Vous êtes sur la page 1sur 9

1 Learning Skills for Open and Distance Learners

1.0 PENDAHULUAN
Pada zaman teknologi moden yang semakin mencabar ini, manusia perlu
melengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk meningkatkan mutu
kehidupan. Selaras dengan kehendak itu, muncul pelbagai cara untuk mendapatkan ilmu pada
zaman globalisasi ini. Salah satunya adalah secara pembelajaran di atas talian (online
learning) atau e-learning atau pembelajaran elektronik.
Jika seseorang yang membawa komputer ribanya ke sebuah tempat yang berada
jauh di gugusan kepulauan kecil yang terpencil. Kemudian dari tempat yang sangat terpencil
ini, orang tersebut mulai menggunakan komputer ribanya dan melakukan akses terhadap
berbagai program pelatihan yang tersedia. Tidak ada layanan bantuan belajar dari tutor
mahupun layanan belajar bentuk lainnya. Dalam konteks ini, apakah orang tersebut dapat
dikatakan telah melaksanakan pembelajaran di atas talian? Jawabannya adalah TIDAK.
Mengapa? Kerana yang bersangkutan di dalam kegiatan pembelajaran yang dilakukannya
tidak memperoleh layanan bantuan belajar dari tutor mahupun layanan bantuan belajar
lainnya. Akan tetapi bagaimana kalau yang bersangkutan mempunyai telefon genggam dan
kemudian berhasil menggunakannya untuk menghubungi seorang tutor? Apakah dalam
konteks yang demikian ini dapat dikatakan bahwa yang bersangkutan telah melaksanakan
pembelajaran di atas talian? Jawabannya adalah YA.
(Newsletter of ODLQC, 2001)
Oleh itu, dengan wujudnya sistem pembelajaran di atas talian ini maka hadirlah
pelajar yang dinamakan pelajar di atas talian atau e-learner atau pelajar elektronik. Walau
apapun istilah yang digunakan maksudnya adalah sama berdasarkan kepada kenyataan yang
dikeluarkan oleh Iowa State Universiti (2001), e-pembelajaran adalah pembelajaran melalui
media elektronik terutama computer, multimedia dan teknologi internet. Oleh itu, e-learner
bolehlah dikatakan sebagai mereka yang mengambil bahagian sebagai pelajar dalam sistem
pembelajaran elektronik ini. menjadi asas
Di sini kita akan membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh e-learner
ini. Kita akan menumpukan pemasalahan itu kepada tiga yang utama iaitu konflik daripada
diri individu yang terlibat, peranan institusi dan infrastruktur serta aplikasi komputer yang
menjadi asas kepada sistem pembelajaran ini.
2.0 MASALAH YANG DIHADAPI SEBAGAI E-LEARNERS

2 Learning Skills for Open and Distance Learners

Sebelum seseorang itu mahu menjadi pelajar yang menggunakan sistem pembelajaran
elektronik ini,seharusnya beberapa persoalan ini telah dititikberatkan oleh mereka yang
terlibat. Di antara persoalannya adalah :
a. Adakah pembelajaran itu untuk saya?
b. Apakah kemahiran yang saya perlukan?
c. Adakah saya mempunyai komputer yang berfungsi dengan baik?
Daripada persoalan-persoalan di atas yang tidak dijawab oleh mereka yang terlibat, maka
wujudlah permasalahan dan kekangan yang dihadapi. Masalah yang timbul di kalangan
pelajar elektronik ini adalah terdiri beberapa faktor yang disenaraikan di bawah.
2.1 Konflik diri individu terbabit
2.2 Peranan institusi dan infrastruktur
2.3 Aplikasi komputer sebagai asas pembelajaran

2.1 Konflik Diri Individu Terbabit


Isunya disini,adakah pembelajaran jenis ini benar-benar berkesan?. Seperti mana yang
kita ketahui bahawa terdapat beberapa kebaikan dalam pembelajaran di atas talian, namun
tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga beberapa keburukan atau gangguan kepada
pembelajaran ini. Gangguan di sini bermaksud faktor fizikal dan psikologi yang mengganggu
pembelajaran dan bukan menyekat pembelajaran. Di antaranya ialah:2.1.1

Persediaan diri

Keadaan diri e-learner juga perlu bersedia untuk belajar. Dalam keadaanyang penat
tentulah pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Ini sering terjadi
apabila pelajar baru balik dari pejabat atau selepas membuat aktiviti luar(Ab.Rasid Mat
Zin,1994). Menurut France Henri dan Anthony Kaye (dipetik dari Keegan D. 1993) terdapat
2 gangguan iaitu gangguan dalaman dan gangguan luaran. Di antara bentuk gangguan
dalaman adalah kurangnya motivasi diri serta tidak mempunyai cara dan teknik belajar yang
berkesan. Ini seterusnya akan menimbulkan perasaan kurang yakin dalam diri. Pembelajaran

3 Learning Skills for Open and Distance Learners

elektronik ini bukanlah semudah pembelajaran di kelas biasa, ianya memerlukan komitmen
dan masa yang lebih. Ini adalah kerana e-learner ini tidak mempunyai struktur rutin seperti
pelajar di kelas biasa. Kebiasaannya, pelajar akan berasa bingung di mana harus memulakan
pembelajarannya seterusnya boleh mengakibatkan kehilangan maklumat seperti tarikh
tutorial pertama, tarikh hantar tugasan serta maklumat kursus yang lain. Ini disebabkan
semua maklumat haruslah didapatkan oleh pelajar melalui talian internet yang
menghubungkan mereka dengan pusat pembelajaran mereka.
Berbeza dengan pelajar di kelas-kelas tradisional (kelas biasa) di mana para
pensyarah yang menyusun jadual, sentiasa memberitahu pelajar apa yang perlu dibuat dan
sentiasa memastikan pelajarnya belajar apa yang sepatutnya mereka belajar, para e-learner
terpaksa menyelesaikan pemasalahan itu sendiri. Mereka harus bijak menangani masalah ini
sendiri supaya pembelajaran mereka berkesan. Susah bukan? Sebenarnya tidak, cuma yang
perlu ada pada setiap individu yang terlibat adalah penumpuan terhadap apa yang mereka
jalani ketika ini. Di samping itu, tidak perlu malu sekiranya menghadapi masalah, terus
maklumkan kepada tutor supaya mereka tahu apa yang tidak kena dan ianya boleh diperbaiki
segera.
2.1.2

Pengurusan masa
Pengurusan masa yang bijak merupakan kemahiran vokasional yang kurang

dimiliki oleh kebanyakan individu yang terlibat dengan pembelajaran elektronik ini.
Kebiasaannya disebabkan oleh kesibukan tugasan di tempat kerja, terpaksa menghadiri
seminar dan kursus yang lain berkaitan kerjaya akan mengakibatkan mereka tidak dapat
menghadiri kelas tutorial yang dirancang pada tarikh tertentu. Begitu juga untuk meluangkan
waktu membaca dan menyiapkan tugasan, serta mengakses internet merupakan kekangan
bagi elearner yang bekerja sedangkan hampir keseluruhan pembelajaran mereka menuntut
mereka berada di talian lebih kerap.
Justeru itu, bagi mengatasi masalah ini, para e-learner ini haruslah
menguruskan masa dengan lebih baik seperti mengadakan jadual waktu sendiri yang disusun
mengikut keutamaan di mana harus diletakkan masa bekerja, masa rekreasi dan masa belajar.
Selain itu sentiasa mengambil tahu tarikh-tarikh penting seperti tarikh hantar tugasan dan
tarikh tutorial untuk mengelakkan daripada terlepas tarikh penting. Di samping itu, kenal
pasti masa dan ketika yang paling efektif digunakan untuk menumpukan perhatian kepada

4 Learning Skills for Open and Distance Learners

belajar dan menyiapkan tugasan. Elakkan sebarang bentuk gangguan pada ketika ini seperti
panggilan telefon, rancangan televisyen supaya dapat membaca buku, menyiapkan tugasan
dan bekerja di hadapan komputer.
2.1.3

Sokongan keluarga
Siapa yang mengambil/menghantar anak ke sekolah? Siapa harus menjaga

orang tua anda? Persoalan-persoalan ini secara tidak langsung mengganggu tahap penumpuan
terhadap pembelajaran. Adakah ahli keluarga sanggup menerima e-leaners kembali sebagai
seorang pelajar. Lantaran itu, sokongan keluarga pada ketika ini amat diperlukan. Sebagai
individu yang terlibat secara langsung dalam sistem pendidikan ini, maka perlulah ahli
keluarga diberitahu akan perubahan perubahan yang berlaku sepanjang anda bergelar
pelajar.

2.2 Peranan institusi dan infrastruktur yang disediakan


Seandainya institusi yang memberi peluang kepada e-pembelajaran ini
berfungsi dengan baik, semua pihak yang terlibat di bahagian pentadbiran dan juga tutor
dapat mengetahui perkembangan serta pencapaian pelajar mereka. Selain itu, pihak institusi
juga dapat menilai sejauhmana mereka boleh membantu elearners mereka. Oleh
itu ,Learning Management System(LMS) yang diperkenalkan oleh semua institusi yang
menganjurkan program sebegini merupakan komponen yang terpenting dalam sistem
infrastruktur e-pembelajaran. Pelbagai nama digunakan bagi sistem ini, contohnya, Open
University Malaysia menggunakan Learning Management System(LMS) dan University
Iowa Amerika Syarikat sebagai Academic Success Centre (ASC)
2.2.1

Berasa terpencil dan jauh


Disebabkan cara belajar hanya berada di atas talian internet secara jarak

jauh,elearner mungkin tidak mengetahui atau mengenali rakan-rakan dan tutor pembimbing
mereka secara dekat lantaran inilah ada ketikanya mereka akan berasa terpencil dan jauh
daripada kawan-kawan dan tutor terutama ketika menghadapi masalah pembelajaran yang
tidak dapat diselesaikan.

5 Learning Skills for Open and Distance Learners

Tambahan pula pada ketika itu elearners berada di kawasan yang tidak
mempunyai liputan internet, pasti kesukaran yang dihadapi membuatkan mereka berasa
terlalu jauh dari segala jenis bantuan.
Ada ketikanya, elearners juga akan mempunyai perasaan malu untuk
menyuarakan komen serta pandangan mereka apabila mereka membaca rakan-rakan lain
mempunyai pola bahasa yang cantik ketika menyoal atau memberi pandangan di ruangan
forum yang disediakan. Malu seandainya persoalan mereka itu akan kelihatan bodoh.
Walau bagaimanapun, bagi menjadikan elearners mengenali lebih dekat
rakan dan tutor mereka serta tidak ketinggalan, seharusnya beberapa langkah perlu diambil
bagi mengatasi masalah sebegini. Di antara beberapa cara yang boleh diambil adalah :
Melibatkan diri secara aktif . Sentiasa menyumbangkan idea, pandangan dan komen
kepada topik yang dipelajari.
Jangan dijadikan alasan pada pola bahasa yang tidak cantik bagi mengemukakan
soalan. Soalan yang dikemukakan haruslah spesifik, jelas dan mudah difahami.
Sentiasa menyertai ruangan forum. Jika tidak sertai bagi tempoh masa beberapa hari,
kita akan ketinggalan dan susah untuk mengejar rakan-rakan lain.
Tidak perlu risau kepada rakan-rakan yang lebih pandai kerana melalui epembelajaran, masa yang banyak boleh digunakan untuk memikirkan jawapan atau
respon yang ungin diutarakan.

2.2.2 Jawapan segera


Masalah lain yang sering dihadapi oleh elearners adalah kesukaran untuk
menyelesaikan masalah yang memerlukan tindakan dan jawapan segera. Misalnya, apabila
seseorang itu menghadapi masalah di dalam tugasan kursus, dan memerlukan penerangan
daripada tutor/pensyarah tetapi ketiadaan pensyarah pada ketika itu menyebabkan persoalan
dan kemusykilan yang wujud itu tidak terungkai.
Dengan demikian, sentiasa mengambil kesempatan di atas semua peluang
yang diberikan melalui e-pembelajaran itu seperti soalan-soalan peperiksaan lepas, kuiz dan

6 Learning Skills for Open and Distance Learners

soalan ujian di dalam modul. Kebanyakan program e pembelajaran ini memberikan sumber
tambahan yang boleh digunakan selepas kelas seperti lembaran kerja dan nota-nota padat
yang boleh digunakan sebagai rujukan.
Sesetengah institusi mempunyai Help Desk kepada para pelajarnya.
Sekiranya menghadapi masalah, jangan malu untuk menghubungi Help Desk ini.

2.3 Aplikasi komputer sebagai asas pembelajaran


Umum sedia maklum apabila disebut sahaja komputer ini bermakna ia adalah satu
perkakasan yang paling penting di mana ia mempunyai pelbagai kemajuan teknologi
berkaitan dengan pembelajaran di atas talian
2.3.1 Akses ke internet
Ini merupakan cabaran yang paling hebat terpaksa dihadapi oleh kebanyakan
e-learners terutama bagi mereka yang baru mengenali dunia perkomputeran kerana
penggunaan komputer ini tidak diperlukan di kelas-kelas tradisional. Para e-learners mesti
mempunyai kecekapan menggunakan semua perkakasan asas seperti tetikus dan papan
kekunci. e-Learners juga harus tahu mengakses ke internet serta tahu menggunakan
perkhidmatan jaringan dunia ini. Bagi para pelajar ini kemahiran menguruskan fail-fail yang
terkandung di dalam komputer serta pencarian bahan dan sumber rujukan merupakan
masalah yang paling kompleks terutama bagi mereka yang baru mengenali dunia internet.
Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini setiap daripada e-learners
mestilah mempertingkatkan ilmu pengetahuan bagi menyelesaikan masalah ini dengan
pelbagai cara yang sesuai menurut individu berkenaan sekuarang-kurangnya dengan
pengetahuan asas penggunaan komputer . E-learners mesti mempelajari teknik mencari
paling tepat halaman web dan alamat (URL) yang betul dengan topik yang ingin dicari bagi
mendapatkan lingkungan komunikasi dan penilaian yang sebenar.

2.3.2

Penggunaan sistem yang kurang berkesan


Seperkara lagi yang sering menjadi masalah kepada e-learners adalah

penggunaan sistem yang kurang berkesan. Masalah ini timbul terutama bagi pelajar-pelajar

7 Learning Skills for Open and Distance Learners

yang tinggal di kawasan yang jauh ataupun tiada rangkaian internet di situ. Walaupun elearners memegang prinsip pembelajaran di atas talian boleh dilaksanakan tanpa mengira
batas tempat dan waktu, namun apabila timbul masalah tiada rangkaian sistem ini akan
menyebabkan mood untuk belajar menurun.
Selain daripada itu, penggunaan komputer lama yang tidak mengikut
perkembangan dunia terkini juga akan menimbulkan masalah. Sebagai contoh, penggunaan
modem yang mempunyai kelajuan yang rendah jika dibandingkan dengan yang terkini
kapisiti lebih laju akan mengakibatkan pelajar yang menggunakan modem lama akan
ketinggalan dari segi masa dan perolehan data dan maklumat. Selain itu, akan menyebabkan
rasa kecewa dan bosan dalam diri e-leaners".
Justeru itu, sebelum memulakan pembelajaran, tugasan ataupun pencarian
yang melibatkan penggunaan komputer, pastikan komputer itu telah mempunyai sistem yang
dikehendaki oleh pembelajaran di atas talian itu. Jika tidak pasti, para e-learners boleh
meminta bantuan daripada mereka yang lebih pakar dalam bidang ini seperti mereka yang
terlibat secara langsung dengan komputer (juruteknik makmal yang ada di sekolah).
Pembelajaran yang menggunakan sistem komputer yang tidak baik umpama menonton
televisyen tanpa audio- cuma tahu separuh daripada maklumat yang ingin disampaikan,
ataupun menerima maklumat yang salah.
Di samping itu, sebagai e-learners, seharusnya mengambil tahu teknikal
spesifikasi yang dibekalkan . Kebanyakan e-pembelajaran akan memberi maklumat
berkenaan dengan peranti keras dan perisian komputer yang digunakan. Sebagai elearners
kita hendaklah memastikan komputer yang dimiliki mempunyai ciri-ciri yang sama dengan
yang dibekalkan oleh institusi. Jangan tunggu sehingga waktu kita perlu akses maklumat di
talian institusi berkenaan barulah disedari bahawa sistem yang digunakan berbeza dengan apa
yang kita miliki.
Bagi elearners yang kurang mahir dalam penggunaan komputer, belajarlah
sekurang-kurangnya tahu cara memproses maklumat, menghantar dan menerima email, serta
pencarian maklumat di internet.
PENUTUP

8 Learning Skills for Open and Distance Learners

Tidak dinafikan lagi dengan perkembangan teknologi terkini turut membawa


perubahan kepada sistem pembelajaran di mana sekarang telah wujud e-pembelajaran.
Terdapat banyak kebaikan belajar secara di atas talian ini, namun tidak dinafikan terdapat
beberapa masalah yang dihadapi oleh para pelajarnya. Di dalam tugasan ini saya telah
mengupas beberapa permasalahan yang dihadapi oleh elearners serta jalan
penyelesaiannya. Masalah-masalah tersebut boleh dirangkumkan di bawah tiga aspek utama
iaitu konflik diri elearners itu sendiri,peranan institusi dan infrastruktur yang disediakan
dan aplikasi komputer sebagai asas pembelajaran. Jalan penyelesaian meliputi cara-cara
mengatasi masalah tersebut juga dinyatakan. Kesimpulannya, tidak ada kejayaan yang
datang tanpa usaha jitu.

RUJUKAN

9 Learning Skills for Open and Distance Learners

J.Banks.(2007).Adult Learner in Higher Education: Barrier To Success and Strategies


To Improve.Boston.Brood St.

Rozinah Jamaluddin.(2007). Internet Dalam Pendidikan.Penang.USM

Ecelearn Ltd.(2005).Success for eLearners.


(online)Available:http://www.ecelearn.com/index.php?page=94 (18.9.2008)

Iowa State University.(n.d).eLearner computer based learning.(online) Available :


http://www.dso.iastate.edu/asc/academic/elearner/benefits.html (18.9.2008)

Vous aimerez peut-être aussi