Vous êtes sur la page 1sur 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : JANUARI 2014

HBAE2203 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )


DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA TUTOR

EN. HAMZAH BIN LASA

NAMA PELAJAR

MOHAMAD FAUDZI BIN


MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI

731208125515001

NO. KAD PENGENALAN

731208125515

NO. TELEFON

0138927731

E-MAIL

faudzi@oum.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM, TAWAU

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

M/S

1.0

PENGENALAN

2.0

PERANAN GURU PSV DALAM BIDANG MEMBUAT


CORAK DAN REKAAN

2.1

Pemerhatian Secara Aktif

2.1.1 Pengetahuan sedia ada murid

2.1.2 Benda yang konkrit

2.1.3 Minat, kecenderungan dan latar belakang murid

2.1.4 Bahan, bunyi, pergerakan dan aksi

2.1.5 Mencetus idea dan imaginasi

10

Interaksi Yang Kritis dan Kreatif Dengan Bahan

11

2.2.1 Penerokaan

11

2.2.2 Penghasilan atau membuat

14

2.3

Apresiasi

16

2.4

Menghargai Nilai

19

2.2

3.0

PENUTUP

21

BIBLIOGRAFI

22

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

1.0

PENGENALAN

Boneka merupakan salah satu permainan tertua di dunia kerana permainan ini telah menjadi
salah satu alat hiburan dalam kalangan orang kebanyakan sejak zaman ketamadunan Yunani,
Romawi dan Mesir lagi. Perkataan boneka berasal daripada bahasa Portugis Boneca yang
membawa maksud hidup. Secara ringkasnya, boneka dapat didefinisikan sebagai sesuatu
objek atau benda bukan hidup yang dilakukan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau
arahan bagi menyampaikan mesej.

Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai boneka
selagi objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk menghidupkan watak
boneka itu untuk menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka boleh
terdiri daripada haiwan, bunga, atau sebarang objek untuk dianimasikan dan dimanipulasikan
oleh pemain dalam persembahan mereka.

Boneka mempunyai beberapa kelebihan kerana boneka boleh menyampaikan mesej dengan
efektif. Di sebalik teknik boneka yang menggunakan kaedah penceritaan ini, pelbagai mesej
positif dan nilai murni dapat diselitkan dalam persembahan tersebut. Guru perlu kreatif dalam
merangka perjalanan cerita yang bukan sahaja menarik dan menghiburkan malah
mengandungi beraneka nilai murni.

Selain itu, teknik boneka memberi pendedahan kemahiran berkomunikasi kepada kanakkanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi seperti kanak-kanak autisme
sepatutnya diberi teknik mengajar dengan menggunakan boneka. Mereka akan tertarik
dengan penceritaan menggunakan boneka. Hal ini secara tidak langsung dapat memulihkan
masalah komunikasi mereka sedikit demi sedikit. Kanak-kanak juga dapat menambah
perbendaharaan kata mereka. Tambahan pula, teknik boneka juga dapat mencipta dan
merangsang daya imaginasi murid. Bermain sambil belajar juga merupakan salah satu aktiviti
2

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

yang terdapat dalam tunjang Kurikulum Standard Sekolah Rendah iaitu Didik Hibur.
Munurut Fauziah Md. Jaafar, aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah
bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan
melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Hal ini membuktikan bahawa kanak-kanak
perlu didedahkan dengan teknik boneka supaya murid dapat belajar sesuai dengan keperluan
mereka. Hal ini membuktikan bahawa teknik boneka amat berkesan untuk pembelajaran
kanak-kanak. Oleh sebab itu, dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Sekolah Rendah, bidang membentuk dan membina binaan, memperkenalkan boneka sebagai
satu topik yang perlu dipelajari.

Berdasarkan huraian di atas, maka penulisan yang seterusnya ini akan mengupas secara lebih
lanjut tentang bidang membuat dan membina boneka baik dari aspek sejarah, jenis, alat dan
bahan, teknik pembuatan, aplikasi alat, bahan dan teknik dan persembahan hasil kerja serta
proses apresiasi.

2.0

SEJARAH BONEKA

Perkataan puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin iaitu pupa. Ahli sejarah
berpendapat bahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi oleh
orang-orang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan untuk membuat boneka pada zaman itu
adalah kayu, tanah liat dan tulang binatang. Boneka yang lebih indah pula diperbuat daripada
lilin dan gading gajah. Boneka yang dibuat pada masa itu dibuat bukan untuk mainan kanakkanak tetapi digunakan untuk tujuan ritual keagamaan atau upacara adat yang rasmi. Rupa
bentuk boneka yang dihasilkan ketika itu tidak menarik dan amat menyeramkan. Keadaan ini
menyebabkan kanak-kanak tidak tertarik untuk menjadikan boneka sebagai barang mainan.

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Boneka dengan lengan dan kaki yang dapat digerakkan mula dihasilkan pada tahun 600
sebelum Masihi. Sungguhpun begitu, kegunaan boneka masih seperti di awal penciptaannya.
Dikatakan pada abad ke 5 hingga awal abad ke 15, boneka masih tetap digunakan untuk
upacara ritual dan keagamaan.

Fungsi boneka sebagai alat permainan kanak-kanak mula berlaku di kota Nuremberg,
Ausburg dan Sonnerberg, Jerman. Boneka ini telah diperbuat daripada tanah liat, kayu, dan
lilin. Manakala tubuh boneka dihiasi dengan pakaian yang menggambarkan wanita Jerman
pada masa itu. Pada masa yang sama, para pembuat boneka di Englang, Perancis, Itali, dan
Belanda turut menghasilkan boneka yang dihiasi dengan pakaian tradisi masing-masing.

Pada abad ke 16, Belanda telah mencipta mata boneka dari kaca. Yang menariknya, mata
boneka dapat digerakkan sehingga boneka kelihatan hidup. Pada tahun 1675, rupabentuk
boneka telah diperkemaskan lagi dengan rambut sehingga bentuknya sama dengan boneka
pada masa kini. Pada tahun 1710, sebuah kilang pembuat boneka telah berjaya membuat
boneka yang dapat menangis disusuli dengan boneka yang dapat berjalan pada tahun 1735.

Di akhir Perang Dunia Pertama, Amerika telah mencatat satu sejarah sebagai negara
penghasil boneka terbesar di dunia. Di antara tahun 1925 dan Perang Dunia Kedua, kilang
membuat boneka telah berjaya menghasilkan boneka yang lebih menarik dan hampir
menyerupai bentuk yang ditirunya. Boneka ini telah dilengkapi dengan mata yang boleh
mengedip dan dilengkapi dengan bulu mata. Selain dari itu, ia juga dapat membuka mulut
sehingga terlihat deretan giginya yang rapi. Boneka-boneka ini telah dijual dengan harga
yang mahal.

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

3.

JENIS-JENIS BONEKA

Boneka terdiri dari pelbagai jenis dan bentuk mengikut tujuan boneka direka. Terdapat
boneka dihasilkan untuk tujuan permainan, penceritaan, penyembahan dan hiasan. Antara
contoh boneka ialah;-

3.1

Boneka Sarung Tangan

Boneka sarung tangan boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk samada berbentuk manusia,
haiwan, tumbuhan dan lain-lain untuk diperkenalkan kepada kanak-kanak Boneka ini
diperbuat dari bahan yang lembut dan dapat dicuci. Fungsi boneka ini selalunya adalah untuk
menghiburkan kanak-kanak.

Namun begitu, pemain boneka ini selalunya adalah mereka yang dewasa. Penggunaan boneka
ini akan mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping dapat melatih diri pemain untuk
berekspresi, berinteraks dan membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan lebih cepat.
Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan
gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

3.2

Boneka lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan
pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa
menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan
untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

3.3

Wayang Kulit

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar.
Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa
memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu
dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyanggoyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit
ialah dengan menggunakan over head projector (OHP) sebagai sumber cahaya dan imej
boneka akan terpapar di atas skrin.

3.4

Boneka Bertali

Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache,
plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka
yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggotaanggota boneka tersebut bergerak.

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

3.5

Topeng

Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng
amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran bahasa atau
Pendidikan Moral.

4.

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BONEKA

Boneka boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti sarung tangan, sarung kaki,
kertas, bag mabuk udara dan banyak lagi bergantung kepada kegunaan dan fungsinya.
Boneka sarung tangan misalnya boleh diperbuat daripada kain, kertas, kad manila dan surat
khabar atau majalah.

4.1

Membentuk dan Membuat Boneka Sarung Tangan

Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat, ia mempunyai bahagian kepala,
pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lakonan
boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas dimana pemain boneka dapat melindungi
diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat ditonton pada bahagian badan
dan kepala sahaja.
8

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

4.1.1 Bahan-bahan untuk membentuk dan membuat boneka tangan

i.

Kain belacu/ sarung tangan

ii.

Pensel

iii.

Gunting

iv.

Jarum

v.

Benang jahit dan benang bulu

vi.

Berus cat

4.1.2 Cara membentuk dan membuat boneka tangan

1. Lipat belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan
tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi ini garisan
jahitan. Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu, ini garisan
pengguntingan,
2. Gunting garisan pengguntingan.
3. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus.
4. terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas.
5. catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki.
6. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya.
7. boneka yang telah siap untuk dilakonkan.

Jenis cerita
Terdapat pelbagai jenis cerita yang dijadikan bahan untuk kanak-kanak antaranya mengenai
cerita haiwan, kehidupan seharian, keadaan semasa dan lain-lain lagi.

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Teknik bercerita dengan menggunakan boneka ini sesuai digunakan bagi pengajaran bertema
yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains, dan
pengajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti
bercerita.

Pencerita mempunyai dua pilihan untuk menggunakan teknik ini. Pertama, memilih cerita
terlebih dahulu untuk mencipta skrip, kemudian membina boneka berdasarkan watak-watak
dalam cerita tersebut. Kedua, pencerita menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi
watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada pencerita di samping
menggalakkan daya kreativiti pendengar.

Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, pencerita perlu menulis dalam bentuk
skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog
skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan
pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita
dan boleh diubah suai sewaktu pencerita menyampaikan cerita.

Pencerita perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog
yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara perlu difikirkan
kesesuiannya dengan boneka yang akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu
keberkesanan

penyampaian

sesebuah

cerita.

Walaubagaimanapun

pencerita

boleh

menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di manamana sudut.

Persekitaran

Persekitaran tempat pertunjukan boneka perlu lapang. Kalu boleh dihamparkan sebidang
permaidani untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa sambil menghadap
kepada pentas boneka.
10

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Susun atur

Boneka hendaklah disusun di sudut perkenbangan bahasa atau di sudut komponen kreativiti
dan estetika. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang
boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita
yang hendak disampaikan.

Manakala pentas boneka dicadangkan menggunakan pentas kerusi, pentas tingkap, pentas
meja, pentas pintu, pentas papan lipat, OHP dan tanpa menggunakan pentas.

Teknik penyampaian

Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu daripada teknik
yang boleh digunakan ialah pencerita menggerak lakonkan boneka dengan berdialog secara
selari duduk di depan pendengar tanpa menggunakan pentas. Pencerita boleh juga
mendapatkan khidmat pembantu dalam menggeraklakonkan boneka. Cara kedua ini
disesuaikan dengan pentas boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan
dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan pendengar. Kedudukan boneka di pentas
perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas , jarak serta pertukaran masa dan waktu. Kesan
muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik.

Aktiviti susulan

Aktiviti-aktiviti berikut adalah antara yang boleh digunakan sebagai aktiviti susulan:

a) Menggerak lakonkan semula cerita


b) Membina boneka
c) Menyanyi menggunakan boneka
d) Mempelbagaikan suara menggunakan boneka
11

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Contoh cerita

Judul: Mengapa Gagak Hitam


Nilai: Gelojoh membawa padah.
Objektif: kanak-kanak dapat mengenal burung gagak dan merak, membezakan pelbagai
warna.

Peralatan
- Boneka gagak
- Boneka merak
- Pita rakaman
- Warna
- Prop bingkai (gambar disertakan)

Teks: Merak dengan Gagak

Babak I
Merak : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik.
Gagak : Macam mana caranya?
Merak : aku ada kawan. Seorang pemuda yang menjadi pelukis.
Gagak : Oh begitu, cepatlah. Aku sudah tidak sabar lagi.
Merak : Sabarlah, aku akan pergi berjumpa dengan pemuda itu esok.
Gagak : elok benar cadangan awak. Nanti kita jumpa esok di tebing sungai ini ya!

Selain memberikan keseronokan kepada pelajar, bercerita dengan menggunakan boneka


dapat juga merangsang minda pelajar untuk memahami sesuatu pelajar itu dengan lebih
berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru
perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan.
12

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Hubungan dengan Kurikulum dan bidang

Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan
dapat meningkatkan:
- Daya kreativiti
- Perkembangan komunikasi dan bahasa.
- Sosio emosi
- Menambah ilmu pengetahuan
- Pengalaman

Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah
sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak:
- Untuk menghubungkaitkan dengan keseronokan.
- Meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan.
- Meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak.
- Memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik..

Rumusan

Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan
kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu
dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang
dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri
reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan.
Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watakwatak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

BIBLIOGRAFI
13

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Abdullah Hassan & Ainon Abdullah. (2003). Mendorong Kreativiti Kanak-kanak. Selangor
Darul Ehsan: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Chang Hon Woon. 1992). Panduan Dinamik PMR Pendidikan Seni Tingkatan 1&2 KBSM.
Selangor Darul Ehsan: Pustak Delta Pelajaran Sdn Bhd
Crow,L.D. & Crow,A. (1983) . Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Edward De Bono (1996). Aprender a pensar. Madrid: Plaza y Janes.
Hassan Mohd Ghazali. (2007). Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4&5. Kuala Lumpur:
Creative Enterprise Sdn Bhd
Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab
dan Universiti. Selangor Darul Ehsan: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Rousliluddin Ambia & rakan-rakan. (2007). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.
Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn Bhd
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual. Kuala Lumpur
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSR. Kuala Lumpur
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR.
Putrajaya : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Yahya Don.(2005). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kualani Lumpur : PTS
Professional.
http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukirkayu.htm

14

Vous aimerez peut-être aussi