Vous êtes sur la page 1sur 4

AJ 30503 SEJARAH ASIA TENGGARA : PEMODENAN DAN PEMBANGUNAN

Nama Pensyarah: Dr. Maureen De Silva


Kelas Tutorial: Rabu, 10.00 am- 11.00 am, Btg 7
Nama Pelajar: Nur Hazimah Mohd Kassim (Ba12110361)
Siti Zahara Maulah (Ba )
Soalan 6: Hubungan tiga segi di antara Sukarno-Militari-Komunis di Indonesia.
1.0 Permasalahan Kajian
Sebuah Kerajaan Republik Indonesia telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1945 berikutan pengisytiharan kemerdekaan
Indonesia yang dilakukan oleh Sukarno dan nasionalis lain setelah pengunduran Jepun pada 15 Ogos 1945. Namun,
kemerdekaan tersebut tidak mendapat pengiktirafan oleh pihak Belanda kerana ingin menguasai semula Indonesia
pada tahun 1946. Justeru, timbul konflik di antara Indonesia dan Belanda dalam merebut tampuk pemerintahan
Indonesia. Pada Disember 1949, satu perjanjian telah dibuat antara Kerajaan Republik Indonesia dengan Belanda
yang menandakan tamatnya penentangan serta berakhirnya penjajahan Belanda. Sejak tahun 1945 hingga 1965
adalah merupakan tempoh dekolonisasi di Indonesia sehingga berlaku ketidakstabilan politik dan untuk
menyeimbangkan kembali keadaan tersebut, Sukarno dilihat mengubah corak pemerintahan yang berbentuk
Demokrasi Terpimpin dengan adanya keterlibatan pihak Militari(TNI) dan Parti Komunis Indonesia(PKI). Oleh itu,
perbincangan ini akan memberi fokus terhadap " Demokrasi Terpimpin" yang di laksanakan oleh Sukarno sehingga
mewujudkan hubungan 3 segi di antara PKI, Militari dan Sukarno yang akhirnya membawa pelbagai kesan
politik,ekonomi dan sosial di Indonesia.
2.0 Latar belakang Indonesia
2.1 Semasa Perang Dunia ke-2

Sebelum perang Dunia ke-2 Indonesia kurang pemimpin yang todak terlatih.

Semasa pendudukan Jepun, pihak pemerintah Jepun telah mengamalkan dasar menyokong kumpulan,
pertubuhan atau parti-parti yang berasaskan agama dan tidak pada yang berasaskan politik seperti Madjlisul
Islamil alaa Indonesia (MIAI) yang mendapat sokongan Jepun dan bekerjasama dengan Jepun pada
awalnya.

Pemimpin-pemimpin nasionalisme yang dipenjarakan oleh Belanda kerana menentang dan menggugat
Belanda sebelum PDII telah dibebaskan oleh Jepun.

Pihak nasionalisme yang dibebaskan ini terutamanya Sukarno dan Mohammed Hatta bertindak berpura-pura
menyokong serta membantu Jepun bagi mengatur langkah untuk melancarkan gerakan bawah tanah.

Julai 1942, Sukarno menerima tawaran Jepun untuk mengadakan kempen awam supaya membentuk
perjanjian sendiri di mana dapat memberikan jawapan kepada keperluan tentera Jepun di Indonesia.

Pada 9 Ogos 1945, Sukarno, Hatta dan Radjiman Widjodiningrat pergi ke Vietnam untuk bertemu dengan
Marsyal Terauchi, akan tetapi pada masa itu tentera Jepun sedang menuju kearah kehancuran yang akan
menamatkan era PDII.

Pihak Jepun juga mahu memberikan kemerdekaan kepada Indonesia tetapi ditolak oleh Sukarno kerana
beliau tidak mahu menimbulkan sebarang masalah dendam Belanda apabila Belanda kembali semula ke
Indonesia selepas tamat PDII.
2.2 Selepas Perang Dunia ke-2

Sukarno telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia dengan menubuhkan Republik Indonesia pada
tahun 1945 selepas pengunduran Jepun namun penubuhan itu tidak diiktiraf oleh Barat.

Wujudnya kerjasama yang rapat di antara Jawatankuasa Kerja termasuklah dengan Presiden Sukarno dan
Naib Presiden, Mohammed Hatta semasa tercapainya kemerdekaan pada 1949.

Selepas tamatnya PDII, Belanda merupakan antara kuasa barat yang lambat kembali ke tanah jajahannya
sehingga Indonesia berpeluang mengisytiharkan kemerdekaanya.

Revolusi Indonesia (1945-1949) juga dilancarkan bagi mengusir dan menentang Belanda serta menyatukan
kesemua wilayah Indonesia dalam satu negara.1

Pada 25 Mac 1947, satu langkah pendamaian dilakukan oleh Belanda dan pemimpin Republik iaitu melalui
Perjanjian Linggajati.

Pada 1 Januari 1949, Indonesia telah diwakilkan oleh Sultan Sjahrir dan Belanda diwakili Jeneral H.J Vaan
Mook bagi mewujudkan United State Indonesi (USI) agar bersama mewujudkan kesatuan.

Namun, Belanda telah melanggar perjanjian tersebut dengan melancarkan First Police Action yang
melibatkan 150 000 tentera.

Para nasionalis dan tentera Indonesia menentang tindakan ini dan mahukan gencatan senjata diadakan
pada 1 Ogos 1947 dengan melibatkan PBB.

Pada Januari 1948, satu perjanjian telah ditandatangani iaitu Perjanjian Renville yang membahagikan
Indonesia kepada dua kawasan iaitu kawan Republik dan kawasan Belanda.

Pada 19 Disember 1948, Belanda melancarkan Second Police Action yang mana Belanda telah melanggar
Perjanjian Renville kerana Belanda mahukan semula semua wilayah-wilayah Indonesia seperti sebelum
meletusnya PDII serta Belanda berasa tidak senang dengan pengaruh kuasa Republik ketika itu.

Tindakan belanda ini mendapat kritikan antarabangsa sehingga satu gencatan senjata diarahkan oleh Majlis
Keselamatan PBB.

Belanda juga diarahkan untuk membebaskan tahanan politik dan mewujudkan satu kerajaan Republik
Belanda yang merdeka.

Pada bulan April hingga Ogos 1949, diadakan satu rundingan di antara Belanda dan kerajaan Republik
seterusnya rundingan ini membawa kepada kemerdekaan Indonesia pada 27 Disember 1949.
2.3 Selepas Merdeka 1949

Namun, selepas kemerdekaan dicapai, pergolakan politik oleh pemimpin-pemimpin Republik di bawah
pimpinan Presiden Sukarno mula dilihat apabila berlaku 7 kali pertukaran dalam kabinet antara tahun 1949
sehingga 1958.

Presiden Sukarno mula mengambil kesempatan dari perlembagaan negara yang kurang tegas ketika itu
berkaitan dengan memperuntukkan kedudukannya dalam perlembagaan sebagai Presiden.

Dalam ucapan-ucapan umumnya juga beliau turut mempengaruhi pemikiran rakyat Indonesia dengan
memohon kepada mereka kuasa lebih daripada seorang Ketua Kerajaan dan Perundangan.

Satu masalah wujud selepas kemerdekaan iaitu wujud struktur politik kerajaan yang berasaskan parti
seperti PNI, NU dan PKI.

Masalah lain yang wujud ialah masalah di antara Presiden dan naib Presiden berkaitan pendekatan mereka
dalam mentadbir.

Keadaan ini menyebabkan hubungan Sukarno dan Hatta merosot dan mencetuskan perpecahan pada bulan
Diember 1956 sehingga menyebabkan Hatta meletak jawatannya.

Pada tahun 1958, berlaku satu pemberontakkan di Sumatera dan Sulawesi kerana mereka yang
memberontak ini tidak bersetuju dengan cadangan Sukarno untuk memerintah melalui Demokrasi
Terpimpin.

Pada tahun 1959, struktur politik kerajaan Indonesia mengalami perubahan apabila Sukarno menggunakan
kembali perlembagaan 1945 yang mana perlembagaan ini adalah berasaskan perkongsian kuasa di antara
pihak Sukarno dan pihak militari.

Melalui Demokrasi Terpimpin ini, Sukarno telah membubarkan Parlimen pada tahun 1960 dan
mengharamkan parti-parti politik yang menghalang pemerintahan beliau.

Sukarno telah dijatuhkan pada 11 Mac 1966 melalui Demokrasi Terpimpin tersebut oleh pihak militari bagi
menstabilkan keadaan politik di Indonesia.
3.0 Latar belakang Presiden Sukarno, Pihak Militari (TNI) dan Parti Komunis Indonesia (PKI)
3.1 Presiden Sukarno

Sukarno atau Bung Karno atau nama sebenar beliau Kusno Sosrodihardjo dilahirkan di Blitar, Jawa Timur
pada 6 Jun 1901 dan meninggal dunia pada 21 Jun 1970 di Jakarta.

Ariffin Omar, Revolusi Indonesia Dan Bangsa Melayu, Pulau Pinang: Siaran Bros Sdn. Bhd.,1999,hlm.152.

Ayahnya bernama Raden Soekemi Sosrodihardjo iaitu seorang guru di Surabaya, Jawa,manakala ibunya
bernama Ida Ayu Nyoman Rai berasal dari Buleleng, Bali.
Beliau telah disemayamkan di Wisma Yaso, Jakarta dan dimakamkan di Blitar. Semasa hidupnya, beliau
mempunyai tiga isteri dan dikurniakan lapan orang anak.
Sukarno mendapat pendidikan awal di Hoogere Burger School dan ketika menuntut di HBS, Sukarno telah
mula mengasah jiwa nasionalismenya. Selepas lulus HBS pada tahun 1920, beliau telah berpindah ke
Bandung dan melanjutkan pelajarannya di Sekolah Teknik Tinggi.
Beliau telah menubuhkan PNI (Parti Nasional lndonesia) pada 4 Julai 1927, dengan tujuan untuk menuntut
kemerdekaan Indonesia yang mengakibatkan Belanda memenjarakannya di Penjara Sukamiskin, Bandung
pada 29 Desember 1929.
Pada Julai 1930, PNI telah dibubarkan dan setelah bebas pada tahun 1931, Sukarno bergabung dengan
Partindo dan sekaligus memimpin parti tersebut. Akibatnya, beliau sekali lagi ditangkap oleh Belanda dan
dibuang ke Ende, Flores pada tahun 1933 dan empat tahun kemudian beliau dipindahkan ke Bengkulu.
Sukarno dan Hatta telah mengistiharkan kemerdekaan Republik Indonesia pada 17 Ogos 1945 seterusnya
pada 18 Ogos 1945 Sukarno telah dilantik sebagai Presiden Republik Indonesia yang pertama.
Seterusnya pada 1 Jun 1945, beliau telah mengemukakan gagasan mengenai dasar negara yang disebutnya
sebagai Pancasila yang kemudiannya menjadi dasar (ideologi) Negara Kesatuan Republik Indonesia.
3.2 Parti Komunis Indonesia (PKI)
Pengaruh komunis mula menyerap masuk ke Indonesia dengan kehadiran seorang buruh daripada Belanda
pada tahun 1913 iaitu Hendricus Josephus Franciscus Marie Sneevliet juga merupakan bekas ahli Social
Democratische Arbeider spartij (SDAP).2
Sneevliet bersama B.J.A Bransteder, H.W. Dekker, P. Bergsma telah menubuhkan Indische Social
Democratische Vereniging(ISDV) yang memperkenalkan idea Maxisme dan mengajarkannya kepada
masyarakat Indonesia untuk menetang penjajah.3
ISDV telah menyusup ke dalam Sarekat Islam dan mempengaruhi ahli Sarikat Islam dengan fahaman
Maxisme termasuk Samaun dan Darsono.
Oleh itu, berlaku perselisihan antara ahli-ahli Sarekat Islam sehingga adanya perpecahan antara mereka.
Pada Kongres ISDV di Semarang bertarikh 23 Mei 1920, nama organisasi ini diubah menjadi Perserikatan
Komunis di Hindia. Semaun diangkat sebagai Presiden parti sementara Darsosno sebagai Timbalan Presiden.
Setiausaha, Bendahari dan tiga dari lima Ahli Jawatankuasa pula terdiri dari orang Belanda. Pada tahun
berikutnya, namanya ditukar lagi kepada Parti Komunis Indonesia (PKI). 4 Dengan slogan satu benteng,

satu tentera, satu front bersama mempertahankan kepentingan rakyat.5

Dalam tahun 1923, PKI mula mengembangkan tenaganya di seluruh Kepulauan Indonesia.
Selepas kongres bulan Jun 1924, PKI dengan giat berusaha untuk membangunkan Sarekat Islam.
Dalam tahun 1922-1926, PKI sangat giat melancarkan permogokan dan kekacauan untuk menggulingkan
kerajaan Belanda dan menubuhkan Republik Komunis Indonesia. 6
3.3 Pihak Militeri (TNI)
Badan Keselamatan Rakyat (BKR) yang dibentukkan dalam persidangan Jawatankuasa Penyediaan
Kemerdekaan Indonesia (PPKI) pada 22 Ogos 1945 dan diumumkan oleh Presiden Sukarno pada 23 Ogos
1945 bukannya sebuah angkatan tentera yang rasmi.

M.C. Ricklefs, Sejarah Indonesia Modern, Yogyakarta. Gajah Mada University Press, 2005,hlm. 260.
Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Nasional Indonesia V, Jakarta: Bahagian
Pendidikan Dan Kebudayaan,1993, hlm. 198.
4
M.C.,Ricklefs. op.cit. hlm.265
5
Ruth McVey,The Communist Uprising of 1926-1927 in Indonesia: Key Documents,Ithaca: Cornell University Press,
1960,hlm.xxi.
3

Akhirnya,pada 5 Oktober 1945, BKR diubah menjadi Tentara Keamanan Rakyat (TKR). Pada tanggal 7
Januari 1946, Tentara Keamanan Rakyat berganti nama menjadi Tentara Keselamatan Rakyat. Kemudian
pada 24 Januari 1946, diubah lagi menjadi Tentara Republik Indonesia (TRI).
TNI terlibat secara langsung dalam politik Indonesia lebih kurang 32 tahun sehingga pemerintahan Suharto
Kedudukan TNI dalam sistem pemerintahan Indonesia dapat dilihat pada Kabinet antara 9 April 1957
sehingga 10 Julai 1959 dimana terdapat tiga orang Menteri pada masa itu adalah daripada kalangan
militari.7
Bagi menjalankan peranan politik militari ini telah didokong oleh territorial dan menyebabkan munculnya
kekuasaan autokratik yang menghalang tumbuhnya masyarakat sivil dan perkembangan demokrasi.
Akibatnya, timbul kritikan, protes dan penentangan dari masyarakat.

Kahin, G. Mct,Major Governments Of Asia,Ithaca: (TP),1958,hlm.274.

Vous aimerez peut-être aussi