Vous êtes sur la page 1sur 8

AMALI 2:

TAKSONOMI DAN BIOKEPELBAGAIAN.


Tujuan

: Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya.

Objektif

: Untuk mengelaskan moonmorph kepada beberapa kelas atau kumpulan.

Teori :
Kepelbagaian bentuk hidupan di alam ini dikenali sebagai biokepelbagaian. Ianya
merangkumi tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma yang dianggarkan melebihi 80 juta
spesies. Para taksonomis mengelaskan organisma ini kepada beberapa kumpulan secara
tersusun agar mudah dikenali berdasarkan ciri-ciri perbezaan dan persamaan yang dimiliki.
Kepelbagaian

akan bertambah apabila spesies atau gen baru dihasilkan atau

ekosistem baru terbentuk, juga

apabila spesies organisma menjadi pupus atau sesuatu

sistem kompleks dimusnahkan. Peringkat kajian ini dibahagi kepada tiga iaitu kepelbagaian
genetik, kepelbagaian spesies dan kepelbagaian ekosistem. Sesuatu spesies boleh dibezakan
dengan menggunakan 2 kaedah iaitu spesies biologi iaitu individu yang berjaya membiak
bersama-sama dianggap sebagai spesies yang sama. Keduanya spesies morfologi iaitu
individu yang kelihatan sama dari segi fizikal dianggap sebagai spesies yang sama. Kaedah ini
digunakan apabila tiada apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma.
Taksonomi penting bagi pemuliharaan biodiversiti bagi membezakan antara spesies
atau mengenai nama-nama spesies. Kepelbagaian ini dibahagi kepada kumpulan lebih kecil
dan lebih mudah diuruskan. Suatu ciri penting ialah menamakan kepada kumpulan tumbuhan
dan haiwan dalam pengelasan prasaintifik. Pengkelompokan tidak hanya pada morfologi, rupa
tumbuhan juga digunakan dalam pengenalan, boleh juga pada bau, rasa dan nilai pemakanan.
Nama perlu sebagai titik rujukan serta sebagai siri andaian bahawa terdapat satu kumpulan
individu yang berkongsi beberapa ciri tertentu dalam spesies tersebut. Semua organisma di
dunia ini dikelaskan kepada 5 kumpulan besar yang dinamakan alam. Alam itu ialah protista,
monera, plantae, fungi dan animalia.
.
Bahan

: Gunting, gam dan kertas A4

Gambarajah :
MoonMorphs

Tugasan :
Contoh Hepotetikal ( Hypothetical Example) - MoonMorphs
Seorang saintis mendarat di permukaan bulan dan dalam masa lima minit, beliau mula
mengumpul sebilangan moonmorphs di permukaan bulan. Moonmorphs itu dibawa balik ke
bumi untuk direkodkan sebagai biodiversiti dari bulan (Biodiversity of the Moon). Anda diberi
tugas mengelaskan moonmorphs tersebut ke dalam kumpulan spesis yang berbeza.
1. Pecahkan ke dalam 4 kumpulan. Gunting satu set dari moonmorphs dan kelaskan
mengikut spesis dengan berdasarkan ciri-ciri sepunya yang terdapat pada mereka.
Catatkan jumlah setiap spesis. Andaikan semuanya dewasa dan tiada perbezaan yang
kelihatan antara jantan dan betina. Anda tiada maklumat tentang habitat atau perlakuan
mereka, jadi anda hanya boleh menggunakan ciri-ciri morfologi sahaja sebagai
pemerhatian.
2. Adakah anda mempunyai 29 spesis, atau anda kelaskan individu-individu secara
bersama ke dalam sesuatu spesis?

Kumpulan

Ciri-ciri umum

moonmoofs

Spesis
Struktur Bulat:
A

Memiliki abdomen yang besar

1, 16, 17, 24, 27

Mempunyai kepala, tangan, ekor


dan mata
Badan Bercorak :
B

Abdomen badan yang bercorak

2, 3, 4, 5, 12, 18, 22, 23

Mempunyaai kepala, mata,


tangan, kuku, abdomen, jari dan
kaki
Berekor cabang-cabang :
C

Mempunyai tangan yang bercorak


Mempunyai kepala, mata,
abdomen, tangan dan ekor

6, 9, 10, 11, 21

Struktur pendek dan tidak bercorak


D

7, 8, 13, 14, 15, 25, 28

Mempunyai kepala yang berbentuk


Mempunyai kepala, abdomen,
tangan dan ekor.
Struktur panjang dan tidak
E

bercorak :

19, 20, 26, 29

Memiliki abdomen yang panjang


Mempunyai kepala, sesungut dan
tangan.

Jadual 1

Perbincangan :
1. Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa moonmorphs dalam
kumpulan yang sama ?
Ketika pengelasan haiwan dilakukan, ciri-ciri fizikal luaran diutamakan kerana ciri-ciri genetik dan
jantina tidak didapati. Antara ciri fizikal luaran yang diambil kira ialah berdasarkan morfologi iaitu
saiz, apandage, sesungut, bentuk kepala, corak, bentuk abdomen dan bentuk ekor. Di sini
MoonMorph dibahagikan kepada lima kumpulan yang utama berdasarkan corak badan, bentuk
kepala dan jenis kaki (Jadual 1). Kumpulan A dikelaskan berdasarkan bentuk abdomen yang besar,
mempunyai kepala, mata, tangan dan ekor, kumpulan B dikelaskan berdasarkan ciri abdomen yang
mempunyai corak, mempunyai kepala, mata, tangan, kuku, abdomen serta jari kaki, kumpulan C
berdasarkan ciri memiliki tangan yang bercorak dan mempunyai kepala, mata, abdomen, tangan
dan ekor, kumpulan D berdasarkan bentuk abdomen yang panjang, mempunyai kepala, sesungut
dan tangan sementara kusmpulan E pula berdasarkan bentuk kepala (bengkok), mempunyai
abdomen, tangan dan ekor.
Mengapa anda memilih ciri-ciri tersebut ?
Ciri-ciri tersebut dipilih kerana terdapat persamaan dan perbezaan yang ketara dan mudah
dikenalpasti bagi membuat pengelasan. Misalnya bentuk badan yang sangat nyata yang dapat
dilihat.
Kenapa tidak pilih yang lain-lain ?
Tumpuan pengelasan dibuat berdasarkan ciri-ciri persamaan fizikal yang mudah dilihat. Tiada
maklumat berkaitan habitat tingkah laku, cara membiak dan tabiat makan yang diperolehi.
2. Adakah semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya?
Spesies adalah satu kumpulan individu yang berkait rapat dan mempunyai banyak ciri yang sama.
Spesies MoonMorphs ini telah dikelaskan kepada 5 spesies utama yang dominan berdasarkan
keserupaan sesama sendiri dari segi bentuk badan. Ciri lain yang berbeza antara individu dalam
spesis tersebut adalah seperti corak badan, jenis sesungut dan jenis kaki. Tiga ciri perbezaan
tersebut diambil kira ketika proses mengelaskan individu-individu dalam satu spesies. Hasilnya,
haiwan-haiwan MoonMorph ini dapat dikelaskan kepada kumpulan A, B, C, D dan E.

Berapa banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesis?

Terdapat beberapa variasi (kumpulan kecil) yang boleh diterima di dalam satu spesies. Setiap lima
kumpulan utama ini kemudiannya dibahagikan lagi kepada beberapa kumpulan kecil (Jadual 2).
Kumpulan A dipecahkan lagi kepada dua kumpulan berdasarkan ciri mata yang bercantum atau
tidak bercantum, kumpulan B pula dibahagikan kepada jenis kaki yang berkuku tajam atau tumpul
serta kaki yang berkuku berbentuk kaki itik atau kaki katak, kumpulan C dipecahkan lagi kepada
bentuk ekor Y dan V, sementara kumpulan D dipecahkan lagi berdasarkan ciri sesungut dan ekor
yang bercantum atau berpisah dan kumpulan E pula dipecahkan lagi kepada tiga lagi kumpulan
kecil berdasarkan ciri bentuk kepala U (pendek atau panjang, bentuk kepala segi empat dan bentuk
kepala segi tiga (pendek atau panjang)
3. Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima tahap variasi
individu yang tinggi?
Jika spesis menerima tahap variasi yang tinggi ini member kesan baik kerana akan menambahkan
kepelbagaian spesis. Ianya juga akan menjadikan survival spesis tersebut akan menjadi lebih
tinggi.
Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima tahap variasi yang terlalu rendah?
Jika tahap variasinya terlalu rendah akan menyebabkan pengurangan spesis yang turut
menjejaskan rantaian dan siratan makanan. Seterusnya menjadikan survival spesis tersebut akan
terancam.
4. Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesies kepada dua atau
lebih spesies "baru.
Para taksonomis akan memerhatikan ciri-ciri yang khusus berdasarkan sifat biologikal seperti genetik haiwan dan
DNA yang dimiliki oleh haiwan tersebut bagi membuat pengelasan. Kaedah pengkelasan biologi iaitu
berdasarkan kebolehupayaan spesies itu membiak antara satu sama lain dan menghasilkan anak
yang subur. Dalam kebanyakan kes, kaedah yang lebih tepat dan boleh diukur selalu dititikbertkan,
seperti persamaan dari segi DNA, morfologi atau nic ekologi.kehadiran ciri tempatan yang khusus
boleh dibahagikan kepada spesies ke dalam subspesies.
5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu spesis terjadi?
Faktor luaran dan faktor dalaman menyebabkan berlaku variasi dalam individu. Variasi merangkumi perbezaan dari
segi morfologi, fisiologi, genetik dan mental. Variasi juga berlaku disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran.
Variasi yang dipengaruhi oleh faktor genetik boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain manakala variasi
yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran pula tidak boleh dikawal. Variasi boleh menyebabkan munculnya spesis
baru.

6. Bagaimana spesis MoonMorphs ini dipanggil morphospecies?


MoonMorphs dikenali sebagai morfospesis disebabkan spesis tersebut dikelaskan berdasarkan ciri-ciri persamaan
yang boleh membiak dan boleh diperhatikan dalam sesuatu spesis. Morfospesis merupakan kaedah tradisi yang
digunakan dalam mengelaskan sesuatu spesis. Cara ini agak terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk
mengelaskan spesis adalah sedikit dan perlu kepada perbezaan yang jelas daripada spesis-spesis lain.
7. Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan spesis biologi.
Spesis tersebut bukan spesis biologi kerana maklumat yang diperolehi amat terhad dan tiada data yang diperolehi
bagi genetik, jantina, DNA, habitat, kelakuannya serta maklumat lain yang lebih spesifik dan mendalam. Spesis ini
hanya dikelaskan melalui morfologi iaitu ciri-ciri yang boleh dilihat seperti sifat fizikal

Vous aimerez peut-être aussi