Vous êtes sur la page 1sur 4

ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM

Definisi konsep :
Istilah yang didefinisikan di bahagian yang berikut ini merupakan istilah yang akan
digunakan di sepanjang perbincangan dalam bab kajian ini.
Etnik
Istilah etnik berasal dari perkataan Yunani ethnos yang bererti orang. Menurut ahli
sosiologi, etnik merupakan satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang
banyak persamaan seperti persamaan agama, ras, mahupun asal usulnya. Kumpulan etnik yang
sama berkongsi adat, bahasa , pakaian tradisional, makanan dan mempunyai hubungan social
sesame mereka. Perkongsian nilai telah menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak
langsung membahagikan masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza.

Islam
Islam merupakan agama yang dianuti oleh sebanyak 60 peratus penduduk Malaysia.
Seseorang yang beragama Islam bererti berserah diri dan mengikuti perintah Allah SWT serta
mencontohi Nabi Muhammad SAW. Penganut Islam perlu memberi kesaksian bahawa tidak ada
Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya. Ketaatan ini boleh dibuktikan
dengan melaksanakan tanggungjawab seperti yang diperintahkan oelh Allah serta menjauhi
larangan-Nya. Muslim mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW berfungsi sebagai penyampai
ajaran Islam daripada Tuhan dan dalam masa yang sama sebagai ikon yang perlu dicontohi.
Menjunjung tinggi akidah dan akhlak Islam adalah misi utama Baginda.

Asas hubungan etnik dalam Islam amat penting diketahui oleh seseorang yang beragama
Islam bagi mencapai kehidupan yang aman, damai dan harmoni. Asas penting ini sebagai
penghubung antara masyarakat dalam Islam perlu diambil oleh anggota masyarakat (Shamsul,
2005). Asas-asas tersebut ialah :
Berkenal-kenalan (taruf)

i.

Allah cipta manusia dalam pelbagai bangsa, warna kulit dan sebagainya. Perbezaan sifat tersebut
janganlah dijadikan halangan untuk hidup bermasyarakat dan kenal mengenali antara satu sama
lain, tetapi ia seharusnya dijadikan tarikan untuk berhubung antara satu sama lain. Ia merupakan
rukun pertama dalam membina kehidupan masyarakat.
Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang
yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang
besar. (surah al-Hujurat : 3)
Kenal mengenali di sini bukan hanya bermaksud mengenali nama sahaja tetapi lebih daripada
itu iaitu mengenali latar belakang keluarga, keturunan, budaya, adat, tradisi seseorang individu
dan sesebuah bangsa. Dengan wujudnya budaya kenal mengenali ini maka secara tidak langsung
akan mengelakkan perkelahian antara individu, etnik dan juga bangsa. Hal-hal sedemikian hanya
akan dapat diketahui apabila wujud kehidupan mesra dan saling mengenali antara satu sama lain.

ii.

Faham memahami (Tafahum)


Bagi melahirkan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain asas ini amat perlu
dilaksanakan. Apabila satu-satu etnik mengenali budaya, adat, tradisi etnik lain, maka akan
lahir sifat untuk memahami budaya etnik tersebut secara lebih dekat. Umpamanya kenapa
orang Islam Islam melaungkan azan setiap kali sebelum solat, kenapa orang Hindu bawa
kavadi dan sebagainya. Apabila seseorang memahami budaya etnik lain, maka mereka tidak
akan menentangnya kerana sedar ia adalah tuntutan agama, masyarakat dan sebagainya.
Maka Wujudlah kehidupan yang aman tanpa sebarang permusuhan.

iii.

Bekerjasama (Taawun)
Apabila wujud persefahaman di antara anggota masyarakat, sama ada beragama Islam
mahupun bukan beragama Islam maka ia akan melahirkan konsep tolong-menolong dan

bekerjasama dalam satu-satu aktiviti. Konsep tolong-menolong di sini bukan hanya terhad
kepada pertolongan berbentuk tenaga sahaja, tetapi melewati pertolongan kewangan, buah
fikiran dan sebagainya. Konsep bekerjasama dan tolong-menolong antara etnik bukan hanya
menguntungkan satu etnik sahaja tetapi juga seluruh masyarakat. Umpamanya berkerjasama
dalam mencegah jenayah, membina kekuatan ekonomi, politik dan kemajuan negara itu
sendiri.

iv.

Persaudaraan (Ukhwah)
Dari segi bahasa berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat
dan lain-lain lagi. Dan dari segi istilah pula menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang,tolong
menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama
umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah
bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu mendapat rahmat (surah al-Hujurat : 10) Dalam konteks Islam, semua orang
Islam adalah bersaudara. Tanpa mengira etnik, warna kulit, pertuturan dan sebagainya.
Apabila wujud konsep persaudaraan Islam dalam jiwa setiap muslim, maka akan lahir sifat
ikhlas, belas kasihan dan sebagainya. Sifat persaudaraan tanpa mengira etnik dan warna kulit
ini akhirnya menjadikan umat Islam satu kesatuan. Natijahnya umat Islam akan digeruni dan
dihormati oleh musuh.

v.

Kasih Sayang (Mahabbah)


sifat kasih mengasihi antara satu sama lain akan lahir apabila seseorang itu memahmi
konsep persaudaraan Islam. Dengan kasih sayang seseorang akan menyebabkan seseorang
rasa tidak tenang apabila melihat saudaranya berada dalam kesusahan. Ia merasakan bahawa
ia berkewajipan untuk membantu meringankan kesusahan saudara seislam. Dalam Islam
konsep kasih sayang ini tidak terhad kepada sesama Islam sahaja, tetapi melewati batasan
bukan Islam supaya masyarakat berada dalam satu ikatan yang amat kukuh iaitu ikatan hati
dan perasaan. Seterusnya, terhindarlah dari rasa memusuhi, benci-membenci dan dengkimendengki antara satu sama lain.

vi.

Jamin menjamin (Tadhamun)

Kasih sayang antara anggota masyarakat akan melahirkan sifat jamin menjamin dari
sudut ekonomi, sosial, hak asasi manusia dan juga perundangan. Selain itu, melahirkan rasa
tanggungjawab dalam diri anggota masyarakat untuk membantu ahli masyarakat yang dalam
kesusahan. Contohnya, Islam mengatur kehidupan social melalui system undang-undang
yang bertujuan menjaga , mengawal dan memperkasakan lima kepentingan iaitu agama,
jiwa(nyawa), akal, keharmonian dan harta. Dengan terpelihara lima kehormatan tersebut,
maka semua anggota masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan akan turut terpelihara
dan terkawal.

Vous aimerez peut-être aussi