Vous êtes sur la page 1sur 10

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN PERKATAAN


KHUSUS BAGI MATA PELAJARAN SAINS DI
KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH BUKA MINDA

OLEH
EN SOH CENG WEI
SJKC HAU LIM
SG BALANG, 83610 MUAR

5 OGOS 2012

Penghargaan
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru besar, rakan-rakan sejawat dan ahli-ahli
keluarga yang telah memberi sokongan terhadap idea- idea yang inovatif dalam proses
menjalankan kajian tindakan mata pelajaran sains bagi Tahun 4.

Abstrak
Kajian ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan perkataan khusus bagi mata
pelajaran sains di kalangan pelajar tahun 4 dengan menggunakan kaedah buka minda.
Kemahiran penguasaan perkataan khusus bagi mata pelajaran sains merupakan kemahiran
yang penting. Kemahiran ini harus diajar dari tahun satu. Murid-murid yang lemah dalam
penguasaan perkataan khusus bagi mata pelajaran sains akan menghadapi kesulitan dalam
memahami eksperimen yang dibuatkan dalam kelas, dan kesulitan dalam membuatkan latihan
dengan tepat.
Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan perkataan
khusus bagi mata pelajaran sains di kalangan pelajar tahun 4 ( 3 orang murid ). Kaedah buka
minda telah digunakan untuk mengenalpasti murid-murid yang lemah dalam penguasaan
perkataan khusus bagi mata pelajaran sains.
Sesi pengajaran dan pembelajaran telah diadakan secara berperingkat-peringkat iaitu
bermula dari menghafalkan perkataan khusus bagi mata pelajaran sains. Kemudian, guru menguji
ingatan murid semasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Selepas itu, guru memberi murid
rencana sebagai pengukuhan dan murid diminta membuat latih tubi yang disediakan dalam
bentuk objektif.
Kajian ini telah menunjukan satu peningkatan prestasi yang memuaskan. Oleh itu,
kami berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti seperti ini perlu dijalankan dalam pengajaran
dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai untuk murid yang lemah.
i

Halaman Kandungan
Kandungan

Muka Surat

Penghargaan

Abstrak

1.0 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

2.0 Fokus Kajian

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum


3.2 Objektif Khusus
4.0 Kumpulan Sasaran

5.0 Perlaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Awal masalah

5.2 Analisis tinjauan awal masalah

5.3 Tindakan yang dijalankan

5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian

5.5 Refleksi Kajian

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

7.0 Bibliografi

8.0 Lampiran

1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu


Lazimnya Sains dianggap sebagai mata pelajaran yang penting dalam penggunaan
kehidupan dan pembangunan teknologi.

Namun demikian, didapati masih ada murid-murid yang lemah dalam aspek penguasaan
perkataan khusus dalam mata pelajaran sains. Guru-guru juga menghadapi masalah kekurangan
masa dan BBM untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang setara berpandukan
dengan daya penguasaan dan tahap kebolehan setiap murid yang berbeza-beza.

Di samping itu, isi kandungan pelajaran yang tidak sepadu dengan kebolehan penguasaan
murid masing-masing juga menjadi batu penghalang kepada murid-murid.

Bukan itu sahaja, malah suasana pembelajaran yang kurang menggalakkan dan kadang
kala tidak konduktif langsung juga menghadkan minat mempelajari dalam mata pelajaran sains.
Dari tinjauan kritikal ini, terdapat segelintir murid-murid yang lemah penguasaan dalam
kemahiran ini telah dipinggirkan. Masalah ini seterusnya akan menimbulkan kesulitan kepada
murid-murid ketika mereka menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 6 nanti.

2.0 Fokus Kajian


Walaupun saya mengesan banyak masalah yang menghadapi oleh murid saya, saya
hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan perkataan khusus dalam mata
pelajaran sains. Murid saya selalu tidak dapat membaca dan memahami perkataan khusus bagi
mata pelajaran sains.

Dengan membantu mereka mempertingkatkan lagi penguasaan perkataan khusus dalam


mata pelajaran sains, saya yakin mereka akan lebih mudah untuk memahami eksperimen yang
dibuatkan dalam kelas, dapat memahami proses kehidupan atau pertumbuhan bagi manusia,
binatang dan tumbuhan, selain daripada itu pelajar juga dapat membuatkan latihan dengan tepat.

3.0 Objektif Kajian


Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif
berikut:

3.1

Objektif Umum
i.

3.2

Meningkatkan lagi peratus kelulusan dalam penilaian mata pelajaran sains.

Objektif Khusus
i.

Dapat memahami eksperimen yang dibuatkan dalam kelas.

ii.

Dapat memahami proses kehidupan atau pertumbuhan bagi manusia,


binatang dan tumbuhan.

iii.

Dapat membuatkan latihan dengan betul.

4.0 Kumpulan Sasaran


Kajian ini dijalankan di kalangan 3 orang murid kelas Tahun 4 yang lemah dalam
mata pelajaran sains . Penentuan sasaran ini adalah melalui pencapaian peperiksaan
Mereka pada tahun lepas dan juga melalui temubual daripada guru mata pelajaran
sains.

5.0 Pelaksanaan Kajian


5.1 Tinjauan Awal Masalah
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut :
i. Ujian pra penguasaan perkataan khusus bagi mata pelajaran sains berdasarkan

perkataan yang diberi bagi menganalisa kelemahan murid.


ii. Latihan mata pelajaran sains bagi mengesan kesilapan murid.
iii. Temubual dengan murid untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi.

5.2 Analisis Tinjauan Awal Masalah


Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran,
kami dapati murid belum dapat menguasai perkataan khusus bagi mata pelajaran sains
dengan baik berdasarkan perkataan dan latihan yang diberikan.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


Tindakan dijalankan dengan menggunakan kaedah buka minda
i. Semua murid wajib mencatat dan menghafal perkataan khusus bagi mata pelajaran sains
berserta definisi bagi setiap perkataan khusus dalam buku catatan setiap hari.
ii. Murid yang didapati tidak menumpu perhatian dalam pengajaran akan didenda menyalin
10 kali semua perkataan khusus yang telah diajar pada hari tertentu di dalam buku
catatan.
iii.Guru menguji ingatan murid dengan bersoaljawab.
iv.

Murid diminta membuat latihtubi yang disediakan dalam bentuk objektif.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian


5.4.1

Pelaksanaan Aktiviti ( i )

Tindakan ini dilaksanakan dari peringkat ke peringkat. Pada awal peringkat guru
memberi contoh perkataan khusus mata pelajaran sains kepada murid. Kemudian guru
meminta murid menghafal perkataan khusus tersebut dalam tempoh 1 minggu. Guru sentiasa
menguji ingatan murid semasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.4.2

Pelaksanaan Aktiviti ( 2 )

Satu Ujian Pos (rencana) dijalankan bagi menguji ingatan murid. Pencapaian murid telah
pun meningkat jika dibandingkan antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Ini dapat dilihat daripada
jadual perbandingan yang berikut:

4
Jadual Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos

Murid
M1
M2
M3

Ujian Pra
10 E
20 E
15 E

Ujian Pos
40 C
50 C
45 C

5.5 Refleksi Kajian


Berdasarkan perbandingan tersebut, saya dapati pencapaian murid telah meningkat.
Mereka juga lebih berkeyakinan dan berminat dalam mata pelajaran sains. Pencapaian ini akan
meningkatkan peratus kelulusan murid-murid dalam mata pelajaran sains. Setelah beberapa
peningkatan kajian dijalankan, saya berasa puas hati dengan kejayaan yang dicapai oleh muridmurid tahun 4 yang lemah dalam penguasaan perkataan khusus bagi mata pelajaran sains.
Mereka dapat memahami eksperimen yang dibuatkan dalam kelas dan dapat membuat latihan
dengan betul.

6.0 Cadangan
Daripada hasil kajian yang dicapai ini, saya telah berjaya meningkatkan keputusan
mata pelajaran sains. Oleh itu, saya cadangkan kajian ini perlu dilaksanakan terhadap muridmurid yang lemah dalam penguasaan perkataan khusus bagi mata pelajaran sains mula dari
tahun 1 hingga tahun 6. Ini akan membantu mereka menguasai kemahiran penguasaan perkataan
khusus bagi mata pelajaran sains.

7.0 Bibliografi
1.

Bahagian Perancangan Pendidikan Dasar Pendidikan, Manual Kajian Tindakan,


Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.

Buku Panduan Guru bagi mata pelajaran sains Tahun 4.

3.

Buku Teks bagi mata pelajaran sains Tahun 4

Lampiran
Contoh:
1. oksigen
2. karbon dioksida
3. graviti
4. paru-paru
5 vitamin dan zat galian
6. karbohidrat
7. protein
8. omnivor
9. herbivor
10. karnivor

Vous aimerez peut-être aussi