Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
Pemasaran
‘‘Kebanyakan produk usahawan bumiputera ini mempunyai kualiti yang bagus, namun aspek
pembungkusannya masih belum mencapai piawaian yang dikehendaki.” – itulah antara komen mengenai
aspek pembungkusan produk oleh En. Mohamad Nordin, Ketua Unit IKS FAMA, (sebagaimana
dilaporkan) semasa berlangsung Ekspo Industri Asas Tani di Ipoh pada bulan Disember 2007 yang lepas.
Dalam pemasaran, aspek pembungkusan produk merupakan salah satu perkara penting yang perlu
diberi perhatian. Malah aspek Pembungkusan (Packaging) ini dianggap sebagai P yang ke-5
dalam Marketing Mix selepas 4P (Product, Price, Place & Promotion) yang lazim dipraktik sebagai
strategi pemasaran.
Jika diperhatikan definasi ringkas pemasaran itu sendiri, iaitu ‘SENI MENJUAL PRODUK’, kita
boleh apply maksud yang tersirat daripada definasi tersebut ke dalam aspek pembungkusan. Di sini,
ianya memerlukan inisiatif usahawan untuk melaksanakan inovasi tertentu bagi mencapai tahap
kesempurnaan produk yang hendak dijual. Sekali pun produk mempunyai kualiti yang baik, namun
sekiranya aspek pembungkusannya tidak setanding, produk mungkin sukar bersaing, apa lagi di
peringkat internasional yang lebih luas persaingannya.
Dalam menentukan kaedah pembungkusan sesuatu produk, aspek yang paling penting biasanya ialah ia
berfungsi sebagai container yang akan memuat dan melindungi produk supaya selamat dan tidak rosak.
Namun, pada masa yang sama, kaedah pembungkusan perlu juga mengambilkira beberapa aspek lain
serta berperanan antaranya seperti:
Mempromosi produk melalui visual (reka-bentuk, warna, lukisan, grafik dsb.) yang dapat
memberikan impression yang baik kepada pengguna.
Memberi maklumat tentang produk (bahan, berat / bilangan kandungan, cara guna, logo halal, dsb.)
Mudah untuk dibawa, transportasi dan penyimpanan (eg. bahan, saiz & bentuk)