Vous êtes sur la page 1sur 26

Kursus Sains Sukan Tahap 1

Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

PENGENALAN
Pada dasarnya, untuk melaksanakan gimnastik artistik, pelajar seharusnya telah
boleh menguasai semua asas gimnastik. Ini bermakna tahap penggunaan dan
kecekapan itu sudah boleh memanipulasi tubuh mereka serta mempunyai asas
pengalaman gimnastik seperti aksi-aksi dirian tangan, roda kereta, gulingan, imbangan
dan sebagainya. Bimbingan daripada guru amatlah penting dalam pelaksanaan
gimnastik berirama ini. Ketika ini, ramai pelajar meminati permainan gimnastik secara
sendiri dengan mengikuti program yang dianjurkan oleh kelab-kelab gimnastik; di mana
kelab-kelab ini mempunyai jurulatih yang bertauliah yang mempunyai kemahiran dan
pengalaman untuk mengendalikan program gimnastik dengan baik.
Kelahiran kelab-kelab ini banyak merangsang ciptaan bentuk-bentuk kemahiran
gimnastik yang menarik oleh pelajar. Mana-mana pelajar yang telah mencapai tahap
kecekapan yang sewajarnya patut meneruskan latihan dengan memberi tumpuan
kepada aksi-aksi yang lebih mencabar seperti mengimbangi badan, mencipta bentuk
pergerakan yang baru, serta mempelbagaikan cara berjalan atau bergerak dan cara
menyokong beban berat badan. Mereka harus digalakkan memfokuskan tumpuan
kepada kualiti artistik pergerakan semasa membuat latihan-latihan pergerakan dan
membuat penggabungan pergerakan-pergerakan yang telah dipelajari ke dalam satu
rangkaian yang kemas, licin dan teratur.
Dalam gimnastik artistik, guru perlulah membuat satu demonstrasi sesuatu
kemahiran itu dengan betul supaya mudah diikuti oleh pelajar. Beberapa orang pelajar
yang telah cekap menguasai sesuatu aktiviti boleh dijadikan contoh untuk melakukan
aktiviti-aktiviti supaya dapat diikuti oleh pelajar yang lain.

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

Matlamat gimnastik artistik ini ialah untuk membolehkan pelajar melaksanakan


kemahiran-kemahiran yang telah ditentukan melalui kaedah-kaedah yang khusus. Guru
dikehendaki membimbing pelajar untuk meningkatkan kebolehan mereka bergerak
dalam

melaksanakan

aktiviti,

memupuk

keyakinan

diri

dan

kebolehan

menginterpretasikan tugas serta menentukan cara terbaik untuk mempraktikkan


kemahiran-kemahiran.

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

KEMAHIRAN ASAS SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK


Kemahiran Dirian Tangan
Dirian tangan adalah satu kedudukan berdiri tegak tetapi secara songsang,
dengan tangan di atas lantai dan kaki di udara. Kedudukan tangan adalah berjauhan
selebar bahu, tetapi terdapat kelainan yang tertentu. Dirian tangan asas mempunyai
kaki yang ditegakkan dengan lutut tiada dibengkokkan, tetapi turut mempunyai kelainan
yang pelbagai. Untuk mempamerkan satu dirian tangan, pelaku memerlukan kekuatan
badan bahagian atas.
Dalam gimnastik, dirian tangan merupakan pergerakan asas, dan perlu dimahiri
agar dapat mempelajari pelbagai kemahiran berasaskannya, kerana sebahagian
kelainan dirian tangan dilakukan pada setiap perkakasan gimnastik, dan banyak
kemahiran

menjatuhkan

badan

melalui

kedudukan

dirian

tangan

semasa

pelaksanaannya.

Kedudukan Pergerakan (Fasa-Fasa Pergerakan)


Dirian tangan tegak statik yang asas, dengan kaki yang tegak, terdiri daripada lima isi
utama untuk posturnya:
i.

Lengan terkunci : Kedua-dua tapak tangan diletak datar di atas lantai dengan
jarak lebar bahu, dan kedua-dua siku dikunci semasa memeliharakan tangan yang
tegak.

ii.

Kepala terdongak : Muka bukan menghadapi lantai, tetapi menghadapi terus ke


hadapan seolah-olah ketika berdiri tegak.

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

iii.

Pinggul cengkung : Pinggul ditolak melepasi pusat graviti untuk menghalang


tulang belakang daripada melengkung. Jika dilaksanakan ketika berbaring
mendatar di atas lantai, postur ini akan memeliharakan sentuhan antara pelvis
dengan lantai.

iv.

Kaki terkunci : Kedua-dua lutut dikunci, dengan kaki-kaki tertutup dan tegak.

v.

Jari kaki runcing : Kedua-dua kaki dikunci bersama-sama, dengan jari kaki
ditunjuk terus ke atas dan dikekalkan sebagai titik tertinggi

Aktiviti ini adalah salah satu daripada kemahiran asas yang penting di dalam
pembelajaran aktiviti menghambur.

Butiran Mengajar:
i.

Berdiri dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan dan kedua-dua belah tangan
diangkat ke atas. (rajah 4.1)

ii.

Hayun sebelah kaki ke atas sambil menaikkan kedua-dua belah tangan dan
halakan tapak tangan ke hadapan. (gambar 4.2)

iii.

Turunkan kaki yang telah dihayunkan tadi dan condongkan badan ke bawah.
(gambar 4.3)

iv.

Tangan digunakan untuk menyokong di atas tilam sambil kaki belakang dihayun
lurus ke atas dan diikuti oleh kaki lain. (gambar 4.4)

v.

Apabila kedua-dua belah kaki telah lurus di atas kepala, peserta hendaklah
mengimbangi badannya dengan baik. (penyokong diperlukan jika pelajar tidak
dapat melakukannya sendiri) (gambar 4.5)

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

Gambarajah Kemahiran Asas Gimnastik Yang Dipilih.

Rajah 4.1

Rajah 4.2

Gambar 4.4

Gambar 4.5

Rajah 4.3

Gambar 4.6

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

Latihan Ansur Maju

Melakukan dirian dengan bantuan


penyokong.

Penyokong membantu menyokong kaki dan


bahu.

Kedudukan penyokong haruslah stabil.

Gambar 4.7

Latihan lejang kuda

Menghayunkan sebelah kaki sahaja.

Gambar 4.8

Melakukan

dirian

dengan

bantuan

penyokong.

Penyokong membantu menyokong kaki


dan bahu.

Gambar 4.9

Kedudukan penyokong haruslah stabil.

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

JADUAL LATIHAN HARIAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK


Tarikh

06 Ogos 2013

Masa

0900 1100 (2 jam @120 minit)

Kemahiran Asas

Dirian Tangan

Bilangan atlet

12 orang

Jantina

(6 lelaki dan 6 perempuan)

Pengalaman dan
Pengetahuan Lepas/ Sedia
ada

Para atlet pernah didedahkan dengan aktiviti dirian

Objektif

Pada akhir latihan, para atlet dapat :-

tangan melalui tayangan video

1. Melakukan aktiviti dirian tangan dengan betul


melalui latihan ansur maju (Psikomotor)
2. Menyatakan otot-otot yang terlibat semasa
melakukan aktiviti dirian tangan (Kognitif)
3. Menunjukkan rasa seronok dan melakukan aktiviti
dirian tangan dengan teknik yang betul (Afektif)
Peralatan

Tilam gimnastik (gymnastic mat), wisel, skital

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

BAHAGIAN

MASA

PERMULAAN
&
SESI
PEMANASAN
BADAN

15
minit

1. Kehadiran

ORGANISASI ALAT BANTU MENGAJAR


(ABM)/CATATAN
Peralatan :

2. Pakaian

Wisel (1)

AKTIVITI LATIHAN

3. Keselamatan
Aktiviti memanaskan badan
1. Atlet berdiri tegak
2. Atlet memulakan aktiviti dengan membongkok
(Atlet membongkok kehadapan)

kehadapan
3. Atlet meneruskan latihan dengan larian ringan selama
5 minit.
4. Murid diminta diminta berada dalam keadaan
berpasangan
5. Apabila wisel ditiup, setiap pasangan diminta menarik

(Atlet melakukan larian ringan)


dan menahan pasangan masing-masing selama
10 minit.
Regangan Umum dan Regangan Spesifik

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

AKTIVITI
LANGKAH 1
(Gerakkerja
Individu)

20
minit

Penerangan jurulatih (demonstrasi)

Peralatan :

Tilam gimnastik (3)

Jurulatih menerangkan dan menunjukkan caracara/ ansur maju lakuan dekam.

Ansur maju lakuan dekam. Lakuan dekam


sebelum hendak melakukan ansur maju bagi
Dirian Tangan.
a) Lakuan dekam
i.

Untuk melakukan kemahiran ini, tangan


hendaklah dibuka seluas bahu dan tapak
tangan di tekan di atas lantai.

ii.

Tapak tangan yang ditekan di atas lantai


memberi tekanan dan membantu untuk
memberi lonjakan untuk membuat gulingan.

iii.

Lakuan ini mempunyai ciri-ciri firm, direct


dan sustained kerana ia memerlukan
kekuatan otot tangan. Lakuan ini
memerlukan masa.
3

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

iv.

Ketika melakukan aksi ini, bahagian


pertama yang akan terasa adalah tapak
tangan, diikuti dengan tangan, bahu dan
kaki.

v.

Pressing juga boleh terasa pada bahagian


badan yang lain seperti bahu, dada,
belakang badan, punggung, lutut, dan tapak
kaki, sambungan bukan sahaja pada ruang
yang jauh dari badan tetapi juga yang
hampir ke badan.

vi.

Selain itu, variasi yang boleh dilakukan


adalah dengan menekan serentak dengan
tapak tangan atau bahagian-bahagian
badan yang lain dengan pelbagai arah
contohnya, punggung ke hadapan
manakala tangan ke belakang.

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

vii.

Kaki boleh menyerap tekanan pada lantai


semasa membawa atau menahan berat
badan. Kaki juga boleh ditekan ke atas
udara kepada pelbagai arah.

viii.

Aksi menekan/pressing ini boleh


digabungkan dengan pelbagai anggota
badan bahagian atas seperti tapak tangan,
tangan dan sebagainya.

ix.

Pressing boleh dilakukan ketika berdiri,


mengangkat, duduk, ataupun baring dan
juga berjalan.

Atlet melakukan aktiviti ini sebanyak 10 kali

Atlet melakukan aktiviti ini secara individu selama


20 minit.

AKTIVITI
LANGKAH 2
(Gerakkerja
Individu)

15
minit

Penerangan jurulatih

Peralatan :

Tilam gimnastik (3)

Jurulatih menerangkan dan menunjukkan caracara/ ansur maju melejang (flicking)


5

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

Perlakuan atlet secara individu di atas tilam


gimnastik.
a) Melejang (flicking)
i.

Untuk melakukan gerakan ini, kaki dominan


akan dihayun dan dinaikkan ke atas diikuti
oleh kaki lain.

ii.

Gerakan ini dilakukan dengan perlahan dan


secara spontan untuk mendapatkan
lonjakan. Ia juga memerlukan kelenturan.

iii.

Aksi ini mula terasa pada bahagian tangan


tapi tidaklah terlalu terasa. Ia terjadi apabila
berlakunya putaran pada pergelangan
tangan dan jari dengan cepat. Ianya sama
seperti membuang habuk pada baju.

iv.

Pergerakan lentik/flicking ini boleh


dilakukan dengan bahu, kepala dan kaki.

v.

Pergerakan ini boleh juga dilakukan dengan


6

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

bahagian badan yang lain seperti bahu,


siku, punggung, lutut dan kaki. Ianya bukan
sahaja pergerakan yang bergerak jauh dari
badan pada tetapi juga sebaliknya.
vi.

Variasi yang boleh dilakukan ialah flicking


serentak dengan dua belah tangan tetapi
dengan arah yang berbeza. Ataupun
dengan anggota badan yang lain ke arah
yang berbeza.

vii.

Kaki boleh dilentikkan/flicking ke udara


ataupun menyentuh lantai.

viii.

Kedua-dua belah kaki boleh dilentikan di


udara ketika melompat.

ix.

Atlet boleh melakukan ketika berdiri,


melutut, duduk ataupun baring dan boleh
bergerak dari satu posisi kepada yang lain.

x.

Ketika melentik keluar dari sesuatu yang


7

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

konkrit ataupun menlentik kaki pada lantai,


peralihan kepada satu aksi itu haruslah
disokong oleh permukaan objek tersebut.

Atlet melakukan aktiviti ini secara individu selama


15 minit.

Atlet melakukan aktiviti ini dengan mengulangnya


sebanyak mungkin bagi menanamkan keberanian
diri bagi melakukan aktiviti dirian tangan (minimum
seorang melakukannya sebanyak 20 kali).

AKTIVITI
LANGKAH 3
(Gerakkerja
Kumpulan
berpasangan)

15
minit

Penerangan jurulatih

Peralatan :

Tilam gimnastik (10)

Jurulatih menerangkan dan menunjukkan caracara/ ansur maju dirian tangan (dabbing) dengan
sokongan rakan.

Perlakuan atlet secara individu di atas tilam


gimnastik.
a) Dirian tangan dengan sokongan (dabbing)
i.

Setelah melakukan lakuan dekam dan


8

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

melejang (flicking), atlet diajar tentang dirian


tangan dengan sokongan.
ii.

Untuk melakukan gerakan ini, atlet


dikehendaki melakukannya secara
berpasangan. (6 lelaki : 3 pasangan, 6
perempuan : 3 pasangan)

iii.

Tangan dinaikkan secara serentak apabila


kaki mencecah lantai.

iv.

Pergerakan ini paling mudah terasa pada


bahagian tangan dengan pergerakan yang
lembut. Ianya seperti kita sedang mengecat
atupun menaip.

v.

Dabbing mula terasa pada tangan dalam


semua arah kemudian pada tapak kaki dan
kaki. Ianya juga boleh terasa pada bahu
dan dengan pergerakan yang cepat pada
kepala.
9

(Atlet melakukan dirian tangan dengan


sokongan rakan)

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

vi.

Dabbing boleh dilakukan dengan tangan


pada arah yang pelbagai.

vii.

Akan tetapi pergerakan yang sangat


berguna ialah dabbing yang melalui badan
ke bahu yang bertentangan.

viii.

Bahagian badan lain yang boleh digunakan


untuk melakukan dab ini ialah bahu, siku,
dagu, kepala dan lutut.

ix.

Bagi melakukan dabbing pula, bahagian


badan yang besar seperti punggung, dada,
dan belakang badan.

x.

Dabbing bukan sahaja dilakukan ke arah


luar dari badan tetapi juga sebaliknya.

xi.

Variasi yang boleh dilakukan adalah melalui


dabbing terhadap kedua belah tangan
serentak ke arah yang berbeza ataupun
dabbing dengan bahagian badan yang
10

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

berbeza.
xii.

Kaki atlet perlu dihalakan ke arah udara


pada arah yang berbeza-beza ataupun
melakukan dabbing ataupun tapping steps,
dan ini boleh digabungkan dengan dabs
pada bahagian atas badan.

xiii.

Atlet juga boleh melakukan Dabbing ketika


duduk, melutut, berdiri, ataupun baring.

AKTIVITI
LANGKAH 4
(Gerakkerja
Individu)

15
minit

Penerangan jurulatih

Peralatan :

Tilam gimnastik (10)

Jurulatih menerangkan dan menunjukkan caracara/ ansur maju dirian tangan tanpa sokongan.

Perlakuan atlet secara individu di atas tilam


gimnastik.
a) Dirian tangan tanpa sokongan
i.

Atlet berdiri dengan kedua-dua belah kaki


dirapatkan

dan

kedua-dua

diangkat ke atas.

11

belah

tangan

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

ii.

Atlet menghayun sebelah kaki ke atas sambil


menaikkan

kedua-dua

belah

tangan

dan

halakan tapak tangan ke hadapan.


iii.

Atlet menurunkan kaki yang telah dihayunkan

tadi dan condongkan badan ke bawah.


iv.

Tangan digunakan untuk menyokong di atas


tilam sambil kaki belakang dihayun lurus ke
atas dan diikuti oleh kaki lain.

v.

Apabila kedua-dua belah kaki telah lurus di


atas kepala, peserta hendaklah mengimbangi
badannya dengan baik.
3

(Atlet melakukan dirian tangan tanpa


sokongan)

12

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

AKTIVITI
LANGKAH 3
(PERMAINAN
KECIL)

25
minit

Permainan Kecil

Peralatan :

Jurulatih menerangkan dan menunjukkan cara

Skital (4), wisel (1)

permainan dijalankan.

Tilam gimnastik (5)


X

Cara perlaksanaan:
i.

Atlet-atlet dibahagikan kepada dua kumpulan


(6 orang satu kumpulan)

ii.

Apabila wisel ditiup, atlet dikehendaki


J

melakukan dirian tangan dengan berjalan dari


skital A hingga ke skital B.
iii.

Apabila sampai ke skital B, atlet akan berada


dalam keadaan berdiri seperti sedia kala dan

menepuk tangan rakan yang lain.


X : Atlet, J : Jurulatih
iv.

Atlet-atlet bertukar giliran sehingga semua rakan


berjaya melakukannya.

13

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

v.

Kumpulan yang paling cepat habis dikira


sebagai pemenang (jikalau dirian tangan tidak
sempurna seperti jatuh dalam keadaan berdiri,
atlet diminta mengulangnya pada titik awal).

WARM DOWN
DAN
REFLEKSI

15
minit

Aktiviti regangan dengan tujuan mengembalikan fungsi


sistem tubuh badan ke tahap sebelum latihan
dilakukan.

Maklumbalas atlet/ rumusan


i.

Jurulatih menjalankan releksi bersama dengan


atlet-atlet.

ii.

Jurulatih juga menyatakan secara lisan otot-otot


yang terlibat semasa melakukan aktiviti dirian
tangan.

Penilaian boleh dilakukan semasa dan selepas aktiviti


latihan.

14

Otot-otot yang terlibat semasa melakukan


aktiviti dirian tangan

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

15

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

Dirian Tangan

Badan diregang sebelum kaki ditendang naik.

Tangan lurus ke atas langkah kaki satu kaki kehadapan

Tangan diletakkan di atas tilam dengan jarak seluas bidang bahu, menghala ke hadapan searah dengan jari
kaki, jari-jari tangan dibuka bagi menambah keluasan tapaknya.

Siku sentiasa diluruskan untuk memastikan berat badan ditahan melalui tulang-tulang tangan dan tidak
disokong oleh otot-otot.

Pergerakan tangan terkawal dan lurus semasa diayun ke bawah.

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

Rajah 6.11: Contoh dirian tangan

Rajah 6.12: Peringkat perkembangan dirian tangan

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

Rajah 6.13: Ansur maju dirian tangan

Rajah 6.14: Ansur maju berjalan dengan tangan

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

Rajah 6.15: Menyokong dalam dirian tangan

Kursus Sains Sukan Tahap 1


Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013

Vous aimerez peut-être aussi