Vous êtes sur la page 1sur 2

APLIKASI

KAEDAH CSL PMR


KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
Lihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang pelajar yang
cemerlang. Panjang huraian hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

CIRI-CIRI PELAJAR
CEMERLANG

Menghargai
masa
Tugasan
Tema
Kata kunci

:
:
:

Tekun

Berbudi bahasa

ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang


pelajar yang cemerlang
ciri-ciri

PENDAHULUAN
Ayat 1:
Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan.............................................................(sebutkan
TEMA
tema) saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita.
Ayat 2 :
Persoalannya, apakah...........................(salin selepas perkataan tentang dalam soalan) dan
TUGASAN
berakhir dengan tanda soal (?)
Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan pelajar yang cemerlang saban waktu diwara-warakan dalam media
arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang?
ISI PERTAMA
(ISI)
Ayat 1
(HURAIAN + CONTOH
Ayat 2
ISI KEDUA
(ISI + CONTOH)
Ayat 1
(HURAIAN)
Ayat 2
ISI KETIGA
(ISI + HURAIAN)
Ayat 1
(CONTOH)
Ayat 2

Pada pendapat saya, KATA KUNCInya + ialah + ISI 1


Pada pendapat saya, salah satu cirinya ialah tekun.
Hal ini dikatakan demikian kerana + Contoh + Impak
Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar yang rajin dan sentiasa mengulangkaji
pelajaran akan mencapai kejayaan dalam akademik.

PENANDA WACANA + ISI + CONTOH + juga merupakan + TUGASAN


Selain itu, pelajar yang berbudi bahasa seperti menghormati guru-guru juga
merupakan ciri pelajar yang cemerlang.
Dengan ini + HURAIAN
Dengan ini, mereka akan disukai oleh guru-guru dan rakan-rakan.

KATA KUNCI + yang berikutnya ialah + ISI + HURAIAN


Ciri yang berikutnya ialah pelajar yang menghargai masa kerana masa lapang
akan diisi dengan aktiviti yang mendatangkan faedah.
Sebagai contoh, + CONTOH
Sebagai contoh, mereka mengisi masa lapang dengan mengunjungi perpustakaan.

KESIMPULAN
Rumus
Saranan +
Harapan

Ayat 1

Kesimpulannya, + sasaran + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani +


Tema + agar + Harapan + Peribahasa
Kesimpulannya, setiap pelajar mestilah berusaha untuk menjadi pelajar yang
cemerlang agar mereka berjaya dalam hidup kerana di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan!

Karangan Lengkap:
Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan pelajar yang cemerlang saban waktu diwara-warakan
dalam media arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang?
Pada pendapat saya, salah satu cirinya ialah tekun. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar yang
rajin dan sentiasa mengulangkaji pelajaran akan mencapai kejayaan dalam akademik.
Selain itu, pelajar yang berbudi bahasa seperti menghormati guru-guru juga merupakan ciri pelajar
yang cemerlang. Dengan ini, mereka akan disukai oleh guru-guru dan rakan-rakan.
Ciri yang berikutnya ialah pelajar yang menghargai masa kerana masa lapang akan diisi dengan
aktiviti yang berfaedah. Sebagai contoh, mereka mengisi masa lapang dengan mengunjungi perpustakaan.
Kesimpulannya, setiap pelajar mestilah berusaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang agar
mereka berjaya dalam hidup kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Vous aimerez peut-être aussi