Vous êtes sur la page 1sur 19

PROGRAM J-QAF

Nama pelajar :___________


_______________
_________________

Pensyarah :

Ervi, Verolina,
Ezza
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGHARGAAN
3
2.0 PENGENALAN
3.0 OBJEKTIF
4.0 KEPENTINGAN J-QAF
4.1
KEPENTINGAN
4.2
KEPENTINGAN
4.3
KEPENTINGAN
4.4
KEPENTINGAN

PEMULIHAN JAWI
MENGUASAI AL-QURAN
BAHASA ARAB
FARDHU AIN

4
5
6
6
6
6

7
5.0 MODEL-MODEL PROGRAM J-QAF
8
5.1
5.2
5.3
5.4

MODEL
MODEL
MODEL
MODEL

KELAS PEMULIHAN JAWI


8
TASMIK
8
6 BULAN KHATAM AL-QURAN
10-11
PERLUASAN PERLAKSANAAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI

12
6.0 PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF
13
6.1

UJURAN PERLAKSANAAN PROGRAM J-QAF SEKOLAH RENDAH

6.2
6.3
6.4

13
GURU J-QAF
SASARAN
PENJADUALAN

13
13

6.5
6.6
6.7
6.8

14-15
LATIHAN GURU
BAHAN DAN KEMUDAHAN
PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN
PELAKSANAAN DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

16
16
16

17
7.0 PENUTUP
8.0 BIBLIOGRAFI
9.0 LAMPIRAN

18
19

20

Ervi, Verolina,
Ezza
1.0

PENGHARGAAN
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya
dapat kami menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali
kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Malaysia
Sabah kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan kerja
kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi
memudahkan

kami

mendapatkan

bahan

rujukan

yangberkaitan

dengan tajuk tugasan kami.


Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mohd Khairuddin
Bin Abdullah yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan
yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan
sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga,
kami

mengucapkan

terima

kasih

kepada

Dr.

kerana

memberi

kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga


jayanya.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi
sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan
kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak
dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakanrakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan

yang

sama-sama

bertungkus-lumus

menghasilkan

tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami


menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan
dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi
bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang
cemerlang. Selain itu juga,harapan kami agar dapat memberi manfaat
kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita
sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam
menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran
malah kepada masyarakat setempat khususnya

Ervi, Verolina,
Ezza
2.0

Pengenalan

Bagi mengatasi masalah keciciran dalam Bahasa Arab, Fardhu Ain dan
Jawi, Kerajaan telah melaksanakan Program JQAF sebagai satu pendekatan
dalam pendidikan Islam di sekolah rendah. Guru-guru yang berkemahiran
diperlukan bagi bimbingan, pemulihan, kemahiran, pengayaan, pengukuhan,
penghayatan dan penggayaan murid sekolah rendah. Jadual waktu telah
disediakan dalam melaksanakan program ini (Abdul Halim dan Muhammad
Azhar, 2005: 92)
Duta luar yang telah menyertai Multaqa Sedunia Alumni Al-azhar pada
tahun 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), mendapati bahawa
program ini telah menarik perhatian beliau kerana ia memberi penekanan
terhadap ilmu agama dan dalam masa yang sama pendidikan akademik
bermula sejak sekolah rendah lagi. Prof. Datuk Dr. Abd. Shukor Husin, Naib
Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata program yang
menjadi kayu akar terhadap ajaran Islam ini mula difikir untuk diteruskan
sehingga ke luar negara. (Utusan Malaysia 18 Februari 2008)
Sebenarnya, program ini merupakan pokok idea mantan Perdana Menteri
kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2003 bagi melahirkan
murid yang dapat menguasai dan memahami Al-Quran dan dalam yang sama
menguasai Bahasa Arab, Fardhu Ain dan Jawi. Kementerian Pelajaran
Malaysia pada 14 Januari 2005 telah memperkenalkan program ini di sekolahsekolah kebangsaan yang dipilih di Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menempatkan sebanyak 3 663
orang guru di sekolah-sekolah bagi memastikan usaha (Program JQAF) yang
dijalankan berjalan dengan lancar. Semua guru ini merupakan lepasan
daripada maktab-maktab perguruan yang telah mendapat latihan Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah
(LPBS) j-QAF (Abdul Halim dan Muhammad Azhar, 2005: 97). Program ini
adalah sebahagian daripada pengisian untuk konsep Islam Hadhari yang
telah dicadangkan oleh Mantan Perdana Menteri kita.

3.0

Objektif
4

Ervi, Verolina,
Ezza

Antara objektif program j-QAF ini adalah membantu murid-murid untuk:


a) Menyelesaikan pembacaan Al-Quran
b) Mengukuh dan menghayati Fardhu Ain
c) Menguasai bacaan mahupun tulisan Jawi
d) Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi

4.0

Kepentingan j-QAF

Program ini merupakan usaha untuk memperkasakan Pendidikan Islam yang


sedia ada terutama dalam Akidah, Tilawah Al-Quran, Sirah Nabawi, Ibadah,
5

Ervi, Verolina,
Ezza
Jawi dan Akhlak yang memberi impak positif kepada pelajar dan dapat
diaplikasi dalam kehidupan seharian.
4.1
Kepentingan Pemulihan Jawi
Jawi merupakan komponen pendidikan Islam yang dilaksanakan
pada tahun 2003 melalui sistem pengajaran dua waktu dalam
seminggu pada awal enam bulan pertama tahun satu. Melalui
laporan pemantauan, didapati bahawa penguasaan dalam tulisan
dan bahasa jawi perlu diperbaiki lagi. Hal ini membawa maksud
bahawa subjek Pendidikan Islam sahaja tidak mencukupi dan
memberi kesan. Oleh itu inisiatif dalam program j-Qaf bagi tujuan
pemulihan Jawi dapat dijadikan sebagai kayu sandaran untuk muridmurid khasnya yang tercicir agar semua murid dapat memiliki ilmu
dalam Jawi apabila diberi tunjuk ajar dan bimbingan secara
komprehensif1.
4.2
Kepentingan Menguasai Al-Quran
Pada masa ini, al-Quran merupakan sebahagian daripada komponen
dalam Pendidikan Islam melalui bidang Asuhan Tilawah al-Quran.
Walau bagaimanapun, ia tidak menekankan untuk khatam al-Quran
kerana ia memerlukan bimbingan tunjuk ajar yang ekstensif dan
berterusan daripada guru yang sesuai dengan jumlah nisbah murid
yang tepat dalam pendekatan musyafahah dan talaqi 2. Oleh itu,
kebolehan

dalam

membaca

sahaja

yang

ditekankan

dalam

Pendidikan Islam manakala aspek khatam pula diserahkan kepada


masyarakat3.
4.3
Kepentingan Bahasa Arab
Bahasa Arab diajar di hampir setiap sekolah rendah di Malaysia
secara terpilih dan subjek ini adalah terhad kerana ia berstatuskan
mata

pelajaran

tambahan.

Oleh

itu,

jumlah

murid

yang

mempelajarinya hanyalah dalam jumlah yang sedikit dan terhad.


4.4

Kepentingan Fardhu Ain

1 Sufean Bin Hussin, Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan, hlm. 407


2 Kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar,
membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar.
3 Sufean Bin Hussin, Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan, hlm. 410.
6

Ervi, Verolina,
Ezza
Amalan Fardhu Ain terutama sekali dalam menjalankan ibadah
solat4 belum lagi mencapai tahap penguasaan murid-murid yang
menyebabkan ibu bapa masih belum berpuas hati terhadap perkara
ini.

Oleh

itu,

pihak

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

telah

memasukkan mata pelajaran Fardhu Ain agar anak-anak muda lebih


arif dalam soal ibadah solat.

4 Dr.Ir.M Imadduddin Abd Rahim, Islam Sistem Nilai Terpadu, hlm. 162.
7

Ervi, Verolina,
Ezza
5.0

Model-Model Program j-QAF


5.1
Model Kelas Pemulihan Jawi
a) Penerangan
Kelas ini bertujuan untuk proses pemulihan murid yang tercicir
dalam Jawi. Kelas ini dijalankan serentak dalam jadual waktu
persekolahan5.
b) Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memulihkan murid yang tercicir dalam
jawi

agar

mereka

sekurang-kurangnya

dapat

menyebut,

mengenal dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka


dan tertutup serta perkataan yang senang dibina melalui suku
kata tertutup dan terbuka.
c) Kumpulan sasar
Murid-murid yang tidak berjaya melepasi ujian khas iaitu tidak
mengenal suku kata terbuka dan huruf tunggal dalam jawi.
d) Pendekatan Pelaksanaan
i)
Melaksanakan Kelas Pemulihan Jawi mengikut agihan dan
ii)

cara P&P yang telah ditetapkan.


Menggunakan kaedah nyanyian dan permainan yang

iii)

menyeronokan dalam P&P.


Membuat rekod dan penilaian pencapaian murid sejurus
selepas kelas dilaksanakan.

5.2
Model Tasmik
a) Pengenalan
Model Tasmik adalah suatu prorgram bagi membimbing serta
merekod perkembangan bacaan ql-Quran dan Iqra murid secara
perseorangan

melalui

program

yang

telah

diatur

untuk

memastikan murid Khatam al-Quran semasa berada di Sekolah


Kebangsaan6.
b) Tujuan
i)
Agar murid boleh membaca al-Quran dan bertajwid.
ii)
Agar murid berjaya khatam bacaan al-Quran sehingga 30
juzuk.
c) Kumpulan sasaran
5 PIM3101, Pengenalan kurikulum Pendidikan Islam, hlm. 95.
6 PIM3101, Pengenalan kurikulum Pendidikan Islam, hlm. 105. 5
8

Ervi, Verolina,
Ezza
Murid Tahun Satu yang beragama Islam di sekolah rendah.
d) Pendekatan Pelaksanaan
i)
Buku Iqra yang telah dibekalkan oleh Kementerian dan alQyranRasm Uthmani hendaklah digunakan oleh semua
ii)

murid.
Setiap murid haruslah memiliki seorang guru Tasmik yang

iii)

telah dilantik oleh pihak sekolah.


Guru j-Qaf adalah guru tasmik. Pihak sekolah dibenarkan
untuk merekrut guru Pendidikan Islam dan guru akademik
yang mempunyai kemahiran untik terlibat dalam program
ini. Manakala murid yang telah khatam al-Quran boleh

iv)

menjadi pembantu guru tasmik.


Buku Rekod Bacaan haruslah digunakan setiap kali selesai

v)

membimbing dan bacaan murid.


Bimbingan secara berterusan dan komprehensif kepada
murid-murid yang belum celik Iqra dan bacaan al-Quran
dengan menggunakan alternatif dan aktiviti yang mampu
meransang minat murid seperti kelas tambahan, Kem
Literasi al-Quran dan sebagainya yang dijalankan oleh

vi)

guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF.


Buku Rekod Bacaan al-Quran yang telah dibekalkan oleh

vii)

kerajaan haruslah digunakan oleh setiap murid.


Guru j-QAF perlu memastikan bahawa murid-murid ,
mendapat bimbingan daripada guru tasmik sebelum

viii)

membuat penilaian.
Murid dikehendaki untuk membaca al-Quran agihan muka
surat yang telah dicadangkan dalam rancangan tahunan

ix)

bacaan perseorangan/individu.
Murid yang celik boleh meneruskan bacaan tanpa perlu

x)

terikat dengan agihan juzuk yang ditetapkan.


Murid dicadangkan untuk membaca al-Quran setiap hari
agar dapat memberi fokus terhadap kualiti bacaan.
Perkara ini penting khususnya bagi murid yang belum

xi)

menguasai bacaan.
Murid boleh membaca dan semak bacaan (tasmik) alQuran pada waktu yang sesuai (luar jadual) seperti:
a) Waktu petang (sesi pagi)
b) Waktu pagi (sesi petang)
c) Waktu kokurikulum

Ervi, Verolina,
Ezza
xii)

Pihak

sekolah

perlu

melaksanakan

penilaian

dan

menyiapkan laporan untuk diberikan Jabatan Pelajaran


Negeri.
5.3

Model 6 bulan Khatam al-Quran


a) Pengenalan
Menfokuskan penguasaan terhadap kemahiran membaca alQuran pada enam bulan pertama tahun satu dan bahagian
Khatam al-Quran dalam enam bulan pertama tahun dua
sehingga enam7.
b) Tujuan
i)
Agar murid boleh membaca al-Quran dan bertajwid.
ii)
Agar murid berjaya khatam bacaan al-Quran sehingga
30 juzuk.
c) Kumpulan sasaran
Murid yang beragama Islam dari tahun satu hingga tahun
enam di Sekolah Kebangsaan.
d) Pendekatan Pelaksanaan
i)
Tempoh pelaksanaan bagi program ini ialah selama
enam bulan pertama dalam jangka masa setahun. Bagi
bulan selanjutnya mereka akan menyertai kurikulum
pendidikan Islam melalui sukatan pelajaran yang telah
ii)

ditetpkan.
Peruntukan waktu dalam pembelajaran Tilawah alQuran

ialah

empat

kali

seminggu.

Dua

waktu

selebihnya akan digunakan bagi program Asas Ulum


Syariah dan Jawi.
iii)

Perjalanan P & P
a) Semua murid dikehendaki menggunakan Mushaf
Rasm Uthmani dalam membaca al-Quran.
b) Setiap
murid
perlu
menggunakan

kaedah

musyafahah dan talaqqi dalam membaca al-Quran.


c) Guru Pendidikan Islam bertanggungjwab dalam
perjalanan pembelajaran musyafahah dan talaqi
dan dibantu oleh seorang guru pembimbing.

7 PIM3101, Pengenalan kurikulum Pendidikan Islam, hlm. 100.


10

Ervi, Verolina,
Ezza
d) Menilai dan merekod bacaan bagi setiap murid
dalam Buku Rekod Bacaan al-Quran.
e) Menggunakan kaedah Iqra bagi pelajar yang tidak
menguasai

bacaan

al-Quran

bagi

meneruskan

pembelajaran.
f) Mengadakan aktiviti pemulihan bagi murid yang
tidak celik al-Quran.
g) Segala pembahagian bacaan mengikut jadual perlu
dirujuk dalam Model P & P Model enam bulan.
5.4

Model Perluasan Perlaksanaan Bahasa Arab Komunikasi

Program ini dijalankan secara terhad di sekolah kebangsaan dan


akan diperluaskan lagi di seluruh sekolah dalam negara ini. Mata
pelajaran ini hanyalah berstatus sebagai mata pelajaran tambahan
dan pilihan, murid yang bukan beragama Islam juga boleh
mengambil subjek Bahasa Arab Komunikasi jika tidak mengambil
subjek bahasa Tamil Komunikasi dan bahasa Cina Komunikasi. Masa
yang ditetapkan ialah sebanyak 60 minit dalam seminggu dan
proses pengajaran pula diambil alih oleh guru bahasa Arab yang
berpengalaman. Buku Panduan Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab
Komunikasi akan menjelaskan tentang model ini8.
5.5

Model Bestari Solat

Buku Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat ada menjelaskan


mengenai Model Bestari Solat. Dalam program ini, ia akan
dilaksanakan dalam dua hari tanpa bermalam sebanyak empat kali
dalam

setahun.

Program

ini

dikategorikan

sebagai

aktiviti

kokurikulum Pendidikan Islam dan diselitkan dalam takwim sekolah.


Segala aktiviti megharuskan kerjasama semua pihak termasuk PIBG
dan guru-guru sekolah (tidak terhad kepada guru Pendidikan Islam
sahaja)9.
8 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia,Panduan
Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Program j-QAF,
hlm. 4.
9 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan
Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Program j-QAF,
hlm 5.
11

Ervi, Verolina,
Ezza

6.0

Pelaksanaan Program j-QAF


6.1

Ujuran Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah 10


Jadual 1: Ramalan Bilangan Pelajar

6.2
Guru j-QAF
Tugas guru-guru j-QAF diadakan untuk menjayakan program j-QAF 11.
Ramalan bilangan ditunjukkan dalam jadual dibawah.
10 Unjuran baru oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
11 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan
Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Program j-QAF,
hlm 5.
12

Ervi, Verolina,
Ezza

Jadual 2: Ramalan Bilangan Guru j-QAF

6.3

Sasaran

Program ini adalah untuk murid-murid Sekolah Rendah. Program ini


telah bermula sejak tahun 2005 lagi. Murid-murid Tahun 1 yang
dipilih akan menjalankan subjek-subjek ini terlebih dahulu.
Manakala murid yang lain pula akan menyambung pelajaran yang
sudah sedia ada, mereka juga terlibat dalam Ihtifal al-Quran
beriringan dengan murid Tahun 1.
Pada tahun 2005, sejumlah 1 221 buah sekolah bersamaan dengan
4 861 kelas dan sejumlah 1 41725 murid terlibat. Manakala,
Sebanyak 1235 sekolah melibatkan sebanyak 93 783 murid pada
tahun 2006.
6.4

Penjadualan
6.4.1 Kelas Pemulihan Jawi
Kelas ini akan dijalankan bersamaan dengan waktu mata
pelajaran Pengajaran Jawi yang diajar oleh murid-murid pada
waktu biasa. Selama enam bulan yang awal, murid Tahun
Satu yang mengambil Jawi akan diajar selama dua waktu
dalam seminggu. Manakala pada enam bulan yang kedua
pula, murid tahun satu dan Tahun dua serta tahun enam
akan diajar selama satu waktu sahaja. Jadual berikut akan
menunjukkan jadual waktu bagi mata pelajaran tersebut :
Jadual 3: Jadual waktu pembelajaran kelas Pemulihan Jawi

13

Ervi, Verolina,
Ezza

6.4.2 Perlaksanaan Bahasa Arab Komunikasi


Oleh kerana mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran
tambahan, ia akan dilaksanakan seperti mata pelajaran
bahasa India Komunikasi dan bahasa Cina Komunikasi iaitu
selama dua waktu dalam seminggu.

6.4.3 Model Enam Bulan Khatam al-Quran


Dalam model enam bulan khatam al-Quran ia akan
melibatkan waktu mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu
dalam tempoh enam bulan pertama ia akan mengambil
empat waktu dalam seminggu. Manakala murid yang belum
lagi menguasai pembacaan al-Quran pula, akan meneruskan
pengkaedahan Iqra. Selepas enam bulan kedua pula, murid
tahun satu menggunakan tiga waktu dalam Asuhan Tilawah
al-Quran. Murid tahun dua hingga tahun enam akan
mengambil dua waktu. Jadual peruntukan waktu adalah
seperti berikut:
Jadual 4: Agihan waktu Khatam al-Quran & Asuhan Tilawah
al-Quran

14

Ervi, Verolina,
Ezza

6.4.4 Model Tasmik


Bagi model Tasmik, penjadualannya adalah diluar waktu
persekolahan.
6.4.5 Model Bestari Solat
Penjadualan bagi Model Bestari Solat juga adalah diluar
waktu persekolah dan akan dilaksanakan sebanyak empat
kali setahun.
6.4.6 Secara keseluruhannya, jadual
model adalah seperti berikut:

6.5

bagi

keempat-empat

Latihan Guru

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia akan


mengambil tugas dalam bahagian memberi latihan dan
pengrekrutan guru-guru untuk program j-QAF. Kementerian
Pelajaran Malaysia akan memberi latihan dari masa ke semasa
untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisme guru-guru j-QAF
sama ada di luar atau dalam negara.
6.6

Bahan dan Kemudahan

Dalam melaksanakan sesuatu program, sudah tentu bahan dan


kemudahan merupakan aspek yang perlu diambil kira. Antara
bahan-bahan yang telah disediakan ialah Pelaksanaan dan
Pengurusan Kurikulum dan Ko-Kurikulum program j-QAF. Bahanbahan yang asas ialah buku panduan pelaksanaan model-model
pengajaran j-QAF dan Buku Panduan Dasar manakala bahan-bahan
contoh bagi P & P ialah CD Iqra Selain itu mushaf al-Quran, Buku
Rekod Bacaan, buku teks Bahasa Arab Komunikasi, buku aktiviti
jawi, bahan bantu belajar pemulihan jawi, buku aktiviti Bahasa
Arab, perisian komputer bagi keempat-empat komponen j-QAF,
buku latihan khat Jawi, kamus bahasa Arab, makmal j-QAF bilik khas
j-QAF dan peralatan ICT diperlukan untuk mengukuhkan dan
15

Ervi, Verolina,
Ezza
menggayakan program j-QAF agar ia dapat berjalan dengan
berkesan secara berterusan 12.
6.7

Pemantauan dan Bimbingan

Pemantauan yang berterusan akan dilaksanakan bagi membimbing


para guru agar program ini dapat dijalankan dengan berkesan. Ia
akan dilakukan oleh pegawai-pegawai j-QAF melalui peringkat pusat
ataupun negeri. Laporan akan diberikan setiap masa untuk
mengetahui keperluan, kelemahan, dan penambahbaikan dalam
program ini13.
6.8

Pelaksanaan di sekolah Pendidikan Khas.

Murid-murid istemewa juga turut terlibat dalam program j-QAF. Oleh


itu, dalam melaksanakan program ini, KPM akan mengambil tenaga
guru khas, bahan sokongan, bahan P&P, dan kemudahan yang
lain14.
Jabatan pendidikan khas dan pegawai-pegawai j-QAF akan
memantau program ini15.

12 Kementerian Pelajaran Malaysia, Modul Pendidikan Islam Pendidikan Rendah,


hlm. 90-91.
13 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan
Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Program j-QAF,
hlm 9.
14 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan
Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Program j-QAF,
hlm 9.
15 Kementerian Pelajaran Malaysia, Modul Pendidikan Islam Pendidikan Rendah,
hlm.91.
16

Ervi, Verolina,
Ezza

7.0

Penutup

Secara umumnya, program j-QAF ini merupakan satu inisiatif yang boleh
memberi kesan positif kepada Murid-murid di Sekolah Rendah. Sebagai contoh,
dalam program Bestari Solat, mereka dapat memahami dan mempelajari
kepentingan solat seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Begitu juga dengan program-program lain, semua ini dapat membantu pelajar
untuk memperbaiki akhlak keIslaman mereka.
Selain itu, murid-murid istimewa juga tidak ketinggalan dalam pelaksanaan
program ini dimana mereka turut diajar oleh guru-guru khas dengan cara yang
tersendiri. Melalui langkah ini, kita dapati bahawa tidak ada murid yang akan
ketinggalan jika pemantauan dilakukan secara holistik dan komprehensif.
Dari segi penyediaan bahan pula, bahan-bahan yang disediakan dapat
menarik minat murid-murid untuk terus fokus dalam pembelajaran mereka.
Murid-murid turut memerlukan aktiviti-aktiviti luar kelas kerana pembelajaran
dalam kelas sahaja tidak cukup untuk menarik minat mereka.
Peningkatan profesionalisme guru-guru melalui latihan amat penting untuk
melaksanakan program ini dengan jayanya. Guru seharusnya bersiap sedia
dalam mencuba teknik, pendekatan pengajaran dan kaedah yang efektif selain
menerima perubahan dalam kandungan kurikulum, istilah dan penggunaan
teknologi baharu (Mohamad SaniIbrahim & Zuraidah Majid, 2002).
Secara kesimpulannya, setiap pihak yang terlibat dalam j-QAF haruslah
memahami tujuan program ini dan mengikuti panduan yang telah ditetapkan.
Program ini boleh menjadi akar tunjang dalam memperkasakan dan
memperbaiki Pendidikan Islam bagi melahirkan insan mukmin selain
merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Islam.
17

Ervi, Verolina,
Ezza

8.0

Bibiliograf

1. Abdul Razak Hj Osman ,1988, Sistem pendidikan islam sekolah rendah


malaysia.
Latihan Ilmiah, Universiti Malaya.
2. Amin Mohd Rashid ,1991, Masalah-masalah pengajaran pendidikan islam
KBSR, satu

tinjauan persepsi guru-guru sekolah rendah. M.Ed Universiti

Kebangsaan Malaysia.
3. Dr.Ir.M Imadduddin Abd Rahim, 2002, Islam Sistem Nilai Terpadu, Indonesia,
Gema Insani Press.
4. Ghazali Hassan ,1982, Perkembangan dan kualiti pengajaran agama islam di
sekolah rendah dan menengah di malaysia. Latihan Ilmiah Universiti Malaya.
5. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007
Panduan

Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan

Kokurikulum Program j-

QAF, Malaysia, Jabatan Pendidikan Islam dan

Moral.
6. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011, Modul Pendidikan Islam Pendidikan
Rendah,
Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.
7. Kementerian pendidikan Malaysia ,1995, Buku panduan perkara asas fardu
ain.
Kuala Lumpur Dewan bahasa dan Pustaka.
8. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004, j-QAF projek rintis tahun 2004,
panduan

perlaksanaan model perluasan bahasa arab komunikasi dan

model pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur.


9. Kementerian Pelajaran Malaysia , 2004, j-QAF projek rintis tahun 2004,
Kuala
Lumpur.
10.Rafidah Binti Mohammad Noor, 2009, Kaedah Pelaksanaan Program J-Qaf
dalam Kalangan Pelajar Sekolah.

18

Ervi, Verolina,
Ezza

9.0

Lampiran

19

Vous aimerez peut-être aussi