Vous êtes sur la page 1sur 21

1.

SEJARAH SUKAN GIMRAMA

Secara umumnya sukan Gimrama merupakan salah satu disiplin daripada sukan Gimnastik.
Pengasas sukan gimrama adalah seorang pensyarah berbangsa Swis, iaitu Jacques Dalcroze.
Dalcroze yang telah membuka dua buah maktab perguruan di Switzerland dan Jerman. Beliau
telah memperkenalkan latihan pergerakan gimrama kepada penuntut-penuntutnya dalam abad ke19. Pada awal abad ke-20 terdapat dua orang tokoh gimrama dari negara Jerman yang memberi
sumbangan yang besar terhadap sukan ini. Rudolph Bode (1881-1970) dan Hernrich Medau
(1890-1974) telah memulakan sekolah gimrama mereka sendiri. Mereka juga telah
memperkenalkan perkaitan di antara aktiviti tarian dan gimnastik dengan iringan muzik. Medau
memperkenalkan peralatan bola, gelung dan belantan untuk sukan gimrama. Beliau percaya
`rhythmic gymnastic` boleh memberikan kesedaran terhadap pergerakan yang cantik, kreatif dan
bergaya hingga mendatangkan keseronokan. Usahanya beliau itu ternyata telah mendapat
sambutan dan diterima ramai.
Dalam tahun 1972, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah menukarkan nama Modern
Gymnastic kepada Modern Rhythm Gymnastic dan telah memohon Jawatankuasa Olimpik
Antrabangsa untuk memasukkan sukan ini dalam salah satu acara di Sukan Olimpik.
Permohonan ini telah menjadi kenyataan di Sukan Olimpik Moscow 1980. Istilah sukan
gimnastik kemudiannya telah diubahsuaikan beberapa kali berdasarkan kesesuaian sukan
tersebut. Namun di Malaysia ia dikenali sebagai Gimrama iaitu singkatan daripada Gimnastik
Berirama. Sukan Gimrama telah bertapak di Malaysia bermula pada tahun 1982. Sukan ini
hanya mula mendapat perhatian oleh masyarakat Malaysia apabila Faiznur Miskin membolot 5
pingat emas di Sukan Sea 1989.

2.0

LATAR BELAKANG

Gimnastik berirama atau gimrama adalah sukan khusus untuk wanita yang dipertandingkan
samada secara individu (solo), berpasangan, bertiga (trio) atau berkumpulan (biasanya lima).
Gimrama adalah sukan yang menggabungkan unsur-unsur balet, gimnastik, tarian teater, dan
manipulasi aparatus seperti tali, gelung, bola, belantan dan reben. Penentuan pemenang dalam
pertandingan gimrama adalah ditentukan menerusi kutipan mata terbanyak berdasarkan penilaian
terhadap aspek kestabilan, lompatan, putaran, kebolehlenturan, pengendalian aparatus dan kesan

seni. Para hakim yang dilantik mengadili pertandingan gimrama akan memberikan markah
berdasarkan code of points pada skala 30 mata maksimum. Tiga aspek yang diambil kira bagi
penentuan kutipan mata dalam sukan gimrama adalah nilai teknikal, nilai artistik dan
kesempurnaan.
Pertandingan antarabangsa membahagikan sukan gimrama kepada dua kategori umur iaitu
kategori remaja bagi peserta di bawah umur enam belas tahun dan kategori senior untuk wanita
berumur enam belas tahun dan ke atas. Seseorang gimnas lazimnya memulakan penglibatan
dalam sukan gimrama pada usia yang sangat muda. Namun, secara umumnya mereka hanya
bertahan pada prestasi terbaik pada lewat remaja atau awal dua puluhan. Sukan gimrama
dipertandingkan dalam kejohanan-kejohanan utama dunia seperti Sukan Olimpik, Kejohanan
Dunia, dan Kejohanan Grand Prix.

3.0

PENGENALAN

Kejohanan Gimrama MSSM yang dianjurkan saban tahun oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
merupakan medan terbaik untuk memberi ruang kepada gimnas-gimnas baru seawal usia,
menguji bakat dan bertanding secara sihat. Bakat-bakat baru yang masih muda, cergas dan
bersemangat kental ini perlu dicungkil, dilatih dan seterusnya digilap agar menjadi pencetus
kepada kegemilangan sukan negara pada masa yang akan datang. Walaupun telah semakin
popular dan kian diminati, penglibatan dan penyertaan sekolah-sekolah dalam kejohanan
berprestij ini sebenarnya masih agak terbatas. Kita harus mengakui bahawa keunggulan dan
kecemerlangan para gimnas di kalangan pelajar sebenarnya hanya tertumpu di sekolah-sekolah
tertentu dan berpusat di kawasan bandar sahaja. Negeri-negeri seperti Selangor dan Kuala
Lumpur pula terbukti terlalu dominan dan sukar dicabar oleh negeri-negeri lain dalam misi
menjuarai sukan ini di pentas MSSM.
Di negeri Melaka, sukan gimrama diakui telah semakin meningkat dari segi prestasi dan
pencapaian semasa. Dalam Kejohanan Gimrama MSSM 2012 yang lalu, Melaka telah muncul
sebagai pemenang tempat ketiga keseluruhan di belakang Kuala Lumpur dan Selangor. Di
sebalik pencapaian prestasi yang semakin membanggakan itu, sukan gimrama di negeri Melaka
sebenarnya masih belum begitu meluas dari segi penglibatan dan penyertaan sekolah-sekolah. Ia
hanya tertumpu di sekolah-sekolah projek negeri yang bilangannya tidak sampai sepuluh buah

sekolah secara keseluruhannya. Senario ini seharusnya diperbetulkan dengan langkah-langkah


drastik untuk terus mempromosikan sukan ini ke arah menggalakkan lebih ramai penyertaan
pelajar dalam kejohanan gimrama di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Justeru, program latihan pusat gimrama selama tiga bulan yang dirancangkan ini adalah untuk
membentuk sepasukan gimnas berpotensi yang akan mewakili Sekolah Kebangsaan Bukit
Beruang dalam Kejohanan Gimrama MSS Daerah Melaka Tengah bagi tahun 2013. Walaupun
mengakui saingan sengit yang bakal ditempuhi, namun matlamat yang disasarkan adalah untuk
sekurang-kurangnya memulakan sebuah program jangka panjang sambil memberikan saingan
yang bermakna dalam misi penyertaan di kejohanan berkenaan kelak.
Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam sukan gimrama, adalah menjadi
tugas guru untuk melatih mereka dengan cara yang betul. Oleh yang demikian program latihan
perlu dirancang dengan teliti dan dijalankan secara bersistematik agar dapat mencapai matlamat
yang ditetapkan dalam jangka masa yang di tetapkan. Matlamat yang ingin dicapai pula mestilah
jelas, relevan dan boleh dicapai. Jangkamasa bagi setiap aktiviti pula perlulah bersesuaian
dengan program latihan yang dijalankan. Seorang jurulatih yang merancang program perlu
menetapkan tempoh latihan dan tempoh rehat yang bersesuaian bagi setiap sesi. Tempoh latihan
dan rehat adalah bergantung kepada jenis latihan dan jenis-jenis aktiviti yang dirancang.
Beberapa keperluan perlu dipertimbangkan semasa membuat perancangan iaitu seperti
kemudahan peralatan, tempat, masa dan membuat satu perancangan jangka panjang bagi
perancangan sedia ada dan merancang pencapaian secara berperingkat untuk memastikan
program berjalan dengan teratur dan berkesan.

4.0

RASIONAL

Sebelum menyertai apa jua pertandingan sukan, para atlet memerlukan persediaan yang
secukupnya untuk melayakkan mereka mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.
Persediaan haruslah merangkumi aspek kemahiran, fizikal, mental dan emosi. Oleh itu, satu
program latihan perlulah dirancang untuk tujuan tersebut.

5.0

MATLAMAT

Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu dllakukan
bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu
dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas.
Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang
asli dan tersendiri. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di antara pergerakan badan dan
manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi
gimnas dan jurulatih.

6.0.

OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan program latihan pusat ini diadakan seperti berikut :


6.1

Membentuk sepasukan gimnas berpotensi yang akan mewakili SK Bukit Beruang


dalam Kejohanan Gimrama MSS Daerah Melaka Tengah bagi tahun 2013

6.2

Membentuk para gimnas yang mempunyai daya ketahanan, daya kreativiti,


berketrampilan, berdaya saing, berdisiplin dan bersemangat tinggi melalui
program latihan yang spesifik dan sistematik.

6.3

Memupuk perpaduan melalui budaya bersukan di samping mempromosi keunikan


sukan gimrama di kalangan pelajar.

6.4

Meningkatkan keyakinan di kalangan para jurulatih untuk terus komited


mencurahkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kejurulatihan gimrama
di sekolah.

6.5

Muncul antara empat pasukan terbaik dalam Kejohanan Gimrama MSS Daerah
Melaka Tengah bagi tahun 2013

7.0

KETERANGAN PROGRAM
7.1

Nama Program

Latihan Pusat Gimrama SK Bukit Beruang 2012

7.2

Penganjur

Kelab Gimrama SK Bukit Beruang. Melaka dan


Majlis Sukan Sekolah SK Bukit Beruang

7.3

Tarikh

15 Oktober 2012 hingga 15 Januari 2013

7.4

Tempoh Program

3 bulan

7.5

Hari

Setiap Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu

7.6

Masa

3.00 petang - 6.00 petang

7.7

Tempat Latihan

Dewan MSN (Setiap Rabu, Khamis & Jumaat)


Gimnasium MSN (Setiap Sabtu)

8.0

9.0

CADANGAN AKTIVITI
8.1

Latihan Intensif (Isnin-Khamis)

8.2

Klinik Asas Pergerakan Gimrama

8.3

Pertandingan Peringakat Sekolah.

8.4

Menyertai Kem Bakat SPTS Gimrama Negeri Melaka 2012

8.5

Lawatan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM


9.1

Penasihat

Encik Noor Azman bin Mohd Ali

(YDP

9.2

Pengerusi

Puan Hjh. Nosida bt. Abd. Hamid

(Guru Besar)

9.3

Timbalan Pengerusi

Encik Johar bin Mastor

(GPK Koku)

9.4

Naib Pengerusi

Puan Hajah Duriah binti Omar

(GPK 1)

Encik Mohd Noor bin Sulaiman

(GPK Hem)

9.5

Setiausaha

PIBG)

Puan Faramaznun binti Zakaria


5

9.6

Penolong Setiausaha :

Puan Zuraidah binti Zakaria

9.7

Bendahari

Puan Nurhazlinda binti Abdullah Sani

9.8

Ahli Jawatankuasa

Puan Fatzilah binti Abd Manaf


Puan Khadijah binti Zainal
Puan Norasikin binti Zainudin

10.0

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


10.1

Ketua Kontinjen

Encik Johar bin Mastor (GPK Koku)

10.2

Ketua Jurulatih

Puan Faramaznun binti Zakaria

10.3

Penolong Jurulatih

Puan Zuraidah binti Zakaria


Puan Khadijah binti Zainal

11.0

10.4

Pengurus

Puan Nurhazlinda binti Abdullah Sani

10.5

Penolong Pengurus

Puan Fatzilah binti Abd Manaf

10.6

Fisioterapi

Puan Norasikin binti Zainudin

SENARAI PELATIH
BIL

NAMA

TAHUN

1.

Khairun Nabilah Binti Najib

2.

Nabiha Aqila binti Ahmad

3.

Noramirah binti Maslan

4.

Nur Arissa binti Abu Bakar

5.

Nur Khairunnisa binti Jawahir

6.

Quratuain binti Mohd Amir

12.0

13.0

14.0

7.

Nurul Nabilah binti Mohd Nasir

8.

Siti Safiyah binti Mohd Yusoff

9.

Najwa binti Hashim

10.

Siti Shamiera binti Saiful

11.

Siti Syaza binti Shahrudin

12.

Aim Mairinah binti SamadD

PENGLIBATAN
12.1

Jumlah Atlet

12.2

Pegawai Pengendali :

7 orang

12.3

Sasaran Peserta

Murid-murid Tahun 2, 3 dan 4

12 orang

CADANGAN AKTIVITI
13.1

Latihan Intensif (Isnin-Khamis)

13.2

Klinik Asas Pergerakan Gimrama

13.3

Pertandingan Peringkat Sekolah / Ujian Kemahiran.

13.4

Menyertai Kem Bakat SPTS Gimrama Negeri Melaka 2012

13.5

Lawatan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

SUMBER KEWANGAN
14.1

Sumbangan PIBG SK Bukit Beruang

- RM 2000.00

14.2

Sumbangan Syarikat Edaran Sumber Sdn. Bhd

- RM 2000.00

14.3

Sumbangan YB Ahli Parlimen Bukit Katil

- RM 3000.00
Jumlah

: RM 7000.00

15.0

ANGGARAN BAJET LATIHAN PUSAT


BIL
1.

2.

3.

4.

ITEM

KETERANGAN HARGA

SEWAAN VENUE LATIHAN


1.1

Sewaan Dewan MSN

1.2

Gimnasium MSN Ayer Leleh

RM 40.00 x 4 minggu x 3
fasa
RM 50.00 x 4 minggu x 3
fasa

480.00
600.00

KOS MAKAN PELAJAR


2.1 Makanan Peserta Fasa 1
2.2 Makanan Peserta Fasa 2
2.3 Makanan Peserta Fasa 3

RM 6.00 x 16 hari x 12 orang


RM 6.00 x 16 hari x 12 orang
RM 6.00 x 16 hari x 12 orang

1152.00
1152.00
1152.00

KOS MINUMAN LATIHAN


3.1 Minuman Latihan Fasa 1
3.2 Minuman Latihan Fasa 2
3.3 Minuman Latihan Fasa 3

RM 1.00 x 16 hari x 12 orang


RM 1.00 x 16 hari x 12 orang
RM 1.00 x 16 hari x 12 orang

400.00
400.00
400.00

KOS ALATAN / PELBAGAI


4.1 Pembelian medal pemenang
4.2 Khidmat Hakim / Teknikal
4.3 Ubatan / lain-lain

RM 5.00 x 8 unit
RM 100 x 2 orang x 3 fasa
RM 100 x 3 fasa

40.00
600.00
300.00

JUMLAH KESELURUHAN

16.0

JUMLAH
(RM)

6 676.00

JADUAL LATIHAN FASA 1

MINGGU

HARI

MASA

AKTIVITI / KEMAHIRAN FOKUS

Rabu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan melangkah

Khamis

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan melangkah

Jumaat

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan kemahiran ayunan dan pusingan

Sabtu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan kemahiran ayunan dan pusingan

MINGGU 1

Rabu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan kemahiran putaran dan pivot

Khamis

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan kemahiran putaran dan pivot

Jumaat

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan kemahiran alunan

Sabtu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan kemahiran alunan

Rabu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan kemahiran lompatan dan layangan

Khamis

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan kemahiran lompatan dan layangan

Jumaat

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan kemahiran imbangan

Sabtu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan kemahiran imbangan

Rabu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan kemahiran lentikan

Khamis

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan kemahiran lentikan

Jumaat

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan kemahiran gulingan

Sabtu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan kemahiran gulingan

MINGGU 2

MINGGU 3

MINGGU 4

17.0

JADUAL LATIHAN FASA 2

MINGGU

HARI
Rabu

MASA
08.00 - 11.00 am

AKTIVITI / KEMAHIRAN FOKUS


Latihan statik menggunakan gelung

03.00 - 06.00 pm
Khamis

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan statik menggunakan gelung

Jumaat

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan gelung

Sabtu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan gelung

Rabu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan statik menggunakan reben

Khamis

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan statik menggunakan reben

Jumaat

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan reben

Sabtu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan reben

Rabu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan statik menggunakan belantan

Khamis

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan statik menggunakan belantan

Jumaat

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan belantan

Sabtu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan belantan

Rabu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan statik menggunakan bola

Khamis

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan statik menggunakan bola

Jumaat

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan bola

Sabtu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan bola

MINGGU 5

MINGGU 6

MINGGU 7

MINGGU 8

10

18.0

JADUAL LATIHAN FASA 3

MINGGU

HARI

AKTIVITI

Rabu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan gelung

Khamis

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan gelung

Jumaat

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan gelung

Sabtu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Ujian Kemahiran

Rabu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan reben

Khamis

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan reben

Jumaat

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan reben

Sabtu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Ujian Kemahiran

Rabu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan belantan

Khamis

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan belantan

Jumaat

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan belantan

Sabtu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Ujian Kemahiran

Rabu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan bola

Khamis

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan bola

MINGGU 9

MINGGU 10

MINGGU 11

MINGGU 12

MASA

11

Jumaat

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Latihan pergerakan menggunakan bola

Sabtu

08.00 - 11.00 am
03.00 - 06.00 pm

Ujian Kemahiran

19.0

Huraian Program Latihan

19.1

LATIHAN FASA 1 (MINGGU 1 - 4)

1. Aktiviti memanaskan badan


2. Aktiviti gerak edar:
a)

b)

c)
d)
e)

f)

g)

3.

Berjalan langkah dengan teratur dari satu kaki ke kaki lain dengan mengunakan
bebola kaki. Hujung kaki diluruskan dan kaki menghala ke luar sedikit. Ayunan tangan
dengan bebas dari bahagian bahu dan bergerak ke hadapan. Tangan yang dihayun ke
depan bertentangan dengan pergerakan kaki ke hadapan. Keadaan badan tegak dan
memandang ke hadapan.
Berlari cara yang sama dengan berjalan tetapi pergerakan adalah lebih cepat
dengan kedua-dua kaki diangkat dari lantai seketika. Contoh: langkah besar, langkah
kecil, tendang ke belakang dengan kaki lurus atau bengkok.
Lompat ketingting lompat pada satu kaki dan mendarat pada kaki yang sama.
Lompat skip lompat berturut-turut denan kedua-dua belah kaki secara bergilirgilir.
Chasse dari pergerakan tarian balet di mana ia merupakan kemahiran mustahak
bagi menyediakan gimnas untuk gerakan yang lain kerana ia meruapakan persediaan
untuk membuat lompatan, layangan atau pusingan. Terdapat dua gerakan chasse iaitu
gerakan ke hadapan dan gerakan ke sisi.
Waltz badan dibengkokkan dalam kiraan 1 dan di atas bebola kaki dalam kiraan
2 dan 3. Variasi boleh dilakukan dalam pelbagai arah malah boleh dimulakan dengan
kaki kiri.
Grapevine berdiri di atas kaki kanan manakala kaki kiri dihulur ke sisi. Langkah
kaki kiri dan silang kaki kanan ke depan kaki kiri. Kaki kiri dihulurkan ke sisi dan
melangkah dengan kaki kanan. Kaki kanan kemudiannya disilangkan di belakang kaki
kiri.

Ayunan dan pusingan - merupakan asas bagi pergerakan untuk memanipulasikan alatan yang
biasanya diaplikasikan dalam gerakan gimrama ketika persediaan, pergerakan akhir atau
sebagai kesinambungan sesuatu pergerakan. Ia boleh dilakukan dengan mana-mana anggota
badan dan kaki.
a)
b)

Ayunan tangan.
Memusingkan badan pada satah mendatar.

12

c)
4.

Putaran dan pivot dilakukan dengan kedua-dua kaki di atas lantai. Putaran juga boleh
dilakukan dengan anggota badan lain seperti punggung, lutut atau belakang. Jenis putaran
yang dilakukan adalah bergantung kepada sudut putaran dan ia merupakan elemen asas
dalam gerakan rutin gimrama malah ia juga boleh dilakukan dengan lompatan.
a)
b)
c)

5.

Memusingkan kaki dari depan ke belakang.

Gerakan putaran penuh.


Gerakan putaran chamee.
Gerakan pivot.

Alunan pergerakan menyerupai ombak yang dilakukan dengan tangan, tubuh badan atau
keseluruhan tubuh dalam pelbagai arah sama ada ke depan, belakang atau sisi, berlutut atau
berdiri. Ia merupakan kemahiran yang agak sukar kerana memerlukan kelenturan badan
yang baik supaya badan dapat digerakkan dengan kemas menyerupai gerakan ombak.
Latihan ansur maju digunakan dalam kemahiran ayunan ini.

6. Lompatan boleh dilakukan menggunakan satu atau dua kaki.


a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Lompat lurus.
Lompat lentik.
Lompat dakap.
Lompat arabesque.
Lompat kangkang.
Lompat kucing.
Lompatan dengan pusiangan separuh badan.

7. Layangan satu lompatan tinggi dan berjarak besar.


a.
b)
c)
d)

8.

19.2

Layangan kucing.
Layangan split.
Layangan rusa.
Cabriole.

Pendaratan dilakukan di atas bebola kaki dan terus ke bahagian kaki yang lain. Dalam
proses pendaratan, lutut perlu dibengkokkan sedikit bertujuan untuk menolak kaki dari lantai
serta meringankan pendaratan bagi mengelakkan kecederaan yang mungkin berlaku di lutut
kaki dan belakang.
LATIHAN FASA 2 & FASA 3 (MINGGU 5 - 12)
13

1. Teknik memegang gelung:


a.
b)
c)
d)
e)
2.

Cengkaman bawah.
Cengkaman atas/ cengkaman biasa.
Cengkaman dalam.
Cengkaman luar.
Cengkaman campuran.

Teknik gelung:
a.
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)

Ayunan melintasi badan (ayunan depan).


Ayunan ke belakang dan ke depan (ayunan sagital).
Menukar tangan di hadapan badan.
Bulatan depan.
Keliling pinggang dan tukar tangan di belakang.
Keliling pergelangan kaki.
Angka lapan.
Lompatan gunting.
Lentikkan badan ke belakang.
Pertukaran tangan ketika lompat layang.

4. Golekan gelung digolekkan sama ada di atas lantai atau di atas badan.
a.

Teknik golekan di atas lantai.


Gelung digolekkan secara tegak dan menuju ke arah yang dikehendaki. Golekan
berterusan dan licin tanpa tersekat atau bergetar.
Atas lantai.
Golek di atas satah depan.
Golek sambil berlari.
Boomerang

b. Teknik golekan atas badan.


Gelung dipegang kuat dan berada di satah tegak. Gelung ditekankan sedikit ke bawah
dan kemudian ditolak seperti menolak bola.

Golek atas lengan dan belakang.


Golek atas tangan.

5. Putaran merupakan ciri utama peralatan gelung dan dilakukan dalam tiga jenis satah dalam
tiga arah.
a.
b)
c)

Depan pusingan ikut jam atau lawan arah jam.


Mendatar ke dalam atau ke luar.
Sagital ke depan atau ke belakang.

14

Gelung haruslah diputarkan dengan licin tanpa bergetar atau tersekat-sekat. Satah putaran
amat penting dan seharusnya jelas kelihatan.
a.
b)
c)
d)
e)
f)

Putaran sambil jalan / lari / galop.


Putaran mengelilingi pinggang.
Putaran mengelilingi kaki.
Putaran atas lantai sambil berjalan keliling pinggang.
Putaran atas bahagian badan.
Putaran di satah depan.

6. Lambungan dilakukan dengan satu tangan atau kedua-dua tangan. Gelung boleh ditangkap
dengan satu tangan atau kedua-dua belah tangan. Arah lambungan boleh terdiri dari pelbagai
satah sama ada mendatar, menegak, sagital atau oblik.
a.
b)
c)
d)
e)
f)

19.0

Lambungan hadapan.
Lambungan sagital.
Lambungan belakang bahu.
Ayunan hadapan dalam kedudukan sagital.
Lambungan mendatar.
Lompat layangan melalui gelung.

PENUTUP

Sudah menjadi lumrah dalam apa-apa jua pertandingan, kemenangan merupakan titik noktah
yang diharap-harapkan oleh setiap peserta. Namun, pelaksanaan program latihan pusat ini secara

15

realistiknya lebih mengutamakan aspek penyertaan dan penglibatan sebagai menyahut cabaran
untuk terus mempromosikan sukan gimrama di kalangan para pelajar. Justeru, semangat
kesukanan dan matlamat bersukan akan dititikberatkan dalam kalangan para peserta agar
semangat bersaing dapat dipamerkan, bukan sahaja di gelanggang sukan, tetapi turut dipamerkan
dalam gelanggang akademik. Adalah diharapkan semoga program latihan pusat ini akan
berlangsung dengan jayanya dan dapat mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan.

16

PELAN LANTAI PERGERAKAN ASAS GIMRAMA


(Lokomotor)
BERLARI

STESEN 4
(Bukan Lokomotor)
IMBANGAN DEKAM

STESEN 3
(Bukan Lokomotor)
GOLEK GELUNG

M
U
L
A

(Lokomotor)
MELOMPAT

(Lokomotor)
BERJALAN

STESEN 2
(Bukan Lokomotor)
LAMBUNGAN GELUNG

Alatan : Gelung

STESEN 1
(Bukan Lokomotor)
PUTARAN GELUNG

Alatan : Gelung

Alatan : Gelung

(Loko
motor)
CHAS
SE

TAMAT
STESEN
10
(Bukan
Lokomot
or)
BANGKI
T TUBI

STESEN
5
(Bukan
Lokomot
or)
IMBANG
AN 180
(Loko
motor)
ALUN
AN

(Loko
motor)
LANG
KAH
WALT
Z

Alatan : Ribbon
(Lokomotor)
LANGKAH GRAPEWINE

STESEN 6
(Bukan Lokomotor)
'MONKEY DANCE'

Alatan : Ribbon

(Lokomotor)
AYUNAN DAN PUSINGAN

STESEN 7
(Bukan Lokomotor)
IMBANGAN SKALA DEPAN

(Lokomotor)
LOMPAT LENTIK

STESEN 8
(Bukan Lokomotor)
GAYA MENDARAT

STESEN 9
(Bukan Lokomotor)
DIRIAN BANGAU

HURAIAN PELAN LANTAI GIMRAMA


17

STESEN

JENIS
PERGERAKAN

NAMA
PERGERAKAN

PENJELASAN
PERGERAKAN / AKTIVITI

GAMBAR RAJAH

STESEN 1

Bukan Lokomotor

PUTARAN
GELUNG

Peserta melakukan putaran gelung mengelilingi


pinggang secara statik tanpa pergerakan.

PERGERAKAN

Lokomotor

BERJALAN

Peserta melakukan gerakan


melakukan golekan gelung.

STESEN 2

Bukan Lokomotor

LAMBUNGAN
GELUNG

Peserta melambung gelung dengan dua tangan dan


menyambut semula dengan dua tangan.

PERGERAKAN

Lokomotor

BERLARI

Peserta melakukan gerakan berlari sambil melakukan


golekan gelung di atas satah depan dan golekan
gelung sambil berlari.

STESEN 3

Bukan Lokomotor

GOLEK GELUNG

Peserta melakukan golek gelung atas tangan, lengan


dan belakang.

berjalan

sambil

18

PERGERAKAN

Lokomotor

MELOMPAT

Peserta melakukan gerakan melompat layangan


melalui gelung.

STESEN 4

Bukan Lokomotor

IMBANGAN

Peserta duduk secara dekam dan mengimbang


badan selama 2 saat.

PERGERAKAN

Lokomotor

CHASSE

Peserta melakukan gerakan Chasse yang merupakan


kemahiran yang mustahak bagi menyediakan diri
untuk gerakan yang lain. Dengan melajukan Chasse
ke depan dengan cepat, ia akan membantu
persediaan untuk lompatan, layangan atau pusingan.

STESEN 5

Bukan Lokomotor

IMBANGAN 180

Peserta melakukan imbangan satu kaki dengan satu


tangan ke udara.

PERGERAKAN

Lokomotor

LANGKAH WALTZ

Peserta melakukan pergerakan langkah Waltz


dengan membengkokkan badan dalam kiraan 1 dan
di atas bebola kaki dalam kiraan 2 dan 3.

STESEN 6

Bukan Lokomotor

MONKEY DANCE

Peserta mengangkat kedua tangan ke atas dan


menggoyangkan pinggul ke kiri dan ke kanan.

PERGERAKAN

Lokomotor

LANGKAH
GRAPEVINE

Peserta melakukan pergerakah langkah Grapevine


(pergerakan ke sisi) sambil memanipulasikan
penggunaan alatan tali.

IMBANGAN
SKALA DEPAN

Peserta mengangkat lurus kaki ke belakang dan


tangan ke hadapan sambil memanipulasikan alatan
ribbon..

STESEN 7

Bukan Lokomotor

19

PERGERAKAN

Lokomotor

AYUNAN DAN
PUSINGAN

Peserta melakukan pergerakan ayunan dan pusingan


badan sambil memanipulasikan penggunaan alatan
ribbon.

STESEN 8

Bukan Lokomotor

GAYA MENDARAT

Peserta membengkokkan lutut ketika mendarat


sambil tangan diluruskan ke hadapan.

Lokomotor

LOMPAT LENTIK

Peserta melakukan pergerakan melompat lentik dan


mendarat menggunakan satu atau dua kaki.
Pergerakan peserta diiringi aktiviti memanipulasikan
penggunaan alatan ribbon.

Bukan Lokomotor

DIRIAN
BANGAU

Peserta berdiri tegak, mengangkat sebelah kaki


bersudut 90 darjah dan tangan didepakan untuk
meningkatkan keseimbangan sambil memanipulasi
kan penggunaan alatan ribbon.

ALUNAN

Peserta melakukan pergerakan alunan yang


menyerupai ombak dilakukan dengan tangan, tubuh
badan atau keseluruhan badan sambil memani
pulasikan penggunaan alatan ribbon.

Bukan Lokomotor

BANGKIT TUBI

Peserta meletakkan tangan di sisi badan dan lutut


dibengkokkan. Peserta meletakkan tangan secara
bersilang di dada. Peserta bangun hingga dada
mencecah lutut lalu kembali ke kedudukan asal.

Lokomotor

BERJALAN
KELUAR

Peserta melangkah keluar arena dengan langkah


teratur dengan menggunakan bebola kaki serta
luruskan hujung kaki dan kaki menghala ke luar
sedikit.

PERGERAKAN

STESEN 9

PERGERAKAN

STESEN 10

PERGERAKAN

Lokomotor

20

RUJUKAN :
1.

Open University Malaysia. (2012). HBPE2103 Pergerakan Artistik dan Kreatif.


Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.

2.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani.


Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

3.

Lo Joo Sim. (1993). Siri Sukan Popular Gimrama. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

4.

Buschner, C.A. (1994) Teaching Children Movement Concepts and Skills Champaign
II: Human Kinetics.

21

Vous aimerez peut-être aussi