Vous êtes sur la page 1sur 12

Dari segi sejarah , negara telah dijajah selama lebih kurang 446 tahun , bermula

dengan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Selepas
itu , penjajahan diikuti dengan Belanda , Inggeris , Jepun dan Portugis semula. Negeri
Siam juga pernah menjajah beberapa negeri utama di Tanah Melayu. Di kalangan
penjajah ini , secara perbandingannya , penjajah akan meninggalkan pengaruh yang agak
kuat ke atas Negara ini , khususnya yang berkaitan dengan sistem pentadbiran , ekonomi ,
dan pendidikan. Penjajah Inggeris dan Jepun juga meninggalkan kesan pada hubungan
etnik di negara ini. Oleh yang demikian pengetahuan tentang penjajahan adalah penting
untuk memahami situasi negara sekarang.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun
inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke
tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun
1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan
paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang
sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar
negeri. Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah membawa
kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada pegawaipegawai yang dilantik oleh pihak British untuk mentadbir dan menguruskan semua aspek
pentadbiran negeri-negeri Melayu kecuali pengurusan agama Islam dan juga adat resam
orang-orang Melayu.
Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya
negeri-negeri Melayu di bawah penguasaan British. Penyerahan kuasa ini dibuat secara
rela oleh raja-raja Melayu dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian
pencen kecil yang diberikan oleh kerajaan British.
British mencampuri hal ehwal negeri-negeri Melayu di atas dorongan ekonomi.
Pihak British perlukan keamanan dan kemakmuran di Tanah Melayu khususnya dan di
Selat Melaka amnya, untuk mempastikan perdagangan mereka berkembang dengan
pantas. Selat Melaka mula menjadi laluan penting dengan peningkatan jumlah dagangan
antara negeri China dengan Eropah dan negeri China dengan India.

Ancaman Lanun akan menyebabkan kapal memesongkan laluan ke Selat Sunda,


dan akan menaikkan Batavia (Jakarta) sebagai pelabuhan dan akan menjatuhkan
kepentingan Pulau Pinang dan Singapura. Perbalahan dan peperangan di kawasankawasan lombong sekiranya tidak dikawal akan menjejaskan bekalan timah dan
membolehkan Belanda di Sumatera dan Perancis di Indo-China untuk memberikan
bekalan alternatif. Nilai perdagangan British ketika itu di Tanah Melayu bernilai lebih 3
juta setahun, dan kebanyakannya dijana oleh modal yang dikeluarkan oleh pelaburpelabur British.
Campur tangan dan seterusnya penjajahan British ke atas Tanah Melayu akan
membuka pasaran baru kepada barangan keluaran British yang akan membawa kepada
kemewahan lebih untuk pengeluar-pengeluar British. Dengan kehilangan monopoli
perdagangan dengan China, pedagang-pedagang di Negeri-Negeri Selat melihat negerinegeri Tanah Melayu sebagai peluang pelaburan yang baik dalam industri perlombongan
dan pertanian sekiranya keamanan dapat dijamin. Ini hanya dapat dicapai dengan campur
tangan British di Tanah Melayu. Pihak British menekankan bahawa campur tangan
mereka di negeri-negeri Tanah Melayu membawa kebaikan kepada rakyat Tanah Melayu
dengan membawa keamanan dan sistem pentadbiran yang baik.
Menjelang tahun 1883, selepas campur tangan British, negeri-negeri Tanah
Melayu menjadi pengeluar terbesar bijih timah di dunia. Menjelang tahun 1900, Tanah
Melayu mengeluarkan 55% daripada pengeluaran timah dunia. Kejayaan ini memberikan
justifikasi kepada campur tangan British di negeri-negeri Tanah Melayu.
Campur tangan British juga membawa pembangunan kepada Tanah Melayu
dengan pesat. Perhubungan kereta api dibina dalam tahun 1885 untuk menghubungkan
Port Weld (sekarang ini Kuala Sepetang) dengan Taiping, walaupun sebab utamanya
adalah untuk menyenangkan pengeksportan timah dan bukannya untuk manfaat rakyat
tempatan.

Perhubungan jalan raya utama di Tanah Melayu dibina untuk menghubungkan


bandar-bandar perlombongan seperti Seremban, Kuala Lumpur, Ipoh dan Taiping. Ini
jelas menunjukkan pembangunan yang dibuat oleh pemerintah British sebenarnya adalah
untuk memudahkan eksport bijih timah ke Britain, untuk menguatkan kedudukan Britain
di mata dunia.
Kerajaan colonial British juga membuka sekolah-sekolah untuk melatih anakanak tempatan bagi pengisian jawatan-jawatan perkeranian di dalam sektor awam dan
swasta. Sekolah-sekolah seperti Sekolah King Edward VII Taiping dibuka untuk
memberikan pendidikan untuk membolehkan rakyat tempatan memegang jawatanjawatan rendah di dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta, tetapi tidak mementingkan
pelajaran di peringkat tertinggi. Maktab Melayu Kuala Kangsar dibuka untuk
membolehkan anak-anak bangsawan Melayu mendapat latihan untuk memegang jawatanjawatan peringkat pertengahan dalam perkhidmatan kerajaan kolonial British.
Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu
bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu
Bersekutu yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
telah ditubuhkan. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi NegeriNegeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan
kepentingan bersama dengan Pemerintah Inggeris.
Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu, atau lebih
dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13 - 17 Julai 1897 di Istana
Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Durbar timbul daripada perkataan UrduParsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan
atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai
British di India pada masa dahulu.
Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM
Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad

(Negeri Selangor), DYMM Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri


Sembilan), dan DYMM Sultan Ahmad (Negeri Pahang).
Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-Negeri
Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham
(pengerusi mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford,
Residen Inggeris di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H.
Treacher, Residen Inggeris di Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali
hingga tahun 1939.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya
ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor,
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi
Majlis-Raja-Raja. Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari
1948 di Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan
Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan
Tanah Melayu. Antara Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah
diadakan sebanyak 50 kali.
Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri Melaka
dan Pulau Pinang turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawak apabila
Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas
merdeka telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh DYMM
Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis. Mesyuarat Majlis
Raja-raja ke-125 pula diadakan pada 15 - 16 Oktober 2008 di Terengganu.
Walaupun dikatakan bahawa sebab utama penubuhan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh negeri Pahang namun
penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga bertujuan meningkatkan kecekapan
pentadbiran , kesegaraman dan mengawal kuasa residen disamping mencapai matlamat
yang tersirat iaitu unutk memudahkan lagi pihak Inggeris mengeksploitasi ekonomi
negeri-negeri Melayu.

Kesan daripada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah:


Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral. Sultan-sultan mulai kehilangan kuasa di
dalam Negerinya. Kebanyakkan jawatan dalam jabatan-jabatan kerajaan dipegang oleh
pegawai-pegawai Inggeris. Akibat daripada kemantapan pentadbiran , keadaaan ekonomi
menjadi stabil dan ramai pelabur telah melabur dalam perusahaan bijih timah dan getah.
Seterusnya berlaku pertambahan penduduk yang pesat ekoran kemasukkan buruh-buruh
daripada China dan India untuk bekerja di lombong-lombong timah dan ladang-ladang
getah. Bagaimanapun aktiviti-aktiviti ekonomi hanya menguntungkan pengusahapengusaha asing sedangkan penduduk tempatan masih terbiar.
Setelah menghadapi kemelesetan ekonomi akibat daripada kemelesetan ekonomi
dunia pada tahun 1925 , Inggeris mengemukakan cadangan untuk mengadakan
desentralisasi sebagai langkah untuk mengagihkan kuasa pusat (iaitu langkah berjimat
cermat) kepada negeri-negeri. Motif ekonomi masih menjadi punca kepada tindakan
Inggeris. Bagaimanapun Inggeris mempunyai motif disebalik tindakannya iaitu
keinginannya untuk membentuk Persatuan Tanah Melayu(PTM). Disentralisasi
merupakan strategi untuk menarik ahli-ahli Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
dalam usaha membentuk Persatuan tersebut. Dengan PTM , penguasaan Inggeris ke atas
kesemua negeri Melayu akan dipermudahkan lagi. Bagaimanapun , rancangan
pengagihan kuasa terpaksa dihentikan pada tahun 1941 apabila Jepun menyerang Tanah
Melayu.
Kesan utama yang ditinggalkann oleh penjajahan British dapat dilihat dalam
bidang pendidikan iaitu apabila pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah
Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan
tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya,
muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme.
Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi
masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti
Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang
bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.

Penjajahan Inggeris telah banyak meninggalkan kesan ke atas negara ini. Dari
segi sejarah , pada tahun 1600 , pedagang-pedagang Inggeris telah menubuhkan Syrikat
Hindia Timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China. Lama
kelamaan Syarikat tersebut mula berminat dengan gugusan kepulauan Melayu setelah
perdagangan dengan China tidak begitu menguntungkan , selain dari tujuan unutk
mencari pangkalan yang bebas daripada serangan lanun. Pada 11 Ogos 1786 , Francis
Light menduduki Pulau Pinang dengan memberikan janji kosong kepada Sultan Kedah.
Pada 6 Februari 1819, Stamford Raffles pula telah menduduki Pulau Singapura setelah
membuat perjanjiandengan Temmengung Abdul Rahman. Bermula dari sini dari masa ke
semasa penjajah Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu.
Kesan daripada pengambilan Singapura telah menimbulkan kemarahan oleh pihak
Belanda lebih-lebih lagi apabila Singapura menjadi sebuah pelabuhan yang maju. Namun
masalah dengan Belanda dapat diselesaikan apabila temeterai perjanjian antara pihak
British dengan Belanda pada 17 March 1824. Perjanjian Inggeris-Belanda telah
meninggalkan kesan penting sehingga hari ini , antaranya:
Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua linkungan pengaruh iaitu pengaruh British
dan pengaruh Belanda. Perjanjian ini mempengaruhi corak tanah jajahan Inggeris dan
Belanda di Kepulauan Melayu dalam abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Perpecahan Empayar Johor-Riau . Empayar Johor berakhir apabila Singapura dan Tanah
Besar Johor jatuh ke tangan British , sementara itu Kepulauan Riau jatuh ke bawah
pengaruh Belanda.
Persaingan kuasa antara Belanda dan Inggeris semakin bertambah senang lebih-lebih
lagi apabila Singapura bertambah maju menjadi sebuah pelabuhan bebas antarabangsa
dan pelabuhan entreport yang penting di Gugusan Kepulauan Melayu.
Adalah jelas bahawa akibat Perjanjian Belanda-Inggeris , Kepulauan Melayu telah
dipecahkan mengikut kehendak penjajah dan kesannya pada hari ini ialah terdapatnya
negara Malaysia dan Negara Indonesia yang berbekal dari segi politik dan kesan
pengaruh penjajah.

Untuk melindungi dan memperkembangkan perdagangannya , penjajah Inggeris


pada tahun 1826 telah menyatukan Pulau Pinang , Melaka dan Singapura ke dalam satu
unit pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat. Ketiga-tiga negeri ini
semakin bertambah maju dan berkembang pesat , khususnya dari segi pertanian niaga ,
seperti rempah (lada hitam dan buah pala)ubi kayu dan gambir. Sementara itu negerinegeri Melayu yang lain diperintah oleh raja masing-masing.
Untuk mengukuhkan lagi kedudukan Inggeris di Tanah Melayu beberapa usaha
telah dilakukan , khususnya di dalam bidang pentadbiran. Antara usaha yang utama ialah
memperkenalkan sistem residen iaitu di Perak (1874), Selangor(1874), Sungai
Ujung(1874), Pahang(1888), Negeri Sembilan(1895), dan Johor (1913).
Dari segi politik , walaupun keamanan dapat dipulihkan namun system residen di negerinegeri berkenaan telah terjejas. Sultan tidak lagi menjadi pemerintah yang berkuasa
mutlak dan pembesar-pembesar hilang hak tradisi mereka. Oleh kerana residen terlalu
berkuasa , maka mereka mentadbir menggunakan cara mereka tersendiri. Dari segi
ekonomi pula , kebaikannnya ialah pelabur mendapat galakan , disertai dengan
pengusahaan bijih timah dimajukan dan tanaman-tanaman baru seperti kopi dan getah
diperkenalkan.
Disebalik kajayaan dalam bidang ekonomi , berlaku pula ketidakseragaman dan
ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan antara negeri. Pelabur banyak berlaku di
kawasan -kawasan yang menguntungkan dari segi ekonomi seperti di kawasan
perlombongan bijih dan bandar-bandar. Dengan demikian golongan imigran dan pelaburpelabur barat memonopoli sumber-sumber ekonomi sedangkan kaum peribumi
(masyarakat tempatan) tidak ketinggalan. Disebalik kajayaan dalam bidang ekonomi ,
berlaku pula ketidakseragaman dan ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan
antara negeri. Pelabur banyak berlaku di kawasan -kawasan yang menguntungkan dari
segi ekonomi seperti di kawasan perlombongan bijih dan bandar-bandar. Dengan

demikian golongan imigran dan pelabur-pelabur barat memonopoli sumber-sumber


ekonomi sedangkan kaum peribumi (masyarakat tempatan) tidak ketinggalan.
Dari segi sosial , berlakunya kepesatan penyediaan infrastruktur seperti
perhubungan , kesihatan , telegraf , pos , bekalan air , sekolah dan lain-lain lagi.
Tetapi kebanyakan infrastruktur disediakan di kawasan -kawasan yang terdapat
kepentingan ekonomi Inggeris seperti di bandar-bandar dan kawasan-kawasan ekonomi
sedangkan di kawasan-kawasan lain misalnya di luar Bandar yang majoriti penduduknya
adalah kaum peribumi , kemudahan-kemudahan ini tidak disediakan. Kedatangan kaum
imigran , khususnya daripada China dan India pula menyebabkan pertambahan penduduk
yang pesat. Namun hubungan antara mereka dengan penduduk tempatan adalah renggang
sehingga mengakibatkan kewujudan perbezaan dan jarak sosial diantara mereka.

Tanah Melayu pernah menjalankan Undang-undang Islam suatu masa dahulu.


Tetapi selepas kedatangan penjajah British, Undang-undang Islam telah dirungkai dan
diturunkan pangkat, kemudian diganti dengan Undang-undang British. Berikut adalah
antara kesan-kesan negatif penjajahan barat terhadap Undang-undang Islam; Wujud
dualisme dalam sistem perundangan di Malaysia iaitu Sivil dan Syariah. Mahkamah
Syariah dikeluarkan daripada hirarki Mahkamah Persekutuan. Ia diletakkan di bawah
kuasa negeri. Undang-undang Persekutuan telah membataskan kuasa Mahkamah Syariah.
Undang-undang British digunakan sepenuhnya dalam Mahkamah Sivil. Undang-undang
Islam dihadkan bidang kuasanya hanya dalam hal kekeluargaan, pewarisan dan kesalahan
jenayah yang sangat terhad. Raja Melayu sebagai ketua Agama Islam negeri mempunyai
kuasa yang terhad. Undang-undang British telah mempengaruhi Sistem Kehakiman.
konsep sains dan falsafah moden telah semakin mendapat tempat dalam kerangka
pemikiran Melayu bermula pada awal abad ke-20 ini. Pembudayaan budaya fikir tersebut
dalam alam fikir Melayu pada mulanya berlaku dalam program kolonial. Pembudayaan
tersebut berterusan sehingga negara mencapai kemerdekaan. Proses pembudayaan
tersebut bertambah giat lagi dalam program pendidikan pasca-Merdeka, terutamanya
pada akhir 60an dan awal 70an. Pada ketika itu program-program pendidikan yang

menekankan pembelajaran sains secara intensif kepada anak-anak Melayu dijalankan.


Pada akhir tahun 70an dan awal 80an boleh di katakan bahawa program tersebut telah
berjaya melahirkan satu masyarakat Melayu yang mempunyai budaya fikir sains yang
tidak wujud sama sekali sebelum itu. Di kalangan mereka juga mungkin wujud keadaan
di mana konsep sains dan kosmologi sekular moden seolah-olah telah menggantikan
kerangka idea dan kosmologi tradisional. Tegasnya, nilai-nilai asas, estetik, sosial dan
juga kepercayaan Melayu (lama?) telah digantikan dengan kosmologi dan semiotik sains
moden. Sekurang-kurangnya kita boleh menjangkakan bahawa di kalangan kelompok
mereka jugalah biasanya konsep sains dan falsafah moden mendapat tempat yang
istimewa. Hal ini dianggap sebagai suatu detik serta tanda sosial dan psiko-intelektual
yang agak unggul dalam sejarah umat Melayu.
Pertembungan alam Melayu dengan tamadun luar sama ada Timur atau Barat
telah menghasilkan beberapa perubahan dalam budaya fikir dan kosmologi Melayu.
Namun demikian perubahan-perubahan tersebut mungkin tidak seragam dan kadang kala
tidak begitu ketara apabila diperhatikan pada anggota masyarakat Melayu dalam kontekskonteks tertentu. Pertembungan antara budaya fikir Melayu dan Barat dikira amat penting
kerana berlaku dalam fasa terkemudian berbanding dengan tamadun Hindi dan Asia yang
lain. Pertembungan tersebut dapat dicamkan melalui beberapa fasa utama. Misalnya,
pertembungan terawal ialah dengan kedatangan orang Portugis ke alam Melayu, yang
bermula di Selat Melaka dan berakhir dengan tragedi kejatuhan keseluruhan jajahan
Melaka ke tangan "Benggali Putih." Namun begitu penjajahan orang Portugis tidak
mendatangkan kesan yang ketara kepada budaya fikir dan kosmologi Melayu. Begitu
juga halnya dengan Belanda yang menduduki Melaka selepas Portugis. Pengaruh
Belanda ke atas budaya fikir Melayu hampir tidak kelihatan langsung. Bagaimanapun
pengganti Belanda di Melaka dan jajahan Semenanjung Melayu, iaitu British
meninggalkan kesan yang agak berbeza sekali berbanding dengan penjajah Eropah
terawal yang lain.
Kebanyakan orang cenderung untuk memberi alasan bahawa British telah
menguasai politik dan ekonomi Tanah Melayu hampir lebih 200 tahun semenjak abad ke18 hingga pertengahan abad ke-20. Oleh itu mengikut pendapat tersebut tidak hairanlah

sekiranya mereka meninggalkan kesan yang sangat mendalam ke atas budaya fikir
tempatan. Walau pun terdapat sedikit kebenaran di sini, namun kita akan lihat nanti
bahawa dalam sejarah pembentukan budaya fikir tradisional, pengaruh Inggeris langsung
tidak kelihatan. Hanya pada abad ke-20 barulah budaya fikir Inggeris didapati
meninggalkan kesan yang agak ketara ke atas minda Melayu. Lagi pun penguasaan
politik yang sekian lama sahaja belum cukup untuk mendatangkan kesan kepada tradisi
dan budaya fikir setempat. Alasan lain yang lebih menarik ialah penguasaan British
tersebut dilakukan bukan sahaja melalui kuasa ketenteraan dan politik malahan dengan
pelbagai cara yang melibatkan penguasaan mental serta budaya fikir. Tegasnya, mungkin
yang paling menarik tentang penjajahan British ialah penggunaan instrumen pendidikan
dan intelektual bagi meluaskan dan memantapkan kolonialisme mereka di Tanah Melayu.
Ketika orang British menjejakkan kaki di Nusantara Melayu, beberapa perubahan
penting berlaku yang menentukan arus perjalanan sejarah intelektual British, khususnya,
dan Eropah amnya. Kepulauan British merupakan satu-satu tempat yang menjadi pusat
dan punca revolusi ilmiah, yang di kenali sebagai revolusi saintifik. Revolusi ini pada
awalnya diasaskan pada tulisan dan pemikiran tokoh-tokoh antaranya seperti Francis
Bacon (1561-1626), Thomas Hobbes (1588-1679), Robert Hooke (1635-1702) John Ray
(1627-1705), John Locke (1632-1704), Issac Newton (1642-1727) dan David Hume
(1711-1776). Revolusi mental tersebut merubah keseluruhan budaya fikir barat, dari
kaedah mencari ilmu, punca ilmu dan matlamat ilmu hingga ke persepsi terhadap asal
usul manusia dan alam. Proses perubahan ini berlangsung dan dimantapkan lagi pada
abad ke-19. Perubahan yang ketara pada budaya fikir ketika itu ialah penghayatan
positifisme dan materialisme sebagai teras falsafah dan metafizik sains. Perubahan ini
pula membuka jalan bagi pemupukan logik simbolik sintatik dan emperisme logikal.
Kesemua itu seolah-olah bagi menyediakan tapak kemunculan epistemologi Turing
(epistemologi komputer). Epistemologi ini berakar umbi dari pemikiran tokoh ilmiah dan
matematik Inggeris seperti Alan Turing (1912-1954), Charles Babbage (1719-1871) dan
juga George Boole (1815-1864). Epistemologi Turing merupakan teras kepada
epistemologi Teknologi Maklumat abad ke-20.

Pemikiran yang diasaskan oleh tokok-tokoh Inggeris yang tersebut tadi menguasai
budaya fikir Inggeris. Sehinggakan tidak ada mereka yang terpelajar dan cendekiawan
semasa Inggeris yang tidak dipengaruhi sedikit sebanyak oleh tradisi pemikiran tersebut.
Manakala penghantaran para pegawai kolonialisme yang terlatih dan terpelajar semakin
bertambah berbanding dengan jumlah pegawai tentera. Para pengkaji ilmiah seperti AR
Wallace (1823-1913) yang bertanggungjawab bersama-sama C.Darwin (1809-1882)
mencetuskan faham dan "teori evolusi" merupakan antara ribuan pegawai kolonialisme
ilmiah yang turut datang ke rantau ini. Di samping itu masyarakat Melayu mula dikaji
secara saintifik: dari rangka sosial hingga ke rangka tenggorak mereka. Dalam masa yang
sama, Masyarakat Melayu mula dikawal secara saintifik sebagaimana alam tabii di kawal
oleh orang british melalui kaedah saintifik. Perubahan dalam falsafah sosial, misalnya
kepada falsafah liberal seperti yang dipopularkan oleh Jeremy Bentham (1748-1832)
(juga pengasas Universiti London) pula turut meresap ke dalam doktrin sosial dan politik
abad ke-19 British. Walau pun pada mulanya kesan doktrin liberal tersebut hanya
berlegar sekitar kepulauan British, tetapi sedikit demi sedikit ianya turut membawa kesan
kepada corak politik di tanah jajahan. Di semenanjung perubahan ini dapat dikesan
apabila sekolah-sekolah kolonial mula dibuka kepada anak-anak tempatan. Hal ini
menjadi lebih ketara pada akhir abad ke-19 dan awal ke-20 apabila sistem pendidikan,
perubatan dan saintifik terus diperluas kepada orang Melayu. Perubahan ini merupakan
antara punca yang membawa kesan ketara dalam pertembungan budaya fikir Melayu
dengan Inggeris.
Kedatangan British semenjak awal abad ke-18 lagi berbekalkan jentera berat;
dari kelengkapan tentera hingga ke kelengkapan awam. Semenjak zaman itu lagi orang
Melayu kerap dipegunkan dengan jentera dan teknologi yang dibawa bersama mereka.
Kapal laut besi, jentera wap, kapal korek (perlombongan) dan keretapi merupakan antara
artifak teknologi yang mendatangkan kesan mendalam dan mengubah lanskap fizikal
serta sosial semasa. Di samping itu perubatan kolonial (yang mampu menyembuhkan
pelbagai penyakit dengan cepat) dan sains pertanian kolonial (yang mampu menyuburkan
tanaman seperti pokok getah dari Amazon yang tidak pernah tumbuh di semenanjung).
Hal-hal seperti itu mampu bukan sahaja memukau sesetengah daripada masyarakat

Melayu terutama dari kelas bangsawan malahan juga menyakinkan mereka betapa
hebatnya budaya fikir Inggeris. Dari kelas ini datangnya anak Melayu yang pertama
terdidik dalam budaya fikir Barat, manakala masyarakat awam lain masih lagi
berpendidikan tradisional yang berteraskan agama. Kembali kepada hal teknologi
kolonialisme tersebut, adalah jelas ianya telah dapat mendatangkan perubahan yang
ketara dalam gaya hidup dan rentak kerja ketika itu terutama mereka yang tinggal
berhampiran bandar-bandar besar. Jentera wap dapat melakukan kerja-kerja lebih cepat
dan lebih kuat daripada puluhan dan ratusan pekerja dan haiwan, manakala keretapi dapat
mengangkut lebih berat daripada gajah dan berlari lebih laju daripada kuda. Bagi
golongan masyarakat yang terdedah kepada artifak teknologi tersebut pandangan dan
budaya fikir mereka adalah amat berbeza daripada mereka yang tidak terdedah.
Mengenang kembali perubahan yang telah berlaku kita dapati budaya fikir
sekularis tidak berjaya mempengaruhi kosmologi tradisional Melayu. Namun bermula
pada awal abad ke-20 konsep sains dan falsafah moden telah semakin mendapat tempat
dalam kerangka pemikiran Melayu. Sekurang-kurang hal ini berlaku di kalangan
segelintir kelompok elitis Melayu yang kemudiannya menguasai arus politik dan
ekonomi negara. Kita perhatikan bahawa pembudayaan sains dalam kerangka budaya
fikir Melayu pada mulanya berlaku dalam program kolonial dan berterusan selepas pasca
kolonial. Pembudayaan tersebut terutamanya bertambah giat lagi dibawah program
pendidikan pasca-Merdeka. Terutamanya pada akhir 60an dan awal tujuh puluhan,
program-program pendidikan sains secara intensif kepada anak-anak Melayu digiatkan
lagi. Menjelang akhir tahun 70an dan awal 80an program tersebut boleh dikatakan telah
berjaya melahirkan satu masyarakat saintis Melayu dan komuniti cendekiawan Melayu
yang mempunyai scientific literacy atau scientific consciousness yang tinggi. Kita boleh
menjangkakan bahawa dikalangan mereka inilah biasanya konsep sains dan falsafah
moden mendapat tempat yang paling istemewa. Di kalangan mereka juga mudah berlaku
keadaan dimana konsep sains dan kosmologi sekular moden telah menggantikan
kerangka idea dan kosmologi tradisional Melayu (lama?).

Vous aimerez peut-être aussi