Vous êtes sur la page 1sur 2

Abdul Latif cemerlang genggam PhD

ABDUL RAZAK IDRIS | 24 November 2014 2:48 AM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang juga Canselor UiTM
berkenan bersalaman dengan Abdul Latif Mohd.Som (kanan) sambil diperhatikan oleh Raja
Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah di UiTM, Shah Alam, Selangor, kelmarin.
UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Advertisement
SHAH ALAM 23 Nov. Usia yang hampir mencecah 60 tahun selain kerjaya sebagai
seorang profesional yang sibuk sepanjang masa ternyata bukan penghalang kepada Datuk Ir.
Abdul Latif Mohd. Som, 59, untuk terus belajar sehingga berjaya menggenggam ijazah
doktor falsafah (PhD).
Usaha yang gigih membuahkan kejayaan apabila beliau berjaya menyelesaikan pengajian di
Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan merupakan
antara graduan yang menerima ijazah masing-masing dalam istiadat konvokesyen UiTM ke81 di sini semalam.
Menurut Abdul Latif, hanya kemahuan yang bersungguh-sungguh membuatkannya berjaya
mengharungi pengajian.
Minat mendalam dalam pelajaran didorong oleh isteri yang juga seorang ahli akademik di
Universiti Malaya (UM). Saya merasakan dengan banyak berfikir, risiko penyakit alzheimer
dapat dikurangkan.
Sebagai seorang yang sudah berusia, saya tidak pernah berhenti daripada bekerja dan belajar
sehingga ijazah PhD kini dalam genggaman dan saya berharap orang yang seusia dengan
saya dapat mengikut jejak ini, katanya ketika ditemui.
Yang turut hadir, isteri beliau, Prof. Datin Dr. Zahurin Mohamed serta dua anaknya, Faizal,
30, dan Izyan, 27.

Abdul Latif yang juga Pengerusi ICG Global Sdn. Bhd. berharap gene-rasi muda
menggunakan usia awal mereka untuk belajar dan membaca kerana dengan cara itu mampu
me-rangsang otak menganalisis sesuatu perkara dengan lebih berkesan.
Bukan mudah untuk berulang alik dari rumah di Taman Tun Dr. Ismail ke pejabat di Kota
Damansara dan ke kelas di Seksyen 7 di sini setiap minggu selama lima tahun, tetapi itulah
pengorbanan yang ak-hirnya membuahkan hasil pada usia hampir 60 tahun, katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/abdul-latif-cemerlang-genggam-phd1.28508#sthash.QmPmL6Er.dpuf

Vous aimerez peut-être aussi