Vous êtes sur la page 1sur 7

ASSIGNMENT VMA 101

BY

AMIRASHIDAH BINTI ABIDIN


104795
ISI KANDUNGAN

Media Baru

Bibliografi
Media Baru

Media baru merupakan satu terma bermaksud untuk menunjukkan kesatuan computer digital

ataupun informasi network dan teknologi komunikasi di dalam abad ke 21 ini. Selalunya, teknologi yang di

kelaskan sebagai media baru adalah digital dan mempunyai karakter untuk dimanipulasi, networkable,

dense, compressible dan impartial.

Media baru merupakan evolusi daripada media yang bersesuaian dengan arus teknologi pada

zaman yang serba canggih ini. Penggunaan software dan teknologi dan teknik serta kemahiran yang makin

maju merupakan salah satu bentuk peralihan media kepada media baru seperti penggunaan motion

graphics dan visual effects, javascripts, website, 3D animation dan pelbagai lagi. Peralihan media ini

bersesuai apabila dilihat dari segi kemajuan teknologi zaman ini.

Media baru merupakan satu bidang yang lebih cenderung ataupun peka kepada peralihan

teknologi. Jika dahulu untuk mempromiskan sesuatu kita menggunakan banner, flyers dan poster tetapi

dengan wujudnya internet bidang promosi menjadi sesuatu yang menarik. Selain itu, kerja promosi menjadi

lebih mudah, cepat dah berkesan.

Penggunaan internet memainkan peranan yang penting di dalam arus permodenan kerana hampir

setiap barang ataupun perkhidmatan akan di iklankan di internet. Di sinilah wujudnya halaman web

ataupun website. Halaman web adalah salah satu bentuk promosi yang terkenal kerana internet

merupakan sesuatu yang digunakan oleh hampir semua orang. Untuk mempromosikan sesuatu barang

atau perkhidmatan tidak memerlukan kos ataupun belanja yang tinggi lagi kerana internet membolehkan

kita menghantar email, meletakkankan iklan di Friendster, facebook, tagged dan lain-lain lagi.
Walaupun kita perlu menyampaikan mesej tetapi sesebuah iklan itu masih perlu mempunyai daya

tarikan agar dapat menyampaikan mesej dengan berjaya. Wujudnya halaman web semua kerja promosi

menjadi lebih cepat dan berkesan kerana pengguna dapat mengakses internet di mana-mana sahaja

mereka berada. Kehebatan laman web bukan sahaja terletak pada kesenangan untuk mengaksesnya

tetapi juga pada keunikan, kecantikan, ketepatan dan kehebatan halaman web itu sendiri. Berbantukan

oleh motion graphics untuk pergerakan, animasi yang menarik untuk teks dan photoshop untuk meng-edit

gambar yang akan di pamerkan, sesebuah halaman web itu akan berjaya menarik ribuan pengguna dan

pelanggan.

Selari dengan arus permodenan animasi tradisional atatu pun animasi yang dilukis dengan tangan

kini berevolusi menjadi 2D dan juga 3D. Wujudnya teknologi ini, kita sebagai pengguna dapat menyaksikan

animasi-animasi hebat seperti Spongebob, Danny Phantom, Shrek, Ice Age, Finding Nemo, Upin dan Ipin

dan banyak lagi.

Penghasilan animasi tradisional, dimana untuk menghasilkan sebuah animasi kita perlu melukis di

atas kertas. Dimana setiap lukisan perlu mempunyai perubahan kecil yang membezakan ia dengan lukisan

seblumnya. Ini adalah perlu untuk menjadikan ia satu animasi bergerak. Setelah siap lukisan itu barulah ia

akan di warnakan sebelum dirakam bersama latar belakang secara satu-satu untuk menjadikan ia satu

animasi.

Snow White merupakan contoh animasi tradisional memakan masa selama 3 tahun untuk

disiapkan (awal 1934 – 1937).

Animasi pada zaman sekarang tidak memerlukan kita melukis di atas kertas sebaliknya kita boleh

scan ataupun terus melukis di dalam komputer. Pelbagai jenis software boleh digunakan untuk mewarna

lukisan, menggunakan angle kamera dan juga untuk kesan khas. Animasi tradisional masih lagi digunakan
tetapi dengan adanya teknologi ini masa dapat disingkatkan dan kerja dapat disiapkan dengan lebih

mudah. Kini, animasi juga berevolusi kepada animasi 3 Dimensi.

Animasi 3D merupakan manipulasi imej dan objek 3D dalam bentuk animasi menggunakan

kaedah permodelan (modeling), pemetaan (mapping), pencahayaan (lighting), penggunaan kamera

(camera), animasi (animation), dan proses render (rendering) yang terdapat dalam perisian animasi 3

Dimensi.

-Mark Giambruno,2002-

Sekarang, dengan bantuan daripada teknologi, walaupun masih memerlukan penggunaan masa

dan kos yang tinggi tapi kita dapat menghasilkan sesuatu yang menarik dah lebih nyata.

Upin dan Ipin memakan masa 2 tahun untuk disiapkan (Januari 2006 – May 2008)

Kita juga dapat melihat peralihan ataupun evolusi media baru ini apabila kita melihat kesan-kesan

khas, editing dan teknik penggambaran di dalam industri perfileman pada waktu ini. Perbezaan yang nyata

dapat dilihat daripada cerita-cerita zaman dahulu di mana kesan-kesan khas terpaksa dilakukan secara

manual seperti Laksamana Do Re Mi apabila mereka menaiki tikar sakti keseluruhan kesan visual itu

kurang nyata dan kurang berkesan.

Pada abad ke-21 ini, kita dapat menghasilkan sesuatu yang nyata dan benar dengan

menggunakan bantuan teknologi.Penggunaan CGI ataupun Computer-Generated Images dapat

menghasilkan satu gambaran yang benar dan realiti. Secara amnya CGI merupakan satu teknik komputer

untuk menghasilkan kesan-kesan khas. Grafik computer memanipulasikan model-model berangka atau

objek 3D melalui komputer dengan teknik mencipta objek dan setelah itu di ubahsuai serta digerakkan.
Cicakman merupakan satu fenomena di dalam Malaysia apabila menjadi filem Malaysia pertama

yang menggunakan teknik CGI. Filem ini menggunakan hampir 90% CGI di mana kita dapat melihat

dengan jelas sewaktu menyaksikan filem ini contohnya babak dimana cicakman menjelirkan lidahnya yang

panjang dan juga kipas yang menyedut Professor Klon sewaktu beliau bergelut dengan Cicakman.

Penggunaan Green Screen membolehkan kita menghasilkan sesuatu yang tidak wujud.

Penggunaan Green Screen membantu menghasilkan sesuatu yang tidak dibuat dengan manual seperti lori

yang kemalangan, kereta terbang di angkasa ataupun mewujudkan satu pemandangan bandar ilusi.

Teknologi-teknologi ini membantu kita menghasilkan sesuatu yang jelas dan nyata agar penonton dapat

merasai kewujudan sesuatu babak.

Sebagai manusia yang hidup pada zaman penuh teknologi ini, kita perlu sentiasa berada di

hadapan dan peka terhadap segala arus perubahan teknologi agar kita tidak ketinggalan di belakang.

Manusia perlu sentiasa belajar dan bersedia untuk belajar sesuatu yang baru kerana arus kemodenan

tidak menunggu kita sebaliknya kita yang mengejarnya. Kita perlu sentiasa belajar sesuatu teknologi yang

baru agar kita dapat mempertingkatkan kemahiran diri dan dapat menghasilkan sesuatu yang menarik dan

diiktiraf oleh masyarakat.

BIBLIOGRAFI

http://en.wikipedia.org/wiki/New_media_art
http://en.wikipedia.org/wiki/New_media

http://www.jwebmedia.com/

http://www.bcit.ca/study/programs/6415smcert

http://adibanas.blog.friendster.com/2008/09/teknik-cgi-dalam-filem-cicakman-2006/

http://en.wikipedia.org/wiki/Snow_White_and_the_Seven_Dwarfs_(1937_film)

http://amanz.my/2009/06/upin-dan-ipin-angkasa-pada-2011/

http://www.upindanipin.com.my/index.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Snow_White_and_the_Seven_Dwarfs_(1937_film)

http://pergh.com/details/review-geng-pengembaraan-bermula-bersama-upin-dan-ipin.html

http://www.pergh.com/forum/index.php/topic,11335.0.html

http://lescopaque.com/production.html

http://en.wikipedia.org/wiki/3D_computer_graphics

http://74.125.153.132/search?q=cache:o3WZpt7U84kJ:fatekma.uthm.edu.my/shahizul/Bab1.ppt+3D+anim
asi&cd=3&hl=en&ct=clnk&gl=my

http://en.wikipedia.org/wiki/Animation

Vous aimerez peut-être aussi