Vous êtes sur la page 1sur 29

HBHE2203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


________________________________________________________
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
________________________________________________________
FENOMENA JEREBU YANG MELANDA NEGARA KITA

NO. MATRIKULASI

780424085416001

NO. KAD PENGNEALAN

780424-08-5416

NO. TELEFON

012-5552985

E-MEL

meeff158158@hotmail.com

TUTORS NAME

SABRI BIN TAN

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN PERAK

SEPTEMBER 2013 SEMESTER

HBHE2203
Daftar Isi Kandungan

Muka Surat

1.0 Pengenalan

3 -4

2.0 Definisi

2.1 Jerebu
2.2 Petunjuk Indeks Pencemaran Udara(IPU)
3.0 Pernyata Masalah

4.0 Jadual Indeks Pencemaran Udara(IPU)

7-9

5.0 Punca-punca Terjadinya Jerebu


5.1 Pencemaran Dapada Pembakaran Terbuka

10

5.2 Pelepasan Daripada Kenderaan Bermotor

10

5.3 Pelepasan Daripada Industri

11

5.4 Punca Semulajadi

11

5.5 Bahan Pencemaran Buatan Manusia


6.0 Dapatan Data Indeks Pencemaran Udara(IPU) yang dilaporkan
Baru-baru ini.
6.1 Laporan Daripada Kenyataan Akhbar
6.2 Dapatan Data Indeks Pencemaran Udara
6.3 Huraian Bacaan Indeks Pencemaran Udara dari laporan.
7.0 Cadangan Megatasi Masalah
7.1 Larangan Pembakaran Terbukar
7.2 Tanggunjawab Orang ramai
7.3 Melalui Pendidikan
7.4 Mencipta Pebenihan Awan Untuk Menjadi Huja Tiruan
7.5 Kempen Hijau
8.0 Kesan Jerebu Terhadap Golongan Kanak-kana, orang tua, perokok dan
Pesakit
8.1 Berbahaya Kepada Perokok
8.2 Kesan Jerebu Menyebabkan Pesakit Asma
8.3 Kesan Jerebu Terhadap Orang Tua

11-12

8.4 Kesan Jerebu Terhadap Kanak-kanak Yang Menghadapi Alahan


8.5 Kesan Jerebu Terhadap Kanak-kanak yang Mengalami
Penyakit paru-paru, bronkitis

26-27
27-28

9.0 Kesimpulan
Rujukan

13
14-17
18-19
20
20
21
21-22
22
23-24
24-25
25-26

29-31
32-33
1

HBHE2203

1.0

Pengenalan
Kebelakangan ini, negara kita telah dikejutkan dengan fenomena jerebu yang
sangat teruk. Maka, kerajaan negara kita terpaksa mengistiharkan darurat di beberapa
kawasan yang tidak selamat. Berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh Jabatan Alam
Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, jerebu boleh didefinisikan
sebagai kedatangan sebarang bahan asing di dalam udara yang selain daripada kandungan
udara tulen dapat membawa kesan buruk kepada manusia.

Ia juga mempengaruhi

tumbuhan dan binatang. Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu jika terdapat partikel2

HBHE2203
partikel terampai di dalamnya dan kepekatan yang tinggi dan kandungan kelembapan
yang rendah. Keadaan ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kurang jelas ataupun
kabur. Selain daripada itu, kelajuaan angin biasanya akan perlahan di kawasan tropikal.
Bagi tempoh-tempoh ini, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara berkurang.
Dalam fenomena ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. ,
Atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada
punca tempatan ataupun luar negara. Lazimnya, kandungan udara tulen yang wujud
adalah lebih daripada kandungan yang sepatutnya. Jerebu juga merupakan zarah-zarah
yang kecil dan ia boleh wujud secara semulajadi atau muncul akibat daripada aktiviti
seharian manusia. Sebenarnya, asap kilang, asap kenderaan dan asap pembakaran juga
merupakan faktor penyumbang kewujudan jerebu. Sebagai contohnya, keadaan cuaca
yang begitu buruk pada tahun 1997. Pada tahun itu, negara kita telah dilanda fenomena
El-Nino yang membawa cuaca kering , panas berpanjangan dan jumlah hujan menurun.
Daerah-daerah di Sabah mengalami masalah ini seperti daerah Kota Merudu, Kota Belud
dan Kudat. Apabila zarah-zarah berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan
terapung di udara. Oleh itu, ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk
sampai ke permukaan bumi.

Fenomena ini akan menyekat pemandangan dan

menurunkan kadar penglihatan.


Walaubagaimanapun, jerebu ini telah mendatangkan kesan buruk kepada semua
orang terutamanya golongan yang berisiko tinggi.

Oleh hal demikian, kita perlu

berkerjasama untuk mengatasi masalah ini supaya kesan jerebu dapat dikurangkan.
Untuk menyiapkan tugasan ini, saya perlu mendapatkan Indeks Pencemaran
Udara (IPU) bagi mengetahui tahap jerebu dan huraikan punca-punca terjadinya jerebu
tersebut. Langkah yang kedua ialah saya akan mendapatkan data indeks Pencemaran
Udara (IPU) yang dilaporkan baru-baru ini dan huraikan dengan ringkas bacaan (IPU)
tersebut. Tindakan yang seterusnya ialah saya akan mencadangkan langkah-langkah
yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah jerebu yang selalu melanda negara kita.
Langkah yang terakhir ialah huraikan kesan jerebu terhadap golongan seperti kanakkanak, orang tua, perokok dan mereka yang mengalami penyakit seperti bronkitis, asma,
jantung, radang paru-paru dan yang menghadapi alahan.
3

HBHE2203
Untuk menyiapkan tugasan ini, saya pun merujuk kepada modul dan sumbersumber bercetak dan internet yang boleh dipercayai.

Saya juga akan mendapatkan

maklumat dan saudara mara yang mengalami masalah kesihatan bagi menyempurnakan
tugasan ini. Akhirnya, saya akan menyediakan satu laporan yang terperinci.

2.0

Definisi
2.1 Jerebu
Jerebu yang kita lihat di ruang udara adalah disebabkan partikulat-partikulat atau
zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam
kepekatan yang tinggi ( Jabatan Alam Sekitar Malaysia).
2.2 Petunjuk Indeks Pencemaran Udara (IPU)
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan petunjuk kepada kualiti udara. Indeks
Pencemaran Udara (IPU) dikira berdasarkan paras purata parameter-parameter
kumin-kumin pepejal bersaiz kurang daripada 10 mikron, Sulfur Dioksida, Nitrogen
Dioksida, Ozon dan Karbon Monoksida( Jabatan Alam Sekitar Malaysia).

HBHE2203

3.0

Pernyata Masalah
Pada tahun 1997, kejadian jerebu sangat membimbangkan orang ramai kerana ia
disebabkan pembakaran terbuka oleh negara jiran. Sabah merupakan negeri yang paling
teruk pada masa itu. Pembakaran Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api
susah dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan.

Oleh kerana Kalimantan

berdekatan dengan Sabah, maka penduduk semakin cemas. Kemerosotan kualiti udara
berpunca daripada pertambahan bilangan sumber pencemaran udara yang tidak terkawal
seperti pelepasan asap kenderaan,

punca-punca industri dan pembakaran terbuka.

Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (1996) mendefinisikan bahawa daripada 3177
aduan yang diterima tentang pencemaran pada tahun 1996, sebanyak 2383 (75%) aduan
tersebut adalah berkaitan dengan pencemaran udara.

HBHE2203

4.0

Indeks Pencemaran Udara (IPU) Dalam Bentuk Jadual


4.1 Data daripada Jabatan Alam Sekitar
Indeks Pencemaran Udara di Malaysia pada 23 Jun 2013
Negeri

Kawasan

Masa-

Masa(11:00a.m.)

Johor
Johor
Johor
Johor
Kedah
Kedah
Kedah
Kelantan
Kelantan
Melaka
Melaka
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
Pahang
Pahang
Pahang
Perak
Perak
Perak
Perak
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Pulau Pinang
Pulau Pinang
Sabah
Sabah
Sabah
Sabah
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak

Kota Tinggi
Larkin Lama
Muar
Pasir Gudang
Alor Setar
Bakar Arang, Sungai Petani
Langkawi
SMK Tanjung Chat, Kota Bharu
Tanah Merah
Bandaraya Melaka
Bukit Rambai
Nilai
Port Dickson
Seremban
Balok Baru, Kuantan
Indera Mahkota, Kuantan
Jerantut
Jalan Tasek, Ipoh
Kampung Air Putih, Taiping
SK Jalan Pegoh, Ipoh
Seri Manjung
Tanjung Malim
Kangar
Perai
Seberang Jaya 2, Perai
USM
Keningau
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Bintulu
ILP Miri
Kapit
Kuching
Limbang
Miri
Samarahan

(7:00a.m.)
137
117
746
127
67
82
59
70
77
357
334
94
166
103
135
100
67
64
94
81
61
75
79
71
86
87
45
42
45
42
77
78
57
84
75
91
74

124
100
690
110
68
79
60
71
77
415
428
106
184
104
149
107
71
69
94
82
62
74
78
71
83
85
46
40
46
40
76
76
58
87
72
90
75

HBHE2203
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Selangor
Selangor
Selangor
Selangor
Selangor
Terengganu
Terengganu
Terengganu
Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan

Sarikei
Sibu
Sri Aman
Banting
Kuala Selangor
Pelabuhan Kelang
Petaling Jaya
Shah Alam
Kemaman
Kuala Terengganu
Paka
Batu Muda, Kuala Lumpur
Cheras, Kuala Lumpur
Labuan
Putrajaya

82
80
65
109
100
188
108
102
137
68
97
97
102
89
100

81
78
65
115
104
192
125
112
153
72
105
108
111
80
112

Petunjuk

0-50
Baik

51-100
Sederhana

100-200
Tidak Sihat

200-300
Sangat tidak Sihat

>300
Berbahaya

Tempoh kemaskini
Indeks Pencemaran Udara setiap jam dikira berdasarkan cerapan data dari stesen
pengawasan kualiti udara secara automatic yang dikawal secara jara jauh. Proses cerapan
ini memerlukan kitaran masa selama 1 jam yang lengkap sebelum bacaan Indeks
Pencemaran Udara dipaparkan. Contohnya, bacaan Indeks Pencemaran Udara pada jam 7
pagi hanya akan lengkap selepas 1 jam cerapan iaitu pada jam 8 pagi sebelum dapat
dikemaskini di laman APIMS.
Pengiraan IPU
Nilai Indeks Pencemaran Udara dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara
iaitu S02, NO2, CO,O3 DAN PM10. Pencemaran udara yang dominan dengan kepekatan
tertinggi dimbik kira sebagai pencemar yang akan memntukan nilai Indeks Pencemaran
Udara.

Biasanya, kepekatan habuk halus adalah yang tertinggi berbanding dengan

pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan Indeks Pencemaran Udara.

Pembentukan Ozon Di Permukaan Bumi

HBHE2203
Menjelang lewat tengahari ataupun pada awal petang, biasanya kepekatan ozon adalah
tinggi dan mendominasi bacaan Indeks Pencemaran Udara di sesetengah kawasan. Di
bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang
dilepaskan dari ekzos industri dan kenderaan bermotor bertindakbalas bagi membentuk
ozon di permukaan bumi.
Sumber: Maklumat Titik Panas/Hotspots information@2013, Jabatan Alam Sekitar.

5.0Punca-Punca Terjadinya Jerebu


Jerebu berlaku disebabkan pencemaran udara. Pencemaran ini berpunca daripada kejadian
perbuatan manusia sendiri ataupun semulajadi. Berikut adalah punca-punca terjadinya
jerebu:
5.1 Pencemaran Daripada Pembakaran Terbuka
Pencemaran udara di Malaysia yang disebabkan oleh pembakaran terbuka di
Indonesia. Oleh itu, jerebu adalah pertalian kuat dengan kehadiran titik panas yang
dicerap daripada imej satelit Pulau Sumatera, Indonesia. Melalui peta Jerebu Serantau
dan imej satelit NOAA-18 yang menunjukkan pergerakan asap jerebu dari kawasan
kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah
barat daya membawa pencemaran jerebu ke kawasan Pantai Barat serta merentasi ke
kawasan

Pantai

Timur

Semenanjung

Malaysia(2013,

Asean

Specialised

Meteorological Centre, ASMC). Berdasarkan kajian yang lepas, kehadiran musim


kering yang berpanjangan kesan daripada fenomena E1-Nino serta amalan
pembakaran terbuka di kawasan pertanian yang luas di Sumatra menjadi faktor
penyebab dan penggalak episod jerebu di Malaysia.
5.2

Pelepasan Daripada Kenderaan Bermotor


Pada zaman yang moden ini, kita dapat melihat bilangan kenderaan di jalan raya
semakin bertambah. Setiap hari, kita dapat melihat pelepasan asap-asap di merata-rata
tempat. Hal ini terjadi kerana penggunaan enjin kenderaan yang tidak mengikut
piawai pelepasan asap. Mengikut Berita Harian pada 27 Jun 2013, Menteri Sumber
Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas menyatakan bahawa puncapunca tempatan pula adalah disebabkan pelepasan asap dari kenderaan bermotor.
Maka, Jabatan Alam sekitar perlu mengambil tindakan deengan segera.
8

HBHE2203

5.3

Pelepasan Daripada Industri


Kedatangan jerebu juga diakibatkan pelepasan daripada industri. Kadang-kadang,
kita akan melihat kilang-kilang akan mengeluarkan asap-asap pada waktu malam.
Perbuatan ini menyebabkan bendasing ke udara daripada proses-proses industri
melalui cerobong. Di samping itu, pelepasan sebatian organik meruap daripada
kilang-kilang penapis minyak dan stesen minyak. Berdasarkan Berita Harian pada 27
Jun 2013, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas
juga memberi pendapat punca-punca tempatan seperti pelepasan daripada industri
juga merupakan penyebab berlakunya fenomena jerebu di Malaysia.

5.4 Punca Semulajadi


Kewujudan jerebu juga disebabkan punca semulajadi.

Biasanya, punca-punca

semulajadi adalah seperti habuk tanah, letupan dan luahan gunung berapi dan tiupan
angin laut yang mengandungi garam.

Kes-kes semulajadi ini tidak dapat terkawal.

Menurut laporan Meteorology(2011), negeri Iceland dan Mexico menghadapi jerebu


disebabkan oleh letusan gunung negeri berapi. Letusan gunung berapi merembeskan
abu dan gas ke atmosfera serta menjejaskan cuaca. Sulfur dioksida yang berlebihan
bercampur dengan wap air menghasilkan sulfurik asid akan memantulkan cahaya
matahari dari bumi dan memberi kesan kepada pembesaran tumbuhan.
5.5 Bahan Pencemaran Buatan Manusia
Kedatangan jerebu juga dipengaruhi oleh bahan pencemaran buatan manusia. Setiap
hari, manusia akan menjalankan pelbagai aktiviti tetapi sebahagian aktiviti akan
mencemarkan udara. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Alam sekitar, jerebu
disebabkan bahan pencemaran buatan manusia seperti pelepasan pencemaran dari
kenderaan bermotor, pembakaran bahan api, pemproses industri, pembakaran terbuka,
pembangunan tanah dan pembinaan serta penebangan dan pembakaran hutan.
Sebagai contoh, pembakaran bahan api seperti minyak dan arang batu adalah punca
utama pencemaran udara. Dari sudut Sains, bahan api merupakan bahan organik dan
berunsur karbon.

Maka, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan


9

HBHE2203
karbon monoksida. Arang pula merupakan suatu bahan yang mengandungi sulfur.
Semasa sulfur terbakar, ia akan berpadu dengan oksigen di sekeliling dan
menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan: S + 202-----------S04. Selepas itu,
sulfur dioksida ini akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan
membentuk asid sulfurus. Selain daripada itu, karbon dioksida juga berpadu dengan
ion hidrogen serta membentuk asid karbonat.

6.0 Dapatan data Indeks Pencemaran Udara(IPU) yang dilaporkan baru-baru


ini.
6.1 Laporan daripada Kenyataan Akhbar dari Jabatan Alam Sekitar
KENYATAAN AKHBAR MENGENAI STATUS KUALITI UDARA PADA 19 JUN 2013 (RABU)

Sumber: Bernama Media Wed, Jun 19, 2013


KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 52 buah
stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direkodkan pada jam 11 pagi,
19 Jun 2013 mencatatkan 5 stesen berada pada tahap baik, 39 stesen berada pada tahap sederhana
10

HBHE2203
dan 7 stesen iaitu di Banting, Selangor (IPU121), Bukit Rambai, Melaka (IPU 119), Bandaraya
Melaka (IPU 160), Pasir Gudang, Johor (IPU 149), Larkin, Johor (IPU 124), Muar, Johor (IPU
157) dan Kota Tinggi, Johor (IPU 138) mencatatkan bacaan pada tahap tidak sihat.
Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan bilangan kawasan yang mencatatkan bacaan
IPU pada tahap tidak sihat sehingga jam 11 pagi hari ini berbanding 4 kawasan yang dilaporkan
semalam, 18 Jun 2013. Kebanyakan kawasan yang terlibat adalah di selatan Pantai Barat
Semenanjung.

Punca kemerosotan kualiti udara di kawasan-kawasan yang mencatatkan

peningkatan bacaan IPU masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan
musim Monsun Barat Daya yang sedang dialami negara masa kini dan dijangka berterusan
sehingga bulan September 2013.
MAKLUMAT TITIK PANAS (HOTSPOT)
Peta Jerebu Serantau dan imej satelit NOAA-18 yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised
Meteorological Centre (ASMC) pada 18 Jun 2013 menunjukkan pergerakan asap jerebu tebal
dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah
barat daya membawa pencemaran jerebu ke kawasan Pantai Barat dan merentasi ke kawasan
Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Laporan ASMC juga menunjukkan peningkatan mendadak
bilangan titik panas (hotspot) di Sumatera, Indonesia pada 18 Jun 2013 iaitu 187 titik panas
berbanding sebanyak 113 titik panas (hotspot) pada 17 Jun 2013 . Kebanyakan
kawasan titik panas (hotspot) adalah tertumpu di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia.
Selain itu, bilangan titik panas (hotspot) yang dikesan di Malaysia pada 18 Jun 2013 adalah
sebanyak 26 iaitu di Johor (1), Kelantan (2), Pahang (5) dan Sarawak (18).

6.2 Dapatan Data Indeks Pencemaran Udara


Indeks Pencemaran Udara di Malaysia pada 19 Jun 2013
Negeri

Kawasan

Masa-

Masa(11:00a.m.)

Johor
Johor
Johor
Johor
Kedah
Kedah
Kedah

Kota Tinggi
Larkin Lama
Muar
Pasir Gudang
Alor Setar
Bakar Arang, Sungai Petani
Langkawi

(7:00a.m.)
137
122
133
148
34
57
45

138
124
157
149
33
59
40

11

HBHE2203
Kelantan
Kelantan
Melaka
Melaka
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
Pahang
Pahang
Pahang
Perak
Perak
Perak
Perak
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Pulau Pinang
Pulau Pinang
Sabah
Sabah
Sabah
Sabah
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Selangor
Selangor
Selangor
Selangor
Selangor
Terengganu
Terengganu
Terengganu
Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan

SMK Tanjung Chat, Kota Bharu


Tanah Merah
Bandaraya Melaka
Bukit Rambai
Nilai
Port Dickson
Seremban
Balok Baru, Kuantan
Indera Mahkota, Kuantan
Jerantut
Jalan Tasek, Ipoh
Kampung Air Putih, Taiping
SK Jalan Pegoh, Ipoh
Seri Manjung
Tanjung Malim
Kangar
Perai
Seberang Jaya 2, Perai
USM
Keningau
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Bintulu
ILP Miri
Kapit
Kuching
Limbang
Miri
Samarahan
Sarikei
Sibu
Sri Aman
Banting
Kuala Selangor
Pelabuhan Kelang
Petaling Jaya
Shah Alam
Kemaman
Kuala Terengganu
Paka
Batu Muda, Kuala Lumpur
Cheras, Kuala Lumpur
Labuan
12

68
71
148
114
77
73
82
67
67
52
56
47
61
70
54
35
58
59
55
53
56
47
63
73
55
60
54
52
58
57
60
53
115
65
96
75
78
84
77
55
72
73
61

68
72
160
119
84
73
84
67
68
53
58
49
62
71
56
33
58
60
56
51
56
47
63
72
54
65
54
53
60
59
64
54
121
69
98
76
80
80
77
54
75
74
60

HBHE2203
Wilayah Persekutuan Putrajaya

81

83

Petunjuk

0-50
Baik

51-100
Sederhana

100-200
Tidak Sihat

200-300
Sangat tidak Sihat

>300
Berbahaya

Tempoh kemaskini
Indeks Pencemaran Udara setiap jam dikira berdasarkan cerapan data dari stesen
pengawasan kualiti udara secara automatik yang dikawal secara jarak jauh. Proses cerapan
ini memerlukan kitaran masa selama 1 jam yang lengkap sebelum bacaan Indeks
Pencemaran Udara dipaparkan. Contohnya, bacaan Indeks Pencemaran Udara pada jam 7
pagi hanya akan lengkap selepas 1 jam cerapan iaitu pada jam 8 pagi sebelum dapat
dikemaskini di laman APIMS.
Pengiraan IPU
Nilai Indeks Pencemaran Udara dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara
iaitu S02, NO2, CO, O3 DAN PM10. Pencemaran udara yang dominan dengan kepekatan
tertinggi dimbik kira sebagai pencemar yang akan memntukan nilai Indeks Pencemaran
Udara.

Biasanya, kepekatan habuk halus adalah yang tertinggi berbanding dengan

pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan Indeks Pencemaran Udara.

Pembentukan Ozon Di Permukaan Bumi


Menjelang lewat tengahari ataupun pada awal petang, biasanya kepekatan ozon adalah
tinggi dan mendominasi bacaan Indeks Pencemaran Udara di sesetengah kawasan. Di
bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang
dilepaskan dari ekzos industri dan kenderaan bermotor bertindakbalas bagi membentuk
ozon di permukaan bumi.
Sumber: Maklumat Titik Panas/Hotspots information@2013, Jabatan Alam Sekitar.
13

HBHE2203
ii)

Sumber: Maklumat Titik Panas/Hotspots information@2013, Jabatan Alam Sekitar.

6.3 Huraian Bacaan Indeks Pencemaran Udara daripada laporan


Berdasarkan maklumat yang dibekal oleh Jabatan Alam Sekitar, saya mendapati
52 buah stesen pengawasan kualiti udara yang direkod pada jam 7 pagi, 19 Jun 2013
mencatatkan lima stesen berada pada tahap yang baik, tiga puluh sembilan stesen
berada pada tahap yang sederhana dan tujuh stesen pada Stesen-stesen ini adalah
Banting, Selangor(IPU 115), Bandaraya Melaka(IPU 148) , Bukit Rambai, Melaka
(IPU 114) , Pasir Gudang, Johor (IPU 148) , Larkin, Johor (IPU 122), Muar, Johor
(IPU 133) dan Kota Tinggi, Johor (IPU 137).
Berdasarkan maklumat yang dibekal oleh Jabatan Alam Sekitar, saya mendapati
52 buah stesen pengawasan kualiti udara yang direkod pada jam 11 pagi pula, 19 Jun
2013 mencatatkan lima stesen berada pada tahap yang baik, tiga puluh sembilan stesen
berada pada tahap yang sederhana dan tujuh stesen pada tahap tidak sihat stesen-stesen
ini adalah Banting, Selangor(IPU 121), Bandaraya Melaka(IPU 160) , Bukit Rambai,
14

HBHE2203
Melaka (IPU 119) , Pasir Gudang, Johor (IPU 149) , Larkin, Johor (IPU 124), Muar,
Johor (IPU 157) dan Kota Tinggi, Johor (IPU 138).

Keseluruhanya, kita dapat

meneliti data tersebut, 7 stesen yang tidak sihat menghadapi status kualiti udara yang
semakin teruk kerana indeks semakin meningkat jika dibandingkan rekod pada jam 7
pagi. Kebanyakan kawasan yang terlibat adalah di selatan Pantai Barat Semenanjung.
Punca kemerosotan kualiti udara di kawasan-kawasan tersebut adalah dipengaruhi
pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya yang
sedang dialami negara pada masa kini. Menurut Jabatan Alam Sekitar, keadaan ini
dijangka berterusan sehingga bulan September 2013.
Maklumat Titik Panas (Hotspot) yang dibekalkan oleh Jabatan Alam Sekitar telah
menunjukkan peta Jerebu Serantau dan imej satelit NOAA-18 yang dikeluarkan oleh
Asean Specialised Meteorological Centre pada 18 Jun 2013 menunjukkan pergerakan
asap jerebu tebal dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah,
Indonesia dan tiupan angin dari arah barat daya mendatangkan pencemran jerebu
kawasan Pantai Barat dan merentasi ke kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Asean

Specialised Meteorological Centre juga melaporkan bahawa peningkatan

mendadak bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia pada 18 Jun 2013 iaitu 187 titik
panas berbanding sebanyak 113 titik panas pada 17 Jun 2013. Maka, kebanyakan
kawasan titik panas adalah tertumpu di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia.
Selain daripada itu, bilangan titik panas yang dikesan di Malaysia pada 18 Jun 2013
adalah sebanyak 26 iaitu di Johor, Kelantan, Pahang, dan Sarawak.

Sumber: Maklumat Titik Panas/Hotspots information@2013, Jabatan Alam Sekitar.

15

HBHE2203

7.0

Cadangan Mengatasi Masalah Jerebu


Berikut adalah cadangan atau langkah yang harus diambil untuk mengatasi masalah
jerebu :
7.1 Larangan Pembakaran Terbuka
Untuk mengatasi fenomena jerebu yang semakin serius ini, kerajaan dan juga badanbadan bukan kerajaan harus berganding bahu menggariskan beberapa peraturan yang
harus diikuti oleh semua warganegara Malaysia supaya larangan Pembakaran
Terbuka dapat dilaksanakan. Kerajaan harus melarang pembakaran terbuka kerana
asap merupakan penyebab utama yang membawa jerebu. Selain itu, pembakaran
terbuka boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal yang seperti
berlaku di hutan Indonesia.

Menurut Rokiah(2003), hal ini berpunca daripada

aktiviti pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri dan mengakibatkan jerebu
merebak ke Malaysia yang dibawa oleh angin Monsur Barat Daya. Sikap golongan
yang tidak bertanggungjawab ini menyebabkan Kerajaan Malaysia mengistiharkan
darurat jerebu pada 23 hingga 24 September 1997. Pada 19 Jun 2013, Jabatan Alam
Sekitar juga telah mengambil tindakan mengeluarkan Perintah Larangan
Pembakaran Terbuka bagi kawasan di seluruh negeri Melaka, Selangor dan Johor
dab berkuatkuasa serta merta pada hari ini sehingga ke satu tarik yang akan
diberitahu kelak.
7.2 Tanggungjawab Orang Awam
Orang awam perlu sentiasa menyemaikan sikap bertanggungjawab untuk mengatasi
masalah ini supaya masalah jerebu tidak akan melanda Malaysia lagi. Sebagai
seorang orang awam, kita harus mengamalkan sikap perkongsian kereta . Ini akan
16

HBHE2203
mengurangkan kenderaan melepaskan asap yang banyak. Sebagai seorang orang
awam, kita juga harus sentiasa menghantar kenderaan kita ke bengkel untuk
pemeriksaan dan penyelenggaraan terutamanya bagi pam minyak dan karburetor
supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengeluarkan asap yang
hitam.

Orang awam haruslah membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia,

Jabatran Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Alam Sekitar mengenai sebarang
pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang. Melalui
langkah ini, saya percaya masalah jerebu dapat dikurangkan.
7.3 Melalui Pendidikan
Kementerian Pendidikan dan pihak masyarakat memainkan peranan yang penting
untuk mengatasi masalah jerebu. Lazimnya, program pendidikan alam sekitar dapat
dilaksanakan secara formal dan tidak formal.

Mata pelajaran Alam Sekitar patut

menjadi mata pelajaran teras di sekolah. Murid-murid patut lulus dalam mata
pelajaran ini dan dapat diterapkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan mereka.
Program Pendidikan Alam Sekitar ini haruslah diteruskan pada peringkat sekolah
menengah dan pusat pengajian tinggi.

Maka, pelajar-pelajar dapat mengambil

perhatian maklumat alam sekitar yang terkini.

Ibu bapa dan guru merupakan

peranan yang paling penting dalam membentuk kesedaran tentang kepentingan


menjaga alam sekitar kita.

Program-program ini dianggap penting kerana ia adalah

strategi yang berkesan untuk mencegah dan mengurus alam sekitar(Department of


Inviroment, 1989). Melalui pendidikan, kita dapat memperluaskan tahap kesedaran
orang ramai.
7.4 Mencipta Pembenihan Awan Untuk Mewujudkan Hujan Tiruan
Pembenihan Awan merupakan satu tindakan yang mustahak dan jerebu dapat
dikurangkan dengan berkesan. Dalam fenomena yang berjerebu, cahaya maahari
tidak dapat menghasilkan pemeluwapan air untuk menjadi awan seperti hari yang
normal. Pembentukan awan berkurang telah mengakibatkan penurunan hujan dan
embun semakin berkurang(Zaini, Berita Harian, 19 September 1997). Sebenarnya,
hujan tiruan yang pertama kali dicipta di dunia untuk mengatasi masalah jerebu
adalah dijalankan di Lembah Kelang, Malaysia. Operasi tersebut diurus oleh Jabatan
Kajicuaca dengan menggunakan pesawat DorniernSkyvan. Tindakan ini Berjaya
17

HBHE2203
menyebabkan hujan lebat kira-kira pada pukul 4.45 petang di Damansara dan
Subang. Pada masa ini, hujan renyai-renyai di Bangsar setelah operasi pembenihan
hujan dijalankan di utara Puchong, timur Shah Alam dan selatan Kuala Lumpur di
antara pukul 3.10 sehingga 3.20 petang pada hari yang sama( Berita Harian, 9
September1997). Oleh itu, pembenihan awan merupakan teknik yang baik untuk
mengatasi masalah yang agak serius.
7.5 Kempe Hijau
Kerajaan harus menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok di
pejabat, rumah, sekolah, sepanjang jalan raya dan sebagainya. Pokok-pokok hijau
perlu ditanam kerana karbon dioksida yang dilepaskan oleh kenderaan yang
menyebabkan berjerebu dapat digunakan di dalam proses fotosintesis tumbuhan.
Penghijauan bandar seperti di negara Jepun dapat menjadi contoh Malaysia. Berikut
adalah pelaksanaan kempen hijau di negara Jepun:
a. Jepun melaksanakan pembinaan taman-taman Bandar.
b. Promosi selama lima tahun untuk program penanaman pokok di kawasan di
bawah bidang kuasa Kementerian Pembinaan seperti taman awam, sungai, jalan
dan bangunan kerajaan.
c. Negara Jepun juga menanam pokok berhampiran kemudahan pembentungan najis
termasuk sistem perparitan bandar.
d. Negara Jepun menjalankan promosi penanaman pokok dalam kawasan kediaman
dan bangunan milik swasta.
Menurut Atsuhi (1992) telah menyatakan pembinaan kawasan hijau untuk
mengelakkan pencemaran udara dan zon penampan hijau. Maka, kempen hijau
merupakan satu perancangan yang sangat mustahak untuk mengatasi masalah jerebu
di Malaysia.

18

HBHE2203

8.0

Kesan Jerebu Terhadap Golongan Kanak-kanak, Oranga tua , Perokok


dan Pesakit.

Sumber:http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://1.bp.blogspot.com/PITrSek3l40/Uck4EBSYfVI/AAAAAAAABXE/cQulRSOWgYM/s1600/fenom
ena-pembentukan-jerebuJerebu akan membawa kesan yang negatif kepada manusia kerana partikel mengandungi
bahan kimia. Berikut adalah kesan jerebu terhadap kesihatan seseorang terutamanya kepada
golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu:
8.1 Berbahaya kepada Perokok

Sumber:http://www.google.com.my/imgres
`Berdasarkan artikel daridapa My Metro, 26 Jun 2013, Doktor Zainal Ariffin
Omar memberitahu bahawa golongan perokok mempunyai risiko berganda untuk
mendapat masalah kesihatan apabila negara dilanda jerebu terutamanya golongan
yang merokok di luar bangunan. Beliau juga memberi pandangan tentang perokok
yang merokok di luar bangunan akan menyedut asap rokok dan partikel udara PM10
dan PM25 pada masa sama mengakibatkan terus masuk ke dalam saluran kecil di
dalam paru-paru.

Dalam keadaan ini menyebabkan perokok senang mendapat

kerengasan, batuk dan dijangkiti penyakit yang berkaitan dengan jerebu. Apabila
jerebu melanda negara kita, perokok haruslah berhenti merokok kerana mereka
merupakan golongan berisiko tinggi untuk mendapat masalah kesihatan. Untuk
membuktikan kesan ini, suami saya juga seorang perokok, dia juga mengalami
masalah kesihatan semasa jerebu melanda di negara kita. Dia sering batuk dan
menghadapi masalah sakit kerongkong. Maka, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian
Kesihatan Malaysia telah menasihat perokok-perokok berhenti merokok dan tidak
merokok di dalam rumah.
19

HBHE2203
8.2 Kesan Jerebu Menyebabkan Pesakit Asma

Sumber:

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.examthone.com/wp-

content/uploads/2012/05/penyakitasma.jpg&imgrefurl=http://www.examthone.com/mengobati-penyakit-asma/&h
Kesan jerebu mendatangkan kesan buruk kepada pesakit yang menghadapi masalah
asma. Asma adalah disebabkan oleh zarah-zarah ataupun habuk-habuk harus yang
terapung di atmosfera dalam kepekatan tinggi dan tidak dapat dilihat dengan mata.
Beberapa kajian yang dijalankan telah membuktikan ke atas pesakit asma bahawa
tedapat perkaitan yang signifikan di antara serangan asma dengan kepekatan bahan
pencemar yang tinggi di udara seperti gas sulfur dan nitrohen dioksida, ozon dan
partikel terampai (American Thoracic Society 1978; Perry et at. 1982; Haymes &
Wells 1986; Ponka1991; Forestiere et at. 1994). Maka, kanak-kanak atau orang
dewasa yang mempunyai asma akan mengalami gejala yang lebih teruk. Seseorang
kanak-kanak atau orang dewasa yang diserang asma akan mengalami episode sesak
nafas yang berulang-ulang dan bunyi nafas yang berdehit disebabkan oleh
kebengkakan

pada

tiub

bronkus

yang

seterusnya

menyemitkan

saluran

pernafasanserta mengurankan aliran udara yang masuk dan keluat dari paru-paru.
Berikut adalah sebab utama jerebu menjejaskan kanak-kanak yang mempunyai asma:
a. Kanak-kanak yang selalu bermain di luar rumah.
b. Kanak-kanak mempnyai kadar pernafasan ang lebih cepat.
c. Paru-paru pesakit masih berkembang.
d. Paru-paru kanak-kanak yang menghadapi asma adalah lebih sensitif
Maka, semua pesakit asma perlu mengambil perhatian semasa negara kita dilanda
jerebu. Sebagai contonya: kurangkan aktiviti luar , menggunaka penutup hidung
dan sebagainya.
8.3 Kesan Jerebu Terhadap Orang Tua

20

HBHE2203

Sumber: http://sifuliterapi.wordpress.com/2013/06/25/penyakit-kesan-jerebu/
Ketika jerebu melanda negara kita, kita dapat melihat terdapat ramai orang tua
muncul di klinik atau di hospital. Biasanya, orang tua akan menghadapi masalah
pernafasan yang disebabkan oleh zarah-zarah ataupun habuk-habuk yang terapung
di atmosfera dalam kepekatan tinggi dan tidak dapat dilihat dengan mata. Selain
daripada itu, orang muda mempunyai daya ketahanan badan ataupun imuniti yang
lebih tinggi, sistem mekanisme badan mereka mungkin boleh menagkis penyakit
bawaan jerebu tetapi orang tua tidak boleh. Doktor Zainal Ariffin menyata bahawa
orang tua merupakan golongan berisiko tinggi kerana mempunyai pertahanan badan
yang rendah(Artikel daridapa My Metro, 26 Jun 2013).

Mereka merupakan

golongan yang berisiko tinggi. Kesan-kesan yang mereka akan dialami ialah gatalgatal di bahagian kerongkong dan batuk, sukar bernafas ataupun sesak nafas, mata
pedih dan berair , hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan
sakit-sakit dada.

Untuk membuktikan hal ini, saya juga mendapat maklumat

daripada bapa metua saya yang berumur 70 tahun.

Tanda-tandanya juga seperti

tersebut.
8.4 Kesan Jerebu Terhadap Kanak-Kanak Yang Mehadapi Alahan

Sumber: Utusan Online, 15 September 2011


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

21

HBHE2203
Semasa negara kita dilanda jerebu, masalah kesihatan iaitu pernafasan dan alahan
kulit merupakan satu masalah yang tidak dapat dielakkan. Pada masa itu, kanakkanak. Biasanya orang dewasa mempunyai daya ketahanan badan ataupun imuniti
yang lebih tinggi, sistem mekanisme badan mereka mungkin boleh menangkis
penyakit bawaan jerebu tetapi kanak-kanak tidak boleh. Menurut pakar kanak-kanak
dari Pusat Perubatan Taman Desa, Dr. Eric Lee Kim Hor berkata bahawa banyak kes
berkaitan tentang masalah pernafasan dan alahan dilapor di kalangan kanak-kanak
yang memasuki wad kecemasan disebabkan batuk dan pernafasan setiap kali berlaku
masalah jerebu. Pada tahun 1997, jumlah kes berkaitan alahan pernafasan dan kulit
telah meningkat kira-kira 20 peratus(Utusan Online, 15 September 2011). Ini kerana
kedua-dua masalah kesihatan tersebut paling sensitif dengan perubahan kualiti udara
persekitaran. Alahan yang berlaku pada kanak-kanak sebenarnya bersifat sementara.
Lazimnya, kebanyakan kes alahan di kalangan kanak-kanak yang pulih dalam masa
dua hingga tiga bulan sahaja. Doktor Eric menasihat ibu bapa perlu peka dengan
keadaan anak, kerana lelah dan batuk adalah dua perkara yang berbeza juga. Ibu
bapa harus mengenal pasti sama ada anak lelah atau tidak

dengan mendengar

pernafasan anak-anak mereka iaitu pernafasan mereka berbunyi.

Bagi masalah

ekzema pula, alahan itu tidak boleh dipulihkan namun boleh dikawal. Kawalannya
bergantung kepada apa yang menjadi penyebab masalah tersebut. Apabila di rumah,
ibu bapa perlu memastikan semuanya bersih supaya anak tidak mendapat serangan.
Kegatalan kulit yang kronik.
8.5 Kesan Jerebu Terhadap Orang yang mengalami penyakit paru-paru, bronkitis
dan jantung

Sumber:

http://www.google.com.my/imgres?

imgurl=http://cdn.mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/ZAHID22

HBHE2203
565x498.png&imgrefurl=http://mynewshub.my/2013/06/13/zahid-afsesak-nafas-semasa-berbulan-madu/&
Apabila jerebu melanda Malaysia, ramai orang mengalami bersin, hidung berair,
kerengsaan mata, kerengsaan tekak dan batuk kering. Simptom-simptom ini tidak
boleh dipandang ringan kerana pendedahan jangka panjang boleh membawa kepada
kemudaratan fungsi paru-paru dan penyakit bronchitis yang kronik.
Pesakit-pesakit yang menghadapi penyakit paru-paru, jantung dan masalah
pernafasan akan menjadi lebih teruk disebabkan partikel-partikel ini mempunyai
kecederungan untuk memjejaskan lagi penyakit pernafasan. Gejala ini adalah kerana
partikel-partikel halus yang dihidu tersebut boleh didepositkan jauh ke dalam paruparu dan ia akan terkumpul sama ada di permukaan ataupun diserap ke dalam
alveolar. Dengan itu, lebih banyak alveoli yang tersumbat dengan partikel halus,
penyerapan oksigen akan semakin berkurang. Oleh itu, penghantaran oksigen ke
jantung dan organ-organ lain akan turut berkurangan. Maka, Jabatan Alam Sekitar,
Kementerian Kesihatan menasihatkan mereka yang berisiko tinggi hendaklah sering
mengambil ubat seperti dinasihatkan oleh doktor .

23

HBHE2203

9.0

Kesimpulan
Tugasan ini adalah berkaitan dengan jerebu yang melanda negara kita. Jabatan Alam
Sekitar Malaysia menyatakan bahawa jerebu yang kita lihat di ruang udara adalah
disebabkan partikulat-partikulat atau zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata
kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi.

Untuk menyiapkan

tugasan ini, saya telah mencari Indeks Pencemaran Udara(IPU) dari Jabatan Alam
Sekitar.

Indeks Pencemaran Udara telah menunjukkan kawasan-kawasan yang

mempunyai status kualiti pencemaran udara yang baik, sederhana, tidak sihat dan
berbahaya. Punca-punca terjadinya jerebu di Malaysia seperti pencemaran daripada
pembukaan terbuka, pelepasan daripada kenderaan bermotor, pelepasan daripada
industri, punca semulajadi dan bahan pencemaran buatan manusia.

Melalui peta

Jerebu Serantau dan imej satelit NOAA-18 yang telah menunjukkan pergerakan asap
jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan
tiupan angin dari arah barat daya membawa pencemaran jerebu ke kawasan Pantai
Barat serta merentasi ke kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ini kerana
negara Indonesia menjalankan pembakaran terbuka. Punca yang kedua pula adalah
bilangan kenderaan di jalan raya semakin bertambah dan penggunaan enjin kenderaan
tidak mengikut piawai pelepasan asap.

Punca-punca tempatan seperti pelepasan

daripada industri juga merupakan penyebab berlakunya fenomena jerebu di Malaysia.


Punca-punca semulajadi yang menyebabkan jerebu adalah seperti habuk tanah,
letupan dan luahan gunung berapi dan tiupan angin laut yang mengandungi garam.
Akhirnya, bahan pencemaran buatan manusia juga merupakan punca jerebu.
Seterusnya, saya mendapatkan data Indeks Pencemaran Udara dan Kenyata
Akhbar dari Berita Bernama yang dilaporkan baru-baru ini dan menghuraikan data
tersebut dengan ringkas . Langkah-langkah yang saya bercadang untuk mengatasi
masalah jerebu ialah larangan pembakaran terbuka, tanggungjawab orang ramai,
melalui pendidikan, mencipta pembenihan awan untuk mewujudkan hujan tiruan dan
kempen hijau. Untuk mengatasi fenomena jerebu yang semakin serius ini, kerajaan
dan juga badan-badan bukan kerajaan harus berganding bahu menggariskan
24

HBHE2203
beberapa peraturan yang harus diikuti oleh semua warganegara Malaysia seperti
larangan pembakaran terbuka.

Orang awam perlu sentiasa menyemaikan sikap

bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini supaya masalah jerebu tidak akan
melanda Malaysia lagi. Program pendidikan alam sekitar dapat dilaksanakan secara
formal dan tidak formal. Mata pelajaran Alam Sekitar patut menjadi mata pelajaran
teras di sekolah supaya murid-murid mendapat ilmu pengetahuan menjaga alam
sekitar. Pembenihan Awan merupakan satu tindakan yang mustahak dan jerebu
dapat dikurangkan dengan berkesan. Kerajaan harus menjalankan kempen hijau dan
menggalakkan penanaman pokok di pejabat, rumah, sekolah, sepanjang jalan raya
dan sebagainya. Pokok-pokok hijau perlu ditanam kerana karbon dioksida yang
dilepaskan oleh kenderaan yang menyebabkan berjerebu dapat digunakan di dalam
proses fotosintesis tumbuhan.
Langkah yang terakhir ialah saya telah menghuraikan kesan jerebu terhadap
golongan berisiko tinggi.

Untuk menyiapkan aktiviti ini, saya juga mendapat

maklumat daripada ahli keluarga saya dan rakan-rakan saya.

Kesan jerebu

berbahaya kepada perokok. Golongan perokok mempunyai risiko berganda untuk


mendapat masalah kesihatan apabila negara dilanda jerebu terutamanya golongan
yang meroko di luar bangunan. Beberapa kajian yang dijalankan telah membuktikan
ke atas pesakit asma bahawa tedapat perkaitan yang signifikan di antara serangan
asma dengan kepekatan bahan pencemar yang tinggi di udara seperti gas sulfur dan
nitrohen dioksida, ozon dan partikel terampai. Selain daripada itu, orang muda
mempunyai daya ketahanan badan ataupun imuniti yang lebih tinggi, sistem
mekanisme badan mereka mungkin boleh menagkis penyakit bawaan jerebu tetapi
orang tua tidak boleh. Doktor Zainal Ariffin menyata bahawa orang tua merupakan
golongan berisiko tinggi kerana mempunyai pertahanan badan yang rendah. Banyak
kes berkaitan tentang masalah pernafasan dan alahan dilapor di kalangan kanakkanak yang memasuki wad kecemasan disebabkan batuk dan pernafasan setiap kali
berlaku masalah jerebu. Ini kerana kedua-dua masalah kesihatan tersebut paling
sensitive dengan perubahan kualiti udara persekitaran.

Pesakit-pesakit yang

menghadapi penyakit paru-paru, jantung dan masalah pernafasan akan menjadi lebih
teruk disebabkan partikel-partikel ini mempunyai kecederungan untuk memjejaskan
25

HBHE2203
lagi penyakit pernafasan.

Gejala ini adalah kerana partikel-partikel halus yang

dihidu tersebut boleh didepositkan jauh ke dalam paru-paru dan ia akan terkumpul
sama ada di permukaan ataupun diserap ke dalam alveolar. Dengan itu, lebih
banyak alveoli yang tersumbat dengan partikel halus, penyerapan oksigen akan
semakin berkurang. Oleh itu, penghantaran oksigen ke jantung dan organ-organ lain
akan turut berkurangan.
Akhirnya, saya berasa gembira kerana berjaya menyiapkan tugasan ini dengan
lancar.

Rujukan
Latif ,I. (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar di
Malaysia: Satu Pendekatan Geografi, Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

26

HBHE2203
Hamid, I. & Rokiah(2001). Hubungan Jerebu dengan Kes Asma.Kajian di Beberapa Buah
Hospital Di Lembeh Klang
Mohmadisa H. & Suhaily, C. N. (2005). Pembangunan dan Alam Sekitar Di Malaysia, Perak:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rokiah, S. H. (2003), Masalah Pembangunan Industri di Malaysia, Selangor: Utusan Melayu
(Malaysia) Berhad
Sani,S. H.(1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia Isu dan Pengurusannya, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Department of Environmental (1989). Environmental Quality Report 1988. Kuala Lumpur:
Ministry of Sciences, Technology and the Environment.
Jabatan Alam Sekitar(1995). Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan
Alam Sekitar.
Jabatan Kesihatan(1996). Laporan Tahunan. Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur.
Jabatan Alam Sekitar(1996). Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan
Alam Sekitar
Jabatan Kesihatan(1997). Laporan Tahunan. Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur.
Jabatan Alam Sekitar(1997). Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan
Alam Sekitar.
Kementerian Kesihatan(1998). Garis Panduan Kesihatan Akibat Jerebu. Kuala Lumpur:
Kementerian Kesihatan.
Jabatan Alam Sekitar(2013).Maklumat Titik Panas atau Hotspots information.
Berita Bernama(2013, Jun 19). Kenyata Akhbar Mengenai Status Kualiti Udara. [Online].
Sumber: http://www.weather.gov.sg/wip/web/ASMC[2013, September 25].
Berita Harian, pada 27 Jun 2013.
Jabatan Alam Sekitar(2013). Indexs Pencemaran Utara.[Online].
Sumber:http://apims.doe.gov.my/apims/hourly2.php?date=2013-6-23[2013, September
25].
BeritaUtusan(2012,Jun 17).Alahan Jerebu Pada Kanak-kanak.[Online].Sumber:
www.utusan.com. [2013, Oktober, 1].
27

HBHE2203
http://mysuara.fm/modules/news/article.php?storyid=22
http://apims.doe.gov.my/apims/hourly2.php?date=2013-6-19
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://cdn.mynewshub.my/wpcontent/uploads/2013/06/ZAHID565x498.png&imgrefurl=http://mynewshub.my/2013/06/13/zahid-af-sesak-nafassemasa-berbulanhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.examthone.com/wpcontent/uploads/2012/05/penyakitasma.jpg&imgrefurl=http://www.examthone.com/mengobati-penyakit-asma/&h

28

Vous aimerez peut-être aussi