Vous êtes sur la page 1sur 9

Penulisan Esei

Berdasarkan teks ucapan di atas,akauntabiliti guru merupakan suatu aspek yang


bertanggungjawab seseorang terhadap sesuatu.Peranan guru adalah amat penting dalam
pembentukan modal indan cemerlang yang dapat membawa kepada perubahan negara.
Sehubungan dengan itu, yang diberi keutamaan adalah pembentukan modal insan dengan
hasrat guru dapat menjalankan tanggungjawab dan peranan dengan baik. peningkatan
profesion keguruan yang baik berasaskan matlamat dan tujuan

yang jelas akan

menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang positif dalam segenap aspek dan perkara
yang berkaitan dengan profesion keguruan. Hal ini sememangnya sanagat perlu, berikutan
peranan pelbagai yang dimainkan oleh seseorang guru yang cemerlang. Guru yang
mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi negara.
golongan ini akan memainkan peranan dengan cemerlang dalam melahirkan modal-modal
insan yang cemerlang. Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan negara yang akan
memacu kemajuan dan memelihara keharmonian dan keamanan negara. Modal insan ini
juga adalah generasi penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini.
Sebagai seorang guru , hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru
hendaklah memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang
bangsa dalam diri pelajar.Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat
Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan
ibu bapa pelajar.Dengan adanya pertolongan PIBG bolehlah mengadakan Program
Perpaduan di sekolah bagi mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum.Malahan aktiviti
gotong royong juga mengeratkan hubungan keluaraga,masyarakat dan Negara.
Selain itu,guru haruslah bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala
aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk
memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan
ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun
yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan
nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang
setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat
guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru
juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta
mengamlkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat . Bagi mencapai matlamat

pembentukan negara bangsa, guru harus menjalankan tanggungjawabnya dalam


menanamkan nilai-nilai murni yang merentasi kurikulum dan kokurikulum kerana nilai
adalah ukur tara terhadap sesuatu benda, perkara, perbuatan dan amalan. Nilai juga
melibatkan persepsi minda dan hati berasaskan sifat dan syarat tertentu yang serasi dan
sejalan dengan fitrah. Baik pada ukuran nilai tidak sahaja pada pertimbangan akal dan
rasional tetapi juga pada hati dan terlihat dalam amalan dan percakapan. Penerapan watak
nilai murni kemanusiaan ini memandu manusia agar hidup bertatahkan adab agar
pembinaan bangsa itu berada di tahap yang tinggi dari segi ilmu dan akhlaknya.
Dalam proses pendidikan ini, guru berperanan mendidik manusia supaya faham
makna diri, makna Pencipta dan makna persekitaran dengan ilmu sebagai medium utama.
Dalam pengajaran di sekolah, ilmu diolah menjadi kurikulum dan ia menjadi fokus dalam
menyusun sukatan. Bagaimana penerapan nilai yang sewajarnya, bergantung kepada
kebijaksanaan melaksanakan proses pedagogi dalam bilik darjah. Hal yang sama juga
berkait dengan kegiatan ko kurikulum sama ada bentuknya sukan dan permainan, kesenian
dan persatuan, ianya berkembang dalam batas nilai.Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai
teras yang sifatnya fundamental seperti amanah, jujur dan ikhlas, hormat-menghormati serta
adil dan bijaksana. Nilai-nilai teras di samping nilai-nilai tambahan dan kembangan harus
disuburkan secara kreatif dan bijaksana agar watak yang bersih sifatnya dapat digarap
dalam jiwa pelajar. Dalam hal ini, guru atau pendidik merupakan fokus utama dalam
penerapan nilai. Murid atau pelajar mengalami proses perpindahan ilmu, maklumat dan
ketrampilan. Matlamat akhir pendidikan ialah berlakunya transformasi diri dan penitipan
adab kepada diri pelajar. Pada diri guru harus ada sifat muallim, murabbi dan pelbagai sifatsifat pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan ini dapat dilihat sebagi proses bina
insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya
boleh menyebabkan berlakunya transformasi diri. Pada diri pendidik ada contoh yang fitrah
sifatnya dan seperti ibu bapa juga, guru berada di peringkat kedua menjadikan dirinya
teladan dan sumber ikutan para pelajar.
Secara professional, guru berkewajipan untuk memelihara imej dan profesion
keguruan dengan menyemai khidmat bakti yang bermutu dan penuh dedikasi demi
kemajuan negara. Bagi mencapai matalamat ini, guru hendaklah menanamkan azam untuk
meningkatkan kemahiran diri dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan
dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan supaya proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif. Selain itu,seorang guru harus
mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat, negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun
Negara. Di samping itu memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh

membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara

yang

taat setia,

bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan


danagama.

Sementara itu guru juga perlu menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
Matlamat

Pendidikan

Negara

berlandaskan

Rukun

Negara.

Malahan ini jua dapat memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat
berbilang bangsa dalam diri pelajar.Ini akan membina budaya bangsa yang maju dan
harmoni dari peringkat bawah ke bertingkat-tingkat.Pemupukan nilai murni dapat
menjayakan nilai-nilai murni ke arah masyarakat berilmu dan beretika .
Matlamat pembentukan sebuah negara bangsa hanya dapat dicapai jika masyarakatnya
mempunyai ketrampilan dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah juga di bidang pendidikan.
Justeru adalah menjadi peranan guru dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk
semua. Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di
mana pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat
pendidikan yang terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara
holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam erti kata yang lain pendidikan
yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menghasilkan seorang
pelajar yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Dengan hasrat
agar apabila pelajar telah tamat pendidikannya dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan
khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT; kemahiran tinggi seperti berupaya
berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa; dan sifat sahsiah yang positif
maka mereka dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan dirinya,
keluarga dan negara Malaysia.

Jikalau tidak diajar akan terjadinya kesan ke atas masyarakat pula ialah suasana
kehidupan dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana adanya kejadian kecurian,
rompakan, dan lain-lain yang dilakukan oleh pelajar yang memerlukan wang untuk membeli
dadah.Salah satu daripadanya adalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar yang kian
menjadi-jadi.

Jadual 2:Carta perbandingan penyalahgunaan dadah di antara negeri

Jadual 3 : Perbandingan penagihan dadah mengikut negeri


Berdasarkan kajian, kebanyakan pelajar didapati menagih dadah. Keadaan seperti
ini sudah tentu akan mengganggu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan
undang-undang negara. Hal ini juga akan menyebabkan perpaduan, pembangunan dan
kemajuan masyarakat terjejas akibat penglibatan anak muda harapan bangsa ini dalam najis
dadah.Tambahan pula, negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi
akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini pada masa kini dan masa
hadapan. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata dan
kos tidak nyata.Kos nyata termasuklah:

Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi.

Kos bagi menyediakan kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah.

Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.

Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan.

Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan


anggota polis, kakitangan jabatan penjara, makamah, hospital dan sebagainya.
Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar

ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami
oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan
pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah
kaum pelajar yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin.
Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira
65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun. Ini jelas
menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang
menjadi harapan bangsa.
Selain itu guru juga perlu memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan
mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat dan mengeratkan
persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa murid.Malahan dengan
adanya guru mengajar etika Negara dapat bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam
segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.Guru perlu sentiasa berusaha untuk
memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan
ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai
dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang
setia,bertanggungjawab,

menghormati

orang

lebih

tua

dan

perbezaan

kebudayaan,keturunan dan agama. Di samping itu, hormatilah masyarakat tempat kita


berkhidmatdan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Seterusnya, kita juga
perlu menggalakkan kerjasama di antara guru derngan ibubapa dan masyarakat,
sertamengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat .
Sebenarnya,peranan guru dalam membina Negara Bangsa Malaysia bermula semenjak
sebelum Merdeka lagi sehinggalah negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun
1957.Peranan guru dalam membina Negara Bangsa Malaysia tidak terhenti semasa negara
mencapai Kemerdekaan malahan ia berterusan menjadi sangat penting sehingga ke hari ini.
Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana
pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan
yang terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara holistik dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam ertikata yang lain pendidikan yang
disediakan oleh KPM adalah untuk menghasilkan seorang pelajar yang cemerlang dari segi
ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah.Dengan hasrat agar apabila pelajar telah tamat
pendidikannya dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains,
teknologi dan ICT kemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam
pelbagai bahasa dan sifat sahsiah yang positif maka mereka dapat menyumbang kepada
kesejahteraan dan pembangunan dirinya, keluarga dan negara Malaysia. Malaysia terdiri
daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh,
berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, dapat hidup sebagai sebuah
masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur serta berfikiran dan
berbudaya saintifik. Matlamat dan dasar yang hasratkan dalam teras membina Negara
Bangsa adalah untuk memastikan rakyat Malaysia memiliki jati diri yang kukuh, patriotik,
berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat
yang penyayang, demokratik, liberal bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta
bersatu padu.Sehubungan dengan itu,adalah menjadi tanggungjawab guru menyemaikan
pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanakkanak lagi. Pendidikan mesti memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan
semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.
Dalam teras Membina Negara Bangsa Malaysia adalah memperkasakan Bahasa
Kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan intergrasi nasional, dan memupuk
kecintaan kepada seni, warisan dan budaya negara..Selain itu, tanggungjawab pemimpin
institusi pendidikan, pensyarah dan guru adalah untuk menyemai semangat cintakan bahasa
Malaysia kepada generasi muda Malaysiasupaya mereka fasih berbahasa Malaysia,
menghormati dan berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti rakyat Malaysia.
Guru adalah asas membina Negara Bangsa yang memantapkan perpaduan negara dan
integrasi nasional. Antara strategi pelaksanaan yang dicadangkan bagi memantapkan
perpaduan negara dan integrasi nasional adalah meningkatkan tahap kesedaran dan
kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati perlembagaan Malaysia di kalangan
pelajar akan membawakan ke turun temurun masyarakat ini.Selain itu penanaman
semangat patriotik melalui Kelab Rukun Negara dapat dipertingkatkan serta menanamkan
semangat hormat menghormati dan peka terhadap sensitivity masyarakat pelbagai kaum
bagi mengwujudkan masyarakat yang majmuk dan harmoni. Pembinaan watak melalui
kegiatan ko kurikulum juga amat penting dalam mengembangkan lagi bakat dan minat para
pelajar supaya ianya menjadi persiapan kepada pelajar dalam menghadapi realiti hidup dan
cabaran yang mendatang. Disiplin dalam organisasi, adab dalam bersukan dan berseni
menjadi aset yang penting kepada pelajar dalam membentuk jiwa kepimpinan dalam diri
mereka. Hakikatnya, pembabitan pelajar dalam organisasi merupakan suatu jambatan

kepada membina keperibadian, ketrampilan dan ciri kepimpinan yang akan mempengaruhi
hala tuju kehidupan pelajar tersebut pada masa akan datang. - See more at:
http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/peranan-guru-dalam-pembinaannegara.html#sthash.w2m8rC8R.dpuf
Selain itu,ini akan memberi kefahaman tentang pentingnya semangat kejiranan ke
arah perpaduan dan integrasi nasional.Guru akan memastikan semangat perpaduan dan
intergrasi nasional dapat dimantapkan di kalangan pelajar-pelajar dan murid-murid pada
semua peringkat pendidikan. Pihak sekolah dan institusi pendidikan perlu berusaha
membangunkan persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi antara
pelajar-pelajar dan murid-murid daripada kaum, latarbelakang, budaya yang berbeza bagi
mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yang dapat dibanggakan. Pemimpin institusi
pendidikan, pensyarah dan guru juga perlu mengadakan perancangan strategik melalui
aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukansupaya usaha memupuk dan mengekalkan
semangat perpaduan dapat terus ditingkatkan. Pihak sekolah juga perlu secara berterusan
menjadikan perhimpunan mingguan, acara menaikkan bendera dan menyanyikan Lagu
Kebangsaan serta Lagu Patriotik sebagai tempat memupuk semangat patriotisme, dan tidak
dijadikan acara mingguan tanpa menyemai semangat patriotisme dan perpaduan.Guru perlu
terus menjelaskan kepada murid tujuan sebenarnya perhimpunan mingguan dijalankan.
Selain aktiviti kokurikulum, guru-guru seharusnya memberi penekanan kepada nilai-nilai jati
diri, semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara merentasi matapelajaran terutama
mata pelajaran Sejarah supaya semangat ini akan terus ditanam serta dapat mendukung
kepada pencapaian perpaduan negara. Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan yang
diperkenalkan mulai tahun 2003 juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran murid
terhadap kepentingan kehidupan yang harmoni antara kaum.
Dengan

dapat

memahami

prinsip

akauntabiliti

guru

dapat

memahami

tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya


kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan
tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya
dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru
merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion
keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang
tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan
bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap
kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih

bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,


akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan
akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat
di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan
negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang
tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

BIBLIOGRAFI
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 edisi
pelancaran(2006),

Bahagian

Perancangan

dan

Penyelidikan

Dasar

Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia.


Mohd. Fuad Razali (2008) 6 Sikap Penting Pacu Kejayaan PIPP Pendidik Bil 44/Jan
2008. Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor.
Mohamed Idris Shah, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994) Sejarah Pembangunan
Bangsa dan Negara Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Vous aimerez peut-être aussi