Vous êtes sur la page 1sur 9

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KEDAI BUKU SEKOLAH

PERJANJIAN ini dibuat pada ... antara Kerajaan Malaysia, yang bagi maksud
Perjanjian ini diwakili oleh Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan (kemudian dari ini disebut
Kerajaan), bagi pihak yang pertama; dengan Perniagaan Bijak Pelangi (No.Syarikat: 00134287-V
sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang undang Malaysia dan mempunyai alamat
berdaftar di No.1, JLN SETIA RAWANG 6, TMN SETIA, 48000 RAWANG (kemudian dari ini
disebut Pengusaha Kedai Buku Sekolah) sebagai pihak yang satu lagi.
BAHAWASANYA
A.

Kerajaan bersetuju memberikan hak eksklusif kepada Pengusaha Kedai Buku Sekolah
untuk berniaga buku buku , alat tulis dan barang barang yang dibenarkan mengikut
senarai yang ditetapkan oleh Kerajaan di premis yang disediakan oleh Sekolah Kebangsaan
Taman Ehsan ; dan

B.

Pengusaha Kedai Buku Sekolah bersetuju untuk menerima hak eksklusif itu dan mengusahakan Kedai Buku Sekolah tersebut atas syarat syarat yang ditetapkan dalam Perjanjian ini.

ADALAH DENGAN INI kedua dua pihak bersetuju seperti berikut :


1.

TAKRIF
Dalam Perjanjian ini perkataan perkataan berikut membawa maksud yang ditetapkan
baginya, melainkan jika konteksnya memerlukan maksud yang lain

2.

Kerajaan

ertinya Kerajaan Malaysia, yang termasuklah Ketua Setiausaha


Kementerian Pendidikan, Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian
Pendidikan, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Guru
Besar/Pengetua Sekolah dan pegawai pegawai yang diberi kuasa
sewajarnya.

Sekolah

ertinya Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan yang termasuklah


Guru Besar/Pengetua Sekolah dan pegawai yang diberi kuasa
sewajarnya;

Pengusaha
Kedai Buku
Sekolah

ertinya Perniagaan Bijak Pelangi (nama syarikat) yang termasuklah


wakilnya yang diberi kuasa, waris, penerima serah hak dan pekerja
pekerjanya di mana berkenaan;

Kedai Buku
Sekolah

ertinya premis yang disediakan oleh sekolah untuk digunakan sebagai


Kedai Buku Sekolah

Persetujuan Pengusaha Kedai Buku Sekolah


Pengusaha Kedai Buku Sekolah bersetuju untuk mengusahakan Kedai Buku Sekolah di
premis yang ditetapkan oleh Sekolah dan kedua dua pihak bersetuju bahawa Pengusaha
Kedai Buku Sekolah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengusahakan Kedai Buku
Sekolah berdasarkan syarat syarat yang ditetapkan oleh Perjanjian ini.

3.

Tempoh Perjanjian
3.1 Perjanjian ini adalah bagi suatu tempoh selama dua puluh empat (24) bulan
mulai daripada 01 Disember 2014 (kemudian dari ini disebut Tarikh Kuat Kuasa
Perjanjian ) sehingga 30 November 2016 (kemudian dari ini disebut Tarikh
Tamat Perjanjian).
3.2

4.

Perjanjian ini boleh dilanjutkan untu tempoh dua belas (12) bulan lagi bermula
selepas tamat tempoh yang disebut dalam Fasal 3.1 dengan persetujuan keduadua pihak dan perlanjutan tempoh ini hendaklah secara bertulis menurut format
yang ditetapkan di Lampiran A. Perlanjutan tempoh ini hendaklah berdasarkan
terma dan syarat yang sama melainkn peruntukan Fasal 3.2 ini.

Wakil Kerajaan Mengeluarkan Arahan


Bagi maksud pelaksanaan Perjanjian ini, Kerajaan adalah diwakili oleh Guru Besar/
Pengetua Sekolah yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan apa apa arahan
kepada Pengusaha Kedai Buku Sekolah yang selaras dengan peruntukan perjanjian ini.

5. Sewa Kedai Buku Sekolah

6.

5.1

Dalam tempoh Perjanjian ini berkuatkuasa, Pengusaha Kedai Buku Sekolah


hendaklah membayar kepada Kerajaan sewa Kedai Buku Sekolah berjumlah
Ringgit Malaysia Tujuh Ribu Enam Ratus Sahaja (RM7,600.00) setahun.
(kemudian dari ini disebut Sewa Kedai Buku Sekolah)

5.2

Pengusaha Kedai Buku Sekolah hendaklah membayar Sewa Kedai Buku Sekolah,
kepada Kerajaan, melalui Guru Besar/Pengetua Sekolah, selewat lewatnya
empatbelas (14) hari bekerja daripada tarikh perjanjian ini ditandatangani.

Deposit Sewa Kedai Buku Sekolah


6.1

Pengusaha Kedai Buku Sekolah hendaklah menyerahkan wang deposit berjumlah


Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Ratus Sahaja (RM633.00), yang bersamaan
dengan sebulan Sewa Kedai Buku Sekolah , tidak lewat dari empatbelas (14) hari
bekerja daripada Tarikh Kuatkuasa Perjanjian kepada Guru Besar/Pengetua
Sekolah.

6.2

Wang deposit ini akan dikembalikan oleh sekolah kepada Pengusaha Kedai Buku
Sekolah tanpa faedah, tidak lewat dari empatbelas (14) hari bekerja dari Tarikh
Tamat Perjanjian, tertakluk kepada apa apa potongan oleh Kerajaan sebagaimana
yang dibenarkan di bawah Perjanjian ini.

7. Penyediaan dan Penjualan Buku Buku, Alat Tulis dan Barang Barang yang
dibenarkan
7.1

Pengusaha Kedai Buku Sekolah hendaklah memastikan penjualan buku buku ,


alat tulis dan barang barang yang dibenarkan di Kedai Buku Sekolah adalah
pada harga yang berpatutan sebagaimana yang dipersetujui oleh Kerajaan.

7.2

Pengusaha Kedai Buku Sekolah hendaklah mematuhi garis panduan dan arahan

yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa.


7.3

Buku buku, alat tulis dan barang barang yang ddibenarkan hendaklah tidak
berlawanan dengan kehendak kehendak agama Islam dan mengikut peraturanperaturan percetakan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

7.4

Pengusaha Kedai Buku Sekolah hendaklah menjaga kebersihan Kedai Buku


Sekolah dan persekitarannya pada setiap masa dan mematuhi peraturan peraturan
yang ditetapkan oleh Kerajaan.

7.5

Pengusaha Kedai Buku Sekolah hendaklah mematuhi arahan dan peraturan yang
dikeluarkan oleh sekolah dari semasa ke semasa berhubung dengan kebersihan
Kedai Buku Sekolah.

8. Penjagaan Kedai Buku Sekolah

9.

8.1

Pengusaha Kedai Buku Sekolah hendaklah memastikan perabot dan peralatan


yang dipasang atau disediakan oleh sekolah untuk kegunaan Kedai Buku Sekolah
sentiasa dijaga dan berada dalam keadaan yang baik.

8.2

Pengusaha Kedai Buku Sekolah bertanggungjawab untuk membaiki apa apa


kerosakan kepada perabot dan peralatan Kedai Buku Sekolah atau membayar
ganti rugi kepada sekolah bagi apa- apa kerosakan yang tidak boleh dibaiki
apabila diminta berbuat demikian dan sebelum Tarikh Tamat Perjanjian.
Kerajaan berhak untuk mengambil mana mana bahagian daripada deposit Sewa
Kedai Buku Sekolah yang dirujuk di Fasal 6 jika Pengusaha Kedai Buku Sekolah
gagal membayar ganti rugi dalam tempoh yang ditetapkan.

Waktu Perkhidmatan
Pengusaha Kedai Buku Sekolah hendaklah memastikan Kedai Buku Sekolah dibuka
pada setiap hari persekolahan dan pada hari hari yang ditetapkan oleh sekolah.

10. Pekerja Pengusaha Kedai Buku Sekolah


10.1

Pengusaha Kedai Buku Sekolah bertanggungjawab ke atas setiap pekerja dan


kakitangannya yang mengurus dan mengendalikan Kedai Buku Sekolah dan
hendaklah memastikan mereka tidak mempunyai apa apa rekod jenayah yang
menyebabkan mereka tidak sesuai untuk bekerja di sekolah.

10.2 Kerajaan, melalui Guru Besar/Pengetua Sekolah, berhak mengarahkan Pengusaha


Kedai Buku Sekolah, dan apabila diarahkan sedemikian, Pengusaha Kedai Buku
Sekolah hendaklah menukarkan mana mana pekerja atau kakitangannya yang,
berdasarkan pemerhatian pihak sekolah, didapati melanggar mana mana peraturan
dan arahan berhubung dengan pengurusan dan pengendalian Kedai Buku Sekolah
sebagai yang ditetapkan oleh Perjanjian ini, atau tidak bermoral atau mengganggu
murid murid dan kakitangan Sekolah.
11. Tanggung Rugi

Pengusaha Kedai Buku Sekolah bersetuju dengan Kerajaan bahawa


Pengusaha Kedai Buku Sekolah akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam
mengusaha Kedai Buku Sekolah dan, melepaskan kerajaan sepenuhnya
sebagaimana yang dibenarkan oleh undang undang , dari apa apa tuntutan dan
tanggungan daripada apa apa kemalangan, kerugian, kerosakan, kehilangan atau
kematian yang terbit oleh Pengusaha Kedai Buku Sekolah di bawah Perjanjian ini.

(b)

Pengusaha Kedai Buku Sekolah hendaklah menanggung rugi Kerajaan daripada


apa apa tuntutan, prosiding, kerugian, kerosakan, kehilangan, ganti rugi dan kos
yang ditanggung atau mungkin menjadi tanggungan Kerajaan berikut atau terbit
dari

12.

(a)

(i)

kecuaian dalam penggunaan atau salah guna atau, penyelewengan oleh


Pengusaha Kedai Buku Sekolah atau wakil, pekerja dan ejennya; dan

(ii)

apa apa kehilangan, kerosakan atau kerugian harta atau kecederaan


berikutan dari pelaksanaan Perjanjian ini.

Penyerah Hak atau Sewaan


Pengusaha Kedai Buku Sekolah tidak boleh, melainkan dengan persetujuan bertulis
Kerajaan terlebih dahulu, menyerahhakkan Perjanjian ini atau menyewa Kedai Buku
Sekolah atau mana mana bahagian Kedai Buku Sekolah kepada mana mana pihak
ketiga.

13.

Pemeriksaan oleh Kerajaan


Guru Besar/Pengetua Sekolah, Pegawai Kementerian Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Kerja Raya dan mana mana
jabatan kerajaan hendaklah dibenarkan untuk memasuki mana mana bahagian Kedai
Buku Sekolah pada bila bila masa untuk menjalankan pemeriksaan Kedai Buku Sekolah
menurut bidang kuasa masing masing.

14.

Struktur Kedai Buku Sekolah


14.1

14.2

Pengusaha Kedai Buku Sekolah dilarang mengubah atau meminda struktur Kedai
Buku Sekolah, melainkan bagi memasang atau meletakkan perabot dan lain lain
peralatan yang telah dipersetujui oleh pihak Sekolah, dan Pengusaha Kedai Buku
Sekolah hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pemasangan itu dan
menanggung semua perbelanjaan yang berkaitan.

Pengusaha Kedai Buku Sekolah hendaklah memastikan struktur asal Kedai Buku
Sekolah tidak rosak atau menjadi rosak berikutan dari pemasangan perabot
atau peralatan itu. Jika berlaku sebarang kerosakan, Pengusaha Kedai Buku
Sekolah bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan berkenaan atau membayar
ganti rugi kepada pihak sekolah.

15. Penyelesaian Pertikaian

15.1

Apa apa pertikaian yang berbangkit daripada perjanjian ini antara kedua - dua
pihak hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang
terdiri daripada (a)

Pengarah Pendidikan Negeri sebagai pengerusi

(b)

seorang wakil Kerajaan yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan Negeri dari
kalangan pegawai pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat
Pendidikan Daerah; dan

(b)

seorang wakil yang dilantik oleh Pengusaha Kedai Buku Sekolah.

15.2

Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian boleh menentukan prosedurnya sendiri dan


Pengerusi hendaklah menentukan tarikh dan tempat untuk menyelesaikan
pertikaian itu.

15.3

Jika pertikaian itu tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari
tarikh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian itu bersidang atau suatu tempoh
yang lebih lama sebagaimana dipersetujui oleh Jawatankuasa, maka pertikaian
itu boleh diselesaikan melalui undang undang, termasuk timbangtara.

16. Penamatan Perjanjian


16.1

Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini dengan mengemukakan notis bertulis


tiga puluh (30) hari tentang niatnya untuk menamatkan Perjanjian jika

(a)

Pengusaha Kedai Buku Sekolah melanggar mana mana syarat Perjanjian


atau

(b)

Perkhidmatan Kedai Buku Sekolah yang diberikan tidak memuaskan.

16.2

Jika Pengusaha Kedai Buku Sekolah gagal untuk meremedi pelanggaran syarat sarat perjanjian yang berkaitan atau meningkatkan perkhidmatan Kedai Buku
Sekolah ke suatu taraf yang memuaskan, maka Kerajaan boleh menamatkan
Perjanjian dengan mengemukakan notis penamatan secara bertulis yang berkuatkuasa pada tarikh notis itu.
16.3 Kerajaan berhak menuntut apa apa ganti rugi daripada Pengusaha Kedai Buku
Sekolah berikutan dari penamatan Perjanjian ini.
17. Peruntukan Am
17.1

Apa apa notis, kelulusan, permohonan atau lain lain komunikasi yang perlu
diberikan kepada suatu pihak oleh pihak yang satu lagi hendaklah secara bertulis,
dalam Bahasa Melayu, dan diserahkan kepada pihak yang berkenaan di alamat
berikut, sama ada secara tangan, pos biasa atau pos berdaftar.
Bagi pihak Kerajaan:

Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan


Jalan 25, Desajaya,
52100 Kepong, Selangor
( u.p. : Guru Besar)
Bagi pihak Pengusaha Kedai Buku Sekolah:
AHMAD LOTFI BIN HJ MOHD YASSIN,
PERNIAGAAN BIJAK PELANGI
No. 1, Jln Setia Rawang 6,
Taman Setia, 48000 Rawang
Selangor Darul Ehsan.
17.2

Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut, dan dikawal oleh, undang - undang
Malaysia dan kedua dua pihak bersetuju untuk tertakluk sepenuhnya kepada
bidang kuasa mahkamah Malaysia.

17.3

Pengusaha Kedai Buku Sekolah hendaklah menanggung apa apa kos duti setem
yang perlu dibayar berikutan dari Perjanjian ini.

17.4

Pengusaha Kedai Buku Sekolah hendaklah mematuhi undang undang Malaysia


yang terpakai kepadanya dan apa apa arahan atau peraturan yang dikeluarkan
kepadanya oleh pihak berkuasa yang dibuat di bawah undang undang bertulis.

PADA menyaksikan persetujuan dan peruntukan tersebut di atas, kedua dua pihak yang diberi
kuasa untuk tujuan ini menurunkan tandatangan masing masing pada tarikh yang mula mula
dieebut di atas.

Ditandatangani oleh :

Ditandatangani oleh :

Nama :

Nama :

No. KP :

No. KP :

Jawatan :

Jawatan :

Tarikh :

Tarikh :

Bagi pihak: SK Taman Ehsan

Bagi pihak: Perniagaan Bijak Pelangi

Di hadapan :

Di hadapan :

Tandatangan dan Cop :

Tandatangan dan Cop :

ama : _________________________________
Alamat : ________________________________
________________________________
________________________________

Tarikh : ______________

Guru Besar,
SK ( 1 ) Gombak,
KM 8 Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Tuan,
PERMOHONAN PERLANJUTAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KEDAI BUKU
SEKOLAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa tempoh Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kedai Buku
Sekolah akan tamat pada _____________________. Sehubungan dengan ini, kami memohon perlanjutan
selama satu tahun ( 12 bulan ) bermula dari _________________ hingga ________________.
3.

Kami berharap agar permohonan ini diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
__________________
Tandatangan Pemohon
(Nama : ____________________________)
(HURUF BESAR)
Cop Rasmi :

PERLANJUTAN PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN


KEDAI BUKU SEKOLAH

PERJANJIAN ini dibuat pada (tarikh semasa) antara Kerajaan Malaysia,


yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh Sekolah Kebangsaan ( 1 ) Gombak (kemudian dari ini
disebut Kerajaan), bagi pihak yang pertama; dengan Ikhtiar Resources Sdn. Bhd.
(No. Syarikat 307598-A) sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang undang Malaysia dan
mempunyai alamat berdaftar di No. 17, Jalan SG 1/3, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan (kemudian dari ini disebut Pengusaha Kedai Buku Sekolah) sebagai pihak yang
satu lagi.
BAHAWASANYA
A.

Kerajaan dan Pengusaha Kedai Buku Sekolah telah menandatangani Perjanjian bertarikh
30 Disember 2011 (tarikh Perjanjian Ibu) bagi Pengusaha Kedai Buku Sekolah berniaga
buku buku, alat tulis dan barang barang yang dibenarkan di premis yang disediakan
oleh Sekolah Kebangsaan ( 1 ) Gombak (kemudian dari ini disebut Perjanjian Ibu);
dan

B.

Kerajaan dan Pengusaha Kedai Buku Sekolah bersetuju untuk melanjutkan tempoh
Perjanjian Ibu atas terma dan syarat Perjanjian ini.

ADALAH DENGAN INI kedua dua pihak bersetuju seperti berikut :


1.

Tempoh Perjanjian dilanjutkan selama dua belas (12) bulan bermula pada hari selepas
Tarikh Tamat Perjanjian yang diperuntukkan dalam Fasal 3.1 Perjanjian Ibu, iaitu dari
1 Disember 2013 hingga 30 November 2014 (kemudian dari ini disebut Tarikh Tamat
Tempoh Lanjutan).

2.

Semua terma dan syarat Perjanjian Ibu adalah terpakai melainkan Fasal 3.2 Perjanjian
Ibu, iaitu peruntukan mengenai perlanjutan tempoh Perjanjian.

3.

Perjanjian ini hendaklah dibaca bersama dengan, dan menjadi sebahagian daripada,
Perjanjian Ibu.

4.

Jika kesemua atau mana mana Bahagian daripada deposit sewa di Fasal 6.1 Perjanjian
Ibu telah digunakan dalam tempoh kuatkuasa Perjanjian Ibu, maka Pengusaha Kedai
Buku Sekolah hendaklah mengemukakan baki deposit supaya amaun deposit adalah
seperti yang ditetapkan di Fasal 6.1 Perjanjian Ibu dalam tempoh tidak lewat dari
empatbelas (14) hari selepas tarikh Perjanjian ini berkuatkuasa. Kegagalan berbuat
demikian adalah dianggap sebagai suatu pecah kontrak dan Kerajaan berhak
menamatkan Perjanjian ini di bawah Fasal 16 Perjanjian Ibu.

PADA menyaksikan persetujuan dan peruntukan tersebut di atas, kedua dua pihak yang diberi
kuasa untuk tujuan ini menurunkan tandatangan masing masing pada tarikh yang mula mula
disebut di atas.
Ditandatangani oleh :

Ditandatangani oleh :

Nama :

Nama :

Jawatan :

Jawatan :

bagi pihak Kerajaan Malaysia

bagi pihak Ikhtiar Resources Sdn. Bhd.

di hadapan :

di hadapan :

Nyatakan nama Guru Akaun/Juruaudit Dalam yang dahulu, sebab sebab ditamatkan dan nama sekolah
barunya jika bertukar:

Guru Juruaudit Dalam III (Tambahan Untuk Asrama)


1. Nama:
2. No. Kad Pengenalan:

3. No. Fail Peribadi:

4. Gred Gaji Sekarang:

5.

Tarikh Lantikan:

6. * Samada pernah/belum menghadiri Kursus Penyeliaan Kewangan Sekolah:


7. * Samada pernah/tidak pernah bertugas sebagai Guru Akaun/Juruaudit Dalam dan nyatakan nama
sekolah berkenaan:
8. Nyatakan nama Guru Akaun/Juruaudit Dalam yang dahulu, sebab sebab ditamatkan dan nama
sekolah barunya jika bertukar:
Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Juruaudit Dalam adalah bukan penandatangan cek sekolah.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
..
(YUS ASIMA BINTI MAN)
Guru Besar,
Sk Gombak Utara,
KM 11, Gombak,
Selangor Darul Ehsan.

* potong yang tidak berkenaan.