Vous êtes sur la page 1sur 28

NORIYATI BINTI TASIMAN

660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

ISI KANDUNGAN

2.

Bahan tugasan

Tumbuhan dan haiwan berbeza dari pelbagai

m/s

16

17

19

20

23

25

27

aspek. Kenalpasti dan jelaskan lima perbezaan


fizikal di antara tumbuhan dan haiwan

Jelaskan Penarikan nafas dan Penghembusan


nafas yang berlaku semasa respirasi manusia.

Jelaskan bagaimana hipotalmus mempengaruhi


pertumbuhan manusia.

Definisikan pembiakan aseksual dalam haiwan dan


jelaskan empat jenis pembiakan dalam haiwan

3.

Rujukan

28

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

a. Tumbuhan dan haiwan berbeza dari pelbagai aspek. Kenalpasti dan


jelaskan lima perbezaan fizikal di antara tumbuhan dan haiwan.
JAWAPAN
Organisma hidup di alam ini dikelaskan dua kumpulan utama iaitu haiwan
dan tumbuhan. Tumbuhan dan haiwan adalah benda hidup sebab keduaduanya mempunyai sifat-sifat fizikal yang tertentu. Tumbuhan dan haiwan
berbeza dari pelbagai aspek seperti pergerakan, pembiakan, perkumuhan,
pemakanan dan pertumbuhan.
1. PERGERAKAN
Hampir semua haiwan bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk
mendapatkan keperluan hidup seperti mencari makanan, mencari habitat
yang sesuai dan mengelakkan diri dari musuh. Haiwan-haiwan di darat
biasanya bergerak dengan menggunakan kaki. Haiwan yang berlainan
mempunyai bilangan kaki yang berlainan. Ada haiwan yang mempunyai dua
kaki, empat kaki, enam kaki atau lebih dan ada haiwan yang tidak berkaki.
Contoh-contoh haiwan berkaki dua seperti itik, ayam dan angsa. manakala
contoh haiwan yang berkaki empat pula ialah anjing, lembu, arnab dan gajah.
Haiwan-haiwan yang hidup di air pula menggunakan sirip dan kaki untuk
bergerak dengan bebas. Contoh haiwan yang boleh bergerak di air ialah ikan,
penyu dan udang. Terdapat juga haiwan yang bebas bergerak di udara
menggunakan kepaknya seperti burung. Sesetengah haiwan juga boleh
bergerak kaki seperti ular, kerang dan siput.

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Itik berkaki dua

Anjing berkaki empat

Ulat berkaki banyak

Ikan menggunakan sirip dan udang menggunakan kaki yang banyak untuk bergerak.

Rama-rama dan burung bebas bergerak di udara menggunakan kepak

Haiwan yang tidak mempunyai kaki juga boleh bergerak.

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Tumbuh-tumbuhan pula tidak bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang
lain. Tumbuhan tidak bergerak tetapi tumbuh ke arah atau menjauhi
ransangan. Bahagian tumbuhan yang berbeza bergerak ke arah rangsangan
yang berbeza. Pergerakan tumbuhan melibatkan pertumbuhan sebahagian
sahaja tumbuhan. Apabila bahagian pokok tumbuh ke arah rangsangan ia
dinamakan rangsangan positif manakala bahagian pokok yang tumbuh
menjauhi rangsangan dinamakan rangsangan negetif.
Akar pada pokok bergerak ke bawah tanah untuk mendapatkan air manakala
pucuk dan dahan pokok akan bergerak ke atas mendapatkan cahaya
matahari.

Daun

Batang

Akar
Gambar Pergerakan pucuk dan akar pada pokok

2. PEMBIAKAN
Tumbuhan dan haiwan juga berbeza dari segi cara pembiakan. Pembiakan
ialah proses penghasilan anak. Haiwan membiak samada secara melahirkan
anak atau bertelur. Contoh haiwan yang melahirkan anak ialah lembu, kucing,
kuda, ikan paus dan monyet. Sesetengah haiwan melahirkan bilangan anak

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

yang kecil seperti harimau bintang, biri-biri, kuda dan gajah. Sesetengah
haiwan melahirkan anak yang banyak seperti tikus, anjing dan kucing.

Gambar menunjukkan haiwan yang beranak sedikit

Gambar menunjukkan haiwan yang beranak banyak

Haiwan juga membiak secara bertelur seperti burung, penyu, ular dan buaya.
Sesetengah haiwan bertelur dengan bilangan yang kecil seperti burung,
ayam dan itik. Sesetengah haiwan bertelur dengan bilangan yang banyak
seperti katak, penyu dan ikan.

Gambar menunjukkan haiwan yang bertelur banyak

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Gambar menunjukkan haiwan yang bertelur sedikit.

Tumbuhan juga membiak untuk memastikan kemandirian spesisnya. Jika


tumbuhan tidak membiak, ia akan pupus. Manusia dan haiwan tidak akan
mendapat bekalan makanan. Tumbuhan yang berbeza membiak dengan cara
yang berlainan. Tumbuhan membiak dengan pelbagai cara seperti melalui biji
benih, spora, sulur/anak pokok, keratan batang, daun, batang rayap dan
batang bawah tanah.
Contoh tumbuhan yang membiak melalui biji benih ialah betik, jagung,
keembung, rambutan durian dan tembikai. Biji benih terdapat di dalam buah.
Biji benih tumbuh menjadi anak benih dan kemudiaannya menjadi anak
pokok.

Gambar pembiakan melalui biji benih.

Tumbuhan yang tidak berbunga seperti pokok pakis dan lumut membiak
melalui spora. Spora adalah benda yang halus dan ringan yang mudah

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

dibawa oleh angin. Spora pokok pakis boleh didapati di bahagian bawah
daun. Apabila spora telah matang, ia akan meletup dan tersebar. Dalam
keadaan yang sesuai, spora akan tumbuh menjadi anak pokok.

Gambar pokok paku-pakis membiak melalui spora.

Sesetengah tumbuhan boleh tumbuh melalui daun. Daun yang matang


menghasilkan tunas. Apabila daun gugur, tunas tersebut akan tumbuh
menjadi anak pokok. Tumbuhan yang membiak melalui daun biasanya
mempunyai daun yang tebal. Pucuk dan akar tumbuh dari tunas dan menjadi
pokok baru. Contoh tumbuhan yang membiak melalui daun ialah setawar dan
begonia.

Gambar pokok setawar yang membiak melalui daun

Tumbuhan seperti pokok tebu, pokok ubi kayu, pokok ros dan pokok bunga
raya tumbuh melalui keratan batang. Batang sesetengah tumbuhan boleh
dikerat dan ditanam di dalam tanah. Tunas akan membesar melalui menjadi

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

pokok baru. Pembiakan melalui keratan batang adalah satu contoh


pembiakan tiruan.

Gambar menunjukkan pembiakan pokok ubi kayu melalui keratan batang

Sesetengah tumbuhan seperti pokok pisang, pokok buluh, pokok keladi dan
pokok nanas membiak melalui sulur/anak. Sulur ialah anak pokok yng
tumbuh daripada pangkal pokok mengelilingi induknya. Sebaik tumbuh, sulur
tumbuhan boleh dipisahkan dan ditanam berasingan daripada pokok induk.
Sulur akan tumbuh menjadi pokok baru.

Gambar menunjukkan pembiakan pokok pisang melalui sulur/anak

Pokok halia, kunyit dan kentang adalah contoh tumbuhan yang tumbuh
melalui batang bawah tanah. Batang bawah tanah mengeluarkan tunas dan
akan tumbuh menjadi anak pokok.

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

tunas

Gambar menunjukkan pembiakan melalui batang bawah tanah

Sesetengah tumbuhan seperti pokok ubi keledek, strawberi dan rumput


membiak dengan batang rayap. Cabang-cabang dari batang utama akan
menjalar di atas permukaan tanah. Akar dan tunas akan tumbuh dari batang
rayap dan pokok baru akan tumbuh dalam bentuk barisan.

strawberi

Gambar menunjukkan pembiakan pokok strawberi melalui batang rayap

3. PERNAFASAN
Haiwan bernafas melalui struktur pernafasan. Haiwan yang berbeza
mempunyai struktur pernafasan yang berbeza. Struktur pernafasan haiwan di
darat adalah paru-paru dan trakea. Haiwan yang tinggal di dalam air bernafas
melalui kulit yang lembap dan insang.

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Kebanyakan haiwan yang tinggal di atas darat bernafas menggunakan paruparu. Contohnya, kucing, burung, lembu, katak dan ular. Ada juga haiwan
yang tinggal di dalam air seperti ikan paus, penyu, anjing laut dan ikan lumbalumba bernafas menggunakan paru-paru.

Paru-paru
kucing
Kucing bernafas menggunakan paru-paru

Struktur trakea dikenali juga sebagai tiub pernafasan. Serangga bernafas


melalui liang-liang udara (spirakel) yang terdapat pada toraks dan bahagian
abdomen. Udara masuk melalui trakea. Belalang, rama-rama dan ulat
beluncas adalah contoh haiwan yang bernafas melalui struktur trakea.

belalang

trakea
Belalang bernafas meenggunakan trakea

10

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Sesetengah haiwan bernafas melalui kulit yang lembap. Kulit lembap pada
haiwan ini membantu penyerapan oksigen ke dalam badan haiwan tersebut.
Karbon dioksida dan wap air keluar dari badan dengan cara yang sama. Kulit
pada haiwan sentiasa dalam keadaan lembap disebabkan kutikel. Contoh
haiwan yang bernafas melalui kulit ialah cacing tanah dan katak.

Kulit lembab
katak
Katak yang bernafas melalui kulit yang lembap

Kebanyakan haiwan yang tinggal di dalam air bernafas menggunakan insang.


Apabila haiwan ini bernafas, air akan masuk melalui mulut. Insang akan
menyerap oksigen di dalam air. Pada masa yang sama, karbon dioksida akan
dikeluarkan dari badan melalui insang. Haiwan yang bernafas melalui insang
seperti ikan, udang dan berudu.

ikan

insang
Haiwan yang bernafas melalui insang

11

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Tumbuhan juga perlu menyedut gas oksigen yang ada di dalam udara. Gas
oksigen membantu sel tumbuhan mengeluarkan tenaga dari gukose yang
disimpan di dalam tumbuhan. Tumbuhan akan mengeluarkan sedikit gas
karbon dioksida, terutamanya pada waktu malam.

Tumbuhan bernafas melalui liang stomata pada daun

Pada waktu siang, apabila tumbuhan membuat makanan proses sebaliknya


berlaku. Tumbuhan akan menyedut gas karbon dioksida di udara dan
mengeluarkan gas karbon dioksida dari udara dan mengelurakan gas
oksigen. Proses ini berlaku semasa proses fotosintesis. Gas oksigen dan
karbon dioksida keluar dan masuk daun melalui liang halus dipanggil
stomata.

4. PERKUMUHAN
Haiwan yang berbeza menggunakan organ yang berbeza semasa proses
perkumuhan. Organ perkumuhan pada haiwan ialah paru-paru, insang, buah
pinggang dan kulit. Seperti manusia, haiwan juga mengkumuhkan karbon
dioksida dan juga wap air. Semasa haiwan menghembuskan nafas, karbon
dioksida dan wap air akan dikumuhkan dari paru-paru. Contoh haiwan ialah
ikan paus dan katak.

12

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Kebanyakan haiwan di darat berkumuh melalui air kencing dikeluarkan oleh


buah pinggang. Contohnya ialah lembu dan monyet. Terdapat juga haiwan di
darat yang berkumuh dengan cara berpeluh seperti lembu, katak dan kucing.

Haiwan yang menjalani proses perkumuhan melalui


paru-paru dan buah pinggang.

Kebanyakan haiwan yang tinggal di air berkumuh melalui insang. Ikan,


berudu dan udang dan ketam akan mengeluarkan karbon dioksida dan wap
melalui insang. Ikan juga berkumuh melalui kulit. Haiwan-haiwan lain yang
berkumuh melalui kulit ialah cacing tanah dan juga serangga.

Gambar haiwan yang berkumuh melalui insang dan kulit

13

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Tumbuh-tumbuhan juga mengeluarkan bahan yang tidak diperlukan. Ia


menjalani proses perkumuhan untuk mengeluarkan bahan buangan seperti
air, oksigen dan karbon dioksida. Air dikumuhkan semasa proses pernafasan
dan oksigen semasa proses fotosintesis dan karbon dioksida melalui liang
stomata. Bahan-bahan lain yang dikumuhkan ialah minyak, alkaloid dan
hablur yang kadang-kadang bertoksid yang membahayakan manusia. Pokok
bakau misalnya, mengandungi banyak garam kerana ia tumbuh di kawasan
air masin. Untuk mengurangkan garam dengan mengalirkannya kepada daun
khas. Daun ini kemudian jatuh dari pokok membawa bahan buangan
tersebut.

Pokok bakau mengurangkan garam melalui daunnya

5. PEMAKANAN
Haiwan memerlukan makanan dan minuman untuk terus hidup. Ia
memerlukan makanan untuk memperoleh tenaga, membesar dan terus sihat.
Sekiranya haiwan tidak mendapat makanan yang mencukupi, haiwan akan
menjadi kurus, lemah dan tidak dapat membesar dengan sempurna. Haiwan
akan mati sekiranya tidak mendapat makanan untuk suatu tempoh tertentu.

14

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Sesetengah haiwan makan haiwan lain (karnivor), makan tumbuhan sahaja


atau rumput (herbivor) dan ada yang makan kedua-duanya sekali (omnivor).
Contoh haiwan herbivor ialah kambing manakala contoh haiwan karnivor
ialah harimau dan contoh haiwan omnivor ialah beruang.
Haiwan juga memerlukan air untuk terus hidup. Haiwan memerlukan air untuk
mengekalkan suhu badan, mengangkut nutrien ke seluruh badan dan
mengangkut bahan buangan keluar daripada badan. Haiwan akan mati
sekiranya tidak mendapat air untuk suatu tempoh tertentu.

Gambar haiwan herbivore, kanivor dan omnivor

Tidak seperti haiwan yang makan tumbuhan atau benda hidup yang lain
untuk terus hidup, tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri. Semua
benda hidup mempunyai sel, tetapi sel tumbuhan berbeza dari haiwan. Sel di
dalam kebanyakan daun mengandungi bahagian yang berwarna hijau di
panggil kloroplas. Setiap kloroplas mengandungi bahan kimia yang berwarna
hijau dipanggil klorofil yang menjadikan daun berwarna hijau. Kloroplas
memerlukan cahaya matahari, gas karbon dioksida dan air untuk membuat
makanan melalui proses fotosintesis.

15

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Cahaya matahari

Karbon dioksida

kloroplas

stomata

Rajah Proses fotosintesis

Cahaya matahari menyerap masuk ke dalam daun melalui bahagian luar


yang terang seperti kaca. Air masuk ke dalam daun dari tanah melalui akar
dan batang. Udara masuk ke dalam daun melalui liang-liang halus di panggil
stomata. Di dalam daun, kloroplas menggunakan cahaya matahari sebagai
tenaga yang membantu menghasilkan glukose bercampur dengan air dan
karbon dioksida. Gula ini kemudiannya berubah menjadi kanji yang disimpan
di dalam sel daun sehingga tumbuhan memerlukannya.

16

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

b. Jelaskan Penarikan nafas dan Penghembusan nafas yang berlaku


semasa respirasi manusia.
JAWAPAN
Manusia hidup dan menjalankan pelbagai proses hidup seperti pernafasan,
perkumuhan, bergerak balas terhadap rangsangan dan pembiakan. Manusia
bernafas sepanjang masa menggunakan paru-paru untuk terus hidup. Proses
ini dinamakan respirasi.
Sistem respirasi termasuklah hidung, salur udara (trakea) dan paru-paru.
Kandungan udara masuk ke dalam paru-paru melalui dua salur (bronkus)
yang bercabang berulang-ulang kali. Di hujung setiap cabang terdapat
gelembung-gelembung halus yang dinamakan pundi udara atau alveolus.
Pundi udara ini diselaputi oleh salur-salur darah yang halus.
Oksigen bergerak dari pundi udara ke dalam darah dan kemudian diangkut
ke seluruh badan. Bahan kumuh iaitu karbon dioksida bergerak pada arah
bertentangan untuk dihembus keluar.

Lapisan mucusa

Hidung

Salur udara
laring
Paru-paru kanan
Paru-paru kiri

Rajah menunjukkan Sistem Respirasi Manusia

17

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Hidung
atau mulut

Salur
udara

Paru-paru

Petunjuk
Proses menarik nafas
Proses menghembus nafas

Penarikan Nafas
Apabila menarik nafas, kita menyedut udara masuk ke dalam badan kita dari
hidung atau mulut melalui salur udara dan seterusnya ke paru-paru. Otot-otot
antara rusuk dalam menguncup sementara otot-otot antara rusuk dalam
mengendur menyebabkan tulang-tulang rusuk digerakkan ke atas dan keluar
untuk memberi ruang kepada paru-paru agar dapat mengembang apabila
udara disedut. Diafragma ( otot yang merintangi dada di bawah paru-paru )
pula akan bergerak ke bawah untuk memberi ruang yang lebih besar. Udara
yang disedut masuk kaya dengan oksigen.

Rajah menunjukkan proses menarik nafas

18

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Penghembusan Nafas
Apabila menghembus nafas, udara bergerak ke luar dari paru-paru ke salur
udara dan seterusnya melalui mulut atau hidung. Udara yang dihembus
keluar kaya dengan karbon dioksida dan wap air.
Otot-otot antara rusuk luar mengendur sementara otot-otot antara rusuk
dalam menguncup, menyebabkan tulang-tulang rusuk bergerak ke dalam dan
ke bawah. Diafragma pula melengkung ke atas. Ini mengecilkan ruang dalam
dada serta membantu menolak udara ke luar

Rajah menunjukkan proses menghembus nafas

19

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

c. Jelaskan bagaimana hipotalmus mempengaruhi pertumbuhan


manusia.

JAWAPAN
Definisi
Hipotalamus ialah satu kawasan kecil daripada otak hadapan yang terletak
secara ventral kepada talamus di atas gentian pituitari. Ia menerima utusan
urat saraf daripada banyak bahagian otak. Gentian-gentian sarafnya masuk
ke dalam otak tengah di mana ia diambil alih oleh kumpulan saraf penting
yang disebut pembentukan retikulum. Dari sini gentian-gentian sarafnya akan
masuk ke dalam saraf motor autonomi di dalam jirim kelabu saraf tunjang.
Hipotalamus menghantar utusan ke gentian-gentian saraf melalui gentian
saraf kelenjar pituitari.

Thalamus kanan

Thalamus kiri
Serebelum

Hipotalamus

Kelenjar pituitari

Rajah menunjukkan kedudukan Hipotalmus

20

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Hipotalmus bertindak sebagai satu pusat sistem kawalan autonomi. Ia mengawal


atur suhu badan, pengawalan osmosis, tekanan darah, kadar denyutan jantung
dan air dalam badan. Ia juga mengandungi pusat memberi isyarat lapar.
Hipotalmus juga bertanggung jawab ke atas intergrasi saraf dan fungsi-fungsi
yang berkaitan

dengan

perasaan marah, gembira, dukacita dan puas. Jika

hipotalamus diberi rangsangan elektrik ia akan menghasilkan gerak balas


fisiologi atau kelakukan yang berlainan bergantung kepada tapak ransangan itu.
Pertumbuhan dan perkembangan manusia dikawal di pusat kawalan hipotalmus
dan kelenjar pituitari. Hipotalamus menerima maklumat dari bahagian otak yang
lain seperti peredaran darah. Apabila tahap sesuatu hormon di dalam darah
merosot, hipotalmus dapat mengesannya dan menghantar isyarat kepada
kelenjar pituitari untuk dirembeskan. Sekiranya berlaku kecederaan kepada
hipotalamus kemungkinan pertumbuhan manusia tergugat dan mungkin juga
boleh menyebabkan kematian.
Hipotalamus

mengawal

kelenjar

pituitari

dan

kelenjar

edokrin

dengan

merembeskan hormon berkaitan dengan pertumbuhan manusia. Kelenjar yang


mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia ialah kelenjar tiroid,
kelenjar pankreas, kelenjar adrenal, kelenjar testes dan kelenjar ovari.
Sesetengah hormon mempengaruhi aktiviti-aktiviti kelenjar atau otot-otot yang
lain, sementara yang lain mengkoordinasikan dan mengawal aktiviti-aktiviti tubuh
seperti tumbesaran dan pertumbuhan secara langsung.

21

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Rajah menunjukkan kedudukan kelenjar-kelenjar edokrin manusia

Kelenjar Tiroid akan merembeskan tiroksina bersama-sama dengan iodin untuk


mengawal kadar metabolisme dan memastikan perkembangan fizikal dan mental
yang normal. Kekurangan rembesan akan mengakibatkan perkembangan fizikal
dan mental terbantut di kalangan kanak-kanak. Di kalangan orang dewasa,
mengakibatkan pertambahan lemak subkutinus, kulit kasar dan ketiadaan
kecergasan dan mental. Kesan-kesan rembesan yang berlebihan akan
mengakibatkan keadaan beguk, pertambahan kadar metabolisme, denyutan
jantung yang bertambah cepat dan kegelisahan fizikal dan mental.
Kelenjar pankreas akan merembeskan insulin yang merangsang pertambahan
kepekatan gula dalam darah. Hormon ini akan mempercepatkan pertukaran
glukosa kepada glikogen untuk disimpan di dalam tisu. Kesan-kesan kekurangan
rembesan mengakibatkan kencing manis manakala kesan-kesan rembesan yang
berlebihan akan mengakibatkan pengurangan yang luar biasa gula dalam darah
yang boleh menyebabkan terperanjat dan koma.
Kelenjar adrenal terbahagi kepada dua bahagian iaitu Korteks adrenal dan
Medula adrenal. Korteks adrenal akan merembeskan kortisol dan aldosteron dan
androgen. Hormon kortisol dan aldosteron bertindak mengawal metabolisme

22

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

kabohidrat, mengawal imbangan garam dan air dalam badan. Kekurangan


rembesan hormon ini akan mengakibatkan otot-otot yang lemah (Penyakit
Addison).
Kesan-kesan rembesan yang berlebihan menyebabkan perkembangan otot-otot
yang kuat. Hormon adrogen pula merangsang perkembangan beberapa ciri seks
sekunder. Kesan-kesan kekurangan rembesan hormon ini akan mengakibatkan
ciri kebudak-budakan di kalangan orang dewasa. Kesan-kesan rembesan yang
berlebihan memperlihatkan perkembangan awal ciri-ciri seks sekunder di
kalangan kanak-kanak. Kelenjar medula adrenal pula akan merembeskan
hormon adrenalin yang akan menyediakan badan untuk menentang keadaankeadaan kecemasan atau melarikan diri. Kesan-kesan ini tidak tahan lama.
Kelenjar testes akan merembeskan hormon testosteron yang merangsang ciriciri sekunder dalam lelaki. Kekurangan hormon ini akan menjejaskan
perkembangan ciri seks jantan semasa peringkat dewasa. Kesan-kesan
rembesan yang berlebihan akan meningkatkan ciri kejantanan dan kematangan
di peringkat kanak-kanak.
Kelenjar ovari pula akan menghasilkan hormon estrogen yang mengawal
perkembangan organ seks dan siri seks sekunder dalam betina. Kesan-kesan
kekurangan rembesan hormon ini akan menyebabkan organ seks dan ciri seks
sekunder tidak berkembang dengan normal. Kesan-kesan berlebihan rembesan
akan menyebabkan terlalu ciri kebetinaan dan kematangan pada peringkat
kanak-kanak. Kelenjar ovari juga menghasilkan hormon progesteron yang
menyebabkan pembesaran dinding uterus untuk menambatkan telur yang telah
dipersenyawakan dan merangsang pembesaran kelenjar susu semasa hamil.
Kesan-kesan kekurangan hormon ini akan menyebabkan keguguran embrio.
Rembesan prosgesteron yang berterusan akan mengakibatkan kegagalan untuk
melahirkan anak pada masa yang betul.

23

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

d. Definisikan pembiakan aseksual dalam haiwan dan jelaskan empat


jenis pembiakan ini.
JAWAPAN
Definisi
Pembiakan aseksual atau pembiakan tanpa seks tidak melibatkan hubungan
antara dua individu. Ia berlaku melalui pembahagian satu sel induk. Sel-sel
anak yang terbentuk itu berkembang menjadi individu baru yang seiras
dengan induk dari segi genetik. Terdapat empat jenis pembiakan aseksual ini
iaitu belahan dua, pembentukan spora, pertunasan. dan fragmentasi
Pembiakan belahan dedua
Dalam proses ini, sesuatu induk organisma hanya membahagi kepada dua
bahagian anak yang mungkin sama atau lebih kurang sama. Pembiakan
belahan dua berlaku kepada organisma-organisma unisel sahaja. Apabila
pembelahan menghasilkan hanya dua individu anak dikenali sebagai
pembelahan binary atau ringkas seperti yang berlaku dalam Amoeba,
Paramecium.

Amoeba

Paramecium

Rajah Pembelahan Binari oleh Amoeba, dan Paramecium.

24

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Pembentukan spora
Spora ialah organisma yang mempunyai sel tunggal yang dilepaskan
daripada badan induk kepada individu lain tanpa berlakunya sel pembiakan
yang lain. Cara pembiakan aseksual melalui pembentukan spora ini banyak
kesamaan dengan belahan berganda. Pembentukan spora boleh berlaku
dengan cepat dan meluas di dalam persekitaran yang lembab dan banyak air.
Organisma yang membiak secara aseksual seperti saprofit dan parasit

Rajah Pembiakan secara spora

Pembiakan Pertunasan
Pertunasan ialah satu bentuk pembiakan aseksual yang terjadi dari
pertumbuhan luar (tunas) dan apabila matang ia akan berkembang menjadi
individu yang baru dan terpisah dari badan induknya. Pertunasan ialah
kaedah pembiakan aseksual bagi hydra, cacing pipih dan kumpulan cacing.
Pada sel yis, pertunasan berlaku apabila dinding sel membentuk suatu
pertumbuhan keluar seperti gelembung yang disebut tunas. Tunas ini
dipenuhi oleh saitoplasma dan tumbuh sehingga sebesar saiz induk.
Kemudian, nucleus induk akan membahagi secara mitosis dan satu daripa
nucleus anak akan masuk ke dalam tunas. Seterusnya kedua-dua sel itu
akan terasing menjadi dua individu.

25

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

Hydra

Cacing pipih

Rajah Pembiakan secara pertunasan dalam Hydra dan cacing pipih

Pembiakan Fragmentasi
Kaedah pembiakan aseksual pada setengah intervertebrata di mana
bahagian organisma terputus dan menjadi individu baru yang sempurna.
Haiwan yang mempunyai daya pertumbuhan semula yang kuat mungkin
boleh juga membiak secara aseksual melalui fragmentasi. Contohnya, cacing
pita haiwan-haiwan metozoa seperti cacing pita. Badannya yang mudah
tercerai menjadi serpihan. Setiap serpihan itu berkeupayaan untuk tumbuh
dan berkembang menjadi individu baru. Contoh, hidupan laut yang beronggarongga ialah polyp koral.

Rajah - Sponges hydroid

26

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

RUMUSAN
Di dalam dunia ini terdapat berjuta-juta jenis organisma hidup di antaranya
manusia, tumbuhan dan tumbuhan. Organisma-organisma ini berkongsi alam
ini untuk menjalani pelbagai proses hidup.
Dari kerja kursus yang dibuat ini, saya berusaha untuk mengingat kembali
apa yang telah saya pelajari lebih 25 tahun yang lepas. Walaupun dalam
keadaan yang sukar, akhirnya saya berjaya menghasilkan kerja kursus ini.

27

NORIYATI BINTI TASIMAN


660602105090002
HBSC1203-TEACHING OF SCIENCE : LIVING THINGS

RUJUKAN
1. Buku
Peter Chen (1989). Biologi STPM, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
Petaling Jaya, Selangor.
Nagalinggam a/l Karuppiah dan Halina Kamsani (2007). Module
Teaching Of Science, Open University Malaysia, K. Lumpur.
Alias Abdullah, Nurul Huda Faujan (2007). Science UPSR, Sasbadi,
Petaling Jaya, Selangor.
Siti Sarah Shahrel (2007). Bilingual Science Year 4, Arah Pendidikan Sdn.
Bhd., Shah Alam, Selangor.
Ng Chee Kin, Ting Kok Weng, Mahani Ibrahim (2005). Science Form
1, 2, 3, Panpac (M) Sdn Bhd., Shah Alam.
2. Website
http://www.wikipedia.org/wiki/Pembiakan_aseks
www.bergoiata.org/fe/favs/10.htm
www.foogle.biz/mrsa
www.photodive.ca/gallery_images
www.underwater.org/mermaid/tanzania/underwater2.html
www.aquaria.info/modules/.../I-Love-My-Fishies?page=3
http://www.saburchill.com/chapters/chap0024.htnl

28

Vous aimerez peut-être aussi