Vous êtes sur la page 1sur 3

.

Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat


dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap
segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam
konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang
sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan
tepat kelak.
Terdapat tiga langkah pemerhatian yang boleh digunakan dalam proses
penaksiran dan penilaian iaitu pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku
murid, pemerhatian melalui perbualan atau interaksi antara murid dengan guru
atau murid dengan murid dan yang ketiga pemerhatian terhadap hasil kerja
murid. Untuk pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru bolehlah
membuatnya ketika kanak-kanak melakukan aktiviti seperti menyusun blok bersama
rakan-rakan, membuat aktiviti kumpulan, mewarna atau melakukan aktiviti fizikal.
Melalui interaksi lisan murid pula bolehlah dinilai melalui aktiviti seperti main peranan,
bersoal jawab, bacaan atau nyanyian.
Di antara contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai oleh guru
adalah melalui lukisan, buku skrap atau kraf tangan yang dihasilkan oleh kanak-kanak.
Proses yang ketiga iaitu proses terakhir dalam penaksiran dan penilaian perkembangan
kanak-kanak adalah merekod maklumat yang diperoleh. Merekod adalah aktiviti
mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan
dan pencapaian murid. Antara contoh-contoh rekod yang boleh digunakan adalah
Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.

1.0 Pengenalan: Apakah pemerhatian, Pentingnya pemerhatian,


2.0 Jadual tindakan pemerhatian: jenis alat-alat pemerhatian (gambar, video, senarai
semak dll), jangka masa untuk pemerhatian, soalan-soalan temubual.
3.0 Hasil dapatan pemerhatian: Apa yang diperhatikan, kekuatan dan kelemahan, Anda
perlu terangkan dalam 4 aspek yang penting iaitu 1) Fizikal, 2) Aktiviti harian, 3)

Pengurusan ruang 4) peranan guru dalam pelaksanaan pemerhatian ke atas kanakkanak


4.0 Cadangan penambahbaikan dalam 4 aspek seperti di atas.
5.0 Penutup: Pandangan anda tentang kepentingan pemerhatian dan peranan guru.

Vous aimerez peut-être aussi