Vous êtes sur la page 1sur 31

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : SEPTEMBER 2014

HBMT 3203_v2 :
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN IV

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )


DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG MATEMATIK

MATRICULATION NO

700806035112001

IDENTITY CARD NO.

700806035112

TELEPHONE NO.

0198999449

E-MAIL

eyda_ismail@ymail.com

LEARNING CENTRE

OUM, TAWAU

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

M/S

1.0

PENGENALAN

2.0

INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

3.0

JEREBU

3.1

9
9
9
10
11
12
12
13
15
16
16
17
17
18
18
19
20
20

3.2
3.3

3.4

4.0

Punca Jerebu
3.1.1 Sumber Dalaman
3.1.1.1 Pembakaran Bahan Api
3.1.1.2 Proses Perbandaran
3.1.1.3 Cuaca Kering dan Berdebu
3.1.2 Sumber Luaran
3.1.2.1Pembakaran Terbuka Negara Jiran
3.1.2.2Letusan Gunung Berapi
Indeks Pencemaran Udara Terkini
Mengatasi dan Menangani Masalah Jerebu
3.3.1 Melalui Pendidikan
3.3.2 Larangan Pembakaran Terbuka
3.3.3 Pembenihan Awan
3.3.4 Kempen Hijau
3.3.5 Penggunaan CFC
3.3.6 Perundangan dan Dasar Kerajaan
3.3.7 Tanggung Jawab Orang Ramai
Kesan Jerebu Terhadap Golongan Kanak-kanak dan
Golongan Berisiko

PENUTUP
BIBLIOGRAFI

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

23
24

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1.0

PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya


kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini
dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi
guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah
dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara
keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.

Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat,
kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999
merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan ruang seluas-luasnya kepada
teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharap dapat merapatkan jurang
digital di antara golongan berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan
golongan kurang berada. Kemudahan ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar
meneroka, menguasai dan memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan
secara lebih berkesan dan bermakna dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan
realiti sebenar. Ini akhirnya akan dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana yang
berdaya saing untuk merealisasikan wawasan negara 2020, seterusnya membentuk tamadun
yang lebih maju.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan bahawa
Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial,
rohaniah, psikologi dan budaya. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, Malaysia perlu
mencapai sembilan cabaran utama dalam Wawasan 2020. Salah satu matlamat teknologi
maklumat di Malaysia adalah untuk menjadi negara membangun pada tahun 2020. Cabaran
keenam daripada sembilan strategi mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa
Malaysia mesti mewujudkan

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja
menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan
teknologi pada masa depan...
(Mahathir Mohamad, 1998)

Kepeasatan dunia teknologi maklumat di alaf baru ini sesuatu yang sungguh merencam
sehingga mencabar mentaliliti dan kemahiran guru-guru dimana-mana sahaja. Murid-murid
pada ketika ini, ramai yang tahu dan mahir menggunakan peralat teknogi maklumat terkini
seperti telefon pintar, komputer riba, i-pad dan teknologi internet. Kemahiran menggunakan
teknologi maklumat terkini boeh diketahui hanya melalui bahsa pertuturan mereka seharian
seperti upload, whashapp, telegram, instagram dan bermacam lagi sehinggakan kemahiran
mereka ini mengatasi kemahiran guru-guru itu sendiri. Cabaran-cabaran ini turut dirasai oleh
guru-guru matematik dan mencabar minda untuk menghasilkan satu rekabentuk pembelajran
matematik yang terbaru bagi mengatasi sikap bosan dan persepsi negatif murid terhadap
kemampuan kemahiran teknologi maklumat guru.

Oleh itu, sebagai guru matematik seharusnya melengkapkan diri dan meningkatkan
pengetahuan tentang teknologi terkini agar seiring dengan kehendak dunia masa kini dan
mampu memudahcarakan proses pengajaran dan pembelajaran. Datuk Dr. Ahamad sipon
berkata, kesan globalisasi dan liberasasi menuntut kepada cabaran untuk membangunkan
pekerja berilmu atau k-worker yang celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT). Dalam masyarakat alaf baru ini yang berorientasi kepada teknologi
komunikasi dan maklumat, teknologi memainkan satu peranan yang besar dalam pendidikan
matematik dan ini telah membawa satu perubahan yang ketara dalam corak pengajaran
pembelajaran matematik tradisional.

Dalam alaf baru ini, guru-guru tidak lagi boleh menerangkan sesuatu pelajaran hanya
berbekalkan alat bantu mengajar berbentuk gambar dan bahan 2D kerana murid-murid hari
ini boleh mendapatkan maklumat sepantas ferrari yang menyusuri jalan raya. Maka guru juga
seharusnya lebih cekap dan mengajar menggunakan strategi yang sesuai dengan zamannya.
Saidina Omar Al-Khattab r.a pernah berkata, Didiklah anak kamu mengikut zamannya.
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Jangan kamu didik mereka mengikut zaman kamu. Kata-kata ini memang berhubungkait
dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik. Sehubungan itu, seorang guru
matematik perlu saling melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran semasa
supaya pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan lebih efisen dan menarik .Guru yang
aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa mengambil cabaran ini sebagai satu perkara yang
positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi mengatasinya.

2.0

PENGUNAAN

TEKNOLOGI

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN MENURUT ARTIKEL

Dalam dunia semakin pesat membangun, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi
turut bergerak melewati perubahan-perubahan lain kerana teknologi baru diperkenalkan
setiap satu saat masa meninggalkan kita. Perubahan ini pula mancabar minda dan ilmu yang
ada pada seseorang guru matematik terutama cara penyampaian sukatan kepada murid-murid
di sekolah. Melalui enam artikel yang diperoleh dari internet perbincangan terhadap
penggunaan teknologi dalam pembelajaran matematik cukup hebat diperkatakan.

Dalam artikel 1, penulis mengutarakan betapa penggunaan teknologi dalam pembelajaran


merupakan sesuatu yang perlu dilakukan bagi memastikan generasi baru belajar
menggunakan medium pembelajaran yang seiring dengan zamannya.

CABARAN-CABARAN GURU MATEMATIK MASA KINI

Kepesatan pembangunan dunia teknologi maklumat seperti yang diterangkan di atas bukan
sahaja melibatkan kemajuan dunia komputer dan internet semata-mata. Ia juga turut
membangunkan alat telekomunikasi seperti telefon pintar, tablet, telefon 3G, i-pad dan juga iphone. Selain iru, perkembangan bahan bantu belajar berbentuk sofware juga turut
mengalami perubahan yang mendadak. Kalau ketika dahulu kebergantungan perisian
pembelajaran hanya kepada perisian yang dibekalkan oleh Kementeria Pelajaran dan yang
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

ada di pasaran dalam bentuk cakera keras namun kini lambakan perisian pembelajaran di
alam maya begitu ketara sekali. Sungguhpun terdapat perisian yang berbayar namun banyak
juga perisian yang percuma terutamanya perisian-perisian yang ditawarkan melalui aplikasi
Android dan i-phone. Keadaan ini membolehkan kanak-kanak memperoleh pengalaman
pembelajaran yang menarik dan mencabar. Keadaan ini sudah tentunya menjadi cabaran yang
besar kepada guru-guru di Malaysia untuk menyampaikan isi pembelajaran di dalam kelas.

Bagi guru-guru Matematik cabaran berbentuk maklumat bukanlah cabaran yang utama
kerana ilmu matematik sesuatu yang tetap dan mempunyai kaedah-kaedah atau formula
penyelesaianya. Sungguhpen begitu, cabaran yang besar adalah berkaitan dengan kemahiran
atau kebolehan guru menggunakan segala bentuk teknologi itu sendiri. Hal ini disebabkan,
persepsi murid terhadap guru juga berkaitan tentang kemahiran guru. Guru yang mampu
menggunakan teknologi terkini akan dipandang positif oleh mereka tetapi sebaliknya guru
yang lemah kemahirannya akan dipandang rendah oleh mereka.

Cabaran yang seterusnya adalah kebolehan guru mengaplikasi kemahiran yang ada untuk
mereka bentuk bahan sokongan pembelajaran. Murid-murid yang biasa menggunakan
teknologi terkini untuk pembelajaran di rumah mempunyai kecenderungan pembelajaran
yang menarik, mencabar dan menghiburkan. Oleh itu, penggunaan bahan bantu cetak tidak
lagi relevan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Perasaan bosan dan jemu akan timbul di
benak mereka. Oleh sebab itu, guru hari ini perlu mempunyai kemahiran untuk
membangunkan perisian pembelajaran dan memilih perisian kursus yang menepati kehendak
sukatan pelajaran.

Kepesatan pembangunan teknologi maklumat hari ini juga telah mengubah mentaliti
masyarakat. Dunia hari ini, mengutamakan masa sebagai sesuatu yang berharga kerana setiap
saat pasti ada teknologi baru dihasilkan. Sesuatu perkara juga mesti dilakukan dengan cepat
dan pantas untuk mengurangkan kos pada setiap saat berlaku. Lagu Negaraku turut diubah
kepada irama baru yang lebih laju melambangkan signifikannya masa dalam kehidupan
seharian. Hal ini juga turut mempengaruhi mentaaliti dalam kalangan murid-murid.

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Murid-murid zaman ini berminat untuk meneyelesaikan sesuatu persoalan semasa mereka
belajar. Namun begitu, mereka juga berminat untuk mengetahui jawapan dengan segera.
Sebenarnya sikap begini adalah lumrah bagi kanak-kanak yang menuju ke alam dewasa.
Pengeluar permainan berasaskan penerokaan menyedari perkara ini dan menjadikan sifat
ingin tahu sebagai tapak asas untuk menghasilkan aplikasi permainan yang baru. Oleh sebab
itu, guru-guru masa kini perlu mempunnyai kemahiran membangunkan aplikasi pembelajaran
dan pengujian dalam bentuk yang merangsang minda mencari jawapan. Perisian sebegini
bukan sahaja mengembangkan potensi kognitif tetapi juga emosi dan pengetahuan.

Penyampaian bahan bantu mengajar memerlukan sokongan dari komponen-komponen


peralatan teknologi maklumat yang lain seperti skrin, LCD dan alat pembesar suara. Keadaan
disebabkan kurangnya peralatan komputer di sekolah. Oleh sebab itu, guru guru juga perlu
mahair menggunakan komponen sokongan ini agar proses pengajaran gan pembelajaran yang
dijalankan tidak terganggu akibat kelemahan menggunakan peralatan sokongan.

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LAMPIRAN 1
ARTIKEL 1 DARI :
http://akudanrindu.blogspot.com/2009/01/cabaran-cabaran-yang-dihadapi-dalam.html

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI DALAM PROFESSION PERGURUAN:


DARI PERSPEKTIF SEORANG GURU MATEMATIK

Profession perguruan sering dikatakan sebagai profession yang mudah, tidak memeningkan
kepala dan menjanjikan gaji yang tinggi. Disebabkan itu, ramai rakyat Malaysia kini
meletakkan pekerjaan ini sebagai pilihan backup jika mereka tidak mendapat pekerjaan
yang diingini. Bagi sesiapa yang beranggap begini , sebenarnya mereka telah membuat
kesilapan yang besar dengan mengambil keputusan ini. Profession perguruan merupakan
profession yang sangat memcabar dan memerlukan persedian yang cukup daripada segala
segi seperti jasmani,emosi,rohani dan intelek. Tanpa keperluan-keperluan ini tidak mungkin
seorang guru mampu mengajar dengan baik dan berkemungkinan besar gejala seperti guru
stress dan sebagainya akan berlaku. Mari kita memikirkan sejenak apa yang dipaparkan di
dada akhbar mengenai guru bermasalah, guru mengalami tekanan emosi dan sebagainya.
Mengapakah perkara-perkara begini berlaku ? Perkara-perkara ini berlaku berkemungkinan
disebabkan pengawalan emosi yang tidak baik dan tidak mampu dan belum bersedia
menghadapi cabaran-cabaran yang diterima.Setiap profession mempunyai cabarannya yang
tersendiri tidak kira profession kedoktoran , perguruan,kejuruteraan dan sebagainya dan
cabaran-cabaran ini mungkin terdapat perbezaannya pada jenis dan keadaanya.Profession
perguruan menjurus kepada cabaran-cabaran yang di hadapi di dalam kawasan sekolah secara
amnya dan cabaran di dalam pengajarannya secara khususnya.Ketua Pengarah Pelajaran,
Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon berkata, dalam abad ke-21 ini, bidang pendidikan menghadapi
pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberasasi. Setiap pendidik di mana-mana
institusi pendidikan pasti dan akan menhadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Pendidik
atau guru diibarat ibu bapa kedua di sekolah dan secara tidak langsung bebanan
tanggungjawab menjaga pelajar ini sudah menjadi kewajiban mereka. Begitu juga apabila di
dalam kelas, kebanyakkan ibu bapa meletakkan segala kepercayaan dan tanggungjawab
kepada para guru untuk mengajar anak-anak mereka supaya cemerlang dalam bidang
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

akademik. Tetapi alangkah malang dan sedihnya nasib seorang guru apabila seorang anak
muridnya gagal di dalam peperiksaan dan turut dimarahi oleh ibu bapa pelajar yang tidak
memahami.Kenyataan di atas boleh dikatakan hanya cabaran-cabaran yang dilihat dari kanca
mata kita kini atau general tetapi sebenarnya masih terdapat cabaran cabaran yang lebih
khusus yang dihadapi oleh seorang yang bernama guru sebagai contoh cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh seorang guru dalam subjek matematik. Dalam penulisan ini , pengkhususan
akan di berikan kepada cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh para guru matematik di
sekolah dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengatasinya.

Sebagai seorang guru matematik, cabaran utama pada masa kini adalah kecanggihan
teknologi yang semakin pantas saban hari. Dunia kini ,kita boleh menyaksikan bahawa
teknologi sentiasa di kemaskinikan atau updatedan boleh dikatakan penghasilan perisian
atau teknologi baru berlaku setiap 24 jam. Oleh itu, sebagai guru matematik seharusnya
melengkapkan diri dan meningkatkan pengetahuan tentang teknologi agar seiring dengan
dunia kini dan mampu memudahcarakan proses pengajaran dan pembelajaran.Datuk Dr.
Ahamad sipon berkata, kesan globalisasi dan liberasasi menuntut kepada cabaran untuk
membangunkan pekerja berilmu atau k-worker yang celik dan mahir dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dalam masyarakt alaf baru ini yang berorientasi
kepada teknologi komunikasi dan maklumat, teknologi memainkan satu peranan yang besar
dalam pendidikan matematik dan ini telah membawa satu perubahan yang ketara dalam corak
pengajaran pembelajaran matematik tradisional. Dunia semakin canggih walhal boleh kita
boleh mengatakan pelajar-pelajar juga semakin pintar dalam penggunaan teknologi. Maka
guru juga seharusnya lebih cekap dan mengajar menggunakan strategi yang sesuai dengan
zamannya. Saidina Omar Al-Khattab r.a pernah berkata, Didiklah anak kamu mengikut
zamannya. Jangan kamu didik mereka mengikut zaman kamu. Kata-kata ini memang
berhubungkait dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik. Sehubungan ini
peranan seorang guru matematik adalah amat penting dan dia perlu saling melengkapkan diri
dengan pengetahuan dan kemahiran sezaman supaya pengajaran dan pembelajarannya
dengan menggunakan teknologi sentiasa berkesan.Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan
sentiasa mengambil cabaran ini sebagai satu perkara yang positif dan berusaha mencari
alternatif yang terbaik bagi mengatasinya.Bila difikikan secara positif ,pengaplikasian
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

teknologi dalm pengajaran matematik mampu menghasil generasi berteknologi yang mampu
mengharungi era globalisasi dan mampu merealisasikan impian negara agar Malaysia
menjadi negara maju 2020.

Cabaran kedua sebagai seorang guru matematik adalah persepsi pelajar-pelajar tentang subjek
matematik itu sendiri. Subjek matematik dia ajar dan di masukkan di dalam kurikulum sejak
kita dari bangku sekolah tadika lagi. Kepentingannya sudah terang begitu meluas digunakan
dalam kehidupan seharian kita tetapi yang menghairankan kini mengapa subjek ini tidak
digemari ramai pelajar dan ada mengatakan subjek ini adalah sebagai subjek killer yang
hanya mencacatkan keputusan mereka sahaja. Apabila kita membuat kaji selidik terhadap
mata pelajaran matematik sudah pasti kita akan mendapati lebih separuh daripada pelajar
akan mengatakan pelajaran matematik itu satu subjek yang membosankan, sukar untuk
mencari jawapan, melihat angka-angka sahaja sudah memualkan pelajar. Pelbagai jawapan
akan diberi oleh pelajar yang rata- ratanya bersifat negatif .Di manakah salah silapnya pelajar
kita. Kenapakah mereka berkelakuan sedemikian? Kenapa pelajar fobia kepada matamatik?.
Cabaran seperti ini sudah berlaku sejak dari zaman era pra-kemerdekaan lagi, dan sebagai
guru pada zaman globalisasi ini seharusnya kita berusaha menghapuskan persepsi negatif
pelajar kita ini dengan sentiasa berfikir secara kreatif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran yang baik , penggunaan alat bantu
mengajar yang bersesuaian, suasana kelas konduksif, budaya sekolah yang positif dan
ketrampilan guru itu sendiri mampu menarik dan memupuk minat pelajar terhadap subjek
kritikal ini.

Cabaran yang seterusnya adalah kesinambungan cabarab sebelum ini iaitu cabaran
komunikasi. Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris
(PPSMI) pada tahun 2003 telah banyak memberi impak negatif mahu pun positif dalam
kurikulum sekolah . Bila difikirkan impak secara negatifnya, pelaksanaan PPSMI ini telah
semakin menambahkan jurang antara pelajar bandar dan pedalaman .Penggunaan bahasa
ibunda kita sendiri ramai pelajar kita tidak berminat dan gagal dalam subjek ini walhal
apabila digunakan dalam bahasa asing ini.Perkataan Yes dan No sahaja yang sering kali
didengari apabila guru menyoal dan menanyakan soalan kepada pelajar terutamanya bagi
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

pelajar pelajar pedalaman.Merisaukan lagi keadaan ini, dikhuatiri keadaan seperti pada
zaman 60-an akan berulang kembali apabila hanya segelintir sahaja anak melayu terutamanya
yang mengambil jurusan kritikal seperti kedoktoran dan kejuruteraan di univeriti-universiti
disebabkan keciciran dalam subjek ini sejak dibangku sekolah lagi. Seterusnya, kita fokus
pula pada cabaran yang dihadapi oleh para guru atas pelaksanaan PPSMI.Secara jelasnya,
pelaksanaan PPSMI ini memberi kesan kepada kedua-dua belah pihak samada pelajar
ataupun guru itu sendiri. Diakui terdapat guru-guru matematik dan sains kini yang lemah
penggunaan bahasa Inggerisnya. Inilah cabaran kepada mereka berhadapan dengan
perubahan kurikulum yang baru, mahu tidak mereka tetap perlu memikulnya segagah yang
mungkin. Cabaran ini harus diambil secara profesional oleh guru-guru dan menganggapkan
bahawa cabaran ini akan memberi keuntungan kepada mereka kelak.

Kesimpulannya, pendidikan adalah proses tranmisi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang berlaku secara evolusi sepanjang hayat.Ilmu pengetahuan dan kejayaan tidak selalu
mudah dicapai dalam tempoh yang singkat dan pelbagai cabaran harus dilalui untuk
menagapainya dengan memerlukan cita-cita, strategi jangka panjang dan displin yang tinggi.
Dan begitu juga dalam menangani transformasi dan cabaran-cabaran pendidikan pada masa
kini kepada amalan yang dihasratkan oleh kerajaan, kita perlu mengambil kira bahawa
perubahan yang dibuat memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi . Lazimnya
sesuatu perubahan itu akan mengambil masa untuk diasimilasikan dan diakomodasikan
menjadi amalan biasa maka guru sebagai pelaksana utama perlu diberi latihan yang kukuh
mengenai strategi pengajaran yang berkesan, menarik dan memotivasikan minat
pembelajaran murid agar hasrat kerajaan dan falsafah pendidikan negara akan terlaksana.

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

10

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LAMPIRAN 2
ARTIKEL 2 DARI:
http://rozanatekno.blogspot.com/2011/03/isu-dan-cabaran-terhadap-guruberkaitan.html

ISU DAN CABARAN TERHADAP GURU BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI


INSTRUKSIONAL

Menurut Seels & Richey, (1994,), teknologi instruksional bermaksud, perihal berkaitan teori,
amalan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses
dan sumber pembelajaran.

Di sini dapat disimpulkan bahawa teknologi instruksional

berkaitan dengan proses dalam amalan reka bentuk pengajaran yang bersistematik. Ini
bertujuan membolehkan murid-murid menjadi faham apa yang mereka belajar. Persoalannya,
mampukah atau bersediakah teknologi diintegrasikan ke dalam teknologi instruksional?
Bagaimanakah penerimaan guru, murid, pihak pengurusan sekolah atau ibu bapa ? Adakah
mereka sanggup menyediakan minda dan diri mereka untuk berubah.

Kajian telah dijalankan oleh Khairuddin Bin Nisa mengenai beberapa isu yang berkait dengan
teknologi instruksional terhadap guru. Isu pertama bahan pengajaran menggunakan teknologi
instruksional dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Hasil mendapati dengan menggunakan
bahan instruksional lebih berkesan iaitu sebanyak 3.73% berbanding 2.33 % bagi yang
menggunakan buku teks sahaja semasa pengajaran. Isu kedua tahap pengetahuan guru dapat
meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. Hasil mendapati kekuatan penggunaan
GIS (sistem maklumat geografi) dipengaruhi oleh pengetahuan komputer yang tinggi dalam
kalangan guru. Isu ketiga sikap positif guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi
instruksional. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan kuat antara

sikap dan

penggunaan komputer dalam pembelajaran seseorang guru.

Namun terdapat pelbagai cabaran dalam melaksanakan kesemua ini antaranya, bagaimana
menggalakkan guru menggunakan bahan pengajaran berasaskan teknologi instruksional?
Bagaimana untuk meningkatkan tahap pengetahuan guru berkenaan teknologi ini? dan
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

11

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

bagaimana untuk meningkatkan sikap positif dalam kalangan guru bagi menggunakan
teknologi instruksional?. Bagi menyelesaikan masalah ini antara cadangan yang diutarakan
adalah bahan terbaik di peringkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan disebarkan
diseluruh negara, mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang
berkaitan teknologi instruksional, mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua atau
tiga kertas berkaitan komputer sebagai subjek teras dan mewujudkan sikap positif jangka
panjang guru terhadap teknologi instruksional melalui motivasi intrinsik.

Secara kesimpulannya, pada masa hadapan apabila melalui teknologi virtual dan 3D semakin
berkembang iaitu melibatkan deria penglihatan, bau, rasa serta sentuhan akan menyebabkan
revolusi dalam pendidikan. Pada era tersebut, sudah tentu penggunaan buku teks menjadi
tidak lagi relevan dan pastinya semua guru di Malaysia harus bersedia ke arah itu?

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

12

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LAMPIRAN 3

ARTIKEL3 DARI:
http://www.abhamz.com/2010/10/cabaran-guru-masa-kini.html

CABARAN GURU MASA KINI

Komponen utama pendidikan adalah guru itu sendiri, di mana kejayaan dan keberkesanan
pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru
sebagai pendidik. Di dalam proses ini guru juga perlulah mempunyai kelengkapan keilmuan
di sertai keluhuran budi serta peribadi. Begitulah idealnya guru sebagai pendidik yang
berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.

Namun kini masa telah berubah dengan pantas dan begitulah juga dengan institusi perguruan
di mana beban kerja guru semakin bertambah yang memerlukan tahap kesabaran serta
ketanggungjawaban yang amat hebat. Jika dahulu insan bergelar guru menjadi sanjungan
sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Tetapi
malangnya hari ini guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf
hidup yang agak baik. Kadangkala ada guru yang disaman di atas perbuatan guru itu yang
tidaklah berat mana berbanding segala pengorbanan yang telah dicurahkan. Rasa hormat
murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran
dan menuding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka
sendiri dalam mendidik anak-anak.

Ketidakfahaman guru tentang peranan guru menyebabkan mereka menganggap guru


hanyalah mengajar mata pelajaran tertentu dan anak mereka perlu lulus mata pelajaran
tersebut tetapi guru juga berperanan mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni,
selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Malangnya hari ini, ibu bapa lebih
mementingkan kecemerlangan dari akademik semata-mata dan menganggap pembentukkan
sahsiah terpuji tidak penting dan inilah sebabnya anak-anak mereka tidak boleh ditegur,
walaupun melakukan kesalahan.
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

13

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Semasa proses mendisiplin pelajar guru menghadapi delima bila ada ibu bapa tidak dapat
menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan yang
dilakukan. Dalam hal ini sepatutnya mereka terlebih dahulu berbincang dengan guru bukan
semata-mata mendengar daripada anak-anak mereka sahaja di mana sehingga sanggup
menyerang pihak sekolah dan membuat pendedahan kepada pihak media.

Jika dahulu gurulah yang berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar di
mana hanya guru sahaja yang bercakap dan menyoal. Namun dalam era baru ini, guru
berperanan sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru
perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara
cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Cara
mengajar juga telah berubah di mana dahulu ilmu disampaikan secara lisan dan bertulis.
Namun kini teknologi komputer telah memberikan sesi pembelajaran berjalan secara
interaktif dan lebih menarik lagi.

Guru juga berperanan dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu
sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya
keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor
bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga
adalah model manusia berkelakuan baik. guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan
sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan.

Itulah serba sedikit yang dapat dipaparkan tentang cabaran guru masa kini di mana saya lihat
kerjaya guru ini telah dianggap kurang menarik berbanding kerjaya-kerjaya lain yang
dianggap lebih kompetatif dan glamour. Cabaran yang guru kini turut melibatkan penampilan
guru itu sendiri. Satu bengkel telah diadakan seperti mana berita yang disiarkan dalam Berita
Harian Online.

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

14

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LAMPIRAN 4

ARTIKEL 4 DARI :
https://www.scribd.com/doc/24190595/PENGGUNAAN-ALAT-TEKNOLOGIPENDIDIKAN-DALAM-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-MATEMATIK

PENGGUNAAN ALAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN MATEMATIK

Wan Hamzari Bin Wan Hamid


Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia

Artikel ini merupakan satu kajian yang telah dilakukan oleh Bhasah Abu Bakar, Abd.
Rahman Daud & Fairuz Abdul Haleem Shah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung
Malim, Perak (UPSI). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti takat
penggunaan Alat Teknologi Pendidikan Matematik (ATPM) di sekolah-sekolah. Kajian ini
meliputi sekolah yang pelbagai aliran seperti Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah
Kebangsaan (SRK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT) dan Sekolah Menengah (SM).

Kajian ini dilakukan berdasarkan daripada beberapa masalah yang telah digariskan iaitu
kekurangan kemudahan IT yang disediakan di sekolah, sikap guru terhadap penggunaan
ATPM, kursus atau latihan guru terhadap penggunaan ATPM dan pengurusan sekolah ke atas
pengurusan bilik sumber. Menurut Muhammad Khairuddin Lim, Ibrahim bin Tamby Chek
(2006), mendapati bahawa guru yang mampu mengawal bilik darjah dengan cara yang
tersendiri mampu mempengaruhi penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran yang di ajar.
Kekangan-kekangan ini mungkin mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di dalam

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

15

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

kelas.

Pembelajaran

yang

berkesan

juga

dianggap

sebagai

pembelajaran

yang

menyeronokkan (Dick & Reiser, 1989).

Kemahiran guru dalam menggunakan ATP juga memainkan peranan yang penting dalam
pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak akan berkesan jika kemahiran ini tiada seperti yang
didapati oleh Blondin (1966) bahawa salah satu faktor penghalang penggunaan ATP ialah
kekurangan kemahiran di kalangan guru-guru. Pentadbiran sekolah juga merupakan halangan
terhadap penggunaan ATP di sekolah.

Terdapat beberapa persoalan tentang penggunaan ATPM di sekolah antaranya termasuklah


menentukan tahap penggunaan ATPM berdasarkan aliran sekolah, mengenalpasti
penggunaan ATPM dalam kalangan guru wanita dan lelaki, menentukan takat kecukupan
ATPM di pusat sumber, menentukan takat penggunaan ATPM oleh guru-guru matematik,
mengkaji penggunaan ATPM oleh guru-guru berdasarkan peringkat umur, dan menentukan
sumber guru mendapatkan kemahiran menggunakan ATPM.

Antara faktor yang telah dikenal pasti dalam kajian literatur sebagai faktor yang memainkan
peranan dalam penggunaan ATPM di sekolah iaitu sikap guru terhadap penggunaan ATPM,
kemahiran guru terhadap penggunaan ATPM, kursus dan latihan guru ke atas penggunaan
ATPM, dan pengurusan sekolah terhadap penggunaan ATPM.

Kajian ini dijalankan secara tinjauan menggunakan kaedah pensampelan tinjauan dan
menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang dipungut telah
dianalisis menggunakan pakej SPSS Windows Versi 11. Statistik deskriptif dan inferential
telah digunakan untuk menganalisis semua data kajian termasuklah kekerapan, peratusan,
min, sisihan piawai, chi-ganda dua, anova dan ujian-t. Dalam artikel ini, ia menggunakan
sebanyak 314 buah sekolah yang terdiri daripada guru-guru dari sekolah rendah dan
menengah sebagai sampel kajian.

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dilakukan, didapati bahawa peralatan moden seperti
televisyen, video dan komputer kurang digunakan berbanding kaedah konvensional iaitu
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

16

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

menggunakan Carta Matematik, Model, poster matematik dan peralatan matematik. Dalam
kaedah pengajaran konvensional, pengajar memberi penerangan dan menyebarkan ilmu
berpusat di dalam kelas dan bergantung kepada silibus dan kaedah pengajaran oleh tenaga
pengajar. Setiap tenaga pengajar juga mempunyai pendekatan berbeza mengikut inisiatif
mereka untuk memberi penjelasan terhadap topik atau bab yang diajar. Namun begitu,
terdapat juga pelbagai bahan sumber pendidikan

termasuk kemudahan maklumat dari

sumber elektronik dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Ismail Zain, 2002).

Hampir 50% dari setiap jenis sekolah tidak pernah menggunakan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Ini terbukti bahawa, guru masih lagi ketinggalan
dalam dunia teknologi. Mengikut Mayer (2001, 2003) menyatakan bahawa pembelajaran
multimedia merupakan bahan menggunakan perkataan dan gambar yang direka bentuk bagi
menghasilkan pembelajaran bermakna. Sepatutnya guru mempelbagaikan gaya pengajaran
mereka dengan menggunakan ATPM yang berteknologi dan terkini dan bukan hanya
menggunakan kaedah konvensional. Dalam era globalisasi ini, guru perlu berani
menggunakan ATPM yang berasaskan teknologi. Ini ditegaskan oleh Baharudin (2000),
menyatakan bahawa visual grafik dan animasi dapat mempelbagaikan kaedah dan cara
penyampaian oleh guru atau tenaga pengajar.

Dapatan dalam kajian ini juga menyatakan bahawa umur juga memainkan peranan dalam
penggunaan ATPM bagi pengajaran dan pembelajaran. Didapati guru berumur antara 25 ke
35 tahun lebih aktif menggunakan ATPM berbanding dengan guru yang baru keluar dari
maktab atau universiti. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh semangat serta kudrat
untuk mencurahkan ilmu kepada pelajar yang ada pada diri seseorang guru itu. Guru yang
baru mula mengajar didapati lebih aktif menggunakan ATPM dari guru yang berumur lebih
dari 35 tahun. Ini juga merupakan senario dalam dunia pendidikan di negara kita, di mana
guru yang telah lama mengajar kurang menggunakan Alat Teknologi Pendidikan. Mungkin ia
disebabkan oleh komitmen terhadap perkara lain bertambah serta semangat untuk mengajar
dengan menggunakan Alat Teknologi Pendidikan kian pudar dalam diri mereka. Bukan itu
saja, tahap kecelikan dalam bidang IT juga merupakan faktor yang menghalang penggunaan
Alat Teknologi Pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang telah
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

17

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

lanjut usianya kurang berminat dalam perkara atau alat yang berkaitan dengan teknologi. Di
sini, kita dapat lihat faktor umur memainkan peranan dalam penggunaan ATPM.

Kekurangan alat ATPM di pusat sumber dan latihan kepada guru juga mungkin menjadi salah
satu punca guru-guru kurang menggunakan ATPM moden yang mungkin wujud di pusat
sumber. Mereka kurang mendapat latihan daripada pihak yang berkuasa dan merasa raguragu untuk mempelajari dari rakan sekerja ditakuti akan merosakkan alatan ATPM yang
canggih itu. Keadaan ini mungkin disebabkan sistem pengendalian bilik sumber tidak
membenarkan guru dapat menggunakan bilik sumber dengan bebas. Mereka terikat dengan
beberapa peraturan yang menyekat kebebasan mereka menggunakan bilik sumber yang
sepatutnya dapat membantu guru dalam menyediakan alat bantu mengajar. Menurut Zol
(2001), ketiadaan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) merupakan punca pelajar selalu
menghadapi masalah yang serius untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran.

KESIMPULAN

Melalui kesimpulan dan perbincangan yang telah dilakukan menerusi kajian ini, didapati
bahawa masih mengutamakan penggunaan ATPM konvensional daripada yang moden.
Kajian ini juga mendapati bahawa peratusan guru yang tidak pernah menggunakan komputer
dalam P&P adalah lebih tinggi daripada mereka yang menggunakan komputer dalam era IT
masa kini. Dari sini dapat disimpulkan bahawa guru masih lagi kurang menggunakan ATPM
secara keseluruhan iaitu menggabungkan kaedah konvensional dengan kaedah yang terkini
untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pendekatan pembelajaran
yang berkesan mengikut minat dan keinginan pelajar adalah perlu dibangunkan supaya
pelajar seronok dengan apa yang mereka belajar dan sekali gus akan meningkatkan
pencapaian pelajar (Ee Ah Meng, 1999).

Sebagai kesimpulannya, penggunaan Alat Teknologi Pengajaran memainkan peranan


penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pemilihan Alat Teknologi
Pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan tepat memainkan peranan
yang penting dalam keberkesanan sesuatu pembelajaran. Guru perlu mempunyai pengetahuan
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

18

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

dalam mengenalpasti Alat Teknologi Pengajaran yang perlu digunakan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kemahiran mengendalikan Alat Teknologi
Pengajaran perlu ada pada setiap guru tidak mengira umur, jantina, jenis sekolah yang diajar
dan pengalaman mengajar kerana ia merupakan aspek yang penting untuk meningkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan di negara kita.

RUJUKAN

Baharuddin Aris, Manimegalai Subramaniam & Rio Sumami Shariffudin (2001). Reka
bentuk Perisian Multimedia. Muapakat Jaya Percitakan Sdn. Bhd.
Blondin, M.A. (1966). A Study to Determine Some of the Different To the Use of New
Educational Media among Secondary and Elementary Principal and Teachers. Unpublished
M.A thesis. University ateneo De Manila
Dick ,W. & Reiser, R.A. (1989). Planning Efective Instruction. Prentice-Hall.
Ee Ah Meng (1999). Psikologi Pendidikan I: Psikologi Perkembangan. Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Mayer R.E (2003). The Promise of Multimedia Learning : Using the same instructional
design methods across different media, learning and instruction. UK: Cambridge University
Press.
Muhammad Khairuddin Lim, Ibrahim bin Tamby Chek (2006). Kualiti Pengajaran Guru
Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar di Bilik Darjah. Seminar dalam rangka Konferensi
Internasional UPI UPSI. Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Zol Bahri Razali (2001). Pembelajaran Berbantu Multimedia: Implikasi Pembelajaran Subjek
Kejuruteraan Mekanikal. KUKUM.

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

19

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LAMPIRAN 5
ARTIKEL 5 DARI :
http://www.geocities.ws/pluto_stewart/ARTIKEL_ILMIAL_3.htm

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MATEMATIK

PENGENALAN
Teknologi elektronik seperti kalkulator dan komputer merupakan alat yang penting dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik .Teknologi elektronik ini termasuklah kalkulator
grafik dan program komputer seperti (The Geometer's Sketchpad ) GSP , MS-EXCEL , The
World Wide Web (WWW ) dan program-program yang lain . Teknologi elektronik ini boleh
mengambarkan ide matematik ini secara visual , menganalisis data dan mengira dengan
cekap dan tepat . Ia akan membantu murid-murid dalam membuat penyiasatan matematik
dalam geometri , statistik , algebra , pengukuran dan nombor . Ia akan menolong dan
memfokuskan murid-murid dalam membuat keputusan , membuat refleksi , penaakulan dan
penyelesaian masalah matematik .
Murid-murid akan dapat mempelajari matematik secara lebih mendalam melalui
penggunaan teknologi elektronik yang sesuai . Teknologi elektronik ini tidak sepatutnya
digunakan sebagai ganti untuk asas pemahaman matematik dan membuat intuisi . Sebaliknya
ia boleh membantu dalam asas pemahaman dan membuat intuisi .
Kewujudan teknologi ini menyebabkan kita perlu untuk memikirkan semula ide-ide
matematik yang patut dipelajari dan bagaimana murid-murid dapat mempelajari ide-ide
matematik dengan cara yang terbaik melalui penggunaan teknologi ini .

TEKNOLOGI MEMPERKAYAKAN PEMBELAJARAN MATEMATIK


Teknologi boleh membantu murid-murid dalam mempelajari matematik .Contohnya
kalkulator dan komputer boleh mengkaji dan mempersembahkan pelbagai bentuk contohcontoh penyelesaian masalah jika dibandingkan dengan kemampuan asas tangan kita , jadi
murid-murid akan dapat membuat dan mengkaji konjektur yang dibuat dengan lebih mudah .
Teknologi grafik secara visual akan membantu murid-murid dalam pembelajaran grafik .
Kuasa pengiraan teknologi ini akan membantu dalam penyelesaian masalah yang sebelum ini
mungkin tidak dapat diselesaikan . Di samping itu , teknologi ini dapat melakukan proses
pengiraan dengan cepat dan tepat . Seterusnya membebaskan murid-murid ini daripada
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

20

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

menghabiskan masa dalam proses pengiraan lalu membolehkan murid-murid ini mempelajari
konsep matematik secara menyeluruh dengan lebih baik lagi merangkumi proses membuat
model masalah kehidupan , proses pengiraan dan proses interprestasi penyelesaian masalah
kehidupan .
Teknologi ini akan memudahkan pemahaman ide-ide matematik yang abstrak . Ia
membantu dalam penyiasatan masalah matematik dan menunjukkan maklum balas perubahan
bentuk objek atau ukuran secara spontan . Contohnya , pemindahan satu titik pada objek akan
mengubah bentuk objek tersebut dalam GSP , perubahan nilai data akan mengubah nilai data
berkaitan seterusnya secara spontan dalam MS-EXCEL . Teknologi ini mengalakkan
perbincangan antara murid dengan murid dan murid dengan guru mereka tentang perubahan perubahan yang berlaku pada objek atau data di atas skrin .
Teknologi ini membolehkan guru menyesuaikan pengajaran dengan keperluan muridmurid . Murid-murid yang mempunyai tumpuan perhatian yang rendah mungkin akan lebih
berminat dengan tugasan menggunakan komputer , murid-murid yang kurang kemahiran
berinteraksi mungkin lebih selesa mempelajari matematik melalui penggunaan komputer .

TEKNOLOGI
EFEKTIF

MEMBANTU

DALAM

PENGAJARAN

MATEMATIK

YANG

Keberkesanan penggunaaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik


bergantung kepada penggunanya iaitu guru . Guru sepatutnya mengggunakan teknologi ini
untuk memudahkan pembelajaran murid-murid dengan pemilihan teknologi yang bersesuaian
dengan tugasan matematik . Contohnya , guru boleh menggunakan teknologi dalam membuat
simulasi untuk pemahaman masalah matematik atau guru boleh menggunakan maklumat
internet dan WWW dalam menyediakan tugasan murid .
Teknologi tidak dapat mengantikan guru matematik . Pandangan yang mengatakan
bahawa murid-murid dapat mempelajari matematik melalui penggunaan teknologi tanpa
bantuan guru adalah adalah salah . Guru memainkan peranan yang penting dalam
menentukan pembelajaran yang berkesan melalui pengunaan teknologi. Guru mesti
menentukan bila dan bagaimana teknologi itu harus digunakan pada permulaan pengajaran di
bilik darjah . Semasa murid-murid menggunakan kalkulator dan komputer dalam bilik
darjah , guru berpeluang dan perlu memerhatikan permikiran murid-murid dalam
penyelesaian masalah matematik . Secara tidak langsung , teknologi membantu guru dalam
penilaian dan pemahaman proses penyelesaian masalah murid-murid .

TEKNOLOGI MEMPENGARUHI KURIKULUM MATEMATIK


Teknologi bukan sahaja mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran matematik tetapi
mempengaruhi dan mungkin menentukan apa yang perlu diajar dan bila perlu diajar . MuridZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

21

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

murid tadika dapat menyelesaikan masalah nilai nombor yang sangat besar dan menyiasat
ciri-ciri bentuk geometri melalui teknologi geometri . Murid-murid sekolah rendah dapat
mengendalikan set data-data yang besar . Murid-murid sekolah menengah dapat mempelajari
persamaan linear dan ide kecerunan melalui gambar visual yang akan berubah secara spontan
dalam teknologi grafik . Murid-murid sekolah menengah peringkat tinggi akan dapat
mempelajari taburan sampel data-data . Teknologi akan membolehkan penyelesaian masalah
rumit yang sebelum ini tidak dapat diselesaikan oleh murid-murid . Teknologi juga
menyebabkan permisahan topik-topik seperti algebra , geometri dan analisi data menjadi
kurang melalui perkongsian ide dari satu bidang ke bidang yang lain .
Teknologi dapat membantu guru dalam menghubungkaitkan perkembangan kemahiran
prosedur matematik kepada perkembangan pemahaman matematik secara menyeluruh .
Kemahiran-kemahiran tertentu yang penting sebelum ini mungkin menjadi kurang penting
atau tidak diperlukan lagi melalui penggunaan teknologi . Murid-murid tadika akan dapat
memanipulasikan objek-objek atau logo pada skrin komputer yang sebelum ini cuma dapat
dibayangkan sahaja . Teknologi geometri akan memudahkan pemahaman penjelmaan objekobjek seperti translasi , putaran , pantulan dan pembesaran . Teknologi grafik memudahkan
pengkajian ciri-ciri fungsi linear , fungsi kuadratik ,fungsi kubik dan fungsi-fungsi yang lain .
Seterusnya , teknologi membolehkan topik-topik matematik yang ditinggalkan dahulu atau
topik-topik matematik yang baru dapat dipelajari oleh murid-murid .

PENUTUP
Negara kita , Malaysia , terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia akan dan sedang
mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dalam abad ke 21 ini terutamanya merealisasikan wawasan 2020 . Dalam menjayakan ini , beberapa
cadangan di bawah mungkin bolehlah dipertimbangkan dan dilaksanakan.
Semua murid-murid mesti mempunyai kemudahan komputer dan kalkulator di sekolah atau
di rumah .
Guru matematik seharusnya menggunakan komputer dan kalkulator dalam tugasan murid dan
penilaian guru serta menguasai perkembangan teknologi terkini dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran matematik.
Jabatan pendidikan negeri , daerah dan sekolah perlu mengadakan kursus perkembangan
penggunaan teknologi untuk guru-guru yang sedang berkhidmat .
Universiti dan maktab-maktab perguruan harus mendedahkan penggunaan teknologi ini
kepada bakal-bakal guru .
Pusat perkembangan kurikulum harus mengetahui kesan penggunaan teknologi ke atas
kurikulum matermatik yang perlu digubal dan diajar kepada murid-murid.
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

22

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Penulis dan penerbit buku harus memasukkan unsur teknologi ini dalam buku terbitan
mereka . Penganjur pertandingan matematik harus mengalakkan penggunaan teknologi dalam
projek atau persembahan peserta-peserta .
Para pendidik matematik patut memaklumkan kepada murid-murid , ibu-bapa , pentadbir dan
jemaah sekolah serta yang lain tentang hasil kajian tentang kebaikan-kebaikan menggunakan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik .

BAHAN RUJUKAN
Principles and standards for school mathematics - The
http://standards.nctm.org/document/chapter2/techn.htm.

Technologi Principle .

Calculators
and
the
education
of
youth
http://www.nctm.org/about/position_statements/position_statement_01.htm

Nota kursus : Isu dan trend pendidikan matematik abab ke-21, Seameo Recsam , Pulau
Pinang

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

23

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LAMPIRAN 6
ARTIKEL 6 DARI :
http://ictchungkonglan.blogspot.com/2012/11/penggunaan-ict-dalampembelajaran.html

ICT Dalam Pembelajaran

Pengenalan
Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyak
impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Tindakan
Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu
mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan
pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu
untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk
peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan
kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran
adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah
rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik
di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah
pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin, 2005). Latihan aplikasi dan integrasi
teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara
usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.
Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid yang mengikuti
Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikan
rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian akademik
mereka (Abd. Rahman, 1992). Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan
pemulihan sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, sifatnya adalah lebih terbatas dan lebih
khusus kerana ianya bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran murid. Pelaksanaan
program ini melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai
matlamat pembelajaran jika dibandingkan dengan murid-murid lain yang sebaya dengan
mereka. Oleh yang demikian, selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu murid-murid ini
dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri seperti mana
yang dicapai oleh Murid-Murid lain khususnya yang sebaya dengan mereka.

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

24

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Kepentingan Internet Kepada Guru


Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan
kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelejaran di dalam bilik
darjah. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad(1996), abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran
dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi
pengajian tinggi, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan
teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada guru
khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan
pembelajaran yang telah dibentuk. Antara kelebihan penggunaan internet dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kepada guru adalah seperti mana yang berikut:o Mengubah Peringkat Membuat Keputusan : Kebiasaannya, penggunaan media dirancang
semasa kurikulum dilaksanakan, bukan semasa peringkat merancang dan menentukan
kurikulum. Oleh itu terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan
perancangan yang sistematik. Dengan penerimaan teknologi pengajaran pada peringkat
perancangan kurikulum, perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran
untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah. Cara ini akan
lebih menjamin keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan.
o Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran : Teknologi pengajaran boleh
mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh
menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran
jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas. Teknologi pengajaran boleh
mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai contoh, kurikulum pengajaran
literasi komputer. Dalam perancangan pengajaran, ia melibatkan penggunaan komputer,
pembinaan pengetahuan melalui pembelajaran usaha sama, penyelesaian masalah dan
penggunaan strategi pembelajaran penguasaan. Penggunaan teknologi pengajaran
terutamanya teknologi maklumat, mungkin mengubah cara jadual waktu dirancang dan
dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses pengajaran dan pembelajaran pula
berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat. Guru hanya mengurus
aktiviti pembelajaran dan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman dan pencarian
maklumat menggunakan teknologi baru untukpembelajaran. Pengenalan kepada jadual waktu
anjal oleh KPM pada tahun 1993 memberikan fleksibiliti dalam perancangan kurikulum dan
strategi pengajaran. Ini membolehkan guru merancang pelajaran dengan lebih berkesan dan
memberi lebih masa bagi guru menyemak buku latihan dan menangani masalah
pembelajaran, sedangkan jumlah waktu mengajar adalah sama (Yusuf Hashim, 1998).
o Mengubah Pengalaman Pembelajaran : Tanggapan masa kini terhadap pengalaman
pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan. Oleh itu,
pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau aplikasi
teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

25

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

pembelajaran yang khusus (sudah tentu melalui proses tertentu) bagi menguasai sesuatu
perkara.
Secara amnya, menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha ke arah
meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Semenjak permulaan
tercetusnya bidang ini, usaha ke arah ini jelas kelihatan. Misalnya, pada tahun 1930an,
penghasilan bahan-bahan visual seperti filem, gambar, slaid dan realia giat diadakan bagi
membantu guru dalam pengajaran di bilik darjah.
Implementasi PPBK Di Malaysia
Pengaplikasian penggunaan komputer dalam sistem pendidikan di Malaysia telah lama
berlaku. Lebih dari itu, penggunaan komputer ini tidak hanya terhad di peringkat pendidikan
tinggi sahaja, malah turut mencakupi pendidikan pada peringkat prasekolah. Pengunaan
Cakera Padat Interaktif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, penggunaan talian
internet untuk tujuan capaian data dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain telah
menjadikan sistem pendidikan negara semakin berkembang maju. Perubahan positif ini telah
mendorong ramai penyelidik untuk melihat keberkesanan penggunaan komputer dan
teknologi maklumat ini dalam sistem pengajaran dan pembelajaran seperti mana yang akan
dibincangkan kemudian.
Ashinida, Afendi dan Mohd. Shabri (2004) adalah antara penyelidik yang ingin melihat
keberkesanan penggunaan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa asing. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa
kesemua 40 respondan yang dikaji menyatakan bahawa program PPBK boleh membantu
meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa, menjimatkan masa dan tenaga semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan serta memudahkan pelaksanaan proses pengajaran
guru. Sementara itu, 90 peratus daripada respondan yang dikaji juga menyatakan bahawa
program PPBK dapat meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid. Statistik
ini menunjukkan bahawa para guru mempunyai persepsi yang sangat positif dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dengan berbantukan komputer. Statistik ini dapat
dirumuskan seperti dalam jadual di bawah:Data yang ditunjukkan membuktikan bahawa persepsi guru terhadap pelaksanaan program ini
amatlah baik dan galakan yang diberikan menunjukkan pelaksanaan program ini sedikit
sebanyak dapat membantu pelajar yang mengalami kesukaran dalam memahami pendidikan
Bahasa.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan program ini tidak hanya terhad kepada pendidikan Bahasa
semata-mata. Program yang mempunyai potensi untuk meningkatkan keupayaan dan
kemahiran murid-murid yang mempunyai tahap dan pencapaian akademik yang rendah perlu
diperluaskan penggunaannya khususnya terhadap murid-murid yang menerima pendidikan
khas. Rentetan daripada statistik yang ditunjukkan ini, pengkaji telah membuat keputusan
untuk melihat keberkesanan prorgam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar yang menghadapi masalah
menguasai aktiviti membaca. Hasil kajian yang akan dibentuk kelak adalah suatu yang perlu
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

26

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

dikaji dengan lebih mendalam sama ada pelaksanaan program ini dapat meningkatkan
pencapaian dan kemahiran membaca pelajar yang menghadapai masalah pembelajaran atau
sebaliknya.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Baharudin (2005) mendapati bahawa penggunaan
teknologi dalam bilik darjah harus diberi keutamaan bagi menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Penggunaan alat beteknologi seperti komputer dalam proses
pembelajaran dan pengajaran adalah alternatif yang produktif dalam proses perpindahan
maklumat dan kemahiran. Selain itu, ekses guru dan pelajar dapat ditingkatkan melalui
penggunaan komputer. Hal ini kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan penyerapan
maklumat kerana ia melibatkan media grafik bergambar, video dan sistem pemprosesan
maklumat yang pantas dan teratur. Kelebihan ini membawa kepada pengatasian had masa dan
ruang.
Walau bagaiamanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh lapan orang pengkaji iaitu Rosen
dan Weil (1995), Winnans dan Brown (1992), Dupagne dan Krendl (1992) serta Hadley dan
Sheingold (1993), walau begitu sekali canggihnya komputer, namun ia perlu dilengkapkan
dengan pelbagai perisian yang berguna seperti hardware dan software yang dapat
membantu guru meningkatkan kecekapan mereka dalam memaksimumkan proses
memanipulasikan keupayaan komputer. Dengan ini, keyakinan guru meningkat dan mudah
bagi mereka untuk mencurahkan pengalaman mereka dan seterusnya membantu para pelajar
untuk bersedia menggunakan komputer.
Pendapat di atas disokong oleh seorang pengkaji yang bernama Pedretti (1999). Kajian yang
dilakukan olehnya menunjukkan bahawa guru yang bijak mengaplikasikan komputer mampu
membuat pelbagai pembaharuan dalam menjalankan tugasnya sebagai perantara keilmuan
kepada sasarannya. Manakala Cox (1999) pula menyatakan bahawa guru-guru yang sering
menggunakan komputer dalam melaksanakan tanggungjawabnya mempunyai keyakinan
yang tinggi dalam mengunakan ICT dan lain-lain alat seperti projektor, LCT CD dan
sebagainya. Hal ini adalah kerana mereka percaya bahawa penggunaan alat berteknologi
seperti itu dapat meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik,
mudah dan lebih seronok.
Seperti mana yang telah dinyatakan, teknologi pengajaran adalah satu konsep pengajaran dan
pembelajaran yang menjadikan kemudahan dan peralatan ICT sebagai salah satu medium
utama dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah. Penggunaan komputer, laptop, LCD
projektor, cakera padat dan pelbagai elemen ICT lain dijadikan sebagai bahan bantu mengajar
yang dapat menarik dan meningkatkan kecenderungan pelajar untuk menjalankan sesuatu
aktiviti pembelajaran. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran
berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus
kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan
berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya Business @ The
Speed of Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran
tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan hands on dan
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

27

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Komputer peribadi
membolehkan mereka meneroka maklumat mengikut kapasiti masing-masing.
Satu kajian (Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan bahawa
ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar secara tradisional
serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif. Guru harus
mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk
melihat keberkesanan penggunaan teknologi. Peranan ICT dalam P&P akan membawa
kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun
begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang
penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P
dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses
pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.
Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan
penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia
disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan
dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang
membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan
internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk
meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal
pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat
memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih
kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru
hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan
mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal
sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks
yang diperbaharui lima tahun sekali.(Zalina Yahaya, 2001).
Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room dan sebagainya
guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau dengan guru dan pelajar dari
sekolah yang lain. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar negara akan lebih
digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan komunikasi guru dan murid
disamping mendapat ilmu baru mengenai kebudayaan dan negara masing-masing. Melalui
penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran
pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat
teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih
bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian
maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk
menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk
membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan
berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio
video dan animasi. ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

28

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar
dan semua pihak. Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berlainan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang tradisi. Menerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai
sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari. Di
samping itu, teknologi maklumat dan Internet juga menyediakan kebolehan interaktiviti.
Berikut merupakan antara kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.
Dalam melihat perkembangan positif yang berlaku dalam sistem pendidikan kebangsaan, kita
juga perlu melihat sama ada tenaga pendidik kini telah bersedia mengaplikasikan sepenuhnya
penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya kajian yang dijalankan oleh Rosseni (2002) ke atas 40 orang guru. Kajian beliau
mendapati bahawa masih terdapat lagi di kalangan tenaga pendidik yang masih tidak tahu
menggunakan cakera padat interaktif (salah satu bahan banatu mengajar dalam pembelajaran
berasaskan komputer) dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Daripada
kajian beliau, sebanyak 42 peratus guru tersebut yang mempunyai tahap pengetahuan
terhadap penggunaan cakera padat yang rendah. Sementara itu, sebanyak 48 peratus
daripadanya hanya tahu meneroka dan menilai cakera padat untuk penggunaan pendidikan.
Daripada hasil kajian yang dijalankan oleh Rosseni ini menunjukkan bahawa tahap dan
pengaplikasian cakera padat pendidikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran masih
berada pada tahap yang rendah. Kebanyakan daripada pendidik ini hanya menggunakan buku
teks sebagai asas utama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Sathiamoorthy (2000) terhadap kemampuan mengurus
inegrasi komputer di kalangan guru-guru Sekolah Bestari, didapati bahawa sebanyak 9.8%
daripada 205 guru yang dikaji tidak mempunyai kemampuan dalam merancang integrasi
komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menunjukkan bahawa
kemampuan dan kesediaan guru dalam menggunakan teknologi semasa seperti komputer,
cakera padat dan seumpamanya berada pada tahap yang tinggi.
Dalam pada itu, kajian yang dilakukan oleh Wan Noraini (2002) juga melihat kemahiran guru
terhadap penggunaan komputer, sebanyak 42% daripada 40 orang guru yang dikaji tidak
mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap penguasaan dan penggunaan teknologi
CD/DVD dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kadar ini tinggi, namun
ramai respondan yang tahu mengaplikasikan teknologi CD/DVD dalam menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulan
Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu
dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu
pengetahuan dan bijak dalam mentadbir negara pada masa akan datang. Walaupun ada
pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan komputer pada peringkat pendidikan awal
adalah kurang perlu ekoran daripada ketidak sediaan para pelajar menerimanya, namun
pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu bapa, penjaga, guru
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

29

HBHE2203 :
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

dan masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasaan kemahiran ini
pada masa akan datang.
Adalah menjadi tanggung jawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk
menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan
datang. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal
perkembangan kanak-kanak. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini
untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh
menghalang mereka dariapda menuntut ilmu.

Bibliografi

Amnon Shabo, Mark Guzdial dan John Stasko. 1997. An Apprenticeship-ased Multimedia
Cuorseware for Computer Graphics Studies Provided on The World Wide Web. Journal of
Science. 29: 2/3. 103-116
Baharudin Husin (2005). Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Pasir Putih. Seminar Penyelidikan Pendidikan
Guru Kebangsaan 2005, Kota Kinabalu, 1-3 Ogos, Anjuran Bahagian Pendidikan Guru
P. A. Brett dan M. Nash (1998). Multimedia Language Learning Courseware: a design
Solution ti the production of a series of CD-ROMs. Journal of Computer and Education. 32.
19-33
Rosseni Din. (2002). Kemahiran Komputer Guru Sains Dan Matematik, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Selangor
Sathiamoorthy Kannan. (2002). Kajian kemampuan Mengurus Integrasi Komputer Di
Kalangan Guru-Guru Sekolah Bestari, Jurnal Pendidikan Dan Kepimpinan pendidikan, Jilid
12, Bil.02, Disember 2002
Wan Noraini binti Wan Daud (2005). Kemahiran Komputer Guru-guru Sains dan Matematik.
Universiti Kebangsaan Malaysia
www.ftem.ukm.my/programming/bengkelC/18-zamlinal
www.usm.my/km/24-06
http//www.usm.my/km/24-06/KMART
http//eprints.utm.my/
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

30

Vous aimerez peut-être aussi