Vous êtes sur la page 1sur 2

Sekolah Kebangsaan Nyatoh adalah sekolah gred B luar bandar di Rantau, Negeri

Sembilan Darul Khusus. Sekolah ini mempunyai 486 orang murid dan 38 orang guru. Bangunan
sekolah mengandungi 4 buah blok, 2 buah blok lama dan 2 buah blok baru. Ia mengandungi 16
buah bilik darjah.
Daripada 16 buah bilik darjah, 1 ialah kelas Pra-sekolah. Tahun 1 ada 3 buah bilik darjah,
Tahun 2 ada 3 buah bilik darjah, Tahun 3 ada 2 buah bilik darjah, Tahun 4 ada 2 buah bilik
darjah, Tahun 5 ada 2 buah bilik darjah dan Tahun 6 ada 3 buah bilik darjah.
Kebersihan dan keceriaan bilik darjah adalah sangat penting kerana ia dapat menarik
minat murid untuk datang ke sekolah dan belajar dengan selesa. Apabila bilik-bilik darjah
sentiasa bersih dan ceria, akan timbul rasa sayang kepada murid-murid terhadap bilik darjah
mereka. Apabila murid ada perasaan sayang, mereka akan rasa lebih seronok untuk hadir ke
sekolah.
Kelas yang bersih dan ceria dapat menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah
kerana ada rasa tanggung-jawab bagi mereka untuk menjaga dan mengekalkan kebersihan dan
keceriaan kelas mereka, lebih-lebih lagi jika ada pengiktirafan dan penghargaan yang mereka
terima.
Atas dasar ini, saya telah memilih kebersihan dan kecerian kelas sebagai projek saya
yang diberi nama SEKOLAHKU, RUMAHKUyang mula dilaksanakan melalui perancangan
strategik Hal Ehwal Murid bagi tahun 2014.
REFLEKSI

Setelah hampir 8 bulan projek ini berjalan, perubahan dari segi kebersihan dan keceriaan
bilik darjah amat ketara. Kesemua bilik darjah telah dihiasi dengan perubahan dari segi cat,
label-label, carta-carta, hasil kerja murid dan boleh dikatakan setiap ruang dipenuhi dengan
maklumat. Ada guru yang membawa ahli keluarga untuk menceriakan bilik darjah mereka.
Dengan peruntukan RM50 setiap bilik darjah yang diperolehi dari PIBG maka dapatlah
guru-guru menggunakannya untuk membeli alas meja. Saya selaku GPK HEM telah
melengkapkan semua bilik darjah dengan papan putih dan setiap orang guru telah dibekalkan 2
batang pen papan putih yang boleh diisi semula.
Saya juga telah membekalkan tikar bermaklumat dan carta yang dibeli melalui
peruntukan kerajaan. Guru-guru pula kelihatan sangat bersemangat dan sanggup datang pada
waktu cuti untuk menyiapkan bilik darjah mereka.
Guru Besar pula telah mengarahkan supaya hadiah wang tunai sebanyak RM10 setiap
minggu kepada kelas-kelas yang menjadi johan dan memperolehi markah 80% keatas melalui
peruntukan dari kedai buku.
Dari segi kehadiran pula, terbukti bahawa bagi kelas-kelas yang menjadi johan, dapat
mengekalkan kehadiran 90% ke atas.
PENAMBAHBAIKAN
Hasil daripada pemantauan yang dilakukan setiap minggu, adalah didapati bahawa guruguru yang tidak menjadi guru kelas kurang memberikan kerjasama dari segi kebersihan di mana
mereka tidak peka atau menegur murid-murid yang tidak mengindahkan kebersihan kelas.
Mereka hanya masuk mengajar kemudian keluar setelah selesai. Untuk itu saya mencadangkan
guru-guru yang tidak memegang kelas juga dimasukkan sebagai guru yang bertanggungjawab
mengekalkan kebersihan dan keceriaan kelas yang mereka ajar.
Murid-murid juga tidak dapat membantu kerana masa yang terhad. Bagi sekolah saya,
pada waktu pagi, murid-murid datang dan terus duduk di dataran perhimpunan. Oleh itu saya
mencadangkan murid-murid yang datang terus ke bilik darjah masing-masing dan menjalankan
tugas menyapu, menyusun meja, membersikan papan putih, menyapu habuk dan membuang
sampah. Setelah selesai, baharulah mereka akan ke tapak perhimpunan. Alat-alat yang
dibekalkan untuk setiap bilik darjah mestilah dilabelkan supaya ia tidak bertukar tangan.

Vous aimerez peut-être aussi