Vous êtes sur la page 1sur 6

UCAPAN

EN ADNAN B HJ MANSOR
PEGAWAI KAUNSELOR ORGANISASI DAERAH
UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
20 NOVEMBER 2014(KHAMIS)

Yang berusaha Tn Hj Hamidi bin Daud,


Guru Besar SK Kampung Johan Setia.
Yang Dihormati Pn Hajah Kamsiah binti Mokhtar,
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Yang Dihormati Pn Ainunhaida bt Badarzaman,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Pn Aliyah binti Muhamad,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang Dihormati Pn Zanariah bt Hj Padil
Guru Penolong Kanan Petang,
Barisan Guru Jawatankuasa Pelaksana,
Barisan Para Guru,
Para Penerima Anugerah serta
Para Ibu Bapa dan Hadirin dan Hadirat yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera serta Salam Satu Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan
hidayahNya dapat kita berkumpul di Dataran Pintar berbumbung yang serba indah

ini untuk sama-sama meraikan putera puteri penerima anugerah


Anugerah Kecemerlangan pada kali ini.

dalam Majlis

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada


barisan guru terutama AJK Pelaksana di atas inisiatif menganjurkan Majlis Anugerah
Kecemerlangan di sekolah ini. Harapan saya agar program ini dapat berjalan lancar
dengan gandingan kesepakatan yang padu daripada semua pihak terutama barisan
guru-guru SK Kampung Johan Setia yang sangat berdedikasi, penuh berkomitmen
dan semangat kerjasama yang tidak berbelah bagi di samping sokongan padu
barisan pentadbir SK Johan Setia demi memastikan anak-anak murid sekolah ini
menggapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang terutama dalam akademik,
kokurikulum serta sahsiah terpuji.
Para hadirin yang dikasihi sekalian,
Selaku teraju kepimpinan sekolah, saya percaya Guru Besar dan barisan pentadbir
serta barisan guru terutama Guru-guru sekolah ini
telah berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk mendidik anak murid sekolah dengan pelbagai program
dan aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan sepanjang tahun 2014 ini. Demi
mencapai hasrat wawasan generasi pewaris teraju kepimpinan Negara perlu dijana
dengan ilmu, disuntik dengan gejolak semangat yang dapat meningkatkan estim diri
serta diterap dengan ciri-ciri pembentukan sahsiah yang terpuji. Oleh itu penglibatan
murid perlu seimbang dalam akademik dan aktiviti ko-kurikulum agar murid-murid
mampu menangani pelbagai cabaran dalam meniti kehidupan seharian. Kejayaan
murid-murid ini juga diharapkan dapat menjadi pemangkin ke arah hasrat Negara
sebagaimana yang termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
iaitu membantu Negara bangsa.

Oleh yang demikian, harapan saya agar usaha guru-guru dalam mendidik dan
mencurahkan ilmu ini dapat diteruskan dan ditingkatkan demi melahirkan muridmurid yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang pada masa akan datang. Kita
warga guru adalah insan yang dianugerahkan dengan kegigihan dan kecekalan
yang tinggi. Biar acap kali diterjah dengan dugaan dan cabaran yang berbaga bagai
bentuk,diharapkan kubu kesabaran guru-guru tetap teguh dank kental. Teruskanlah
melaksanakan amanah yang diberikan dengan tulus, berpaksikan intergriti dan
berdasarkan etika perkhidmatan yang telah ditetapkan. Moga-moga jasa dan
pengorbanan guru-guru hanya Allah s.w.t sahaja yang membalasnya.

Sebagai pemimpin kepada anak didik, saya berharap agar guru-guru menghayati
kata-kata Khalifah Abdul Malik bin Marwan ini, Semulia-mulia manusia ialah siapa
yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan
ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. Khusus kepada murid-

murid yang bakal menamatkan sesi persekolahan di sekolah rendah pada tahun ini,
teruskanlah perjuangan dalam menimba ilmu pengetahuan agar dapat mencapai
cita-cita dan kejayaan yang lebih membanggakan pada suatu hari ini.

Akhir kalam, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi sekalung syabas,
tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini mendapat
keberkatan daripada IIlahi. Oleh itu dengan lafaz Bismillahirrohmanirohim, saya
merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sesi 2014 Sekolah Kebangsaan
Kampung Johan Setia 2014 dengan rasminya. Akhirnya, saya sudahi ucapan saya
pada hari ini dengan dua rangkap pantun.

Puteri kayangan turun ke muara,


Diiringi oleh puteri jelita,
Semangat kerjasama amalan mulia,
Sekolah gemilang kebanggaan semua.

Tuan putera di atas takhta,


Merafak sembah penuh perkasa,
Murid dirai semoga berbahagia,
Guru sejahtera diharap sentiasa.

Sekian, wabilahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warohmatullah


hi wabarokatuh.
Sekian, terima kasih.

UCAPAN
TN HAJI HAMIDI BIN DAUD
GURU BESAR
MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
SK KAMPUNG JOHAN SETIA
20 NOVEMBER 2014(KHAMIS)

Yang berbahagia En Adnan bin Mansor,


Kaunselor Organisasi Daerah
Unit Psikologi dan Kaunseling Pejabat Pendidikan daerah Klang
Yang berusaha Tn Haji Hamidi bin Daud,
Guru Besar SK Kampung Johan Setia,
Yang dihormati Pn Hajah Kamsiah binti Mokhtar,
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Yang dihormati Pn Ainunhaida bt Badarzaman,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang dihormati Pn Aliyah binti Muhamad,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang dihormati Pn Zanariah bt Hj Padil
Guru Penolong Kanan Petang,
Barisan Guru Jawatankuasa Pelaksana,
Barisan Para Guru ,
Para Penerima Anugerah Majlis Anugerah Kecemerlangan,
Para Ibu Bapa serta Hadirin dan Hadirat yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera serta Salam Satu Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan
hidayahNya dapat kita berkumpul di Dataran Pintar berbumbung yang serba indah
ini untuk sama-sama meraikan para graduan Penerima Anugerah Kecemerlangan
sesi 2014 ini.

Terlebih dahulu saya mewakili seluruh warga kerja SK Kampung Johan Setia ingin
mengalu-alukan ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran En Adnan
bin Mansor selaku Kaunselor Organisasi, Unit Psikologi dan Kaunseling Pejabat
Pendidikan Daerah Klang kerana dapat hadir bersama tuan-tuan dan puan-puann
ke majlis ini utuk meraikan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan. Kita berasa begitu
bertuah dan berbangga kerana majlis kita pada hari ini dimeriahserikan dan akan
disempurnakan oleh En Adnan bin Mansor. Kehadiran dan keprihatinan En Adnan
bin Mansor pastinya akan menyuntik semangat kepada kami, warga pendidik dan
murid untuk terus mencemerlangkan dunia pendidikan khususnya dan martabat
Negara secara menyeluruh. Harapan saya agar program ini mendapat keberkatan
dariNya dan berjalan lancar hingga ke akhirnya.

Saya selaku teraju kepimpnan sekolah juga turut mengalu-alukan kehadiran para
jemputan, para ibu dan bapa putera dan puteri yang kita raikan ke majlis ini dan
sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan terus mengeratkan
hubungan silaturrahim yang sedia terjalin antara kita. Syabas dan tahniah saya
ucapkan kepada AJK Pelaksana Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan ini kerana
telah berjaya menzahirkan majlis ini dengan penuh gemilang pada kali ini.

Para hadirin yang dikasihi sekalian,

Kepada para graduan, diharap sentuhan majlis ini dapat membuatkan anak-anak
sekalian tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh barisan
pendidik mithali SK Kampung Johan Setia. Tahniah diucapkan kepada guru-guru
yang telah bertungkus-lumus mendidik dan memberiikan tunjuk ajar. Kami berharap
agar anak-anak dapat meneruskan pemebelajaran di sekolah menengah nanti
dengan lebih cemerlang dan terbilang lagi. Gunakalanlah segala peluang yang ada
untuk memperkasa diri dengan segala kemahiran seperi teknologi maklumat,
kemahiran berkomunikasi seta meningkatkan penguasaan teknologi dan bahasa.
Saya juga berharap agar putera puteri sekalian memiliki daya saing yang positif kearah mewujudkan generasi yang inovatif dalam bidang sains dan teknologi.

Dalam majlis ini juga, sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan untuk
merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru, kaki
tangan dan ibu bapa sekalian. Kesediaan para waris untuk berganding bahu hadir
dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan ini amat kami sanjung . Kepada
anank-anak sekalian, hargailah harapan tinggi yang telah disandarkan oleh wais
kamu sekalian. Balaslah jasa mereka dengan juadah kejayaan yang hasilnya
begitu indah dan dapat dinikmati selama-lamanya.
Akhir kalam izinkan saya membacakan beberapa rangkap pantun untuk semua yang
hadir dalam dewan yang mulia ini,

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian, wabilahi taufik wal hidayah


wabarokatuh. Sekian, terima kasih.

wassalamualaikum

warohmatullah

hi

Vous aimerez peut-être aussi