Vous êtes sur la page 1sur 10

1.

SAHSIAH REMAJA ISLAM Bersama: PN HJH NORAZINAH BT YAACOB

2. SAHSIAH / AKHLAK Akhlak remaja mencerminkan dimana tahap kemajuan peribadi


sesuatu umat. Oleh yang demikian pembentukan akhlak remaja perlu dilandaskan kepada nilainilai murni menurut kacamata Islam.

3. REMAJA PEREMPUAN ISLAM Perkembangan fizikal remaja boleh dibahagikan


kepada dua peringkat iaitu masa awal remaja (umur antara 13 hingga 18 tahun) dan masa akhir
remaja (umur antara 18 hingga 24 tahun). Lingkungan baligh ialah mencapai umur 15 tahun atau
kanak-kanak lelaki sudah bermimpi bersetubuh dan kanak-kanak perempuan pula telah keluar
haid dalam tempoh umur antara 9 hingga 15 tahun. Batasan usia remaja menurut WHO adalah
12 sampai 24 tahun.

4. Adengan Negatif Remaja http://www.youtube.com/watch?v=NSdcPv5X 7o8


http://www.youtube.com/watch?v=0wxefyeJB JM http://www.youtube.com/watch?v=nNGZyc_V
yVk&feature=related http://www.youtube.com/watch?v=lr6qxNohJ 9c&feature=related

5. Dr Fathi Yakan telah menggariskan beberapa sifat yang perlu ada pada setiap Muslim
dan sudah tentu wajib dimiliki oleh remaja Islam. 1. Bersifat warak dari melakukan / menghindari
perkara-perkara haram & syubhat.

6. 2. Menundukkan pandangan: remaja mestilah menutup pandangannya daripada


perkara- perkara yang diharamkan Allah, kerana pandangan itu akan menimbulkan syahwat dan
mendorong seseorang terjatuh ke dalam maksiat dan dosa. Allah SWT telah berfirman:
Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan
*An-Nur: 30] Rasul SAW bersabda: Pandangan itu satu dari panah-panah iblis

7. 3. Memelihara lidah: remaja hendaklah memelihara lidahnya daripada perkataan yang


tidak memberi faedah, percakapan yang kotor, kalimah dan ibarat-ibarat yang keji dan cakap
kosong mengumpat dan menghasut. Sabda Rasul SAW berkenaan bahaya lidah: Siapa yang
banyak cakapnya banyaklah salahnya, siapa yang banyak salahnya banyaklah dosanya, siapa
yang banyak dosanya maka neraka adalah paling utama baginya *Baihaqi]

8. 4. Malu: Remaja mestilah bersifat malu dalam semua keadaan, tetapi sifat malunya itu
tidak menghalang beliau daripada memperkatakan kebenaran. Para ulama mengatakan. Sifat
malu pada hakikatnya ialah suatu sifat yang mendorong seseorang meninggalkan perkara yang
buruk dan menghalang beliau daripada mencuaikan hak orang lain.

9. 5. Lemah lembut dan sabar. 6. Pemaaf. Usia remaja adalah masa untuk menguji
kesabaran dan mengetahui tahap keikhlasan diri seseorang, 7. Bersifat benar dan jujur: remaja
hendaklah bersifat benar, tidak berdusta, mengatakan sesuatu yang hak sekalipun terhadap
dirinya dengan tidak merasa takut kepada celaan manusa demi kapatuhan kepada Allah. Sifat
dusta adalah sifat yang paling hina.

10. 8. Tawaduk, remaja mestilah bersifat tawaduk, terutamanya di kalangan saudara


seIslam: tidaksombong @ rendah diri 9. Menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat,
mengejek keburukan orang lain, semua sifat-sifat ini mesti dijauhi 10.Pemurah, remaja mestilah
menanam sifat bermurah hati, mengorbankan diri dan hartanya pada jalan Allah

11. 11. Menjadi contoh ikutan: remaja mestilah menjadi qudwatun hasanah bagi rakanrakan dan masyarakat sekeliling.

12. Tuntutan Menutup Aurat Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke
seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu
mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS
33:59)

13. Larangan Melihat Aurat Wanita Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda,
Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan
tidak boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita.

14. Hukum Bercumbuan Tanpa Zina Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud);
Dan janganlah kamu menghampiri zina (Surah al-Isra, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir;
Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari
terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Berduadua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; Tidak bersunyian (berdua-duaan)
seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka
(Sunan at-Tirmizi).

15. 3. Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk
dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal
untuknya (Riwayat Imam at-Thabrani dan al- Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini
adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; FaidhalQadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan
saling bersentuhan dan bercumbuan.

16. 4. Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); Dan
janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka
(Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; Jagalah
aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki (HR Imam
Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at- Tirmizi.

17. 5. Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; Katakanlah (wahai Muhammad)
kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka (Surah an- Nur, ayat 30-31).

18. 6. Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah
menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; Mereka yang menjaga kemaluan mereka,
kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah
tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah
orang-orang yang melampaui batas (Surah al- Mukminun, ayat 5-7).

19. Kelebihan Remaja Perempuan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila
seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan
taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki. (Riwayat )

20. Hadis riwayat Shaikhan Rasul SAW bersabda: Tujuh golongan dilindungkan Allah
dibawah lindungannya pada hari tiada perlindungan melainkan lindungan Allah: salah satunya
adalah pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah..

21. Rasul SAW telah bersabda: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara,
hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua, kaya
sebelum miskin *Hakim+ Hadis Rasul SAW: Tidak berlalu bagi seorang hamba pada hari
kiamat sehingga ia ditanya tentang empat perkara, tentang umurnya bagaimana dihabiskan,
tentang masa remajanya dimana diluangkan, tentang hartanya dimana didapati dan dimana
dibelanjakan, tentang ilmunya bagaimana diamalkan.

10 CIRI-CIRI PERIBADI MUSLIM

1. Salimul Aqidah.
Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada
setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan
yang kuat kepada Allah swt

2. Shahihul Ibadah.

Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul
sallallah alaihi wasallam yang penting, dalam satu hadisnya; beliau
menyatakan: solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.Dari
ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahwa dalam melaksanakan setiap
peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul sallallah alaihi wasallam


3. Matinul Khuluq.
Akhlak yang kukuh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap
dan prilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya
kepada Allah mahupun dengan makhluk-makhluk-Nya.

4. Qowiyyul Jismi.
Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi peribadi muslim
yang harus ada. Kekuatan jasmani bererti seorang muslim memiliki daya tahan
tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan
fizikalnya yang kuat

5. Mutsaqqoful Fikri.
Intelek dalam berfikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu sisi peribadi
muslim yang penting. Karena itu salah satu sifat Rasul adalah fathonah (cerdas).
Muslim yang cerdas akan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat.


6. Mujahadatun Linafsihi.
Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi) merupakan salah satu
kepribadian yang harus ada pada diri seorang muslim, karena setiap manusia
memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk.

7. Harishun 'ala Waqtihi.


Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi
manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar
dari Allah dan Rasul-Nya.

8. Munazhzhamun fi Syu'unihi.
Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk kepribadian
seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur'an maupun sunnah. Oleh karena
itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun
muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik.

9. Qodirun 'alal Kasbi.

Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri
(qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini
merupakan sesuatu yang amat diperlukan.

10. Naafi'un Lighoirihi.


Bermanfaat bagi orang lain (nafi'un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan
kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik
sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya
karena bermanfaat besar.

KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM


Akhlak mempunyai kedudukan yang paling penting dalam agama Islam.
Antaranya :
-Akhlak dihubungkan dengan tujuan risalah Islam atau antara perutusan utama
Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Sesungguhnya aku
diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Pernyataan

Rasulullah itu menunjukkan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam.

-Akhlak menentukan kedudukan seseorang di akhirat nanti yang mana akhlak


yang baik dapat memberatkan timbangan amalan yang baik. Begitulah juga
sebaliknya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Tiada sesuatu yang
lebih berat dalam daun timbangan melainkan akhlak yang baik.
" .
-Akhlak dapat menyempurnakan keimanan seseorang mukmin. Sabda Rasulullah
saw yang bermaksud :Orang mukmin yang paling sempurna
keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya.
: "
-Akhlak yang baik dapat menghapuskan dosa manakala akhlak yang buruk boleh
merosakkan pahala. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Akhlak yang
baik mencairkan dosa seperti air mencairkan ais (salji) dan akhlak
merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.
: "" )( ."
-Akhlak merupakan sifat Rasulullah saw di mana Allah swt telah memuji
Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran,
firman Allah swt yang bermaksud : Sesungguhnya engkau seorang yang
memiliki peribadi yang agung (mulia). Pujian Allah swt terhadap RasulNya
dengan akhlak yang mulia menunjukkan betapa besar dan pentingnya
kedudukan akhlak dalam Islam.

Banyak lagi ayat-ayat dan hadith-hadith Rasulullah saw yang menunjukkan


ketinggian kedudukan akhlak dan menggalakkan kita supaya berusaha
menghiasi jiwa kita dengan akhlak yang mulia.
-Akhlak tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana dalam sebuah hadith
diterangkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw : Wahai
Rasulullah, apakah itu agama? Rasulullah menjawab : Akhlak yang
baik.
-Akhlak yang baik dapat menghindarkan seseorang itu daripada neraka
sebaliknya akhlak yang buruk menyebabkan seseorang itu jauh dari syurga.
Sebuah hadith menerangkan bahawa, Si fulan pada siang harinya
berpuasa dan pada malamnya bersembahyang sedangkan akhlaknya
buruk, menganggu jiran tetangganya dengan perkataannya. Baginda
bersabda : Tidak ada kebaikan dalam ibadahnya, dia adalah ahli
neraka.
-Salah satu rukun agama Islam ialah Ihsan, iaitu merupakan asas akhlak
seseorang muslim. Ihsan iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah kita
melihatNya kerana walauun kita tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia
melihat kita.
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami





dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad









ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada
Allah SWT

ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami







khusho bissabil matsani wa hawa luthfal maani
Diistimewakan dengan as-Sabul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi
setiap makna




ma lahu fil kholqi tsani wa alaihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya
(Muhammad SAW)


ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami




min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),








waf takhorot aalu mudhor
bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh
manusia


ya hana na
Betapa beruntungnya kami









athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya


dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah


Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi
Allah SWT

ya hana na
Betapa beruntungnya kami

shollu ala khoiril anami al musthofa badrittamami


Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang
bulan purnama

shollu alaihi wasallimu yasyfa lana yaumazzihami


Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

ya hana na
Betapa beruntungnya kami

Qasidah Ya Hanana - Lirik dan Maksud Melayu @ Lirikami

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/qasidah-ya-hanana-lirik-danmaksud.html#ixzz2seYmfjNX

Vous aimerez peut-être aussi