Vous êtes sur la page 1sur 35

Pembangunan

Ekonomi dan
Hubungan
Etnik:
Pemodenan &
Proses
Pembinaan
Negara345\

Zaman Penjajahan :
Perkembangan Ekonomi

Sistem Residen ; memulih ekonomi dari kongsi


gelap. Contoh di Perak antara Puak Gee Hin dan
Haisan
Kelebihan di tangan British ; dari asas tani kepada
industri komersial, pelabur asing untuk sektor
perlombongan dan perladangan
Pembukaan Terusan Suez & kapal wap
Perkembangan; lebih banyak lombong bijih
timah, ladang getah dibuka dan penemuan
sumber galian
Kemudahan pengangkutan,bekalan air & elektrik
untuk memudahkan aktiviti ekonomi.

1. Zaman Penjajahan :
Identifikasi Kaum
Melayu
; Sara
diri

+ve ;
masyarakat
majmuk
-ve; tiada
interaksi kaum

Dasar
Pecah &
Perintah
India;
Ladang
getah

Cina;
peniaga &
pelombong

Kesan : Dwi Ekonomi


Ekonomi
Moden
Masyarakat
Majmuk ???

Ekonomi
Tradisional

2. Selepas Merdeka :
Rancangan Pembangunan 5 tahun
Draf
Pembangunan
Lima Tahun
(1950-1955)

Rancangan
Malaysia Kelima

Rancangan
Malaysia
Keenam

Rancangan
Lima Tahun
Malaya Pertama
(1956-1960)

Rancangan
Malaysia
Keempat

Rancangan
Malaysia ketujuh

Rancangan
Lima Tahun
Malaya Kedua
(1961-1965)

Rancangan
Malaysia Ketiga

Rancangan
Malaysia
kelapan

Rancangan
Malaysia
Pertama (19661970)

Rancangan
Malaysia Kedua
(1971-1975)

Rancangan
Malaysia
kesembilan

Rancangan
Malaysia
kesepuluh

Rancangan Lima Tahun Malaya


yang Pertama (1956-1960)

Rancangan Malaya Pertama merupakan


rancangan pembangunan pertama negara
selepas mencapai kemerdekaan
Rancangan ini memberi tumpuan pada
pembangunan luar bandar terutama untuk
memulihkan perusahaan getah supaya dapat
bersaing dengan getah tiruan.
dua matlamat utama berikut;
i. Membangunkan sektor ekonomi di luar bandar
bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan
antara penduduk luar bandar dan bandar.
ii. Mengurangkan kadar kemiskinan dalam
kalangan masyarakat luar bandar.

Rancangan Lima Tahun Malaya Kedua


(1961-1965)
Rancangan

Malaya kedua memberi tumpuan


untuk menyediakan lebih banyak kemudahan asas
dan mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar
bandar menekankan matlamat berikut
Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup
antara kawasan
Mewujudkan peluang pekerjaan untuk
penduduk di luar bandar
Menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti
kemudahan kesihatan pelajaran dan perumahan
untuk penduduk di luar bandar.
. Mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan
menekankan pengeluaran pertanian yang lain
sebagai tambahan kepada tanaman getah.

Rancangan Malaysia Pertama


(1966 1970)
Rancangan

Malaysia Pertama memberi tumpuan


pada pembangunan negara secara menyeluruh
yang meliputi semua bidang ekonomi.

Program pembangunan negara melalui


Rancangan ini berasaskan satu rancangan
bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan
Sarawak ke dalam persekutuan Malaysia.

Matlamat utama Rancangan Malaysia Pertama


adalah

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor


perindustriaan untuk mengurangkan
kebergantungan kepada getah dan bijih timah.
Mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha
untuk mengurangkan penggangguran
Meningkatkan pendapatan dan penggunaan
sumber dalam rakyat berpendapatan rendah.
Mempercepat integrasi dalam kalangan
penduduk dan negeri di Malaysia

Rancangan Malaysia Kedua


(1971 1975)

Rancangan Malaysia Kedua dilaksanakan untuk


memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak
seimbang antara kawasan dan kaum yang
dianggap sebagai punca pencetus Peristiwa 13
Mei 1969.
Rancangan Malaysia Kedua merupakan siri
pertama dalam rancangan pembangunan DEB.
Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan
negara yang dilaksanakan melalui serampang dua
mata antaranya :
Mengurangkan dan seterusnya membasmi
kemiskinan
Mempercepatkan proses penyusunan semula
masyarakat Malaysia

Usaha-usaha

membasmi kemiskinan
Mewujudkan peluang pekerjaan dalam
pelbagai sektor untuk diisi oleh semua kaum.
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
antara kaum dan wilayah.
Meningkatkan daya pengeluaran dan
pendapatan dengan menambahkan
kemudahan untuk semua golongan miskin di
bandar dan luar bandar.
Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan
melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan
kemudahan infrastruktur.
Mewujudkan suasana pekerjaan yang
menggambarkan komposisi kaum.

Rancangan Malaysia Ketiga


(1976 -1980)
RMK

ke 3 merupakan peringkat kedua


DEB. Buat pertama kali rancangan
pembangunan wilayah diperkenalkan
dalam rancangan pembangunan
negara.

Tujuan utama diberikan kepada


penanaman getah dan kelapa sawit
untuk tujuan eksport. Isu perpaduan
masih menjadi perhatian utama dalam
pembangunan ekonomi.

Rancangan Malaysia
Keempat (1981 1985)

Rancangan Malaysia keempat adalah


rancangan untuk memperkemas langkah dan
program yang terkandung dalam Rancangan
Malaysia Kedua dan Rancangan Malaysia Ketiga
untuk mencapai sosioekonomi DEB.
Program pembangunan masih diteruskan dengan
memberi keutamaan kepada sektor perusahaan
dan pertanian. Penekanan diberikan kepada
perusahaan berat berasaskan pelaburan modal
dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan
tenaga pekerja yang mahir.

Rancangan Malaysia
Kelima(1986-1990)

RMK ke 5 masih meneruskan pembangunan sektor


pertanian dan dilaksanakan melalui penggunaan
tanah dengan lebih cekap, memaksimunkan
sumber tenaga manusia dan menambahkan
peluang latihan kemahiran dalam sektor awam
dan swasta.
Usaha mempercepatkan perkembangan sektor
perusahaan diperkenalkan dengan;
i. Meningkatkan peranan sektor swasta dan
kecekapan pengurusan dalam kalangan agensi
kerajaan.
ii. Mempergiat perusahaan pembuatan dengan
menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional
Berhad iaitu perusahaan membuat kereta
nasional negara.

Rancangan Malaysia Keenam (1991


1995)

Rancangan Malaysia Keenam digubal untuk mengekalkan


pembangunan dan menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya
pembangunan seimbang dapat dicapai selaras dengan objektif
yang ditetapkan oleh Dasar Pembangunan Nasional.

Strategi yang digariskan untuk mencapai matlamat RMK ke 6


i. Meningkatkan Kecekapan dan daya saing ekonomi dengan
menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam mengembangkan
ekonomi negara.
ii. Mengurangkan penyertaan secara langsung sektor awam dengan
meningkatkan keupayaan sedia ada sektor swasta untuk
melaksanakan program pembangunan infrastruktur, pembangunan
sumber manusia dan penyediaan perkhidmatan sosial.cekap
kepada sektor-sektor ekonomi yang produktif.

iii.

Mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran


peraturan undang-undang untuk memperbaiki iklim
pelaburan dalam negara menggalakkan
pertumbuhan sektor swasta dan pelaburan asing.
iv. Menggalakkan pertumbuhan pesat proses
perindustrian dengan menggunakan teknologi
yang lebih canggih bagi menghasilkan keluaran
yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran
di negara maju.
v. Mengukuhkan perkembangan pasaran
kewangan dan modal supaya tabungan dalam
negara dapat ditingkatkan dan disalurkan secara

Rancangan Malaysia Ketujuh


(1996 2000)

RMK 7 digubal seiring dengan hasrat negara


menyokong dan mengekalkan proses
pembangunan. Teras RMK 7 adalah untuk
meningkatkan pertumbuhan potensi
keluaran, memesatkan peralihan struktur dan
pembangunan seimbang.
Tumpuan Rancangan adalah untuk
meningkatkan produk dan kecekapan,
terutama melalui pemberian insentif kepada
sektor swasta

Rancangan Malaysia Kelapan


(2001-2005)
Menekankan

unsur kaum, penyusunan semula


masyarakat dan pembangunan yang seimbang
masih menjadi strategi utama Dasar Wawasan
Negara.

RMK

8 merupakan rancangan pembangunan


pertama dalam Rangka Rancangan Jangka
Panjang. Dasar Wawasan Negara yang terkandung
dalam RRJP3 berperanan menentukan arah
pembangunan negara dalam dekad pertama
abad ke 21.

Rancangan

Malaysia Kelapan menggabungkan


strategi, program dan projek yang dirangka bagi
mencapai objektif Dasar Wawasan Negara, iaitu
menjamin pertumbuhan mapan dan pengukuhkan
daya tahan ekonomi negara serta mewujudkan
masyarakat yang bersatu dan saksama.

Dasar

Wawasan Negara menggabungkan teras


dan dua dasar pembangunan terdahulu, iaitu
Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan
Nasional dengan objektif utamanya untuk
mencapai perpaduan nasional. Pembasmian
kemiskinan tanpa mengira

Rancangan Malaysia Kesembilan (2006


-2010)

Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan peringkat


kedua pelaksanaan RRJP3 dan fasa kedua pelaksanaan
Wawasan 2020. Penekanan diberikan kepada pembangunan
insaniah yang melibatkan penggunaan secara optimum
pembangunan fizikal yang telah disediakan.
Rancangan ini menggariskan enam cabaran;
i. Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia
ii. Mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara dan meningkatkan
kegiatan inovasi
iii. Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan dalam ekonomi.
iv. Membangunkan sumber manusia.
v. Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan.
vi. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem
yang cekap dan berkesan.

Persekutuan Tanah Melayu ingin wujudkan perpaduan rakyat


dan juga mewujudkan integrasi antara Semenanjung, Sabah
dan Sarawak. Selain itu, Ingin mengurangkan kadar
pengangguran, membangunkan ekonomi luar bandar dan
mempelbagaikan ekonomi supaya tidak bergantung kepada
getah dan bijih timah.
Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kerajaan timbulnya
masalah perbalahan kaum adalah disebabkan
ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara
kaum
Pembahagian buruh seperti yang disaksikan pada zaman
penjajahan berterusan pada tahun-tahun 1960an. Adalah
didapati golongan yang paling menganggur ialah orang
Melayu dan ini diikuti oleh orang India. Dalam sektor
pelaburan didapati orang Melayu hanya memiliki 1%
pelaburan dalam perniagaan berdaftar.

Dalam usaha kerajaan membantu ekonomi orang Melayu di


luar bandar kerajaan telah menubuhkan pelbagai agensi
antaranya :

RIDA (Rural Industrial Development Authority) berfungsi untuk


memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan
sosial, ekonomi dan infrastruktur.

FELDA (Federal Land Development Authority) pada 1956


untuk membuka dan memajukan tanah baru secara besarbesaran bagi pertanian dan penempatan
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada
1959, satu Kementerian yang secara khusus menjaga halehwal luar bandar ditubuhkan.
FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) pada 1965.

Pada

tahun1961 Jawatankuasa Pembangunan


Kampung ditubuhkan bagi melibatkan orang
Melayu secara langsung dalam proses
perancangan dan pelaksanaan program
pembangunan.

Bank Bumiputera ditubuhkan pada 1965 dengan


modal sebanyak RM20 juta untuk berperanan
sebagai institusi yang boleh membekalkan kredit
serta khidmat nasihat kepada peniaga bumiputera.
Amanah Saham MARA dilancarkan pada 1967
untuk menggembling tabung simpanan Melayu.
Dewan Perniagaan Melayu Bersekutu ditubuhkan
pada 1967 sebagai urursetia bagi golongan
kapitalis Melayu.

Status Ekonomi Cina


Kedudukan

ekonomi Cina amat teguh selepas


merdeka disebabkan kemahiran orang Cina
berdagang dan juga sumbangan persatuanpersatuan Cina untuk mengumpul modal.
Konsep perniagaan ala kongsi telah membantu
kaum Cina mengumpul modal dan mengukuhkan
modal di kalangan komuniti mereka.
Keadaan ini juga dibantu oleh lokasi orang Cina di
bandar yang telah mendedahkan mereka dengan
satu sistem pendidikan yang baik.

Status Ekonomi India


Dasar

kerajaan yang baru merdeka untuk


mengambilalih ladang-ladang milik pengusaha
asing mempunyai kesan yang serius ke atas buruh
eset.
Pengusaha Barat mula menjual ladang-ladang
mereka dan meninggalkan negara.

MIC

telah cuba menyelamatkan nasib buruh-buruh


India dengan membeli ladang-ladang kecil
dengan menubuhkan National Land Finance-Cooperative Society Lmtd (NLFCS) pada 1960. MIC
dan NLFCS telah mendesak kerajaan menggubal
undang-undang untuk mengawal penjualan estet
yang luasnya melebihi 100 ekar.

Antara

1961-1969, NLFCS telah membeli 18 estet.


Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Sejak
Tragedi 13 Mei 1969 Hingga 1990. Tun Razak
menyedari bagi membangunkan ekonomi negara,
kerajaan harus mengelakkan perbalahan kaum.

Untuk

itu parti Perikatan diperluaskan dan pada


1974 Barisan Nasional (BN) dibentuk dan ia
menyaksikan penyertaan lebih banyak parti politik
dan mengurangkan politiking.

Tujuan utama rancangan ini adalah untuk


memperteguhkan sokongan orang Cina. Ia adalah
strategi politik yang digelar sebagai ethnic
corporatism.

Yang

seterusnya Kerajaan ingin memodenkan


kehidupan masyarakat luar bandar dan
mempertingkatkan penyertaan kaum bumiputera
dalam bidang perusahaan dan perniagaan.

Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada


tahun-tahun 1980-an apabila dinyatakan satu lagi
objektif adalah untuk menggalakkan penyertaan
sektor swasta dalam pembangunan negara.

Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia


menyedarkan orang Cina betapa perlunya
bekerjasama dengan orang Melayu untuk
mendapat faedah ekonomi.

Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan


mereka daripada berniaga sebagai individu kepada
kumpulan.

Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis


Perundingan Ekonomi Negara untuk melahirkan rasa
kebimbangannya dengan nasib kaum India yang
ketinggalan di bawah DEB dan ingin mengemukakan
cadangan bagi merangkakan dasar ekonomi bagi
tempoh 1991-2000.

Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil


tindakan untuk memajukan nasib orang India dibawah
Dasar Pembangunan Nasional yang akan
menggantikan DEB.

DPN

digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk


menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang 2020.

Wawasan

2020 menekankan 9 cabaran yang perlu


dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk muncul
sebagai negara berteknologi tinggi menjelang
abad ke-21

Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba


mewujudkan landasan yang baik bagi
memajukan kesemua kaum di Malaysia.
Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB
memang mempunyai kelemahan.
Menjadi tanggungjawab kerajaan dan
semua pihak bagi memastikan apa sahaja
dasar yang diperkenalkan membawa faedah
kepada semua lapisan masyarakat tanpa
meminggirkan mana-mana komuniti.

Vous aimerez peut-être aussi