Vous êtes sur la page 1sur 19

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK

PENDAHULUAN

Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara, Kuala Lumpur
ialah Ibu Negara tetapi pusat pentadbiran kerajaan pusat terletak di Putrajaya. Malaysia
juga merupakan salah satu Negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.
Antara tiga kaum utama di Malaysia Melayu, India, Cina dan lain-lain telahpun menetap
di tanah ini selama lima abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada
sebanyak kira-kira 80 kaum etnik, terutamya Malaysia Timur. Antaranya termasuklah
Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban. Hari ini, rakyat Malaysia patut berbangga
kerana memiliki kestabilan politik yang baik dengan mengamalkan sistem Demokrasi
Berparlimen, walaupun penduduknya yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama
serta dapat hidup dengan aman dan damai. Kita juga patut berbangga dengan pencapaian
ekonomi Malaysia yang berjaya membuat peralihan sebuah negara yang ekonominya
berasaskan pertanian kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan, dan juga keupayaan
dalam bidang pembuatan dan perindustrian. Malaysia telah berjaya keluar daripada
kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju ke arah
status negara maju.Hubungan etnik paling kritikal sejak zaman penjajahan sehingga
selepas merdeka adalah Peristiwa 13 Mei 1969. Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap
sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa
pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik
perlu berjalan dengan lancar dan seimbang. Ini merupakan pengajaran yang penting dapat
kita pelajari dari Peristiwa 13 Mei 1969.

NO.MATRIK 192930

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


Kebudayaan merupakan kesuluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam
proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk
dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembanguan sosioekonomi
dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua
lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang
mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan
kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat
melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus
menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi mewujudkan keserasian di
kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.

NO.MATRIK 192930

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


ISI

FAKTOR SOSIO BUDAYA

Malaysia terdiri dari 13 buah negeri dan 3 Wilayah Persekutuan; sembilan dari negerinegeri di Semenanjung Malaysia adalah di bawah pemerintahan Raja-Raja Melayu
(Sultan). Pemerintahan Raja Berperlembagaan diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong yang dilantik di antara sembilan Raja-Raja Melayu mengikut susunan
setiap lima tahun. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen yang
diselenggarakan oleh Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri. Pilihan Raya
Umum diadakan setiap lima tahun sekali. Parti yang memerintah sekarang, Parti Barisan
Nasional (National Front) merupakan parti campuran terdiri dari beberapa parti politik
yang mewakili berbagai kumpulan etnik. Ini merupakan salah satu faktor yang
mendorong kepada keserasian di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.
Penduduk Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa. Jumlah penduduk anggaran tahun 2003
ialah 25.04 juta, yang terdiri dari kaum Melayu 61%, kaum Cina 30%, kaum India 8%
dan yang lain-lain 1%. Terdapat juga orang Asli, Eropah dan Serani. Penduduk ini terdiri
dari pelbagai kebudayaan. Kebudayaan kebangsaan Malaysia adalah berasaskan
kebudayaan orang-orang Melayu sebagai rakyat asal rantau ini. Kebudayaan Melayu itu
sendiri berteraskan ajaran agama Islam. Kebudayaan orang Melayu mengutamakan nilainilai sopan santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli
keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Sikap tolak ansur antara kaum juga menjadi
pegangan. Semua bentuk kebudayaan serta agama-agama lain adalah sentiasa dihormati.

NO.MATRIK 192930

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


Sambutan hari-hari perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Thaipusam, Deepavali,
Krismas, Gawai dan lain-lain dianggap sebagai perayaan penting.

Ibu Negara
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Ia ditubuhkan pada
1857 sebagai penempatan pedagang bijih timah Cina di muara Sungai Gombak dan
Sungai Kelang. Kuala Lumpur sebuah Bandar Raya Bercahaya mempunyai penduduk
anggaran 1.5 juta. Pembangunan bandar raya ini terus berkembang pesat dengan
bangunan pencakar langit dan salah sebuah bangunan tertinggi di dunia ialah Menara
Berkembar Petronas. Terletak 25km ke selatan Kuala Lumpur ialah Wilayah Persekutuan
Putrajaya yang merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Manakala, mata
wang Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia (RM).

Agama
Malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai
agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan Nasrani (Kristian), di samping
lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat
di negara ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di
Malaysia, sementara agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan bebas.

NO.MATRIK 192930

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


Bahasa Rasmi
Bahasa Rasmi yang digunakan di negara ini ialah Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu)
namun, bahasa-bahasa berbagai kaum dan suku kaum yang lain adalah bebas digunakan
seperti bahasa Cina dan Tamil. Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dan digunakan
dengan meluasnya di bidang-bidang perdagangan dan perindustrian. Kerajaan juga telah
menggalakkan pekerja hotel dan ahli-ahli perniagaan yang berkaitan dengan sektor
pelancongan dan perhotelan supaya mempelajari lain-lain bahasa antarabangsa.

Festival Dan Perayaan


Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan negara ini lebih berwarna-warni.
Penduduknya yang berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan sepanjang tahun. Di
negara ini, musim perayaan adalah masa untuk bergembira dan menjalin persahabatan
serta muhibbah antara kaum. Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa mengira
keturunan, turut serta memeriahkan suasana dengan kunjung mengunjungi antara satu
sama lain. Oleh itu, upacara rumah terbuka adalah satu suasana yang tidak asing lagi di
hari-hari perayaan. Kini terdapat juga dua perayaan yang disambut bersama. Contohnya
Deeparaya. Iaitu sambutan perayaan Deepavali dan Hari Raya bersama. Suasana begini
mewujudkan lagi keserasian di kalangan masyakarat pelbagai etnik di Malaysia. Berikut
ialah kajian secara terperinci terhadap perayaan yang diraikan oleh setiap etnik di
Malaysia:-

NO.MATRIK 192930

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


Islam:- Bagi umat Islam, tiga perayaan utama diraikan, iatu Hari Raya Puasa (Aidilfitri),
Hari Raya Haji (Aidiladha) dan Maulidul Rasul. Hari Raya Puasa diraikan bagi
menandakan berakhirnya sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Hari Raya Haji
(Aidiladha) dirayakan pada hari ke-10 bulan Zulhijjah (bulan Islam) ketika umat Islam
yang mengerjakan ibadat Haji di Mekah berada di peringkat akhir ibadah mereka. Pada
pagi hari tersebut umat Islam menunaikan sembahyang Hari Raya Aidiladha di masjidmasjid. Mereka yang berkemampuan akan mengerjakan ibadat korban. Perayaan
Maulidur Rasul pada bulan Rabiulawal, dirayakan bagi memperingati perjuangan Nabi
Muhammad s.a.w. Acara-acara seperti perhimpunan, syarahan dan bacaan berzanji
biasanya diadakan.

Cina:- Rakyat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun Baru Cina pada hari
pertama di dalam bulan pertama kalendar Cina pada bulan Januari atau Februari setiap
tahun. Perayaan bermula dengan kaum keluarga berkumpul untuk makan malam
bersama. Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari hingga hari Chap Goh Mei yang
dirayakan pada malam ke-15. Seperti biasa di perayaan ini, pemberian bungkusan merah
angpow memeriahkan lagi suasana, terutama pada kanak-kanak. Selain itu, terdapat
juga perayaan Kuih Bulan yang ada kaitannya dengan legenda bidadari dari bulan lapan
kalendar Cina. Kuih-kuih bulan dan tanglung-tanglung adalah ciri-ciri utama perayaan
tersebut.

NO.MATRIK 192930

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


Hindu:- Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau perayaan Cahaya pada bulan
Aippasi mengikut kalendar keturunan Tamil (Oktober/November) merupakan masa untuk
kaum keluarga dan sanak saudara bergembira. Ia menandakan kemenangan, kecerahan
mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
Perayaan bermula dengan upacara sembanhyang dan diikuti dengan kunjungan ke rumah
sanak saudara. Di waktu malam, pelita-pelita dipasang untuk memeriahkan lagi perayaan.
Para penganut agama Hindu di Malaysia juga merayakan Hari Thaipusam pada bulan
Januari sebagai penghormatan kepada Dewa Muruga. Di perayaan tersebutlah, Batu
Caves yang terletak di Kuala Lumpur menjadi tumpuan para penganut yang membawa
persembahan-persembahan di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada dewa tersebut.

Buddha:- Bagi para penganut agama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak
sebagai memperingati tiga peristiwa penting di dalam hidup Buddha, iaitu hari
keputeraannya, hari mencapai kemantapan fikirannya dan juga hari kemangkatannya. Di
perayaan tersebut, upacara-upacara bersembahyang dan perarakan diadakan.

Kristian:- Pada bulan Disember para penganut Kristian merayakan Hari Krismas sebagai
menandakan kelahiran Nabi Isa a.s., dengan bersembahyang di gereja-gereja dan
menziarahi saudara-mara dan rakan-rakan.

Perayaan bagi kaum-kaum di Sabah dan Sarawak:Di Sabah dan Sarawak, terdapat pula perayaan-perayaan tradisi orang Kadazan dan
Dayak yang memperkayakan lagi kebudayaan masyarakat Malaysia. Pada bulan Mei

NO.MATRIK 192930

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


setiap tahun di Sabah, orang-orang Kadazan mengadakan Perayaan Menuai yang
merupakan satu acara penting untuk para petani mereka. Kemuncak perayaan ialah
persembahan tarian Sumazau. Tamu Besar atau pasar tahunan pula merupakan satu pesta
di mana acara-acara sukan tradisional diadakan.
Perayaan-perayaan tradisi orang-orang Dayak di Sarawak pula terdiri daripada Gawai
Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan
sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai
menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia).
Paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. Tarikh 1 Jun adalah Hari Gawai
di mana beberapa Gawai dirayakan di negeri tersebut.

Cuti Am
Selain perayaan-perayaan kaum yang dilangsungkan, cuti am juga diisytiharkan bagi
beberapa acara penting di negara ini. Di antaranya ialah Hari Kebangsaan atau Hari
Kemerdekaan yang disambut di seluruh negara pada 31hb Ogos setiap tahun, Perayaan
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Sabtu minggu
pertama bulan Jun, Hari Keputeraan Raja/Sultan di peringkat negeri bagi negeri-negeri
yang berkenaan sahaja. Hari Pekerja pada 1hb Mei, Maal Hijrah (Awal Muharram) dan
perayaan-perayaan lain seperti Good Friday dan Nuzul Quran yang diraikan di
beberapa buah negeri yang tertentu sahaja.

NO.MATRIK 192930

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


Kesimpulannya walaupun masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik,
perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan, kebudayaan dan
adat resam yang berbeza-beza, tetapi masih lagi hidup bersatu padu dengan memberi
kehormatan terhadap satu sama lain dalam mewujudkan keserasian di antara penduduk.

NO.MATRIK 192930

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


FAKTOR POLITIK

Sejarah membuktikan bahawa perpaduan dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum
dapat menjamin pembangunan negara berlangsung dengan lancar. Dunia juga
menyaksikan bahawa negara akan menjadi kucar kacir dan pembangunan negara
terbantut akibat perpecahan dan perbalahan yang tidak berkesudahan antara puak dan
kaum dalam sesebuah negara. Malaysia merupakan sebuah negara yang boleh dijadikan
contoh kepada negara-negara lain yang mempunyai bilangan penduduk yang berbilang
kaum kerana negara ini telah berjaya membuktikan bahawa walaupun satu ketika dahulu,
negara ini pernah tergugat akibat rusuhan kaum ( peristiwa 13 Mei 1969) namun
pengalaman tersebut banyak mengajar penduduk negara ini erti perpaduan. Sebenarnya
peristiwa hitam yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei itu turut menjadi titik tolak
kepada kerajaan Malaysia merangka strategi menghilangkan perasaan curiga mencurigai
antara kaum terbesar yang terdapat di Malaysia iaitu kaum Melayu, India dan Cina.
Zaman kolonial telah meninggalkan satu pusaka yang tidak dapat dilihat dengan mata
kasar tetapi boleh diibaratkan sebagai api dalam sekam.

Perkara ini telah disamapiakan oleh Tun Hussein Onn yang juga dikenali sebagai Bapa
Perpaduan. Allayarham sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang melayari Malaysia
menitiarus pembangunan dan konsisten tanpa banyak kontroversi. Keamanan negara
yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar menjadikan Malaysia sebuah negara
yang stabil politik dan ekonominya.

NO.MATRIK 192930

10

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


saya penuh yakin dengan usaha bersungguh-sungguh serta kerjasama dan sokongan
semua pihak, kita akan dapat mewujudkan satu rupa bangsa yang benar-benar tulen bagi
negara kita. Setiap warganegara tidak lagi mengenal atau menganggap dirinya sebagai
rakyat keturunan kaum, tetapi rakyat Malaysia

Tun Hussein Onn,


31 Ogos 1977

Toleransi beragama, semangat muhibah dan hidup bermasyarakat dengan harmoni


sentiasa wujud dalam kalangan rakyat dan penduduk berbilang kaum dan berlainan
agama di Malaysia. Inilah rahsia kemajuan, keamanan dan kemakmuran negara kita.

Tun Hussein Onn


Bapa Perpaduan Negara

Kini Perdana Menteri kita YAB DatoSri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah
mewujudkan 1 konsep baru iaitu Konsep 1 Malaysia untuk mewujudkan 1 negara bangsa
di Malaysia.

Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil
tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; ini
bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera
asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada

NO.MATRIK 192930

11

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita
keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan bahawa konsep 1 Malaysia


menuntut setiap warganegara dan pemimpin-pemimpin memainkan peranan masingmasing. Melalui konsep ini juga, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat
bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka
kepada kaum-kaum lain. Matlamat konsep ini ialah untuk mengekalkan dan
meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan
Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita
untuk menghadapi sebarang cabaran serta untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat
perlu dimajukan terlebih dahulu dan in i dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan
antara kaum, yang membawa perpaduan yang utuh.
Kesimpulannya, dengan adanya usaha kerajaan dengan mewujudkan konsep-konsep
sebegini, maka lahirlah keserasian di kalangan pelbagai etnik di Malaysia.

NO.MATRIK 192930

12

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


FAKTOR EKONOMI

Pembahagian kek ekonomi negara yang dibuat di bawah dasar pecah dan perintah telah
menyebabkan interaksi antara kaum sukar berlaku dan ini boleh membolehkan mereka
meneruskan misi penjajahan mereka. Akibatnya Melayu terus lena di kawasan-kawasan
kampung, sebagai petani dan nelayan, Cina terus bermewah di lombong-lombong dan
bandar-bandar manakala India pula terus tercicir di ladang-ladang. Senario ini akhirnya
menjadi umpama bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa akibat persaan tidak
puas hati antara kaum-kaum ini. Langkah bijak kerajaan telah berjaya mengenal pasti
punca dan mencari jalan penyelesaiannya. Penubuhan MAGERAN telah
memperkenalkan Rukun Negara yang dijadikan ikrar kepada semua penduduk negara ini
agar bersatu hati berpegang kepada lima prinsip yang sama bagi semua kaum di
Malaysia. Kerajaan juga memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat
menusun semula sosioekonomi masyarakat negara ini di samping membasmi kemiskinan.
Walaupun dimewahi dengan infrastruktur, masyarakat luar bandar dan juga di kawasan
bandar perlu sentiasa menjaga persekitaran mereka. Kehidupan yang lebih mudah apabila
disinari dengan cahaya lampu neon dan dilimpahi dengan air pili, menjadikan kawasan
luar bandar antara tumpuan utama untuk dikomersilkan. Apabila pembangunan bermula,
masyarakat luar bandar dapat menaikkan taraf hidup dengan peluang pekerjaan yang
lebih banyak, pembinaan kedai-kedai yang mampu dibeli dan sebagainya. Namun, kita
mesti sentiasa beringat agar tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai individu dalam
sesuatu komuniti. Malaysia juga telah membangun dengan pesat dan menjelang wawasan
2020. Kini telah wujud sistem Kerajaan Elektronik di mana urusan dapat dilaksanakan

NO.MATRIK 192930

13

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


dengan cepat, mudah dan padat. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri membangunkan lebih 200 aplikasi
elektronik membabitkan agensi-agensi kerajaan di samping meningkatkan fungsi 395
aplikasi sedia ada bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan jabatan-jabatan
kerajaan. Semua aplikasi itu, kini boleh dilayari melalui Multimedia Development
Corporation Sdn. Bhd. (MDEC). Aplikasi itu membabitkan pelbagai jenis perkhidmatan
dalam talian seperti pembayaran elektronik, aduan dan semakan. Melalui satu gerbang
untuk berurusan dengan agensi-agensi kerajaan, orang ramai kini hanya perlu melayari
laman web www.gov.my untuk mencapai semua aplikasi elektronik yang sudah
dibangunkan oleh kerajaan. Kita juga ada e-Khidmat, e-Perolehan, Bursa Buruh
Elektronik (ELX), E-Syariah, e-Filing dan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan
Raya Malaysia (SPR). Dapatlah kita membuat satu kesimpulan bahawa kerajaan dapat
mewujudkan keserasian di kalangan masyarakat dengan membangunkan atau
mewujudkan pelbagai sistem untuk permudahkan urusan dan sebagainya.

NO.MATRIK 192930

14

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


CADANGAN
Bagi mewujudkan keserasian kepada golongan generasi akan datang perlu lah kita
mengambil beberapa langkah-langkah yang sewajarnya. Antaranya ialah:1. Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya
Kanak-kanak seawal 2 tahun perlu didedahkan dengan pendidikan pra sekolah yang dapat
membantu mereka membentuk sahsiah diri di peringkat paling awal dalam sistem
pendidikan negara. Kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya. Oleh yang
demikian pendidikan awal kanak-kanak perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam
menentukan siapa anak mereka pada satu hari kelak. Mereka harus didedahkan dengan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang melaksanakan aktiviti mengikut kebolehan,
minat dan peringkat umur kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini juga harus didedahkan
dengan maksud rukun negara.

2. Pendidikan Sejarah Dan Patriotisme


Patriotisme adalah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Perasaan ini perlu wujud
dalam hati setiap individu rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sehubungan itu,
semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni.
Justeru, berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, golongan
pelajar dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional.
Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, golongan pelajar dapat
membina kekuatan semangat cintakan negara. Pendidikan sejarah bertujuan untuk
memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara
Malaysia dan warga dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan.

NO.MATRIK 192930

15

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK

3. Dasar Pendidikan Kebangsaan Melahirkan Masyarakat Bersatu Padu


Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran dalam kalangan
pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem
pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi
kehendak negara. Kementerian Pelajaran harus berusaha lagi untuk membaik pulih sistem
pendidikan ini demi membentuk perpaduan di kalangan pelajar yang terdiri daripada
berbilang kaum.

4. Dasar kebudayaan Kebangsaan


Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara
membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini
nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan
mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini
perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan
kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan
sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah
melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsurunsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur
kebudayaan dunia bagi mewujudkan keserasian di kalangan pelbagai etnik di Malaysia.

NO.MATRIK 192930

16

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK

KESIMPULAN
Wawasan 2020 menyarankan Malaysia menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri.
Oleh itu, rakyat Malaysia perlu mempunyai pengetahuan tentang sejarah dunia luar
supaya berkemampuan untuk bersaing dengan mereka. Persaingan tidak dapat dielakkan
dalam dunia globalisasi kerana kuasa politik dan ekonomi dikawal oleh masyarakat yang
berbilang kaum, berilmu serta bermaklumat.
Merealisasikan pembangunan yang lebih seimbang adalah satu amanah untuk menjamin
keadilan sosial dan memupuk keharmonian rakyat. Amanah ini perlu dilaksanakan
dengan ikhlas, dengan tegas lagi berani supaya landasan ekonomi yang lebih kukuh dan
kompetitif dapat dibina bagi mencapai cita-cita membina masa hadapan yang cerah bagi
generasi akan datang. Dalam era pembangunan yang pesat, kita sebagai rakyat Malaysia
harus berpegang kepada Rukun Negara sebagai rukun hidup rakyat Malaysia bagi
menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Hanya dengan cara ini sahaja negara akan
terus maju dan berjaya bagi mencapai hasrat untuk melahirkan rakyat yang cemerlang
gemilang dan terbilang di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
etnik. Penghayatan ini amat penting bagi generasi muda kerana Rukun Negara
merupakan pendekatan untuk memelihara satu cara hidup demokrasi yang berpaksi
kepada kekuatan rakyat Malaysia yang mahukan suara dan hasrat mereka didengari. Kita
juga harus memelihara kedaulatan undang-undang dan menjauhi aktiviti seperti
demonstrasi yang boleh membawa kepada huru-hara. Negara yang maju dan selamat
mempunyai kedaulatan undang-undang yang perlu dipatuhi dan ditetapkan oleh Parlimen.
Malaysia merupakan negara liberal dan tidak ada paksaan. Kita menghormati kesenian

NO.MATRIK 192930

17

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


dan budaya hidup rakyat Malaysia. Ini merupakan peluang yang amat penting untuk
melahirkan satu suasana yang baik untuk terus maju dan berjaya melandaskan undangundang yang lahir dari Perlembagaan. Secara kesluruhan dapat kita membuat satu
kesimpulan bahawa wujud keserasian di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia
walaupaun terdapat pelbagai perbezaan dalam pelbagai aspek.

NO.MATRIK 192930

18

SADN1043 HUBUNGAN ETNIK


RUJUKAN
1. Buku Penggerak Minda Rakyat (INFO) ISSN 1985-4188 Bil.2/2010
2. Buku Penggerak Minda Rakyat (INFO) ISSN 1985-4188 Bil.1/2008
3. Buku Penggerak Minda Rakyat (INFO) ISSN 1985-4188 Bil.3/2008
4. Buku Penggerak Minda Rakyat (INFO) ISSN 1985-4188 Bil.8/2008
5. Buku Konsep 1 Malaysia dari Jabatan Penerangan
6. Laman web

NO.MATRIK 192930

19

Vous aimerez peut-être aussi