Vous êtes sur la page 1sur 33

HBMT 3203

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

SEMESTER /SEMESTER

SEPTEMBER 2014 SEMESTER

KOD KURSUS/COURSE CODE

HBMT3203

TAJUK KURSUS/COURSE TITLE

PENGAJARAN MATEMATIK
SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN IV

NO. MATRIKULASI

NO. KAD PENGNEALAN

NO. TELEFON

E-MEL

PUSAT PEMBELAJARAN

UNIVERSITI TERBUKA
MALAYSIA, MIRI

HBMT 3203

NO

PERKARA

MUKA
SURAT

1.0

Pengenalan

3-4

2.0

Maklumat Carian Internet: Artikel-artikel Penggunaan

5-12

Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Matematik Sekolah Rendah.
3.0

Cabaran Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan

13-15

Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah.


4.0

Aktiviti Pengajaran Bentuk Dan Ruang Dengan

16-27

menggabungkan Teknologi Terkini.

5.0

Kesimpulan.

28

6.o

Bibliografi.

29-30

7.0

Lampiran.

31

HBMT 3203

1.0 Pengenalan
Kanak-kanak sekolah sekarang sentiasa dikelilingi dan dipenuhi dengan
teknologi, penggunaan komputer, telefon pintar, melayari laman web di internet telah
menjadi sesuatu kebiasaan dan telah dapat dikuasai sejak mereka kecil lagi. Sebagai
warga pendidik Matematik di sekolah kita perlu meningkatkan keprofesionalisme sendiri
dalam tahap penguasaan penggunaan pelbagai perisian dan alat teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik untuk memenuhi keperluan dan permintaan
kanak-kanak di sekolah rendah lagi.
Menurut Fatimah&Munirah, 1995; PPK, 1993; Nik Azis, 1989, kurikulum
matematik tidak dapat lari daripada arus perkembangan teknologi. Cockcroft(1982) juga
menyarankan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran matematik dapat memperbaiki
kualiti pengajaran matematik dan merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus
matematik. Multimedia yang membenarkan integrasi dan manulasi video, audio, teks,
grafik dan animasi dapat memudahkan dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep
matematik dan menjadikan aktiviti pembelajaran matematik lebih menarik dan
menyeronokan.
Dalam tugasan ini, saya akan melaksanakan carian di internet untuk artikel-artikel
mengenai penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah
rendah. Seterusnya cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam penggunaan
komputer, telefon pintar, perisian pendidikan, laman web di internet, pakej pembelajaran
dan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik rendah di
Malaysia akan dibincangkankan secara terperinci. Selain daripada itu, saya juga akan
mencadangkan bagaimana saya boleh menggabungkan teknologi terkini untuk
merekabentuk satu aktiviti pengajaran bagi satu topik dalam matematik sekolah rendah,
saya akan menjalankan pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid tahun 5 dalam
topik Bentuk dan Ruang. Saya akan menggunakan teknologi Komputer dan Perisian
Matematik dalam aktiviti pengajaran tersebut.

HBMT 3203

2.0 Maklumat Carian Internet: Artikel-artikel Penggunaan Teknologi Dalam


Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah.
2.1 Artikel Pertama- Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik.(Link:http://www.geocities.ws/pluto_stewart/ARTIKEL_ILMIAL_3.htm)
Artikel ini telah menyatakan teknologi elektronik seperti kalkulator dan komputer
telah mengubahsuai dan sangat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Teknologi elektronik ini termasuk kalkulator grafik dan program komputer seperti (The
Geometer's Sketchpad ) GSP , MS-EXCEL , The World Wide Web (WWW ) dan
program- program yang lain. Kemudahan teknologi elektronik ini dapat mengambarkan
idea matematik secara visual, menganalisis data dan mengira dengan cekap dan tepat.
Sehubungan itu ia dapat membantu murid-murid dalam membuat pengiraan matematik
dalam geometri, stastik, algebra, pengukuran dan nombor. Selain daripada itu, teknologi
elektronik ini menolong murid-murid semasa membuat keputusan, membuat refleksi,
penaakulan dan menyelesaikan masalah yang melibatkan dalam perkara matematik.
Sebagai guru matematik kita perlu bijak menggunakan alat teknologi untuk
membantu murid-murid mempelajari idea-idea matematik dengan tahap keberkesanan
yang maksimum. Guru perlu memperkayakan pembelajaran matematik dengan memilh
alat teknologi yang sesuai. Contohnya kalkulator dan komputer boleh mengkaji dan
mempersembahkan

pelbagai

bentuk

contoh-contoh

penyelesaian

masalah

jika

dibandingkan dengan kemampuan asas tangan kita. Teknologi grafik secara visual dapat
membantu murid-murid dalam pembelajaran grafik. Dengan adanya bantuan teknologi
maka murid-murid dapat mengkaji dan membuat konjektur dengan lebih tepat dan
mudah. Proses pengiraan dan penyelesaian masalah dalam metamatik akan menjadi lebih
mudah, ringkas dan tepat, masalah matematik yang tiada penyelesaian dahulu dapat
diselesaikan dengan penggunaan alat teknologi yang dicipta sekarang seperti kalkulator
dan komputer.
Menurut artikel tersebut, teknologi juga dapat menolong murid-murid dengan
memudahkan pemahaman idea-idea matematik yang abstrak dan membantu dalam
4

HBMT 3203

penyiasatan masalah matematik dan menunjukkan maklum balas perubahan bentuk objek
atau ukuran secara spontan . Contohnya , pemindahan satu titik pada objek akan
mengubah bentuk objek tersebut dalam GSP , perubahan nilai data akan mengubah nilai
data berkaitan seterusnya secara spontan dalam MS-EXCEL. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran sebegini dapat menggalakan penglibatan murid-murid dan guru dalam
kelas secara lebih aktif. Mereka akan saling berbincang tentang perubahan-perubahan
yang berlaku pada objek atau data di atas skrin. Perisian matematik yang dicipta
kepelbagaian juga dapat menarik perhatian murid-murid dan mereka akan berasa lebih
seronok dan mencabar semasa mengira dan menyelesaikan masalah metamatik dalam
kelas.
Teknologi dapat membantu guru dalam menghubungkaitkan perkembangan
kemahiran prosedur matematik kepada perkembangan pemahaman matematik secara
menyeluruh. Murid-murid dapat memanipulasikan objek-objek atau logo pada skrin
komputer yang sebelum ini cuma dapat dibayangkan sahaja. Teknologi geometri akan
memudahkan pemahaman penjelmaan objek-objek seperti translasi , putaran , pantulan
dan pembesaran. Walaubagaimana pun, menurut artikel teknologi tidak dapat
menggantikan peranan guru matematk. Gurulah yang membuat keputusan untuk memilih
kaedah teknologi yang paling sesuai dan berdasarkan situasi sekolah serta keperluan
murid-murid. Satu konsep yang penting di sini ialah guru matematik bukan mengajar
murid-murid menguasai ilmu penggunaan teknologi tetapi mengajar murid-murid
memahami konsep-konsep matematik dan kaedah penyelesaian masalah metamatik
dengan bantuan alat teknologi yang sesuai supaya hasil dapatan pengajaran dan
pembelajaran matematik lebih berkesan dan lebih seronok.
Secara kesimpulannya, Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus beruasaha
mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik mejelang
abad ke-21 ini untuk merealisasikan wasawan 2020. Guru-guru sebagai pelaksana yang
paling utama perlu mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan penguasaan kendiri
dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik supaya
murid-murid dapat mencapai tahap maksimum dalam mata pelajaran matematik.

HBMT 3203

2.2 Artikel Kedua-Penggunaan Internet Dan Komputer Dalam Pendidikan Matematik.


(Link:http://mujahid.tripod.com/penggunaan_internet.html)
Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori
kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan
teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh
memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh
merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Dalam beberapa kajian
yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan,
1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:

Murid-murid yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap


yang lebih berkeyakinan terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan
masalah yang lebih kompleks.

Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran


matematik dapat membantu murid-murid memahami konsep dan prinsip
matematik dengan mudah dan lebih berkesan.

Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir telah menunjukkan peningkatan yang


baik.

Pengajaran dan pembelajaran matematik berbantukan komputer membantu muridmurid mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Teknologi yang merangkumi penggunaan internet merupakansalah satu sumber yang


sangat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Internet atau
Internasional Network of Networks ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di
peringkat antarabangsa (TMB, 1998) membolehkan pelajar mencari maklumat matematik
yang berguna dan pelbagai latihan online untuk memperkukuhkan penguasaan matematik
di kalangan pelajar. Internet yang membekalkan pelbagai kemudahan seperti Mel
Elektronik, Face Book, Laman Web(WWW), Internet Relay Chat(IRC), Telnet, File
Transfer Protocal(FTP) dapat membantu guru-guru dan murid-murid mencari pelbagai
6

HBMT 3203

perisian matemetik dan beratus ribu latihan tubi matematik. Ini termasuk pelbagai jenis
permainan matematik yang dapat merangsangkan kemahiran berfikir murid-murid serta
meningkatkan keyakinan dan keseronokan semasa belajar matematik di kalangan murid.
Antara contoh-contoh laman web yang dapat menjdi sebagai sumber dan membantu para
guru dan murid semasa menyelesaikan masalah matematik ialah: http://www.coled.org/smcnws/studentdirections.html -Mathematics problem solving student directions
dan http://Virtual chattanooga.net/math/article3.html.
Perisian matematik (mathematics software)

adalah satu alat teknologi yang sangat

berkesan dan membantu pengajaran dan pembelajaran sesuatu konsep matematik dan
penguasaan kemahiran matematik. Perisian matematik ini digunakan sama ada secara
online atau dimuat turun ke komputer peribadi. Ianya mudah digunakan dan merangkumi
banyak topik metametik. Contohnya ialah Math Sofware :http:// forum. Swarthmore.
Edu/ steve/ mathsoftware.html.
Kesimpulannya, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
merupakan satu aliran yang semakin popular dan penting kerana keberkesanannya yang
begitu ketara. Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu
mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu,
self access, self paced , dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat
pelaksanaan sekolah bestari, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan,
kreatif, inovatif serta berakhlak mulia. Guru perlu memain peranan penting supaya
berbijaksana memilih kaedah teknologi yang sesuai dengan situasi dan keperluan muridmurid semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik.

HBMT 3203

2.3

Artikel

Ketiga-Pengajaran

Pembelajaran

Matematik

Dan

Teknologi.(Link

http://www.oocities.org/uranus_stewart/ilmiahyam.htm)
Perkembangan teknologi telah mengubahsuai corak hidup kita masa kini.
Mengikut pengarang

buku Reshaping Schools Mathematics: A Philosophy and

Framework For Curriculum (National Research Council, 1990) telah membincangkan


kepentingan perubahan dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah :
pendidikan matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua
rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir masyarakat. Oleh yang
demikian, skop dan kualiti Matematik perlu diperkembangkan lagi dengan ideaidea baru yang canggih.
ciri bidang matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik
matematik dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran alaf baru.
perkembangan teknologi telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah yang efektif.
pandangan pelajar juga telah berubah di mana kanak-kanak zaman kini ingin
belajar dengan lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan
menganalisis dan menerokai penyelesaiaan masalah mereka.
Teknologi seperti kalkulator, komputer, internet, perisian dan sebagainya
merupakan alatan penting dalam pengajaran dan pembelajaran dalam penyelesaian
masalah matematik. Alatan ini membekalkan imej visual bagi idea-idea matematik dan
mempermudahkan cara prosedur pengiraan untuk mengatur dan menganalisa data. Selain
daripada itu, alatan teknologi dapat menyokong penyiasatan dan penorekaan yang
dijalankam oleh murid-murid dalam semua aspek matematik seperti aspek geometri,
stastik, algebra dan nombor. Perlaksanaan kaedah teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik dapat membantu murid-murid lebih menumpu perhatian dan
berasa seronok apabila membuat keputusan atai kesimpulan, merenung atau membuat
refleksi, menaakul dan menyelesaikan masalah metamatik.
8

HBMT 3203

Menurut Dunham dan Dick, 1994; sheetes 1993; Bores-van Oosterum 1990;
Rojano 1996;Groves 1994, murid-murid dapat belajar lebih banyak dan lebih mendalam
serta terperinci jika menggunakan teknologi yang sesuai. Sehubungan itu, teknologi
memainkan peranan yang penting di dalam proses membuat, menilai serta memurnikan
sesuatu konjektur bersama-sama dengan aspek pembelajaran dan penaakulan matematik
yang lain memandangkan membuat dan menguji konjektur adalah asas kepada
pembuktian dalam matematik.
Teknologi dapat membantu warga guru untuk memilih dan mengubahsuai tatacara proses
pembelajaran mengikut pelbagai keperluan murid-murid. Kaedah perisian matematik dan
alat teknologi mengajar matematik dapat menarik perhatian semula kepada murid-murid
yang tidak suka matematik dan mudah diganggu penumpuan semasa di bilik darjah.
Teknologi bukan hanya setakat mempengaruhi bagamanakah matematik diajar dan
dibelajari tetapi juga, mempengaruhi apakah yang patut diajar serta bilakah topik itu
diajar. Dengan kaedah teknologi yang sesuai, murid-murid boleh meneroka dan
menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor-nombor besar, ataupun mereka dapat
menyiasat ciri-ciri bagi bentuk-bentuk dengan menggunakan perisian dinamik geometri
dan mengatur dan menganalisa set data yang besar.
Kesimpulannya, keberkesanan penggunaan teknologi mempengaruhi kualiti pengajaran
dan pembelajaran matematik, guru perlu menggunakan teknologi untuk menarik
perhatian murid-murid terhadap matematik dengan memilih dan membina tugasantugasan metametik yang bernas dan seterusnya memantau dan menilai perkembangan
mereka dalam pembelajaran. Langkah menambahbaik dan mengubahsuai alat teknologi
perlu dijalankan dari masa ke semasa supaya dapat memenuhi perkembangan dan
keperluan sebenarnya di kalangan murid.

HBMT 3203

2.4Artikel Ke empat-Penggunaan Teknologi Dalam Matematik.


( Link-http://www.geocities.ws/pluto_stewart/tugasan_ilmiah2.htm)
Penggunaan teknologi merupakan salah satu komponen pengurusan Sekolah
Bestari yang bertujuan mengoptimumkan pengajaran dan pembelajaran, ia adalah sebagai
alat pemprosesan maklumat dan produktiviti serta meningkatkan produktiviti profesional
dan merealisasikan wawasan 2020.Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran metamatik dapat menghasilkan golongan pelajar yang mampu bersaing dan
menghadapi cabaran pada abad ke 21. Guru perlu memian peranan sebagai fasilitator
untuk membimbing murid-murid bagaimana menggunakan teknologi secara optimum dan
seterusnya untuk menyiasat, meneroka dan membina konsep matematik.
Menurut kajian yang dilakukan ( Al Ghamdi, 1987; Mc Coy, 1991; Chazan,1988;
Henderson and Landersman, 1992; Funkhouser, 1993 ) mendapati bahawa perisian
komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan efektif. Penggunaan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan beberapa
aplikasi seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Sehubungan itu, penggunaan
perisian seperti microsoft-excell, microsoft-word, microsoft powerpoint juga dapat
menarik minat pelajar terhadap matematik. komputer juga merupakan salah satu alat
teknologi utama yang dapat menarik minat murid-murid serta mempelbagaikan teknik
dan kaedah penyampaian guru matematik. Permainan matematik melalui komputer dan
internet merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik yang
paling digemari oleh murid-murid.
Spreadsheet digunakan untuk mengira masalah matematik yang kompleks,
penjadualan, meneroka dan memplot fungsi, meneroka kebarangkalian dan statistik,
menyelesaikan masalah melalui modeling dan meneroka penjelmaan geometri. Dengan
adanya perisian spreadsheet, pelajar boleh mencari penyelesaian bagi sesuatu graf dengan
mudah. Kalkulator grafik pula membantu guru dan murid mengira nombor perpuluhan,
pecahan dan nombor-nombor yang kompleks. Kalkulator grafik juga mempunyai
kemudahan manipulasi simbolik untuk digunakan dalam menyelesaikan masalah
10

HBMT 3203

-masalah yang berkaitan dengan algebra seperti pengembangan, pemfaktoran,


kebarangkalian , integrasi dan matriks. Selain daripada itu, Kalkulator grafik juga
berfungsi untuk mempamerkan asas data dan asas formula bagi mempercepatkan proses
semasa menyelesaiakan graf fungsi dan carta.
Perisian Geometer's Sketchpad pula digunakan untuk membantu guru
matematik mengajar topik geometri supaya membantu pelajar menguasai tiga peringkat
awal dalam pemahaman konsep geometri, iaitu membuat visualisasi, membuat
penerokaan dan penyiasatan , membuat analisis dan membuat deduksi secara informal.
GSP juga membantu pelajar melihat sendiri tentang cara dan bagaimana sesuatu bentuk
geometri dibina dan seterusnya menentukan sifat-sifat geometri.
Kesimpulannya, semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran matematik, guru
matematik perlu bijik memilih kaedah teknologi yang sesuai berdasarkan situasi seperti
topik apa yang ingin diajar dan kemudahan yang ada di sekolah. Guru matematik juga
perlu mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkesan
dengan kaedah berpusatkan murid di mana mementingkan penglibatan murid dalam
aktiviti tersebut. Guru juga pelu sedar supaya mementingkan pedagogi tetapi bukan
teknologi.

11

HBMT 3203

3.0 Cabaran Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Matematik Sekolah Rendah.
Setiap orang guru mempunyai gaya, teknik serta kebolehan yang tersendiri, ianya
bergantung kepada personaliti, pengalaman dan latihan yang diterima (Shaharir, 1984),
semasa menjalankan kaedah penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik pasti kita akan menghadapi cabaran-cabaran tertentu .
Cabaran yang paling utama ialah kekurangan kemahiran dan kurang keyakinan terhadap
guru sendiri dalam penggunaan teknologi untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran matematik. Punca utama fenomenena sedemikian disebabkan kebanyakkan
guru tidak menerima latihan dan peluang untuk mendedahkan diri dalam bidang
penggunaan teknologi untuk perlakasaan kulikulum juga kurang. Mengikut Zoraini
(2000), dalam proses perlaksanaan program berasaskan komputer di sekolah, guru
biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad dan biasanya dilakukan dengan tergesagesa, guru tidak dapat menguasai kemahiran yang sepenuhnya semasa menggunakan
program teknologi untuk mengajar matematik di bilik darjah. Selain daripada itu, proses
memahirkan guru untuk menjayakan program penggunaan teknologi memerlukan kos
dan memakan masa yang panjang.
Kemudahan komputer dan alat teknologi berkaitan yang tidak cukup juga menyebabkan
guru tidak minat dan tidak dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik
berpandukan teknologi. Ini berlaku khasnya di sekolah yang terletak di jauh luar bandar
yang mengalami masalah kekurangan komputer dan juga masalah bekalan kuasa elektrik.
Lagipun kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti LCD yang tidak berfungsi
dan bilangan bilik multimedia yang terhad juga menjadi cabaran kepada guru matematik
yang ingin mengajar dengan bantuan alat teknologi.
Masalah perisian kursus juga menjadi salah satu cabaran dalm perbincangan ini. Perisian
kursus matemetik yang memerlukan komputer berfikir sebelum bertindak sukar
dibangunkan ( Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda alias,1996).
Kebanyakan perisian kursus pada hari ini tidak mempunyai cirikep intaran. Lazimnya
12

HBMT 3203

perisian itu tidak mampu membezakan input pelajar yang hampir sama ataupun yang
mempunyai maksud yang sama. Pembelajaran matematik melalui komputer pada masa
kini lebih tertumbu kepada tutorial dan latih tubi yang bersifat objektif. Fenomena
sedemikian disebabkan perisian kursus matematik yang berkualiti sangat sukar untuk
dihasilkan. Ia melibatkan beratus-ratus jam dengan tenaga yang cukup mahir. Faktor
masa dan kekurangan tenaga mahir merupakan penghalang utama untuk menghasilkan
perisian kursus yang berkualiti ( Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose
Alinda alias,1996). Maka ini turut mempengaruhi kualiti kandungan matematik yang
disampaikan di bilik darjah dengan menggunakan perisian kursus tersebut.
Masalah kos yang tinggi dan kesuntukkan sumber peruntukan dalam bekalan alat
teknologi bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi suatu halangan
utama sepanjang masa. Ini termasuk telefon pintar yang berkualiti dan berfungsi baik
tetapi mahal sukar dimiliki oleh setiap murid atau warga guru walaupun telefon pintar
merupakan suatu alat teknologi yang begitu menarik perhatian murid. Telefon pintar
boleh dipasang pelbagai aplikasi matematik yang canggih di dalamnya berasaskan
pelantar telefon seperti Symbian, Android, Ios atau Window Phone. Tetapi
penggunaannya di kalangan warga pendidik masih terhad kerana kemahiran
menggunakan aplikasi tersebut masih tidak cukup matang kerana kekurangan
pendedahan dan latihan, lagipun telefon pintar yang berkualti melibatkan kos beribu-ribu
ringgit dan tidak mampu dimiliki oleh setiap warga murid dan juga warga pendidik.
Lagipun terdapat juga risiko apabila sebilangan pelajat yang menggunakan telefon pintar
untuk mengakses laman pornografi di sekolah dan menyebabkan berlakunya aktivitiaktiviti sumbang dalam kalangan pelajar dan seterusnya mendatangkan implikasi yang
negatif kepada masyarakat umum.
Sikap warga guru yang tidak ingin membukakan fikiran sendiri supaya menerima cabaran
teknologi terkini juga merupakan satu halangan dalam pelaksanaan corak pendidikan
yang berpandukan teknologi. Masih terdapat golongan guru yang mengekalkan amalan
pengajaran dan pembelajaran matematik dengan menggunakan chalk and talk sahaja.
Guru perlu sedar sebagai warga pendidik zaman yang disekelingi teknologi ini, guru
13

HBMT 3203

perlu berusaha menguasai kemahiran teknologi dan menjadikan alat teknologi sebagai
alat membantu mengajar yang menarik semasa mengajar matematik. Menurut Zol (2001),
ketiadaan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) yang menarik merupakan punca pelajar
selalu menghadapi masalah yang serius untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran.
Maka guru perlu berubah sikap dan bersedia menerima cabaran yang perlu ditempuhi.
Laman web di internet membantu guru matematik untuk menerbitkan rancangan
mengajar serta tugasan matematik bernas, mencari bahan pengajaran atau sebarang
penulisan yang boleh membantu guru matematik melaksanakan pengajaran matematik
secara efektif dan inovatif. Namun terdapat juga cabaran dan halangan dalam
pelaksanaan dan penggunaannya, walaupun terdapat beberapa laman web yang
menyediakan pelbagai aktiviti untuk rekreasi matematik yang meliputi pelbagai topik dan
tahap pelajar tetapi ia tidak dapat dilayari kerana masalah kemampuan keupayaan
komputer yang mampu mengakses internet .
Kesimpulannya, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh warga guru matematik dalam
penggunaan pelbagai alat teknologi seperti mana yang dibincangkan di atas perlu
ditempuhi dan diselesaikan dengan sikap warga guru sendiri yang positif dan bersedia
menerima segala cabaran serta terus berusaha menambahbaik kaedah pengajaran sendiri
untuk menghasilkan kandungan pembelajaran yang berkualiti.
\

14

HBMT 3203

4.0 Aktiviti Pengajaran Bentuk Dan Ruang Dengan menggabungkan Teknologi


Terkini.
Kelas:5C
Tahap Pencapaian Akademik: Sederhana.
Bilangan Murid:25 orang
1)Tajuk: Bentuk Dan Ruang: Perimeter Dan Luas.
2)Masa:8:20a.m.-9:20a.m.
3)Hasil Pengajaran dan Pembelajaran:
a) Murid-murid dapat mengenali jenis bentuk 2D dan menyatakan jenis bentuk 2D yang
ditunjukkan dengan tepat iaitu: segiempat tepat sama, segiempat sama,segitiga dan
bulatan.
b)Murid dapat mengira perimeter sesuatu bentuk 2D dengan tepat.
c) Murid-murid dapat menyatakan cara mengira luas sesuatu bentuk 2D.
d) Murid-murid dapat mengira luas sesuatu bentuk 2D dengan tepat.
4)Alat Membantu Mengajar: Komputer, LCD Projector, Perisian Matematik Hak Cipta
Syarikat Dynamik Miri, Roll Meter( meter kelos).

15

HBMT 3203

Langkah-langkah p&p:
Set Induksi
1) Guru membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan diminta
mengukur panjang dan lebar kelas dalam cm. Guru mengagihkan roll meter kepada setiap
kumpulan untuk mengukur kepanjangan kelas dan mengisikan keputusan pengukuran
dalam borang yang disediakan.
2) Guru membandingkan keputusan pengukuran kepanjangan kelas antara kumpulan.
Selepas itu guru sendiri mengukur sekali lagi dengan bantuan ketua kelas dan
mengumumkan panjang dan lebar kelas sebenarnya.
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran:
1) Guru mengoperasikan perisian matematik dengan menggunakan komputer:

16

HBMT 3203

2) Sebelum memulakan penerangan , guru menyuruh murid memberi pelbagai contoh


bentuk objek yang terdapat di sekelilingi mereka: meja, tingkap, papan hitam, skrin
komputer, kipas dan sebagainya.
3) Guru mengenali pelbagai jenis bentuk 2D dengan menggunakan perisian matematik
yang disediakan:

Segiempat sama

Segiempat tepat

17

Segitiga

HBMT 3203

4) Guru menerangkan maksud perimeter dan cara mengira perimeter sesuatu bentuk 2D
dengan aktitiviti-aktiviti pengkukuhan melalui perisisian matematik :

18

HBMT 3203

-Guru akan menerangkan cara mencari perimeter bagi sesuatu bentuk 2D dengan teliti
dengan bantuan alat teknologi iaitu komputer dan perisian matematik.

19

HBMT 3203

-Selepas itu, guru memulakan altiviti mengira perimeter bentuk 2D melalui perisian
matematik yang bersuara dan menarik:

-Guru menyuruh murid datang ke hadapan untuk cuba menyelesaikan masalah


yang terkandung dalam aktiviti perisian matematik, jika jawapan betul maka
sebiji mentol yang bersinar akan wujud sebagai tanda pujian kepada murid
tersebut.

20

HBMT 3203

-Selepas pelbagai aktiviti perisian matematik tersebut dijalankan, maka guru


teruskan aktiviti mencari perimeter yang lebih mencabar melalui perisisan
matematik:

Guru akan memimpin murid-murid mencari jawapan sehingga jawapannya betul.


21

HBMT 3203

5) Guru teruskan pengajaran berasaskan perisian matematik yang berkaitan dengan luas
sesuatu bentuk 2D:

22

HBMT 3203

Guru menerangkan cara mengira luas bagi segiempat sama tersebut ialah :
Luas= Panjang x Lebar
= 6cm x 6cm
= 36 cm
-Selepas itu guru menerangkan cara mengira luas bagi 2 bentuk 2D yang bergabung
dengan bantuan perisian matematik yang mempunyai gambar warna dan suara bunyi
yang menarik perhatian murid-murid:

23

HBMT 3203

-Guru seterusnya memulakan altiviti mengira luas bentuk 2D melalui perisian matematik
yang bersuara dan menarik:

-Guru memimpin murid-murid mencari luas bag kedua-dua bentuk 2D di atas dengan
darabkan panjang kepada lebar, selepas itu tambahkan kedua-kedua luas dan hasilkan
jawapan 57 cm

24

HBMT 3203

-Guru teruskan menyuruh murid tampil ke hadapan untuk menjawap soalan mengira luas
yang dikemukan oleh perisian matematik.Komputer akan menghasilkan kata pujian jika
murid tersebut memberi jawapan yang betul dan menyuruh murid cuba ekali lagi jika
memberi jawapan salah.
6) Seterusnya guru memberi kesimpulan pengajaran dan pembelajaran tentang bentuk
dan ruang dengan bantuan perisian matematik:

-Jenis Bentuk 2D
-Perimeter Bentuk 2D
-Luas Bentuk 2D

25

HBMT 3203

7) Aktiviti Pengkukuhan:
(Soalan 1a dan 1b )

( Soalan 2a dan 2b )

-Guru menyuruh setiap murid mencari perimeter dan luas bagi setiap bentuk 2D yang
dipaparkan melalui persisian matematik, ( Lampiran 1 ).

26

HBMT 3203

5.0 Kesimpulan

Kewujudan teknologi dalam pendidikan matematik bukan sahaja mengubah


corak dan cara guru mengajar matematik tetapi turut mengubah kandungan matematik
yang dipelajari oleh murid. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan
warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari
dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum
pernah mereka temui. Kaedah tradisional tidak sesuai dilaksanakan di bilik darjah lagi
kerana kanak-kanak sekarang telah dikelilingi oleh dunia teknologi.
Pengaplikasian teknologi dalam pendidikan matematik khususnya dan
amnya dalam pendidikan sejagat sudah sampai masanya ke arah mewujudkan generasi
berteknologi mengharungi era globalisasi yang berdaya saing dalam k-ekonomi selaras
dengan wawasan 2020 negara. Institusi pendidikan memain peranan terpenting untuk
melahirkan tenaga pendidik yang dapat menguasai kemahiran teknologi dan digunakan
secara maksimun dalam pengajaran dan pembelajaran Matemetik di bilik darjah.
Kementerian pendidikan sebagai pemangkin perlu terus berusaha untuk memperbaiki
segala kemudahan asas teknologi di sekolah khsanya di sekolah luar bandar, pihak
sekolah harus berkerjasama dan mengambil inisiatif untuk mengatasi segala cabaran
penggunaan teknologi dalam pengajaran matematik, ini termasuk bergabung dengan
agensi swasta supaya menjalankan pengajaran mtematik berdasarkan perisian matematik
yang dicipta oleh agensi swasta yang berkualiti di bawah tajaan PIBG atau komuniti
sekolah yang lain.

27

HBMT 3203

6.0 Bibliografi
Artikel-permainan-matematik.[Online].
Available:https://www.scribd.com/doc/89790993/Artikel-permainan-matematik[15Oktober,2014].
Isu matematik: halangan guru terhadap penggunaan teknologi dalam matematik.[Online].
Available:https://www.scribd.com/doc/89790993/Artikel-permainan-matematik.
[16Oktober,2014].
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK.[Online].
Available:http://www.geocities.ws/pluto_stewart/ARTIKEL_ILMIAL_3.htm.
[2 Oktober,2014].
Penggunaan Internet Dan Komputer Dalam Pendidikan Matematik .[Online].
Available:http://mujahid.tripod.com/penggunaan_internet.html.[5 Oktober,2014].

PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN TEKNOLOGI.[Online].


Available:http://www.oocities.org/uranus_stewart/ilmiahyam.html.[21Oktober,2014].

PENDIDIKAN-DALAM-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN

MATEMATIK.

[Online].
Available:https://www.scribd.com/doc/24190595/PENGGUNAAN-ALATTEKNOLOGI-.[18Oktober,2014].

28

HBMT 3203

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMATEMATIK


.[Online].

Available:http://eprints.utm.my/10307/2/Noraziah_Binti_Kassim_@_Aziz.pdf.
[7Oktober,2014].

Penggunaan alat teknologi dalam pengajaran matematik.[Online].


Available:https://www.scribd.com/doc/24190595/PENGGUNAAN-ALATTEKNOLOGI-PENDIDIKAN-DALAM-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARANMATEMATIK.[7Oktober,2014].

29

HBMT 3203

7.0) Lampiran 1

Nama Murid: ________________________________


Markah

:_________________________________

Soalan

Perimeter

1a)
1b)
2a)
2b)

30

Luas

HBMT 3203

31

HBMT 3203

32

HBMT 3203

33