Vous êtes sur la page 1sur 10

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

PENGGUNAAN KAEDAH HOME GATE BAGI MENYELESAIKAN


PERIMETER BENTUK GABUNGAN DALAM KALANGAN MURID
LEMAH MATEMATIK TAHUN 5
Oleh:
Nor Hamiza Binti Hamzah & Norizah Binti Ahmad
Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail
emyzahamzah@yahoo.com & norizah@ipgmkdri.edu.my
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu murid lemah Tahun 5 dalam
menyelesaikan perimeter bentuk gabungan melalui kaedah Home Gate.
Seramai empat orang murid Tahun 5 Amanah Sekolah Kebangsaan Bukit Tok
Beng terlibat secara langsung sebagai peserta kajian ini. Tinjauan awal telah
dilakukan melalui pemerhatian sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran,
analisis dokumen, Ujian Diagnostik dan Ujian OTI. Hasil tinjauan
menunjukkan terdapat 4 orang murid masih tidak dapat menguasai konsep
perimeter dan sering melakukan kesilapan sewaktu menjawab soalan
berkenaan perimeter bentuk gabungan. Sebanyak 4 kali sesi rawatan
intervensi dijalankan bagi membantu peserta kajian menjawab soalan
perimeter bentuk gabungan menggunakan kaedah Home Gate. Terdapat 6
langkah utama dalam kaedah ini iaitu Bayangkan, Warnakan, Lukis
Semula, Label dan Nombor, Senaraikan, dan Kirakan. Dapatan
terhadap analisis perbandingan ujian pra dan ujian pasca menunjukkan
terdapat peningkatan peratusan skor ujian pra dan ujian pasca bagi keempatempat peserta kajian. Analisa menunjukkan dua orang peserta kajian yang
mencatatkan peningkatan skor tertinggi sebanyak 87.5% , manakala dua orang
peserta kajian lain mencatatkan 75% dan 62.5% . Terdapat empat jenis
kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian semasa menyelesaikan soalan
perimeter bentuk gabungan yang telah dikenalpasti iaitu kesilapan konsep
perimeter, kesilapan penambahan, kesilapan dalam memahami simbol, dan
kesilapan dalam mencari nilai tersembunyi. Aspek ketelitian amat ditekankan
kepada murid apabila menyelesaikan soalan berkaitan perimeter bentuk
gabungan.
kata kunci : perimeter, bentuk gabungan
PENDAHULUAN
Matematik boleh dilihat daripada tiga perspektif iaitu Matematik sebagai alat untuk
berperanan secara berkesan dalam kehidupan seharian, Matematik sebagai alat untuk
berfungsi dalam dunia teknologi moden dan Matematik sebagai satu sistem yang tersendiri.
(Sufean Hussin ( 1992 ). Menurut Sufean Hussin ( 1992 ) juga, kesulitan yang dihadapi oleh
murid semasa pengiraan dalam Matematik boleh dikelaskan kepada dua iaitu kesulitan
dengan fakta asas dan kesulitan dengan algoritma.Pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai
oleh murid untuk mempelajari Matematik. Konsep Matematik amatlah penting dikuasai oleh
275

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

murid. Menurut Kheong Sia Chong ( 2011 ), Matematik adalah badan ilmu yang berpusat
kepada konsep-konsep seperti kuantiti, struktur, ruang, dan pertukaran. Matematik
berkembang melalui penggunaan peniskalaan dan logik, daripada pengiraan, penghitungan,
pengukuran, dan kajian kedudukan sistematik, bentuk, dan usul objek-objek fizikal.
Sehubungan dengan itu, guru seharusnya memainkan peranan yang amat penting dalam
membantu murid untuk memahami konsep dan menguasai kemahiran Matematik di sekolah.
Terdapat beberapa langkah yang dijalankan oleh pengkaji bagi mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh murid di kelas 5 Amanah. Antaranya ialah membuat pemerhatian sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, analisis dokumen, Ujian Diagnostik dan
analisis Ujian OTI 1 2013. Melalui tinjauan awal, pengkaji mendapati sebahagian besar
murid masih tidak menguasai kemahiran mengira perimeter bagi bentuk gabungan. Pengkaji
telah memilih 4 orang peserta kajian berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik dan OTI 1.
Melalui sesi intervensi yang dijalankan, pengkaji telah memperkenalkan satu kaedah baru
yang boleh digunakan oleh murid sewaktu menjawab soalan melibatkan perimeter bentuk
gabungan. Kaedah ini dinamakan Home Gate. Menerusi kaedah ini, terdapat enam langkah
utama iaitu Bayangkan, Warnakan, Lukis Semula, Label dan Nombor,
Senaraikan, dan Kirakan.
FOKUS KAJIAN
Kebanyakan murid mengganggap mata pelajaran Matematik adalah mata pelajaran yang
paling sukar dipelajari dan difahami. Hal ini disebabkan hampir kesemua daripada murid
gagal menguasai konsep Matematik yang diajar oleh guru sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Walaupun kelas 5 Amanah merupakan kelas yang memiliki murid
berpencapaian tinggi dan sederhana, masih terdapat segelintir daripada mereka menghadapi
kesukaran dalam membuat pengiraan perimeter bagi bentuk gabungan. Mereka seringkali
menambah setiap nilai yang diberi menerusi rajah tanpa mengambil kira konsep perimeter
iaitu ukur keliling.
Terdapat beberapa langkah yang dijalankan oleh pengkaji bagi mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh murid di kelas 5 Amanah. Antaranya ialah membuat pemerhatian sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, analisis dokumen, Ujian Diagnostik dan
analisis Ujian OTI 1 2013.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, pengkaji mendapati ramai diantara murid
mengalami masalah sewaktu menjawab soalan melibatkan perimeter bentuk gabungan.
Mereka tidak memahami konsep sebenar perimeter. Ini jelas dapat dilihat apabila murid
menambah kesemua nilai melalui rajah yang diberi. Nilai dalaman turut dimasukkan dalam
pengiraan perimeter. Selain itu, murid juga kelihatan pasif sewaktu proses pembelajaran
dijalankan. Terdapat segelintir murid yang mendiamkan diri dan tidak bergaul dengan rakan
lain. Ada juga yang tidak memberi perhatian sewaktu pengkaji menjalankan sesi
pembelajaran.
Menerusi analisis dokumen seperti lembaran kerja dan buku latihan murid, pengkaji
mendapati murid sering melakukan kesilapan dalam pengiraan. Ada juga diantara mereka
tidak menjawab soalan dan hanya meneka jawapan.
276

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk menguji penggunaan Kaedah Home Gate bagi menyelesaikan
perimeter bentuk gabungan dalam kalangan murid lemah Tahun 5 Amanah Sekolah
Kebangsaan Bukit Tok Beng.
Objektif Khusus
i)

ii)

Menentukan sama ada


kaedah Home Gate dapat membantu murid
menyelesaikan perimeter bentuk gabungan dalam kalangan murid lemah Tahun 5
Amanah
Mengenalpasti jenis-jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika melakukan
pengiraan perimeter bentuk gabungan.

Soalan Kajian
i)
ii)

Adakah penggunaan kaedah Home Gate dapat membantu murid menyelesaikan


perimeter bentuk gabungan dalam kalangan murid lemah Tahun 5 Amanah?
Apakah jenis-jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika membuat
pengiraan perimeter bentuk gabungan?
KUMPULAN SASARAN

Kajian tindakan ini telah melibatkan 4 orang murid tahun 5 Amanah di Sekolah Kebangsaan
Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu, Terengganu. Kelas 5 Amanah merupakan kelas pertama
daripada 3 buah kelas bagi Tahun 5. Peserta kajian yang dipilih adalah dalam kalangan murid
yang berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Matematik. Berdasarkan analisis Ujian
Diagnostik yang telah dijalankan, terdapat 4 orang murid yang telah dikategorikan sebagai
murid yang berpencapaian rendah iaitu memperoleh markah bawah 40 %. Oleh yang
demikian, mereka telah dipilih untuk dijadikan sebagai peserta kajian kajian. Tambahan lagi,
murid yang dipilih sebagai peserta kajian ini mempunyai disiplin dan sahsiah yang baik agar
memudahkan proses pengumpulan data dan sesi rawatan dijalankan.
Selain Ujian Diagnostik, pengkaji juga mengenalpasti peserta kajian yang dipilh
berdasarkan analisis dokumen seperti lembaran kerja. Berdasarkan analisis daripada Ujian
OTI 1 2013 lalu, seramai 4 orang murid yang mendapat gred yang rendah iaitu gred D
dengan markah yang kurang dari 40 %.
Kesemua peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada seorang
murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Kesemua mereka adalah berumur 11 tahun,
beragama Islam dan berbangsa Melayu.
TINDAKAN
Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih Model Stephen
Kemmis dan McTaggart ( 1988 ). Model ini terdiri daripada empat fasa utama iaitu mereflek
( reflect ), merancang (planning ), melaksana/bertindak ( act ), dan memerhati ( observe ).
Fasa-fasa model ini boleh dirumuskan seperti berikut :
277

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

Mereflek

Memerhati

Merancang

Bertindak

Rajah 1: Lingkaran penyelidikan tindakan yang dijalankan (model penyelidikan tindakan


Model Stephen Kemmis dan McTaggart ( 1988 )
Mereflek
Istilah mereflek merujuk kepada mengimbas kembali. Sebelum membuat perancangan,
pengkaji terlebih dahulu membuat refleksi mengenai kelemahan dan kekuatan sesi
pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Proses mereflek ini merupakan satu proses
yang penting. Menerusi kelemahan yang telah dikenalpasti sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, pengkaji boleh membuat penambahbaikan terhadap kelemahankelemahan tersebut.
Melalui pengalaman itu, pengkaji telah membuat refleksi bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran yang lalu bagi tajuk Bentuk dan Ruang semasa praktikum fasa II dan III.
Pengkaji mengenalpasti kesilapan-kesilapan murid melalui beberapa kaedah iaitu
pemerhatian, penyemakan buku latihan, dan lembaran kerja yang diberi. Menerusi ketiga-tiga
kaedah itu, pengkaji mendapati bahawa murid-murid sememangnya mengalami masalah
dalam topik tersebut. Namun begitu, pengkaji hanya ingin menumpukan terhadap masalah
murid dalam mengira perimeter bentuk gabungan. Semasa membuat pengiraan perimeter
bentuk gabungan, pengkaji mendapati murid sering membuat penambahan bagi kesemua
nilai yang diberi termasuk di bahagian dalam bagi bentuk tersebut.
Merancang
Dalam fasa kedua ini, pengkaji telah mula untuk mengenalpasti murid-murid yang
mengalami masalah dalam perimeter. Pengkaji telah menguji murid melalui Ujian Diagnostik
yang merangkumi keseluruhan Topik Bentuk dan Ruang bagi Tahun 5. Setelah ujian ini
dijalankan, pengkaji akan membuat penyemakan dan mengenalpasti fokus kajian yang ingin
dijalankan. Pengkaji telah mendapati murid sering mengalami masalah dalam menjaab soalan
perimeter. Kemudian, pengkaji menjalankan Ujian Pra terhadap mereka bagi mengenalpasti
278

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

kesilapan yang biasa dilakukan oleh mereka dalam mengira perimeter bagi bentuk gabungan.
Malah, pengkaji turut menjalankan sesi temubual bersama murid. Ujian Pra yang dijalankan
ini mengandungi 7 soalan kesemuanya.
Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid, pengkaji telah memilih beberapa
orang murid untuk dijadikan peserta kajian. Peserta kajian ini akan terlibat dalam sesi
rawatan di mana sesi ini bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka
dalam perimeter. Melalui sesi rawatan ini, pengkaji telah memperkenalkan kaedah yang
dikenali sebagai Kaedah Home Gate. Menerusi kaedah yang diperkenalkan, peserta kajian
akan diajar untuk menjawab soalan berkaitan dengan perimeter bentuk gabungan langkah
demi langkah. Selepas sesi rawatan dijalankan, pengkaji akan menjalankan ujian pos ke atas
peserta-peserta kajian.
Ujian Diagnostik

Ujian Pra

Temubual

Sesi rawatan

Ujian Pos

Temubual

Merekod dan menganalisis data

Rajah 2 : Ringkasan Perancangan

Melaksana
Menerusi fasa ini, pengkaji akan menjalankan sesi rawatan bersama peserta kajian dengan
menggunakan kaedah Home Gate. Dengan menggunakan kaedah ini, pengkaji akan
membantu mereka dalam menjawab soalan pengiraan perimeter bentuk gabungan dengan
mudah. Berikut merupakan langkah-langkah dalam menyelesaikan soalan perimeter dengan
menggunakan kaedah Home Gate:
1)
2)
3)
4)
5)
6)

Bayangkan ( Imagine )
Warnakan ( Colour )
Lukis semula ( Draw )
Label dan nombor ( Label and number )
Senaraikan ( List )
Kirakan ( Count )

Memerhati

279

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

Menerusi fasa ini, pengkaji akan melihat sejauh mana penguasaan peserta kajian dalam
menjawab soalan perimeter bentuk gabungan yang diberi setelah menggunakan Kaedah
Home Gate. Perubahan penguasaan ini dapat diukur dan dilihat menerusi Ujian Pos yang
dijalankan ke atas peserta-peserta kajiannya setelah sesi rawatan berakhir. Selain itu juga,
pengkaji akan menjalankan sesi temu bual bersama peserta kajian mengenai kaedah baru
yang digunakan dalam menjawab soalan berkaitan dengan perimeter bentuk gabungan.
Melalui proses temu bual ini, pengkaji dapat melihat pandangan peserta kajian mengenai
kaedah yang diperkenalkannya.
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Menentukan sama ada kaedah Home Gate dapat membantu murid menyelesaikan
perimeter bentuk gabungan dalam kalangan murid lemah Tahun 5 Amanah
Jadual 6.3 :
Perbandingan Skor Pencapaian Peserta Kajian dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca
Peserta
Kajian

Ujian Pra
( /8)

Skor
(%)

Ujian Pasca
( / 8)

Skor
(%)

Peningkatan
Skor ( % )

Hasrul

12.5

87.5

75.0

Zafirah

87.5

87.5

Sarimah

87.5

87.5

Liyana

62.5

62.5

Jadual 6.3 menunjukkan peratusan bagi peningkatan skor ujian pra dan ujian pasca bagi
keempat-empat peserta kajian. Analisa menunjukkan dua orang peserta kajian iaitu Zafirah
dan Sarimah yang mencatatkan peningkatan skor tertinggi sebanyak 87.5% terhadap
penguasaan dalam mengira perimeter bentuk gabungan dengan menggunakan kaedah Home
Gate. Ini bermakna kedua-dua peserta kajian ini berjaya menjawab 7 daripada 8 item
dengan tepat sewaktu ujian pasca dijalankan.
Sementara itu, Hasrul berjaya menunjukkan peningkatan skor sebanyak 75.0%.
Diikuti dengan Liyana yang mencatatkan peningkatan skor sebanyak 62.5% benbanding
ujian pra 0%. Secara kesimpulannya, kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang
begitu ketara dan melebihi 50% dalam menyelesaikan soalan berkaitan perimeter bentuk
gabungan menggunakan kaedah Home Gate.

280

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

Graf Peningkatan Skor Peserta Kajian Bagi Ujian Pra Dan Ujian
Pasca

peningkatan Skor ( % )

90
80
70
60
50
40

75

87.5

87.5
62.5

30
20
10
0
Hasrul

Zafirah

Sarimah

Liyana

Peserta Kajian

Rajah 6.3 : Graf peningkatan skor peserta kajian sewaktu ujian pra dan ujian pasca
Rajah 6.3 menunjukkan graf peningkatan skor peserta kajian sewaktu ujian pra dan ujian
pasca. Zafirah dan Sarimah kedua-duanya mencatatkan peningkatan skor tertinggi iaitu
sebanyak 87.5% kerana berkemungkinan mereka lebih berhati-hati daripada melakukan
kesilapan sewaktu menjawab soalan pasca . Mereka didapati menggunakan kaedah Home
Gate dengan baik. Ini terbukti apabila jalan pengiraan yang ditunjukkan oleh kedua-dua
peserta kajian ini adalah mengikut langkah-langkah yang diperkenalkan dalam kaedah
Home Gate.
Sementara itu, Hasrul pula mencatatkan peningkatan skor kedua tertinggi iaitu sebanyak
75.0% diikuti oleh Liyana yang mencatatkan peningkatan sebanyak 62.5%. Melalui
pemerhatian yang dijalankan sewaktu ujian pasca yang dijalankan, didapati Liyana dan
Hasrul melakukan kesilapan kecil umpama kecuaian dalam membuat pengiraan perimeter
dan tertinggal salah satu nilai untuk ditambah dalam pengiraan.
Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya kesemua peserta kajian mampu menunjukkan
peningkatan skor semasa ujian pasca. Hal ini jelas membuktikan mereka dapat
menyelesaikan soalan berkaitan perimeter bentuk gabungan dengan menggunakan Kaedah
Home Gate.

281

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

Graf Perbandingan Antara Skor Pencapaian Peserta Kajian Bagi Ujian


Pra Dan Ujian Pasca
7

7
6

Skor

5
4
3
2

0
Hasrul

Zafirah

Sarimah

Liyana

Peserta Kajian
Ujian Pra

Ujian Pasca

Rajah 6.4 : Graf perbandingan antara skor pencapaian peserta kajian bagi ujian pra dan ujian
pasca

Berdasarkan rajah di atas, kesemua peserta kajian mampu menunjukkan peningkatan skor
semasa ujian pasca. Hal ini jelas membuktikan mereka dapat menyelesaikan soalan berkaitan
perimeter bentuk gabungan dengan menggunakan Kaedah Home Gate.
Mengenalpasti jenis-jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika melakukan
pengiraan perimeter bentuk gabungan.
Terdapat empat jenis kesilapan yang dikenalpasti oleh pengkaji :
1)
2)
3)
4)

Kesalahan konsep perimeter


Kesilapan dalam penambahan
Kesilapan dalam memahami simbol
Kesilapan dalam mencari nilai tersembunyi.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Perbandingan Pencapaian Peserta Kajian Dalam Ujian Pra Dan Ujian Pasca
Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap hasil pencapaian peserta kajian
dalam menyelesaikan soalan berkaitan perimeter bentuk gabungan apabila menggunakan
kaedah Home Gate. Ini dapat dibuktikan melalui peningkatan skor yang ditunjukkan oleh
semua peserta kajian sewaktu ujian pra dan ujian pasca.
Terdapat dua orang peserta kajian yang berjaya menunjukkan peningkatan skor sebanyak
87.5% apabila berjaya menjawab tujuh daripada lapan item dengan betul sewaktu ujian
282

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

pasca. Manakala dua orang lagi peserta kajian masing-masing mencatatkan 75% dan 62.5%
dalam ujian pasca. Keempat-empat peserta kajian berjaya menunjukkan peningkatan skor
melebihi 50% dalam ujian pasca. Ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah Home
Gate dapat membantu murid lemah Matematik menjawab soalan berkaitan perimeter bentuk
gabungan.
Jenis-jenis Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Murid Sewaktu Menyelesaikan Soalan
Berkaitan Perimeter Bentuk Gabungan.
Dapatan yang kedua menunjukkan terdapat empat jenis-jenis kesilapan yang dapat
dikenalpasti menerusi jalan pengiraan yang dibuat oleh peserta kajian sewaktu menjawab
soalan . Kesilapan ini dikenalpasti melalui pemerhatian dan penyemakan dokumen seperti
ujian pra, ujian pasca dan lembaran kerja yang diberikan sepanjang sesi rawatan.
Kesilapan pertama yang dilakukan oleh peserta kajian ialah kesalahan konsep. Kesalahan
konsep yang dimaksudkan ialah konsep perimeter. Melalui analisis item yang dilakukan ke
atas setiap peserta kajian, didapati mereka masih tidak memahami konsep perimeter iaitu
ukur keliling. Bagi bentuk gabungan atau composite shape, murid sering kali
mengganggap garisan di bahagian dalam bentuk tersebut termasuk dalam pengiraan
perimeter keseluruhan. Ada juga di antara mereka yang
Kesilapan kedua yang dilakukan oleh peserta kajian ialah kesilapan dalam penambahan.
Peserta kajian sering melakukan kecuaian sewaktu menambah nombor sama ada ia
melibatkan proses pengumpulan semula atau pun tidak. Pengkaji mendapati peserta kajian
tidak membuat penyemakan semula pengiraan yang dibuat selepas menjawab soalan
perimeter. Ini menyebabkan mereka mendapat jawapan yang salah walaupun jalan pengiraan
yang diberikan menepati kehendak pengkaji. Kesilapan ini turut berlaku apabila peserta
kajian didapati hanya mengira perimeter rajah secara spontan tanpa membuat pengiraan
dalam bentuk lazim.
Kesilapan ketiga yang dikenalpasti oleh pengkaji ialah kesilapan dalam memahami simbol.
Simbol yang dimaksudkan ada dua iaitu anak panah (
) dan simbol sama nilai
( I atau II ) . Peserta kajian didapati keliru dan silap memahami simbol sama nilai yang
ditunjukkan melalui rajah. Oleh yang demikian, mereka telah melabel dengan nilai yang
berbeza walaupun sebenarnya kedua-duanya mempunyai nilai yang sama. Bagi simbol anak
panah pula, peserta kadangkala tidak sedar bahawa simbol yang diberikan melambangkan
keseluruhan.
Kesilapan keempat yang dikenalpasti ialah kesilapan dalam mencari nilai
tersembunyi. Peserta kajian didapati gagal mencari nilai tersembunyi walaupun telah diberi
petunjuk melalui nilai lain. Mereka sering meneka nilai kerana tidak tahu bagaimana cara
untuk mencari nilai tersembunyi.

283

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

RUJUKAN
Chua.Y.P. ( 2011 ). Kaedah Penyelidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur. Mc Graw Hill
Sdn.Bhd.
Mok.S.S. ( 1993 ). Pengajian Matematik Untuk Kursus Perguruan. Ipoh, Perak.
Rosinah Edinin. ( 2011 ). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Kuala Lumpur.
Freemind Horizon Sdn.Bhd.
Shafie bin Yusuf.,Marline binti Yusuf. ( 2000 ). Asas Pemulihan Dan Penguasaan
Matematik. Kuala Lumpur. Aspirasi Teras Sdn.Bhd.
Sufean Hussin. ( 1992 ). Pengajaran Matematik KBSR Strategi Membina Kemahiran. Kuala
The.E.K., Teoh.T.S., Khoo.C. ( 1989 ). Matematik Tingkatan 1 KBSM. Selangor Darul
Ehsan. Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.
Ting.L.S.,Ahmad Sabry bin Othman.,Ting.H.Y. ( 2013 ). Penyelidikan Tindakan Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur. Freemind Horizons Sdn.Bhd.
Lumpur. Watan Sdn.Bhd.
http://nurkasihwatie.blogspot.com/2011/06/geometers-sketchpad-gsp-dalam
matematik.html. Diakses pada 6 Februari 2013
http://eprints.utm.my/13429/1/JSME-2011-2-005.pdf. Diakses pada 6 februari 2013
http://www.scribd.com/doc/95408116/kajian-tindakan-sme. Diakses pada 8 februari 2013
http://matematik.skseriampang.net/WebPanitiaMatematik%202012/Doc.Pan.Matematik/
Kajan%20Tindakan.pdf . Diakses pada 9 Februari 2013
http://eprints.utm.my/10568/1/Rekacipta__.pdf. Diakses pada 9 Februari 2013

284

Vous aimerez peut-être aussi