Vous êtes sur la page 1sur 45

UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

KAMPUS SULTAN HAJI AHMAD SHAH


KERJA KURSUS ISLAMIC STUDIES 1 (ISSB122)
SECTION 1M
TANGGUNGJAWAB MUSLIM DALAM MENJAGA KELESTARIAN ALAM SEKITAR MENURUT
PERPEKSTIF ISLAM

DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ RUSLI BIN ABDUL RONI

AHLI KUMPULAN:
NUR FARRAH DIYANA BT SAMSUDIN

AC090304

NUR SYAHIRA BINTI AB HALIM

HR089733

AIZA NAJWA BINTI AHMAD AMRAN

HR089689

NUR ATIQAH BINTI HASIM

HR089727

SITI NADHIRAH BINTI ZAINAL

AC089666

ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN

MUKA SURAT

OBJEKTIF

PENDAHULUAN

DEFINISI

KONSEP

PENDEDAHAN ISU

ANALISIS

12

PERBINCANGAN

23

KESIMPULAN DAN CADANGAN

36

PENUTUP

42

SENARAI RUJUKAN

43

OBJEKTIF

1. Untuk membincangkan peranan umat Islam dalam menjaga kelestarian alam sekitar.
2. Untuk menerangkan tentang pencemaran alam sekitar dan kesannya terhadap
masyarakat dan Negara.
3. Untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang kemerosotan kualiti air dan udara akibat
pembangunan dan kemajuan akan menyebabkan masalah kepada umat manusia.
4. Untuk membahaskankan tentang Negara mementingkan kemajuan dan pembangunan
fizikal untuk kesejahteraan rakyat tetapi menjejaskan alam sekitar.
5. Untuk mengulas dengan lebih lanjut tentang kemerosotan identiti budaya dan akhlak
penyumbang kepada masalah kelestarian global.

PENDAHULUAN
Masalah alam sekitar seperti pencemaran , penebangan hutan , pengurangan sumber
bumi dan sebagainya telah lama mengakibatkan hilangnya kesimbangan alam. Alam sekitar
ialah anugerah Allah bagi manusia hidup sebagai khalifah-Nya. Pada alam sekitar yang
terbentang luas , tersedia sumber asli seperti hutan yang menghijau yang mengimbangi
ekosistem, lautan dalam yang menakung limpahan karbon untuk menyujukkan suhu bumi,
sekaligus menjadi tempat membiaknya pelbagai hidupan akuatik. Disamping mengetahui
manfaat alam sekitar, kewujudan dan konsep manusia perlu fahami setepatnya untuk lebih
memahami konsep agama terhadap alam sekitar.
Hal ini penting kerana manusia adalah makhluk yang menjadi khalifah, mempunyai
kedudukan khusus dan mulia dalam struktur alam ini. Manusia mempunyai peranan dan
keistimewaan berbanding komponen alam lain. Status manusia tinggi di sisi Allah jika
diterasi dengan keimanan, melebihi kemuliaan malaikat. Manusia juga boleh menjadi lebih
hina daripada haiwan jika jiwa dan fikirannya kosong iman.
Firman Allah SWT bermaksud : Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah
kepadamu (kebahagiaan) iaitu akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagiamu daripada
(kenikmatan) duniawi dan dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti Allah telah
berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakkan di muka bumi.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan . ( Surah Al- Qasas, ayat
77)
Allah SWT mencipta ala mini dengan segala keindahan dan kenikmatannya demi
kebaikan dan faedah kepada manusia itu sendiri. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab
manusia untuk sentiasa memelihara kelestarian alam sekitar, supaya ia dapat dimanfaatkan
secara berterusan. Bahkan dalam ungkapan orang tua-tua Melayu turut dikatakan : Kalau
hidup hendak selamat, peliharalah laut berserta selat, peliharalah tanah berhutan lebat, di situ
terkandung rezeki dan rahmat, di situ terkandung tamsil ibarat, disitu terkandung aneka
nikmat, di situ terkandung beragam manfaat, di situ terkandung petua adat.
Sebab itu juga dikatakan, adat hidup memegang adat : beramu tidak merosak kayu,
berotan tidak merosak hutan, bergetah tidak merosak rimba, berumah tidak merosak tanah,
berkebun tidak merosak dusun, berkampung tidak merosak gunung, berladang tidak merosak
padang. Kita harus insaf kerana kini pelbagai kerosakan telah melanda darat, pencemaran
4

udara dan lautan. Ia adalah hasil daripada sikap dan tindak tanduk kita sendiri yang cuai
pentingkan diri sendiri, rakus dan tidak bertanggungjawab serta tidak bertimbang rasa
terhadap alam sekitar. Kecuaian ini bertentangan dengan apa juga agama, lebih-lebih lagi
Islam. Islam sebagai cara hidup, menerangkan hakikat bahawa tiada pengasingan antara
manusia, alam sekitar dan Allah. Perkara ini diterangkan Allah SWT melalui firman-Nya
bermaksud :
Kepunyaaan Allah SWT jualah apa-apa yang di langit dan bumi, dan pengetahuan Allah
maha meliputi segala sesuatu. ( Surah An-Nisa, ayat 126)
Rasulullah bersabda yang bermaksud : Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik
kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.
(hadis riwayat muslim)

Oleh itu, kumpulan kami akan membentangkan serta mendedahkan dengan lebih
lanjut tentang permasalahan yang berlaku pada masa kini berkaitan dengan pencemaran alam
sekitar dan bagaimana peranan kita sebagai umat islam untuk membendung dari berlakunya
pencemaran alam sekitar serta bagaimanakah cara untuk menjaga kelestarian alam sekitar
demi mencapai kehidupan yang lebih sempurna.

DEFINISI ALAM SEKITAR MENURUT


PERSPEKTIF ISLAM
Menurut prespektif Islam,environmentalism berasaskan kepada ajaran tauhid atau
kefahaman dan kesatuan yang menggabungkan manusia,alam dan tuhan1.Ia juga menjadikan
Agama Islam akhlak sebagai teras hubungan antara manusia,alam dan tuhan. Menurut sebuah
hadis Rasullulah,misi kerasulannya ialah menyempurnakan akhlak yang mulia.Kerana Alam
sekitar ini tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Di samping
itu, alam ini merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan
Allah.
Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar
berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya,alam dan tuhan ini kerana
kesalahan umat manusia itu sendiri. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa
alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan Nya maka manusia lah perlu melaksanakan
misi dan amanah itu.
ALLAH SWT menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat
manusia di muka bumi ini.Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar
itu.Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alamsekitar, Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai
pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).Al-Quran dan sunnah
memberikan penekanan yang serius mengenai penjagaan alams ekitar di mana kedua-dua
sumber perundangan ini menyeru manusia untuk mengekalkan pemeliharaannya sebagai satu
kurniaan atau nikmat Tuhan yang agung.
Malahan tanpa rimbunan pokok, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan
mengurang. Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbondioksida di atmosfera akan
berkurangan. Tanpa udara yang bebas bahan cemar, maka kesihatan awam terancam.Ajaran
agama menjelaskan peranan alam sekitar sebagai salah satu unsure terpenting aspek
ketuhanan dalam konteks kosmologi.Ajaran Islam pula menjelaskan kedudukan alam sekitar
yang kudus dan tertib. Itulah rasionalnya alam sekitar dikemukakan sebagai salah satu teras
Islam Hadhari.

http://bicarasastera.weebly.com/artikel-artikel-sastera.html

Islam merupakan agama yang memandang alam sekitar sebagai bahagian yang tidak
dipisahkan dari keimanan seseorang terhadap Tuhannya, dengan manifestasi dari keimanan
seseorang dapat dilihat dari perilaku manusia, sebagai khalifah terhadap alam sekitarnya.Ilmu
pengetahuan sangat penting dalam melestarikan alam sekitar.Melalui ilmu, umat manusia
akan berfikiran lebih terbuka, kritis dan celik pengetahuan dalam memastikan alam sekitar
kekal terpelihara. Kita perlu mempromosikan ilmu dan kefahaman tentang alam sekitar
dengan meluas.Mereka yang arif tentang alam sekitar perlu memainkan peranan yang penting
dalam usaha mendidik masyarakat bahawa alam sekitardan yang berkaitan dengannya
berfungsi secara kait mengait dalam satu kitaran.
Malahan Agama Islam menitik beratkan akhlak sebagai teras hubungan antara
manusia, alam danTuhan.Akhlak amat penting terutama sekali kearah pengurusan alam
sekitar.Akhlak yang mulia adalah akhlak yang mengarahkan kearah kebaikan dan
keharmonian.Sifat-sifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka menjaga kebersihan dan
bertanggungjawab amat penting dalam menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.
Konsep manusia sebagai khalifah pula menunjukkan bahawa alam sekitar ini
merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya yang perlu dipelihara.Alam sebagai amanah Allah
s.w.t. untuk umat manusia menjaganya merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang
kebesaran, kekuasaan dan anugerah Allah s.w.t. yang tidak ternilai.Alam sekitar yang
diciptakan Allah s.w.t. mempunyai peranan masing-masing yang memenuhi tuntutan berikut
ialah sebagai tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t, sebagai hadiah daripada Allah s.w.t. kepada
makhluknya untuk dimanfaatkan umat manusia, dan juga sebagai gedung ilmu yang sentiasa
dikaji.
Sebarang perlakuan yang dilakukan oleh manusia akan dihisab oleh Allah s.w.t., sama
ada perbuatan baik atau jahat. Setiap amalan baik perlu dilakukan sebagai satu ibadah kepada
Allah s.w.t.Oleh itu, menjaga kelestarian alam sekitar juga merupakan satu ibadah kerana
perbuatan ini menjamin kesejahteraan umat manusia dan seluruh alam.Menurut ramai ulama,
walaupun menjaga alam sekitar ini adalah fardu kifayah, namun, bagi mereka yang berilmu
pengetahuan tentang alam sekitar dan bekerja dalam pengurusan alam sekitar, tugas ini
adalah fardu ain.Sesungguhnya adalah menjadi tanggungjawab umat Islam dan seluruh
manusia untuk memastikan alam sekitar itu kekal lestari bagi menjamin kesejahteraan hidup
seterusnya menjamin ketamadunan bangsa.

KONSEP ALAM SEKITAR MENGIKUT


PRESPEKTIF ISLAM
Dalam konsep Islam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai satu
pengurusan alam sekitar yang dikehendaki oleh Islam, maka Islam meletakkan 5 konsep
penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia.
KONSEP TAUHID
Konsep tauhid ini merupakan keperluan asas dalam Islam.Dalam pandangan tauhid, manusia
hanya takut pada satu kuasa dan dipertanggungjawabkan dihadapan seorang hakim sahaja,
menghadap pada satu kiblat dan menumpukan harapan dan kehendak pada satu sumber
sahaja.
KONSEP SYARIAH
Syariah adalah teras perundangan hidup Islam dan menyediakan peradaban Islam dengan
peraturan yang tetap. Segala teori Syariah merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan
meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan intelektual.
KONSEP ILMU
Ilmu pengetahuan merupakan perkara penting yang mesti ditekankan kerana orang yang
berilmu dan mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan
diri, masyarakat dan juga alam sekitar.
KONSEP KHALIFAH
Konsep ini penting untuk manusia menjaga alam sekitar bagi menguruskannya dan apabila
mereka sedar diri mereka sebagai seorang khalifah, maka mereka tidak akan melakukan
kerosakan kepada alam sekitar malah akan menjaga dengan sebaik mungkin.
KONSEP AKHLAK
Akhlak yang mulia adalah akhlak yang mengarahkan kearah kebaikan dan keharmonian
supaya ia menuju kearah pengurusan alam sekitar. Konsep penjagaan alam sekitar ialah sifatsifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka menjaga kebersihan, bertanggungjawab dan sikap
murni yang lain amat penting dalam menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.

ISU ALAM SEKITAR


1. Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan kesan yang negatif kepada kesihatan
manusia dan ekonomi negara.

2. Negara mementingkan kemajuan dan pembangunan fizikal untuk kesejahteraan rakyat


tetapi menjejaskan alam sekitar.

3. Kemerosotan kualiti air dan udara akibat kemajuan dan pembangunan akan
menyebabkan masalah kepada umat manusia.

4. Kemerosotan identiti budaya dan akhlak penyumbang kepada masalah kelestarian


global.

Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan kesan yang negatif kepada kesihatan manusia
dan ekonomi negara.

Isu yang pertama membincangkan tentang pencemaran alam sekitar akan


menyebabkan kesan yang negatif kepada kesihatan manusia dan ekonomi negara. Seperti
yang telah diuar-uarkan di kaca televisyen dan media cetak, pencemaran alam sekitar telah
menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada rakyat Malaysia. Tambahan pula,
kerosakan alam sekitar juga telah menyebabkan kemerosotan ekonomi negara sama ada
dalam sektor pelancongan, hartanah, pelaburan dan sebagainya. Kita akan menyelidik secara
terperinci tentang jenis-jenis alam sekitar dan kesan-kesannya kepada kesihatan manusia dan
ekonomi negara.

Negara mementingkan kemajuan dan pembangunan fizikal untuk kesejahteraan rakyat tetapi
menjejaskan alam sekitar.

Kini, kita berdiri di zaman globalisasi yang mengejar arus kemajuan dan
pembangunan fizikal. Kebanyakan negara-negara maju menumpukan sepenuh perhatian
terhadap kemajuan tanpa mencakna akan isu-isu alam sekitar. Hal ini menjadi satu kesilapan
yang amat serius dilakukan oleh umat manusia. Oleh itu, kupasan mengenai negara-negara
maju yang telah merosakkan alam sekitar untuk mencapai kemajuan akan ditulis dalam
perenggan seterusnya.

10

Kemerosotan kualiti air dan udara akibat kemajuan dan pembangunan akan menyebabkan
masalah kepada umat manusia.

Salah satu isu alam sekitar yang menjadi kerisauan para cendekiawan dan pencinta
alam sekitar ialah mengenai kemerosatan kualiti air dan udara akibat pelepasan sisa toksik,
asap beracun, sisa pepejal, penebangan hutan dan tumpahan minyak akan menyebabkan
masalah kepada umat manusia. Seperti yang telah diketahui semua mengenai fakta sains
bahawa bumi ini diliputi oleh 70 peratus air dan 30 peratus daratan2. Namun begitu, daripada
70 peratus air itu hanya 3 peratus sahaja air bersih yang diyakini boleh diminum oleh
manusia. Selain itu, udara juga amat penting dalam proses pernafasan seluruh makhluk di
muka bumi dan juga proses fotosintesis oleh tumbuh-tumbuhan. Terdapat 78 peratus
daripadanya gas nitrogen, 0.03 peratus gas karbon dioksida, 21 peratus oksigen. Sekiranya,
21 peratus oksigen yang digunakan oleh manusia untuk bernafas pun menjadi semakin
berkurang dan bertukar kepada racun yang boleh menyebabkan terjejasnya kesihatan maka,
hal ini menunjukkan bahawa manusia ini tidak tahu cara untuk menjaga alam sekitar yang
telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Apakah ini sifat sebenar kita?

Kemerosotan identiti budaya dan akhlak penyumbang kepada masalah kelestarian global.

Penggiat multi budaya melihat Malaysia sebagai Negara yang perlu diberi perhatian.
Sebagai sebuah negara yang multietnik, Malaysia muncul sebagai contoh yang baik
dalam menggalak perubahan struktur kepada pelbagai aspek kehidupan dari pendidikan ke
bidang ekonomi sehingga ke integrasi sosial. Dasar Malaysia yang multibudaya ini
mengiktiraf dan membenar rakyatnya yang berbilang kaum untuk menyambut perayaan
dan mengekal budaya serta identiti masing-masing dan ini merupakan salah satu cara
untuk menggalak perpaduan sosial. Oleh itu, adakah terdapat hubungan yang kuat antara
kekuatan budaya sesebuah bangsa dengan pngharmonian kelestarian alam sekitar?

http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=601

11

ANALISIS
1. Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan kesan yang negatif kepada kesihatan
manusia dan ekonomi Negara.

Allah SWT telah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Sebagai
khalifah Allah, kita wajib patuh dan taat kepada perintah-Nya. Maka, seharusnya kita
hendaklah memakmurkan dan memelihara bumi kurniaan Allah ini, bukannya dengan
melakukan kerosakan, pencemaran dan sebagainya. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang melakukan kerosakan sepertimana firman-Nya dalam Surah Al-Baqarah
ayat 205:

Maksudnya: Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya),berusahalah ia di


bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan
keturunan (binatang ternak dan manusia, sedang Allah tidak suka kepada bencana
kerosakan.
Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan, dapatan yang telah kami peroleh
dengan menyelidik secara terperinci jenis-jenis pencemaran alam sekitar dan kesannya
terhadap kesihatan manusia dan ekonomi negara bagi kupasan isu pertama ialah disebabkan
oleh pencemaran udara, air dan tanah.
Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas,cecair, atau zarah yang
terkandung dan terampai di atmosfera sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan
kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di atmosfera dan memberi
kesan negatif kepada manusia,tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta alam sekeliling.Ini
disebabkan gas dan bahan tercemar akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan
berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Hal ini boleh
menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit barah,asma dan sebagainya. 3Contoh

Hidup Kita, Pencemaran Alam Sekitar.

12

pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, karbon
monoksida, logam toksik seperti plumbum, tembaga dan sisa radioaktif.4
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke
udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung
berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan
pemanasan bumi.Selain itu pencemaran udara juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan,
keselamatan dan keselesaan manusia.
Antara kesan utama pencemaran udara terhadap kesihatan manusia adalah sistem
pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen
dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan
seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menyebabkan inflamasi paru-paru dan
ketidakupayaan untuk bergerak.Selain itu, habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain
juga boleh menghalang penglihatan mata manusia. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(World Health Organization) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun
disebabkan oleh pencemaran udara. Jumlah ini merupakan tiga kali lebih tinggi daripada
jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.
Selain itu, kesan pencemaran udara terhadap tumbuhan adalah mengalami kerosakan
nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara
mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses
penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan
juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat
pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai
penyakit dan basil keluarannya akan terancam. Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian
daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya
menganggu kehidupan seharian serta keseimbangan ekosistem.

Disamping itu, Haiwan dan hidupan liar akan terancam atau mati akibat daripada
pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara tidak bersih yang dihidu dan sekaligus
merosakkan sistem pernafasan haiwan-haiwan tersebut. Selain itu, makanan haiwan-haiwan

Ong Fong Shin,generasiku-/2010/08/3-1

13

yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan juga akan tercemar disebabkan oleh pencemaran


udara.
Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia juga memberikan kesan yang
cukup buruk terhadap kesihatan manusia dan hidupan-hidupan lain. Pembuangan sampahsarap, sisa toksik dan nuklear akan menjadikan kawasan tanah beracun dan tidak sesuai untuk
didiami oleh manusia dan haiwan. Contohnya, letupan loji nuklear yang berlaku di
Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai sehingga ke Sweden, kerana 23 orang telah
dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitar
tersebut telah dipindahkan ke tempat lain.
Pencemaran air berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan,
warna dan kualiti air yang akan memberi impak negatif kepada para pengguna apabila
menggunakan air tersebut.5 Pencemaran berlaku dari segi biologi, kimia, dan fizikal.
Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai, malah pencemaran ini juga boleh berlaku di
laut,pantai, tasik kolam dan sebagainya sama ada secara sengaja ataupun tidak. Punca utama
yang mengakibatkan pencemaran ini adalah daripada bahan-bahan pencemar dari kilangkilang yang berdekatan. Keadaan atau tahap pencemaran sumber air boleh dinilai berdasarkan
beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan
oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan suhu. Secara saintifik, pencemaran
air boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu pencemaran fizikal, kimia, fisiologi dan
biologi. Pencemaran fizikal ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan kekeruhan sumber
air tersebut. Punca yang menyebabkan pencemaran jenis ini ialah pembuangan sampah.
Manakala pencemaran kimia disebabkan oleh zat organik termasuk protein, karbohidrat,
lemak dan bahan buangan industri yang mengandungi garam beracun serta tumpahan minyak
di laut.
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini akan menimbulkan pelbagai masalah
kepada hidupan.Bahan-bahan yang dibunag ke dalam sungai akan menyebabkan hidupan
akuatik mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar. Manusia
juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan dari kawasan air
yang tercemar. Selain itu, manusia juga akan mendapat penyakit jika terminum air yang
mengandungi bahan-yang bahan tercemar seperti lumpur, pasir, batu halus, bahan buangan
industri,logam berat, racun rumpai,bakteria,virus dan haloform.

Tan Chong Poh,Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar.

14

Disamping itu, pencemaran air juga merupakan punca utama berlakunya banjir pada
masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku adalah disebabkan oleh parit air yang tersumbat
disebabkan oleh pembuangan sampah sarap sehingga menghalang aliran air untuk disalurkan
ke laut. Selain daripada itu,pencemaran air juga menjejaskan keindahan alam. Pantai-pantai
yang dipenuhi dengan sampah-sarap dan air yang kotor akan merosakkan pemandangan serta
tidak indah untuk dipandang. Seperti yang kita tahu,sesetengah kilang akan memperuntukkan
kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Sungguhpun begitu, apabila berlakunya hujan
lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dari kawasan tersebut dan akan
menyebabkan dua masalah iaitu yang pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan,
maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran seperti parit dan sungai. Masalah kedua
pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah, hal ini akan
menyebabkan sistem air bawah tanah menjadi tercemar.
Kesan ekonomi akibat pencemaran air seperti tumpahan minyak boleh dibahagikan
kepada dua iaitu kesan positif dan negatif. Contoh kesan negatif yang akan berlaku ialah
kemusnahan hidupan laut seperti ikan, kerang, sotong, ketam dan udang sehingga
menjejaskan pendapatan para nelayan yang bergantung hidup dengan aktiviti penangkapan
ikan.
Dari segi pelancongan pula,kawasan pelancongan seperti Pulau Langkawi merupakan
salah satu aset terpenting dan utama yang menyumbang kepada ekonomi Negara.Oleh yang
demikian, sekiranya pencemaran air berlaku, hal ini boleh menjejaskan jumlah pelancong
yang datang ke Negara ini dan secara tidak langsung, sektor perhotelan, pengangkutan,
agensi perlancongan dan sebagainya akan terjejas dan boleh menyebabkan kerugian dalam
sektor ekonomi.
Kesimpulanya pelbagai langkah yang berkesan haruslah di ambil untuk mengatasi
masalah-masalah pencemaran daripada berleluasa agar generasi yang akan datang dapat
menikmati persekitaran yang baik dan bebas daripada pelbagai pencemaran.

2. Negara mementingkan kemajuan dan pembangunan fizikal untuk kesejahteraan rakyat


tetapi menjejaskan alam sekitar.

Isu kedua yang akan diulas ialah mengenai negara-negara maju yang telah
merosakkan alam sekitar untuk mencapai kemajuan negara. Alam sekitar merupakan
anugerah Allah bagi memudahkan manusia hidup sebagai Khalifah-Nya.

15

Firman Allah SWT bermaksud: Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah
kepadamu (Kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu
daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti Allah telah
berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu membuat kerosakan di (muka) bumi.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membuat kerosakan. ( Surah al-Qasas, ayat
77)6
Populasi manusia yang kian meningkat pada penghujung kurun ini telah membawa
kepada peningkatan pelbagai masalah alam sekitar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti
perindustrian dan pembalakan telah mengancam alam sekitar. Masalah ini semakin serius dan
telah diiktiraf sebagai masalah sedunia dan telah dibincangkan di Sidang Puncak Bumi Rio
De Janeiro pada 1992.7
Berikut merupakan ranking dunia ESI8( Indeks Prestasi Alam Sekitar) pada tahun
2005:
ESI RANK

COUNTRY

ESI SCORE

NAME

OECD

NON-OECD

RANK

RANK

FINLAND

75.1

NORWAY

73.4

URUGUAY

71.8

38

MALAYSIA

54.0

23

Kajian EPI tersebut dilakukan oleh kumpulan penyelidik Universiti Yale dan
Universiti Colombia, Amerika Syarikat, dengan kerjasama Suruhanjaya Eropah dan Forum
Ekonomi Dunia bagi menilai pelestarian sesebuah negara melalui dua objektif utama, iaitu
kesejahteraan alam sekitar dan kesan pencemaran terhadap kesejahteraan hidup manusia.9
Dalam mengukur EPI sesebuah negara, antara aspek yang dinilai adalah perubahan
iklim, pertanian, perikanan, perhutanan, pencemaran air dan pencemaran udara yang
memberikan kesan kepada manusia dan hidupan yang lain.
EPI turut memberikan kesedaran kepada perancang dan pembuat dasar negara di
dunia berkaitan dengan pentingnya menetapkan sasaran dan menyediakan data yang telus
bagi mengukur kelestarian berasaskan 25 penunjuk prestasi alam sekitar. Menerusi EPI,

SMahadzir,Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.


(A.Halim,2000)
8
Yale University, 2005 Environmental Sustainability Index.
9
Dewan Masyarakat Mac (2012)
7

16

rakyat dapat mengetahui dengan jelas sejauh mana pencapaian alam sekitar negara dalam
konteks pembangunan yang lestari.

17

3. Kemerosotan kualiti air dan udara akibat kemajuan dan pembangunan akan
menyebabkan masalah kepada umat manusia.

Salah satu isu alam sekitar yang menjadi kerisauan para cendekiawan dan pencinta
alam sekitar ialah mengenai kemerosatan kualiti air dan udara akibat pelepasan sisa toksik,
asap beracun, sisa pepejal, penebangan hutan dan tumpahan minyak akan menyebabkan
masalah kepada umat manusia. Seperti yang telah diketahui semua mengenai fakta sains
bahawa bumi ini diliputi oleh 70 peratus air dan 30 peratus daratan10. Namun begitu, daripada
70 peratus air itu hanya 3 peratus sahaja air bersih yang diyakini boleh diminum oleh
manusia. Selain itu, udara juga amat penting dalam proses pernafasan seluruh makhluk di
muka bumi dan juga proses fotosintesis oleh tumbuh-tumbuhan. Terdapat 78 peratus
daripadanya gas nitrogen, 0.03 peratus gas karbon dioksida, 21 peratus oksigen. Sekiranya,
21 peratus oksigen yang digunakan oleh manusia untuk bernafas pun menjadi semakin
berkurang dan bertukar kepada racun yang boleh menyebabkan terjejasnya kesihatan maka,
hal ini menunjukkan bahawa manusia ini tidak tahu cara untuk menjaga alam sekitar yang
telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Apakah ini sifat sebenar kita?
Sumber air merujuk kepada 3 peratus air yang bersih di bumi. Air yang bersih ini
bersumberkan sungai, tasik, salji, kolam, air bawah tanah, hujan dan sebagainya. 97 peratus
air yang meliputi bumi merupakan air yang tidak selamat digunakan oleh makhluk bumi.
Kualiti air boleh diukur melalui kandungan permintaan oksigen biologikal (BOD),
kandungan bakteria

escherichia coli (E.Coli),

kandungan

ammoniakal nitrogen,

kandungan pepejal terampai(SS), nilai keasidan (pH) & perubahan warna dan bau yang ada
dalam sesuatu sumber air tersebut.11 Antara contoh- contoh sungai dan tasik yang telah
dicemari ialah Sungai Gombak12, Sungai Klang13 dan Tasik Chini14. Punca-punca
kemerosotan kualiti air ialah pembangunan tanah, pembangunan pertanian, pembangunan
perindustrian, peternakan, pelancongan, pengangkutan, pembangunan sumber tenaga, dan
perlombongan. Kualiti air sungai di Malaysia telah dikelaskan dan diambil tindakan mengikut
jenis kualitinya oleh Jabatan Alam Sekitar, Malaysia.

10

http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=601
http://www.scribd.com/doc/46144603/Kemerosotan-Kualiti-Sumber-Air
12
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_0
1.hm
13
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/01/kepesatan-pembangunan-punca-sgklang-tercemar/
14
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/OrangAsliTasikChinirayuatasipencemaran/Article/
11

18

Jadual 1: Pengklasifikasian kualiti air sungai di Malaysia berasaskan jenis


penggunaan (UM-JAS, 2000)
Kelas

Penggunaan

Kualiti air semulajadi yang baik


Bekalan Air I tiada rawatan yang diperlukan, kecuali dengan proses
pembasmian
kuman
Perikanan I kehidupan air yang sensitif
Bekalan Air II rawatan ringan diperlukan

IIA

Perikanan II - kehidupan air yang sensitif


IIB

Penggunaan rekreasi dengan penyentuhan badan

III

Bekalan Air III Rawatan sepenuhnya patut dilakukan

IV

Pengairan

Tidak sesuai untuk aktiviti yang disebutkan di atas

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim
zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.
Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia,
tumbuhan dan haiwan. Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui
pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Menurut
Wark dan Warner (1901) pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan
pencemar atau gabungannya di dalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka
waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia, haiwan atau menganggu
suasana kehidupan. Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan
bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera15.

Jadual 2 : Indeks Pencemaran Udara16


IPU

Status IPU

0 50

Baik

51 100

Sederhana

15
16

http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara.html

http://www.statistics.gov.my/portal/download_Economics/files/DATA_SERIES/2011/pdf/19Alam_Sekitar.pdf

19

101 200

Tidak sihat

201 300

Sangat tidak sihat

301 500

Berbahaya

Melebihi 500

Kecemasan

Antara bahan-bahan kimia yang memberi kesan kepada kesihatan ialah karbon
dioksida. Pendedahan karbon dioksida pada paras tinggi boleh menyebabkan kematian dalam
masa yang singkat. Tambahan pula, karbon dioksida juga boleh menyebabkan kesan yang
toksik kepada manusia. Selain itu, sulfur dioksida juga menyebabkan kesan yang buruk
terhadap kesihatan. Sulfur dioksida oleh menyebabkan kesan di bahagian salur pernafasan
terutama kepada mereka yang terdedah

kepada sulfur dioksida dengan kepekatan tinggi.

Selain itu, sulfur dioksida boleh menyebabkan kerosakan pada mata dan berkemungkinan
menyebabkan kecacatan kepada kandungan ibu. Kesan bahan kimia nitrogen dioksida (NO2)
ke atas kesihatan ialah mengakibatkan penyakit pada bahagian dan sistem pernafasan,
menyebabkan kesan kerosakan kepada paru-paru dan sesak nafas. Kesan-kesan sampingan
seperti menggalakkan tindakan fotokimia yang menyebabkan pengeluaran elektron dan
mengurangkan keupayaan ozone yang mengurangkan sinaran ultraviolet dari sinaran cahaya
matahari dan mengakibatkan kesan kepada kulit.Manakala, kesan methane (CH4) ke atas
kesihatan manusia ialah boleh menyebabkan kanser jika terdedah pada jangkamasa yang
lama. Selain itu, kesan reaktif hidrokarbon terhadap kesihatan ialah merupakan bahan
karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser dan mengakibatkan kerosakan pada bahagian
otak dan ketumbuhan pada pundi-pundi kencing. Akhir sekali, kesan plumbum terhadap
kesihatan ialah mempengaruhi sistem saraf pusat, menimbulkan tanda-tanda kronik
keracunan termasuklah sakit kepala, kehilangan selera makan, anaemia, kelesuan serta
imsomnia. Keracunan yang akut boleh menyebabkan koma dan akhirnya boleh membawa
maut17.

17

Suzaimi bin Mazlan, kesan pencemaran udara terhadap kesihatan awam.

20

4. Kemerosotan identiti budaya dan akhlak penyumbang kepada masalah kelestarian


global.

Penggiat multibudaya melihat Malaysia sebagai Negara yang perlu diberi perhatian.
Sebagai sebuah negara yang multietnik, Malaysia muncul sebagai contoh yang baik
dalam menggalak perubahan struktur kepada pelbagai aspek kehidupan dari pendidikan
ke bidang ekonomi sehingga ke integrasi sosial. Dasar Malaysia yang multibudaya
ini mengiktiraf dan membenar rakyatnya yang berbilang kaum untuk menyambut
perayaan dan mengekal budaya serta identiti masing-masing dan ini merupakan
salah satu cara untuk menggalak perpaduan sosial. Oleh itu, adakah terdapat hubungan
yang kuat antara kekuatan budaya sesebuah bangsa dengan pngharmonian kelestarian
alam sekitar?
Hal ini kerana, seluruh dunia dapat melihat akan budaya warganegara Finland18 dalam
menjaga alam sekitar. Mereka sentiasa berbudaya memenuhi tanah yang mereka miliki
dengan tumbuh-tumbuhan dan sekali gus menarik minat fauna untuk memakmurkan
floranya. Tambahan pula, warganegara Finland juga menjaga dengan penuh perhatian
akan penggunaan sumber mentah alam. Mereka berjimat dalam menggunakan elektrik
dan air. Hal ini, agar kerajaan Finland tidak perlu menggunakan sumber alam sekitar
secara berlebihan dalam menjana tenaga elektrik.
Dengan mengambil contoh daripada rakyat negara Finland, di sini dapat kita kaitkan
bahawa identiti budaya dan akhlak amat berkait rapat dengan alam sekitar. Sekiranya
identiti budaya dan akhlak rakyat di sesebuah negara merosot, maka musnahlah alam
sekitar seumpama dilanda tsunami. Isu ini disokong oleh Club of Rome, 1989. Nilai
dalam menghargai alam sekitar mesti dihayati oleh setiap satu rakyatnya.
Seseorang yang memiliki kemahiran tinggi dalam teknologi alam sekitar tidak
menjamin seseorang itu memiliki rasa cinta terhadap alam sekitar. Pendidikan yang
digunapakai dalam negara Malaysia lebih ke arah pelajar yang belajar kerana helaian
peperiksaan. Akhlak dalam diri perlu dipelajari dan bukannya diwarisi. Akhlak murni
dalam mencintai alam mesti dipupuk sejak kecil oleh ibu bapa. Kemudian, diperkemas
dan ditambah ilmu saintifik alam oleh para guru di sekolah.
Proses pendidikan yang akan diterapkan dalam jiwa pelajar dapat mempengaruhi
akhlak hidup pelajar terhadap alam sekitar. Hal ini, sejajar dengan fungsi pendidikan

18

http://finland.fi/Public/default.aspx?contentid=160041&nodeid=41799&culture=en-US

21

sebagai sumber pembelajaran akhlak yang memainkan peranan penting dalam


membentuk akhlak hidup masyarakat.19
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pihak Universiti Sains Malaysia, banjir
kilat yang berlaku di Georgetown, Pulau Pinang pada Mei 2011 20, adalah disebabkan
tekanan paip air di Universiti Sains Malaysia dan pembuangan sampah sarap yang
dilakukan oleh pihak masyarakat. Pembuangan sampah sebagai punca banjir ini disokong
oleh pihak JPS, MPPP dan juga orang ramai. Sampah sarap tidak diuruskan secara baik
dan sikap masyarakat yang tidak mengambil tahu akan pembuangan sampah secara betul.
Setelah berlakunya banjir kilat, sudah terantuk baru terngadah. Inilah sikap masyarakat
Malaysia yang perlu diubah agar pada masa hadapan budaya akan mencintai alam sekitar
sedikit demi sedikit dipupuk dalam jiwa masyarakat. Daripada unjuran pembuangan sisa
pepejal domestik dan perniagaan di Pulau Pinang jelas menunjukkan tahap pembuangan sampah
sarap yang agak tinggi dan meningkat pada setiap tahun. Di dalam Laporan Rancangan Struktur
1990-2010 ada dinyatakan tentang unjuran ini dan secara ringkasnya didapati bahawa unjuran
pembuangan sisa pepejal dan perniagaan bagi tahun 1987 adalah sebanyak 370 tan / hari, tahun
1996 adalah sebanyak 570 tan / hari dan dijangka pada tahun 2010 ianya semakin meningkat iaitu
sebanyak 870 tan /hari. Di bawah adalah jadual yang menunjukkan unjuran pembuangan sisa
pepejal domestik dan perniagaan.

Jadual 3: Unjuran Pembuangan Sisa Pepejal Domestik dan Perniagaan21


Pembuangan

Pembuangan

sampah (kg /

sampah (tan

hari)

/ tahun)

550,353

401,757

146,641

0.88

595,270

523,837

191,200

2005

1.03

645,004

664,354

242,489

2010

1.18

701,195

827,410

302,004

Kg

Jumlah /

/penduduk/hari

penduduk

1995

0.73

2000

Tahun

19
20
21

Ratna Roshida et al., 2006


http://sedakasejahtera.blogspot.com/2011/05/banjir-kilat-terburuk-di-pulau-pinang.html
http://www.hbp.usm.my/banjir/punca_sampah.htm

22

PERBINCANGAN
1. Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan kesan yang negatif kepada kesihatan
manusia dan ekonomi negara
Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan kesan yang negatif kepada kesihatan
manusia dan ekonomi Negara.Jika masyarakat mengabaikan paranan masing-masing dalam
menjaga dan memulihara alam sekitar,kesan yang akan berlaku ialah penipisan lapisan ozon.
Pencemaran

udara

akan

menyebabkan

berlakunya

pemanasan

global

dan

akan

mengakibatkan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari
semakin tipis. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser
kulit. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang
terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba
di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.
Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku
secara kerap disebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi dan juga
berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
Malah, Hujan asid juga akan berlaku hasil penggabungan gas sulfur dioksida dan
nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid
ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan
turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya,
ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh
menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap
ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur.
Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan
ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.22
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan atau bencana semula jadi yang berlaku
kepada sesuatu kawasan sehingga kawasan tersebut telah bertukar warna , tidak subur atau
berlakunya hakisan. Ia boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu dalam bentuk cecair atau
pepejal.23 Kebanyakan bahan pencemar ini terdiri daripada bahan organik atau kimia. Tahap
pecemaran adalah serius apabila kawasan tanah telah bertukar warna , tidak subur serta
tumbuh-tumbuhan dikawasan tersebut menjadi layu. Kebanyakkan tanah yang tercemar
22

wikipedia.org/Pencemaran_udara

23

Tan Chong Poh,Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar.

23

adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri.

Sebagai contoh ialah

perlombongan, penebangan hutan, pembuangan sampah-sarap dan sebagainya. Sampah-sarap


yang dibuang di kawasan-kawasan lapang akan menjadi tempat pembiakan kuman penyakit.
Tikus,

lipas,

lalat

dan

haiwan-haiwan

perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke
tempat-tempat lain. Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika dimakan oleh
manusia akan menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang
serius yang boleh membawa kepada kematiaan atau munculnya penyakit baru yang
merbahaya seperti H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit.
Satu lagi kesan pencemaran tanah adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu
fenomena yang sering berlaku di seluruh dunia. Ia bukan sahaja merugikan dari sudut
kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya
tanah runtuh dan gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sering diancam hakisan
tanah. Contohnya negara Jepun yang sering berlaku gempa bumi dan mengakibatkan ramai
manusia kehilangan harta benda. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan
hakisan tanah adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit. Selain itu, pembinaan
rumah-rumah di tengah bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh apabila berlakunya hujan
kilat.
Kita dapat melihat peranan seorang muslim terhadap alam sekitar melalui akidah
Islam dengan menggunakan prinsip Tauhid, iaitu meyakini tentang keesaan Allah. Prinsip
Tauhid menegaskan bahawa Tuhan tidak mempunyai sekutu-sekutu pada zat dan sifatnya,
bahkan tidak ada sesuatupun yang menyamai perbuatannya. Sesungguhnya, keseluruhan
ajaran Islam adalah ditegakkan di atas prinsip Tauhid ini. Menurut prinsip Tauhid, Allah
bukan sahaja menciptakan seluruh alam semesta tetapi turut mengaturkan perjalanannya serta
memusnahkannya apabila sampai masa yang dijanjikan.
Oleh sebab itu, seluruh yang wujud di dalam alam semesta ini adalah kepunyaan
Allah secara mutlak. Prinsip Tauhid juga menekankan kepercayaan terhadap sifat-sifat Allah
yang Maha sempurna serta nama-namanya yang Maha Terpuji. Seluruh yang berlaku di
dalam alam semesta ini tidak terlepas daripada pengawasan Allah yang memiliki segala sifat
kesempurnaan. Penganut-penganut Islam telah ditanam dengan keyakinan bahawa Allah
maha berkuasa untuk memberi pembalasan baik dan pembalasan buruk terhadap seluruh
perlakuan makhluk khususnya manusia di atas muka bumi ini. Menyedari hakikat tersebut,
manusia perlu berhati-hati di dalam melakukan tindakan semasa menjalani kehidupan di

24

dunia, kerana semua perbuatan diketahui oleh Allah serta dibalas dengan balasan yang
setimpal.
Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira
bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau,
udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana
terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti
pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam
sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang
tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan
kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media
massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari
ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua
pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu
pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana
televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau
individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu
perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula
adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak
berkuasa perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan
internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding
media-media lain.
Selain itu, kempen juga memainkan peranan. Antara kempen-kempen yang boleh
dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan
sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya
menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa
pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula
pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar
semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan
pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti
penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh
dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi

25

dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa
pentingnya hidupan hijau di bumi ini.
Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar ialah melalui organisasi
seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan
alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah. Pada peringkat
menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi
melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah
bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting
supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar
melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu
dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat
disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara
alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu,
sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar.
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut
pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran
tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini
dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak
kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan
penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa
mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.

26

2. Negara mementingkan kemajuan dan pembangunan fizikal untuk kesejahteraan rakyat


tetapi menjejaskan alam sekitar.

Aktiviti-aktiviti manusia kini yang hidup dengan kemajuan sains dan teknologi serta
mementingkan pembangunan ekonomi merupakan punca pencemaran yang utama.Populasi24
manusia yang semakin bertambah berlipat kali ganda telah menjadikan tekanan kepada setiap
sistem dan pada masa yang sama melemahkan produktiviti melalui pencemaran dan
eksploitasi yang berlebihan.
Seperti yang kita ketahui, hutan berfungsi sebagai pembekal oksigen, kawasan
tadahan, menyederhanakan suhu, sumber ekonomi, sumber makanan dan tempat
perlindungan habitat flora dan fauna. Pembangunan bandar hanya melihat hutan dari segi
ekonomi untuk tuntutan pembangunan fizikal.Berdasarkan fungsi inilah warisan hutan perlu
dikekalkan, sebagai contoh terdahulu, negara perindustrian barat telah mengencam hebat
tindakan negara Asia dan negara yang sedang membangun kerana menjalankan kegiatan
pembalakan secara besar-besaran.
Contoh yang boleh dilihat ialah seperti pembukaan bandar baru seperti Bandar
Muadzam Shah dan bandar-bandar baru lain yang menyebabkan berlakunya kemusnahan
hutan apabila proses pembersihan hutan dan pemotongan bukit dijalankan.Hal ini boleh
menyebabkan berlakunya hakisan tanah

kerana air larian permukaan bumi tidak dapat

dihalang dan sejumlah besar tanah berstruktur lemah.Penambahan keladak akan mencetekkan
dasar sungai dan aliran akan tersekat serta menyebabkan kejadian banjir kilat terutamanya di
kawasan

rendah

seperti

Lembah

Kelang.Sejak

tahun

1992,kerajaan

persekutuan

membelanjakan RM 760 ribu untuk mendalamkan Sungai Kelang sepanjang 43


kilometer.Malah,pembinaan lebuhraya turut memusnahkan habitan hidupan liar yang
terancam dan dilindungi seperti Tapir dan Gajah.Fenomena ini jelas apabila terdapat kes-kes
haiwan ini dijumpai mati akibat dilanggar oleh kenderaan ketika melintasi lebuhraya.
Disamping itu, sumber air sedia ada dari sungai atau tasik turut tercemar apabila
bahan buangan industri,domestik dan pertanian tidak diolah dengan baik dan dialirkan terus
ke sungai dan pantai.Begitu juga halnya dengan kawasan perairan negara yang
tercemar.Aktiviti perdagangan yang pesat di bandar-bandar Pantai Barat Semenanjung
Malaysia menyebabkan Selat Melaka menjadi satu-satunya jalan air yang paling tercemar di
dunia. Pencemaran ini datangnya dari aktiviti cari gali minyak, pembuangan sisa minyak dan
24

Nebel and Wright (2007)

27

tumpahan minyak dari perlangggaran kapal-kapal dagang yang melaluinya. Dalam akhbar
melaporkan,perlanggaran kapal tangki minyak milik filipina (Diego Silang) telah
menumpahkan 6000 tan minyak di perairan Batu Pahat Johor dan sebahagia tumpahan itu
telah memasuki Sungai Muar dan terperangkap di kawasan paya bakau yang tentunya
menjejaskan ekologi perairan pantai25.
Kemajuan yang dibawa oleh pembangunan bandar turut meningkatkan pembaziran
air.Misalnya, pembinaan taman rekreasi yang bertaraf mewah seperti pembinaan padang golf
yang akan menggunakan air sebanyak 1 juta liter sehari hanya untuk menyiram pokokpokok.Air tersebut akan mengalir terus ke saliran utama seperti sungai yang membawa
kandungan kimia beracun daripada penggunaan baja kimia dan racun serangga.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemajuan Malaysia dari segi pembangunan dapat
dicapai dengan menjejaskan alam sekitar sebagai kosnya.Dalam Rancangan Malaysia
Ketujuh, kerajaan memperakui perubahan negatif terhadap alam sekitar akibat proses
pembangunan negara yang terlalu cepat.
Di kawasan-kawasan luar bandar, pembalakan yang meluas menyebabkan penurunan
gred ekosistem hutan, sedimensi (penimbunan) sungai secara besar-besaran,kerosakan pada
tanah dan sumber-sumber sistem kehidupan sebagai masyarakat yang mengganggu
kehidupan jutaan rakyat. Tanah paya diseluruh negara dimusnahkan melalui penebusgunaan,
pembangunan pembandaran, projek akuakultur dan pembangunan pelancongan.
Masyarakat suku kaum menerima kesan daripada pembasmian hutan yang
mengancam

persekitaran

hutan

dan

ekosistemnya.

Kegiatan

pembangunan

yang

meningkatkan mengancam mata pencarian dan kesejahteraan budaya dan rohaniah penduduk
peribumi. Misalnya, bagi Orang Asli,alam sekitar semula jadi bukan sahajatapak
sumber,tetapi

juga

amat

berkait

rapat

dengan

jati

diri

dan

budaya

mereka.

Pembalakan,pembinaan empangan dan penukaran tanah untuk perladangan menceroboh


tanah masyarakat suku kaum dan memberi kesan buruk terhadap kehidupan mereka.Punca
pendapatan asas mereka seperti penanaman, menangkap ikan, hasil hutan dan sebagainya
akan terganggu.
Di pusat-pusat bandar,masalah kesesakan lalu lintas menjadi semakin teruk, paras
pencemaran udara yang tidak sihat ,peningkatan asid dalam hujan dan kawasan hijau dan
tapak rekreasi diganti dengan bangunan pencakar langit merupakan masalah biasa.
Pengeluaran asap motor menyebabkan pencemaran udara terutamanya di kawasan-kawasan

25

The News Straits Times (1972)

28

pembandaran.26 Bahan-bahan tersebut menyumbang 81% daripada pengeluaran asap dan


bahan habuk lain.
Udara segar yang dihasilkan secara semulajadi oleh prose fotosintesis tumbuhan
penting untuk pernafasan yang menjamin kelangsungan hidup.Bahan-bahan pencemaran
seperti karbon monoksida, plumbum, sulfur dioksida yang banyak terdapat dalam udara
akibat aktiviti seperti pengangkutan,asap industri,pelupusan sisa domestik dan stesen
janakuasa.
Pembangunan bandar yang pesat menampung sejumlah besar penduduk yang
mengamalkan cara hidup moden dan perkhidmatan bandar seperti kereta dan peralatan
rumah (peti sejuk, penyaman udara, dan sebagainya).Kesemua ini akan menyumbang kepada
peningkatan bahan tercemar di udara seperti plumbum dan CFC (cloroflorocarbon) yang
secara langsung membantu proses penipisan lapisan ozon. Kesan seterusnya menyebabkan
peningkatan pelbagai penyakit barah kerana pancaran sinar ultra unggu yang tidak dapat di
biaskan oleh lapisan ozon.
Menurut kajian, suhu bagi kawasan bandar kini tidak berada di tahap normal akibat
kandungan pelbagai jenis karbon di udara. Keadaan ini menyebabkan kejadian jerebu sering
berlaku terutamanya di kawasan bandar. Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan
oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan
terapung-apung di udara27.Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun
kesan sampingan daripada aktiviti manusia.Apabila partikel- partikel ini wujud dalam
kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran matahari ke bumi.
Antara kesan jerebu terhadap masyarakat ialah kulit badan akan terasa gatal,sakit dada, mata
terasa pedih dan berair,kesukaran untuk bernafas dan sesak dada,gatal-gatal di bahagian
kerongkong serta batuk.
Pada tahun 1977 jerebu paling teruk melanda dengan IPU (Indeks Pencemaran Udara)
oleh Malaysia dengan paras bacaan melebihi had bahaya iaitu 500ppm sebagaimana yang
ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Darurat terpaksa diisytiharkan di
Kuching Sarawak dengan menutup beberapa sekolah dan orang ramai terpaksa mematuhi
perintah berkurung

kerana jarak penglihatan kurang 100 meter dan masalah kesihatan.

Sektor ekonomi turut terjejas dengan penutupan kedai,penurunan sektor pelancongan dan
penagguhan penerbangan.

26
27

Jabatan Alam Sekitar (1977)


Kementerian kesihatan Malaysia

29

Inilah antara kesan daripada perancangan bandar yang menepikan soal alam sekitar
dan mutu hidup. Akibatnya, penduduk bandar di Malaysia terdedah pada tahap tekanan yang
semakin meningkat,masalah kesihatan dan kemerosotan hidup.
Kesimpulannya,

tidak

salah

untuk

melaksanakan

proses

pembangunan.Bagaimanapun, ia perlu dilakukan dalam bentuk terkawal agar agenda


pembangunan yang dijalankan lebih banyak memberi manfaat dan bukannya keburukan
kepada manusia dan alam sekitarnya.

30

2. . Kemerosotan kualiti air dan udara akibat kemajuan dan pembangunan akan
menyebabkan masalah kepada umat manusia.

Isu ini telah dianalisis dan dihuraikan dalam bahagian analisis. Bagi bahagian
perbincangan akan dinukilkan tentang cara mengatasi kemerosotan kualiti air dan udara
akibat kemajuan dan pembangunan dari segi peranan kita sebagai seseorang yang memegang
jati diri Islam.
Kita yang berperanan sebagai khalifah di atas muka bumi perlu menjaga alam sekitar
yang dianugerahkan. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah mendisiplinkan diri kita dan
keluarga supaya menjaga alam sekitar dengan tertib dan melakukan usaha memurnikan alam.
Kita dan keluarga boleh menanam tumbuh-tumbuhan di sekeliling rumah atau menjaga
persekitaran kawasan perumahan kita. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan kitar semula
dengan sampah yang telah dihasilkan. Sampah-sampah itu, kita boleh asingkan mengikut
jenis dan mengitarnya. Sebagai contoh, sampah diasingkan kepada empat kategori, iaitu kaca,
plastik, kertas dan sisa makanan. Bagi kaca, plastik dan kertas kita boleh menghantarkan ke
pusat kitar semula ataupun mengitarnya dengan menghasilkan kraf tangan daripadanya. Bagi
sisa makanan pula, kita boleh melakukan proses penguraian sisa makanan sendiri dengan
mencampurkan sisa makanan dengan tanah organik di dalam bekas yang bertutup
sehinggalah tanah tersebut tidak berbau busuk, berwarna hitam dan hancur28.
Selain itu, kita juga berperanan untuk menjaga sungai, tasik, laut dan sebagainya
ketika pergi bercuti dan berkelah. Pantai Cahaya Bulan, Terengganu, yang menjadi destinasi
tempat pelancongan telah dicemari dengan sampah sarap oleh orang awam. Kita perlulah
membuang sampah setelah berkelah agar kelestarian alam dapat dijaga. Begitu juga halnya,
dengan Sungai Klang dan Georgetown, sekiranya masyarakat berasa sayang akan alam
sekitar, mereka tidak akan membuang sampah sesuka hati sehingga menyebabkan Sungai
Klang tercemar beberapa kali dan banjir kilat di Georgetown yang disebabkan longkang
tersumbat oleh sampah sarap.
Lantaran itu, pihak kerajaan juga perlu mengawal pembangunan dan kemajuan yang
dikecapi agar tidak menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Mujurlah, pihak kerajaan mula
sedar akan hal ini dan telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusi sendiri
oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri29. Selain itu, pelbagai penubuhan dan
28

http://www.oocities.org/asia/abrahim55031/m1.htm
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/390-teknologi-hijau/4185-teknologihijau.html
29

31

jawatankuasa yang telah dilakukan oleh kerajaan seperti penubuhan Jawatankuasa Kabinet
Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri,
Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan usaha
dan program Teknologi Hijau yang efektif, pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme
perundangan untuk mempercepat pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan
matlamatnya dan penyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui
peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar telah berperanan penguatkuasaan undang-undang

Akta Kualiti Alam


30

Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan yang menyekat punca tetap . Sisa kumbahan yang
diterima oleh loji kumbahan perlu dirawat dan melalui prosedur yang ditetapkan dalam Akta
Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Setelah air itu dirawat, barulah air itu dilepaskan ke laut atau
sungai. Tambahan pula, pegawai Jabatan Alam Sekitar perlu membuat rondaan terhadap
industri-industri. Bagi pihak pengusaha kilang pula, perlulah mendapat nasihat daripada JAS
berkenaan pengurusan sisa kilang dan proses-proses kilang agar tidak mencemari kualiti air
dan udara.
Pencemaran air yang dikawal selia oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) perlu
memperkemaskan sistem pengaliran longkang dengan meminta premis makan dan kawasan
perumahan untuk memasang Sistem Penapis Sisa Makanan untuk menghalang sisa minyak,
makanan dan gris disalurkan terus ke sungai. Selain itu, Program Pencegahan Pencemaran
dan Peningkatan Kualiti Air Sungai juga merupakan satu program yang bagus untuk masa
depan kualiti air di Malaysia. Program ini mengetatkan undang-undang dan mengenakan
tindakan yang tegas kepada pihak-pihak yang merosakkan kualiti sungai. Kesalahan, boleh
dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda
tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun
atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00
boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang
menghendakinya menghentikan perbuatan tersebut disampaikan kepadanya.31

30
31

http://perlukekesah.blogspot.com/2010/08/langkah-lanngkah-mengatasi-oleh-pihak.html
http://perlukekesah.blogspot.com/2010/08/langkah-lanngkah-mengatasi-oleh-pihak.html

32

3. Kemerosotan identiti budaya dan akhlak penyumbang kepada masalah kelestarian


global

Penghuraian masalah kemerosotan identiti budaya dan nilai-nilai perlu ditangani


dengan segera agar masalah kelestarian global dapat dihakis. Identiti budaya dan nilai-nilai
perlu diterapkan sejak kecil dan penyumbang utama kepada penerapan ini adalah ibu bapa.
Hal ini kerana, ibu bapa merupakan orang pertama yang dikenali oleh seseorang individu
selepas lahir sahaja ke dunia. Setelah ibu bapa, barulah tugas ini digalas oleh guru, media
massa, kerajaan dan pengaruh rakan sebaya.
Bagi menjadi ibu bapa yang benar-benar efektif dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa
itu sendiri perlulah mengikut garis panduan yang telah disyariatkan oleh agama Islam dalam
pendidikan anak-anak. Pendidikan anak-anak meliputi pelbagai aspek namun disini aspek
yang difokuskan ialah aspek cinta akan alam sekitar. Ibu bapa tidak boleh menjadi seperti
ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sekiranya, ibu bapa mahu memupuk rasa cinta
terhadap alam sekitar dalam jiwa kecil anak-anak, sikap ibu bapa itu sendiri perlulah
mempunyai rasa tanggungjawab dan cinta kepada alam sekitar. Sekiranya kita merenung
bersama, pelbagai masalah pencemaran yang sedang berlaku sekarang sudah cukup untuk ibu
bapa kembali berperasaan cinta akan alam sekitar. Bumi cuma satu. Tiada dua atau tiga.
Sekiranya Bumi menjadi tempat yang beracun untuk didiami, di manakah lagi rumah kita?
Dewasa ini, para pendidik kembali menuju ke penyelesaian tradisional dalm
pendidikan alam sekitar. Mereka membuat liputan mengenai tajuk-tajuk alam sekitar dan
menghuraikannya dalam pelbagai sudut pandangan. Selain itu, liputan tajuk-tajuk alam
sekitar boleh menggunakan pelbagai bahan kurikulum dalam pengajaran32. Perubahan
pendekatan bagi topik alam sekitar yang luas dan pelbagai perlu dilakukan bagi mencapai
penglibatan yang lebih mapan terhadap alam sekitar serta mewujudkan sikap yang lebih
bertanggungjawab terhadap alam sekitar33. Pendidikan untuk pembangunan lestari (Education
for Sustainable Development,
ESD) adalah pendidikan yang sepatutnya dapat membina sikap yang positif, pemikiran
kritis serta kemahiran untuk membuat sesuatu keputusan tentang alam sekitar yang

32

Stevenson, 1992

33

Hungerford & Volk, 1990; Stevenson, 1992; Gayford, 1998


33

berkualiti34. Oleh itu, pendidikan secara formal yang telah dilakukan dan menghabiskan
banyak masa dan kewangan sebelum ini cumalah retorik sahaja. Kurikulum pendidikan alam
sekitar
lebih banyak disampaikan secara formal dan saintifik bagi memenuhi sukatan mata
pelajaran berbanding penerapan nilai dan pemupukan tingkah laku pro-alam sekitar35
Menurut, Koger dan Scott (2007), kecelaruan dan ketidaklestarian pembangunan berlaku
disebabkan oleh kekacauan jiwa manusia. Namun, aspek pembinaan spiritual yang positif
mengikut pegangan agama masing-masing masih kurang diberi penekanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Akhlak yang lahirnya dari penghayatan agama merupakan salah satu punca krisis
alam sekitar berlaku36. Mengikut Gardner dan Hitsuzen berpendapat bahawa pembangunan
kelestarian hanya dapat dilakukan sekiranya nilai hidup beragama dihayati oleh seluruh umat
manusia. Menurut tradisi Islam, matlamat utama pendidikan adalah matlamat ketauhidan iaitu
untuk pengenalan Allah yang Maha Esa dan selanjutnya pelaksanaan tuntutan-tuntutan selaku
abd (hamba) dan khalifah yang berusaha untuk memastikan keadilan yang mengiringi watak
ketaqwaan dijelmakan dalam bentuk usaha-usaha keadilan sosial37. Oleh itu, pendidikan yang
berteraskan untuk memenuhi permintaan pasaran pekerjaan dan keuntungan ekonomi serta
keuntungan di dunia semata akan mengabaikan matlamat utama pendidikan untuk melahirkan
insan-insan yang bernilai murni terhadap alam sekitar. Sekiranya berkurang nilai alam sekitar
disemai dalam manusia, maka merosotlah akhlak manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Pihak kerajaan telah menubuhkan pelbagai pertubuhan bagi menjaga alam sekitar di
Malaysia. Tambahan pula, dasar alam sekitar (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan
kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup masyarakat Malaysia
menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari38. Tujuan DASN ialah untuk:
1. Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan
masa hadapan.

34

35

Mercer, 1995; Fien, 1997


Ko & Lee, 2003

36

Hossein Nasr, 1966, 1981, 1996, 1997; Berman, 1981; Berry, 1988; Foltz, 2003

37

Yedullah Kazmi, 1999

38

http://www.doe.gov.my/portal/my/jabatan/dasar-alam-sekitar/

34

2. Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengan
penyertaan berkesan semua sektor masyarakat.
Terdapat lapan dasar alam sekitar iaitu39:
1. Pengawasan alam sekitar
2. Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian kaum
3. Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar
4. Penggunaan mapan sumber-sumber asli
5. Membuat keputusan bersepadu
6. Peranan sektor swasta
7. Komitmen dan kebertanggungjawaban
8. Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa

Pihak universiti telah mula sedar akan hal ini dan mula memupuk rasa cinta akan alam
sekitar dengan melakukan pelbagai program untuk para mahasiswa dan mahasiswi.
Antaranya ialah pertandingan debat alam sekitar tahun 2012 yang telah berlangsung pada 29
Jun sehingga 3 Julai yang telah dimenangi oleh Universiti Tun Hussein Onn40. Selain itu,
Universiti Kuala Lumpur pula memenangi Anugerah Duta Muda Alam Sekitar 2012 yang
diwakili oleh Natassia Jualianna41. Natassia mewakili Malaysia ke Anugerah Duta Muda
Alam Sekitar Bayer peringkat global yang berlangsung di Jerman pada Oktober 2011.
Seterusnya, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan kempen Go Green 1
Unimas dengan pelbagai aktiviti selama tiga hari bermula 3 Ogos 2010 42. Kempen tersebut
bertujuan bagi memupuk budaya cintakan alam sekitar dan teknologi hijau dalam kalangan
warga UNIMAS dan masyarakat setempat.

39

http://www.doe.gov.my/portal/my/jabatan/dasar-alam-sekitar/
http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20120711/wj_03/UTHM-juara-debat-alam-sekitar
41
http://ewarta.mara.gov.my/2011/08/15/pelajar-unikl-duta-muda-alam-sekitar/
42
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sar
awak&pg=wb_03.htm
40

35

CADANGAN DAN KESIMPULAN


1. CADANGAN
Cadangan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar terhadap pembangunan
ekonomi,masyarakat dan negara adalah seperti yang berikut:
Pencemaran Udara
Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama diberi
perhatian serius oleh negara-negara maju. Di Amerika misalnya, satu Akta Udara Bersih
(Clean Air Act) telah diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon
Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara
mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri
pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic
Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara
menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap.
Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan
oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan
penggunaan minyak kenderaan bermotor.
Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita
menggunakan minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah
perlu untuk mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin
kesihatan masyarakat umum, terutamanya penghuni kota.
Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan
mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah
gas asli (natural gas) dan Propana. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bahanbahan yang mengandungi kandungan oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbum dan
boleh mengurangkan sehingga 90% pengeluaran Karbon Monoksida dan Hidrokarbon .
Kecekapan enjin juga meningkat daripada 6% kepada 15% apabila menggunakan bahanbahan ini sebagai bahan pembakar.

36

Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuhtumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telah pun menemui
sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa
menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan
sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi
meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembanguna berterusan yang perihatin
terhadap persekitaran.
Di negara-negara barat, penggunaan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik
juga sedang dikaji secara giat. Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan pencemaran bunyi dan
udara. Namun demikian, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar
mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.
Kenderaan bermotor, sama ada buruk ataupun baru, hanya bertanggungjawab kepada separuh
daripada persoalan dan alam sekitar. Separuh lagi tanggungjawab tersebut terletak dibahu kita
sebagai pengguna. Sekiranya kita ingin mengurangkan kesan negatif penggunaan kenderaan
bermotor terhadap alam sekitar, maka sikap perihatin terhadap cara kita menggunakan
kenderaan adalah amat penting.
Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan
bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh
menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak hingga
12 % terutamanya sewaktu kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh
digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu.
Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan belakang ketika meletakkan
kenderaan bermotor ditengah panas juga boleh mengurangkan kepanasan dalam kenderaan
bermotor. Dengan ini kita dapat mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu
memandu kenderaan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja
menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam
memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa banyak tugas
dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir sekali kita
seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan jarak dekat.
Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam
sekitar disamping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita.
37

Justeru itu,kempen Masyarakat Penyayang sepatutnya diperluaskan bagi merangkumi


hubungan manusia dengan alam sekitar agar masyarakat Malaysia lebih prihatin dan
bertangungjawab terhadap persekitarannya. Pengguna kenderaan haruslah menggunakan
kenderaan mereka dengan bijak agar dapat memulihara kesejahteraan alam sekitar di samping
mengurang dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem pengangkutan.

Pencemaran Tanah/Darat
Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan negeri
dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan
dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan supaya menanam
semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa
hadapan Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah memastikan semua pihak
mematuhi peraturan undang-undang .
Di bawah garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika pula
menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan tropika
di kalangan negara anggota . Ini termasuklah :
1. Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke tahun .
2. Membentuk pelan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan
hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan .
3. Mempelbagaikan

penggunaan

sumber-sumber

hutan

dengan

meningkatkan

penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya .


4. Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses .

Di samping kerajaan persekutuan, Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai


undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing . Dalam
konteks ini, sebarang peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan tidak
semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri . Sementara itu, terdapat beberapa
peruntukan dan kelonggaran yang diberikan kepada kerajaan negeri bahawa penebangan dan
38

pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan mereka . Semua ini banyak
membantu ke arah ketidakcekapan dan permasalahan dalam menguruskan sumber hutan dan
pembalakan di negara ini .
Pencemaran Air
Antara langkah dan kerjasama yang diambil oleh negara-negara berpantai di rantau Asia
Tenggara ialah Kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah memaksa negara-negara
yang berpantai untuk mengambil satu tindakan yang positif terhadap kejadian kapal tangki
minyak Jepun yang dikenali sebagai Torry Canyon yang telah didaftarkan di Liberia telah
terlibat dalam perlanggaran . Akibatnya berlaku pertumpahan minyak yang mana
memerlukan kos yang tinggi untuk membersihkannya . Jumlah kos yang diperlukan pada
ketika itu ialah 16 juta dollar .
Buat masa ini Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN mereka telah menyalurkan pandangan
mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan
Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam
Sekitar . Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan serta-merta
dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak ynag tertumpah di perairan Malaysia .
Apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak, langkah pertama yang harus dilakukan ialah
mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain . Tumpahan minyak akan
cepat merebak melalui tiupan angin dan pengaliran arus air yang deras . Terdapat empat cara
yang digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu :
I.
II.

Cara mengepung dan mengumpul tumpahan


Menggunakan dispersent dan bahan kimia

III.

Pembersihan pantai

IV.

Dibiarkan sahaja

Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil dalam mengawal tumpahan
minyak daripada merebak . Antaranya ialah :
I.

Lokasi tumpahan
39

II.

Kuantiti tumpahan

III.

Jenis tumpahan

IV.

Keadaan laut

V.

Keupayaan tindakbalas bahan yang tertumpah

Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan
operasi pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat tempatan,
peringkat kawasan dan peringkat wilayah .
Beberapa saranan juga telah dibuat bagi menjaga supaya pencemaran tidak berlaku secara
berleluasa. Antaranya ialah :
I.

Masalah pencemaran Selat Melaka harus dikaji dengan lebih mendalam dan
tindakan yang bersesuaian harus segera diambil.

II.

Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat yang


diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang
mencemar laut dan pantai.

III.

Majlis peringkat tertinggi dianggotai oleh kalangan negara-negara berpantai


yang berkongsi perairan Selat Melaka harus ditubuhkan untuk meneliti
perkara ini dan mencari jalan penyelesaiannya.

IV.

semua pengguna Selat Melaka diwajibkan membayar levi atau tol.

Dengan wujudnya pelbagai saranan, akta, skim dan pertubuhan diharapkan masalah
pencemaran akan dapat dikurangkan bagi memelihara perairan negara kita. Di Malaysia
berbagai pihak terbabit dalam penguasaan pencemaran seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS),
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Marin, Jabatan Laut, TLDM dan PDRM yang
diperwakilkan kuasa menyiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Walaupun
begitu, Jabatan Alam Sekitar adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguatkan akta
tersebut dengan dibantu oleh agensi-agensi maritim yang lain.
2. KESIMPULAN
Kesimpulannya, menjaga alam sekitar ini bukanlah menjadi tugas individu atau
kerajaan semata tetapi menjadi tanggungjawab kita semua secara bersama. Semua makhluk
yang bernama manusia tidak kira apa bangsa dan agama harus bertanggungjawab terhadap
kelestarian alam sekitar agar dapat merealisasikan dunia ini menjadi sebuah taman kehidupan

40

yang aman, indah, sejahtera, harmoni, dan terhindar dari sebarang bencana yang boleh
menghancurkan spesies kehidupan yang bernyawa di atasnya.

Sebagai manusia berakal, kita perlu memahami bahawa segala usaha untuk
memelihara atau membaik pulih alam sekitar adalah sama halnya dengan menjaga agama. Ini
adalah segala kemungkaran dan dosa mencemari dan memusnahkan alam sekitar sebenarnya
menggangu intipati hidup beragama kerana secara tidak langsung menodai kewujudan
manusia di muka bumi ini. Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti
menafikan sikap adil dan ehsan, sedangkan kedua-kedua sikap ini merupkan perintah Allah
yang perlu dilaksanakan.

Agama Islam menitikberatkan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam
dan tuhan. Akhlak amat penting sekali kearah pengurusan alam sekitar. Akhlak yang mulia
adalah akhlak yang mengarahkan ke arah kebaikan dan keharmonian. Sifat-sifat mulia seperti
kasih sayang, sifat suka menjag kebersihan dan bertanggungjawab amat penting dalam
menjaga alam sekitar dengan sebaiknya. Kemuliaan akhlak berkaitan telah disentuh oleh
Nabi Muhammad S.A.W. melalui sebuah hadis yang bermaksud :
Kebersihan itu sebahagian daripada iman

Sebagai manusia yang berakal, kita perlu memahami bahawa usaha untuk memelihara
atau membaik-pulih alam sekitar adalah sama halnya dengan usaha menjaga agama. Ini
adalah kerana segala kemungkaran dan dosa mencemari dan memusnahkan alam sekitar
sebenarnya mengganggu intipati hidup beragama kerana secara tidak langsung menodai
kewujudan manusi di muka bumi ini.Perbuatan merosakkan alam adalah sama seperti
menafikan sikap adil dan ehsan ,meskipun kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah
terhadap umatnya yang perlu dilaksanakan.

Oleh yang demikian,kita sebagai umat islam seharusnya mengambil peranan masingmasing dalam menjaga kelestarian alam sekitar kerana menjaga alam sekitar ini bukanlah
menjadi tugas individu atau kerajaan semata tetapi merupakan taggungjawab terhadap
kelestarian alam sekitar agar dapat merealisasikan dunia ini menjadi sebuah taman kehidupan
yang indah,aman,sejahtera,harmoni dan terhindar dari sebarang bencana yang boleh
menghancurkan spesies kehidupan bernyawa di atasnya akibat daripada kerakusan dan
kesilapan manusia sendiri.
41

PENUTUP
Naluri manusia tidak bertentangan dengan kehendak Islam, dan prinsip-prinsip Islam
pula tidak bertentangan dengan perasaan dan kehendak manusia. Perkara yang diharamkan
oleh Islam, juga tidak dikehendaki oleh manusia. Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar, kehendak Islam seiring dengan kehendak dan cita rasa manusia. Bagaimana pun
sifat tamak manusia menyebabkan mereka tidak memperdulikan alam sekitar dan sanggup
melakukan apa sahaja asalkan hajat yang tamak dapat dipuaskan.

Akhirnya, bagi menjamin kehidupan yang selesa dan bahagia kita mestilah menghargai dan
memelihara setiap kurniaan Allah SWT, janganlah kita menjadi perosak kepada alam ini.
Udara yang bersih, air yang jernih, tumbuhan yang menghijau, haiwan-haiwan yang hidup di
sekitar kita, adalah merupakan bukti kebesaran dan ciptaan Allah yang menjadi pelengkap
kepada kehidupan manusia. Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat &, yang berbunyi :

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang
bukan sahaja akan menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi
akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab
seksaNya.

Maka ingatlah, Allah S.W.T mencipta alam ini dengan segala keindahan dan
kenikmatan demi kebaikan dan faedah kepada umat manusia sendiri. Justeru, adalah menjadi
tanggungjawab manusia untuk sentiasa memelihara kelestarian alam sekitar, supaya ia dapat
dimanfaatkan secara berterusan.

42

RUJUKAN
Artikel:
Ismail Hashim, 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat. Akademik
Khas, 1991.
Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor Terhadap
Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Disember 1994.
Rohaini Haris, 1994. Jabatan Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Mei 1994.
Dr. Moha Asri Abdullah, 1997. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan dan
Permasalahan. Dewan Ekonomi, April 1997.
Wong Khek Seng, 1991. Hutan dan Permusnahan. Akademik Khas, 1991.
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sulaiman, 1994. Pencemaran Air. Dewan Kosmik, Mei 1994.
Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar. Dewan Ekonomi, Jun 1997.
Persidangan Maritim Malaysia. Penguatkuasaan Pencemaran Marin dan Masalahmasalahnya. Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996.
Suzaimi bin Mazlan, kesan pencemaran udara terhadap kesihatan awam.
Dewan Masyarakat Mac 2012,Malaysia dalam Indeks Prestasi Alam Sekitar.
Ratna Roshida et al., 2006
Hungerford & Volk, 1990; Stevenson, 1992; Gayford, 1998
Mercer, 1995; Fien, 1997
Ko & Lee, 2003
Hossein Nasr, 1966, 1981, 1996, 1997; Berman, 1981; Berry, 1988; Foltz, 2003
Yedullah Kazmi, 1999

43

Laman Sesawang:
wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara.
http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/keburukan-dan-kesan-tidak-menjaga-alam.html.
http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=601
http://www.scribd.com/doc/46144603/Kemerosotan-Kualiti-Sumber-Air
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=
Kot a&pg=wk_01.hm
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/01/kepesatan-pembangunanpunca-sg-klang- tercemar/
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/OrangAsliTasikChinirayuatasipencemaran/Artic
le/
http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara.html
http://www.statistics.gov.my/portal/download_Economics/files/DATA_SERIES/2011/pdf/19
Alam_Sekitar.pdf
http://finland.fi/Public/default.aspx?contentid=160041&nodeid=41799&culture=en-US
http://sedakasejahtera.blogspot.com/2011/05/banjir-kilat-terburuk-di-pulau-pinang.html
http://www.hbp.usm.my/banjir/punca_sampah.htm
http://www.oocities.org/asia/abrahim55031/m1.htm
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/390-teknologihijau/4185-teknologi- hijau.html
http://perlukekesah.blogspot.com/2010/08/langkah-lanngkah-mengatasi-oleh-pihak.html
http://perlukekesah.blogspot.com/2010/08/langkah-lanngkah-mengatasi-oleh-pihak.html
http://www.doe.gov.my/portal/my/jabatan/dasar-alam-sekitar/
http://www.doe.gov.my/portal/my/jabatan/dasar-alam-sekitar/
http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20120711/wj_03/UTHM-juara-debat-alam-sekitar

44

http://ewarta.mara.gov.my/2011/08/15/pelajar-unikl-duta-muda-alam-sekitar/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=
Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_03.htm
http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/2011/02/penjagaan-alam-sekitartanggungjawab.html
http://rasmelaka.blogspot.com/2012/05/kelestarian-alam-sekitar-dalam.html

45

Vous aimerez peut-être aussi