Vous êtes sur la page 1sur 25

PEMARKAHAN

HSN: 2013KENEGARAAN
TAJUK

TERANGKAN TOKOH-TOKOH PEJUANG PRA


KEMERDEKAAN YANG
BERLATARBELAKANGKAN AGAMA DAN
BANGSAWAN YANG MELAWAN PENJAJAH.

DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. MATRIK

PROGRAM

JAYANTHYMALA A/P MUNIANDY

D20122062604

PKPGB-K13

NAMA PENSYARAH

EN.NORIZAN BIN SAAD

Tarikh Serahan

APRIL 2014

Tanda Tangan

1.0
Pengenalan...............................................................................................1
2.0 Latar belakang................................................................................................................2
2.1 Tok Gajah................................................................................................................2
2.2
Mat Kilau........................................................................................3
2.3
Dato Bahaman........................................................................................4
2.4
Tok Janggut........................................................................................5
2.5 Abdul Rahman Limbong........................................................................................6
2.6
Sharif Mashor........................................................................................7
2.7 Mat Salleh Menyanggah........................................................................................7
2.8
Yamtuan Antah........................................................................................8
2.9
Dol Said........................................................................................8
3.0
Faktor penentangan...............................................................................................8
3.1
Tok Gajah........................................................................................9
3.2
Mat Kilau........................................................................................9
3.3
Dato Bahaman......................................................................................10
3.4
Tok Janggut......................................................................................10
3.5 Abdul Rahman Limbong.......................................................................................11
3.6
Sharif Mashor.......................................................................................11
3.7 Mat Salleh Menyanggah.......................................................................................11
3.8
Yamtuan Antah......................................................................................12
3.9
Dol Said................................................................................12
4.0 Peristiwa Penentangan.................................................................................................13
4.1
Tok gajah......................................................................................13
4.2
Mat Kilau......................................................................................13
4.3
Dato Bahaman......................................................................................14
4.4
Tok Janggut......................................................................................15
4.5 Abdul Rahman Limbong......................................................................................16
4.6
Sharif Mashor......................................................................................17
4.7 Mat Salleh Menyanggah......................................................................................17
4.8
Yamtuan Antah......................................................................................18
4.9
Dol Said......................................................................................18
5.0
Kesan Penentangn.............................................................................................19
5.1
Tok gajah......................................................................................19
5.2
Mat Kilau......................................................................................19
5.3
Dato Bahaman......................................................................................19
5.4
Tok Janggut......................................................................................20
5.5 Abdul Rahman Limbong......................................................................................20
5.6
Sharif Mashor......................................................................................21
5.7 Mat Salleh Menyanggah......................................................................................21
5.8
Yamtuan Antah......................................................................................21
5.9
Dol Said......................................................................................21
6.0
Kesimpulan.............................................................................................22
Bibliografi..........................................................................................................................23

Tokoh-tokoh pejuang pra kemerdekaan yang berlatarbelakangkan agama dan bangsawan


yang melawan penjajah.
1.0 Pengenalan
Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan saat bermulanya
penentangan orang Melayu terhadap penjajahan kuasa luar.

Selepas Belanda

mengalahkan Portugis dan menduduki Melaka pada tahun 1641, perjuangan menentang
penjajah oleh pemerintah dan rakyat tempatan berterusan seperti yang berlaku di Naning,
Kuala Perak, Riau dan Kuala Selangor. Pada ketika ini, lahirlah tokoh seperti Raja Haji
yang bangun berjuang dalam tahun 1784 menentang Belanda sehingga beliau akhirnya
terkorban di Telok Ketapang.
Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah
menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama
apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan
sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak.
Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang
dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk
Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato
Maharajalela, Dato Sagor dan Sultan Abdullah di Perak, Dato Bahaman, Tok Gajah dan
Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Raja Mahadi di Selangor, Haji Abdul
Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad
di Kedah, Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta Mat Salleh,
Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka
berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan
kedaulatan tanah air wajar disanjung.
Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana
penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena. Arus kebangkitan
nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di
Timur Tengah sekitar abad ke-20. Antaranya, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al1

Hadi, Sheik Muhammad Akil, Sheikh Awad Saidin dan Haji Abas Taha. Pelbagai akhbar
dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain
telah diterbitkan untuk menanam semangat nasionalisme di kalangan orng-orang Melayu
tempatan.

2.0 Latar belakang


Penghulu Dol Said, Yamtuan Tunku Antah, Dato Maharajalela , Dato Bahaman, Tok
Gajah ,Mat Kilau , Tok Janggut , Haji Abdul Rahman Limbong , Dol Said, Sharif Mashor
, Mat Salleh Menyanggah, Yamtuan Antah adalah antara pejuang kemerdekaan Tanah
Melayu yang menentang penjajahan.

2.1 Tok Gajah


Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah adalah ayah kepada
Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Tok Gajah ialah Orang Besar Raja Pahang
dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan
penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang
berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.
Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke
Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke
Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf
dengan Orang Besar Empat di Pahang.
Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan
berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini
juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan
dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang
ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih
mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat
dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama
2

Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung
dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.

2.2

Mat Kilau

Nama penuh beliau adalah


Mat Kilau bin Imam Rasu @
Tok Gajah. Ibu beliau adalah
Mahda iaitu anak kepada Tok
Kaut

Burau.

Mat

Kilau

dipercayai lahir dalam tahun


1865/1866

di

Kampung

Masjid, Pulau Tawar. Mat


Kilau

pandai

mengaji,

berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai Dikir
Pahang.Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa
menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau
berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung
Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah
berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau
bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih
mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.
Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh
menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu
Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang
dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri
Pahang.
2.3

Dato Bahaman

Abdul Rahman bin Tuanku Imam


Nuh, lebih dikenali sebagai Dato
Bahaman ialah Orang Besar yang
menentang

penjajah

British

di

Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu. Dato Bahaman ialah anak
kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman,
anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi
Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah
menyebabkan Bahaman digelarkan Seman Tahan oleh penduduk di sekitar kawasan itu
sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan
seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
Dato Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan
dianugerahkan dengan gelaran Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana
beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang
saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan
Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor.
Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato Bahaman telah dilantik oleh Sultan
Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato
Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding
oleh baginda Sultan Ahmad .
Dato Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan
dianugerahkan dengan gelaran Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana
beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang
saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan
Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor.
Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato Bahaman telah dilantik oleh Sultan
Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato
Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding
4

oleh baginda Sultan Ahmad.

2.4

Tok Janggut

Haji Hassan bin Panglima


Mat Munas yang lebih
dikenali
Janggut
memelihara

sebagai

Tok
kerana
janggut

sampai ke paras dada ialah


seorang

penentang

penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British
di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik
sokongan banyak pengikut di Kelantan.
Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut
dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda
diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat mennyatakan
bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh.

2.5

Abdul Rahman Limbong

Nama lengkapnya ialah Haji


Abdur Rahman bin Haji Abdul
5

Hamid bin Haji Abdul Qadir atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong.
Lahir tahun 1285 H/1868M, meninggal dunia di Mekah, 1347 H/1929M. Datuk neneknya
berasal dari Patani dan Terengganu.
Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil
di Mekah. Di antara gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya.
Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Yaqub dan Haji
Musa yang tinggal di Paya Bunga dan seterusnya daripada Tok Ku Paloh.
Haji Abdul Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, adalah seorang
pengamal Tarikat Sammaniyah.
Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai, Haji Abdur Rahman Limbong aktif
mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Kitab-kitab yang beliau ajar meliputi beberapa
disiplin ilmu, antaranya ialah al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammiman dan Tashil Nail
al-Amani mengenai ilmu nahu, semuanya dalam bahasa Arab. Matn Umm al-Barahin,
mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan juga diajarkan kitab-kitab tauhid
bahasa Melayu, yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durr atsTsamin.Kitab fekah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdur Rahman
Limbong ialah Kitab Tahrir dan ilmu tasawuf ialah Hidayah as-Salikin dan ad-Durr anNafis kedua-duanya dalam bahasa Melayu.Selain mengajar, Haji Abdur Rahman
Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke beberapa buah
negeri di dalam mengembangkan syiar Islam. Antara tempat yang pernah menerima
kunjungan beliau adalah Beserah dan Kuantan di Pahang, Kelantan, Patani, Kedah,
Sambas di Kalimantan, Jambi dan Riau di Sumatera dan Brunei.
Dalam pelayaran di laut, Haji Abdur Rahman Limbong menggunakan perahu buatan
orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya dari
Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telah menggunakan
perahu-perahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-barang antara 100 hingga
350 tan.

2.6

Sharif Mashor

Sharif Mashor merupakan


pembesar

Sarikei

di

kawasan Sungai Rajang.


Beliau

berasal

dari

Kampung Igan di muara


Sungai

Rajang.

Beliau

telah dilantik oleh Sultan


Abdul

Mumein

dari

Brunei sebagai pembesar


di

Sarikei.

Beliau

berpengaruh di kalangan
orang Melanau di Sungai
Rajang dan orang Iban di
Sungai Skrang.

2.7

Mat

Mat Salleh Menyanggah

Salleh

Menyanggah

sebenarnya ialah

,nama

Datu Mohammad

Salleh bin Datu Batu. Beliau telah dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungau
Sugut. Beliau berketurunan Bajau dan Suluk. Mat Salleh mewarisi sifat kepahlawanan
dan keberanian berperang dari suku kaumnya. Kebangkitan Mat Salleh merupakan
kebangkitan paling besar dalam sejarah penentangan di Sabah.

2.8

Yamtuan Antah

Perjuangan menentang penjajah di


7

Negeri Sembilan dipelopori Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin atau
dikenali Yamtuan Antah yang juga Yamtuan (pemerintah) kelapan bagi kawasan Seri
Menanti. Nama sebenarnya Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin .Beliau
dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875 iaitu wilayah jajahan Seri
Menanti terdiri daripada Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol.

2.9

Dol Said

Daerah Naning terletak antara Rembau dengan Melaka.Penghulu naning ialah Dato
Naning Abdul Said yang dikenali sebagai Dol Said.Pusat pentadbirannya terletak di
Taboh. Naning mempunyai hasil keluaran seperti padi, buah-buahan, sirih dan bijih
timah. Pada tahun 1831 Dol Said telah bangkit menentang British.

3.0

Faktor penentangan

Kebanyakan pejuang pra kemerdekaan ini mentang penjajah kerana tanah mereka
dirampas dengan tipu helah dan menentang pembayaran cukai dan undang-undang
penjajah.

3.1

Tok Gajah

Tok Gajah ialah seorang pembesar dari Pulau Tawar. Atas jasanya kepada Sultan Ahmad
dalam Perang Saudara (1857-1863), beliau dianugerahi gelaran Orang Besar Raja. Tok
Gajah pula berperasaan anti-Inggeris apabila rayuannya untuk pertambahan elaun ditolak
oleh pihak British pada Januari 1890. permintaan Tok Gajah untuk menangguhkan
pembayaran cukai tanah ke atas orang Melayu juga ditolak oleh Majlis Mesyuarat
Kerajaan pada bulan Disember 1890. Beliau disokong oleh anaknya dalam
penentangannya terhadap British.

Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap
pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk
Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak
menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas
pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta
sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata.

3.2

Mat Kilau

Langkah-langkah yang diambil oleh J.P. Rodger untuk memperkenalkan peraturanperaturan baru telah membangkitkan perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar
Pahang. Para pembesar telah kehilangan hak mereka untuk mengutip cukai, menyimpan
hamba abdi, pentadbir keadilan dan sebagainya. Daerah-daerah diwujudkan dan diletak di
bawah pengawal British yang dipanggil pemungut cukai dan majistret, misalnya Daerah
Pekan oleh F. Belfield, Kuantan oleh A.H. Wall. Residen pula mengambilalih peranan
pembesar sebagai penasihat Sultan.
Mereka juga tidak mempunyai kuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Walaupun
para pembesar dibayar elaun sebagai ganti rugi tetapi jumlahnya adalah kecil, misalnya,
Orang Besar Berempat menerima $100 sebulan, Orang Kaya Semantan $70 sebulan dan
orang Kaya Berlapan $20 sebulan. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di
kalangan pembesar. Pada tahun 1891, mereka bangkit menentang pentadbiran British.
Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang
adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman. Kesan daripada itu,
bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka
diburu British kerana menentang penjajah. Rentetan daripada peristiwa itu, British
mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka
ditangkap serta dihukum.
3.3

Dato Bahaman

Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang
terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada
9

bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk
Terua yang terletak di kawasan Dato Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya.
Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut,
beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato Bahaman supaya
pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat.

3.4

Tok Janggut

Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan


Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi
pentadbiran. Perubahan

yang

diperkenalkan

telah

menyentuh

kedudukan dan

keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan
cukai seperti berikut, cukai tanah,cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, cukai,
pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun ,kelapa sebanyak 3 sen setandan, sireh
sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh
Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri
Maharaja Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan
timur Kelantan secara turun temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff,
pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya
dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan
pembesar diwajibkan membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai
3000 ekar tanah dan para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus
ekar tanah. Keadaan ini juga tidak menyenangkan Sultan.

3.5

Abdul Rahman Limbong

Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala
Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan
cukai oleh penjajah Inggeris.

10

3.6

Sharif Mashor

James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Sultan Brunei.Kewibawaan


Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke. Beliau
menanggap pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steele sebagai wakil
British

telah mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor. Sharif Masahor

menentang tindakan James Brooke meluaskan kuasa ke wilayahnya.

3.7

Mat Salleh Menyanggah

Kebangkitan perjuangan Mat Salleh berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang
Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipina. Ini adalah kerana peraturan yang
membebankan Syarikat British Utara Borneo (SBUB) memperkenalkan peraturan baru
di Sabah seperti amalan buruh paksa, cukai beras dan lesen perahu yang membebankan
rakyat.Pada Ogos 1895 Mat Salleh dan pembesar tempatan ke Sandakan untuk menemui
Gabenor Beaufort, C.V.Creagh.Tujuan untuk berunding tentang masalah cukai dan
tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan. Mat Salleh dan
pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah menunggu selama 10 hari beliau
meninggalkan Sandakan. Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam
kepentingan SBUB. SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh.
SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat
Salleh.

3.8

Yamtuan Antah

Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato Kelana Syed Abdul Rahman di
Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British. Tindakan Dato Kelana
mengeruhkan hubungan antara mereka berdua. Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf
11

Dato Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Hubungan antara Yamtuan Antah dengan
Dato Kelana bertambah runcing apabila Dato Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai
wilayahnya. Dibantah Yamtuan Antah kerana menganggap Terachi sebahagian jajahan
Seri Menanti.Residen British di Sungai Ujong iaitu P.J.Murray menghantar tentera dan
juru ukur untuk membuat siasatan.

3.9

Dol Said

Mempertahankan Kemerdekaan Naning. Pada tahun 1824 British dan Belanda


menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda.D alam perjanjian itu Melaka diserahkan
kepada British. British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka. British
mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan Melaka.Dakwaan British tidak
dapat diterima oleh Penghulu Dol Said dan rakyat Naning. Mereka menentang
Pelaksanaan Undang-Undang British. British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang
menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said.Peraturan ini melarang penghulu membicarakan
kes-kes jenayah.Pada tahun 1828 Dol Said diberi amaran oleh British kerana
menyelesaikan kes jenayah di naning. Dol Said diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya
tidak mematuhi arahan British.Dol Said juga menentang Bayaran Cukai.Melalui UndangUndang 1830 British ,memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran
pertanian.Arahan dibuat selepas British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500
dolar sebulan.

4.0 Peristiwa Penentangan


4.1

Tok gajah

Beliau juga merupakan ketua pasukan pemberontak dalam penentangan terhadap penjajah
British dan Sultan. bersama Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang
dipimpin oleh Tok Ku Paloh pada tahun 1893. Tok Gajah sanggup menghadapi askaraskar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang
hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau bersama dengan Wan Lingga
12

telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang
Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan
Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam
sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan
Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.

4.2

Mat Kilau

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua
negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta
Tok Janggut di Kelantan. Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat
Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan
melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan
khususnya pencari gaharu. Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau
untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua
negeri itu. Antaranya, laluan dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di
Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut
ke Gua Musang Kelantan.
Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi
orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris
menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke
satu tempat. Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia
menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh
Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu
tempat ke satu tempat.

4.3

Dato Bahaman

Oleh sebab Dato Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang
melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan. Tindakan itu
13

menyakitkan hati Dato Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikutpengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15
Disember 1891, ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya.
Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke
bandar Temerloh.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang
menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari
itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku
Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato
Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato
Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.
Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk
menamatkan kebangkitan Dato Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan
Gerakan Sultan telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang.
Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger
(Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera.
Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat
memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato Bahaman
tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya
Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan
Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah
Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.
Pada Mac 1892, pasukan Dato Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua.
Perjuangan Dato Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak
Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal
oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan
penentangan Dato Bahaman terhadap Inggeris.
Pada Mei 1982, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa
14

berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah


menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14
Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato Bahaman
bersama 100 orang pengikutnya.
Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral
Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman,
Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam
serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat
anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini
menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.
Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besarbesaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan
Kelantan.
Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila Datuk Bahaman, Pawang
Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh
perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan
Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.

4.4

Tok Janggut

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan
Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama
dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini
membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan
polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib
untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan
Sulaiman telah terbunuh.
Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir
Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan
15

Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran
berlaku pada 25 Mei 1915di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan
menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh,
Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu
yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di
Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan
Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan dalam
membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang
(Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Jafar Ibni Sultan Muhammad II (Tengku
Petra Dalam Kebun) Tengku Abdul Jafar sebelumnya memakai gelaran Tengku
Temenggong Kelantan dan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta
Kelantan.

4.5

Abdul Rahman Limbong

Sungguhpun Haji Abdur Rahman Limbong seorang ahli sufi, namun beliau juga
bijaksana dalam selok belok persoalan dunia. Haji Abdur Rahman Limbong adalah
seorang sufi yang pernah menjadi peguam. Ini dapat dibuktikan dengan berkali-kali
beliau berhujah di mahkamah kerana membela rakyat yang disaman oleh pihak
pemerintah Inggeris.
Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah
yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri dan adalah tanah
pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama
dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama.

4.6

Sharif Mashor

Pada tahun 1855 Sharif Masahor mengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah dan
16

mengusir Pangeran Matusin yang menyokong perluasan kuasa James Brooke di Sarawak.
James Brooke bertindak balas dengan melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei.
Sharif Masahor marah dengan tindakan James Brooke itu lalu Sharif Masahor berpakat
dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk mengusir keluar James Brooke
dari Sarawak. Pada tahun 1859 pasukan Sharif Masahor menyerang Kanowit.Peristiwa
ini membimbangkan orang Eropah di Sarawak.Pada tahun 1860 Sharif Masahor, Datu
Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong membuat pakatan sulit
untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan Brooke.
Charles Brooke dengan bantuan Belanda menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan
dipenjarakan di Betawi.P ertempuran antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke
berlaku di Sungai Sadong.Kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan
seramai 64 orang pengikutnya terbunuh. Sharif Masahor berundur ke Mukah.Pada tahun
1861 James Brooke memaksa Sultan Brunei menyerahkan Mukah dan menahan Sharif
Masahor.Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura.

4.7

Mat Salleh Menyanggah

Pada Julai 1897 Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya.Pada
November 1897 Mat Salleh menyerang Ambong.William Cowie, Pengarah Urusan
SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh lalu menawarkan perdamaian dan
pengampunan kepadanya.Pada April 1898 rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan
Cowie di Menggatal. Antara syarat perjanjian adalah; Mat Salleh dan pengikut diberi
pengampunan, penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan
kembali semula, Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan, Mat Salleh diminta
melaporkan pergerakannya kepada SBUB. SBUB tidak menepati janji sebaliknya tahun
1899 SBUB mengambil alih pentadbiran di Tambunan. Mat Salleh berasa tertipu dan
meneruskan penentangan dengan membina kubu di Kampung Teboh, Tambunan. SBUB
menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran pada Januari 1900 SBUB berjaya
menewaskan Mat Salleh. Mat Salleh terkorban.

17

4.8

Yamtuan Antah

Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British


menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah,berlaku
pertikaian antara kedua-duanya yang mencetuskan pertempuran. Kebangkitan Yamtuan
Antah disokong oleh Dato Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin, penduduk Rembau,
Jelebu dan Johol.Pada disember 1875 pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi
dan membina kubu di situ. British berjaya menawan semula Paroi apabila dibantu oleh
tentera Negeri-Negeri Selat. Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke
Johor.

4.9

Dol Said

Pada 5 Julai 1831 British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka.British


menghantar seramai 150 orang Sepoi yang diketuai Kapten Wyllie untuk menyerangnya.
British berjaya ditewaskan.Dol Said berjaya kerana menggunakan taktik perang gerila
dan mendapat bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar. Beliau juga
turut membantu oleh Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau yang menghantar pasukan
bantuan diketuai menantunya Syed Shaaban.British sedar Naning sukar dikalahkan.
British meminta bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju
menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning. Pada Mac 1832 Kolonel
Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning.British berkubu di Alor Gajah
untuk melancarkan serangan kedua ke atas Naning.Pakatan British dan Rembau berjaya
mengalahkan Naning.Pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah penduduk
Naning dibakar. Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada
British.

5.0 Kesan Penentangn


5.1

Tok gajah
18

Pada tahun 1892, pihak British mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu
memaksa beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan kemudian ke Hulu Terengganu
sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir
Nering, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman.

5.2

Mat Kilau

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang
diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan Ketua
Pendehaka, iaitu Dato Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan
Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan
apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Lukaluka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu
disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh
akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah
riwayat Mat Kilau.

5.3

Dato Bahaman

Kebangkitan Dato Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak


Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak
7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut. Memandangkan keadaan
tidak selamat, Dato Bahaman dan pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke
Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah
Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan
mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah
persetiaan itu, iaitu Dato Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan,
Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok
Janggut).

19

Pada tahun 1911, Dato Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela
pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani,
Siam. Pada tahun 1920, Dato Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang
(Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato
Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mamat
Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato Bahaman tinggal di Kg.
Peramu sehingga kematiannya.

5.4

Tok Janggut

Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawanpahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikutpengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu,
Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang
agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak
mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu,
Kelantan dan seterusnya Siam.
5.5

Abdul Rahman Limbong

Walau bagaimanapun, menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L. Humphreys, Haji


Abdur Rahman Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai sebagai penderhaka kepada
kerajaan Terengganu. Akhirnya Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke
Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Setahun kemudian,
ulama pejuang Islam berbangsa Melayu itu meninggal dunia di sana.

5.6

Sharif Mashor

Walaupun perjuangan Sharif Masahor berjaya dipatahkan tetapi gerakan menentang


Brooke tidak pernah berakhir.Pentadbiran Brooke kemudiannya menghadapi kebangkitan
daripada pemimpin Banting pada tahun 1894 iaitu pemimpin orang Iban di hulu Sungai
Batang Lupar.Pada tahun 1931 pula bangkit penentangan daripada Penghulu Asun iaitu
20

pemimpin orang Iban di Sungai Kanowit.

5.7

Mat Salleh Menyanggah

Perjuangan diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti Mat Sator dan Kamunta. Pada
Julai 1902 British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh di Sabah sepenuhnya.

5.8

Yamtuan Antah

Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British.
Pada Mei 1876 Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu
William

Jervois.

Yamtuan

Antah

diiktiraf

sebagai

Yamtuan

Besar

di

Seri

Menanti.Tindakan berdamai ini tidak dipersetujui oleh Dato Siamang Gagap.Rundingan


tersebut membuka peluang British meluaskan pengaruh ke seluruh Negeri Sembilan.

5.9

Dol Said

British berjaya menyatukan Naning dengan Melaka. Dol Said diberi pencen dan rumah di
Melaka. British kerugian sebanyak 100 000 paun sterling.Walaupun orang Naning gagal
dalam perang tetapi berjaya menghidupkan semangat juang di kalangan bangsa Melayu.

6.0 Kesimpulan
Sejarah kemerdekaan Tanah Melayu bermula dengan tokoh-tokoh pejuang pada zaman
pemerintahan lagi. Tokoh-tokoh pejuang ini telah menabur jasa untuk kepentingan dan
kesejahteraan orang -orang Melayu serta Raja-Raja Melayu . Mereka sanggup berkorban
demi bangsa dan negara. Jasa yang mereka tabur telah melahirkan ramai tokoh-tokoh
kemerdekaan di negara kita . Ini terbukti dengan kejayaan Tanah Melayu mencapai
21

kemerdekaan pada tanggal 31, ogos 1957. Kemerdekaan yang kita miliki ini adalah hasil
pengorbanan mereka. Oleh itu kita perlu menghargai jasa tokoh-tokoh prakemerdekaan
ini.

Bibliografi
Dato bahaman.Diperoleh pada 20 ,Mac 2014. Daripada
http://sejarahtokoh.wordpress.com/
Dol said.Diperoleh pada 19, Mac 2014. Daripada
http://tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.com/
Dol Said.(2009).Diperoleh pada 19, Mac 2014. Daripada
22

http://saiful-musa17.blogspot.com/
Mat Kilau(2011).Diperoleh pada 21, Mac 2014. Daripada
http://akuanakpahang.blogspot.com
Mat Salleh(2007). Diperoleh pada 20, Mac 2014. Daripada
http://notasejarah.blogspot.com
Tok janggut.Diperoleh pada 20 ,Mac2014 . Daripada
http://sejarahtokoh.wordpress.com/tok-janggut/
Tok Gajah.(2013).Diperoleh 18, Mac 2014. Daripada
http://www.sejarahez.com/
Tok Janggut.Diperolh pada 21, Mac 2014. Daripada
http://tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.com/
Tok Janggut. (2013)Diperoleh pada 19, Mac 2014. Daripada
http://gegarsyeh.blogspot.com
Yamtuan antah.Diperoleh pada 18, Mac 2014.Daripada
http://tokohdalamkenangan.blogspot.com/
Yuvarani Subramanian.Diperoleh pada21, Mac 2014. Daripada
http://www.slideshare.net/
Sharif Masahor.(2011).Diperoleh pad 18, Mac 2014. Daripada
http://tokohdalamkenangan.blogspot.com

23

Vous aimerez peut-être aussi