagainya. Ini bermakna
nilai-nilai kesihatan telah diterapkan merentasi kurikulum yang sedia ada. Di samping usahausaha formal, pendidikan tidak formal juga dilaksanakan di sekolah-sekolah. Ini biasanya
dilakukan melalui beberapa aktiviti seperti kuiz, ceramah, pameran dan kempen. Selain
usaha-usaha sekolah, Jabatan Kesihatan juga sering menganjurkan pelbagai usaha pendidikan
kesihatan tidak formal seperti ceramah, kempen dan pameran.
9

PERKHIDMATAN KANTIN SEKOLAH

1.

Bagi mengelakkan keracunan makanan, beberapa langkah yang boleh diambil adalah

seperti berikut:

Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan


diri setiap masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang
makanan.

Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan


mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih.

Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat menyedia dan


menghidang makanan dalam keadaan bersih dan kemas.

Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang


baik seperti menjaga tubuh badan dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih
dan kemas.

PERANAN SEKOLAH

1.

Pihak sekolah juga diminta untuk:

Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan memasak


makanan di dalam kawasan sekolah.

Memastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga


semalaman, terutama penyediaan makanan-makanan menggunakan santan.

Menubuhkan jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagi menyelia dan


mengadakan pemeriksaan harian.

Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan


premis makanan.

Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan


penggalakan kebersihan dan kesihatan.

Sekiranya sekolah mengesyaki pelajar-pelajar mengalami masalah keracunan makanan,


berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh sekolah:

Laporkan dan bawa murid-murid yang disyaki ke klinik/ hospital yang


berhampiran.

Laporkan ke PPD/JPN.
10

Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa murid-murid yang terlibat.

Menyediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan
ke JPN dan Kementerian Pendidikan.

Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar.

PERKHIDMATAN PERGIGIAN

Perkhidmatan pergigian sekolah telah mula dilaksanakan pada tahun 1950'an dan
hanya ditumpukan kepada murid-murid sekolah rendah sahaja dan itu pun hanya terbatas
kepada sekolah tertentu. Sebahagian besar perkhidmatan itu dikendalikan oleh jururawat
pergigian. Mereka dilatih untuk melaksanakan rawatan pergigian di bawah penyeliaan doktor
gigi seperti yang tertera dalam Akta Pergigian.

Pencapaian perkhidmatan pergigian tidak begitu menggalakkan sehingga pertengahan


1980'an kerana program tidak begitu teratur. Pada pertengahan 1980an, satu program
pendekatan "Systematic and Comprehensive Incremental Care" telah diperkenalkan untuk
memperbaiki keadaan. Perkhidmatan semakin meluas dengan bertambahnya permintaan oleh
pihak berkuasa sekolah serta ibu bapa. Seterusnya perkhidmatan pergigian sekolah diperluas
untuk menampung murid-murid sekolah menengah. Kebanyakan rawatan untuk golongan ini
dilaksanakan oleh Pegawai Pergigian.

11

Vous aimerez peut-être aussi