Vous êtes sur la page 1sur 47

Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

______________________

Nama Penulis

Norezayati bt Mohd Lazim

Tarikh

17 Ogos 2013

Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

______________________

Nama Penulis

Rohaidah bt Suboh

Tarikh

17 Ogos 2013

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, segunung penghargaan dan ucapan terima
kasih kami rakamkan khas buat Pensyarah Penasihat kami iaitu En. Abdul Latiff bin Awi
kerana telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami bagaimana
untuk melaksanakan Kerja Kursus PSV 3104 ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu
mencurahkan idea-idea yang bernas dalam pengubahsuaian tugasan ini agar menjadi
lebih menarik, mencari bahan bersama-sama, dan bertungkus-lumus menyumbang
pendapat. Semoga apa yang kami hasilkan ini mendapat keberkatan dari Allah S.A.W.
Akhir sekali, buat individu yang telah banyak membantu memberi maklumat dan
kerjasama yang tidak berbelah bagi sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Tanpa
bantuan

rakan-rakan,

dokumentasi

serta

penghasilan

projek

ini

tidak

dapat

dilaksanakan dengan sempurna. Diharapkan semoga hasil tugasan KKBI PSV ini dapat
memberi manfaat kepada mereka yang menggunakannya.
Pelbagai ilmu yang dapat di rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya
peranan mahasiswa khususnya pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu
pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap
sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan.
Justeru itu haruslah kami juga

tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi

peradaban zaman yang begitu hebat.

Sekian, terima kasih.

Senarai Kandungan

Soalan Tugasan
Pengakuan
Penghargaan
Senarai Kandungan
Tajuk Tugasan
1.0

Pengenalan

2.0

Mengumpul dan Menyusun Maklumat :


2.1 Reka Bentuk
2.2 Pendekatan
2.3 Kaedah
3.0 Mengaplikasikan kemahiran teori dan amali ke dalam pelaksanaan konsep 5P
dalam bidang Membuat Corak dan Rekaan .

4.0

Penghasilan Karya Pelan Lantai Bilik PSV di sekolah.


4.1 Pelan Lantai Bilik PSV

5.0

Rumusan

Rujukan
Refleksi
Kolaborasi
Lampiran

Tajuk Tugasan

1. Tugasan Kumpulan :
Mengumpul dan menyusun maklumat reka bentuk kurikulum Pendidikan
Seni Visual sekolah rendah dalam folio :

Sumber bahan
- Reka bentuk
- Pendekatan
- Kaedah

Mengaplikasikan kemahiran teori dan amali ke dalam pelaksanaan


konsep 5P dalam bidang Membuat Corak dan Rekaan.

2. Tugasan Individu :
Penghasilan karya Pelan Lantai Bilik PSV di sekolah.

1.0 Pengenalan

Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu Bidang
Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Kedua-dua bahagian
ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara
kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran
membuat pilihan dan keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan
mengaplikasikan maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan. Bagi
membolehkan

murid

menguasai

kemahiran-kemahiran

ini,

guru

perlu

mengintergrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam


penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea,
perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan
bahan melalui teknik tertentu. Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian
sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya
penyelidikan di kalangan murid.
Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan

ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan

terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak
yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di
sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik / Studio
Pendidikan Seni Visual. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada
kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga dominan iaitu,
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan
kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi
menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini diharapkan
fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap
Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan.

2.0 Pengumpulan dan Penyusunan Maklumat


2.1

Reka Bentuk Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.


Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah,
Pendidikan Seni Visuallebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak
merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,
memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan mmperkembangkan sifat-sifat ini melalui
persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan
reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan
idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina
keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang
bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif ( KBKK ). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan
hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi
terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik,
interpersonal dan intrapersonal. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,
berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini
menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas
seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh :
1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

menyeronokkan,
Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual,
Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual,

dan
10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan
yang berfaedah.

ORGANISASI KURIKULUM
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan
murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat
bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan
rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman

seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi
visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.

Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan


penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi
perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.

Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat
menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat
dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan
dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai
sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam
pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau
dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi computer dalam kerja seni
visual.

Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi
bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif,
berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan
teknologi bahan dan perkakasan.

Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipertingkatkan iaitu:
a.
b.
c.
d.

Pemerhatian secara aktif


Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Apresiasi seni visual secara mudah
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehiduapan

a) Pemerhatian Secara Aktif


Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,
berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan
deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.
Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang
asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini.
Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan
manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi
mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan
idea, imaginasi dan alam fantasinya kea rah perkembangan persepsi dan pemikiran
abstrak.

b) Interaksi yang Kritis dan Kreatif dengan Alat dan Bahan


Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini
akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual
berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.
Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan
menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini
amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung.
Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan
seni di masa akan datang.

c) Apresiasi Seni Visual Secara Mudah


Apresiasi

seni

visual

memberi

pengalaman

kepada

murid

mengenali

aspek

pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari
segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan

apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula
boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan
puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

d) Menghargai Nilai Baik dalam Semua Aspek Kehidupan


Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga
dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam
persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam
sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat
membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

KANDUNGAN
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang
kegiatan iaitu :
1.
2.
3.
4.

Menggambar
Membuat Corak dan Rekaan
Membentuk dan Membuat Binaan
Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif,
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta
menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

2.2

Pendekatan Dalam Pendidikan Seni dan Visual

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk
menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan
sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan

sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau


generalisasi yang tertentu.
Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah
seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati
keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciriciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada
rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri
makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan
perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip
makanan serta hubungannya dengan kesihatan.
Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang
dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau
pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan
profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang
sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah
bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan
pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk
mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata
pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatanpendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau
memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai
klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria
yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan
pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta

disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran


mata pelajaran lain.
Pendekatan

pengajaran

yang

berasaskan

pengelolaan

murid

adalah

seperti

pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas,


pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini
tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah
bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.
Berdasarkan

kriteria

bagaimana

isi

pelajaran

disampaikan

maka

terdapatlah

pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi
mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.
Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan
memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai
pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang
memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala
kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang
memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain
dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata


pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan
Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah
kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan
menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan
pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar
mengikut tema-tema tertentu.
Akhirnya

dalam

pengajaran

bahasa

terdapat

pendekatan-pendekatan

seperti

pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan

terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teoriteori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita
mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti
pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka
pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum
dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan
bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju
arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah
pengajaran.

STRATEGI
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedahkaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta
kemudahan

secara

optimum.

Seseorang

panglima

tentera

harus

memikirkan

strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.


Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura.
Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan
menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus
memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang
pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita
mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelum menghantar
angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah
yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi
peperangan.
Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak
seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak

supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan
masa, tenaga serta sumber yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan
pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak
ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya,
memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan
sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau
barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut
sebagai strategi memasak.
Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan
kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah
rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu
dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau
dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat,
barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk
melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.
STRATEGI
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedahkaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta
kemudahan

secara

optimum.

Seseorang

panglima

tentera

harus

memikirkan

strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.


Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura.
Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan
menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus
memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang
pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita
mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelum menghantar
angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah

yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi


peperangan.
Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak
seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak
supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan
masa, tenaga serta sumber yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan
pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak
ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya,
memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan
sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau
barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut
sebagai strategi memasak.
Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan
kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah
rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu
dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau
dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat,
barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk
melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja


perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi
a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti
bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan
kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua.
Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu
menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi
permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan

yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak
sesuai.
STRATEGI PENGAJARAN
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan
gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan
pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan
merupakan strategi pengajaran.
Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus
mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu
digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil?
Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan
pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah
pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan
kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah
kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan
dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar
yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang
berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk
mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah
KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta
kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada
pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping
itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri
seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang
sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi
berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana

mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi


pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang
paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur
untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu
berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat
pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah
lain.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri


pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
yang sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru.
Pengetahuan seni dibina secara beransur-ansur mengikut masa oleh pelajar sendiri
dalam konteks social melalui interaksi idea-idea apabila maklumat baru disepadukan
dengan idea yang sedia ada, dan hasilnya kesedaran atas apa yang dipelajari.

KONSTRUKTIVISME DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Setiap orang mempunyai konsep seninya sendiri. Berdasarkan pengetahuan
sedia ada, pelajar terus membina pemahaman sendiri terhadap alam sekitar.
Pembelajaran berlaku apabila pelajar menghubungkaitkan idea baru dengan idea sedia
ada. Penstrukturan semula idea dapat ditingkatkan semula melalui strategi berfikir dan
refleksi yang dirangsang oleh pengalaman. Pendekatan Konstruktivisme menjadikan
pembelajaran Seni Visual bermakna dan menyeronokkan.

APLIKASI KONSTRUKTIVISME

Pencetusan idea oleh pelajar sendiri sebelum memulakan tajuk penting.


Pelajar berpeluang mencatat pengetahuan sedia ada sebelum dijalankan

aktiviti melukis.
Pelajar menjalankan eksperimen tidak terbimbing untuk menguji sesuatu
sebagai

usaha

untuk

membina

pengetahuan

baru

berdasarkan

pengetahuan sedia ada.


Melalui projek pelajar mengadakan penyiasatan untuk menguji idea seni
secara membina pengetahuan dan secara beransur-ansur membina
inisiatif sendiri.

INKUIRI-PENEMUAN

Pendekatan Inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran


melalui pengalaman. Inkuiri secara amnya membawa maksud maklumat, menyoal dan
menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat
utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip
utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti seperti eksperimen, pelajar
akan mengkaji sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian
membimbing pelajar untuk memahami konsep seni melalui hasil inkuiri.

INKUIRI-PENEMUAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Pelajar mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang
berlaku di sekeliling melalui aktiviti eksperimen, projek, perbincangan, simulasi dan
lawatan. Berdasarkan hasil inkuiri, pelajar menggunakan kemahiran berfikir untuk
membuat kesimpulan sendiri serta menemui kajian seni dan membuat kesimpulan
sendiri. Guru berperanan sebagai pembimbing.

APLIKASI INKUIRI-PENEMUAN
Dengan menjalankan eksperimen, pelajar menguji perkara yang mereka
hasilkan, kemudian mencari jawapan yang telah dikaji. Melalui projek, pelajar diberi
masa yang lebih panjang untuk mengkaji sesuatu. Projek bukan sahaja melibatkan
aktiviti seni malah melibatkan kemahiran lain seperti nilai murni. Perbincangan
merupakan kaedah efektif untuk mencetuskan minda demi melanjutkan proses inkuiri
dan penemuan atas pengetahuan seni. Di samping itu, semangat bekerjasama dan
berkongsi pengalaman ditingkatkan.
PEMBELAJARAN KONSTEKSTUAL
Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman
harian

individu,

masyarakat

dan

alam

pekerjaan.

Kaedah

ini

menyediakan

pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pengikut

teori, pembelajaran ini hanya akan berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat
atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang
akan cuba mencari makna dalam konteks dengan hubungkait yang bermakna dan
relevan dengan persekitaran. Teori ini menggalakkan guru memilih atau mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam
konteks budaya, social, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran
yang dihasratkan.

PEMBELAJARAN KONSTEKSTUAL DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Pembelajaran PSV yang bermakna harus berdasarkan konteks kegiatan dan
kejadian harian. Oleh itu, persoalan seni perlu dikaitkan dengan kehidupan harian
pelajar

secara

eksplisit.

Pembelajaran

ini

membolehkan

pelajar

menghayati

kerelevenan pembelajaran PSV dengan kehidupan sendiri.

PEMBELAJARAN MASTERI
Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua
pelajar menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang
kepada prinsip bahawa setiap pelajar mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu
diberi kepada pelajar untuk belajar mengikut kadarnya. Untuk pelajar yang sanggup
menguasai

konsep

dengan

cepat,

aktiviti

penggayaan

mengukuhkan

lagi

pengetahuannya. Untuk pelajar yang belajar pada kadar yang lebih perlahan, aktiviti
pemulihan diberi untuk meningkatkan kadar pembelajaran.

PEMBELAJARAN MASTERI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Pembelajaran ini, topic seharusnya ditentukan dan dibahagikan kepada unit-unit
pembelajaran mengikut satu hierarki. Guru bermula daripada satu unit pembelajaran

dan pengajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang


berkesan dan bahan bantu mengajar yang sesuai.

APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI

Pelajar menjalankan penyelidikan di pusat sumber atau melalui internet

untuk mengkaji tajuk yang telah diberikan.


Dalam aktiviti berfikrah, pelajar menggunakan KBSB untuk mengupas

idea dengan lebih mendalam hingga menguasai idea berkenaan.


Perbincangan menyediakan peluang kepada pelajar untuk mendalami
konsep PSV hingga tahap masteri yang lebih tinggi.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ( ICT )


Dalam era maklumat ini, Teknologi Maklumat dan Komunikasi membolehkan
pelajar mengakses data dan maklumat untuk memperluaskan pengetahuan dan
kemahiran. Selain bahan cetak yang konvensional, media ICT yang membolehkan
pemerolehan maklumat termasuk alat bantu audio-visual, internet, perisian computer
dan lain-lain.

ICT DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mod Tutorial penggunaan ICT sebagai praktis latih tubi. Maklum balas

yang serta merta untuk pembelajaran kendiri.


Mod Penemuan aplikasi ICT untuk memahami sesuatu konsep, seperti

penggunaan perisian simulasi dan lain-lain.


Mod Resos melalui internet, muat turun untuk mencari bahan.
Mod Perhubungan berkomunikasi seperti e-mail.
Mod Sokongan penggunaan ICT dengan perisian seperti pemprosesan
perkataan, pereka bentuk grafik.

APLIKASI PEMBELAJARAN ICT

2.3

Melalui projek kolaboratif dengan menggunakan computer.


Melalui penyelidikan mencari bahan melalui internet.
Aktiviti berfikrah, pelajar mengkaji sesuatu bahan seni menggunakan ICT.

Kaedah Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita


memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan
bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu,

sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun
untuk mencapai sesuatu matlamat.
Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedahkaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang
biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus.
Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan
menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi,
sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh
ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita
boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat,
menikam atau menombak.
Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita
perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut.
Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah
kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang
disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti
memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk
mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit
garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak
terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik
menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula
adalah amat berbeza.
Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh
memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah
maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu
panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan
menarik nafas.

Dalam zaman atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah
memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir
dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka
kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang
dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.
Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah
disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai
teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya
matlamat kaedah yang diingini.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang
mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti
seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri
seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita,
perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain
storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat
dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik
yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan
tidak berhasil.
Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar
sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada
suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid,
gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti
bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri.


Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan,
bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal
soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.
Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan
kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti
soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk
memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang
munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas,
mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.
Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedahkaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak
berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun
demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai
teknik-teknik demostrasi.
Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajaran kita mesti bertanya teknik
pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknikteknik yang tertentu.

3.0 Mengaplikasikan kemahiran teori dan amali ke


dalam pelaksanaan konsep 5P

dalam bidang

Membuat Corak dan Rekaan

4.0

Penghasilan Karya Pelan Lantai Bilik PSV di


sekolah

PENGURUSAN BILIK SENI


Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan

peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha
bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang
sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi
sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh
masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf
tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni.
Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:
unsur seni
menggambar / melukis
warna
lukisan alam semulajadi
seni huruf dan sebagainya.
Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia/guru kanan juga perlu
mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai
fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam
pengurusan bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya
adalah seperti berikut :
1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri
kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni
perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk.
2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya
ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus.
3. Bahan P&P - teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat
yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain-lain,
4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain.

5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya


mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan
sebagainya.
6. Bahagian Pameran - bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang
kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua
bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan
reka bentuk.
7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P.
8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan
P&P.
9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati
semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.
10. Papan Maklumat - iaitu Notis Board, maklumat notis semasa, jadual pengagihan
tugas dan jadual waktu penggunaan bilik seni.
11. Sebaiknya di bilik/studio PSV juga terletaknya pejabat seni kerana
memudahkan segala pengurusan PSV samada darisegi pengurusan Fail dan
pengurusan P&P.
PENGURUSAN RUANG PENDIDIKAN SENI VISUAL
Seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubah kearah kesenian
yang lebih kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum melalui
peredaran masa dan zaman, telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa
kita sedari. Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan
tulisan mahupun melalui seni khususnya melalui subjek Pendidikan Seni dan Visual.

Justeru, perlu ada satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga
infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat digilap.
Untuk itu saya telah melengkapkan satu pelan lantai yang futuristik, dengan harapan
dapat diterima pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan meluahkan hasil-hasil
karya mereka apabila berada di ruang pendidikan seni visual futuristik ini. Konsep bilik
seni yang saya bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan
asas di dalam bilik seni. Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik seperti ruang
utama pengajaran dan pembelajaran, ruang cetakan , ruang tembikar, ruang tekstil,
ruang pejabat seni, ruang akses ict, stor dan sebagainya.
Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada pengkaryapengkarya yang menggunakan ruang futuristik yang saya ciptakan ini. Tidak dapat
dinafikan bahawa setiap kejayaan yang dicapai itu memerlukan sokongan dari perkaraperkara yang lain iaitu ruang pembelajaran yang dapat mencetuskan idea-idea hebat
melalui penggunaan ruang atau prasarana yang kontemporari.

HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI


A. RUANG CETAKAN
Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai
alat cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat
konvensional disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak
konvensional seperti 1) Cetak tinggi (relief print), wood cutprint, wood engraving print,

lino cut print, 2) Cetak dalam (Intaglio) dry print, etsa, mizotint, sugartint 3) Sablon (Silk
screen). Teknik cetak dengan teknologi moden adalah seperti offset dan digital print.
Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni
hasil gabungan teknologi moden dan konvensional.
B. RUANG AKSES ICT
Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh
pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan
visual. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa.
Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum.
Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan
pengunjung-pengunjung yang berada di dalam bilik tersebut. Untuk menjaga
kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pengunjung-pengunjung boleh meletakkan
kasut pada arak kasut yang telah disediakan. Seperti yang telah dinyatakan tadi, bilik
ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat
dikawal hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan
masuk ke dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Komputer-komputer yang
digunakan juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan
butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. Begitulah
juga sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini akan masuk semula ke dalam
ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan
melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama lagi.
C. STOR
Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk
menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat
aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini
kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahanbahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis

alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz,
cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting,
pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan
ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat
atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang
dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih
untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini.
Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan
supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor
yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana
sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya.
Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih, maka
habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang
dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan begitu
mudah.
D. RUANG PEJABAT SENI
Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga
berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod,
penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga
digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang
diterima daripada pembekal.
E. BILIK AIR/TANDAS
Keperluan asas didalam bilik seni juga dititikberatkan. Bilik air dan tandas yang selesa
disediakan untuk sesiapa sahaja yang menggunakan bilik seni. Semua tandas di sini
juga berkonsepkan futuristik dan mesra pengguna. Revolusi reka bentuk kepala paip
menunjukkan satu inovasi baru diadaptasikan di sini. Kepala paip diaplikasikan dengan
teknologi sensor, pengguna cuma perlu menghulurkan tangan untuk mengeluarkan air.

Kepala paip ini sungguh berkesan untuk mengurangkan pembaziran air ketika tidak
digunakan dan juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu memusing kepala paip
sekiranya tangan licin atau berminyak. Bilik air dan tandas ini juga dilengkapi dengan
exhaustfan untuk menyedut udara panas.
F. TAMAN ILHAM
Ruangan ini terletak di kawasan luar bilik seni dan berfungsi sebagai kawasan untuk
bersantai setelah penat bekerja atau membuat pelbagai aktiviti. Murid-murid atau
pengunjung-pengunjung yang datang boleh berehat atau menenangkan fikiran melalui
dua buah sudut alam yang disediakan di situ. Sudut alam itu merangkumi kawasan
taman yang menghijau dan terdapat kolam ikan juga beberapa jenis haiwan seperti
beburung, arnab juga serangga seperti rama-rama yang berwarna-warni.
Suasana ini sudah pasti memberi ketenangan kepada pengunjung-pengunjung yang
hadir apabila melihat keletah arnab-arnab yang berlari-lari, beburung yang
berterbangan di dalam sangkar juga kilauan rerama yang dapat memberi inspirasi
kepada semua. Tidak lupa juga dengan pergerakan ikan-ikan yang berenang-renang di
dalam kolam yang lengkap dengan landskap yang cantik.
Di samping dapat berehat dan menenangkan fikiran, kawasan ini juga untuk mendapat
kenalan baru apabila pengunjung-pengunjung datang ke ruangan ini sambil berehat
dan bertukar-tukar fikiran tentang perkara-perkara yang ingin dikongsikan bersama.
Ruangan ini mempunyai bumbung berkaca yang membolehkan cahaya dari atas
menerjah masuk. Walau bagaimanapun di kawasan ini juga ada disediakan sistem
pendingin hawa untuk memberi keselesaan kepada pengunjung-pengunjung.
G. KORIDOR
Dinding koridor ini boleh digunakan oleh pelajar melukis mural yang boleh dipadam dan
digunakan kembali mengikut keperluan. Dengan ini mural-mural selalu bertukar ganti
dan dibuat mengikut design atau ilustrasi terkini. Dengan adanya ruang khas untuk
pelajar melukis mural, ianya memudahkan lagi hasil-hasil seni pelajar dipamerkan
secara tidak langsung
.

H. RUANG UTAMA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Ruang ini terletak di kawasan tengah bilik menjadi tempat berlangsungnya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Didalam ruang ini ditempatkan meja, kerusi, kabinet
menyimpan barangan, tong sampah, pentas persembahan murid serta beberapa
kelengkapan lain yang bersesuaian. Bilik ini boleh menempatkan lebih kurang 40
orang murid juga peserta dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana
konsep bangunan ini bercorak futuristik maka perabot-perabot yang digunakan juga
adalah yang canggih dan terkini. Sebagai contoh kerusi yang digunakan oleh murid- 15
murid boleh dilaraskan mengikut saiz dan ketinggian murid atau peserta-peserta yang
menggunakan kerusi tersebut. Ini akan memberi keselesaan dan keseronokan apabila
berada di atas kerusi tersebut.
Kerusi guru juga tidak kurang hebatnya kerana selain daripada selesa, guru juga boleh
bergerak dalam bilik tersebut tanpa berjalan kerana kerusi ini ada akses kawalan yang
membolehkan kerusi ini bergerak dengan lancar. Walau bagaimanapun terpulang
kepada guru tersebut sama ada mahu menggunakan akses tersebut atau tidak. Pentas
di dalam bilik ini juga disesuaikan dengan baik sekali supaya semua murid yang
menggunakan bilik tersebut dapat melihat dengan jelas sesuatu bentuk aktiviti yang
dijalankan dari pelbagai sudut. Pentas ini juga digunakan untuk sebarang presentation
daripada murid mahupun daripada tenaga pengajar.

I. BLOK PAMERAN
Blok pameran ini berada di tengah-tengah bilik seni di dalam ruangan utama
pengajaran dan pembelajaran. Ianya memudahkan sesiapa sahaja yang berkunjung
untuk melihat hasil-hasil seni pelajar yang dipamerkan. Rak kayu yang diletak ditengahtengah ruang pameran dapat mempamerkan beberapa hasil 3 dimensi pelajar seperti
arca, assemblaj, stabail, boneka, diorama, model dan origami. Selain itu juga guru
boleh mempamerkan hasil kraf tradisional seperti tembikar, anyaman, seni ukiran kayu,

gasing dan sebagainya. Seterusnya dengan adanya papan pameran gantung juga
dapat mempamerkan hasil pelajar seperti mobail, topeng, model dan sebagainya.
Objek-objek ini mampu untuk meransangkan deria pelajar disamping memberi peluang
kepada pelajar untuk melihat dan menyentuh objek tersebut.

J. RUANG TEKSTIL
Tidak jauh dari ruang tembikar, terletak ruang tekstil. Ruang ini juga tidak jauh beza
penggunaannya dengan ruang tembikar. Dari segi saiz dan struktur ruangnya adalah
sama, cuma dari segi peralatan, proses dan produknya adalah berbeza. Di dalam bilik
ini terdapat ketuhar pemanas, tempat mencelup kain, alat acuan menekap kain, meja
untuk menekap kain, ampaian untuk menjemur kain juga peralatan lain yang
bersesuaian. Proses untuk menghasilkan tekstil yang lengkap bermula di ruang ini. Dari
sehelai kain putih yang kosong sehinggalah menjadi sehelai kain yang lengkap dengan
pelbagai corak melalui proses menekap, melukis secara free hand dan pelbagai teknik
terkini mengikut teknologi sekarang iaitu menggunakan komputer.
Jika pada masa dahulu bilik memproses tekstil menggunakan cara manual, di ruang ini
pula terdapat ke dua-dua cara sama ada secara manual atau menggunakan komputer.
Ini bertujuan untuk menampilkan kelebihan dan juga kekurangan apabila kita
menggunakan cara manual mahupun dengan menggunakan komputer. Ruang tekstil
juga menggunakan tingkap automatik pada sebelah atas dinding untuk mendapatkan
pengudaraan yang sistematik.
K. RUANG TEMBIKAR
Bilik seni ini juga dilengkapi dengan ruang tembikar. Ruang ini dilengkapi dengan alatalat untuk membuat tembikar seperti tanah liat, mesin acuan, mesin ketuhar, tanur
elektrik, batu-bata yang berasaskan aluminium silikat untuk tujuan pembinaan dan lainlain bahan yang berkaitan. Ruang ini khusus untuk peserta-peserta membentuk
tembikar yang diingini.. Selain daripada alat-alat tembikar, ruang ini juga dilengkapi
dengan sudut pameran tembikar untuk dipamerkan kepada pengunjung yang hadir.
Oleh kerana ruang ini tidak sesuai untuk dipasangkan pendingin hawa maka tingkap

kawalan automatik dibina di bahagian atas dinding dengan tujuan memberi ruang untuk
pengudaraan yang lebih sistematik. Semua akses hanya dengan menekan butangbutang kawalan yang sangat mudah dioperasi. Ciri-ciri keselamatan juga sangat
diutamakan di sini seperti pemadam api yang dikawal secara automatik dan pantas.
Semua ini adalah antara konsep futuristik yang terdapat dalam ruang ini untuk
kemudahan dan keselesaan murid-murid juga pengguna-pengguna yang menggunakan
ruang ini.

STRUKTUR BINAAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN


Struktur binaan bilik hendaklah menekankan aspek-aspek keselamatan. Pada dasarnya
struktur bangunan yang terdapat bilik seni mestilah mempunyai ketahanan yang baik
dan dapat mengelak daripada kebakaran berlaku. Ini dapat dicegah melalui
penggunaan bahan kalis api. Selain itu bahan binaan itu juga seharusnya dapat
membataskan pergerakan api ke bahagian lain dengan cepat.
Bahan binaan bangunan juga perlu mempunyai ketahanan yang tinggi dalam menyerap
haba, ini penting kerana aktiviti di bilik seni terutama di ruang tembikar menggunakan
banyak bahan api. Setiap ruang di dalam bilik seni ini dihalang oleh dinding. Dinding ini
dibina dengan bahan yang kalis bunyi untuk mengelakkan daripada berlakunya
suasana bising yang boleh mengganggu setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik
seni ini.
Di dalam bilik seni ini juga ada disediakan sinki untuk membasuh alat-alat yang telah
digunakan dan disimpan semula ke dalam kabinet. Bagi penggunaan sinki, pengguna
hanya perlu menghulurkan tangan dan air akan keluar dengan sendiri sama ada air
biasa atau air yang bersuhu panas dimana ianya menggunakan teknologi sensor. Sinki
ini juga boleh disorokkan seandainya tidak perlu digunakan. Kabinet yang terdapat di
sini akan masuk ke dalam dinding sewaktu tidak digunakan dan akan keluar semula
seandainya perlu digunakan. Ini semua adalah untuk menjimatkan ruang dan memberi
keselesaan kepada pengguna-pengguna.
Oleh kerana bilik seni ini merupakan kawasan yang berisiko tinggi berlaku

kemalangan, maka di sini juga disediakan peralatan kecemasan. Peralatan kecemasan


yang disediakan bertujuan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal
berlaku sewaktu proses mencanting dan seumpamanya. Ruang untuk menyimpan
peralatan kecemasan ini adalah tahan daripada segala bentuk bencana seperti
kebakaran dan sebagainya.

IKLIM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN
SOSIAL
Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal
dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.

(a) Aspek fizikal


Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau
bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang
akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada
dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara
berikut:
(i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.
(ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta,
gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
(iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi
keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.

(iv) Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk
dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup
dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan
kepada murid.
(v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

(b) Aspek Sosial


Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid
dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam 20
pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui
sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah
proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat:
(i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru;
(ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan
inovatif;
(iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid;
(iv) memudahkan komunikasi antara guru dan murid; dan
(v) menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya.
(c) Aspek emosi
Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka.
Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan
oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah
yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang,
bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil,
bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Anda
boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan:

(i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria;


(ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir;
iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan
(iv) menghasilkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya.

Pelan Lantai Bilik PSV


Bengkel Mencanting Batik
Stor
Dapur
gas

Pintu 2

Sinki

Sudut
Pameran

Alat
Pemadam

Kabinet
Peralatan

Sudut ICT

Pintu 1

Meja Guru
Peti
Kecemasa
Papan

Rumusan

Papan
Putih

Papan
Info

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran


yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran
dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif ( KBKK ). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran


dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan
refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik,
interpersonal dan intrapersonal. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,
berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini
menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam
konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Seseorang guru
Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru
Pendidikan Seni Visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru PSV yang
lain untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi
menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan

http://norzianaiberahim.blogspot.com/2011/04/strategi-pendekatan-kaedahdan-teknik.html

http://notapismpks.blogspot.com/2013/01/psv-3107-pendekatan-strategikaedah.html
http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul_psv/09kontekstual.pdf
http://shydatulhushna.blogspot.com/2010/10/pendekatan-p-seni-visual.html
http://santhiletchumanan.blogspot.com/2011/03/pengajaran-danpembelajaran-pendidikan.html
http://itukamibudakseni.blogspot.com/2010/11/pengenalan-kaedah-danteknik.html
Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala
Lumpur.
Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.

Refleksi

Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya

selesaikan tugasan yang telah diberikan. Sekalung ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah pembimbing saya iaitu En Abdul Latiff bin Awi kerana
telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya dalam usaha
menyelesaikan tugasan ini.
Saya juga begitu bertuah dan berbesar hati kerana mendapat rakan tugasan
yang menunjukkan komitmen yang baik sepanjang menjalankan tugasan yang
diberikan. Kerjasama, tunjuk ajar, mesra dan bimbingan yang diberikan memudahkan
lagi usaha saya menyiapkan tugasan ini.
Tugasan yang telah diberikan ini perlu dilakukan secara individu. Saya memulakan
tugasan sebaik sahaja taklimat diberikan. Saya bertanggungjawab untuk mencari
maklumat temtang pembentukan kurikulum PS V yang mana boleh digunakan oleh guru
dalam proses pengajaran terhadap pelajar mereka. Setelah mengumpul maklumat
secukupnya dari buku dan internet, saya memulakan tugasan saya dengan
menyediakan nota ringkas daripada maklumat yang telah saya perolehi.
Pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya dapat melalui tugasan
yang telah diberikan. Antaranya, saya dapat menambahkan pengetahuan tentang
sukatan Kurikulum PSV dengan memberi penekanan kepada reka bentuk kurikulum,
pendekatan pengajaran PSV dan kaedah yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran PSV. Dengan kajian dan pembinaan pelan lantai Bilik PSV, saya dapat
meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman saya tentang penyediaan bilik PSV
yang betul-betul menepati dan kondusif untuk pembelajaran.
Setelah mempelajari dan mendalami subjek ini, saya dapat simpulkan bahawa
tugasan ini memberikan saya seribu satu pengetahuan tentang Pendidikan Seni Visual.
Dengan ini, saya amat berterima kasih kepada ahli kumpulan yang banyak membantu
dalam usaha mencari maklumat tentang tugasan ini dan juga tidak dilupakan kepada
pensyarah pembimbing kami, En. Abdul Latiff bin Awi yang telah banyak
memberi tunjuk ajar dan garis panduan tentang tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

NOREZAYATI BT. MOHD LAZIM


( 771121-03-5898 )

Kolaborasi
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

Nama Pelajar

1. NOREZAYATI BT. MOHD LAZIM


( 771121-03-5898 )
2. ROHAIDAH BT SUBOH
( 760315-01-7168 )

Kumpulan

SAINS 1 ( SEMESTER 5 )

Mata Pelajaran

PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL ( PSV3104 )

Pensyarah

EN. ABDUL LATIFF BIN AWI

BIL

TARIKH

PERKARA YANG
DIBINCANGKAN

KOMEN

1.

14 Julai 2013

Menerima soalan tugasan


dan taklimat daripada
pensyarah En. Abdul Latiff
bin Awi. Tajuk tugasan
dibahagikan
kepada
setiap kumpulan.

Tugasan
ini
dilaksanakan secara
berkumpulan berdua
dan individu.

2.

17 Julai 2013

Mencari
maklumat Membaca maklumat
daripada pusat sumber yang berkenaan dan
dan
melayari
internet membuat nota.
untuk memahami tajuk
tugasan.

3.

20 Julai 2013

Menganalisa
yang dicari.

4.

24 Julai 2013

Melakar Pelan Lantai Bilik Mengikut


Pelan
PSV sekolah.
Lantai PSV sekolah.

maklumat High light maklumat


yang penting dan
mencatat maklumat
tersebut.

T. TANGAN

Memurnikan Pelan Lantai


PSV.

5.

15 Ogos 2013

Menulis refleksi kendiri


tentang
kekuatan,
kelemahan dan langkah
mengatasi semasa kami
membuat
tugasan
sepanjang masa ini.

Imbas kembali apa


yang telah di lakukan
dan
dihadapi
sepanjang
kami
membuat
tugasan
subjek ini. Imbas
kembali apa yang
telah di lakukan dan
dihadapi sepanjang
kami
membuat
tugasan subjek ini.

6.

16 Ogos 2013

Penyemakan terakhir.

Bahagian salah telah


diubahsuaikan.

7.

23 Ogos 2013

Menghantar
tugasan Tugasan diterima dan
direkodkan.
kepada pensyarah

LAMPIRAN

Vous aimerez peut-être aussi