Vous êtes sur la page 1sur 8

Setelah meneliti video yang dirakam di sekolah bagi slot pengajaran 30 minit satu analisis

telah dibuat. Analisis ini dibuat berhubung kait antara rancangan pengajajaran tahunan,
rancangan pengajaran harian beserta video rakaman pengajaran yang telah dirakam.
Rancangan pengajaran yang telah dirancang dan dilaksanakan dalam sesi pengajaran ini
adalah berfokus kepada Tunjang Sains dan Teknologi dalam matapelajaran Awal Sains
disamping turut disepadukan dengan tujang lain iaitu Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai,
Tunjang Komunikasi dan Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika. Rancangan
pengajaran ini telah dilaksanakan ke atas murid Prasekolah Melati SK Pasukan Polis
Hutan,Ulu Kinta,Perak. Ianya adalah mengikut jadual waktu Tunjang Sains dan Teknologi
prasekolah yang memperuntukkan masa selama 30 minit iaitu pada pukul 9.00 9.30 pagi.
Bilangan murid yang sepatutnya ada di kelas prasekolah ialah 25 orang tetapi, pada hari
tersebut hanya 23 orang sahaja murid yang yang hadir. Kesemua murid kelas ini adalah
berusia 6 tahun. Oleh hal yang demikian mengikut kesesuaian umur dan tahap perkembangan
maka, fokus dan standard pembelajaran yang dipilih adalah menepati garis panduan
Kurikulum Standard Pasekolah Kebangsaan.
Rancangan Pengajaran Harian ini dirancang bersesuaian dan mengikut tema yang terdapat
dalam rancangan pengajaran tahunan yang disediakan secara mingguan. Hasil dari
Rancangan Pengajaran Tahunan yang diperoleh mendapati kriteria secara bertema dipilih
bagi menyediakan rancangan pengajaran tahunan ini. Oleh itu setiap minggu murid akan
mempelajari setiap tema yang berlainan.
Dalam rancangan pengajaran ini, standard kandungan adalah merujuk kepada [(ST 3.3)
Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga, buah serta pertumbuhan anak
benih]. Oleh hal yang demikian standard pembelajaran utama yang boleh dikaitkan dengan
standard kandungan utama pengajaran dan pembelajaran yang diajar oleh guru ini ialah [(ST
3.3.8) Memerhati dan mengumpul buah-buahan yang biasa dijumpai mengikut ciri warna dan
berbiji]. Bagi mengukuhkan lagi lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta ingin
mengaitkan dengan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh maka,guru ini telah
menyepadukan tunjang ini dengan tunjang yang lain iaitu tujang Tunjang Kerohanian, Sikap
dan Nilai, Tunjang Komunikasi dan Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika. Standard
pembelajaran yang telah diguna pakai untuk disepadukan dengan Tunjang Sains dan
Teknologi ini ialah, [(PM 8.1.2) Mengamalkan sikap adil dalam sesuatu aktiviti seperti
permainan], [(BM 2.2.7) Menjawab soalan dengan ayat mudah dan sesuai].

Kemahiran utama yang ingin ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah
kemahiran membanding dan mengelaskan objek. Objektif utama pembelajarannya pula ialah
mengenali buah dan nama buah. Objektif mengenali buah-buahan ini adalah kerana mengikut
tema mingguan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada minggu ini, temanya ialah Alam
Semula Jadi , Justeru, menghasilkan aktiviti pengenalan kepada buah-buahan ini adalah
menepati tema pengajaran dan pembelajaran pada minggu tersebut. Hasil pembelajaran
daripada aktiviti yang telah dirancang ini ialah agar murid-murid dapat membanding beza dan
mengelaskan objek mengikut warna,ciri dan berbiji.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru ini terdiri daripada set induksi, langkah 1, langkah
2, langkah 3, dan penutup. Aktiviti yang telah dijalankan dalam set induksi ialah murid
meneka benda dan guru memperkenalkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Melalui video ini dapt diperhatikan menerusi set induksi guru ini memulakan sesi
pembelajaran dan pengajaran dengan memperkenalkan suatu permainan kecil dengan
menggunakan sebuah kotak. Aktiviti ini sebagai pengenalan kepada murid tentang buahbuahan. Dalam aktiviti ini guru menerangkan cara bermain dengan kotak tersebut. Guru akan
memainkan muzik dan meminta murid mengedarkan kotak tersebut kepada murid yang
berada

di

sebelah.

Murid-murid

berada

dalam bentuk

bulatan.

Apabila muzik

diberhentikan,murid yang memegang kotak itu perlu keluar ke hadapan kelas dan membuka
kotak tersebut serta menunjukkan buah yang ada dalam kotak tersebut kepada murid-murid
yang lain.Murid akan menamakan nama buah yang ditunjukkan. Kemahiran yang dapat
dilihat di sini ialah kemahiran komunikasi dan berfikir.
Bagi memperjelaskan lagi mengenai perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanankan oleh guru ini, saya akan menerangkan dengan lebih terperinci lagi dengan
mengaitkan eleman yang terdiri daripada garis panduan KSPK berasaskan enam tunjang,
kaedah belajar sambil bermain, kemahiran berfikir dan mengaitkan perkembangan kanakkanak secara menyeluruh dalam perlaksanaan P&P di bawah.

Langkah 1
Langkah 1 merupakan langkah di mana guru memberi penerangan kepada murid-murid
tentang buah-buahan. Permulaannya guru bertanya tentang warna buah-buahan kepada murid
dan meminta murid-murid

menyatakan warna buah-buahan.Kemudian guru akan

menjelaskan kepada murid-murid iaitu buah-buahan mempunyai warna yang berbeza iaitu
sebelum masak dan selepas masak. Secara tidak langsung murid-murid dapat membuat
pengelasan. Dalam langkah ini juga,guru meminta murid mengeja nama buah-buahan dengan
bimbingan dari guru.Pada permulaannya murid akan mengeja nama buah-buahan dengan
kendiri sebelum dibimbing oleh guru untuk membetulkan kesilapan sebutan nama buah.
Langkah 2
Langkah 2 merupakan langkah yang menekankan kepada pendekatan belajar sambil bermain.
Sebelum murid menjalankan aktiviti ini , guru menerangkan mengenai aktiviti yang akan
dijalanakan iaitu menyusun puzzle melalui konsep bermain.Murid-murid akan dipecahkan
kepada tiga kumpulan.Kemudian guru akan mengedarkan setiap kumpulan bekas cebisan
puzzle.Murid-murid akan mencantum gambar buah-buahan dalam kumpulan masing-masing.
Kemudian murid akan melekat gambar cebisan puzzle di atas kertas warna.Kemudian murid
akan menyatakan hasil cantuman gambar yang telah mereka lakukan. Secara tidak langsung
aktiviti ini dapat melahirkan nilai murni seperti bekerjasama dan berani mencuba. Malah
dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid untuk menyelesaikan cantuman gambar
menjadi satu gambar buah yang bermakna.
Langkah 3
Langkah 3 merupakan langkah di mana murid-murid mengaplikasikan konsep bermain dalam
latihan di lembaran kerja. Aktiviti fasa ini guru akan mengedarkan lembaran kerja kepada
murid. Aktiviti ini dilakukan secara individu.Aktiviti yang perlu dilakukan oleh murid ialah
memadankan gambar dengan perkataan yang betul. Namun aktiviti ini perlu dibimbing oleh
guru kerana tidak semua murid telah menguasai kemahiran membaca. Kemahiran yang dapat
diperoleh dalam aktiviti ini ialah murid-murid mengembangkan kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Murid-murid dapat berkembang dari aspek psikomotor halus dan
koordinasi mata dan tangan. Aktiviti ini juga dapat membentuk murid yang rajin dan tabah
dalam menjalankan sesuatu perkara.Sehubungan itu,nilai murni yang dapat dipupuk oleh guru
ini dalam aktiviti ini ialah berfikir secara rasional.

Penutup
Dalam langkah penutup ini aktiviti yang dijalankan ialah mempamerkan hasil kerja murid. Ini
sebagai tanda guru memberi penghargaan kepada hasil kerja yang telah murid-murid
lakukan.Ini dapat meningkatkan motivasi dalam diri murid untuk belajar. Kemudian guru
telah meminta murid mengimbas kembali nama buah-buahan dan warna buah-buahan yang
telah dipelajari. Objektif pembelajaran yang dapat dicapai ialah murid-murid dapat membuat
kesimpulan bahawa buah-buahan mempunyai dua warna iaitu sebelum masak dan
masak.Kemahiran berfikir yang dapat dilihat pada bahawa murid-murid ialah mereka telah
dapat membuat kesimpulan dan membanding beza.

Dalam video pengajaran selama 30 minit ini dapat diperhatikan pengajaran yang dilakukan
oleh guru ini berjaya menarik minat murid. Hal ini kerana guru ini telah menggunakan bahan
maujud sebagai alat bantu mengajar. Permulaan pengajaran yang menarik dimana
penggunaan bahan

yang maujud dapat menarik minat murid untuk terlibat dalam

pembelajaran dan pengajaran(PnP) yang dijalankan.Bahan bantu mengajar yang digunakan


bersesuaian dengan topik yang ingin diajar. Murid-murid kelihatan lebih seronok dalam
aktiviti yang dijalankan apabila guru memainkan genre lagu yang begitu sesuai dengan
mereka. Penggunaan buah buahan yang sebenar adalah sangat sesuai dan membantu murid
mengenali buah-buahan dengan lebih mudah. Permulaan pengajaran yang menarik penting
kerana;

Menarik perhatian murid

Membantu murid bersedia dari sudut kognitif dan efektif

Memperkenalkan objektif pengajaran

Membina aliran pemikiran

Mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi murid.

Selain itu, kemahiran yang digunakan guru di dalam rakaman video tersebut ialah kemahiran
menerang. Suara dan arahan guru yang jelas memudahkan murid mendengar dan memahami
apa yang disampaikan oleh guru. Suara dan arahan yang jelas ini boleh menarik minat murid

untuk mengetahui perkembangan pembelajaran seterusnya. Murid juga dapat melaksanakan


semua arahan guru dengan tepat dan pantas mengikut arahan guru.Antara tujuan
menggunakan Kemahiran Menerang adalah untuk :
*Menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan.
Guru di dalam video tersebut memberi penerangan tentang konsep warna buah-buahan dan
juga dari segi rasa dengan suara yang jelas,menepati kehendak murid dan disokong dengan
bahan yang maujud yang dapat menarik perhatian murid. Oleh yang demikian semua murid
dapat menyimpan maklumat yang disampaikan oleh guru sehingga akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran.Pertanyaan guru dengan menggunakan ayat pembukaan yang mana telah
mewujudkan kesediaan dan menarik perhatian murid melalui soalan yang mudah,ringkas dan
dapat dijawab oleh murid menjurus kepada tajuk yang hendak diajar.
*Membina pengetahuan dan kefahaman murid.
Bermula dengan set induksi diikuti dengan langkah 1 atau fasa 1,guru menggunakan buahbuahan yang sebenar yang diletakkan dalam bekas dan diambil oleh murid. Murid akan
menyatakan nama buah yang telah dipegang. Aktiviti ini dapat membina pengetahuan dan
kefahaman murid melalui aktiviti kelas. Kemudian, guru menggunakan kad gambar dan kad
perkataan untuk membatangkan sukukata untuk membantu murid dari segi kemahiran
membaca.Pada peringkat seterusnya, murid-murid diberikan aktiviti secara berkumpulan
menyusun cebisan puzzle gambar buah-buahan.Setelah disusun,murid murid dapat
memahami gambar yang disusun itu ialah isi pelajaran iaitu jenis-jenis buah.Jelas disini
menunjukkan guru menggunakan kemahiran tunjukcara dengan cara mempamerkan gambar
untuk mencungkil , membina pengetahuan seterusnya membentuk kefahaman murid.
Pemilikan sesuatu ilmu,lebih-lebih lagi matapelajaran yang diajar secara mendalam, perlulah
mencapai tahap yang meyakinkan pada diri guru tersebut juga pelajar-pelajarnya.Guru bukan
sahaja merupakan pemimpin dan pendidik yang sentiasa menunjuk ajar serta melatih pelajarpelajarnya bahkan juga sebagai pakar rujuk yang dapat menyelesaikan sebarang persoalan
atau kemusykilan pelajar yang berkait rapat dengan matapelajaran.Dengan kata-kata lain,
guru hendaklah benar-benar berilmu dan dapat meyakinkan para pelajar tentang
keilmuannya.Mereka bukan sahaja berilmu tetapi hendaklah mempunyai kebujaksanaan bagi
menyampaikan ilmu pengetahuan secara lebih berkesan.

Kelemahan:
Kelemahan yang dapat dikesan dalam rakaman pengajaran ini ialah pertuturan yang agak
laju dan menyebabkan ada sesetengah murid tidak memahami apa yang diterangkan.Pada
pengamatan saya,pengajaran guru ini secara kelas (dalam bulatan) telah membelakangkan
murid yang di berada di belakang. Guru seharusnya berada di luar bulatan. Guru juga kurang
melafazkan kata-kata peneguhan kepada murid-murid..Sepatutnya setiap kali murid-murid
mengeluarkan pendapat,menjawab soalan atau memberi tindakbalas mestilah disusuli
peneguhan oleh guru dengan menggunakan kata-kata seperti bagus, pandai, bijak atau
menggunakan kata pinjaman bahasa Inggeris. Di dalam video ini juga menampakkan guru
tidak peka atau tidak prihatin dengan kesediaan murid.Terdapat 2 atau 3 orang murid yang
tidak memberi perhatian kepada penerangan guru dengan bermain dengan rakan-rakan..Guru
sepatutnya mengalih perhatian murid berkenaan dengan menyebut namanya atau ganti nama
ketiga murid tersebut supaya memberi tumpuan apa yang hendak guru sampaikan.

Cadangan/Penambahbaikan:
Pada pendapat saya, antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah diatas
ialah guru boleh menvariasikan teknik mengajar. Teknik mengajar perlu dipelbagaikan lagi
untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu
murid supaya mencapai objektif pengajaran guru.Teknik mengajar yang dipilih juga haruslah
berdasarkan kepada kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Dalam rakaman pengajaran ini
adalah lebih baik guru menggunakan kaedah bercerita atau simulasi untuk memberi
pengalaman yang lebih rapat dengan kehidupan sebenar pelajar. Pada pendapat saya,guru
bebas memilih mana-mana kaedah yang dianggap sesuai dan berpotensi dengan pelajarpelajarnya dengan mengambilkira kecenderungan dan peringkat kematangan masing-masing.
Kejayaan sesuatu pembelajaran bukan sahaja bergantung pada keilmuan,ketohohan dan
keperibadian guru

seperti ikhlas, jujur, amanah, tanggungjawab dan sebagainya tetapi

bergantung juga pada kebijaksanaan guru itu mengendalikan sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan mengenali pelajar secara dekat sama ada dari segi keperibadian,
latarbelakang keluarga dan masyarakat pelajar itu sendiri dengan temu bual dan soal selidik.
Keperibadian pelajar itu mungkin merangkumi sifat-sifat fizikal dan mentalnya, perasaan,

kecerdasan dan cita-citanya.Guru bukan sahaja perlu mengenal nama dan sifat-sifat fizikal
pelajar, bahkan ia perlu mengenali dan menyelami perasaan, pencapaian dan cita-cita pelajar.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya aktiviti pengajaran yang dilakukan guru ini berhasil dan menarik bagi
pandangan saya. Guru ini telah menerapkan elemen yang perlu diterapkan iaitu mengikut
garis panduan Kurikulum Standard Prasekolah berdasarkan enam tunjang telah dipatuhi.
Guru ini memilih Tunjang Sains dan Teknologi iaitu Awal Matematik disamping turut
disepadukan dengan beberapa tunjang yang lain iaitu Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai,
Tunjang Komunikasi dan Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika.
Selain itu, dalam sesi pengajaran yang dijalankan guru ini turut mengaplikasikan
perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh seperti mana yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Prasekolah itu sendiri iaitu;
memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat
dan aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan
kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanakkanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menanggani
cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
Pentaksiran dan Refleksi
Di akhir pengajaran guru ini tidak melakukan pentaksiran. Guru ini hanya bertanyakan
semula kepada murid-murid tentang apa yang telah dipelajari pada hari terrsebut. Hasil
daripada pemerhatian yang dilakukan semasa rakaman pengajaran ini dijalankan, saya
mendapati guru ini mempunyai pengajaran yang sistematik dan mudah difahami oleh muridmuridnya. Bilik darjahnya juga sangat kondusif dan sesuai bagi pembelajaran kanak-kanak
yang mahukan suasana yang ceria dan berwarna-warni.

KPD 3016
PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN I
SEMESTER II SESI 2013/2014

ANALISIS VIDEO RAKAMAN PENGAJARAN GURU

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO MATRIK

NURUL HUSNA BT MOHD YUSOF

D20112056394

NAMA PENSYARAH
PUAN NOOR HASNIEZA BT HASHIM

Vous aimerez peut-être aussi