Vous êtes sur la page 1sur 8

TOKOH

HASSAN BANDUNG
GIGIH TEGAKKAN SYIAR ISLAM

Bagi masyarakat Islam di Malaysia, Hassan Bandung atau nama sebenarnya Ahmad
Hassan merupakan seorang tokoh agama yang dikenali ramai.

Beliau yang juga dianggap sebagai tokoh ulama nusantara, lebih dikenali di Indonesia
kerana peranannya dalam Persatuan Islam ( Persis ) yang memangterkenal disana.

Ahmad Hassan dilahirkan di Singapura pada tahun 1887 dengan nama kecilnya
Hassan Bin Ahmad. Ayahnya berasal dari India bergelar Pandit. Sementara ibunya
Muznah berasal dari Palekat Madras, India dan mempunyai asal-usul dari Mesir,
tetapi lahir di Surabaya.

Kedua ibubapa Hassan bernikah di Surabaya ketika mereka merantau ke kotaini,


walaupun akhirnya mereka menetap di Singapura.

Disamping berniaga , ayahnya ( Ahmad ) adalah seorang pengarang dalam bahasa


Tamil dan pemimpin surat khabar “Nurul Islam” yang terbit diSingapura. Dalam
memimpin akhbar tersebut, ianya dibantu oleh Abdul Wahid.

Di majalah yang dipimpinnya, Ahmad sering berdebat mengenai berbagai haldan


masalah agama dan soal jawab agama.

Dalam suasana dan kerjaya bapanya sebagai ahli perniagaan dan pemimpin akhbar
( majalah ) itulah Hassan dilahir dan dibesarkan di Singapura.

Sebagai anak laki-laki, ayahnya juga mahu Hassan apabila besar nanti menjadi
seorang penulis seperti nya juga. Untuk maksud itu, dia berusaha memberipendidikan
secukupnya kepada Hassan.

Suatu keistimewaan yang yang dianugerahkan Allah s.w.t. kepada Hassan, dalam usia
7 tahun, dia sudah mulai mempelajari al-Quran dan pengetahuan asas dalam bidang
agama.

Berkat ketekunan dan kecerdasannya, kedua pelajaran ini dapat diselesaikannya


dalam tempoh dua tahun.

Selepas itu Hassan masuk sekolah melayu selama 4 tahun dan mempelajari bahasa
Arab, bahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa inggeris.

Hassan tidak sempat menamatkan sekolah dasarnya di Singapura, tetapi diasudah


mulai bekerja pasa usianya 12 tahun. Dia bekerja di sebuah kedai kepunyaan iparnya
Sulaiman.

Pada masa itulah dia belajar dengan Haji Ahmad di Bukit Tinggi.Ketokohangurunya
yang disegani dan berakhlak tinggi itu mempengaruhi jiwa Hassan walaupundia
bukanlah ulama besar.

Pelajaran yang diterima Hassan adalah sama seperti anak-anak muda lain iaitu belajar
sembahyang, berwuduk, berpuasa dan lain-lain.

Hassan mempelajari ilmu nahwu dan saraf pada Muhammad Thaib, seorang guru
terkenal di Minto Road atau juga terkenal Kampung Rokoh.

Demi semangat dan cintanya kepada ilmu, Hassan menerima persyaratan darigurunya
yakni datang belajar pagi sebelum subuh dan tidak boleh naik kenderaanketika datang
mengaji.

Setelah beberapa lama belajar Nahwu-saraf, lalu Hassan memperdalami bahasa Arab
kepada Said Abdullah al-Munawi al-Manusili selama beberapa tahun.

Disamping itu, Hassan juga memperdalami agama dengan Abdu Lathif ( guru yang
terkenal di Melaka dan Singapura ), Haji Hassan ( Syeikh dari Malabar) dan Syeikh
Ibrahim India.

Semua proses belajar seperti ini ditekuni oleh Hassan dengan penuh dedikasi hingga
tahun 1910 ketika Hassan berusia 23 tahun.

Meskipun ketekunannya dalam menuntut ilmu begitu tinggi, diluar waktu belajar,
Hassan juga mempunyai keterampilannya tersendiri mengasah bakat dalam bidang
bertenun dan pertukangan kayu. Dia juga sempat membantu ayahnya dipercetakan,
menjadi pelayan di kedai perniagaan permata, minyak wangi, dan sebagainya malah
pernah bekerja di Jeddah Pilgrim’s Office, sebuah pejabat urusan jemaah haji.

Setelah menyelesaikan proses belajar hingga tahun 1910, Hassan mula mengabdikan
diri sebagai guru. Sementara di Madrasah untuk orang-orang India di beberapa
tempat, antaranya di Arab Street, Baghdad Street dan Geylang di Singapura.

Beliau kemudianya menjadikan guru tetap menggantikan Kiai Fadullah Suhaimi di


Madrasah Assagaf yang mempunyai peringkat pengajian sampai Ibtidaiyahdan
Tsanawiyah.

Keinginan ayahnya untuk melihat Hassan menjadi penulis mula menampakkan


hasilnya apabila Hassan mulai menunjukkan kecenderungannya ke bidang tersebut
dalam usia masih muda.

Pada tahun 1912-1913, dia membantu Utusan Melayu yang diterbitkan di Singapura
pimpinan Inche Hamid dan Sa’dullah Khan.

Hassan banyak menulis tentang agama yang berupa nasihat,anjuran berbuat baik dan
mencegah kejahatan.

Beliau juga mengetengahkan berbagai persoalan yang berkembang dalam bentuk


‘syair’.Tulisannya banyak mengandungi kritikan masyarakat demi untuk kemajuan
Islam.Dan tema tulisan sedemikian itulah yang banyak mewarnai hasil karyanya
dimasa-masa berikutnya.

Penulisan Hassan yang pertama berupa kecaman terhadap Qadli (Hakim ) yang
memeriksa perkara dengan mengumpulkan tempat duduk lelaki dan wanita.

Beliau juga dalam salah satu ucapannya, pernah mengecam kemunduran umat
Islam,sehingga dia akhirnya dilarang untuk berceramah agama kerana dianggap oleh
pihak berkuasa ada unsur-unsur politik.

Dalam kerjayanya sebagai pengarang dan penulis, Hassan juga pernah membuat cerita
humor yang berjudul’Tertawa’ dan diterbitkan dalam empat jilid.

Pada tahun 1921, Hassan berangkat ke Surabaya untuk menguruskan kedai kain milik
gurunya yang juga bapa saudaranya itu iaitu Haji Abdul Lathif. Daerah Surabaya
merupakan daerah mempunyai penduduk yang ramai, maju dalam perkembangan
ekonomi dan taraf pemikiran masyarakatnya.

Sebelum ke Surabaya, bapa saudaranya itu telah mengingatkan Hassan agar berhati-
hati dalam pergaulan, sebab di Surabaya banyak muncul berbagai aliran kefahaman
agama.

Pada ketika itu, pergerakan yang menyerukan fahaman kembali kepada Al-Quran dan
Hadis mempunyai pengikut yang ramai di berbagai daerah termasuk Surabaya.

Ketika itu juga pertentangan ‘kaum muda’ dan ‘kaum tua’ menjadi topik perbicaraan
yang memang panas. Hassan pun menyaksikan gejolak pemikiran yang terjadi.

Kalangan ‘kaum tua’ lebih kecenderungan kepada amalan tradisi bangsa jawa yang
diisi dengan bentuk ajaran Islam.

Namun bagi kalangan ‘kaum’ lebih cenderung menghapuskan samasekali


kepercayaan yang bercampur aduk itu digantikan dengan ajaran Islamyang
sebenarnya, kembali kepada Al-Quran dan Hadis.

Kalangan ‘kaum tua’ diwakili oleh A. Wahab Hasbullah ( pengasas Nahdatul Watan
dan kemudiannya Nahdatul Ulama ).

Sementara ‘kaum muda’ diwakili oleh KH. Mas Manshur, Ahmad Surkati dan Fakih
Hasyim.

Di Surabaya inilah Hassan tinggal bersama bapa saudaranya Abdullah Hakim,


seorang ahli perniagaan dan Syeikh Jemaah Haji.

Pada mulanya Hassan berniat semata-mata menguruskan perniagaan dan mahu


menghindari permasalahan agama kerana merasakan pengetahuannya yang serba
sedikit.

Dari bapa saudaranya, Hassan diperkenalkan dengan A. Wahab Hasbullah


danselanjutnya menjalinkan persahabatan dengan kaum tua ini.
Dari berbagai pertemuan dan dialog bersama Wahab Hasbullah ini, Hassan banyak
menggali berbagai hal dan merubah jalan pemikirannya. Namun dalam perjalanan
berikutnya, Hassan merasakan tidak puas hati dengan jawapan kaum tua.

Masa-masa mendatang, Hassan berpeluang bertemu dan berkenalan dengan Faqih


Hashim, seorang ahli pernigaan dan tokoh iulama berasal dari Sumatera Barat yang
telah banyak mengenal pemikran pembaharuan dan beliau merupakan tokoh kalangan
‘kaum muda’.

Bermula dari situlah Hassan berpeluang bermuzakarah mengenai soal-soal agama


menurut kefahaman kaum muda.

Dengan berbagai pertemuan dan muzakarah yang diikutimya, pendirian awal Hassan
untuk bercuali dalam kemelut kefahaman agama dan mahu menumpukan pada sola-
soal perniagaan semata-mata tidak dapat dipertahankan.

Malah ghairah keilmuannya semakin bergelora.

Sementara itu perusahaan pernigaannya mengalami kemelesetan dan ini menyebabkan


beliau terpaksa menyerahkan semula kepada bapa saudaranya yang telah memberi
modal awal.

Bagaiamanpun, selepas itu dia membuka pula perniagaan berkaitan dengan kenderaan
kereta, tetapi usaha itu tidak lama.

Ketika sebilangan ahli perniagaan di Surabaya hendak membuka kilang tenun, Hassan
mendapat kepercayaan dari dua sahabatnya iaitu Bibi Wante dan Mu’allimin untuk
mempelajari cara bertenun di Kediri.

Setelah bebarapa bulan di Kediri dia merasakan kemampuannya yang dimilikinya


masih belum mampu menguruskan sebuah kilang tenunan. Kerana itu pada tahun
1924, dia mendapat kesempatan melanjutkan kursus bertenun di Bandung.

Di Bandung inilah yang kemudian nama kota ini digandingkan dengan namanya
‘Hassan Bandung’,beliau tinggal dengan keluarga KH M. Yunus,salah seorang tokoh
pimpinan Persatuan Islam (Persis).

Jadi di samping mengikuti kursus menenun,Hassan akan kembali ke Surabaya.Namun


penglibatan Hassan dan Persis  menyebabkan kawan-kawannya menahannya kembali
ke Surabaya.

Mereka melihat kemampuan Hassan begitu mengagumkan dan menjadikannya


seorang guru.Mereka juga mendapat persetujuan dengan kedua sahabat Hassan di
Surabaya itu untuk membuka perusahaan tenun di Bandung dengan Hassan selaku
pengurusnya.

Pada tahun 1926 perusahaan tenun itu dibuka di Bandung, namun kali ini usaha itu
juga kurang berhasil kerana kesulitan mendapatkan kemudahan benang dan celup,
disamping modal yang terbatas hingga menyebabkan perusahaan itu terpaksa ditutup.
Tetapi dari segi yang lain, Hassan terus aktif mengikuti pengajian-pengajian Persis
hingga menjadi anggotanya secara rasmi pada tahun 1926.

Dalam perkembangan berikutnya, Hassan menumpahkan perhatiannya untuk


memajukan pertubuhan Persis disamping aktiviti lain iaitu menulis buah fikiran
menjadi sebuah karya yang dapat dinikmati hasilnya oleh generasi berikutnya.

Ketika berada di Singapura dulu, Hassan menghasilkan karya-karya yang sederhana,


namun apabila berada di Bandung ini, Hassan diberi hikmah oleh Allah s.w.t.
menghasilkan penulisan buku yang mendapat sambutan baik dari masyarakat iaitu
‘Tafsir Al-Quran’ yang dicetaknya sendiri.

Suatu  ketika Hassan berkesempatan bertemu dengan Sukarno ( bekas Presiden


Indonesia pertama ) dan menyelami lebih jauh perdebatan berbagai persoalan tentang
Islam, meskipun terjadi pertentangan pemikiran antara keduanya.

Di Bandung juga Hassan bertemu dengan Mohammad Nasir dan menjalin keakraban,
baik sebagai sahabat sekali gus juga murid yang selalu bersamanya.

Bersama M. Natsir, Hassan menerbitkan majalah ‘Pembela Islam’ (terbit sampai


bilangan ke-72 ), selanjutnya majalah ‘Al-Lisan’ (terbit hingga ke bilangan 58 ).

Dalam dua majalah itulah Hassan melontarkan pelbagai idea murni dan pembaru
Islam. Penulisan-penulisannya itulah yang membuat namanya kian terkenal di
nusantara termasuk Malaysia dan Singapura.

Dalam melaksanakan perjuangannya, Hassan tidak tertumpu kepada penulisansahaja,


tetapi juga melalui pelbagai cara seperti pengajian, perdebatan ,tablighserta dialog.

Kepetahannya dalam berdebat begitu terkenal. Ini diakui oleh kawan dan lawannya.
Banyak lawan-lawan debatnya yang mengakui kekalahan dan kembali ke jalanyang
benar dan Hassan tidak pilih-pilih dalam berdebat.

Baginya siapa saja, bila-bila saja dan dimana dapat dilakukan perdebatanitu, bahkan
dia bersedia membiayai pelaksanaan majlis muzakarah tersebut.

Setelah hampir 17 tahun Ahmad Hassan bergelanggang di Bandung dan


menggerakkan pertubuhan Persis menjadikan namanya dikenali ramai.

Pada tahun 1941 dia berhijrah ke Bangil. Di tempat baru itu dia tetap berjuang dengan
mendirikan Persatuan –Persatuan Islam Bangil dan terus menggerakkan Persis
melalui penulisan, tabligh, pengajian dan dialog serta perdebatan.

Apabila dia berada di Bangil, namanya yang sebelum ini terkenal dengan panggilan
Hassan Bandung kini popular pula dengan panggilan Hassan Bangil.

Pada tahun 1956, Hassan menunaikan ibadah Haji dan ternyata keadaan fizik tidak
terlalu kuat sehinggalah dia jatuh sakit.

Keadaan tersebut terus berlanjutan hingga beliau pulang dari menunaikan ibadah Haji.
Belum sembuh penyakit yang dideritainya, datang cubaan lain berupapenyakit yang
menyebabkan kakinya harus dipotong.

Saat kritis itu dihadapi oleh Hassan dengan optimis dan tawakal. Beliau disaran
bermesyuarah dengan pihak keluarga, Hassan menolak anjuran tersebut.

Hassan menyatakan: “Tuan doktor, keluarga saya bukan doctor, jadi mereka bukan
ahlinya, dan yang ahlinya ialah tuan doktor, dan bahkan kepada diri saya sendiri, tuan
doktor cukup memberitahu. Kalau tuan doktor berpendapat harus dipotong… maka
potonglah! Sesuatu jangan diserahkan kepada yang bukan ahlinya.”

Akhirnya pada tarikh 10 November 1958, Ustaz Hassan Ahmad kembali ke


rahmatullah dalam usia 71 tahun.

Hassan telah lama pergi meninggalkan dunia yang fana ini, namun namanya tetap
dikenang. Banyak hasil karya peninggalannya yang menjadi amal jariah berterusan
kepada tokoh ini.

Antara bidang penulisannya ialah Fiqh ( Ushul Fiqh ) , tafsir, hadis danilmu
kalam.Sementara hasil penulisannya yang terkenal ialah: Soaljawab, Tafsir al-Furqan,
Pengajaran solat, Al-Fara’id dan At-Tauhid.

Semoga sekilas catatan hidup Hassan Bandung ini dapat kita ambil iktibaruntuk
dicontohi,Insyaallah. (IMF)

Hidayah ,Jun 2003

Ulama, Penulis, dan Ahli Berdebat


22-05-2004 / 08:09:00
Seorang A.Hasan telah menulis puluhan buku mengenai masalah keagamaan,
terutama fikih (usul fikih), tafsir, hadis, dan ilmu kalam.

Beliau adalah ulama yang dikenal sangat berpendirian teguh dan ahli dalam berbagai
ilmu keagamaan. Pembaru terkemuka dari kalangan Persatuan Islam (Persis) ini, juga
terkenal sebagai politikus ulung.

Mengutip buku Ensiklopedi Islam, dikatakan bahwa tokoh ini lahir tahun 1883. Nama
asli beliau adalah Hassan bin Ahmad dan kemudian lebih dikenal dengan sebutan
Hassan Bandung ketika sudah tinggal di kota Bandung. Saat masih menetap di Bangil,
biasa dipanggil dengan Ahmad Hassan Bangil.

Ayahnya bernama Ahmad, merupakan seorang penulis dan wartawan yang memimpin
majalah bulanan Nurul Islam yang terbit di Singapura. Sedangkan ibundanya,
Maznah, adalah wanita asal Madras, India, dan juga memiliki asal-usul dari Mesir.
Keduanya menikah di Surabaya dan lantas pindah ke Singapura. Di negara pulau kecil
inilah, Ahmad Hassan lahir dan dibesarkan.

Pada mulanya, sebagai anak laki-laki, oleh ayahnya Ahmad Hassan diinginkan
meneruskan jejaknya menjadi penulis. Seiring dengan itu, semenjak kecil, ia sudah
mendapatkan pendidikan agama dari orang tuanya. Di usia 7 tahun, Hassan muda
mulai mempelajari kitab suci Alquran serta pengetahuan dasar keagamaan. Hanya
dalam tempo dua tahun, kedua pelajaran ini dapat dikuasainya karena ditunjang
ketekunan dan kecerdasan.

Setelah itu dia masuk sekolah Melayu selama 4 tahun untuk belajar bahasa Arab,
Melayu, Tamil dan Inggris. Pendidikan ini selesai 4 tahun. Kemudian, kegiatan
menimba ilmunya banyak dilakukan dengan berguru pada sejumlah ulama. Di
antaranya adalah Haji Ahmad Kampung Tiung, Haji Muhammad Taib Kampung
Rokoh, Said Abdullah al-Munawi al-Mausili, Abdul Latif, Haji Hasan, dan Syekh
Ibrahim India.

Tak hanya ilmu pelajaran saja yang ditekuni, Ahmad Hassan juga terbiasa mengisi
waktu luangnya dengan mengasah ketrampilan, seperti menenun dan bertukang kayu.
Selain itu, di waktu tertentu dia membantu ayahnya di percetakan. Di usia remaja,
Ahmad Hassan juga aktif menulis dan hal ini tentu sangat menyenangkan bagi sang
ayah. Tahun 1909, karya tulisannya untuk pertama kali dipublikasikan dan dia pun
diangkat menjadi pembantu surat kabar Utusan Melayu, terbitan Singapura. Tulisan-
tulisannya banyak mengandung kritik konstruktif khususnya bagi kemajuan dan
perkembangan umat Islam.

Masih banyak kegiatan yang dia lakukan. Seperti misalnya, saat bekerja menjadi guru
di madrasah untuk orang-orang India di beberapa tempat di Singapura. Di samping
itu, di luar jam mengajar ia masih pula mencari nafkah dari sumber-sumber yang
halal. Tercatat, ia pernah menjadi pedagang batu permata, agen es, pedagang pakaian,
penambal ban mobil dan selama setahun menjadi kerani kepaka di Pilgrim Office
yang mengurusi perjalanan haji ke Tanah Suci.

Ahmad Hassan baru kembali ke Indonesia, tepatnya ke Surabaya, pada tahun 1921
saat mengurus toko kain milik guru sekaligus pamannya, Haji Abdul Latif. Kebetulan
berada di kota itu, dia menyaksikan pergolakan pemikiran keagamaan yang sedang
hangat antara kaum muda dan tua. Kaum tua mempertahankan tradisi keagamaan
yang telah mapan dan berkembang di masyarakat. Sementara itu, para pemuda ingin
menghapuskan segala sesuatu yang tidak punya landasan Alquran dan Hadis Nabi.

Awalnya, Ahmad Hassan cenderung sepakat dengan pendapat kaum tua. Pada waktu
itu, dia bertemu dengan KH Abdul Wahab Hasbullah, seorang tokoh NU. Tak lama,
keduanya lantas bersahabat dengan wakil kaum tua ini. Namun lama kelamaan, saat
harus menghadapi persoalan yang muncul, dia menjadi kurang puas dengan jawaban-
jawaban yang diberikan oleh kaum tua.

Beberapa saat kemudian, ia bertemu dengan seorang pedagang dan ulama asal
Sumatra Barat bernama Pakih Hasyim. Ulama ini telah banyak mendalami pemikiran
pembaruan kaum muda di tempat asalnya. Dengan segera saja, keduanya menjalin
pertemanan yang akrab. Kendati demikian, usaha dagang yang dijalaninya tidak
berhasil baik. Toko yang ia kelola mengalami kemunduran hingga terpaksa
dikembalikan kepada Haji Abdul Latif.

Selanjutnya, dia menggeluti usaha tambal ban serta mempelajari cara bertenun di
Kediri. Tahun 1942, Ahmad Hassan meneruskan sekolah tenunnya di Bandung dan
tinggal di kediaman keluarga KH M Yunus, yang dikenal sebagai pendiri Persatuan
Islam (Persis). Sejak itulah ia kembali terlibat urusan keagamaan.

Waktu berlalu dan ketika usahanya tidak lagi punya prospek cerah, Ahmad Hassan
mencurahkan daya pikirannya untuk memajukan Persis. Oleh sahabat-sahabatnya, dia
diminta untuk menjadi guru agama dan menetap di Bandung. Akan tetapi, pada saat
luang, dia pun meneruskan bakatnya yang lama yakni menulis.

Buah karya pertamanya yang mendapat sambutan luas masyarakat, yakni yang
berjudul Tafsir al-Furqan. Tulisan tersebut dicetaknya sendiri. Pada masa itu, dia
berkenalan dengan Soekarno. Perkenalan ini bermanfaat besar dalam mengenal agama
Islam secara lebih mendalam, meski di sana sini timbul benturan pemikiran di antara
mereka. Selain itu dia pun berkenalan dengan M Natsir. Bersama Natsir, keduanya
kemudian menerbitkan majalah Pembela Islam dan majalah Al-Lisan. Di kedua
majalah itu, Ahmad Hassan memperlihatkan sosok dan kapasitas pribadinya sebagai
pembela, pemurni, dan pembaru Islam. Namanya pun menjadi terkenal di pelosok
Nusantara, Malaysia bahkan Singapura.

Ketika membela panji-panji ajaran Islam, Ahmad Hassan tak hanya melakukannya
lewat karya tulisan, tetapi juga melalui perdebatan lisan. Kepiawaiannya dalam
berdebat itu menyebabkan banyak lawan debatnya kalah dan kembali ke jalan yang
benar. Satu hal penting, dia tidak pernah memilih-milih lawan berdebat. Siapa saja,
kapan saja, dan dimana saja debat akan dilakoninya asal demi upaya menegakkaan
ajaran Islam.

Persis kian dikenal masyarakat luas seiring kiprah keagamaan dari Ahmad Hasaan.
Setelah itu, pada tahun 1941, dia hijrah ke Bangil. Di tempat baru tersebut, dia masih
tetap bersemangat mengembangkan Persis, menulis, bertablig, dan berdebat.

Berdasarkan catatan, Ahmad Hassan telah menulis puluhan buku mengenai masalah
keagamaan, terutama fikih (usul fikih), tafsir, hadis, dan ilmu kalam. Beberapa
karyanya yang cukup populer adalah Soal-Jawab, Tafsir al-Furqan, Pengajaran Shalat
dan at-Tauhid.

Dia menunaikan ibadah haji di tahun 1956. Pada saat berada di Tanah Suci, Ahmad
Hassan jatuh sakit hingga terpaksa dibawa pulang kembali. Kemudian tertimpa lagi
penyakit baru, yakni infeksi yang menyebabkan kakinya harus dipotong. Tokoh
kharismatik ini meninggal dunia pada usia 71 tahun.

Vous aimerez peut-être aussi