Vous êtes sur la page 1sur 21

Abstrak

Jika dilihat di dalam konteks pendidikan di Malaysia, penyelidikan dan kajian tentang
kecerdasan emosi masih kurang dilakukan. Pembelajaran sosial dan emosi dalam
kurikulum di sekolah-sekolah negara ini dilaksanakan secara tidak langsung dan ia
tidak dijadikan sebagai satu subjek atau perkara yang khas.
Individu yang mempunyai EQ tinggi mencapai prestasi kepimpinan yang lebih tinggi
daripada sudut kecekapan sosial, keberkesanan peribadi, dapat mengawal tekanan,
lebih berdikari dan boleh diharapkan dalam kerja mereka. Apa yang menarik menurut
pendapat para pemimpin yang berjaya di dunia, kebanyakan mereka mengatakan IQ
mereka berada pada tahap sederhana manakala EQ mereka berada di tahap yang
tinggi.
Pengenalan
Kecerdasan Emosi
Konsep EQ atau Emotional Intelligence atau kecerdasan emosi ini adalah
satu konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran
terhadap emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan boleh berinteraksi
dengan kecerdasan mental atau IQ. Goleman menyatakan bahawa 80% kejayaan
seseorang adalah bergantung kepada EQ atau kecerdasan emosinya berbanding
dengan cuma lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau kecerdasan
mentalnya.
Kecerdasan emosi didapati dapat mengurangkan jurang perselisihan ini. Kecerdasan
emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan
emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah
beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga,
lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang
sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan
pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia

yang semakin moden dan maju kini . Kecerdasan emosi mempunyai ciri-ciri seperti
empati iaitu memahami orang lain secara mendalam ,mengungkapkan dan
memahami perasaan, mengendalikan marah , kemandirian iaitu berdiri dengan
sendiri atau berdikari , disukai oleh orang lain , semangat setiakawan , keramahan,
kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang
berada di sekeliling , sikap hormat-menghormati dan mampu untuk menyesuaikan
diri .
Kepentingan Kecerdasan Emosi Dalam Pengajaran Pendidikan Moral
Keupayaan Individu Dalam Kompetensi Personal
Seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi dalam kompetensi personal
seharusnya mempunyai keupayaan-keupayaan seperti berikut :

a)

Keupayaan mengenalpasti emosi yang dialami .


b) Mengenalpasti perasaan orang lain dan bagaimana ianya memberi kesan ke atas
pencapaian .
c) Mendapatkan maklum balas dan belajar daripada kesilapan .
d) Pasti dengan nilai dan keupayaan individu.
e)Mengenalpasti kekuatan dan batasan
Keupayaan Individu Dalam Kompetensi Sosial
Seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi dalam kompetensi sosial
seharusnya mempunyai keupayaan-keupayaan seperti berikut :
a)Menyedari keperluan orang lain untuk membangun dan meningkatkan
keupayaan sendiri .
b) Mengunakan pelbagai taktik yang berkesan untuk memujuk orang lain.
c) Keupayaan membaca perubahan emosi selaras dengan perubahan politik
semasa.

d) Boleh menjangka, mengenalpasti dan memenuhi keperluan individu.


e) Membina peluang-peluang melalui pelbagai ragam manusia.
f) Memimpin kumpulan dan perseorangan ke arah matlamat yang sama .
g) Menghantar maklumat yang jelas dan menyakinkan, mewujudkan suasana
keterbukaan atau telus.
h) Menyedari perasaan dan perspektif orang lain, dan menunjukkan minat dan
mengambil berat tentang orang lain.
Di dalam aspek kesedaran kendiri , ia merangkumi kesedaran emosi, kesedaran
ketepatan kendiri, keyakinan diri, penghormatan kendiri dan kesejahteraan.
Pengurusan kendiri merangkumi kawalan emosi, kebolehsuaian, kebolehpercayaan,
ketekunan daya usaha, berorientasikan pencapaian, initiatif dan optimis.
Kesedaran sosial lebih tertumpu kepada perhubungan sosial. Ia merangkumi aspek
pembangunan individu, sikap empati, kesedaran organisasi, berorientasikan
perkhidmatan dan melayani kepelbagaian. Sementara itu, kompetensi sosial
merangkumi aspek kepimpinan berinspirasi, komunikasi, pengaruh, pemangkin
perubahan,
berpasukan.

pengurusan

konflik,

pembinaan

perhubungan

dan

sikap

kerja

Nilai-nilai Moral Dalam Kompetensi Personal


Nilai Harga Diri -

Pelajar yang mencapai kecerdasan emosi yang tinggi akan lebih

memahami emosi sendiri dan orang lain. Oleh itu, ia akan lebih mempunyai
keyakinan yang tinggi serta sanggup menjaga maruah diri.
Nilai Kejujuran- Pelajar akan terfikirkan kewajipannya untuk bercakap benar,
bersikap

amanah

dan

ikhlas

dalam

setiap

perlakuan

demi

mengekalkan

perhubungan yang baik dengan orang di sekelilingnya.


Nilai Baik Hati -

Pelajar mempunyai kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan

diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara
tulus ikhlas. Mereka saling membantu sebagai tanda baik hati. Pertolongan diberi
demi kebaikan bersama.
Nilai Kerajinan - Pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi mempunyai komitmen
dan usaha yang berterusan penuh dengan ketekunan, kecekalan , kegigihan,
dedakasi dan berdaya maju dalam melakukan tanggungjawab yang telah
diamanahkan.
Nilai Berdikari - Pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi dapat berdikari dan
sanggup mendisiplinkan diri

untuk

melakukan sesuatu perkara. Dia juga

berkeyakinan bahawa dirinya mampu melakukan perkara yang telah diberikan


kepadanya.
Nilai Kebersihan - Pelajar mampu menjaga kebersihan diri sendiri untuk memberi
penghormatan kepada dirinya dan orang lain. Pelajar sebegini juga akan menjaga
kebersihan alam sekitar.

Dia juga mempunyai kesihatan emosi dan boleh

berinteraksi dengan orang lain dengan pertuturan dan tingkah laku yang baik.

Nilai-nilai Moral Dalam Kompetensi Sosial


Nilai Berterima Kasih

Pelajar sentiasa berasa bersyukur dan sanggup

mengucapkan terima kasih kepada orang lain. Mereka mempunyai perasaan dan
perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu
jasa, sumbangan atau pemberian dari orang lain.
Nilai Hormat

- Pelajar tersebut menunjukkan semangat kenegaraan terhadap

bangsa, agama dan negara. Mereka juga akan taat dan hormat kepada pemimpinpemimpin negara. Mereka mempunyai perasaan sayang dan bangga kepada negara
serta meletakkan kepentingan negara melebihi

kepentingan diri.

Mereka juga

mempunyai semangat kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dan berterusan di


kalangan rakyat Malaysia dan masyarakat global.
Nilai Kasih Sayang

- Pelajar berperasaan cinta yang mendalam serta berkekalan

yang lahir daripada hati yang ikhlas kerana sayangkan diri sendiri dan orang lain
seperti rakan, ahli keluarga, jiran dan ahli-ahli komunitinya demi mengekalkan
keharmonian masyarakat. Pelajar pelajar ini juga akan lebih mencintai dan
menghargai alam sekitar serta prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan
alam sekitar.
Nilai Kerjasama - Pelajar mampu bekerjasama dengan orang lain demi mencapai
satu matlamat yang ditentukan. Dia juga sanggup merendahkan diri untuk
menjayakan tugas walaupun dia berada dalam status yang tinggi. Seperti ketua
kelas, pengawas dan ketua kumpulan.
Nilai Kemasyarakatan - Pelajar sanggup melakukan sesuatu kerja secara
bergotong-royong demi kebajikan dan kebaikan bersama. Dia juga bergaul dengan
jiran-jiran lain dan bertolak ansur antara satu sama lain. Pelajar ini juga prihatin
terhadap peristiwa yang berlaku di sekelilingnya dan sanggup berusaha untuk
menyelesaikannya.

Nilai Toleransi Pelajar sanggup bertolak ansur , sabar dan mengawal emosi diri
bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham serta sanggup
mengurus konflik dengan cara terbaik demi kesejahteraan hidup walaupun mereka
sering berhadapan dengan orang lain yang berlainan fikiran dan pendapat.
Dr.Ismail Zain, mengikut Daniel, kecerdasan emosi adalah situasi di mana aspek
rohani perlu diberi keutamaan dalam kehidupan kita terutamanya dalam situasi
bekerja. Kecerdasan emosi melibatkan proses:- kesedaran kendiri (self-awareness) ,
disiplin kendiri , memahami perasaan dan isi hati orang lain , mempunyai kemahiran
intra dan inter personal yang baik untuk berkomunikasi serta dapat mengawal
perasaan diri sendiri.

Menurut artikel http://www.hafizfirdaus.com., kecerdasan emosi bermula sejak


kecil ,oleh itu, ibu bapa harus mengajar, mendidik serta membimbing kanak-kanak
tentang kecerdasan emosi dengan memberikan contoh teladan yang baik. Bagi
membolehkan kanak-kanak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, guru Pendidikan
Moral seharusnya mengajar dan menerapkan dalam diri kanak-kanak beberapa
aspek seperti berikut:
a) Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara peribadi
ketekunan
b) Mengatasi konflik
c) Membangkitkan rasa humor atau jenaka
d) Memotivasikan diri apabila menghadapi saat-saat yang sulit dan genting
e) Membina hubungan persahabatan yang baik dan harmonis
f) Bekerja dalam kumpulan secara harmonis

Proses yang disebutkan di atas adalah penting ke arah mewujudkan suasana


pembelajaran yang menyeronakkan serta melahirkan masyarakat penyayang.
Ketenangan dan keseronokan adalah merupakan salah satu daripada keperluan
asas manusia. Perasaan tenang dan seronok bukan sahaja ingin dikecapi oleh
pelajar-pelajar di rumah tetapi juga di sekolah. Ini boleh dikecapi melalui suasana
mesra yang dapat dijalinkan dalam satu pasukan yang mempunyai semangat
kekitaan. Sementara itu, kelembutan, ketegasan dan kemesraan dalam kehidupan
akan lebih dihormati daripada kekerasan dan paksaan. Kecerdasan emosi dapat
dicapai melalui perhubungan yang mesra, bertindak tidak mengikut perasaan,
menghormati orang lain, serta menyedari bahawa setiap insan mempunyai kekuatan
dan kelemahan masing-masing.
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang hidup dalam
aman dan harmoni. Untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian ini akan
sentiasa berterusan, faktor emosi perlulah dikawal dan dijaga sentiasa. Kecerdasan
emosi pelbagai etnik hendaklah sentiasa diberi penekanan dan dikawal dari kecil
lagi. Begitu juga perbezaan antara gender iaitu lelaki dan perempuan.
Goleman(1995) berkata kecerdasan emosi secara spesifiknya, terdiri daripada empat
konstruk penting. Konstruk-konstruk itu adalah kawalan diri, motivasi/kesedaran diri,
pengurusan emosi dan kemahiran sosial. Konstruk yang pertama adalah kawalan
diri. Ia merujuk kepada kemahiran mengawal tindakan dan perasaan sebelum
melakukan sesuatu perkara. Konstruk yang kedua pula adalah motivasi/kesedaran
diri. Ia merujuk kepada usaha dan daya ketahanan seseorang untuk mencapai
matlamat hidup. Konstruk yang seterusnya adalah pengurusan emosi.
Pelajar yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu
yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan
untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah
menjalinkan persahabatan dengan orang lain. Oleh itu, guru Pendidikan Moral perlu
melatih pelajar mengawal perasaan serta tindakan sendiri dan tidak bertindak secara

meluru

sehingga

menyakitkan

orang

lain

atau

bertindak

ganas

sehingga

mencederakan orang lain.


Pelajar yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang rendah pula akan bertindak
mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya dan mempunyai matlamat hidup
yang kurang jelas. Selain itu juga, individu tersebut kurang mahir mengurus
perasaan negatif serta kurang mahir dalam menjalinkan persahabatan dengan orang
lain. Apabila guru Pendidikan Moral menghadapi pelajar yang tidak mempunyai
kecerdasan emosi, guru perlu mendidik dan memimpin mereka dengan sabar
supaya mengawal perasaan sendiri , berfikir sebelum bertindak, lebih bertimbang
rasa,

bertoleransi

dan

menghormati

pandangan

orang

lain.

___________________________________________________________________
__
Soalan ii)
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral Tahun 2
Perbincangan :
Situasi : Seorang murid perempuan tertumpah warna air ke atas baju seorang murid
lelaki
Guru menerang kepada murid bahawa jika orang lain telah melakukan kesalahan
kepada kita secara tidak sengaja, kita tidak boleh berasa marah, benci dan terus
membalas dendam kepada mereka kerana dia melakukan kesilapan itu secara tidak
sengaja. Bertindak secara meluru akan menjejaskan persahabatan kita dengan
orang lain dan menyebabkan orang lain tidak mahu berkawan dengan kita. Kita perlu
berhemah tinggi dan tolerensi untuk memaafkan orang yang tidak sengaja.
Kecerdasan emosi dipupukkan.
Situasi : Hari gotong-royong di sekolah
Guru menerangkan kita tidak patut bermain atau bergembira sahaja sedangkan
rakan lain sedang bekerja keras menyiapkan tugas. Ini tidak membina semangat

bekerjasama dan tolong-menolong . Kita patut bekerjasama untuk menyiapkan tugas


dahulu sebelum kita bermain. Ini merupakan kompetensi kendiri yang menikmati
kehidupan sendiri dan bersama orang lain serta bergembira dengan mempamerkan
emosi yang positif .
Situasi : Seorang murid mengambil makanan yang banyak dalam jamuan
Guru menerangkan orang yang tamak hanya mementingkan diri sendiri sahaja.
Sikap ini tidak memandang kepentingan orang lain. Ia harus dibendung di dalam hati
murid.Apa yang kita lakukan harus memikirkan perasaan dan kepentingan orang lain
juga. Konpetensi sosial menyedari perasaan dan perspektif orang lain, dan
menunjukkan minat dan mengambil berat tentang orang lain dipupukkan.
Situasi : Lakonan : Menziarahi rumah-rumah kebajikan
Prihatin terhadap orang-orang yang kurang bernasib baik yang tinggal di rumahrumah kebajikan seperti anak yatim , orang tua, orang kurang upaya dan lain-lain lagi
dengan menyumbangkan wang, makanan dan kebendaan kepada mereka kerana
mereka memang memerlukan bantuan kita. Nilai kasih sayang dan belas kasihan
dapat dipupuk di dalam hati murid dan ia membantu membina sikap empati murid.
Situasi : Jiran sedang bersembahyang Azan, apakah reaksi murid ?
Guru berbincang dengan murid, kita perlu bersikap kesederhanaan apabila tinggal
bersama dengan jiran-jiran yang berlainan bangsa dan agama. Kita juga perlu
menghormati adat resam dan kebudayaan mereka dan cuba untuk mengenali adat
resam dan kebudayaan mereka dengan lebih dekat lagi. Rakyat berbagai kaum di
negara ini perlu saling hormat-mengharmati untuk menjamin keharmonian negara.
Situasi : Simulasi : Berbaris untuk menunggu bas awam. Seorang tua menunggu bas
di belakang kamu,apa harus kamu lakukan ?
Menimbulkan kepekaan murid terhadap perasaan dan kebajikan warga tua. Nilai baik
hati ini dapat membantu murid sentiasa prihatin kepada warga tua dan orang-orang

yang lemah dalam masyarakat ini dan bersedia menghulurkan tangan untuk
membantu mereka.
Situasi : Zalina menukar markah peperiksaan daripada 34 kepada 84
Guru menerangkan kita perlu menghadapi teguran yang membina daripada orang
lain secara hati terbuka . Teguran yang membina dapat menmbetulkan kesilapan kita
dan seterusnya membawa kebaikan kepada diri kita. Ini merupakan kompetensi
sosial yang dapat mengurus konflik dan membina perhubungan baik dengan orang
lain.

Hubungan

Kecerdasan

Emosi

Dengan

Kandungan

Kurikulum

dan

Pengajaraan Dan Pembelajaran Pendidikan Moral Tahun 2


Kandungan Kurikulum Tahun 2
Bidang Pembelajaran 1
- Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri
Pembentukan dan pengukuhan peribadi mulia berlandaskan nilai-nilai moral dan
kerohanian,

selaras

dengan

norma

masyarakat

Malaysia

ke

arah

memperkukuhkan kesedaran hati nurani seseorang insan.


Bidang Pembelajaran 2
- Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga
Kewajipan dan tanggungjawab diri dalam menghormati dan menjaga maruah
setiap anggota keluarga demi kebahagiaan dan keharmonian hidup bersama.
Bidang Pembelajaran 3
- Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat
Peranan dan tanggungjawab diri sebagai anggota masyarakat yang menghayati
kepentingan hidup bersama bagi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat..

Bidang Pembelajaran 4
- Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar
Peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta melibatkan diri secara positif
dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Bidang Pembelajaran 5
- Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara
Peranan dan tanggungjawab setiap warganegara mentaati, mematuhi dan setia
kepada negara serta patuh kepada peraturan dan undang-undang untuk
kesejahteraan dan keharmonian negara berdasarkan prinsip Rukun Negara.
Emotional Intelligence (EQ) dan kurikulum Tahun2
Kesedaran kendiri (self-awareness)
Satu kecerdasan emosi yang paling asas adalah keupayaan menyedari satu-satu
perasaan dan dapat memberikanya identifikasi tertentu. Aras ini juga merujuk
kepada kesedaran tentang hubungan antara buah fikiran, perasaan, dan tindakan.
Sedar tentang pemikiran yang mana (jenis apa) yang merangsangkan perasaan
tertentu. Sementara sedar pula apakah perasaan yang akan terbit akibat satu-satu
tindakan itu. Kecerdasan kesedaran kendiri dapat memupuk nilai berkaitan
dengan perkembangan diri.
Mengendalikan emosi (managing emotions)
Adalah penting kita menyedari apa yang sebenarnya berada di sebalik satu-satu
perasaan atau emosi itu. Kepercayaan dan keyakinan mempunyai satu kesan
yang kuat kepada kebolehan seseorang bertindak dan bagaimana satu-satu
tindakan dilakukan. Ramai orang secara berterusan dikuasai atau dipengaruhi
oleh fahaman negatif. Harapan dan rasa optimis, sebaliknya, adalah satu harta
yang amat berguna dalam menjana kejayaan. Adalah penting kita mencari jalan
meredakan perasaan meluap kerana marah atau kecewa. Kita cuba memahami

apa yang akan terjadi apabila emosi amarah menggelodak bila tidak dapat
dikawal. Fikirkan sejenak tentang akibat baik dan buruknya satu perkataan yang
dihamburkan ketika emosi tidak terkawal. Kebolehan mengalihkan emosi kepada
satu-satu yang positif adalah anak kunci kepada kecemerlangan sikap.
Timbangrasa (empathy)
Kebolehan menguasai sesuatu keadaan dan boleh bertindak bijak memerlukan
keprihatinan kita terhadap perasaan orang lain dan melihat sesuatu dari kacamata
orang lain. Timbang-rasa atau empathy yang membolehkan kita mendengar
pendapat orang lain tanpa menjadikan kita terlalu emosi

(emotional) adalah

penting. Kebolehan membezakan apa yang dikatakan oleh orang lain dari
tindakan dan penilaian yang bersifat personal adalah amat penting.
Berhubung (communicating)
Kebolehan menjalin hubungan yang sihat mempunya kesan positif kepada semua
yang terlibat. Sedar tentang apakah jenis perasaan yang cuba dikomunikasikan
kepada orang lain. Kegirangan dan pengharapan adalah saling berkaitan, begitu
juga dengan perasaan negatif. Kebolehan melahirkan perasaan atau pendapat
tanpa melahirkan kemarahan

atau kebencian adalah kunci kepada sesuatu

kejayaan.
Kerjasama (cooperation)
Kebolehan meletakkan diri dan tahu bila hendak mejadi ketua atau pemimpin dan
bila pula menjadi pengikut adalah amat penting kepada konsep kerjasama
(cooperation). Sifat pemimpin yang unggul bukan terletak kepada paksaan atau
kuasa tetapi lahir dari kebolehan menggalakkan orang yang dipimpin dapat
bekerjasama antara satu dengan lain dengan baik untuk mencapai satu tujuan
bersama.
Menyelesaikan konflik (resolving conflicts)

Dalam menyelesaikan masalah kita perlu memahami mekanism yang hendak


digunakan. Orang-orang yang terlibat dalam konflik biasanya dikawal dalam
rangkaian emosi yang membakar diri dan mereka jarang dapat melihat isu yang
menyebabkan konflik itu secara lebih rasional.
Kesimpulan

Pendidik Moral memainkan peranan besar dalam meningkatkan tahap kecerdasan


emosi pelajar. Peranan dan tanggungjawab Pendidik Moral dapat meningkatkan
enam elemen kecerdasan emosi pelajar iaitu kesedaran kendiri, mengendalikan
emosi, timbang rasa, berhubung, kerjasama dan menyelesaikan konflik. Para
pendidik ataupun pihak yang berurusan dengan pelajar perlu tahu cara yang betul
bagaimana hendak berhubung dengan pelajar. Falsafah pendidikan kebangsaan
turut menekankan aspek kecerdasan emosi.

Rujukan
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah06.html
http://www.myschoolnet.ppk.kpm.my/2004/10April
www.educ.upm.edu.my
Dr.Ismail Zain,(2005) Jendela Minda, Titian Mesra: Berita Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: PPK.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001).Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala
Lumpur: PPK.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001).Penilaian Kendalian Sekolah. Kuala
Lumpur: PPK.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001).Kepimpinan Dan pengurusan Kurikulum
Di Sekolah. Kuala Lumpur: PPK.
Mok

Soon Sang. (2003).Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan.Subang


Jaya:Kumpulan Budiman SB.

Mok Soon Sang. (2003).Psikologi Pendidikan.Subang Jaya:Kumpulan Budiman SB.


Universiti Terbuka Malaysia.(2007). HBME 2103 Pendidikan Moral Tahun 2
.Selangor:Meteor Doc. SB.

Kecerdasan Emosi Ukuran Emosi dan Kecerdasan


(Emotional Quotient & Emotional Intelligence)

Emosi

Oleh :
MOZAIMI BIN MOHAMAD
Pengurus Besar
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
Anyone can become angrythat is easy. But to be angry with the right person, to the right degree, at
the right time, for the right purpose, and in the right waythat is not easy.
ARISTOTLE, The Nicomachean Ethics.

Mukadimah
Cuba fikirkan beberapa insiden yang telah berlaku seperti berikut:
1. Sebulan lalu berlaku satu kejadian di mana lima orang sekeluarga telah dibunuh dengan
kejamnya. Mereka telah ditikam beberapa kali sehingga hasilnya amat mengerikan.
Apakah punca berlakunya kejadian itu?
2. Tidak berapa lama dahulu seorang murid sekolah telah membunuh anak guru tusyennya
dengan kejam di rumah guru tuisyennya. Apakah punca belakunya kekejaman sedemikian.
3. Tidak berapa lama dahulu berlaku kejadian penembak curi membunuh mangsanya dengan
sewenang-wenangnya di merata-rata tempat di sebuah bandar di Amerika Syarikat
sedangkan tidak ada sebab mangsa itu dibunuh begitu kejam. Apakah puncanya?
4. Tidak berapa lama dahulu seorang wanita telah dibunuh dan dibakar dengan kejam dan
dicampakkan ke dalam longkang. Apakah puncanya.

Emosi adalah suatu perasaan yang amat mendalam.


Pengenalan
Apakah sebenarnya kecerdasan emosi?
Kecerdasan emosi adalah suatu himpunan kemampuan mental yang membantu kita mengenal
pasti dan memahami perasaan kita dan perasaan orang lain. Kecerdasan emosi dapat
meningkatkan kemampuan kita mengawal perasaan kita (Meyers, 1999). Ada dua bahagian dalam
kecerdasan emosi. Bahagian pertama melibatkan emosi pemahaman intelek. Bahagian kedua
melibatkan emosi yang menjangkau ke dalam sistem intelektual dan menyebabkan terhasilnya
pemikiran dan ide kreatif. Bahagian kedua ini amat sukar ditentukan dalam makmal tetapi
dipercayai wujud.
Dapatkah kecerdasan emosi dipelajari?
Sekiranya kecerdasan emosi itu sama seperti kemahiran yang lain maka ianya terbentuk
sebahagiannya oleh genetik dan sebahagian lagi oleh persekitaran. Apa yang perlu diajarkan ialah
apakah maksud ataupun maknanya perasaan yang pelbagai itu dan bagaimana ia ada kaitannya
dengan diri kita dan orang lain.
Permulaannya
Sebelum munculnya konsep kecerdasan emosi (bermula sejak 1990) kecerdasan lazimya dikaitkan
dengan suatu kemampuan yang semula jadi, yang dilahirkan bersama seseorang itu yang lebih
dikenali sebagai IQ (Intelligent Quotient). Dalam IQ apa yang diukur adalah kemampuan
seseorang menyelesaikan masalah menurut kaedah pentaakulan (reasoning).
Pada tahun 1990 Dr. John D. Mayer dan Dr. Peter Salovey telah menulis satu artikel mengenai
kecerdasan emosi di mana mereka telah secara formal mendefinisikan kecerdasan emosi, dan buat
pertama kalinya menunjukkan bahawa kemampuan melaksanakan sesuatu tugas dapat digunakan
untuk mengukur kecerdeasan emosi.
Berikutan dengan itu, pada tahun 1995 Dr. Daniel Goleman pula telah menulis sebuah buku
berjudul Emotional Intelligence, dan ini telah menarik perhatian banyak orang sehingga menjadi
popular dan dikaji oleh beberapa orang lain.
MOZAIMI MOHAMAD Page 2/7 Ukuran Emosi dan Kecerdasan Emosi Kecerdasan
Emosi

Beberapa artikel, buku dan program televisyen telah turut mempopularkan perkara ini yang
dianggap sesuatu yang baru mucul dalam kehidupan manusia.
Majalah Time pula menyatakan bahawa kecerdasan emosi ini mungkin menjadi peramal terbaik
mengenai kejayaan pencapaian kehidupan seseorang.
Menurut buku Emotional Inelligence yang ditulis oleh Goleman itu, terdapat bukti kecerdasan
emosi amat bekuasa bahkan lebih berkuasa daripada IQ dalam sebarang domain kehidupan
manusia. Dengan ertikata lain kecerdasan emosi lebih mampu mencorakkan kehidupan manusia
daripada kecerdasan azali (sedia ada).
Dari sudut saintifiknya pula, Mayer J.D. (1997), dalam bukunya Emotional Development and
Emotional Intelligence, telah mendefinisikan kecerdasan emosi (emotional intelligence) sebagai
keupayaan untuk mentaakul dengan emosi dalam empat perkara: mempersepsi emosi,
menyepadukan emosi dalam pemikiran, memahami emosi dan menguruskan emosi.
Bersama-sama dengan Dr. Salovey dan Dr. David Caruso, Dr. Mayer telah membina satu
himpunan (set) 12 tugasan kemampuan yang digunakan untuk menilai empat model kecerdasan
emosi. Di antaranya termasuklah menanyakan kepada orang untuk mengenal pasti emosi pada air
muka (emotions in faces), dan mengenal pasti himpunan emosi mudah yang apabila digabungkan
akan menyamai perasaan yang lebih kompleks. Dengan cara ini kecerdasan emosi dapat diukur
secara sah, wujud sebagai satu kemampuan tunggal, dan berkait dengan, tetapi bebas daripada,
kecerdasan yang standard.
Pada hari ini apa yang dimaksudkan dengan kecerdasan emosi telah diperluaskan lagi dan
didefinisikan oleh penulis popular dengan beberapa cara biasanya sebagai suatu senarai ciri-ciri
personaliti, seperti kemahiran empathi, motivasi, persistence,
(Mayer J. D., (1997), in his book Emotional Development and Emotional Intelligence,
defined emotional intelligence (EI) as the capacity to reason with emotion in four areas: to
perceive emotion, to integrate it in thought, to understand it and to manage it.)

MOZAIMI MOHAMAD Page 3/7 Ukuran Emosi dan Kecerdasan Emosi Kecerdasan
Emosi

kemesraan dan sosial. Dr. Salovey, Dr. Caruso dan Dr. Mayer mendefinisikannya sebagai model
bercapur-campur (mixed model) kerana ia menghimpunkan pelbagai bahagian personaliti.
Model popular kecerdasan emosi mempercayai bahawa kita dapat meramalkan hasil kehidupan
utama dengan menggunakan senarai angkubah yang pelbagai (diverse list of variables).
Sungguhpun terdapat perselisihan pendapat di antara kepercayaan popular dengan kepercayaan
saintifik masih ada persetujuan di antara kedua pihak iaitu, meluaskan lagi pemahaman kita
terhadap apa yang dimaksudkan sebagai bijak atau bestari (smart).
Dr. Cary Cherniss (2001) pula mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai kemampuan melihat
(perceive), melahirkan (express), dan menguruskan (managed) emosi diri sendiri dan emosi
orang lain. Di
1. Hubungan di antara pengawalan emosi dengan kejayaan kerjaya.
Sekiranya kita lihat diri kita sendiri dan mengaitkannya dengan kejaya kita dan organisasi tempat
kita bekerja maka kita akan dapati peranan emosi kita amat besar. Kejayaan kita dan organisasi
kita bergantung kepada kecekapan emosi dan sosial (emotional and social competencies) kita
yang melaksanakan tugas yang diperanggungjawabkan kepada kita.
Bagaimana Emosi Terbentuk?
Penulisan mengenai kecedasan emosi tidak ada membincangkan bagaimana emosi terbentuk.
Walau bagaimanapun, menurut kajian psikologi emsoi terbentuk menurut perspektif keturunan
ras, budaya setempat (termasuklah kepercayaan
MOZAIMI MOHAMAD Page 4/7 Ukuran Emosi dan Kecerdasan Emosi Kecerdasan
Emosi

keagamaan), dan budaya sejagat menurut amalan didikan yang dipengaruhi oleh bidang
fenominologi (phenemenological fields) seseorang.
Manusia bertingkah laku berasaskan kepada pengalaman hasil daripada jalinan pemikiran,
perasaan dan tindakan. Lazimnya, apa yang difikirkan turut mempengaruhi perasaan dan tingkah
laku. Sekiranya kita memikirkan sesuatu tugas itu susah maka perasaan kita juga turut terpengaruh
bagaimana penerimaan perasaan kita akan menentukan tindakan yang akan kita ambil.
Dalam hal ini pengalaman kita turut memainkan peranan utama. Sekiranya kita berjaya
melakukan sesuatu maka pengalaman itu bersifat positif dan emosi kita terhadapnya menjadi
stabil. Pengalaman yang menecewakan pula akan turut menimbulkan emosi ragu-ragu untuk
melakukan sesuatu bimbang akan gagal. Kebimbangan dan takut akan gagl itu adalah suatu
emosi yang boleh menghasilkan tekanan.
Emosi dikawal oleh pemikiran dan perasaan. Pemikiran positif lazimnya menghasilkan perasaan
positif, dan sebaliknya, pemikiran yang negatif lazimnya menghasilkan perasaan negatif.
Pemikiran positif dan perasaan positif lazimnya tidak menghasilkan tekanan dan sebailknya
menghasilkan kestabilan emosi.
Dengan penjelasan ini maka jelaslah emosi itu boleh berbentuk stabil dan tidak ada ketegangan
(tension) dan tekanan (stress), dan boleh berbentuk tidak stabil dan menghasilkan ketegangan dan
tekanankerungsingan, kebimbangan dan kegelisahan. Apabila emosi tidak stabil maka tingkah
laku seseorang itu juga turut tidak stabil.
MOZAIMI MOHAMAD Page 5/7 Ukuran Emosi dan Kecerdasan Emosi Kecerdasan
Emosi

Mempersepsi Emosi
Cara kita mempersepsi emosi akan menentukan tahap interaksi kita dengan orang lain. Emosi
dapat dikesan dengan dua cara utama, iaitu, (i) melalui bahasa lisan, dan (ii) melalui bahasa bukan
lisan.
Bahasa lisan termasuklah kata-kata yang digunakan, nada suara, dan metaphor (peribahasa).
Umpamanya, Bunuh jangan lepaskan dia membawa makna yang berbeza apabila diungkapkan
dengan gaya yang berbeza. Nada suara juga boleh ditafsirkan oleh klien menurut persepsinya.
Oleh yang demikikan maka anda hendaklah berhati-hati memilih kata-kata dan menggunakan
nada suara yang memperlihatkan anda memiliki emosi yang stabil dan dapat diterima baik oleh
klien. Demikian juga sekiranya anda menggunakan metaphor pilih dengan cermat sebelum
menggunakannya kerana ada kalanya metaphor boleh disalahertikan oleh klien anda. Misalnya,
apabila anda menggunakan peribahasa menyediakan payung sebelum hujan. Peribahasa ini
boleh digunakan tetapi penggunaannya hendaklah dengan cermat dan dengan nada suara yang
lembut kerana klien boleh menerimanya sebagai suatu cemuhan seolah-olah dia tidak membuat
sebarang persediaan untuk masa akan datangnya. Jadi, eloklah beralas bila menggunakannya, dan
cara menyampaikannya juga hendaklah kena gaya dan masanya.
Pandangan pertama itu amat penting dan perlu diberi perhatian sepenuhnya. Di samping memakai
pakaian yang kemas, bersih dan bergaya klien turut memerhatikan bahasa jasmaniah anda. Anak
mata kita juga dapat dibaca dan ditafsir oleh klien, dan itulah sebabnya ada orang yang
mengatakan sekilas ikan diair, tahu jantan betinanya. Ertinya apa yang dipamerkan di lura akan
turut mencerminkan yang didalam diri kita. Anda harus ingat, bukan mudah orang yang pertama
kali kita temui mempercayai diri anda.
MOZAIMI MOHAMAD Page 6/7 Ukuran Emosi dan Kecerdasan Emosi Kecerdasan
Emosi

Oleh yang demikian anda wajar mempamerkan bahasa lisan dan bahasa jasmaniah yang wajar dan
dapat diterima oleh klien sebagai usaha untuk mendapatkan penerimaan dan respon yang terbaik
lagi positif daripada klien. Ini dapat dicapai sekiranya anda mampu membina emsoi yang stabil.
Emosi yang stabil dapat ditunjukkan melalui kata-kata dan nada suarabahasa menunjukkan
bangsa dan bahasa jasmaniah.
Menyepadukan Emosi Dalam Pemikiran
Setelah mengenal pasti dan menginsafi emosi kita sendiri maka kita hendaklah menyepadukan
persepi itu bagi diri kita sendiri, dan seterusnya menyepadukan dengan persepsi emsoi mereka
yang berinteraksi dengan kita.
Memahami Emosi
Apabila kita mampu memahami emosi kita sendiri yang telah disepadukan dan emosi orang lain
maka akan terhasillah komunikasi (interaksi) yang bermakna dan mesra dengan orang lain.
Dengan menguasai emosi yang stabil maka kita dapat menjalin hubungan yang berempathi.
Berempathi bererti kita dapat merasakan apa yang dirasakan oleh mereka yang berinteraksi
dengan kita.
Menguruskan Emosi.
Memantapkan kestabilan emosi (Enhancing emotional stability)
MOZAIMI MOHAMAD Page 7/7 Ukuran Emosi dan Kecerdasan Emosi

Vous aimerez peut-être aussi