Vous êtes sur la page 1sur 81

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Pengurusan tapak (site management) adalah satu elemen penting dalam


pembinaan bangunan (building construction). Isu ini memainkan peranan yang
penting sebagai pemangkin dalam merealisasikan apa yang tersirat dalam kertaskertas perancangan pembinaan. Dengan pengurusan yang jitu dan padu, hasil yang
memuaskan pasti dapat dicapai.

Pengurus projek merupakan individu yang dilantik dan diberi kuasa untuk
mencorakkan atau mengendalikan sesebuah tapak bina mengikut konsepnya yang
tersendiri tanpa menjejaskan kualiti kerja malahan meningkatkan lagi kualiti kerja
tersebut.

Dalam apa jua bidang, isu pegurusan tidak lagi dipandang remeh terutama
dalam hal-hal yang melibatkan orang awam atau masyarakat. Di mana secara tidak
langsung kebajikan masyarakat akan dapat dipupuk dan terpelihara keharmoniannya.
Sistem pengurusan tapak yang berkualiti akan dapat meningkatkan mutu dan

2
produktiviti kerja dan pada masa yang sama juga ianya dapat mengurangkan kos
pembinaan.

Pengurusan tapak yang baik dapat mengurangkan pembaziran bahan mentah,


tenaga kerja dan masa semasa kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti di tapak bina, ianya
perlu dilaksanakan mengikut jadual perancangan (time schedule) yang telah
ditetapkan, di mana tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya kelewatan.
Kelewatan akan menjejaskan keseluruhan program atau tempoh untuk menyiapkan
sesuatu projek boleh menyebabkan kerugian dan matlamat tidak dapat dicapai. Di
sinilah perancangan, pengawalan dan pengurusan yanag sistematik diperlukan.

1.2

Kenyataan Masalah

Oleh kerana tiada sistem pengurusan tapak bina yang berkesan, maka
pelbagai permasalahan timbul yang menyebabkan kerugian kepada kontraktor
malahan kepada pemilik dan orang awam khususnya. Di antara masalah yang sering
dihadapi adalah :-

i.

Kelewatan penyerahan projek


Oleh kerana pengurusan yang tidak sistematik akan menyebabkan
pembinaan sesuatu projek itu tertunda atau terlewat dari tarikh asal
penyerahan projek itu.

ii.

Tekanan terhadap keupayaan Pengurusan projek.


Kritikan terhadap projek pembinaan berkait rapat dengan aktiviti yang
dijalankan di tapak bina. Masalah mogok, kemalangan, projek lambat,
masalah pekerja yang kerap ponteng kerja dan perkara-perkara yang

3
tidak dilapor adalah tinggi. Ini menyebabkan pelbagai aktiviti terpaksa
ditangguhkan.
iii.

Tekanan luaran
Bahan binaan yang lambat dihantar akan menimbulkan masalah dan
menyebabkan kos projek akan bertambah dan kelewatan pada projek.
Gaya pengurusan yang tidak teratur seperti menguruskan kontrak
buruh atau pembayaran kembali kontrak akan mengalami kegagalan.
Pengurusan yang tidak realistik akan menambahkan masalah
pengurusan di tapak yang mana tidak ekonomik serta membawa kesan
yang buruk.

iv.

v.

Tekanan di tapak pembinaan


a.

Cuaca yang tidak menentu

b.

Kekurangan kemahiran

c.

Persekitaran kerja

d.

Masalah pelan tapak

e.

Penyeliaan

f.

Pekerja yang kurang motivasi

g.

Kawalan bahan binaan

h.

Kawalan dokumen

i.

Sistem perancangan

j.

Keselamatan pekerja

Pengurusan yang lemah ke atas sumber-sumber seperti bahan, buruh,


masa dan kos.

vi.

Pengurusan yang kurang sistematik di tapak bina termasuk dari segi


struktur, peralatan serta teknologi yang digunakan dalam pembinaan
tidak bersesuaian.

4
vii.

Kurang pengalaman serta pengetahuan di dalam sistem pengurusan di


tapak bina oleh pengurus projek pembinaan.

1.3

Ojektif Kajian

Kelancaran proses pembinaan sering dikaitkan dengan pengurusan.


Pengurusan yang baik akan turut menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Oleh yang
demikian, aspek pengurusan semangnya tidak boleh diabaikan. Pengurusan yang
berkualiti adalah merupakan nadi kepada perlaksanaan sesuatu kerja. Seterusnya
membangkitkan tindakan yang sewajarnya.

Objektif utama kajian kes ini ialah:


i.

Mengenalpasti elemen yang penting serta kaedah-kaedah dalam


menguruskan tapak bina.

ii.

Mengenalpasti punca yang dihadapi oleh syarikat pembinaan yang


menyebabkan kelewatan menyiapkan sesuatu projek pembinaan. (Kajian
kes)

iii.

Membuat cadangan bagimana sistem pengurusan tapak bina dapat


dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan melalui kaedah-kaedah
yang dikenalpasti.

5
1.4

Skop Kajian

Banyak sebab-sebab yang menjadikan sesuatu projek pembinaan tidak dapat


disiapkan mengikut jadual seperti masalah sosial, perkhidmatan, teknikal,
kemampuan pemborong dan juga pengurusan. Oleh itu, skop kajian ini tertumpu
projek Cadangan Membina dan Menyiapkan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua
Musang dan ini tertumpu kepada pengurusan tapak bina yang melibatkan aspek
kelewatan dari segi kewangan dan tenaga pekerja. Bagi melengkapkan kajian ini
data-data mengenai projek tersebut diperolehi.

1.5

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk memaparkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk


mengawal kemajuan perlaksanaan sesuatu projek dengan cara pengesanan, penilaian
dan pengawalan yang berkesan.

Biasanya jangkamasa yang ditentukan untuk melaksanakan sesuatu projek


pembinaan adalah penting bagi kedua-dua pihak iaitu pemunya projek (klien) dan
juga pelaksana projek (kontraktor). Kepada kedua-duanya masa adalah wang,
biasanya penjimatan dapat dilakukan sekiranya pembinaan dapat disiapkan dengan
lebih awal.

Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan untuk meningkatkan


kecekapan pengurusan di masa akan datang dan seterusnya dapat mengatasi masalah
kelewatan pembinaan.

BAB 2

AMALAN PENGURUSAN TAPAK SECARA TEORI

2.1

Pengenalan

Semua aktiviti yang terlibat dalam pembinaan di tapak bina pasti mempunyai
risiko-risikonya yang tersendiri. Oleh itu, untuk mengelakkan atau mengurangkan
risiko tersebut, sistem pengurusan berkesan perlulah dipratikkan secara meluas.
Dewasa ini, liputan berkaitan dengan pengurusan berkesan agar terbuka di mediamedia cetak dan elektronik terutama dalam menangani persoalan peraturan di tapak
bina.

Tidak dinafikan untuk meraih keberkesanan ini, pengurus sendiri terpaksa


melaksanakan 10 kerja dari kebiasaan (Wan Azmi Ramli, 1985). Ia merupakan
fenomena yang biasa kita lihat dalam dunia pengurusan yang berkesan terutama di
tapak-tapak pembinaan. Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian untuk
merealisasikan keberkesanan pengurusan walaupun kesilapan pasti tidak dapat
dielakkan.

2.2

Pihak Yang Yang Terlibat

Dalam mencapai yang berkesan pengurusan yang berkesan, peranan individuindividu dalam sistem pengurusan adalah sebagai pemangkin menjayakan matlamat.
Gabungan dari kekuatan tersendiri individu-individu ini penting kerana langkah
yang tidak sehaluan akan memusnahkan matlamat pengurusan. Misalnya jika tiada
hubungan yang rapat antara kontraktor dengan perekabentuk atau prekabentuk
dengan arkitek atau pemaju dengan kontraktor, segala masalah tidak akan menuju
jalan penyelesaiannnya. Masa, tenaga dan kos akan terbuang dengan sia-sia akibat
kurangnya komitmen sesama ahli. Di antara pihak yang terlibat ialah:

i.

Pihak Berkuasa/ Kerajaan

ii.

Pemilik/ Pelanggan

iii.

Kontraktor

iv.

Perunding/ Perancang

v.

Perekabentuk

vi.

Pembekal Bahan dan Loji

vii.

Pekerja Binaan

viii.

Kewangan

2.3

Aspek Penting Dalam Pengurusan Tapak

Berdasarkan kenyataan Ng Kooi Leong (1998), perkara yang perlu


ditekankan dalam pengurusan tapak bina yang berkesan adalah:

2.3.1

a.

Organisasi

b.

Objektif

c.

Pembahagian tugas yang sistematik

d.

Sumber binaan

e.

Logi binaan

f.

Kawalan masa dan kos

Organisasi

Pembentukkan organisasi adalah perlu dalam menjayakan pembinaan.


Organisasi ini mestilah mempunyai objektif-objektif yang jelas untuk menyelia atau
membuat pengawalan terhadap aliran kerja yang saling kait mengait.

2.3.2

Objektif

Pihak pengurusan tapak bina mesti mempunyai objektif-objektif yang jelas


dalam organisasi. Ini akan membantu ahli-ahlinya menentukan hala tugas masingmasing dan merupakan hubungan antara ahli-ahli organisasi. Ada kalanya syarikat
perlu menitikberatkan objektif kakitangan dalam menentukan objektif syarikat.

2.3.3

Pembahagian Tugas Yang Sistematik

Penggunaan tenaga buruh mesti diuruskan dengan teratur dan diagihkan


mengikut keperluan aktiviti. Kesesuaian kerja dan kemahiran perlulah seimbang
dengan jenis aktiviti yang diserahkan. Adam Smith dalam Wealth of Nation (Mohd
Pshal Ab Rauh & Rozhan othman 1996) menyatakan bahawa lebih banyak berlaku
pembahagian kakitangan, maka lebih banyak pekerja yang membuat sesuatu tugas
secara berterusan, oleh itu lebih berkesan organisasi tersebut. Dengan kata lain
individu tertentu akan lebih cekap dan efektif.

2.3.4

Sumber Binaan

Keperluan bahan binaan harus dibekalkan pada satu-satu masa yang


dikehendaki atau masa-masa yang tertentu. Ini tidak terkecuali terhadap kualiti dan
kuantiti bahan yang perlu dipastikan betul dan mencukupi untuk aktiviti binaan yang
tertentu.

10

2.3.5

Logi Binaan

Pengurusan logi atau jenteraan pembinaan amatlah penting kerana ia secara


tidak langsung memberikan kesan terhadap masa dan kualiti binaan. Logi perlu
dipastikan disenggara sentiasa untuk mengelakkan jangka hayat dan digunakan
secara efektif pada tahap optimal.

2.3.6

Kawalan Masa Dan Kos

Dua aspek yang merupakan nadi kepada perkembangan tapak pembinaan


adalah masa dan kos. Kawalan ini penting supaya projek dapat diselesaikan pada
masa yang terpendek, tidak melebihi kos yang diperuntukkan dan kualiti yang
dijangkakan.

11

PENGURUSAN TAPAK:
Masa Dan
Kos

Sumber

Perancangan

Pelaksanaan

Loji
Binaan

Tenaga

Sumber

Kawalan

Rajah 2.1 Aspek Penting Pengurusan Tapak Bina


(Sumber : Dayang Sofia Ab. Razak & Norlida Abd. Halim, 1994)

Binaan

12

2.4

Pengurusan Organisasi Di Tapak Bina

Pengurusan organisasi ini diasaskan untuk memperlihatkan hiraki, agihan


kuasa dan tanggungjawab dalam organisasi. Merupakan pusat pengendalian,
penyelarasan, penyeliaan dan pengawalan segala aktiviti di tapak binaan. Pengurusan
organisasi yang efektif amat berkait rapat dengan hasil akhir pembinaan.
Keberkesanan organisasi membolehkan tapak bina diuruskan dengan sempurna di
mana perjalanan pentadbiran licin,kurang perselisihan dan kos pentadbiran yang
optimum serta tiada masaalah yang kritikal di sepanjang masa pembinaan. Begitu
juga dengan penggunaan sumber binaan dan loji pada tahap optimum. Hubungan
antara ahli organisasi yang lebih berkesan dapat meningkatkan semangat untuk
bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

2.4.1

Faktor-faktor Keberkesanan

Faktor-faktor keberkesanan ini adalah penting untuk mengukur sejauh mana


ahli-ahli organisasi melaksanakan objektif dan tugas yang diamanahkan.
Antara faktor-faktor tersebut ialah (Ng Kooi Leong (1998) dan Selva (1997)).
a.

Objektif dan darjah pemahaman

b.

Struktur organisasi

c.

Agihan tugas kuasa dan tanggungjawab

d.

Komunikasi dan perhubungan

e.

Penyelarasan

13

2.4.1.1 Objektif Dan Darjah Pemahaman

Setiap organisasi tapak binaan perlu mempunyai objektif-objektif yang jelas.


Objektif yang jelas ini amat berguna untuk melaksanakan tugas, membuat keputusan
dan menyelesaikan masaalah. Antara kepentingan memahami objektif ialah:
i.

Tahu apa yang diharapkan oleh organisasi terhadap mereka.

ii.

Faham akan kedudukan organisasi dan apa yang boleh mereka harapkan
daripada organisasi.

iii.

Boleh menilai tujuan penubuhan organisasi dengan tujuan peribadi mereka.

2.4.1.2 Struktur Organisasi

Struktur organisasi adalah berbeza antara satu tapak binaan dengan tapak
binaan yang lain. Kebiasaannya ia bergantung kepada saiz syarikat pembinaan, jenis
kerja yang hendak dijalankan, tempoh pembinaan, jarak tapak binaan dengan ibu
pejabat dan polisi syarikat. Struktur organisasi ini penting di tapak binaan untuk:

i.

Memperlihatkan rantaian arahan daripada jawatan yang tertinggi


sehingga ke peringkat yang terendah.

ii.

Memperjelaskan bahagian-bahagian dalam organisasi seperti


pentadbiran, kewangan dan teknikal.

iii.

Memberikan gambaran kasar tentang perhubungan dan tahap


komunikasi antara ahli-ahli organisasi

14
iv.

Memperjelaskan tugas dan tanggungjawad dalam sesebuah


organisasi.

Apa yang jelas di sini, organisasi perlu disusun sesederhana mungkin sesuai
dengan projek dan ahli-ahli organisasi harus tahu dan faham akan tugas,
tanggungjawab serta bidang kuasa masing-masing.

2.4.1.3 Agihan Tugas, Kuasa Dan Tanggungjawab

Pengagihan tugas adalah perlu untuk melicinkan lagi perjalanan aktivitiaktiviti. Ia dikhususkan kepada pekerja di tapak binaan sama ada mahir, separuh
mahir dan tidak mahir kepada bidang tugas yang bersesuaian ke tahap yang paling
optima. Tujuan pembahagian tugas ini adalah untuk:

i.

Mengelakkan seseorang itu dibebani tugas yang keterlaluan berbanding


orang lain.

ii.

Penyerahan kerja hendaklah berdasarkan akademik, pengalaman, usia


dan jantina

iii.

Menjelaskan tugas dan mengelakkan timbul salah faham.

Pembahagian tugas ini hendaklah disertakan dengan kuasa atau hak membuat
keputusan dan tindakan iaitu sebagai garis panduan kepada ahli-ahli organisasi.
Penjelasan ini adalah untuk menyedarkan mereka tentang apa jawatan dan tugas yang
diserahkan serta apa yang diharapkan oleh organisasi dan bagaimana untuk
melaksanakannya sebaik mungkin.

2.4.1.4 Komunikasi Dan Perhubungan

15

Komunikasi yang berkesan berupaya menyalurkan pendapat, maklumat dan


arahan dengan pantas dalam pelbagai peringkat kemahiran. Untuk mencapai tahap
tersebut, organisasi yang sesuai perlu diwujudkan dan dilaksanakan. Secara dasarnya
pemilihan komunikasi ini terbahagi kepada lima (Mohamad Salmi, 1996) iaitu:

i.

Komunikasi bertulis

Komunikasi bertulis adalah seperti perlaksanaan aturan projek, memohon data,


membuat perakuan dan bayaran serta membuat laporan bulanan dan sebagainya.
Bentuk komunikasi ini biasanya mengikut cara yang piawai seperti lukisan
spesifikasi dan dokumen kontrak yang mana kerja di huraikan dengan jelas dan
ringkas. Ini bertujuan supaya penyelia dan pihak yang terlibat semasa projek siap
memahami sama ada hasil kerja adalah memuaskan atau sebaliknya.

Kaedah bertulis ini perlu untuk:

a.

Menyatakan mesej dalam perkataan yang jelas dan tepat.

b.

Mampu menghasilkan kata-kata yang menarik untuk dibaca.

c.

Mampu menyatakan dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan jelas.

d.

Pemilihan waktu yang sesuai iaitu penyusunan pentadbiran yang baik untuk
penyebaran.

e.

Menyedarkan tentang batas kemampuan dan pembarisan hanya dalam situasisituasi yang sesuai.

Jadual 2.1 Perbandingan Kebaikan Dan Keburukan Komunikasi Bertulis.

16
Kebaikan

Kekurangan

1. Mesej yang sama dengan semua

1. Tidak semua orang memilih untuk

orang.

membaca (tiada jaminan mesej telah

2. Cepat.

sampai)

3. Pengaturan masa yang teliti boleh

2.Pemahaman yang berlainan antara

memastikan mesej diterima oleh

seseorang

semua orang dalam masa yang sama.

mengikut perbendaharaan kata mereka.

4. berguna untuk maklumat yang tidak

3. Tiada peluang untuk menjelaskan,

kritis.

menyoal,

5. Pengedaran dalam beberapa cara

mendapat jawapan dan berbincang.

(cth : notis, surat, individu dan

4. Sukar menyampaikan kepentingan dan

lain-lain) secara serentak.


6. Membantu menyokong komunikasi lisan

penekanan relatif.
5. Mengurangkan perasaan keterlibatan dan

yang melibatkan subjek.

menghalang pertukaran maklumat serta

7. Menjadikan tindakan tatacara, sistem,


peraturan dan sebagainya sesuatu yang

pandangan.
6. Perkataan mungkin kabur, mengelirukan

lazim dan

dan salah faham.

merekodkannya.
8. Bentuk biasa untuk menghantar laporan
dan cadangan.

ii.

Komunikasi Lisan Secara Langsung


Komunikasi lisan secara langsung berguna apabila ia melibatkan hal
peribadi, menyelesaikan masalah dengan pantas dan berkesan serta membuat
keputusan. Komunikasi ini sesuai dipratikkan dalam organisasi yang kecil
kerana jumlah anggota yang sedikit. Ia kerap dilakukkan dalam bentuk lisan
atau bersemuka, melalui telefon dan nota bertulis (cepat, cekap dan
berkesan). Iaitu tidak bergantung kepada perkataan sahaja tetapi lebih kepada
interaksi spontan dan tindakan yang cepat.

17

Komunikasi jenis ini perlu untuk:


a.

Persediaan yang teliti.

b.

Kemahiran penyampaian dan komunikasi individu yang baik.

c.

Pengentahuan yang luas.

d.

Mampu mengawal dan menjawad soalan.

e.

Kebolehpercayaan kumpulan.

f.

Galakan penyertaan dan penglibatan.

Jadual 2.2 Perbandingan Kebaikan Dan Keburukan Komunikasi Lisan


Kebaikan
1. Kesan langsung terhadap individu
atau kumpulan
2. Membolehkan penilaian reaksi,
perbincangan atau penyampaian
diubahsuai sewajarnya.
3. Boleh menggunakan perkataan
biasa mudah difahami.
4. Boleh bertanya soalan dan
mendapatkan jawapan
5. Penyampai boleh menyemak
asimilasi.
6. Memungkinkan pengukangan,

Kekurangan
1. Bergantung kepada kemampuan
individu untuk komunikasi yang
berkesan.
2. Memerlukanmasa untuk
disediakan dengan teliti
berbanding dengan kerumitan
perkara itu.
3. Tidak menjamin keseragaman
kandungan dan pemahaman
antara kumpulan berdasarkan
agenda umum.
4. Memekan masa dan biasanya

menggulung hujah dan penekanan

berkesan bagi kumpulan yang

khas sebagaimana perlu.

kecil.

7. Memperibadikan kualiti dan


penambahbaikan
8. Membantu proses penyertaan dan
penglibatan.
9. Boleh mendapat komitmen semua

18
peringkat individu.

iii.

Komunikasi Lisan Tidak Langsung

Komunikasi ini terbatas keberkesanannya. Sukar untuk memeriksa individu


yang mendengar mesej dan untuk menyemak pemahaman adalah tidak praktikal.
Tidak fleksibel dan tidak dapat disesuaikan dengan mudah menurut keperluan
individu.

iv.

Komunikasi Visual.
Kaedah melalui penglihatan adalah lebih berjaya berbanding secara

pendengaran, sentuhan, hidu dan rasa.

v.

Komunikasi Melalui Contoh


Komunikasi yang dimaksudkan ialah berdasarkan contoh peribadi iaitu

perantaraan yang berkuasa membuat seseorang memahami mesej, komunikasi


melalui contoh boleh dilakukan dengan:
a.

Cara individu berkelakuan di tempat kerja.

b.

Standard penjagaan dan kebersihan dalam syarikat.

c.

Cara bagaimana seseorang cenderung membantu orang lain memahami dan


mengelak masalah daripada timbul.

d.

Belajar bagaimana memahami, berkomunikasi dan mempengaruhi orang lain


(komitmen).

e.

Patuh pada peraturan, tatacara, sistem, pengendalian piawai dan amalan.

f.

Sikap umum yang positif dan berwaspada terhadap kualiti.

19
g.

Bagaimana mencetus keghairahan, kebanggaan dan keyakinan dalam diri dan


organisasi.

Semua jenis komunikasi di atas perlu diseimbangkan dan boleh


dilaksanakan semasa mesyuarat yang terdiri daripada perbualan dan pertemuaan
ringkas kepada persidangan, jawatankuasa, kumpulan kerja dan mesyuarat projek.
Untuk membentuk komunikasi yang berkesan apa yang perlu adalah:
i.

Ringkas dan berterusan

ii.

Anggap satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

iii.

Dituju pada individu yang betul dan maksud yang tepat.

iv.

Interaksi dua hala kedua-dua pihak berpeluang menyuarakan pendapat.

v.

Garis komunikasi yang jelas terhadap carta organisasi.

2.4.1.5 Penyelarasan

Penyelarasan dalam organisasi adalah penting terutama bila melibatkan kerja


berkumpulan (teamwork). Penyelarasan tugas ini sesuai diaplikasikan untuk:
i.

Memastikan tumpuan ahli organisasi lebih kepada mencapai objektif kerja


seterusnya objektif syarikat.

ii.

Mengelakkan sikap melepaskan tanggungjawab di antara ahli organisasi.

iii.

Menyedarkan ahli organisasi tentang pentingnya semangat saling membantu


dan bekerjasama dalam perlaksanaan tugas.

iv.

Memberikan pendedahan supaya timbul sikap terbuka di antara ahli untuk


memberikan pendapat atau mengutarakan masalah dan sama-sama
menyelesaikannya daripada hasil keputusan yang baik.

v.

Membuang sikap ahli organisasi yang memikirkan dirinya merupakan orang


yang terpenting dalam organisasi.

Antara prinsip penyelarasan yang perlu diberi perhatian ialah:

20

i.

Penyelarasan mestilah dimulakan dari peringkat awal projek dan ianya harus
berterusan

ii.

Penyelarasan secara menyeluruh iaitu meliputi pengurusan semua aspek


seperti bahan, buruh, loji, aktiviti-aktiviti di tapak dan sebagainya.
Penyelarasan yang lebih efektif dan terbaik boleh dicapai melalui beberapa

faktor seperti:
i.

Struktur organisasi yang ringkas dan mudah.

ii.

Komunikasi berkesan, merupakan asa kepada kejayaan penyelarasan.

iii.

Hubungan rapat sesama ahli, mengurangkan perselisihan atau pertelingkahan


sesama ahli.

iv.

Keadilan dalam mengagihkan kuasa, tugas dan tanggungjawab berpadanan


dengan kemampuan ahli.

v.

Penyelarasan dilaksanakan dari peringkat perancangan awal iaitu segala


aktiviti hendaklah diselaraskan degan sumber binaan seperti bahan dan loji
pada masa yang tertentu.

vi.

Penyelarasan yang baik akan disertai dengan pengawasan dan penyeliaan


tetapi perlu dipastikan ianya tidak menimbulkan sikap menindas terutama
antara ahli organisasi dengan pekerja bawahan (buruh)

Terdapat 9 aspek utama untuk menjayakan penyelarasan kerja berkumpulan


yang boleh dijadikan garis panduan ( Institut Jurutera Malaysia, 1985). Gabungan
aspek-aspek kerja ini adalah seperti di bawah dan boleh dirujuk melalui Rajah 2.4.

i.

Memperbaharui ( innovating)
Pendekatan baru terhadap kerja melalui kajian dan penciptaan.

ii.

Memperkenalkan (promoting)
Mencari kaedah yang terbaik dan menyakinkan bagi semua pendekatan yang
baru.

iii.

Mengembangkan (developing)

21
Membuat penilaian terhadap projek dan mencari kaedah pendekatan terbaru
yang boleh digunakan secara efektif.
iv.

Penyusunan (organizing)
Menubuhkan dan melaksanakan pelbagai kerja mengikut laluan kerja yang
telah tertentu.

v.

Mengeluarkan (producing)
Melengkapkan tanggungjawad dan memajukan pengeluaran yang
berdasarkan kesederhanaan.

vi.

Pemeriksaan (inspecting)
Untuk menjamin kualiti kerja yang tinggi, penyemakan dan sistem
pengauditan perlu dilaksanakan.

vii.

Penyelenggaraan (maintaining)
Menyelenggara secara berkumpulan untuk menjaga atau menjamin kualiti
peralatan yang digunakan, pemprosesannya dan mengikut piawaian tertentu.

viii.

Penasihatan (advising)
Bersama-sama mengumpulkan dan berkongsi maklumat dan sumber.

ix.

Perhubungan (linking)
Menguruskan dan menyelia kerja dalam kumpulan di mana ahli-ahli
organisasi memainkan peranan menjayakan objektif.

PROMOTING
INNOVATING

DEVELOPING

22

ORGANIZING

ADVISING

LINKIN
G
MAINTAINING

PRODUSING
INSPECTING

Rajah 2.4 Hubungan Penyelarasan Kerja Yang Berkesan


(Sumber : Institut Jurutera Malaysia. Julai 1985)

2.5 Pengurusan Aktiviti Di Tapak Binaan

Segala aktiviti di tapak binaan perlu diuruskan dengan teliti dan terperinci
untuk menjamin kualiti kerja selaras dengan jumlah pekerja yang di tempatkan di
tapak projek. Pengurusan aktiviti yang berkesan Segala aktiviti di tapak binaan perlu
diuruskan dengan teliti dan terperinci untuk menjamin kualiti kerja selaras dengan
jumlah pekerja yang di tempatkan di tapak projek. Pengurusan aktiviti yang berkesan
ditapak bina biasanya 0melibatkan beberapa perkara seperti pengurusan buruh,
peralatan, bahan pengawalan terhadap kos, kualiti dan masa, kesihatan dan

23
keselamatan, penyelarasan kerja, organisasi tapak dan mesyuarat. Perkara ini boleh
dilihat dengan lebih jelas melalui Rajah 2.5.

Organisasi
Tapak

Kesihatan dan
keselamatan

24

PENGURUSAN TAPAK
BINAAN
Perjalanan
Mesyuarat

Pengurusan
-Buruh
-Loji
-Bahan

Hubungan
dengan pihak
berkuasa

Kawalan
-Kos
-Kualiti
-Masa

Rajah 2.5 Penyelarasan Aktiviti D Tapak Binaan


(Sumber : Nota Pengurusan Pembinaan SAW 5113)

2.5.1

Pengurusan Buruh

Buruh di tapak bina terdiri daripada rakyat tempatan dan rakyat asing yang
diperoleh melalui agensi dengan latar belakang yang berbeza. Oleh itu, sistem

25
pengurusan buruh adalah agak kompleks. Di sini hubungan yang baik perlu disemai
bagi melancarkan lagi sistem pengurusan buruh yang efektif.

2.5.1.1 Sistem Yang Digunakan

Bagi pengurusan buruh terdapat sistemnya yang tersendiri dan biasa


digunakan. Berikut adalah sistem-sistem yang biasa dipakaiguna disemua tapak
binaan (Selva, 1997):

i.

Sistem Sub-kontraktor Dinamakan


Sub-kontraktor dinamakan adalah sub-kontraktor yang dilantik di mana
perlaksanaan kerjanya memerlukan kepakaran tertentu. Ia biasanya
dilantik oleh pihak perunding dengan persetujuan pemaju. Sub-kontraktor
ini adalah di bawah pengawasan pemaju dan segala persoalan perlu
diajukan terus kepada jurutera perunding atau arkitek. Di sini kerjasama
yang jitu dengan kontraktor utama amat perlu agar tidak menjejaskan
perjalankan projek. Antara kerja-kerja yang biasa dilaksankan ialah:

a. Pemasangan lif.
b. Pemasangan sistem mencegah kebakaran.
c. Pemasangan talian elektrik
d. Memasang sistem penghawa dingin.
e. Pemasangan sistem pembentungan dan lain-lain.
ii.

Sistem Kapala

26
Kebanyakan sistem pembinaan di Malaysia menggunakan sistem ini di
mana kerja-kerja tertentu diserahkan kepada kapala-kapala yang
berpengalaman yang mempunyai pekerjanya sendiri. Kapala-kapala ini
diawasi dan diselaraskan oleh pengurus tapak untuk melancar dan siap
pada jangka masa yang ditetapkan. Pengkhususan kerja bagi kapalakapala ialah:

a. Mengikat bata.
b. Perparitan
c. Pertukangan kayu
d. Pemasangan besi tetulang
e. Kerja-kerja pengkonkritan dan lain-lain.

iii.

Sistem Kongsi-Kong
Kongsi-kong adalah buruh kelas terendah di mana ia gaji harian dan di
bawah seliaan pengurus tapak. Penggunaannya tidaklah terlalu meluas
berbanding sistem kapala. Kerja-kerja umum yang biasa dilakukan ialah:

a. Mengangkat bahan binaan dari lori.


b. Pembersihan kawasan tapak bina.
c. Mengangkat batu-bat atau besi tetulang ke tempat ia diperlukan dan
lain-lain.

Walau bagaimanapun, rangkuman ketiga-tiga system di atas amat diperlukan


di tapak bina untuk penghasilan mutu kerja yang maksimum disamping kos yang
minimum.

2.5.1.2 Meningkatkan Produktiviti Kerja

27

Apa yang diketahui kerajaan telah melancarkan satu kaedah untuk


meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja. Menurut Pegawai Eksekutif
LembagaPembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIBD), mewajibkan semua
pekerja binaanmenjalani ujian sebelummemperbaharui pendaftarannya manakala ,
pekerja asing sector binaan akan disyaratkan mendaftar dengan CIBD dan perlu
menjalani ujian kemahiran sebelum permit kerja mereka dikeluarkan oleh Jabatan
Imigresen.

Ini merupakan usaha untuk mempertingkatkan kualiti kemahiran pekerja binaan dan
kuanliti bangunan. (Selva,1997 dan Nota Kuliah SAW5113, 1997). Disamping itu,
produktiviti kerja juga dapat ditingkatkan dengan beberapa jenis motivasi seperti:

i. Motivasi Bukan Berbentuk Kewangan.


Motivasi yang dimaksudkan adalah berkaitan kemudahan dan kebajikan pekerja
yang disediakan oleh pihak pengurusan projek seperti:

a. Tempat tinggal sementara.


b. Kemudahan bekalan air dan elektrik.
c. Khidmat kesihatan.
d. Perlindungan insuran.
e. Kantin.
f. Keselamatan tapak bina
Tanda keselamatan di tempat berbahaya, kebersihan tapak dan menganjurkan
latihan mencegah kemalangan.

ii. Motivasi Berbentuk Kewangan

28

Terdapat pelbagai alternatif berkaitan denagn motivasi berbentuk kewangan,


antranya ialah:
a. Upah
Upah buruh mestilah mengikut pasaran semasa dan tepat pada
masanya.
b. Bonus - Pemberiaan bonus apabila projek dapat disiapkan lebih awal
dari masa yang di jangkakan.
c.

Pengagihan untung
Keuntungan yang diperoleh oleh kapala diagihkan sama rata antara
Mereka.

2.5.1.3 Agihan Buruh Binaan Yang Sistematik

Mengagihakan tenaga buruh mengikut keperluan bagi setiap aktivit.


Pengagihan buruh boleh menggunakan teknik seperti :
i. Carta bar
ii. Kaedah lalui kritikal (CPM)

Henry Gantt (Mohd Pishal Ab Rauh & Rozhan Othman , 1996), mencadangkan
konsep kadar bonus iaitu bonus diberikan kepada setiap prestasi yang melebihi
daripada piawaian yang ditetapkan. Konsep ini telah digunakan secara meluas di
sektor swasta bagi meningkatkan kualiti dan produktivit pekerjanya.

2.5.1.4 Sokongan

29

Sokongan yang dimaksudkan adalah galakkan melalui khidmat-khidmat


nasihat untuk menaikkan semangat berkerja (moral). Menjaga kepentingan dan
hubungan baik dengan buruh binaan.

2.5.2

Pengurusan Sumber Binaan

Sebahagian kos projek adalah dikuasai oleh nilai harga bagi bahan binaan.
Pengurusan sumber merupakan peringkat yang agak rumit kerana ia banyak
melibatkan aktiviti seperti perancangan, pembelian, penyimpanan, penggunaan,
pengagihan, perlindungan dan pengawalan. Pengurus bahan adalah individu yang
menguruskan tentang pembelian dan pemesan bahan.

2.5.2.1 Merancang Pembelian

Pembelian bahan binaan perlu dirancang pada masa ia diperlukan dan


menepati beberapa cirri berikut (Selva, 1997):

i.

Kuantiti

ii.

KualitI

iii.

Harga yang berpatutan

iv.

Masa penghantaran yang tepat

v.

Jenis bahan yang betul

vi.

Tempat penghantaran yang betul

vii.

Jenis pengangkutan yang sesuai.

30

Teknik perancangan yang lazim digunakan adalah carta bar dan kaedah lalui
kritikal. Hubungan yang rapat antara pengurus bahan binaan dengan pembekal perlu
bagi memudahkan kerja pemesanan dan tempahan. Antara ciri-ciri yang perlu ada
pada pembekal ialah (Ng Khooi Leong, 1988):

i.

Berupaya membekalkan bahan pada kualiti, kuantiti dan masa yang


betul.

ii.

Reputasi pembekal di pasaran.

iii.

Harga bahan yang ditawarkan

iv.

Kedudukan kewangannya

Beberapa perkara perlu difikirkan sebelum pemesanan bahan seperti:

i.

Banyaknya bahan yang ada di tapak bina


Pemesanan hendaklah bergantung kepada jumlah yang sedia ada di
tapak bina bagi mengelakkan pembaziran.

ii.

Bila bahan tersebut diperlukan


Apabila bahan benar-benar diperlukan, pemesanan hendaklah
dilakukan dalam masa terdekat di mana ia dikehendaki.

iii.

Tempat di mana bahan diperlukan


Tempat bahan diperlukan harus diperjelaskan untuk menghidarkan
kesilapan penghantaran.

iv.

Penyimpanan, perlindungan dan keselamatan bahan di tapak


Kesesuaian kawasan dan tempat penyimpan, menyumbang kepada
perlindungan dan keselamatan bahan.

31

2.5.2.2 Penerimaan, Pemeriksaan dan Merekod

Bahan yang diterima darapada pembekal perlu diperiksa dan direkodkan.


Pemeriksaan yang lebih rapi perlu dilakukan terhadap:
i. Jenis bahan
ii. Kuantiti bahan.
iii. Kuantiti bahan
Cara dan bagaiman ia diperiksa adalah bergantung pada jenis, harga dan cara
pembungkusan. Jika pembungkusan menyukarkan pemeriksaan di resit penghantaran
pembekal pengurus bahan perlu mencatatkan bahawa penerimaan adalah tanpa
pemeriksaan sebelum ditandatanganinya. Terdapat beberapa pengelasan bahan sama
ada secara pukal, bag, diikat, tidak diikat atu dibungkus (Ian E. Chandler, 1978).
Sekiranya terdapat kerosakan, bahan perlu dipulangkan bersama surat bantahan.

Pemeriksaan selalu dilakukan bergantung kepada bahan, kualiti dan


kesesuaian sama ada dengan cara (Ian Chadler,1978):

i. Penglihatan
Pada amnya dilakukan pada bahan yang tida berbungkus atau di mana
kualitinya
dapat dilihat dengan sekilas pandang seperti kayu (timbercarcassing). Dari segi
kawalan kualiti, melalui pemeriksaan secara visual kerosakan bahan dapat
diketahui dengan mudah.

ii. Sentuhan
Walaupun bahan yang ada kelihatan rosak atau kualitinya rendah tetapi melalui
sentuhan barulah keadaan tersebut dapat dipastikan. Kaedah pemeriksaan ini

32
adalah terhad dan terbatas kepada beberapa bahan seperti pasir, simen,
plasterdan perabot kayu.
iii. Pensampelan
Kaedah pensampelan digunakan bagi bahn tertentu yang dihantar secara pukal
untuk diramalkan secara tepat akan kualiti bahan tersebut. Ujian pensampelan
biasa dilakukan bagi kiub konkrit dan teknik tersebut boleh diaplikasiakn bagi
batu baur, bata, kayu dan komponen-komponen lain di mana ia sukar diperiksa
secara satu persatu.
Setelah berpuas hati dengan bahan yang dihantar, maka resit penghantaran
perlu ditandatangani. Segala maklumat dan resit tersebut mesti difail dan direkodkan.
Salinan resit diserahkan kepada pengurus tapak dan ibu pejabat. Ini bertujuan untuk
rujukan apabila menyemak invois yang diserahkan oleh pembekal sebelum bayaran
diserahkan.

2.5.2.3 Penyimpanan Bahan

Penyimpanan bahn binaan perlu diletakkan di kedudukan yang sesuai.


Pemilihannya adalah berdasarkan:

i. Jenis bahan yang tidak disimpan


Iaitu terdiri sama ada simen, batu-bata, kayu atau tetulang adalah berbeza
kaedah penyimpanan dan perlindungannya
i. Keaadan fizikal tapak bina seperti keluasannya.
Keadaan fizikal tapak menentukan jenis dan jumlah bahan yang benar-benar
Sesuai ditempatkan di tapak bina disamping bergantung kepada kekerapan
penggunaan bahan.

33
ii. Setor digunakan untuk jangka masa panjang atau sebaliknya.
Keadaan setor yang dibina berdasarkan kepada masa penyimpanan dan jenis
bahan yang memerlukan penjagaan yang agak rapi.
iii.

Kedudukan setor yang dekat atau jauh memudahkan penyimpanan dan


pengagihan bahan.

2.5.2.4 Kawalan Dan Keselamatn Terhadap Bahan Binaan

Bahan yang disimpan perlu dijaga dan dilindungi dengan sempurna. Ini
adalah untuk menghindarkan dari berlaku pembaziran, penyalahgunaan dan
kehilangan. Ian E. Chandler (1978) menyatakan bahawa kehilangan biasanya
disebabkan oleh tindakan pekerja tapak semasa atau selepas waktu kerja yang tidak
dapat dijangkakan, begitu juga dengan pemilik bersebalahan yang boleh dianggap
pencuri amatur. Individu ini boleh dianggap vandalism. Tahap kehilangan dan
kecurian bergantung kepada beberapa perkara seperti:

i.

Lokasi tapak bina


Projejk yang berhampiran kawasan perumahan memungkinkan kerugian
besar akibat tindakan vandalism sesetengah remaja dan kanak-kanak yang
menggunakan tapak bina sebagai tempat bermain.

ii.

Persekitaran tapak
Pengawalan yang lebih tepat di kawasan tapak yang luas atau besar
bertujuan melindungi tapak bina dari risiko kecurian. Tambahan pula
sekiranya terletak di laluan orang ramai, di pedalaman dan tiada bangunan
bersebelahan.

iii.

Jenis Bahan.
Bahan atau barang yang kecil, sering digunakan dan senang dibawa adalah
jenis-jenis yang mudah hilang di tapak bina.

34

iv.

Nilai bahan.
Bahan binaan yang mahal dan sukar diperolehi di pasaran biasanya menjadi
aspek utama ia dicuri.

Jenis-jenis pencegahan dan pengawalan tehadap keselamatan bahan ialah:

i. Pemasangan pagar.
Membina pagar sekurang-kurangnya 2 meter di sekeliling tapak akan
menghalang pandangan orang awam seterusnya menganggap ia sebagai
Kawasan larangan.
ii.

Pemasangan lampu kawalan di waktu malam.


Penggunaan lampu jenis floodlight merupakan kaedah paling effektif
untuk mencegah pencerobohan, dengan atau tanpa tujuan mencuri. Ia juga
boleh di
gunakan untuk menyambung kerja-kerja pada suasana yang gelap.

iii. Menempatkan pengawal pada waktu malam.


Menempatkan pengawal di tapak selepas waktu bekerja. Pengawal yang
sentiasa memeriksa pada masa tertentu akan dapat menghalang atau
mencegah
hadirnya pencuri atau perosak harta awam.
iv

Memasang alat pencegah.


Pemasangan alatan ini akan membantu mengurangkan risiko kehilangan
dan kecurian bahan. Ia juga turut berfunfsi mencegah berlakunya
kebakaran yang
tidak diduga.

v.

Merekod bahan

35
Keluaran dan kemasukan bahan perlu direkodkan sebelum bukti
penerimaan diserahkan. Senarai bahan dan bakinya perlu diperkemaskan
untuk mengelakan penyelewengan atau kehilangan.

2.5.3

Pengurusan Jentera/ Loji Binaan

Penggunaan loji pada masa kini amat meluas di mana ia merupakan dana
yang membantu mempercepatbina projek yang sedang beroperasi. Perolehan
keberkesanannya adalah selari dengan pengurusannya yang rumit di mana
melibatkan perancangan, penyewaan atau pembelian, pengagihan, penggunaan dan
penyenggaraan.

2.5.3.1 Perancangan Dan Agihan

Perancangan dan agihan loji bergantung kepada aktiviti yang


memerlukannya. Keputusan yang diambil mestilah tepat dan berpadanan untuk
mengelakkan pembaziran. Berikut adalah cirri-ciri yang perlu difikirkan sebelum
membuat keputusan terhadap perancangan ( Selva ,1997):

i.

Jenis aktiviti.

ii.

Jenis loji yang bersesuaian denagan aktiviti.

iii.

Bila dan berapa lama loji diperlukan

iv.

Kesesuaian loji dengan lokasi

v.

Kehadiran loji sama ada mengganggu atau tidak.

36

2.5.3.2 Pembelian / Penyewaan

Pengurus tapak perlu membuat pertimbangan dan keputusan sama ada loji
perlu dibeli atau disewa. Nasihat boleh diperolehi dari pembekal, master machine
dan mereka yang lebih berpegalaman berkaitan logi memandangkan kos penyewaan
dan pembelian adalah agak besar. Sebelum membuat keputusan beberapa ciri berikut
perlu difikirkan:

i. Logi diperlukan untuk janga masa yang panjang atau pendek.


ii. Sejauh mana logi tersebut boleh membantu berbanding kos yang bakal
dikeluarkan.
iii. Kemampuan dari segi kewangan syarikat.
iv. Kos penyelenggaraan.
v. Keperluaan logi untuk projek akan datang.

2.5.3.3 Penggunaan Dan Penyenggaraan logi

Penyelenggaraan secara berkala adalah baik untuk penggunaan yang


optimum. Tetapi apa yang berlaku ialah diselenggarakan apabila berlaku kerosakkan.
Kelebihan yang diperolehi sekiranya diguna dan disenggarakan dengan baik,
merujuk kepada Selva (1997) dan Ng Kooi Leong (1998) ialah:

i.

Berupaya mencegah kerosakkan hingga ketahap minimum.

ii.

Boleh menjimatkan kos pembaikan dan penggunaan.

iii.

Meningkatkan produktiviti logi.

iv.

Menambahkan hayat logi.

37
Kos mendapatkan dan penggunaan logi di tapak bina adalah agak tinggi. Oleh
itu, untuk langkah pengawalan, penggunaan logi perlu dicatatkan masa, kos dan
pergerakannya di tapak bina. Ketiga-tiga aspek di atas boleh diaplikasikan untuk
menilai keberkesanannya.
i.

Masa
Catatan masa akan memudahkan urusan pengurus untuk menentu dan
memeriksa jumlah sebenar logi beroperasi.

ii.

Kos
Catatan kos penyelenggaraan merupakan satu langkah pengawalan
terhadap kos pembinaan. Antara kos yang diambilkira ialah:

iii.

Bahanapi / minyak pelincir


Kos pembaikan
Kos penggantian.

iv.

Pergerakkan.
Pergerakkan logi perlu dicatat untuk mengesan kedudukan logi pada
bila-bila masa, digunakan oleh siapa dan untuk aktiviti apa. Cara ini
boleh mengelakkan kehilangan dan loji yang terbiar.

Antara objektif penyenggaraan [ John S. Oakland, (Mohamad Salmi, 1996)] ialah:

i.

Membolehkan kualiti keluaran dan perkhidmatan serta kepuasan pelanggan


dicapai melalui kelangkapan yang sesuai, diservis dan dikendalikan dengan
betul.

ii.

Memaksimumkan hayat berguna logi.

iii.

Menjaga kelengkapan atau logi agar selamat dan menghalang timbulnya


bahaya dari segi keselamatan.

iv.

Meminimumkan pelbagai proses.

38
v.

Meminimumkan jumlah kos pengendalian yang berpunca secara langsung


dari servis dan pembaikan kelengkapan.

vi.

Meminimumkan kekerapan dan teruknya gangguan pengendalian proses.

vii.

Memaksimumkan keupayaan produktif dari kelengkapan atau sumber yang


ada.

2.5.3.4 Kawalan Dan Keselamatan Logi

Kehilangan logi akan menyebabkan kontraktor menghadapi krisis kewangan.


Kehilangan yang sukar diganti turut memberikan kesan terhadap perjalanan aktiviti
projek. Kawalan dan keselamatan logi adalah perlu agar dapat mengurangkan risikorisiko seperti:

i.

Kerosakan
Akibat kurangnya pengawalan dan penyelenggaraan yang tidak menentu.

ii.

Kemalangan jiwa.
Kurangnya mengambil perhatian terhadap loji akan memberi kesan
terhadap hayat, kebolehkerjaan dan kehayatan loji.

iii. Penambahan kos.


Kekerapan kerosakan akan menambahkan kos loji dan jika kerosakan
adalah kritikal akan menambahkan kos projek atau mengurangkan
peruntukan bagi aktiviti lain.

Antara pertimbangan terhadap langkah-langkah pangawalan loji adalah:

i.

Pengoperasian loji adalah dilakukan oleh individu yang mahir dan


berpengalaman.

39
ii.

Loji digunakan pada tahap optima.

iii.

Penggunaan loji mestilah sentiasa diawasi dari masa ke semasa.

2.5.4

Pengurusan Masa, Kos Dan Kualiti

Kemampuan menguruskan masa, kos dan kualiti adalah titik penentu kejayaan
projek. Tujuan pengurusan ketiga-tiga aspek ini ialah supaya:
i.

Projek dapat disiapkan pada atau sebelum masa yang dijangkakan.

ii.

Kos pembinaan tidak melebihi peruntukan projek.

iii.

Memperolehi kualiti bangunan yang dijangka dan diharapkan.

Pengurusan semua aspek di atas perlu memandangkan pelbagai kemungkinan boleh


berlaku dan menjejaskan prestasi perlaksanaan yang sukar dikawal seperti:

i.

Cuaca yang tidak menentu.

ii.

Bekalan bahan binaan dan loji bergantung kepada keadaan pasaran,


kecekapan pengurus tapak, hubungan pembekal dengan majikan.

iii.

Keperluan tenaga buruh bergantung kepada permintaan dan tawaran.

2.5.4.1 Mesyuarat Tapak

Mesyuarat tapak diadakan untuk melihat dan mengentahui kemajuaan kerja.


Terdapat beberapa jenis mesyuarat tapak iaitu:

40

i.

Mesyuarat teknikal.
Ia adalah melibatkan perbincangan teknikal antara kontraktor,jurutera
perunding (awam, struktur, mekanikal dan elektrikal), arkitek, jurukur
bahan dan pengurus projek.

ii.

Mesyuarat pengarah dan wakil tapak.


Mesyuarat ini melibatkan kontraktor, jurutera perunding, jurukur bahan dan
pemaju untuk mengentahui kemajuan tapak binaan.

iii.

Mesyuarat sub-kontraktor.
Mesyuarat ini melibatkan pengurus binaan, kontaraktor, wakil-wakil subkontraktor dan kapala. Di sini kemajuan sebenar tapak diketahui termasuk
sebab-sebab kelewatan, permasalahan dan cara menyelesaikannya.

Mesyuarat kemajuan ini perlu diadakan secara berkala iaitu dua minggu sekali atau
sebulan sekali mengikut keperluan dengan persetujuan semua pihak yang terbabit.

2.5.4.2 Mengumpul Dan Menganalisa : Masa, Kos Dan Kualiti

Untuk menganalisa kos sebenar berbanding kos yang diperuntukkan,


pengumpulan data-data diperlukan terutama berkaitan dengan buruh dan loji.
Penganalisa ini biada dilakukan oleh pengurus tapak. Seterusnya keadaan di tapak
dapat diketahui sama ada:
i.

Kedudukan kewangan melebihi peruntukan yang ada.

ii.

Kemajuan kerja sebenar mendahului atau ketinggalan dari jadual kemajuan


kerja yang dirancang.

iii.

Kualiti kerja adalah seperti yang dijangkakan.

41
2.5.4.3 Langkah-langkah Penyelesaian

Sekiranya penganalisaan di atas lebih cenderung ke arah negatif, di mana


masa dan kos tidak terkawal serta kualiti yang terabai. Langkah-langkah
penyelesaian perlu dipergiatkan:
i.

Masa.
Mempercepatkan kerja-kerja pembinaan seperti:

ii.

a.

Menambahkan bilangan buruh.

b.

Penggunaan loji yang efektif dan produktif.

c.

Perlaksanaan kerja lebih masa.

d.

Motivasi berbentuk galakan atau kewangan.

Kualiti
Kawal semua aktiviti secara langsung atau tidak melibatkan kualiti iaitu:
a. Pengawasan dipertingkatkan.
b. Pengujian ke atas bahan yang diterima
c. Pemeriksaan mengejut dan ujian in-situ
d. Pemeriksaan menyeluruh sebelum memulakan sesuatu aktiviti.
e. Penyingkiran buruh yang tidak mengikut arahan.

2.5.5

Pengurusan Keselamatan

42
Isu ini sentiasa digembar-gemburkan agar tidak berlaku pengabaian
terhadap pentingnya nilai keselamatan dan perlu ada pihak yang menguruskannya.
Seperti apa yang dinyatakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Lim Ah Lek
(Utusan Malaysia, 2 September 1996), majikan sektor industri berisiko tinggi perlu
mempunyai pegawai yang berkelayakan untuk membantu merancang dan
memberikan meklum balas mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja. Dengan ini,
mesyuarat yang terlibat perlu bersikap prihatin dan mengambil berat.

2.5.5.1 Objektif

Pencapaian objektif pengurusan keselamatan perlulah diselaraskan dengan


objektif pengurusan pembinaan. Apa yang nyata, kebanyakkan kontraktor tidak
dapat mencapai objektif keselamatan secara menyeluruh. Menurut Selva (1997)
antara objektif keselamatan yang seharusnya dihayati dan diberi perhatian ialah:
i.

Sebagai garis panduan.


Penerangan yang jelas kepada setiap individu mengenai pengurusan
keselamatan di tempat kerja terutama kepada pekerja-pekerja baru sebagai
asas panduan keselamatan.Kemahiran dan latihan yang kurang merupakan
factor berlakunya kemalangan yang serius.

ii.

Risiko kemalangan yang minimum.


Pengamalan dan mengutamakan keselamatan diri dan keselamatan pekerja
lain boleh meminimumkan keselamatan.

iii.

Kayu pengukur kemantapan pengurusan.

43
Peminimumam kemalangan boleh dijadikan kayu pengukur serta batu
loncatan kepada kejayaan dan keberkesanan pengurusan keselamatan. Ia turut
mengambarkan imej

pekerja yang mengamal dan mengutamakan system

keselamatan berkesan.

2.5.5.2 Punca-punca Kemalangan

Segala peristiwa yang berlaku mesti ada sebab dan musababnya, begitu
juga dengan kemalangan yang terjadi di tapak bina. Pelbagai factor boleh menjadi
penyebab atau punca yang menyumbang kepada peratus kemalangan yang semakin
meningkat. Berikut adalah sebahagian daripada punca-punca kemalangan:
i.

Persekitaran tapak binaan yang kompleks.


Projek yang terlalu kompleks kerap dikaitkan dengan ketidaksesuaian
pekerja menjalan aktiviti seperti:
a. Tenaga kerja yang tidak menentu.
b. Risiko yang berubah-ubah.
c. Pendedahan yang keterlaluan terhadap panas dan hujan yang tidak menentu.
d. Keupayaan dan ketahanan dari segi mental dan fizikal.

ii.

Faktor kemanusiaan.
Faktor ini boleh dibahagikan kepada beberapa pecahan seperti di bawah:
a.

Kecuaian pihak pengurusan.

Kurang kemahiran atau pengetahuan berkaitan keselamatan.

Sistem pengurusan yang tidak teratur / sempurna.

Alat keselamatan yang tidak lengkap.

Kegagalan mengamalkan sistem pengurusan keselamatan.

44

b.

Arahan yang tidak menjamin keselamatan pekerja.


Kecuaian pekerja.
Keengganan menggunakan

peralatan

atau

kemudahan

yang

disediakan.

Kurang pengetahuan, kemahiran dan pendedahan.

Kurang daya ketahanan badan dan fikiran.

Bekerja tanpa latihan kemahiran secukupnya.

Kelalaian mengikut garis panduan yang sepatutnya.

Tiada arahan untuk mengendalikan loji dengan selamat.

c.

Keadaan tapak bina.

Kaedah pengurusan keselamatan yang lemah.

Tiada pengentahuan dan pendedahan berkaitan piawai bangunan.

Ketiadaan papan tanda keselamatan.

d.

Ketiadaan pegawai keselamatan.


Sesetengah projek tidak mempunyai pegawai keselamatan
khas. Tugas ini biasa diserahkan kepada individu yang menguruskan
tapak tanpa kelayakan mengendali soal keselamatan tapak. Oleh itu,
penempatan pegawai keselamatan sepenuh masa adalah perlu
memandangkan tanggungjawad yang harus dipikul adalah besar.
Semakin besar sesuatu projek maka semakin berat tanggungjawad
yang terpaksa dilaksankan.

iii.

Kaedah dan peralatan yang digunakan


Walaupun objektif utama kontraktor adalah keuntungan, isu keselamatan

tidak seharusnya diperkotak-katikkan. Penggunaan loji yang keterlaluan untuk


mengejar masa menyebabkan kontraktor lupa akan tanggungjawad terhadap
penyelenggaraan loji. Penyelenggaraan yang berkala atau menyeluruh akan

45
menjamin keselamatan. Pengabaian keselamatan mencerminkan pengabaian
terhadap nyawa sendiri dan nyawa orang lain.
Sikap seperti sekali rosak, sekali senggara perlu dihapuskan daripada kotak
fikiran kerana ia berpotensi memendekkan hayat loji. Latihan kemahiran dan cara
pengurusan loji hendaklah dipelajari oleh mereka yang mengendalikan loji seperti
yang dinyatakan oleh Datuk Lim Lam Thye ( Utusan Malaysia, 9 0gos 1997),
bahawa pengendali kren perlu menjalani latihan operator kren di mana sijil
perakuan kelayakan akan dikeluarkan.

2.5.5.3 Sistem Pengurusan Keselamatan

Sesuatu pengurusan yang bersistem merupakan pemangkin kecapaian dan


keberkesanan. Perkara utama dalam pelaksanaan pengurusan bersistem ialah
organisasi atau jawatan kuasa yang bertindak merealisasikan peraturan-peraturan
system,

membuat

pengawalan-pengawalan

terhadap

system

dan

berupaya

memberikan maklumat ringkas berkaitan dengan sistem pengurusan tersebut.


i.

Jawatankuasa keselamatan.
Apabila sesuatu projek melibatkan lebih dari 50 orang, satu jawatankuasa
keselamatan tapak adalah digalakkan ditubuhkan. Laporan keselamatan
perlu disertakan bersama-sama laporan bulanan. Begitu juga laporan
berkait dengan kemalangan yang berlaku. Jawatankuasa teratas mestilah
terdiri daripada:
a. Pengurus projek
b. Pengurus tapak
c. Pegawai keselamatan
d. Penyelia keselamatan kontraktor dan sub-kontraktor.

Antara tanggungjawab ahli jawatankuasa keselamatan ialah:

46

a.

Mengutarakan cadangan dan arahan kepada pekerja untuk mengelak dan


mengurangkan

b.

Kajian kemungkinan terhadap punca-punca kemalangan.

c.

Pemeriksaan berkala terhadap segala peralatan dan kemudahan.

d.

Kenalpasti kesesuaian kaedah dengan keadaan tapak

e.

Kenalpasti kesesuaian peraturan dengan persekitaran tapak.

f. Berganding bahu merangka peraturan-peraturan keselamatan.


g.

Jaminan kerjasama di semua peringkat pekerja.

h.

Membuat perangkaan kemalangan di tapak bina.

i.

Latihan kemahiran panduan diberikan kepada semua pekerja baru dan


mereka yang bertukar tempat kerja.

j. Membuat laporan untuk mengkaji keberkesanan dan ketidakpuasan terhadap


sistem tersebut.

Selain daripada tanggungjawad yang mesti dipenuhi, satu mesyuarat berkala


perlu diadakan dari bulan ke bulan untuk membincangkan perkara-perkara
seperti:
a. Peringatan dari pengurus projek.
b. Laporan kemajuan keselamatan dan langkah pencegahan bagi aktiviti
mendatangkan yang berisiko.
c. Membincangkan persoalan dan permasalahan daripada semua ahli.
ii.

Peraturan-peraturan keselamatan.
Kewujudan peraturan ini penting untuk mengingatkan semua individu

terhadap keutamaan keselamatan. Matlamat utama merangka peraturan ini ialah


untuk keupayaannya meminimumkan peratus kemalangan. Di antara peraturanperaturan tersebut ialah:
a. Mewajidkan pemakaian topi dah kasut keselamatan di kawasan tapak bina.

47
b. Mewajidakan penggunaan tali pinggang keselamatan di tempat yang terbuka,
tinggi serta berisiko.
c. Peralatan dan kemudahan dipastikan sentiasa dalam keadaan baik.
d. Mengenakan pas keselamatan apabila berada di kawasan tapak.

iii.

Pengawalan Keselamatan.

Pengawalan dilakukan dengan melakukan rondaan oleh jawatankuasa keselamatan


mengikut ketetapan yang dipersetujui.
iv.

Maklumat ringkas.
Maklumat ringkas dibuat melalui penghimpunan pada setiap awal bulan

dan dikendalikan dalam pelbagai bahasa. Melalui penghimpunan pelbagai perkara


diterangkan seperti:
a. Jenis kerja berisiko yang bakal dilaksankan.
b. Kepentingan keselamatan.
c. Demostrasi penggunaan pelbagai alat keselamatan.
d. Langkah pencegahan dan salah laku yang perlu dihindarkan.

2.5.5.4

Langkah Pencegahan Kemalangan Di Tapak Bina

Para kontraktor perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak


Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) untuk mencegah dari
berlakunya kemalangan. Merujuk kepada struktur yang kerap digunakan, di sini
dinyatakan bersama spesifikasinya (Zainal Bin Tumian, 1997).
i.

Spesifikasi Pelantar.
Apa yang dimaksudkan dengan pelantar ialah stuktur penyokong kepada
bahan, perkakasan dan individu yang berkerja atau sebagai satu laluan.

48
Pemasangan pelantar yang efektif adalah sekurang-kurangnya 2 meter dari
aras tanah. Berikut adalah spesifikasi yang perlu dipatuhi:
a. Struktur pelantar sama ada kayu, keluli atau aluminium mestilah
kuat, kukuh dan diikat rapat untuk keselamatan pekerja.
b. Lebar pelantar laluan hendaklah 635mm.
c. Lebar pelantar kerja sekurang-kurangnya 860mm.
d. Lebar minimum pelantar kerja yang menyokong pelantar kerja yang
lain ialah 1.1m.
e. Bahan untuk struktur pelantar mestilah kuat dan berupaya
menanggung beban apabila menggunakan putlog.
f. Jika struktur pelantar kerja adalah kayu, saiz yang dicadangkan
ialah:
Lebar (mm)

225

150 (min)

Tebal (mm)

32(min)

50

g. Tebal dan panjang yang dibenarkan bagi struktur kayu dengan 2


penyokong ialah:
Tebal (mm)

32

Panjang (mm) 1000(mak)

38
1500(mak)

50
2600(mak)

h. Bahan-bahan mempunyai ketebalan yang sama.


i. Bagi kerja di luar penghujung peranca, pelantar peranca hendaklah
di panjangkan melebihi 610mm daripada tepi dinding.
j. Pelantar kerja dari struktur kayu, tidak boleh terkeluar 4 kali ukuran
tebal papan.
ii.

Spesifikasi Tabir Jaring.


Penggunaan rel-adang dan papan pacak boleh digantikan dengan tabir
jarring. Antarra spesifikasi tabir jaraing ialah:
a. Dipasang dengan kuat selari dan menengak dengan pelantar kerja.
b. Ketinggian minimum 900mm dari permukaan pelantar kerja.
c. Pemasangan perlu menggunakan kickplate dengan ketinggian minima
150mm dari pelantar kerja.
d. Ruang maksimum antara kickplate dengan pelantar kerja ialah 10mm.

49
e. Perlindungan perlu di bahagian atas dan tempat yang terdedah untuk
menghidarkan bahaya kepada pekerja.
iii.

Spesifiaksi jarring Keselamatan


Jaring Keselamatan dipasang bagi pembinaan bangunan tinggi untuk
mencegah pekerja dari jatuh terus ke bawah. Risiko pemasangan adalah
tinggi kerana ia terdedah kepada bahaya. Antara spesifikasi yang perlu
dipatuhi ialah:
a. Jarak maksimum diantara tali pengikat (boarder cord) jarring adalah 750
mm.
b. Ukuran maksimum lenturan yang dibenarkan adalah ukuran panjang
permukaan pendek.
c. Ruang maksimum antara bangunan atau struktur dengan jarring adalah
200mm
d. Saiz lubang jarring (mesh size) maksimum adalah 100 x 100 (mm).
e. Jarak lintang bagi jarring yang dipasang dengan bingkai ialah 2/5
ketinggian
kesel;uruhan dari tempat bekerja dengan jarring di tambah 2000 mm (2m).

iv.

Spesifikasi Tangga.
Tangga merupakan laluan utama sementara untuk naik ke aras seterusnya.
Struktur ini perlu dibina kukuh di mana ia digunakan pada setiap tingkay
peranca sebagai laluan ke pelantar kerja. Berikut adalah spesifikasi yang
harus dipatuhi:
a. Ketinggian maksimum bagi tangga besi ialah 9 m bagi tangga
tunggal dan15 m bagi tangga sambungan
b. Dipasang pada kecerunan 4:1
c. Ketinggian tangga melebihi 2 m perlu dipasngkan susur tangan
d. Kestabilan dan kekukuhan tapak tangga untuk menanggung beban

50
e. Untuk mengelakkan gelinciran dan lenturan, ia perlu diikat dan
disambung pada struktur bangunan.
f. mempunyai susur tangan melepasi 1 m dari tempat ia bertapak.

2.5.5.5

Penggunaan Dan Penyenggaraan Peralatan

Peralatan dan kemudahanyang disediakan di tapak binaan perlu diketahui


cara penggunaan dan penyelenggaraannya. Keadaan, sifat, kemampuan, kedudukan
dan jumlah yang ada perlu diambil kira supaya tidak berlaku permasalahan seperti
kegagalan kren menampung beban bahan yang diangkat
Penyelenggaraan berkala, kaedah penggunaan yang betul,dan kesesuaian peralatan
akan menjamin keselamatan individu yang menggunakannya di samping mempunyai
kemahiran yang diiktiraf. Oleh itu, penyelenggaraan atau pemeriksaan perlu
dilakukan selepas peralatan atau loji digunakan untuk mengurangkan risiko
kerosakan.

2.5.5.6 Cadangan dan Kesimpulan

Antara cadangan yang sesuai adalah merencanakan program kesedaran


terhadap pentingnya keselamatan seperti melalui media cetak dan elektronik,
peraduan mencipta logo keselamatan (contohnya Safety First), demonstrasi
terhadap kemudahan keselamatan dan aktiviti yang terlibat dengannya.
Melalui pengurusan keselamatan ini, mencari dan menggunakan system
serta langkah pencegahan yang sesuai boleh meminimumkan risiko kemalangan.
Fenomena ini akan mengubah pemikiran anak muda sekarang yang cenderung
kepada kerja di tempat berhawa dingin memendangkan risiko- risiko yang bakal
dihadapi. Tambahn pula memerlukan penggunaan tenaga dan fizikal yang
maksimum. Ia merupakan salah satu punca kebanjiran buruh asing dalam sektor lain.

51

Oleh itu, transformasi antara majikan dan pekerja perlu dalam


menaiktarafkan system pengurusan keselamatan di tapak bina dan tidak dianggap
satu sistem kelas bawahan.

52

BAB 3

METODOLOGI

3.1

Pengenalan

Kajian ini merupakan satu kajian yang berbentuk literatur. Maka, ia tidak
melibatkan kaedah atau metadologi khas untuk mendapatkan maklumat yang
diperlukan. Walaupun begitu, maklumat yang diperolehi untuk menyiapkan kajian ini
diperolehi daripada bahan rujukan dan kerjasama serta temuramah.

3.2

Rujukan

Perpustakaan Sultanah Zanariah (UTM) merupakan tempat mendapatkan


bahan rujukan yang utama. Buku yang berkaitan dengan kajian ini dipimjam atau
difotokopi. Selain itu, bahan-bahan rujukan lain seperti majalah, akabar dan jurnal
juga dijadikan bahan rujukan. Artikal, carta, jadual atau gambar yang berkaitan
difotokopi untuk dimuatkan ke dalam isi kandungan bahagian teori kajian ini. Data
dan maklumat ini digabung dan disusun dengan baik di dalam bentuk penulisan
teknikal bagi memastikan syarat penulisan tesis ini dipatuhi.

53

3.3

Kerjasama Dan Temuramah.

Bagi mempastikan kajian ini dapat mencapai objektif sebenar, bantuan


daripada pelbagai pihak diperlukan. Oleh itu, sesi temuramah dengan Pengurus
Projek pembinaan dan beberapa orang kakitangan tapak sebuah syarikat pembinan
(Syarikat Ensidesa Sdn Bhd, Kelantan) telah dilakukan. Temuramah adalah
berdasarkan kepada topik amalan pengurusan tapak bina yang telah dijalankan
semasa proses pembinaan dan juga melalui projek yang lepas. Segala data yang
berbentuk jadual, penerangan secara lisan, jadual, dan carta yang berkaitan
digunakan bagi melengkapkan kajian ini.

54

Penyataan Kajian, Objektif dan Penyeliaan

Kajian Literatur, Mengumpul dan Mengenalpasti Maklumat

Pemilihan Syarikat Untuk Kes Kajian

Temubual dan Soal Selidik

Syarikat Yang Dipilih

Menyemak dan Memproses Maklumat

Menganalisis Maklumat (Rumusan dan Kesimpulan)

Rajah 3.1: Carta alir Metadologi Kajian

55

BAB 4

KAJIAN KES

4.1

Pengenalan

Lokasi kajian kes adalah terletak di Daerah Gua Musang. Kajian kes ini
merupakan cadangan Membina dan Menyiapkan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua
Musang, Kelantan dengan anggaran kos kira-kira RM 30 juta . Pembinaan projek ini
bermula dari 19hb. Januari 2001 dan dijangka siap pada 23hb. September 2002 di
mana tarikh siap selepas lanjutan masa ialah pada 31hb. Mei 2004.

Projek ini dilaksanakan dan diuruskan oleh syarikat Ensidesa Sdn Bhd.
Kontraktor ini juga melantik beberapa sub-kontraktor untuk melaksanakan beberapa
kerja-kerja specialist seperti mekanikal dan elektrik. Kerja sub-kontraktor ini
termasuklah pemasangan penghawa dingin (air-conditioning), keperluan bomba (fire
fighting), kerja-kerja paip (plumbing) dan telefon. Sub-kontraktor yang terpilih ialah
Kartika Juara (mekanikal) dan Sinarjaya (elektrikal). Seterusnya maklumatmaklumat yang diperolehi adalah melalui beberapa pertemuan dengan pekerjapekerja kontraktor melalui perbincangan , pernyataan ,cadangan dan pemerhatian
berkaitan pengurusan di tapak kajian. Ini termasuklah temubual dengan wakil pihak
berkuasa tempatan.

56

4.2

Jenis Tawaran Kontrak

Projek ini ditawarkan menggunakan kaedah Senarai Kuantiti (Bill of


Quantity) di mana ia mengikut spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR). Iaitu No
Kontrak : JKR/IP/5/2001. Kontrak ini berdasarkan kepada senarai kuantiti terperinci
meliputi butiran ringkas bagi kerja yang akan dilaksanakan. Setiap perkara akan
diletakan kadar harganya. Semasa pembinaan kuantiti sebenar diukur semula dan
kontrak dibayar mengikut kuantiti sebenar. Antara kelebihan yang diperolehi dari
jenis kontrak tawaran ini ialah:
i.

Bayaran pendahuluanya (advance payment) antara 5% hingga 10 % dari


kos projek.

ii.

Barang-barang / bahan-bahan/ sumber adalah terkawal harganya iaitu


mengikut harga pasaran.

iii.

Kuantiti kerja boleh diubah semasa pembinaan tanpa menjejaskan kontrak


asal.

iv.

Kurangnya risiko yang di hadapi oleh kontraktor memandangkan


kontraktor akan dibayar mengikut apa yang dilakukan.

v.

Perbezaan kos tidak terlalu ketara antara harga sebenar dan tender kerana
kerja-kerja telah dikenalpasti secara terperinci.

Antara kelemahan-kelemahan yang dapat dikesan ialah;


i.

Penenderan hanya boleh dilakukan apabila lukisan dan senarai


kuantiti sudah lengkap.

57
ii.

Tidak efektif untuk kontraktor yang melakukan kerja rekabentuk dan


pembinaan.

4.3

Individu Yang Terlibat Di Tapak Kajian

Dalam setiap tapak bina mempunyai pelbagai kelas pekerja . Ini adalah
bergantung dengan keperluan tugas di tapak bina tersebut. Individu yang terlibat ini
boleh dinyatakan melalui carta organisasi (rujuk Lampiran II). Dalam tapak kajian ini
individu-individu yang terlibat secara keseluruhannya ialah:
i.

Pengarah Projek (Project Director)

ii.

Penolong Pengarah Projek (Assitant Project Director)

iii.

Pengurus operasi (Operation Manager)

iv.

Perancang Kanan (Senior Planning)

v.

Pengurus Projek Kanan (Senior Project Manager)

vi.

Pengurus Projek (Project Manager).

vii.

Jurutera Projek (Project Engineer)

viii.

Agen Tapak (Site Agent)

ix.

Penyelaras Projek (Project Coordinator).

x.

Penyelaras Mekanikal dan Elektrik (Mechanical & Electrical


Coordinator).

58

4.4

xi.

Pegawai Keselamatan (Safety Officer)

xii.

Kerani (Clerk)

xiii.

Penyelia (Supervisor).

xiv.

Sub- Kontraktor Mekanikal dan Elektrikal.

Tugas Dan Tanggungjawab Di Tapak Kajian

Disini tugas dan tanggungjawab individu yang terlibat di tapak kajian


diperjelaskan serba sedikit melalui beberapa temubual yang dibuat dipejabat tapak
binaan (site office).

4.4.1

Pengarah Projek (Project Director)

Tugas dan tanggungjawab yang disandang oleh Pengarah sebagai kedudukan


tertinggi dalam organisasi tapak bina adalah besar, antaranya ialah:
i.

Ia perlu memastikan keseluruhan organisasi dibawahnya menjalankan


kerja dan boleh mendapatkan keuntungan.

ii.

Ia perlu menentukan aktiviti-aktiviti projek berjalan lancar seperti


keperluan penghawa dingin, keperluan pembentungan dan kerja-kerja
sub- kontraktor.

59
iii.

Pengarah projek juga berhak memberikan kata putus atau keputusan


terhadap apa juga perkara yang melibatkan projek.

iv.

Beliau merupakan orang yang meluluskan segala pembayaran bagi


kegunaan atau keperluan di tapak bina .

v.

Pengarah projek juga berperanan menyelesaikan masalah-masalah yang


besar seperti rekabentuk dari pihak perunding.
Jika dipandang secara keseluruhan (rawak), skop atau tugasnya adalah
fleksibel bergantung kepada situasi dan keadaan. Bagi memastikan segala
perancangan berjalan dengan lancar Pengarah perlu berkerjasama atau
menjalinkan hubungan yang rapat dengan Penolong Pengarah untuk
memastikan tiada pertelagahan berlaku (sering berkerja seiring)

4.4.2

Penolong Pengarah Projek (Assistant Project Director)

Secara umunnya tugas dan tanggungjawab Penolong Pengarah Projek ialah:


i.

Membantu segala tugas pengarah mengurusan tapak binaan.

ii.

Kebnayakan kelulusan pembayaran perlu disemak oleh beliau terlebih


dahulu sebelum diserahkan kepada pengarah.

iii.

Pemerhatian yang dilakukan mestilah lebih terperinci (detail) berbanding


pengarah terutama yang berkaitan dengan rekabentuk daripada syarikat
perunding.

Apa yang dapat diperjelaskan adalah kerjasama yang padu dan jitu diperlukan
daripada Penolong Pengarah Projek dalam menjayakan matlamat syarikat.

60

4.4.3

Pengurus Oparasi (Operation Manager)

Pengurus Operasi sememangnya diperlukan dalam menjayakan pengoperasian segala


aktiviti ditapak binaan . Antaranya tugasnya ialah:
i.

Memastikan pengoperasian projek berjalan dengan lancar mengikut


jadual perancangan.

ii.

Beliau juga merupakan individu yang menentukan sama ada perlu atau
tidak Pegawai Keselamatan (Sefety Officer) di tapak binaan, Pegawai
yang dilantik ini perlulahn mempunyai kelayakan ya g diiktiraf dan
berpengetahuan luas tentang aspek keselamatan.

iii.

Perlu juga dipastikan penggunaan pekerja yang minimun dengan


sumbangan yang maksimum.

iv.

Beliau juga boleh mencadangkan individu yang sesuai untuk


melaksanakan sesuatu kerja. Begitu juga berkaitan dengan kenaikan gaji
dan penilaian prestasi pekerja.

v.

Kebiasaanya beliau menjadi orang tengah antara satu kumpulan kerja


dengan kumpulan kerja yang lain untuk memastikan tiada pertindihan
kerja ditempat yang sama. Ini juga akan mengelakkan berlakunya
pertelingkahan antara kumpulan kerja yang berbeza seperti kerja
mengikat tetulang dengan pemasangan kotak bentuk.

vi.

Pekerja juga boleh dipecat dengan arahannya sekiranya ia boleh memberi


kesan terhadap kelambatan perjalanan projek iaitu tiada komitmen dalam
berkerja.

vii.

Pegurus Operasi biasanya menjadi rujukan oleh pihak atasan untuk


mengetahui keseluruhan aktiviti dapat dijalan tanpa menghadapi pelbagai
masaalah yang besar.

61
4.4.4

Perancang Kanan (Senior Planning)

Pegawai Perancang Kanan merupakan individu yang diletakkan dibawah Pengurus


Operasi. Antara tugas yang diserahkan atau di pertanggungjawab kepaanya ialah:
i.

Beliau adalah individu yang merancang kerja bagi satu-satu aktiviti


mengikut masa yang telah diperuntukan. Contohnya projek yang
dijangkakan siap dalam masa setahun dapat dikurangkan kepada 6 bulan
masa pembinaan.

ii.

Sekiranya berlaku kelewatan (delay) beliau adalah individu yang pertama


perlu menjawab segala persoalan yang diutarakan berkaitan dengannya.

iii.

Beliau juga menentukan bilakah dan janka masa sesuatu kerja boleh
dilaksanakan (set duration). Iatu melengkapkan Kaedah Laluan Kritikal
(Critical Path method).

iv.

Beliau juga boleh menasihatkan atau mencadangkan sesuatu kepada


Pengurus Operasi untuk mempercepatkan perjalanan kerja.

v.

Sekiranya perancangan kerja tidak siap dalam masa yang


ditetapkan,beliau perlu membina atau membuat Kaedah Laluan Kritikal
yang baru.

Perancang Kanan tidak semestinya berada di tapak binaan untuk melaksanakan


tugasnya. Biasanya beliau diletakan dipejabat utama dan jika perlu sekali datang
membuat pemerhatian di tapak binaan.

4.4.5

Pengurus Projek Kanan (Senior Project manager)

62

Pengurus projek kanan juga ditugaskan di bawah Pengurus Operasi dalam


melaksanakan tugasnya.Antaranya tugas beliau adalah:
i.

Membuat laporan samaada aspek kewangan mencukupi atau tidak di


tapak binaan kepada Pengurus Operasi.

ii.

Sekiranya Pengurus Tapak tidak efektif atau menjalankan kerja sambil


lewa ,beliau boleh mengambil alih tugas tersebut.

iii.

Beliau juga boleh menasihati Pengurus Tapak seperti benrkaitan jumlah


bahan yang tidak mencukupi dan lain-lain. Iaitu berperanan menolong
atau membnatu tugas Pengurus Tapak.

Kebiasanya Pengurus Projek Kanan semestinya lebih banyak pengalaman


berbanding Pengurus Projek. Beliau ditugaskan samaada ditapak binaan
mahupun dipejabat utama.

4.4.6

Pengurus Projek (Project Manager)

Pengurus Projek biasanya mempunyai kuasa yang besar di tapak binaan.


Menguasai keseluruhan perjalanan dan pengawasan projek. Antara tugasnya yang
agak jelas ialah:
i.

Individu yang membuat keputusan sama ada berkaitan dengan hal


pembelian, pembayaran dan lain-lain.

ii.

Beliau juga membuat keputusan yang terbaik terutama jika terdapat


masaalah-masaalah yang agak rumit. Begitu juga dengan rekabentuk
jurutera yang tidak praktikal sekiranya diaplikasi di tapak bina seperti
berkaitan dengan tetulang sama ada sesuai atau tidak untuk
menghasilkan satu reabentuk ynag lebih ekonomi.

63
iii.

Beliau merupakan individu yang menentukan perlunya kerja lebih masa


(overtime) di hari minggu dan hari kelepasan yang lain.

iv.

Sekiranya terdapat kesilapan ditapak bina, pemeriksaan perlu


dilaksanakan olehnya.

v.

Pelaksanaan apa sahaja aktiviti buruh binaan adalah diatas persetujuan


dan nasihatnya.

vi.

Apa sahaja permasaalah (konflik) perlu dilaporkan kepadanya sebelum


dilaporkan kepada Pengurus Operasi untuk diselesaikan seperti
pemasangan dinding bata dan kerja-kerja elektrikal dalam masa dan
tempat yang sama.

4.4.7

Jurutera Projek (Project Engineer)

Jurutera Projek yang dilantik biasanya mempunyai hubungan yang agak rapat
dengan pihak perunding (Consultant). Antara tugas jurutera ini ialah:
i.

Memberikan cadangan tentang beban yang kurang atau penukaran saiz


an bilangan besi tetulang kepada saiz dan bilangan yang lain.

ii.

Jurutera Projek juga bertanggungjawab melakukan pemeriksaan semasa


kerja-kerja pemasangan dilakukan.

iii.

Menjaga kos projek (Penggunaan kos yang minimum) tetapi sumber atau
bahan yang berkualiti (ekonomik).

iv.

Penelitian yang terperinci perlu dilakukan olehnya ke atas rekabentuk


yang diserahkan oleh pihak perunding.

4.4.8

Agen Tapak (Site Agent)

64

Agen tapak merupakan individu yang diberi kuasa terhadap pekerja-pekerja


di tapak binaan. Segala permasaalahan berkaitan dengan buruh binaan adalah di
bawah tanggungannya. Antara tugas yang diamanahkan kepadanya ialah:
i.

Mengawal semua pekerja di tapak binaan seperti tukang kayu, tulkang


besi, tukang cat dan lain-lain.

ii.

Boleh memberhentikan pekerja tanpa memberitahu kepada Pengurus


Projek sekiranaya pelaksanaan tugas pekerja tidak praktikal.

iii.

Walaupun mempunyai pengalaman yang kurang sedikit daripada


Pengurus Projek tetapi beliau boleh menggantikannya dalam masa-masa
tertentu.

iv.

Merupakan individu yang diamanahkan untuk memagang atau


menyimpan wang pejabat seperti untuk tujuan pembayaran bil air dan
elektrik di tapak bainaan, khidmat kesihatan pekerja dan membeli
makanan untuk mesyuarat tapak.

4.4.9

Penyelaras Projek (Project Coordinator)

Penyelaras Projek tidak kurang juga memainkan peranan yang penting di


tapak binaan . Antara tugas dan tanggungjawabnya ialah:
i.

Memastikan keperluan seperti simen penghawa dingin , lif, keperluan


bomba (fire Fighting),kerja-kerja paip (plumbing), dan telefon ada.

ii.

Membuat program kerja (mesyuarat berkaitan penyelarasan kerjakerja mekanikal dan elektrikal) atas nasihatnya dengan sub-kontraktor
yang terbabit, penyelia projek dan arkitek.

iii.

Memberi nasihat kepada Pengurus Projek, Penyelaras Projek agar


memberi arahan kepada pekerja untuk menjalankan kerja.

65

4.4.10 Pegawai Kesalamatan (Safety Officer)

Pegawai Keselamatan amat diperlukan untuk menyelaras system keselamatan


di tapak binaan. Antara tugas-tugasnya ialah:
i.

Memastikan semua pekerja mematuhi langkah-langkah yang


ditetapkan seperti penggunaan kasut,topi dan mengenakan denda
terhadap pekerja yang melanggar peraturan.

ii.

Sekiranya berlaku kemalangan, beliau merupakan orang pertama


yang perlu menjawab segala soalan. Begitu juga dengan
kehilangan bahan binaan di tapak binaan seperti simen, besi
tetulang dan lain-lain.

iii.

Memastikan semua kerja mematuhi garis panduan yang tealah


ditetapkan oleh Jawatan Kuasa dan Kesihatan Pekerja (JKKP)
seperti kerja-kerja pemasangan peranca.

4.4.11 Penolong Pegawi Keselamatan (Assistant Safety officer)

Keperluan Penolong Pegawai Keselamatan adala bergantung kepada saiz


projek dan efektif atau tidak Kehadirannya di tapak binaan. Antara tugas yang
diperuntuk kepadanya ialah:
i.

Berkerjasama dan membantu Pegawai Keselamatan menjaga


Keselamatan seperti seorang di aras bawah dan seorang lagi membuat
pengawasan di aras atas.

ii.

Bertindak sebagai penyiasat terhadap pekerja yang tidak mematuhi


peraturan.

66
iii.

Menasihatkan tentang bagaimana menimgkatkan lagi keselamatan kepada


Pegawai Keselamatan.

4.4.12 Kerani (Clerk)

Kerani biasanya melaksanakan kerja-kerja am di pejabat tapak binaan.Antara


tugas-tugas kerani ialah:
i.

Membuat draf-draf surat dan fotostat segala maklumat yang perlu.

ii

Membayar bil elektrik dan air, membeli stem dan keperluan makanan
untuk mesyuarat.

iii.

Memastikan pejabat perunding di tapak binaan dibersihkan.

4.4.13 Jurukur Bahan (Quantity of Surveyor)

Jurukur Bahan biasanya diperlukan daripada bermula sehingga berakhirnya


sesuatu projek . Ia memainkan peranan yang penting dalam melengkapkan dan
menjayakan matlamat bagi system pengurusan di tapak pembinaan. Antara
tanggunjawab yang perlu dilaksanakan ialah:
i.

Menguruskan pembayaran kepada sub- kontraktor, pesanan bahan-bahan


(material) dan menghantar sample-sampel atau katalog ke syarikat
perunding.

ii.

Merupakan penasihat undang undang kepada sesiapa yang memerlukan


khidmat berkaitan undang-undang kontrak sperti penganggaran kos.

67
iii.

Penggantungan yang penuh terhadapnya atas keuntungan atau kerugian


projek yang dilaksanakan.

iv.

Memberi nasihat untuk mengurangkan penggunaan pekerja di tapak


binaan.

v.

Membuat tender untuk memilih sub-kontraktor ynag berkelayakan serta


boleh memberikan peratus keuntungan kepada syarikat,

vi.

Menasihati Pengurus Projek untuk memesan bahan-bahan di tapak binaan


sama ada benar-benar diperlu atau tidak untuk mengelakkan pembaziran
(Wastage).

vii.

Memastikan pembayaran dibuat terhadap bahan-bahan (material) dan gaji


pekerja.

viii.

Membuat laporan atau kontraktor yang boleh digunakan.

ix.

Merujuk atau melaporkan kepada Pengurus Projek atau Pengarah apa


yang berlaku. Beliau juga berhak untuk berkongsi maklumat atau tidak
dengan Pengurus Projek.

x.

Mempunyai hak-hak yang tersendiri dan merupakan nadi dalam sesuatu


projek.

xi.

Membuat akuan akhir atau menutup akuan projek (Final Account) sebaik
sahaja projek siap).

4.4.15 Penyelia (Supervisor)

Penyelia Tapak biasanya perlu memastikan keseluruhan kerja berjalan lancar


dan sentiasa berhubung baik dengan pekerja-pekerja tapak . Antara tugasnya ialah:
i.

Memastikan tiga bahan (item ) iaitu kayu, konkrit dan tetulang dikawal
dan dipastikan keselamatanya.

ii.

Memastikan bilangan pekerja yang mencukupi.

iii.

Meriksa kerja-kerja pekerja dan pastikania mengikut spesifikasi yang


ditetapkan atau diserahkan oleh wakil penguasa.

68

4.4.16 Sub-Kontraktor Mekanikal & Elektrikal (M & E SubContractor)

Antara tugas yang diserahkan kepada sub-Kontraktor ini ialah:


i.

Melaksanakan kerja seperti kerja-kerja paip (plumbing) mengikut


spesifikasi dan pada masa yang sama membuat laporan kepada
Penyelarasan mekanikal dan Elektrikal.

ii.

Memastikan kerja-kerja bagi pemasangan lif seperti bila masa


dipasang dan membuat penyimpanan barang yang perlu.

iii.

4.5

Keperluan pemasangan system perlindungan api dan telefon.

Kesimpulan

Individu individu dalam organisasi amat penting dalam menggerakkan


objektif syarikat seterusnya mempamerkan satu role model yang terbaik. Segala
tindakan dan pelaksanaan haruslah bertepatan dengan pembinaan yang
mementingkan keuntungan yang selaras dengan kualiti binaan. Pengagihan tugas dan
tanggungjawab yang fleksibel serta kerjasama yang jitu antara ahli organisasi perlu
bagi mengembeling satu hiraki pengurusan yang berkesan.
Perlu juga diingatkan bahawa jumlah atau besarnya sesuatu hiraki organisasi
bergantung kepada saiz projek, peruntukan kos dan masa yang dijangkakan siap.
Oleh itu, Perancangan awal amat berguna untuk memastikan pemilihan, jumlah,

69
kepakaran, komitmen dan keperluan ahli boleh memberikan satu pengurusan yang
inovatif dan efektif.

70
BAB 5

MENGANALISA SISTEM PENGURUSAN DITAPAK KAJIAN

5.1

Pengenalan

Bagi kajian kes ini, penganalisa secara kasar telah dilakukan untuk melihat sejauh
mana pihak kontraktor mengaplikasikan pengurusan di tapak kajian. Daripada data
yang diperolehi daripada projek tersebut, didapati terdapat beberapa punca utama
yang menyebabkan berlakunya kelewatan di tapak bina dan diantaranya melibatkan
beberapa aspek dalam pengurusan tapak bina.

5.2

Menganalisis Sistem Di tapak Bina.

Pemantauan ke atas perlaksanaan projek mendapati kemajuan sebenar ditapak


adalah 11% berbanding perancangan 20% iaiti lewat 9% atau mengikut masa adalah
75 hari. Hasil dari perbincangan dan maklumbalas dari kontraktor, beberapa
kelemahan telah dikenalpasti dan perlu diambil tindakan segera bagi membaiki
keadaan dan seterusnya menggalakkan peratus kemajuan sebenar ditapak.
Kelemahan yang dikenalpasti dan dibincangkan adalah seperti berikut:

71
5.2.1

Penstrukturan Semula Pekerja Ditapak

Daripada perancangan kerja mingguan yang dirancang didapati separuh tidak


dapat dicapai dan parameter kerja pengkonkritan merupakan penyumbang utama
kepada kegagalan ini. Ini kerana kebanyakan kerangka struktur bangunan sepatutnya
telah dikonkrit tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan pekerja yang
berpunca dari bilangan dan kaedah penyusunan kumpulan pekerja yang tidak
menyuluruh dan tidak mencukupi. Selain itu, tindakan kearah melahirkan semangat
bekerja secara berpasukan juga perlu ditingkatkan.

5.2.2

Kekurangan Bahan Binaan

Pikak kontaktor didapati tidak merancang dan mengambil tindakan awal ke


atas keperluan bahan-bahan binaan yang diperlukan ditapak. Berdasarkan kepada
perancangan kerja, kesemua blok bangunan kecuali bangunan Ibu Pejabat Polis
sepatutnya kerja sub-struktur telah siap dijalankan. Walaupun kelewatan ini disedari
(kelewatan) tetapi tiada tindakan awal yang bersungguh-sungguh diambil unatuk
mengatasinya kecuali pada sebelumnya dicadangkan untuk mendapatkan bekalan
cerucuk tambahan daripada pembekal kedua. Tindakan ini agak terlewat kerana
jurang prestasi sebenar dan perancangan yang tersasar jauh. Pihak kontraktor disaran
agar sentiasa menyemak jadual perancangan dan mengenal pasti keperluan bahanbahan binaan terutamanya bahan yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran
supaya tindakan awal dapat diambil.

5.2.3

Mempelbagaikan Aktiviti Kerja

72

Pihak kontraktor disarankan samaada melalui mesyuarat mahupun


perbincangan tapak supaya mempelbagaikan aktiviti kerja di tapak tetapi tidak
banyak perubahan yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Daripada pemantauan yang
dibuat didapati corak pembinaan yang dilaksanakan di tapak hanyalah tertumpu
kepada kerja-kerja kerangka utama (konkrit tetulang). Kerangka konkrit tetulang
bagi bangunan kantin, bengkel kenderaan, surau dan kuarters yang menggunakan
asas cetek sebagai contoh didapati telah lama disiapkan tetapi tidak disusuli dengan
aktiviti lain seperti dinding batu-bata atau struktur bumbung. Amalan sebegini perlu
diubah tambahan pula prestasi semasa yang sudahpun terlewat (rujuk lampiran B).

5.2.4

Kekurangan Tenaga Pekerja.


Keperluan tenaga pekerja sekurang-kurangnya 250 orang berbanding tenaga

pekerja ditapak sediada seramai 154 orang. Keutamaan perlu difokuskan kepada
tukang kemasan dinding dan lantai (plasterer). Ini dapat diperhatikan hamper 70%
bangunan kuartes telah siap pemasangan dinding batu-bata empat bulan yang lepas
tanpa disusuli dengan kerja kemasan. Keutamaan kedua adalah pekerja pemasangan
bumbung.

5.2.5

Perubahan Dokumen Kontrak.

73

Daripada data yang diperolehi seperti dalam jadual 4.5 sepanjang tempoh
perlaksanaan projek terdapat sebanyak 6 kali perubahan kontrak berlaku yang mana
kesan terhadap perubahan ini menyebabkan pertambahan masa perlaksanaan projek.
Dapatlah dirumuskan disini terdapat kelemahan dalam penyediaan dokumen kontrak
dimana ianya melibatkan penyediaan lukisan (plan) dan juga kehendak-kehendak
pelanggan ditokok tambah setelah proses tender dikeluarkan.

5.2.6

Menepati Masa
Iaitu mempercepatkan perjalanan kerja dan siap pada masa yang telah

ditetapkan tanpa mengabaikan aspek kualiti kerja dan kualiti pembinaan. Pencapaian
aspek ini juga bergantung kepada keadaan persekitaran,cuaca dan sumber yang ada
(diperlukan).

5.2.7

Elakkan Pembaziran

Berkisar isu ini, pembaziran yang dimasudkan termasuklah pembaziran


tenaga buruh,bahan,masa dan kewangan yang secara tidak langsung menyebabkan
pengaliran keluar wang syarikat tanpa pulangan yang setimpal. Pembaziran ini turut
memberi kesan terhadap kelancaran dan keberkesanan aktiviti projek.

5.3

Kesimpulan

74

Daripada pengamatan terhadap sistem pengurusan di tapak kajian ini kita


dapat ketahui serba sedikit akan kemajuan projek, permasalahan, keberkesanan dan
sumbanganya dalam mengarap dan menerap kualiti kerja dari masa ke semasa.
Iktibar yang di perolehi adalah :
i.

Perlaksanaan kerja perlu dirancang secara terperinci dalam menghindar


risiko kemungkinan.

ii.

Setiap masalah kelewatan ada jalan penyelesaiannya dan bukan penyebab


untuk mendapatkan masa tambahan tanpa alas an yang konkrit.

iii.

Tidak mustahil untuk mencapai kualiti yang dijangkakan walaupun


peruntukan masa adalah terhad.

iv.

Setiap aktiviti memerlukan agihan tugas berserta komitmen pekerja


(seluruh ahli organisasi) yang seimbang dan berpadanan.

Oleh itu, sebagai pengurus sesuatu kita perlu bijak mengendali seluruh struktur
organisasi di samping peka kepada permasaalahan yang bakal timbul dan berani
menempuh risiko kerugian.

BAB 6

75

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1

KESIMPULAN

Pengurusan tapak yang berkesan perlu bagi menjaga susunatur perjalanan


projek sama ada projek itu besar atau kecil. Berdasarkan sistem yang berkesan dan
perlaksanaan langkah-langkah yang bijak bagi mengatasi masalah yang berlaku. Ia
boleh membantu meningkatkan prestasi kerja dan kualiti disamping berpotensi
memperbaiki masa atau tempoh pembinaan.
Berdasarkan objektif kajian seperti yang diterangkan dalam bab 1, beberapa
kesimpulan dapat dibuat:
1.

Berdasarkan objektif yang pertama, antara elemen-elemen penting yang


dapat dikenalpasti untuk menjayakan pengurusan tapak pembinaan ialah:
i.

Memeriksa lukisan-lukisan yang diserahkan.

ii.

Perancangan yang lebih terperinci terhadap hasil pengeluaran.

iii.

Organisasi dan pelan susunatur tapak.

iv.

Setting Out.

v.

Keselamatan.

vi.

Pengoperasian dan penyenggaraan loji.

vii.

Memeriksa, melapor dan merekod segala sumber di tapak bina.

viii.

Tempat penyimpanan sumber.

ix.

Pembayaran gaji dan upah.

x.

Penyelia dibayar mengikut gaji hari.

76
xi.

Pemilihan, pengambilan dan pembuburan terhadap jenis


pengoperasian.

xii.

Skim pendekatan atau insentif terhadap pengoperasian.

xiii.

Perunding dengan trade unions.

xiv.

Latihan ditapak bina (site training).

xv.

Kawalan kualiti.

xvi.

Kawalan kos ditapak bina.

xvii.

Mesyuarat tapak (site production meeting & minuts)

xviii. Bertanggungjawab terhadap gaji pekerja.


xix.

Perundingan dengan penasihat professional pelanggan


(negotiating with clients prosional advisors)

xx.

Perancangan umum (general programme).

xxi.

Menilai perjanjian berdasarkan hasil kerja yang telah diselesaikan


(agreement of measurement of work done).

2.

Melalui objektif yang kedua, ia dapat memperlihatkan cara pengurusan


yang dilaksanakan oleh syarikat pembinaan. Antara kaedah pengurusan
yang dilakukan ialah:
i.

Pengurusan buruh.
Pengagihan buruh adalah bergantung kepada keperluan dan
kemahiran buruh.Terdapat dua jenis buruh yang digunakan di
tapak kajian iaitu buruh mahir dan tidak mahir di mana
pembayaran gaji adalah berdasarkan kemahiran.

ii.

Pengurusan sumber.
Pengurusan sumber adalah penting untuk menjamin kualiti,
ketahanan dan mengelakkan pembaziran kerana kos sumber
melibatkan lebih 60 % daripada ekuiti kos projek. Pengurusan
bahan adalah dari segi:

77

a. Kawalan tempahan dan pembelian.


b. Jadual penghantaran.
c. Penyimpanan.
d. Pemilihan dan pengurusan konkrit.
iii.

Pengurus loji.
Pengurus loji amat membantu dalam mempercepatkan tempoh
pembinaan . loji di tapak kajian adalah diperolehi daripada
penyewaan ,pembeliaan dan kepunyaan sendiri.Antara loji yang
biasa digunakan ialah kren, lori, pembancuh simen dan alat
pengimpal. Agen tapak merupakan individu yang
dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku kerosakan atau
kemalangan terhadap loji.

iv.

Pengurusan masa, Kos dan kualiti.


Pertalian antara ketiga- tiga aspek diatas sangat kuat. Ditapak
bina ia diuruskan dan dibawah kuasa pengurus Projek dan agen
tapak. Masalah pertambahan masa adalah merujuk kepada fasal
43(a) hingga 43 (k)- PWD 203 A (Rev. 10/83)
Pengurusan kualiti lebih tertumpu kepada bahan dan kemahiran
buruh. Penilaian kualiti penting dalam mencapai objektif
pembinaan dan ia banyak bergantung kepada masa yang
diperuntukan.

v.

Pengurusan Keselamatan.
Pengurusan keselamatan adalah mengikut spesifikasi yang
dikeluarkan oleh Jabatab Keselamat dan Kesihatan Pekerja
(JKKP) terutama berkaitan tangga laluan, laluan keluar dan

78
masuk, kebersihan tapak dan pemasangan peranca. Langkahlangkah keselamatan yang dilaksanakan din tapak kajian ialah:
a. Menenpatkan pegawai keselamat di tapak bina.
b. Mengadakan ceramah keselamatan.
c. Penyediaan kemudahan dan peralatan keselamatan seperti
topi,sepatu keselamatan, jarring keselamatan dan lain-lain.
Berdasrkan kajian kes ini, penyelarasan pengurusan disemua peringkat
dilaksanakan secara menyeluruh supaya system pengurusan berkesan
boleh menjanakan satu organisasi yang professional atau berwibawa dan
berorentasikan keuntungantanpa mengabaikan tiga aspek yang dinyatakan
iaitu kos,masa dan kualiti.
3.

Ojektif ketiga pula untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh


syarikat pembinaan di tapak kajian. Daripada kajian yang di buat
masaalah yang dikenal pasti adalah:
a. Kelewatan kerja atau pertambahan masa.
Terdapat perubahan kerja semasa kerja-kerja dijalankan
disebabkan oleh permintaan pelanggan
b. Kelewatan mendapatkan pembayaran daripada pihak
pelanggan hingga lebih daripada sebulan menyebabkan
kesukaran dan kelewatan pembayaran gaji pekerja.
Seharusnya perkara ini perlu dielakkan untuk menjaga
kebajikan pekerja.

c. Sukar mendapatkan buruh tempatan dan juga buruh warga


asing .

79
4.

Seterusnya beberapa cadangan telah diutarakan di dalam 6,2 bagi


memperbaiki dan mepertingkatkan system pengurusan pembinaan di
tapak bina.

6.2

Cadangan

Cadangan ini merupakan alternatif bagi meperbaiki sistem pengurusan yang


berhemah dan berkesan. Sebagai salah satu langkah membuat perubahan yang agak
drastik terhadap teknologi pembinaan. Antara cadangan -cadangan tersebut ialah:
i.

Para kontraktor perlu menyedikan system pengurusan yang lebih


professional dan bersedia melabur wang kearah itu. Contohnya:
a. Memberi latihan secara efektif kepada pekerja seperti latihan
di Institut Latihan pembinaan untuk meningkatkan
kemahiran pekerja.
b. Meningkatkan kemahiran pekerja sama ada tempatan atau
rakyat asing.
c. Melantik pekerja-pekerja yang mempunyai asas teknikal
untuk memudahkan perjalanan aktiviti dan memahami
maksud arahan dengan jelas.

ii.

Memberi penjelasan dan penerangan berkaitan dengan


keselamatan di tapak bina terutama yang berkaitan keselamatan
diri dan orang lain kerana aspek ini merupakan penyumbang
kepada statistik kemalangan di sektor pembinaan . kontraktor
perlu mengambil langkah yang bijak terutama berkaitan dengan

80
penggunaan peralatan dan kawasan di mana pekerja menjalankan
aktiviti. Pendekatan yang lebih jelas perlu diberikan secara:
a. Mendemostrasikan cara pengguaan peralatan yang
berpotensi menyebabkan kemalangan seperti penggunaan
kren, peranca, peralatan yang tajam dan peralatan
mengimpal.
b. Mengadakan ceramah atau taklimat ringkas kepada pekerja
secara formal sebelum sesuatu projek dilaksanakan atau
dimulakan.
c. Melatihkan individu tertentu untuk menjaga , mengguna
,menyenggara dan membaikpulih peralatan khas yang
memerlukan pemerhatian yang lebih.
iii.

Menyarankan agar para kontraktor bergabung tenaga bagi


menubuhkan persatuan khas (dengan kerjasama Pusat Khidmat
kontraktor) yang bertindak atau berfungsi menjaga dan
menyewakan loji-loji tertentu kepada ahlinya. Loji yang
dimaksubkan ialah mempunyai nilai yang terlalu tinggi dan efektif
diprakitkan di tapak binaan. Ini akan membantu mengurangkan
kos pembinaan.
Walau bagaimanapun kadar penyewaan haruslah berpadanan
dengan kemampuan kontraktor dan setaraf dengan kulilti jentera
yang berada di pasaran semasa.

81

RUJUKAN

Dayang Sofia Ab. Razak & Norlida Abd Halim (1994). Mengurus Projek
Pembinaan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Ian E. Chandle (1978). Material Management. The Construction Press. New York.
Ian E. Chandler (1978). Pengurusan Tapak Bina Yang Berkesan Dalam Sektor
Pembinaan. Fakulti Alam Bina. UTM
Institut Jurutera Malaysia, Julai 1985. Team Management. Institut Jurutera
Malaysia.
Mohd Pishal Abd. Raof dan Rozhan Othman (1996). Pengurusan Perniagaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Ng Kooi Leong (1998). Pengurusan Tapak Bina Yang Berkesan Dalam Sektor
Pembinaan. Fakulti Alam Bina. UTM
Selva Sukateram (1997). Pengurusan Tapak Bina. Fakulti Kejuruteraan Awam.
UTM
Wan Azmi Ramli (1985). Pengurusan. Utusan Publication And Distributor.
Zainan Tamian (1997). Pemasangan Peranca Mengikut Spesifikasi Yang Telah
Ditetapkan Oleh JKKP. Fakulti Kejuruteraan Awam. UTM

Vous aimerez peut-être aussi