Vous êtes sur la page 1sur 1

 

PRAKATA 
 
Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah adalah
bahan sumber rujukan yang dihasilkan oleh Unit Perdagangan, Bidang Pendidikan Teknik,
Vokasional dan Kemahiran (BPTVK), Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK),
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan bantuan guru-guru Prinsip Perakaunan
yang berpengalaman luas dalam mata pelajaran ini.

Buku ini dihasilkan dengan objektif utamanya memberikan maklumat untuk tajuk baru dan
tajuk-tajuk yang dikemaskini atas perubahan sukatan yang berlaku. Buku ini adalah
sebagai bahan sumber tambahan yang perlu digunakan bersama-sama buku teks Prinsip
Perakaunan sedia ada sebelum buku teks yang baharu, diedarkan pada tahun 2011.

Buku ini mengandungi nota-nota berkaitan tajuk baru yang dimasukkan dan tajuk-tajuk yang
mengalami perubahan daripada segi susunan sahaja. Selain itu, setiap tajuk mengandungi
contoh-contoh soalan dan diikuti dengan latihan bersama jawapan akhir. Buku ini bukan
sahaja dapat memudahkan guru mengajar malah memberi idea baru untuk mempelbagaikan
kaedah pengajaran dalam kelas.

Maklumat yang ada dalam buku ini merupakan cadangan sumber isi pelajaran yang boleh
di olah mengikut kesesuaian dan kreativiti guru berdasarkan tahap pelajar. Guru boleh
menggunakan sumber ini dengan merujuk kepada hasil pembelajaran dalam Huraian
Sukatan Pelajaran (HSP) yang baharu.

Besarlah harapan kami agar buku ini dapat digunakan untuk membantu para guru dan
pelajar meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam mata pelajaran ini. Di samping
itu, buku ini boleh dijadikan panduan demi meningkatkan Pengajaran & Pembelajaran (P&P)
yang lebih berkesan dan seterusnya meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan.
Semoga usaha murni ini diberkati olehNya dan mencapai objektif.
 
 
 
Unit Perdagangan 
Bidang Pendidikan Teknik, Vokasional dan Kemahiran  
Bahagian Pembangunan Kurikulum 
Kementerian Pelajaran Malaysia 

Vous aimerez peut-être aussi