Vous êtes sur la page 1sur 5

KRM3043 ASAS PENGURUSAN DATA

NAMA

: KHAIRUNNIDA BINTI YAAKOB


(PPG/21647/12)
:

AIDA ELENA BINTI ISMAIL


(PPG/21526/12)

OPSYEN

: MATEMATIK

KOHORT

: 3 (SEMESTER 4)

PUSAT PENGAJIAN

: PULAU PINANG

TAJUK

: LAPORAN PROJEK
(PENGURUSAN DATA)

NAMA PENSYARAH

: PROF. DR. FATIMAH SALEH

KRM3043 ASAS PENGURUSAN DATA

LATAR BELAKANG
Dalam tugasan ini kami akan menghuraikan bagaimana pengumpulan data
dilakukan. Data dikelaskan mengikut kategori dan dengan kaedah gundalan. Ini
memudahkan data dibaca dan difahami. Murid boleh mewakilkan data daripada jadual ke
bentuk piktograf dan graf palang.Penggunaan istilah-istilah khusus atau konsep-konsep
yang terdapat dalam unit berkaitan pembolehubah dan data seperti pembolehubah kualitatif,
pembolehubah kuantitatif, data kualitatif, data kuantitatif , data diskret dan data selanjar
perlu difahami dan diketahui oleh murid.
Data ialah maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai satu
pembolehubah. Pembolehubah bermaksud satu ciri yang berbeza antara seseorang atau
sesuatu benda kepada yang lain. Pembolehubah kuantitatif adalah melibatkan maklumat
yang boleh dihitung manakala pembolehubah kualitatif ialah nilai tidak boleh dihitung. Data
kualitatif terdiri daripada data yang tidak mempunyai nilai kuantiti. Data kuantitatif adalah
data yang terdiri daripada nilai berangka. Data kuantitatif diklasifikasikan kepada data diskret
( nilai tetap dan nilai tepat ) dan data selanjar ( tiada nilai tepat ).
Seramai 10 orang murid tahun 5 Delima SK Basia Lama telah diuji. Murid perlu
menjawab soalan yang guru sediakan. Soalan adalah menguji kemahiran murid mengumpul
data, mewakilkan data dalam bentuk jadual dan membina piktograf serta graf palang.
Berdasarkan jawapan dan analisa pencapaian dapatlah diuji kefahaman dan miskonsepsi
murid terhadap soalan yang diberikan.

SOALAN-SOALAN YANG DIBINA

SOALAN 1
a) Kumpulkan maklumat berkaitan jumlah wang saku yang dibawa oleh semua murid di
dalam kelas anda pada suatu hari.

(5markah)

b) Bina jadual untuk menunjukkan data kekerapan jumlah wang saku yang dibawa oleh
murid.

(5 markah)

SOALAN 2
a) Berdasarkan soal-selidik yang dijalankan di dalam kelas lengkapkan jadual yang
menunjukkan taburan kekerapan 5 jenis hobi murid-murid dalam kelas 5 Delima
yang berjumlah 33 orang.

(5 markah)

KRM3043 ASAS PENGURUSAN DATA


JENIS HOBI

Gundalan

Kekerapan

Menonton Televisyen
Menanam pokok bunga
Bermain Bola Sepak
Membaca buku cerita
Melukis

b) Bina Piktograf atau Graf Palang yang sesuai untuk menunjukkan taburan kekerapan
hobi murid tahun 5 Delima tersebut ? ( Bagi Graf Palang lukis di atas kertas graf
yang disediakan )

(10 markah)

PROSES PERLAKSANAAN SOALAN


Bagi soalan 1a murid dikehendaki mengumpul data tidak terkumpul dengan cara
menemuramah atau bersoal-jawab dengan semua rakan di dalam kelas. Hasil soal-jawab di
tulis di dalam petak jadual yang telah disediakan. Murid tidak boleh memasukkan data murid
yang sama dua kali .Oleh itu perlunya di sini murid menanda nama rakan yang telah disoal
supaya tidak berlaku pengulangan. Setelah itu kenalpasti had-had kelas dan tanda kelas.
Selain daripada itu murid boleh mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah atau data yang
terlibat. Pembolehubah yang terlibat adalah nilai wang saku dan bilangan murid dan keduaduanya adalah dalam bentuk angka iaitu disebut pembolehubah kuantitatif. Data yang
ditunjukkan adalah data diskret iaitu data yang boleh dibilang. Berdasarkan jadual dapat
dilihat dengan jelas kategori wang saku yang dibawa oleh murid ialah 50 sen, 80 sen,
RM1,RM1.50, RM2, RM2.50, RM3 dan RM5.
Bagi soalan 1b murid perlu menunjukkan data tak terkumpul dalam bentuk jadual
supaya lebih mudah dibaca dan difahami. Biasanya data dikelaskan mengikut selang atau
saiz 10. Oleh kerana data terkecil adalah 50sen dan yang terbesar ialah RM5 pengumpulan
data mengikut saiz 10 akan menghasilkan kelas-kelas iaitu 10senRM1, RM1.10RM2,
RM2.10-RM3, RM3.10-RM4, RM4.10-RM5. Kelas-kelas bagi jumlah wang ini dinyatakan
dalam lajur 1. Seterusnya adalah menentukan berapakah bilangan murid dalam setiap
kelas. Untuk itu perlu lah dirujuk pada data yang telah dikumpulkan tadi dan mengira
mengikut kelas-kelasnya dengan membuat tanda gundal. Tanda gundalan ditunjukkan pada
lajur ke 2 dan lajur 3 adalah bilangan murid. Murid mestilah faham dan tahu cara membuat
tanda gundalan kerana kesilapan menanda gundalan akan menyebabkan kesilapan data
bagi jumlah murid nanti. Melalui jadual kita boleh memperolehi maklumat-maklumat dengan
cepat contohnya kelas jumlah wang saku yang mana paling ramai murid bawa.
Soalan 2a dikehendaki murid melengkapkan jadual yang disediakan. Murid boleh
mengenalpasti data yang diberi adalah boleh dikira iaitu data distret dan pembolehubah
yang terlibat adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif iaitu jenis-jenis hobi(bukan dalam

KRM3043 ASAS PENGURUSAN DATA

bentuk nombor) dan bilangan murid(dalam bentuk nombor). Lajur 1 terdiri dari jenis hobi,
lajur ke 2 tanda gundalan dan lajur ke 3 bilangan murid. Murid perlu memahami tanda
gundal dan menandanya dengan betul. Kesilapan menanda gundal boleh menyebabkan
data tidak tepat dan maklumat dikehendaki salah. Contohnya bilangan murid menonton
televisyen sepatutnya 24 tetapi disebabkan salah tanda gundal murid mengira sebagai 20
sahaja.
Untuk soalan 2b, murid perlu membina piktograf atau graf palang yang sesuai sama
ada graf palang mengufuk atau pun mencancang. Bagi Piktograf,murid perlu mewakilkan
data dalam bentuk simbol atau gambar. Murid boleh mengenalpasti gambar yang sesuai
berdasarkan data yang diberi. Contohnya pembolehubah bilangan murid gambar muka
orang atau gambar kartun lidi boleh digunakan. Selain daripada itu murid perlu meneliti
setiap perwakilan dan sentiasa merujuk kepada kekunci atau petunjuk yang diberi.
Kesilapan membaca petunjuk boleh menyebabkan kesilapan dalam mengintepretasikan
data berdasarkan piktograf.
Bagi Graf Palang pula murid boleh menentukan paksi yang terlibat di kedudukan
mengufuk dan mencancang bergantung kepada jenis graf Palang. Jika graf palang
mencancang paksi mencancang adalah melibatkan bilangan murid manakala paksi
mengufuk adalah jenis hobi dan begitulah sebaliknya jika graf palang mengufuk. Perkara
penting yang perlu dititikberatkan ialah tajuk dan tujuan graf, paksi dan bilangan murid
dilabelkan serta pemilihan skala yang betul. Skala yang salah boleh mengelirukan dan
menyebabkan data yang dibaca tidak tepat.
HASIL PENCAPAIAN MURID
Berdasarkan analisa pencapaian murid seramai 4 orang murid dapat menjawab
dengan betul kesemua soalan dan mendapat 100%, 3 orang mendapat 60% dan seorang
murid mendapat 80%, 50% dan 32%. Markah paling rendah diperolehi adalah 32%.
Daripada 10 orang murid yang mengambil ujian ini hanya seorang murid gagal menguasai
kemahiran yang diuji.
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

NAMA MURID
Muhammad Azmin Najmi B Norshamsuddin
Nur Afifah Hannani Bt Hamzah
Mohamad Safian B Daud Abadi
Nurul Najihah Bt Meor Mazran
Mohamad Afiq B Mohd Khairuddin
Nur Alyaa Izzati Bt Zainak Basri
Alif Haikal B Abdulah
Nur Fatinah Bt Ahmad Khaizuan
Nurul Fatin Najwa Bt Salleh
Muhammad Arif Hakimi B Saad

PENCAPAIAN(%)
100
100
50
32
80
100
60
100
60
60

Berdasarkan analisa item ujian, semua murid boleh menguasai kemahiran


mengumpul data iaitu soalan 1a. Bagi soalan 1b dan 2a kemahiran yang diuji adalah sama
iaitu mambina jadual. Namun begitu kesilapan banyak dilakukan bagi soalan 1b kerana

KRM3043 ASAS PENGURUSAN DATA

murid tidak faham cara menentukan kelas. Bagi soalan 2a 6 orang daripada 10 murid sahaja
yang menguasai kerana murid silap faham dengan tanda gundal. Murid hanya memperolehi
sebahagian markah sahaja daripada markah penuh kerana kesilapan menanda gundal
tetapi masih betul semasa mengira jumlah atau bilangan murid. Mungkin ini terjadi kerana
murid mengisi lajur yang ke 3 dahulu dan diikuti dengan lajur ke 2. Guru perlu menegaskan
kepada murid berkaitan perkara ini supaya tidak berlaku kesilapan seperti ini lagi. Murid juga
perlu diajar cara menanda gundalan yang betul.
Bagi soalan 2b, hanya 4 daripada 10 orang murid yang boleh menjawab soalan.
Murid gagal membina graf palang disebabkan kesilapan menentukan skala. Murid yang
membina piktograf kebanyakan betul tetapi gambar dipilih dilukis secara tidak sekata ada
kecil ada besar dan tidak kemas. Ini menyebabkan markah yang diberi adalah kurang
daripada yang sepatutnya diperolehi.
Nombor Soalan
1a
1b
2a
2b

Jumlah murid yang


menduduki ujian
10
10
10
10

Bil.capai
10
6
6
4

Ujian
Peratus (%)
100
60
60
40

REFLEKSI TERHADAP KEFAHAMAN DAN MISKONSEPSI MURID


Dalam tajuk pengumpulan dan pengurusan data murid akan belajar bagaimana data
dikumpulkan dan diurus dengan menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai. Setelah kenal
berkaitan pembolehubah dan jenis data murid akan diajar bagaimana mengumpul data
mengikut tabran-taburan tertentu. Miskonsepsi murid yang

Vous aimerez peut-être aussi